Anda di halaman 1dari 6

Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014

Bil
1.

2.

3.

AGENDA
Ketibaan para
jemputan dan ibu
bapa

TEKS
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Amir Bin
Hamza Penolong pegawai perhubungan dan aduan PPD
Petaling Utama dengan diiringi En Ahmad Jaidi Bin
Tajuddin (Yang Dipertua PIBG), Pn Sabariah Binti Sapari
(Guru Besar SK Kelana Jaya 2), Guru-Guru Penolong
Kanan dan AJK PIBG SK Kelana Jaya 2.

Nyanyian Lagu
Negeri Selangor dan
Lagu Negaraku

Sidang Hadirin yang dihormati,


Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyayikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor.
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Alu-aluan
Pengacara Majlis

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG,


SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berbahagia En Amir Bin Hamza Penolong pegawai
perhubungan dan aduan PPD Petaling Utama
Yang Berusaha Pn Sabariah Binti Sapari Guru Besar Sk
Kelana Jaya 2
Yang Dihormati En Ahmad Jaidi Bin Tajuddin
Yang Dipertua PIBG SK Kelana jaya 2
En Mohamad Yusof Bin
Naib Yang Dipertua PIBG Sk Kelana Jaya 2
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
selamat pagi.

Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin


serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-_____ tahun 2015 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SK Kelana Jaya 2, turut
sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya
kepada Yang Berbahagia En Amir Bin Hamza kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari
ini.
Bacaan Doa
4.

Tetak buluh kajang sepuluh


Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat
Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah
tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh En Mohd Fahmi Bin Ibrahim.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
.......................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Fahmi
atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset
yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh
guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan
murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang
cemerlang.
Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua
ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari ini

Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014

5.

Ucapan Alu-aluan
oleh Guru Besar

Berat Sama di pikul


Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang ibaratkan
Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama
mimpiJika kita bersatu hati.
Bukan keris tanpa ulunya
Bukan majlis tanpa ucapannya.
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan
mempersilakan Yang Berusaha Puan Sabariah binti
sapari guru besar sk kelana jaya 2 , merangkap
Penasihat PIBG sk kelana jaya 2 untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
hormatnya dipersilakan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada puan sabarian binti sapari atas
ucapan beliau sebentar tadi.

Ucapan Yang
Dipertua PIBG

Hadirin sekalian,
Pergi ke kedai membeli gula
Gula di bawa berhati-hati
Yang Dipertua kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati
Seterusnya majlis berbesar hati mempersilakan
Yang Di Pertua PIBG SK kelana jaya 2 en ahmad
jaidi bin tajuddin untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas
ucapan beliau sebentar tadi.

Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014


7.

Ucapan Perasmian

Menjemput tuan untuk berdiri,


Memberikan ucapan kepada kami
Kepada tuan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan


ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia En
Amir Bin Hamza Penolong pegawai perhubungan dan
aduan PPD Petaling Utama dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG SK Kelana Jaya 2 kali ke
_____bagi tahun 2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.

8.

Penyampaian
Insentif kepada
murid-murid
cemerlang UPSR
2014

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada en amir bin hamza atas
ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat
dan ucapan en amir itu tadi dapat kita hayati dan ambil
tindakan bersama.
Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Insentif
kepada murid-murid cemerlang UPSR 2014. Oleh
itu dipersilakan sekali lagi yang berbahagia en amir
bin hamza dengan diiringi oleh Yang Dipertua PIBG
SK kelana jaya 2 en ahmad jaidi bin tajuddin ke
pentas utama.

RUJUK SENARAI NAMA UPKK DAN UPSR


2012 BUKU PROGRAM
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada en
amir bin hamza kerana sudi menyampaikan insentif
kepada murid-murid yang cemerlang upsr bagi
tahun 2014.
9..

Majlis Penyampaian
Cenderahati AJK
PIBG sesi 2013/2014

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati


kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu, majlis
menjemput Guru Besar Sk Kelana Jaya 2 untuk
menyampaikan cenderahati tersebut.
RUJUK SENARAI NAMA AJK PIBG SESI
2014 BUKU PROGRAM

Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Sabariah Bt
Sapari atas penyampaian cenderahati itu tadi.
Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,
dipersilakan En Ahmad Jaidi Bin Tajuddin Ydp Pibg SK
Kelana Jaya 2 untuk menyampaikan cenderahati kepada
Yang Berbahagia En Amir Bin Hamza di atas kesudian
beliau merasmikan mesyuarat agung pibg sk kelana jaya
2.
Terima kasih diucapkan kepada En Ahmad Jaidi bin
Tajuddin atas penyampaian cenderamata itu tadi.
Majlis Penutup
8.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi,


maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
Sk Kelana jaya 2, kali ke-_____ bagi tahun 2015.
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA,
PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATI
SALAH DAN SILAP TUTUR BICARA
POHON DI AMPUN SEIKHLAS HATI
KAIN YANG CARIK CUMA DIHUJUNG
DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI

Kami mewakili AJK PIBG dan SK kelana jaya 2,


merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB en
amir bin hamza atas kesudian meluangkan masa pada
pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke31. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Majlis dengan ini menjemput Yang berbahagia en
amir bin hamza dan para tetamu jemputan khas
diiringi guru besar puan sabariah binti sapari,
untuk menikmati juadah yang disediakan
.Dipersilakan.

Teks majlis mesyuarat agong PIBG 2014


Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk
menjamu selera..
Majlis kita berhenti untuk seketika.Majlis akan
disambung selepas jamuan ini.

selepas kudapan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Selamat kita berhimpun sekali lagi untuk Mesyuarat


Agong PIBG,sk kelana jaya 2
Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat
Agung PIBG SK kelana jaya 2 Kali ke-31.
Untuk itu saya menyerahkan majlis kepada
Yang Dipertua PIBG SK kelana jaya 2 en
ahmad jaidi bin tajuddin untuk meneruskan
mesyuarat agung pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai