Anda di halaman 1dari 21

TEMA

Aktiviti Keluarga

TAJUK

Berkhemah Di Laman Idaman

KEMAHIRAN

Mendengar dan bertutur

KELOMPOK

Satu

TAHAP
PENGUASAAN

PERNYATAAN

1. Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan


kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat terhad
dan memerlukan banyak bimbingan, panduan dan latihan
dalam kemahiran bahasa.

Memberi respons dengan betul terhadap pelbagai jenis ayat


yang diperdengarkan pada tahap sangat terhad.

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

1. Murid menyebut ayat berkenaan gambar yang


diperlihatkan.
2. Murid diminta menyatakan jenis-jenis ayat yang
digunakan.
3. Murid diminta memadankan gambar dengan ayat yang
sesuai.

BAHAN BANTU

1. Lembaran kerja
2. Buku teks

Nama :.
..

Tahun : 4

Sebut, dengar dan suaikan gambar di bawah dengan ayat yang


sesuai.

Minumlah teh ini dahulu

Di manakah perkhemahan sekolah


kamu kali ini

Datuk sedang berehat sambil membaca


surat khabar.

Jangan petik bunga itu !

Wah, cantiknya pemandangan di sini !

Menguasai

Tidak
menguasai

Tarikh :..

TEMA

Masyarakat Penyayang

TAJUK

Khidmat Rakan Sebaya

KEMAHIRAN

Mendengar dan bertutur

KELOMPOK

Tiga

TAHAP
PENGUASAAN

2. Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan


kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan
memerlukan sedikit bimbingan, panduan dan latihan
dalam kemahiran bahasa.

PERNYATAAN

Menyampaikan cerita dengan tepat menggunakan ayat yang


mengandungi wacana dengan sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul pada tahap terhad.

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

BAHAN BANTU

1. Murid membaca dialog yang diberikan.


2. Murid melakonkan watak yang terdapat di dalam dialog.
3. Murid bercerita semula secara ringkas berdasarkan
gambar.
4. Murid melengkapkan dialog.
1. Buku teks
2. Lembaran kerja
3. Kad gambar

Nama :.
..

Tahun : 4

Lengkapkan dialog di bawah berdasarkan gambar.

Razif : Helo Raju. Mengapakah awak tidak datang ke Program Khidmat


Masyarakat
di sekolah pagi tadi ?
Raju : Maaflah, Razif. Saya kurang sihat hari ini. Bagaimanakah perjalanan
program itu ?
Razif : Semuanya berjalan lancar. Seronok apabila dapat melakukan kerja
bersama-sama. Program seperti ini dapat mendidik murid bergaul
dengan
masyarakat.
Raju : Ceritakanlah tentang program itu. Saya juga ingin tahu tentang
program
tersebut.
Razif : Baiklah. Mula-mula, semua peserta (1) ___________________________.
Guru Besar menyampaikan ucapan perasmian. Selepas itu, para
peserta
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami pun bergotong-royong
(2) _________________________________________ bersama-sama.
Raju : Ada jamuan tak ?
Razif : Mestilah ada. Selepas semua kerja selesai, para peserta (3)
___________
___________________________________ di kantin sekolah. Sambil
makan dan minum, kami (4) ________________________ dengan mesra.
Suasana sangat meriah.
Raju : Tentu sekolah kita telah berubah wajah sekarang.
Razif : Betul tu Raju. Sekolah kita semakin cantik, bersih dan ceria.
Raju : Terima kasih, Razif kerana sudi menelefon saya untuk menceritakan

tentang program tersebut.


Razif : Sama-sama.
Menguasai
Tidak
menguasai

Tarikh :..

TEMA

Sentiasa selamat

TAJUK

Sentiasa Awasi Diri

KEMAHIRAN

Mendengar dan bertutur

KELOMPOK

Dua

TAHAP
PENGUASAAN

3. Murid berupaya mempamerkan tahap penguasaan


bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan
berupaya mengungkapkan idea serta menguasai
kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam
kemahiran bahasa

PERNYATAAN

Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama


diri orang dan kata ganti nama diri tanya dengan betul dalam
situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

1. Murid mendeklamasikan sajak yang diberikan.


2. Secara kumpulan, murid mencari maksud setiap rangkap
sajak dengan bimbingan guru.
3. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja di hadapan
kelas.

BAHAN BANTU

1. Kad manila
2. Pen marker
3. Buku rampaian

Nama :.
..

Tahun : 4

Lengkapkan dialog dengan jawapan yang sesuai.


Cikgu Lutfi : Murid-murid, Pertandingan Pendidikan
Lalu Lintas akan diadakan tidak lama
lagi. Siapakah yang berminat untuk
mewakili pasukan sekolah (1) _______ ?
Manu

: (2) _______ berminat untuk menyertai


pertandingan itu, cikgu. Kategori apakah
yang sesuai untuk (3) _______ sertai,
cikgu ?

Cikgu Lutfi : Oh, ya! Pertandingan Permainan Pendidikan


Lalu Lintas dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pedal kart,
berbasikal dan pejalan kaki. Jika betul (4) _______ berminat,
bolehlah datang ke sekolah pada petang ini untuk mengetahui
tentang
pertandingan ini lebih lanjut.
Mazni

: (5) ________ pun berminat untuk menyertainya, cikgu. (6)

________
akan meminta izin daripada ibu bapa (7) _______ terlebih dahulu.
Kalau (8) _______ izinkan, (9) _______ akan datang petang nanti.
Badri

: (10) _______ pun berminat juga. (11) _______ pula bagaimana,

Linly ?
Linly

: (12) _______ pun berminat. (13) _______ jumpa di sekolah petang

nanti ya, kawan-kawan. Tunggu (14) ________ ya, cikgu.

Menguasai
Tidak
menguasai

Tarikh :
..

TEMA

Amalan Kesihatan Dan Kebersihan

TAJUK

Bersih Dan Sihat

KEMAHIRAN

Membaca

KELOMPOK

Dua

TAHAP
PENGUASAAN

4. Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan


bahasa dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat
mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan berkesan,
berupaya mengungkapkan idea, menguasai kemahiran
berfikir yang kritis dan mengamalkan pembelajaran
kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa.

PERNYATAAN

Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea


utama dan idea sampingan dalam pelbagai bahan bagi membuat
ramalan dengan tepat.

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

1. Murid membaca petikan rencana yang diberikan.


2. Murid membuat perbincangan dalam kumpulan untuk
mencari isi-isi penting di dalam rencana yang disediakan.
3. Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan di
hadapan kelas.

BAHAN BANTU

1.
2.
3.
4.

Petikan
Kad manila
Pen marker
Buku Rampaian

Nama :.
..

Tahun : 4

Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, catatkan maklumat


tentang idea utama dalam ruangan yang disediakan.
Banyak faedah yang kita dapat daripada bersukan. Antara kebaikannya ialah
memanfaatkan masa, memberi hiburan, menyihatkan tubuh badan dan
mengeratkan silaturahim.
Apabila bersukan, masa dapat diisi dengan baik. Jika tidak, masa
tersebut mungkin kita gunakan untuk melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah seperti bercampur dengan budak-budak nakal atau menjadi kutu
embun. Tindakan sedemikian, menyebabkan kita mudah terjebak dengan
kegiatan yang tidak sihat.
Di samping itu, dengan bersukan, kita akan berasa seronok dan
terhibur. Apabila kita terhibur, kita akan kelihatan ceria. Hati dan fikiran kita
berasa lapang dan tenang. Dengan ketenangan ini, kita dapat belajar dengan
lebih baik lagi di kelas.
Setiap aktiviti yang dilakukan dalam bersukan boleh menyumbang
kepada kesihatan kita. Apabila kita melakukan aktiviti tersebut, badan kita
akan berpeluh. Ini menjadikan badan kita sentiasa sihat dan segar. Dengan
cara ini, diharapkan diri kita terhindar daripada diserang penyakit seperti
kencing manis, sakit jantung atau darah tinggi.
Apabila bersukan, kita akan berjumpa dan bermesra dengan ramai
kenalan baharu. Kita boleh bertukar-tukar fikiran dan pendapat dalam banyak
perkara. Dengan demikian, kita dapat menjalinkan hubungan silaturahim
dengan kenalan baharu itu.
Idea Utama

1. ________________________________________________________________________
2. ________________________________________________________________________
3. ________________________________________________________________________
4. ________________________________________________________________________
5. ________________________________________________________________________
Menguasai
Tidak menguasai

Tarikh :..

TEMA

Masyarakat Penyayang

TAJUK

Khidmat Rakan Sebaya

KEMAHIRAN

Membaca

KELOMPOK

Tiga

TAHAP
PENGUASAAN

PERNYATAAN

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

5. Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan


bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya
mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci,
berkomunikasi
secara
efektif,
mengaplikasikan
pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai
kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif serta
mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam
kemahiran bahasa.

Membaca dan memahami pelbagai bahan sastera yang sesuai


untuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif.

1. Murid mendeklamasikan sajak yang diberi.


2. Secara kumpulan, murid mencari maksud setiap rangkap
sajak.
3. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja di hadapan

kelas.

BAHAN BANTU

1. Petikan sajak.
2. Kad manila
3. Pen marker

Nama :.
..

Tahun : 4

Baca dan fahami sajak di bawah. Kemudian, tulis maksud setiap


rangkap sajak itu.
Anak Malaysia
kaulah pewaris tanah ini
kaulah pejuang budaya ini
teruskan menegak keadilan
dengan penuh kejujuran

Anak Malaysia
usah kau berpeluk tubuh
bangun dan bangkitlah
dengan diri sendiri
bersaing maju di persada dunia

Anak Malaysia
hiasilah dirinu dengan sifat
terpuji
agar elok pekertimu
tetapkanlah cita-citamu
berusahalah sepenuh hatimu
agar kejayaan menjadi milikmu

Anak Malaysia
walaupun pelbagai bangsa
bersatulah umpama serumpun
saling mempercayailah
sesamamu
nescaya keunggulan milikmu

Menguasai
TEMA
Tidak
menguasai
TAJUK

Meneroka Sains Dan Teknologi

Bijak Mencipta

KEMAHIRAN

Membaca

KELOMPOK

Satu

TAHAP
PENGUASAAN

PERNYATAAN

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

Tarikh :

..

6. Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan


bahasa dan kecekapan berbahasa yang cemerlang dan
konsisten, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas,
terperinci dan tersusun, menguasai kemahiran berfikir
yang kritis, kreatif dan inovatif, berkomunikasi secara
efektif
dan
penuh
keyakinan,
mengamalkan
pembelajaran secara kendiri serta menjadi model teladan
kepada murid yang lain dalam kemahiran bahasa.

Membaca dan memahami pelbagai bahan bukan sastera untuk


mengenal pasti nilai murni.

1. Murid diminta membaca petikan rencana yang diberikan.


2. Guru membimbing murid mencari nilai murni yang
terdapat dalam petikan.
3. Murid diminta memberi keterangan bagi setiap nilai murni
yang dikenal pasti.

BAHAN BANTU

1. Petikan rencana
2. Buku rampaian

Nama :.
..

Tahun : 4

Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, nyatakan nilai murni


yang terdapat dalam petikan.
Troli Separa Terlantar
Kebanyakan warga emas bergerak dalam keadaan mengesot dan merangkak
akibat keuzuran dan sudah terlantar kerana sakit tua. Ketidakupayaan itu
hanya mengharapkan bantuan kudrat orang lain untuk bergerak.
Menyelami kepayahan itu, Kumpulan Hibrid dan kakitangan Rumah
Sri Kenangan, Taiping, mencipta alat bantuan pergerakan, iaitu Troli Separa
Terlantar atau Trosepter. Trosepter yang dicipta khas menggunakan bahan
terpakai dengan reka bentuk ringkas untuk memudahkan warga emas uzur
bergerak sendiri di dalam kawasan sekitar tanpa bantuan orang lain.
Trosepter dihasilkan daripada besi rangka katil yang telah rosak
dibalut dengan fabric PVC yang diambil daripada kerusi roda terpakai dan
dijadikan tempat duduk dan bersandar. PVC dipilih kerana tidak menyerap
cecair dan mudah dilap.
Bil.
1
2
3
4

Nilai Murni

Keterangan

Justeru, pelbagai keunikannya, Trosepter dinobatkan sebagai juara


dalam Pertandingan Inovasi Sosial Kejayaan, anjuran Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Ketua Projek kumpulan Hibrid bersyukur atas kejayaan itu.
Trosepter bukan sahaja sebagai alat bantuan holistik, malah memudahkan
mereka bergerak ke sana sini.

Menguasai
Amalan Kesihatan Dan Kebersihan
Tarikh :
..

Tidak
menguasai
TEMA
TAJUK

Bersih Dan Sihat

KEMAHIRAN

Menulis

KELOMPOK

Dua

TAHAP
PENGUASAAN

PERNYATAAN

2. Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan


kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan
memerlukan sedikit bimbingan, panduan dan latihan
dalam kemahiran bahasa.

Menulis perkataan berimbuhan pinjaman dengan ejaan yang


tepat secara imlak.

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

1. Murid membaca petikan.


2. Murid diminta menyenaraikan kata imbuhan pinjaman
yang didapati di dalam petikan.
3. Murid membina ayat berdasarkan perkataan berimbuhan
pinjaman yang dikenal pasti.

BAHAN BANTU

1. Petikan bacaan
2. Buku rampaian

Nama :.
..

Tahun : 4

A. Baca petikan di bawah. Gariskan perkataan berimbuhan pinjaman


dalam petikan
tersebut.
Encik Munir merupakan usahawan yang cukup terkenal di sekitar
daerah Baling, Kedah kerana sifat dermawan yang ada pada dirinya. Isterinya
pula merupakan guru prasekolah di sebuah sekolah berhampiran dengan
rumahnya. Encik Munir mempunyai tiga orang anak. Seorang perempuan dan
dua orang lelaki. Amir, anaknya yang sulung bertugas sebagai doctor di
sebuah hospital kerajaan. Beliau banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja
sukarelawan. Noraini, anaknya yang kedua pula bekerja sebagai pensyarah
selain menjadi penulis buku-buku ilmiah. Anaknya yang bongsu masih lagi
bergelar mahasiswa di salah sebuah universiti di selatan tanah air. Encik
Munir dan isterinya mempunyai minat yang sama, iaitu menonton filem
lakonan seniman Tan Sri P. Ramlee.
B. Pilih lima perkataan berimbuhan pinjaman yang telah kamu garisi.
Kemudian bina ayat.
1. ____________________________
Ayat : _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2. ____________________________
Ayat : _____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
3. ____________________________
Ayat : _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
4. ____________________________
Ayat : _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
5. ____________________________
Ayat : ____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Menguasai

Bumi Indah Rakyat Bertuah

Tidak
menguasai

Tarikh :
..
TEMA

TAJUK

Manusia Dan Alam Sekitar

KEMAHIRAN

Menulis

KELOMPOK

Empat

TAHAP
PENGUASAAN

3. Murid berupaya mempamerkan tahap penguasaan


bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan
berupaya mengungkapkan idea serta menguasai
kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam
kemahiran bahasa.

PERNYATAAN

Menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk surat,


laporan dan cerita dengan jelas serta menggunakan bahasa
yang santun.

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

1. Guru memberi contoh karangan berbentuk laporan


kepada murid.
2. Murid menulis semula laporan tersebut di dalam buku
rampaian.
3. Murid melengkapkan skrip laporan yang diberikan
berdasarkan contoh yang diberi.

BAHAN BANTU

1. Contoh skrip laporan


2. Lembaran kerja
3. Buku rampaian

Nama :.
..

Tahun : 4

Lengkapkan laporan di bawah.


Laporan Aktiviti Gotong-royong Membersihkan Taman Rekreasi
Awana
Pada 2 November 2014 yang lalu, Persatuan Alam Sekitar, Sekolah Kebangsaan
Bandar Awana telah mengadakan aktiviti (1) _______________________________
_______________________________________. Aktiviti ini dimulakan pada pukul 8.00 pagi.
(2) _______________________________ disertai oleh lima puluh orang ahli persatuan dan
empat orang (3)________________________________.
Sebelum memulakan aktiviti tersebut, penerangan tentang (4) ___________
semasa melakukan aktiviti gotong-royong diberikan oleh Encik Hanif selaku guru
penasihat.
Ahli Persatuan Alam Sekitar dipecahkan kepada (5) _____________________.
Setiap kumpulan diberikan tugas masing-masing.
Selepas selesai (6) _______________________________, kami menaiki bas untuk
pulang ke sekolah. Guru-guru wanita turut sama menyediakan hidangan tengah hari.

Semua yang terlibat berehat dan (7) _______________________________________________.


Selain itu, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bandar Awana mengucapkan terima
kasih atas kerjasama kami untuk membersihkan alam sekitar. Beliau mengingatkan
kami supaya sentiasa (8) ________________________________________.
Aktiviti ini tamat pada pukul 2.00 petang. Meskipun keletihan, masing-masing
berasa gembira kerana telah memberi sumbangan untuk menjaga kebersihan alam
sekitar. Sekian, (9) ___________________________.
Disediakan oleh,

4 November 2014

Afiqah Nabilah
(10) ___________________________
Setiausaha, Persatuan Alam Sekitar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Awana.

Menguasai
Tidak menguasai

Tarikh :
..

TEMA

Meneroka Sains Dan Teknologi

TAJUK

Bijak Mencipta

KEMAHIRAN

Menulis

KELOMPOK

Satu

TAHAP
PENGUASAAN

4. Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan


bahasa dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat
mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan berkesan,
berupaya mengungkapkan idea, menguasai kemahiran
berfikir yang kritis dan mengamalkan pembelajaran
kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa.

PERNYATAAN

Menulis ulasan tentang bahan bukan sastera yang didengar,


ditonton atau dibaca dengan jelas dan menggunakan bahasa
yang gramatis.

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

1.
2.
3.
4.

Murid membaca petikan rencana yang diberikan.


Perbincangan tentang isi kandungan rencana.
Murid menjawab soalan kefahaman yang diberi.
Murid diminta mengulas secara ringkas nilai-nilai murni
yang terdapat dalam petikan.

BAHAN BANTU

1. Petikan rencana
2. Buku rampaian
3. Lembaran Kerja

Nama :.
..

Tahun : 4

Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian jawab soalan


berdasarkan petikan tersebut.
Troli Separa Terlantar
Kebanyakan warga emas bergerak dalam keadaan mengesot dan merangkak
akibat keuzuran dan sudah terlantar kerana sakit tua. Ketidakupayaan itu
hanya mengharapkan bantuan kudrat orang lain untuk bergerak.
Menyelami kepayahan itu, Kumpulan Hibrid dan kakitangan Rumah Sri
Kenangan, Taiping, mencipta alat bantuan pergerakan, iaitu Troli Separa
Terlantar atau Trosepter. Trosepter yang dicipta khas menggunakan bahan
terpakai dengan reka bentuk ringkas untuk memudahkan warga emas uzur
bergerak sendiri di dalam kawasan sekitar tanpa bantuan orang lain.
Trosepter dihasilkan daripada besi rangka katil yang telah rosak dibalut
dengan fabric PVC yang diambil daripada kerusi roda terpakai dan dijadikan

tempat duduk dan bersandar. PVC dipilih kerana tidak menyerap cecair dan
mudah dilap.
Justeru, pelbagai keunikannya, Trosepter dinobatkan sebagai juara
dalam Pertandingan Inovasi Sosial Kejayaan, anjuran Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Ketua Projek kumpulan Hibrid bersyukur atas kejayaan itu.
Trosepter bukan sahaja sebagai alat bantuan holistik, malah memudahkan
mereka bergerak ke sana sini.
1. Apakah maksud Trosepter ?
Trosepter bermaksud
______________________________________________________.
2. Apakah perkara yang menarik perhatian kamu tentang ciptaan ini ?
Perkara yang menarik perhatian saya tentang ciptaan ini
ialah_______________
________________________________________________________________________.
3. Tulis ulasan tentang nilai murni yang kamu peroleh berdasarkan petikan
dalam satu perenggan.
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
Menguasai
Tidak
menguasai
Rujukan

Tarikh :
..

Aspek-aspek Penting Kemahiran Berbahasa. Dipetik pada 3 Ogos 2014 daripada


http://ekspresibahasamelayu.blogspot.com/2013/04/aspek-aspek-pentingkemahiran- berbahasa.html
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Standard Kurikulum Dan Pentaksian Bahasa
Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 4, Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia
Haji Razali Yahya. (2013). Inovasi Cemerlang KSSR Bahasa Malaysia Tahun 4, Selangor :
Cemerlang Punlications Sdn. Bhd.
Hilezan Zainal, Parimalarani Sivasubramaniam, Tan Kim Lan. (2014). Amalan Pentaksiran
Dalam Matematik, Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.
http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf

http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/4-penanda-wacana.pdf
Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2009). Modul Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
BMM3103, Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Putrajaya : Kementerian
Pelajaran Malaysia
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Dipetik pada 3 Ogos 2014 daripada
http://pengajian-ipg.blogspot.com/2012/05/kaedah-pengajaran-dan-pembelajaran.html
Nur Hazliana Harun. (2014). Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia Tahun 4,
Selangor : Penerbit Ilmu Bakti
Pengajaran Kemahiran BM (BM3104). Dipetik pada 1 Ogos 2014 daripada
http://roslighani.blogspot.com/2012/07/pengajaran-kemahiran-bm-bmm3104.html
Pengajaran Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis. Dipetik pada 1 Ogos 2014
daripada http://asyiqazhad.blogspot.com/p/nota-bahasa-melayu.html
Rohayati A. Rahman, M. Azizi Sharar.(2012). Revisi Ekspres Bahasa Malaysia UPSR,
Selangor : Penerbit Ilmu Bakti
Siti Sarah, Nur Farah Lo, Sarawati. (2014). KSSR Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka

Sharum Sameon, Kamarudin Jeon. (2015). On Fun Bahasa Malaysia Tahun 4, Selangor :
Mybooks.com sdn. Bhd.