Anda di halaman 1dari 10

1.

0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEORANG


PENYANYI
Menyanyi merupakan satu cara yang mudah untuk meluahkan perasaan seseorang.
Secara tidak langsung,aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan
dan fikiran. Bermula dari zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk melahirkan
perasaan dan berkongsi pengalaman seseorang. Dalam nyanyian mesti ada lagu dan lagu
adalah alat komunikasi yang hebat terutama bagi kanak-kanak (Phillips,1990).
Dalam satu nyanyian yang bagus, terdapat unsur-unsur yang mempengaruhi
perkembangan nyanyian tersebut. Antaranya ialah perkembangan fizikal, minda dan
budaya, kemahiran asas dalam nyanyian, dan latihan vokal yang berterusan. Unsur-unsur
ini menjadi faktor dalam perkembangan nyanyian seseorang. Menyanyi sememangnya
Nampak mudah namun sebenarnya ia adalah satu kemahiran yang kompleks kerana ia
memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi psikologikal dan motor
dalam menghasilkan vokal yang bagus dan terbaik.
1.1 FAKTOR PERKEMBANGAN FIZIKAL
Faktor yang pertama adalah perkembangan fizikal. Secara umumnya, suara manusia ini
adalah berbeza mengikut umurnya, saiz badannya serta beberapa aspek yang lain. Contoh
yang paling mudah untuk dilihat adalah antara kanak-kanak dan orang dewasa. Picnya
akan berbeza mengikut usia. Renj dan suara adalah salah satu aspek dalam faktor fizikal.
Renj merangkumi not yang tertinggi kepada not yang terendah dalam sesuatu suara. Renj
suara adalah berbeza mengikut individu yang berbeza. Sebagai contohnya, kanak-kanak
perempuan dan lelaki mempunyai suara yang berbeza. Antara satu sama lain dan kanakkanak juga mempunyai pic suara yang berbeza dengan remaja atau golongan dewasa.
Berdasarkan banyak buku teks D atas, C tengah ke A merupakan purata vokal yang
lazimnya sesuai digunakan oleh golongan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian. Selain itu,
fizikal juga merangkumi bentuk dan saiz tekak. Contohnya, seseorang yang mempunyai
mulut yang besar dan tekak yang luas cenderung untuk menghasilkan suara yang besar
atau suara jenis bes. Berbeza pula dengan seseorang yang mempunyai tekak yang kecil
dan mulut yang kecil. Mereka cenderung untuk menghasilkan suara yang tinggi dan
lazimnya golongan wanita yang mempunyai jenis suara sebegini.
1.2 FAKTOR PERKEMBANGAN MINDA DAN BUDAYA
Faktor perkembangan minda dan budaya turut mempengaruhi perkembangan
seseorang penyanyi. Minda dan emosi amat berkait rapat antara satu sama lain kerana
1

emosi sebenarnya dikawal oleh minda. Seseorang penyanyi itu perlulah sentiasa berfikiran
positif

dan

mempunyai

ketenangan

semasa

menyanyi.

Hal

ini

bertujuan

untuk

menyampaikan lagu yang bersesuai mengikut mud . contohnya, bagi lagu yang berunsur
sedih, mud seseorang penyanyi juga harus dalam keadaan sedih ataupun sayu bagi
menjiwai lagu tersebut manakala bagi lagu rancak mud mestilah dalam keadaan gembira
dan rancak. Terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan,
kehendak dan komponen emotif. Dan emosi ini adalah emotif. Antara komponen emotif
adalah kegembiraan, kesedihan, ketakutan dan kemarahan. Oleh itu, penyanyi haruslah
tahu untuk menjiwai sesebuah lagu mengikut genre lagu supaya dapat menyampaikan lagu
dengan sempurna. Dari segi perkembangan budaya pula, terdapat pelbagai jenis muzik
daripada latar belakang budaya yang berbeza. Contohnya, jika di Malaysia terdapat muzik
tradisional seperti ghazal dan asli. Jadi, seseorang penyanyi akan mempunyai jenis lagu
yang sesuai dengan vokal mereka. Contohnya, Siti Nurhaliza amat sinonim dengan muzik
bercorak Melayu Asli dan kumpulan-kumpulan rock yang mengikut cara teknik nyanyian
dan lenggok suara muzik rock.
.
1.3 FAKTOR KEMAHIRAN ASAS DALAM NYANYIAN
Dalam nyanyian, faktor yang paling penting sebenarnya adalah kemahiran asas dalam
nyanyian. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya kemahiran asas ini tidak dicapai oleh
seseorang penyanyi, maka lontaran vokal yang disampaikan tidak memenuhi citarasa diri
sendiri terutamanya. Oleh yang demikian, untuk mendapatkan nyanyian yang baik,
seseorang perlulah mempunyai dan mengikuti aspek-aspek nyanyian. Antaranya ialah
postur, pernafasan,sebutan dan ton, bentuk mulut dan latihan vokal serta jenis suara.
Sekiranya penyanyi itu memenuhi aspek-aspek tersebut, maka nyanyian yang dihasilkan
akan menjadi bagus.
Untuk postur, terdapat dua jenis postur yang boleh dinyatakan iaitu postur berdiri dan
postur duduk. Untuk postur berdiri, terdapat perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
dalam menyanyi sekiranya penyanyi itu selesa atau membuat persembahan dalam keadaan
berdiri iaitu berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggangkan sedikit. Hal ini bertujuan
untuk mengimbangi badan penyanyi itu sendiri manakala lutut haruslah dilonggarkan iaitu
berada dalam keadaan rileks. Badan pula mesti dalam keadaan lurus dengan dada
dinaikkan dan tangan berada di sisi. Ini merupakan keadaan berdiri bagi seseorang
penyanyi yang menjadi salah satu aspek dalam faktor kemahiran asas dalam nyanyian.
Postur duduk pula harus merangkumi aspek berikut iaitu bahagian badan hingga kepada
2

dalam keadaan sama juga seperti postur berdiri tetapi badan haruslah tidak bersandar pada
kerusi ataupun apa sahaja yang boleh disandar oleh seseorang penyanyi itu. Hal ini
bertujuan untuk mengeluarkan vokal yang jelas dan sempurna. Bahagian punggung pula
haruslah berada di tengah-tengah tempat duduk contohnya kerusi. Seterusnya, kaki harus
diletakkan di atas lantai dan tangan berada di atas paha. namun begitu, postur bukanlah
pengganti kepada bakat nyanyian. Ianya hanya satu cara untuk meningkatkan kawalan
serta memberi satu keadaan yang baik untuk mendapatkan suara yang bagus.

POSTUR
Dari segi BERDIRI
satu

POSTUR
pernafasan pula, ia juga DUDUK

merupakan

daripada

penting

aspek

yang

salah
dalam

kemahiran asas nyanyian. Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang
baik. Namun, tidak semua orang mengamalkan cara pernafasan yang betul. Oleh itu, teknik
kawalan pernafasan yang betul perlu diketahui oleh seseorang penyanyi itu. Dengan teknik
pernafasan yang betul, seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti,sebutan yang
jelas dan intonasi yang baik dalam nyanyian. Organ utama yang terlibat semasa nyanyian
adalah otot-otot bahagian abdomen khususnya diafragma. Diafragma akan mengembang
semasa menarik nafas dan kembali ke normal semasa menghembus nafas. Jadi, proses
pernafasan ini perlu dikawal supaya hasil nyanyian adalah yang terbaik. Seseorang itu akan
dapat mengawal pernafasan dengan bagus sekiranya menjalani latihan yang baik dan
sistematik. Contohnya, dalam aktiviti nyanyian, mulut dan kerongkong perlu dibuka dengan
luas untuk laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan.
Seterusnya adalah sebutan dan ton. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan
haruslah paling jelas. Oleh itu, untuk menghasilkan pengeluaran sebutan yang jelas, ciri-ciri
seperti berikut adalah penting iaitu tenaga, pembentukan alat vokal iaitu bibir dan lidah,
kekuatan bunyi dan harkat iaitu panjang dan pendek sesuatu frasa. Bentuk mulut yang
betulakan menghasilkan sebutan, kualiti ton, dan intonasi iaitu ketepatan pic yang
sempurna. Bunyi konsonan padal awal dan akhir perkataan perlulah jelas supaya
pendengar dapat mendengar dengan jelas dan nyanyian akan menjadi baik. Seseorang
3

yang menginginkan sebutan yang baik perlulah menjalani latihan yang kerap dan merujuk
kepada guru muzik atau penyanyi profesional. Nyanyian yang baik juga memerlukan ton
yang baik oleh seseorang penyanyi. Menurut muzik klasikal barat, ton yang baik adalah
bunyi suara yang penuh , jelas dan boleh didengar oleh pendengar. Kemahiran pengawalan
organ vokal seperti rahang dan lidah dapat mempengaruhi penghasilan ton yang baik.
Bentuk mulut yang betul serta latihan vokal yang berterusan juga merupakan aspek
dalam kemahiran asas nyanyian. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan yang
baik,kualiti ton dan intonasi yang baik. Contohnya untuk sebutan yang berbunyi Uh mulut
haruslah muncung kehadapan dan sebutan aa mulut mesti dibuka dengan luas.
Jenis suara turut menjadi aspek dalam asas kemahiran nyanyian. Secara umumnya
dalam nyanyian, terdapat tiga jenis suara iaitu suara kepala, suara tengah dan suara dada.
Suara kepala aialah suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang di kepala. Suara tengah pula
adalah istilah untuk suara yang dirasai dikeluarkan dari paras hidung ke kerongkong
manakala suara bawah bermaksud suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang dada. Suara
ini dapat dirasai apabila meletakkan tangan di dada pada nyanyian pic yang rendah.
Getaran dada akan dapat dirasai pada tangan.

1.4 FAKTOR LATIHAN VOKAL YANG BERTERUSAN

Latihan vokal yang berterusan juga penting dalam mempengaruhi perkembangan


seorang penyanyi. Untuk mendapat latihan yang betul, seorang penyanyi sepatutnya
mempunyai tenaga pengajar yang sendiri untuk memantau peningkatan nyanyian. Latihan
berterusan sehingga mengabaikan kesihatan diri juga perlu dielakkan. Hal ini kerana boleh
mencederakan tekak yang mampu menghasilkan suara yang sumbang. Oleh itu, seorang
penyanyi seharusnya membuat latihan yang berterusan mengikut jadual dan keadaan yang
sesuai. Latihan vokal adalah direka untuk memperkembangkan bakat dalam gaya
suara(Carol J.Krueger,2010). Oleh itu , latihan vokal yang berterusan akan meningkatkan
perbendaharaan kata seseorang dan gaya suara. Dari segi sebutan vokal, seseorang itu
4

mempunyai kebolehan untuk menyebut atau menyanyi suku kata dan perkataan dengan
jelas serta penggunaan resonan yang sesuai. Terdapat dua jenis resonan iaitu resonan
tinggi dan resonan rendah. Resonan tinggi adalah resonan pada ruang hidung dan kepala
yang mana mempunyai ton yang lebih riang. Resonan rendah pula resonan pada tekak dan
ruang mulut di mana memberi sokongan kepada suara.

2.0 LANGKAH-LANGKAH MEMPERKEMBANGKAN KEMAHIRAN, KEBOLEHAN DAN


PENCAPAIAN NYANYIAN
Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Namun, berapa
ramaikah yang mengetahui langkah-langkah dalam meningkatkan nyanyian terhadap diri
sendiri?
MEMANASKAN BADAN
Sebarang bentuk senaman boleh dilakukan. Contohnya membuat pemanasan suara
sebelum menyanyi seperti mendengungkan bunyi sebelum menyanyi. Selain itu,
memanaskan suara dengan membuat latihan mengikut tangga nada solfa iaitu
Do,Re,Mi,Fa,So,La,Ti,Do. Aktiviti lain seperti humming, hissing juga membantu dalam
memanaskan suara. Aktiviti warm-up ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri.
Antaranya adalah dapat menarik perhatian dan memberi fokus, mewujudkan kesediaan dari
segi fizikal sebelum memulakan nyanyian. Selain itu ia memberi peluang untuk
menyediakan suara untuk nyanyian serta meningkatkan kemahiran pengawalan dan
pengurusan pernafasan dan ton suara yang bertenaga.
BERTENANG

Semasa menyanyi, bertenang adalah amat penting bagi seseorang. Sekiranya cemas
semasa menyanyi, ia akan menyebabkan kelemahan dalam resonan dan dalam nada suara
seseorang. Bagi saya, bertenang juga mustahak untuk tidak keterlaluan apabila cuba untuk
mencapai not yang di luar dari kemampuan seseorang. Apabila seseorang itu keterlaluan, ia
tidak akan membantu seseorang untuk mencapai not tersebut, malah menyebabkan vokal
yang dilontarkan tidak menjadi dan sumbang.
PERNAFASAN
Langkah yang seterusnya untuk memperkembangkan kemahiran, kebolehan dan
pencapaian nyanyian untuk diri sendiri adalah pernafasan yang betul. Pernafasan adalah
penting untuk nyanyian yang bagus. Suara nyanyian kita dihasilkan daripada udara, jadi
sekiranya cara pernafasan adalah salah maka suara nyanyian juga akan terjejas.
Pernafasan yang betul adalah pernafasan yang dilakukan daripada diafragma. Pernafasan
yang betul adalah menggunakan perut iaitu tidak menggerakkan bahu dan pergerakan dada
adalah minimum. Jadi, untuk meningkatkan kemahiran dalam nyanyian, adalah perlu untuk
mengamalkan pernafasan tersebut dengan mengimbangi bahu dan menumpukan pada
pergerakan perut ke dalam dan keluar.
MEMPUNYAI IDOLA
Bagi saya, sekiranya seseorang mahu pemberkembangkan lagi nyanyiannya, mereka
perlu mempunyai seorang idola yang boleh dijadikan contoh. Kita boleh memberi perhatian
kepada cara mereka menyanyi,gaya menyanyi yang mereka ada, jenis muzik yang
digunakan dan juga kita boleh mencari maklumat berkaitan cara-cara yang idola kita
gunakan untuk meningkatkan kemahiran nyanyian. Idola yang dipilih tidak sepestinya
penyanyi yang mesti mempunyai pelbagai anugerah. Hanya sekadar yang bersesuaian
dengan vokal kita. Kita boleh gabungkan perkara ini ke dalam nyanyian secara peribadi dan
ia boleh menjadi satu alat pembelajaran yang boleh membantu memperkembangkan
kebolehan nyanyian.
MENIMBA PENGALAMAN
Menimba pengalaman juga penting dalam memperkembangkan kemahiran nyanyian
individu. Contohnya, kita boleh mencuba nasib untuk ke uji bakat nyanyian seperti Akademi
Fantasia. Melalui komen yang diberi oleh juri-juri boleh dijadikan panduan untuk
meningkatkan nyanyian kita. Selain itu kita dapat mengetahui tahap keberanian kita untuk
6

berdepan dengan khalayak ramai. Bukan sahaja boleh mencuba nasib ke uji bakat, kita juga
boleh mendapatkan kerja yang berkaitan dengan bidang nyanyian. Kerja ini boleh dijadikan
kerja sepenuh masa ataupun hanya kerja sampingan. Contohnya, menyanyi di kenduri
kahwin,menyertai koir di pejabat. Mendapatkan kerja menyanyi secara sampingan di
restoran ataupun kelab malam juga boleh dilakukan untuk mengembangkan kebolehan
nyanyian kerana bakat perlu diasah. Sukardi (Sunaryo,2004) menyatakan bahawa bakat
merupakan satu kualiti yang dimiliki oleh seseorang yang memungkinkan dirinya dapat
berkembang di masa akan datang. Dengan adanya pengalaman, kita akan dapat
menyesuaikan diri menyanyi di khalayak penonton dan mengurangkan perasaan cemas.
MENGETAHUI KEMAHIRAN ASAS
Seseorang itu juga harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang asas dalam
nyanyian. Aspek yang terdapat dalam kemahiran asas ialah postur, pernafasan, sebutan
dan ton, bentuk mulut dan latihan dan akhirnya jenis suara. Kesemua aspek ini harus
dicapai oleh seseorang untuk meningkatkan kemahiran nyanyian. Dalam nyanyian, tubuh
badan merupakan agen yang penting. Postur pula terbahagi kepada dua iaitu postur berdiri
dan duduk. Pernafasan juga penting dalam nyanyian kerana ia merupakan asas dalam
nyanyian yang baik. Dalam nyanyian yang baik, mulut dan kerongkong perlu dibuka luas
untuk laluan udara yang banyak bagi menghasilkan bunyi yang bagus. Sebutan dan ton
pula perlulah jelas supaya kita sendiri boleh mendengar dengan baik dan apatah lagi
penonton. Akhirnya, latihan vokal haruslah dilakukan dengan kerap dan berterusan.
MENJAGA KESIHATAN DIRI
Kesihatan juga perlulah dijaga dalam menyanyi. Contohnya, kita perlulah minum air
kosong dengan kerap iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari (Dr.Suroso,

) Hal ini

bertujuan untuk mengekalkan kelembapan tekak dan mengelakkan kecederaan dalaman


pada bahagian tekak. Dengan ini, seorang penyanyi boleh menjalankan latihan secara
normal dengan penjagaan tekak yang baik. Minum air yang sejuk adalah tidak digalakkan
dan adalah digalakkan untuk minum air suam atau air kosong biasa. Selain minum air
kosong dengan kerap, kita juga perlulah mempunyai tidur yang mencukupi untuk
mendapatkan tenaga yang mencukupi. Janganlah pula menjalani latihan vokal sehingga
mengabaikan waktu tidur kerana ini akan mengganggu fokus dan suara seorang penyanyi.
MENGGUNAKAN KEMUDAHAN TEKNOLOGI
Pada masa kini terdapat banyak gajet yang dapat membantu dalam meningkatkan
kemahiran nyanyian seseorang. Contoh nya perakam suara. Sekarang, perakam suara
7

terdapat pada setiap telefon pintar. Jadi, kita boleh menggunakan aplikasi perakam suara ini
untuk merakam nyanyian dan mendenarnya balik untuk mencari kesalahan dalam nyanyian.
Seterusnya, kita dapat memperbaiki nyanyian . dengan menggunakan kemudahan internet,
seseorang boleh mencari dan menonton video yang berkaitan dengan bidang nyanyian
seperti tutorial untuk menyanyi, video kedudukan yang betul semasa menyanyi dan video
nyanyian dalam solfa. Semua ini boleh diakses dengan menggunakan tekmologi yang ada
pada

masa

sekarang.

Teknologi

ini

sedikit

sebanyak

dapat

membantu

dalam

mengembangkan kemahiran nyanyian seseorang tidak kira penyanyi ataupun orang biasa.
MENDAPATKAN PENGAJAR ATAU JURULATIH
Konsep belajar yang berkesan adalah mempunyai pengajar dan pelajar kerana ia saling
melengkapi. Seseorang itu boleh mengambil ilmu daripada jurulatih mengenai pembelajaran
suara yang profesional untuk membantu meningkatkan nyanyian. Namun tidak semua
mampu untuk mengupah tenaga pengajar. Itu bukanlah satu masalah yang besar kerana
kita boleh menonton video daripada aplikasi video seperti Youtube untuk mencari video
tutorial yang melibatkan nyanyian kerana sekarang merupakan zaman dunia tanpa
sempadan.

REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah dapat menyiapkan tugasan Kemahiran
Nyanyian pada masa yang ditetapkan. Tugasan ini memang Nampak mudah pada zahirnya,
8

tetapi bagi saya tugasan ini adalah sukar kerana ia merupakan tugasan yang melibatkan
nyanyian di mana saya bukanlah seorang yang berlatar belakangkan dalam bidang nyanyian.
Namun, saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dan berjaya mencari
sumber rujukan di Perpustakaan Zaaba. Bagi saya mencari rujukan adalah masalah utama
dalam menyelesaikan tugasan ini.
Pensyarah subjek ini iaitu Encik Raja Sulaiman bin Raja Kamil telah memberikan tugasan
ini kepada saya dan beliau telah banyak menerangkan cara pelaksanaannya dan menerangkan
perkara-perkara yang harus disertakan dalam tugasan saya ini. Jadi, saya tidak mempunyai
banyak masalah dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya turut bertanya kepada rakanrakan sekelas dan juga rakan-rakan daripada batch lain sekiranya saya mempunyai
kemusykilan dalam melaksanakan tugasan ini. Mereka memberi respon yang positif kepada
saya. Kami sekelas turut melakukan perbincangan walaupun markah dikira secara individu agar
tugasan ini akan berjalan dengan lancar.
Tugasan

pertama

mengarahkan

saya

untuk

menghuraikan

faktor-faktor

yang

mempengaruhi perkembangan seorang penyanyi dan saya perlu menghasilkan satu langkah
atau rancangan untuk memperkembangkan kemahiran dan kebolehan nyanyian diri sendiri.
Jadi, berdasarkan tugasan pertama iaitu mengenai faktor yang mempengaruhi perkembangan
nyanyian,saya

telah

dapat

menyatakan

beberapa

faktor

iaitu

perkembangan

fizikal,perkembangan minda dan budaya, kemahiran asas dalam nyanyian dan juga latihan
vokal yang berterusan. Saya juga dapat menerangkan prinsip-prinsip asas dalam kemahiran
nyanyian iaitu postur, pernafasan, sebutan dan ton, bentuk mulut yang betul dan juga jenis
suara. Kesemua aspek ini menjadi faktor yang mempengaruhi perkembangan seorang
penyanyi.
Dalam melaksanakan tugasan ini terdapat beberapa cabaran dan masalah yang saya
terpaksa hadapi. Antaranya ialah, kekurangan sumber rujukan. Bagi saya, saya rujukan yang
saya telah perolehi adalah tidak mencukupi kerana kebanyakannya adalah sumber daripada
internet dan hanya beberapa sumber dari buku ilmiah. Namun, saya dapat mengatasinya
dengan mencari sumber daripada internet yang boleh dipercayai kesahihannya. Selain itu,pada
mulanya saya turut menghadapi masalah iaitu kurang memahami format penulisan yang betul
namun ianya dapat diatasi setelah saya bertanyakan kepada tuan pensyarah dan juga rakanrakan.
Seterusnya, saya telah berjaya melaksanakan tugasan yang seterusnya iaitu menghasilkan
satu langkah atau rancangan untuk memperkembangkan kemahiran dan kebolehan nyanyian
9

diri sendiri. Ada diantara langkah yang dinyatakan adalah berdasarkan pengalaman saya
sendiri seperti menonton video daripada internet. Apa yang saya telah pelajari daripada tugasan
ini adalah kemahiran aural dan nyanyian semerta melalui pelbagai latihan pendengaran. Saya
juga dapat mengaplikasikan teknik-teknik vokal dan nyanyian secara berharmoni dalam
pelbagai repertoir pada akhir kursus ini. Bukan itu sahaja, saya dapat belajar mengenai
langkah-langkah yang betul dalam mengembangkan nyanyian. Contohnya postur semasa
menyanyi yang mana kita semua tidak begitu menfokuskan hal ini kerana menganggapnya
perkara yang remeh. Teknik pernafasan yang betul juga saya telah pelajari hasil daripada
tugasan ini.
Oleh itu, saya amat berharap agar sayan dapat melaksanakan tugasan saya yang akan
datang dengan lebih berkualiti dan lebih baik. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua
pihak yang telah membantu menyiapkan tugasan ini.

10

Anda mungkin juga menyukai