Anda di halaman 1dari 3

Definisi Globalisasi

Perkataan globalisasi merupakan perkataan dari Bahasa Inggeris iaitu 'globalization' yang
sebenarnya berasal dari perkataan global yang membawa maksud sedunia dan ditambah
dengan imbuhan -lization yang membawa maksud proses. Secara kesimpulan, globalisasi
boleh didefinasikan sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti
merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai
oleh seluruh umat manusia di dunia ini, bermakna segala-galanya menjadi milik bersama
dalam konsep dunia tanpa sempadan. Proses globalisasi ini terhasil daripada kecanggihan
teknologi komunikasi dan pengangkutan serta kegiatan ekonomi yang mencapai pasaran
dunia. Seperti dua keping duit syiling yang berbeza, globalisasi boleh membawa
keuntungan yang sangat besar kepada negara tetapi mempunyai unsur negatif seperti
keruntuhan budaya dan pengaruh budaya asing kepada masyarakat.
Definisi Globalisasi Menurut Pakar-Pakar
Berikut merupakan pendapat pakar-pakar perunding dalam mendefinisikan globalisasi,
diantaranya ialah:
1. Thomas L. Friedman
Globalisasi memiliki dimensi idealogi dan teknologi. Dimensi teknologi iaitu kapitalisme
dan pasaran bebas, sedangkan dimensi teknologi adalah teknologi informasi yang telah
menyatukan dunia.
2. Malcom Waters
Globalisasi adalah satu proses sosial yang menjadikan batas geografi pada keadaan sosial
budaya menjadi kurang penting, yang terjelma dari kesedaran manusia.
3. Dr. Nayef R.F. Al-Rodhan
Globalisasi adalah proses yang meliputi punca, kesan dan akibat dari integrasi
transnasional dan budaya oleh kegiatan manusia dan bukan manusia.
4. Emanuel Ritcher
Globalisasi adalah jaringan kerja global bersama menyatukan masyarakat yang
sebelumnya jauh dan terasing kepada saling membantu antara satu sama lain.

5. Anthony Giddens
Globalisasi adalah intensifikasi hubungan sosial seluruh dunia yang menghubungkan
kawasan yang jauh seperti mejadi lokal yang dibentuk oleh peristiwa yang terjadi berbatubatu jauhnya dan sebaliknya.
Definisi Sosioekonomi
Sosioekonomi sering dikelirukan dengan ekonomi sosial. Sosioekonomi adalah kajian
hubungan di antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial. Jurusan ini sering dianggap
pelbagai disiplin, menggunakan teori dan kaedah dari sosiologi, ekonomi, sejarah,
psikologi, dan banyak yang lain. Ia telah muncul sebagai suatu bidang kajian berasingan
pada lewat kurun kedua puluh. Dalam banyak perkara, bagaimanapun, pakar sosioekonomi
berfokus pada kesan sosial sesetengah jenis perubahan ekonomi. Perubahan tersebut boleh
termasuk menutup kilang, manipulasi pasaran, menandatangani perjanjian perdagangan
antarabangsa, kawalan gas asli baru, dsb. Kesan-kesan sosial seperti itu dapat menjadi
berlingkungan luas dalam saiz, daripada kesan tempatan pada suatu masyarakat kecil ke
perubahan pada keseluruhan masyarakat.
Contoh-contoh kesan sosioekonomi termasuk teknologi baru seperti kereta atau telefon
bimbit, perubahan pada undang-undang, perubahan pada alam fizikal (seperti bertambah
kesesakan dalam bandar), dan perubahan ekologi (seperti kemarau memanjang atau
kemerosotan stok ikan).[perlu rujukan] Ini boleh mempengaruhi corak penggunaan,
pembahagian pendapatan dan kekayaan, cara di mana orang berkelakuan (kedua-dua dari
segi keputusan pembelian dan cara bagaimana mereka memilih menggunakan waktu
mereka), dan kualiti hidup yang keseluruhannya.
Sasaran kajian sosioekonomi umumnya untuk membawa pembangunan sosioekonomi,
biasanya dari segi pembaikian dalam metrik seperti KDNK, jangka hayat, celik huruf,
kadar pekerjaan, dsb.[perlu rujukan]

Walaupun lebih sukar diukur, perubahan dalam faktor-faktor kurang ketara juga
dipertimbangkan, seperti maruah diri, kebebasan berkesatuan, keselamatan peribadi dan
kebebasan dari ketakutan kecederaan fizik, dan takat penyertaan dalam masyarakat sivil.

1. http://www.itseducation.asia/groups.htm
2. http://www.slideshare.net/zaid/problem-solving-85723
3. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1548833/
4. http://www.careerride.com/view.aspx?id=6384
5. http://smallbusiness.chron.com/main-issues-involved-corporate-12338.html
6. http://www.transitioning.org/2012/03/10/7
7. http://www.ashp.org/menu/DrugShortages/CurrentShortage/Bulletin.aspx?id=1075
8. http://www.fda.gov/Drugs/DrugSafety/DrugShortages/ucm050796.htm#q3
9. http://www.fda.gov/Drugs/ResourcesForYou/Consumers/BuyingUsingMedicineSaf
ely/UnderstandingGenericDrugs/ucm144456.htm
10. www.edpsycinteractive.org

Anda mungkin juga menyukai