Anda di halaman 1dari 2

Topik:

Pembedahan mamalia tentang sistem peredaran


Tujuan:
1. Mengikut arahan dengan betul agar kawasan toraks dapat dipaparkan
dengan kelebihan maksimum.
2. Untuk mengenal pasti organ dalam rongga toraks.
3. Untuk mengenal pasti kedudukan salur darah utama(pembuluh darah dan
arteri) dan cawangannya.
4. Untuk menghasilkan lukisan gambar rajah berlabel berdasarkan pemaparan.
5. Untuk menyatakan skala lukisan dengan tepat.
Teori:
Sistem peredaran adalah satu sistem yang penting bagi membawa benda ke atau
dari sebuah tempat dalam badan. Sistem peredaran adalah mamalia merupakan
sistem peredaran ganda dua. Darah akan melalui jantung dua kali dalam satu
pusingan badan. Sebelah kanan jantung mengepam darah ke paru-paru untuk
mengumpul oksigen dan membawa keluar karbon dioksida. Sebelah kiri jantung
mengepam darah ke seluruh badan untuk membekalkan sel-sel dengan oksigen dan
membawa keluar karbon dioksida dan bahan buangan lain.
Bahan dan radas:
Alatan pembedahan
Arnab
Papan pembedahan
Pin
Prosedur:
1. Arnab terdedah dengan kloroform dalam bekas tertutup sebelum diseksi
bermula.
2. Selepas 10 minit, arnab dipin di atas papan pembedahan dengan permukaan
ventral menghala ke atas.
3. Insisi dibuat pada pertengahan ventral melepasi kulit. Kulit dipotang kea rah
mulut dan kemudian menuju posterior.
4. Kulit dibebaskan daripada dinding tubuh yang mendasarinya dengan
menggunakan jari atau scalpel. Kulit dipinkan semula.
5. Dinding tubuh pada bahagian abdomen haiwan dibukakan.

6. Tulang rawan xiphoid ditarik ke bawah. Benang digunakan untuk menarik


kembali agar posisinya dapat ditetapkan sebelum dipinkan pada papan
pembedahan yang diantara kakinya.
7. Insisi dibuat dengan menggunakan gunting memotong sedikit bahagian
anterior ke arah diafragma dan ke dalam rongga toraks. Dinding sisi dipotong
menghala ke permukaan dorsal. Permotongan dilakukan secara berhati-hati
agar permotongan tidak terlalu ke bawah.
8. Permotongan dilanjutkan dengan memotong dinding sisi menuju ke arah
puncak dada. Tulang rusuk, otot interkostal, dan otot-otot pektoral dipotong.
(Kerosakan

pada

organ-organ

dalaman

dielakkan

dengan

sentiasa

memastikan hujung gunting menghala ke atas.)


9. Apabila dinding toraks telah digunting, keseluruhan dinding dada ventral
diangkat seperti mengangkat penutup.
10. Dinding toraks ventral dialihkan dengan memotong tisu-tisu di puncak dada.
11. Otot-otot yang telah potong diangkat. Otot-otot tersebut dipisahkan dengan
berhati-hati agar tidak merosakkan pembulu dara di bawahnya. Klavikel dapat
dilihat setelah otot yang lebih dalam telah dialihkan. Bahagian tengah tulang
dipotong dengan berhati-hati agar pembulu darah berhampiran tidak
dirosakkan.
12. Otot-otot leher dipotong dan dialihkan untuk melihat trakea dan laring.
13. Kelenjar timus dan lemak berlebihan pada bahagian tersebut dibuangkan.
14. Jantung dan paru-paru dipinkan dan didorong ke bahagian kanan haiwan.
15. Pembuluh-pembuluh darah sama ada di bahagian kanan atau kiri haiwan
diperiksa dan ditentukan.
16. Gambar rajah besar berlabel dibuat untuk menunjukkan pembuluh darah di
bahagian toraks haiwan. Skala lukisan dinyatakan.
17. Arteri-arteri pada kedua-dua bahagian toraks diperiksa dan ditentukan.
Gambar rajah berlabel dilukis untuk menunjukkan arteri pada kedua-dua
bahagian toraks. Skala yang guna dinyatakan.
18. Bahagian arteri laring dipotong. Dengan menggunakan forsep, pegang
bahagian hujung potongan laring, kemudian, laring dan trakea dibebaskan
daripada tisu-tisu yang mendasarinya dengan cara memotong sebahagian
daripada tisu penghubung di mana yang perlu. Salur darah utama yang
melalui diafragma. Salur darah yang pada bahagian berhampiran dengan
arterior diafragma dipotong. Tisu-tisu dibuang untuk membebaskan jantung,
paru-paru, trakea dan salur darah utama.
19. Paru-paru dialihkan dengan cara memotong arteri pulmonari dan vena
pulmonari. Bahagian yang paling hampir dengan paru-paru dipotong supaya
panjang maksimum bagi setiap salur darah dapat dilihat dengan jelas.
20.Pandangan dorsal bagi jantung dengan keadaan salur-salur darah
bersambungan pada jantung dilukis.

Anda mungkin juga menyukai