Anda di halaman 1dari 5

Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)

Khusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada


terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan
Solat Gerhana Bulan atau dikenali juga dengan nama Solat Sunat Khusuf
adalah sunat muakkad bagi muslimin dan muslimat.Ia boleh dilaksanakan sama
ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang
berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana
berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.

Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini berdasarkan satu hadis
diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya matahari
dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah
s.w.t.Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana
lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah
s.w.t. dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.

A. Solat Gerhana Bulan (Khusuf)

1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam
solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara
perlahan.

2. Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:

Sahaja AkuSolat Sunat Khusuf dua rakaat, kerana Allah Taala.

3. Dilaksanakan dengan dua rakaat. Di dalamnya dilaksanakan sama ada


dengan dua (2) kali ruku, tiga (3) kali ruku atau empat (4) kali ruku bagi setiap
rakaat.

4. Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;

5. Di ntara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat
sunat gerhana ialah :

B. Cara Solat Sunat Khusuf

Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar
ucapan ( ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat
biasa. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan
(dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut:

1. Cara Pertama

Solat Sunat Khusuf 2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.

a. Rakaat Pertama

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Ta`awudz.

4. Membaca surah Al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.

6. Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.

7. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau mana-mana
surah.

8. Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.

9. Iktidal.

10. Sujud dan membaca tasbih.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud kembali.

13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah Al-Fatihah.

2. Membaca surah Al-Nisa atau mana-mana surah.

3. Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.

4. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana
surah.

5. Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.

6. Iktidal.

7. Sujud dan membaca tasbih.

8. Duduk antara 2 sujud.

9. Sujud kembali.

10. Membaca tasyahud akhir.

11. Memberi salam.

Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Ketika terjadi gerhana di masa Nabi
Muhammad s.a.w maka diserukan: Ash-shalaatu jaamiah (tegakkanlah solat
berjamaah). Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad s.a.w. rukuk dua kali
dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua Nabi Muhammad s.a.w. rukuk dua kali juga.
Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata:
Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu. (Hr
Bukhari dan Muslim).

Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:

. :
:

Ishak B. Rahawaih berkata: Tidak boleh melebihi empat kali ruku dalam satu
rakaat. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w. ruku lebih dari
empat kali.

2. Cara Kedua

Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali
rukuk dan 4 kali sujud.

Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk
dan 4 kali sujud.Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat
solat gerhana.Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas
membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk.Bangun itidal, lalu membaca Al
Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.Kemudian itidal lagi dengan
tumaninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu
sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.Pada rakaat yang
ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian
tahiyat dan diakhiri dengan salam.Makmum yang hanya dapat mengikut imam

ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak
dapat rakaat pertama.

Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata: Ada beberapa sahabat kami menyatakan


bahawa memilih tatacara Solat Khusuf(solat gerhana) memilikki landasan
hukum. Mereka yang mahu solat khusuf dibolehkan memilih mana-mana tatacara
yang dikehendakkinya, sama ada dua kali ruku dalam setiap rakaat, tiga kali
ruku dalam setiap rakaat, atau empat kali ruku dalam setiap rakaat. (Ibnu
Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)

C. Khutbah Solat Gerhana

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana


matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: Pada
gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda
(kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. Keduanya tidaklah
terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan
seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah
kepada solat gerhana (Riwayat Bukhari r.a.)

Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat
Khusuf ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan
penuh tersebut.Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin,
apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.

Wallahu Aalam Bissowab.

Anda mungkin juga menyukai