Anda di halaman 1dari 31

UNIT KOKURIKULUM

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT


BERUNIFORM
SEKOLAH KEBANGSAAN
PUTRA UTAMA
2014

9 & 10 OKTOBER 2014

PUSAT KOKURIKULUM TASEK UTARA JPN


JOHOR
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN
PUTRA UTAMA, BANDAR PUTRA, KULAIJAYA

1.0 KATA PENGANTAR

Pengenalan
Perkhemahan unit beruniform ini merupakan satu aktiviti yang dirancang bagi
memberikan pendedahan dan pengalaman kepada semua murid tahun 6. Program ini mampu
meningkatkan motivasi, cara hidup bermasyarakat yang sihat dan menggalakkan sikap
berdikari. Semua murid yang terlibat dikumpulkan selama 2 hari 1 malam bertempat di Pusat
Kokurikulum Tasek Utara JPN Johor pada 9 dan 10 Oktober 2014 iaitu Jumaat dan Sabtu.
Tujuan perkhemahan ini adalah untuk memupuk semangat keberanian dan keyakinan untuk
berhadapan dengan sebarang masalah sama ada di rumah atau di sekolah.

Rasional
Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk membina sahsiah kendiri murid tahun 6
yang menganggotai unit pakaian seragam sekolah yang terdiri daripada pasukan Pengakap,
Tunas Puteri, PBSM, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Melalui program ini
diharapkan murid dapat menimba ilmu dan pengalaman baru.
Selain itu, program ini merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan sebagai satu
bentuk rekreasi dan menghayati serta bersyukur dengan keindahan alam semulajadi. Semua
murid dilatih berdikari, bertanggungjawab, sabar dan sentiasa bekerjasaman apabila
menghadapi pelbagai situasi kehidupan.

Disamping itu, latihan-latihan aktiviti jasmani dan kerohanian yang diberikan diharap
dapat mengurangkan ketegangan emosi dalam kalangan murid. Mereka dapat menjalankan
orientasi sosial melalui interaksi dengan fasilitator, guru-guru dan rakan-rakan.

Objektif
Pada akhir program ini, diharap dapat :
i.

Melahirkan individu yang lasak menghadapi ujian mental, fizikal, menepati masa

ii.

dan boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran yang mencabar.


Melahirkan murid-murid yang lebih bermotivasi, berketerampilan, keyakinan diri

iii.

yang tinggi dan bersahsiah yang cemerlang menjadi contoh kepada murid lain.
Melaksanakan dan mengetahui asas-asas perkhemahan yang boleh digunakan
dalam kehidupan seharian mereka.

Butiran perkhemahan :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Nama Program
Tarikh
Hari
Tempoh
Tempat
Pengelola
Fasilitator
Sasaran

: Perkhemahan Unit Beruniform SK Putra Utama


: 9 dan 10 Oktober 2014
: Khamis dan Jumaat
: 2 hari 1 malam
: Pusat Kokurikulum Tasek Utara JPN Johor
: Unit Kokurikulum SK Putra Utama
: Guru-guru SK Putra Utama
: Murid tahun 6 SK Putra Utama
( 74 orang murid)

2.0 JAWATANKUASA PROGRAM


JAWATANKUASA INDUK
Penasihat

: Puan Salbiah binti Ahmad (Guru Besar)

Pengerusi

: Tn Hj Md Isham bin Masood (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 1

: Encik Hannuar bin Hamid (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2

: Pn Hjh Rafiah binti Johari (PK Hal Ehwal Murid)

Setiausaha

: Encik Mohd Nuraiman bin Manja

Pen. Setiausaha

: Puan Norhasimah binti Rosli

Bendahari

: Cik Nurul Farhana binti Ahmad Sukree

AHLI JAWATANKUASA KERJA


Encik Sallehudin bin Abd Wahab (Pengakap)
Encik Mohd Fadzli bin Johani (TKRS)
Puan Zaimah binti Zakaria (Tunas Puteri)
Puan Nabila binti Ramli (Puteri Islam)
Puan Norazlina binti Mohamed (PBSM)

JAWATANKUASA PERKHEMAHAN
Penyelaras

: Encik Mohd Nuraiman bin Manja

Kem Komanden

: Encik Mohd Fadzli bin Johani

Pen. Kem Komanden : Encik Mohd Nurazila bin Narizan

AJK PERALATAN DAN KHEMAH

AJK HADIAH DAN SIJIL

Encik Mohd Nuraiman bin Manja

Cik Zalina binti Abd. Manap

Encik Sallehudin bin Abd Wahab

AJK PERSEMBAHAN / HAKIM

AJK PENDAFTARAN
4

Encik Mohd Nurazila bin Narizan

Puan Norazlina binti Mohamed

Encik Suffian
Puan Zaimah binti Zakaria
Puan Siti Azura
Cik Syazwani binti Baharum
Cik Noorkhairriah binti Arif

AJK KEROHANIAN

AJK PENGANGKUTAN

Encik Sabri bin Adek

Cik Noorkhairriah binti Arif

Encik Ibrahim

Encik Baharom

Encik Sallehuddin bin Abd Wahab

Encik Ibrahim
Encik Sabri
Encik Sallehuddin bin Abd Wahab

AJK KAWALAN MALAM

AJK MAKANAN

Encik Mohd Nuraiman bin Manja

Puan Hamidah binti Hamdan

Encik Mohd Fadzli bin Johani

Puan Nabila binti Ramli

Encik Mohd Nurazila bin Narizan

Puan Norazlina binti Mohamed

Encik Wan Mazlan


Encik Hazman
Cik Siti Norhidayu
Cik Zalina
Cik Nurul Farhana
Cik Norah Sarah
Cik Syazwani
Cik Noorkhairriah
AJK DOKUMENTASI

AJK BUKU PROGRAM


5

Puan Norhasimah binti Rosli

Encik Baharom bin Mohd Isa

AJK JURUFOTO

AJK KESELAMATAN & KECEMASAN

Encik Mohd Zulhida

Encik Wan Mazlan


Encik Hazman
Encik Ridzuan

3.0 TENTATIF PROGRAM


6

Tarikh

Masa

9 OKT

2.00 petang

Aktiviti / Program

Kokurikulum.

2014

3.00 petang

4.30 petang

5.00 petang

7.00 petang

Dijangka tiba di Pusat Kokurikulum.

Pendaftaran

Taklimat Komanden

Pasang Khemah

Minum petang

Solat Asar

Latihan dalam Kumpulan

Makan malam

Solat Maghrib dan Isyak

9.00 malam

11.00 malam

10 OKT

Bertolak dari SK Putra Utama, Kulaijaya ke Pusat

5.30 pagi

Ice breaking

Urus diri

Tidur

Solat Subuh
Kuliah Subuh
7

2014

6.30 pagi

Minum pagi
Urus diri

Kecergasan

Flying Fox

Minum pagi

Flying Fox

Makan tengahari
Solat Jumaat

Abseiling

Minum petang
Solat Asar

Abseiling

Kemas dan bersihkan kem

Bertolak pulang ke SK Putra Utama


Tiba di SK Putra Utama, Kulaijaya

7.30 pagi

8.00 pagi

10.00 pagi

10.30 pagi

12.30 t/hari

2.30 petang

4.00 petang

4.30 petang

6.00 petang

6.30petang
4.0 KEHADIRAN

Seramai 74 orang peserta yang terdiri daripada 30 murid lelaki dan 44 murid
perempuan telah menyertai Perkhemahan Unit Beruniform ini. Mereka terdiri daripada murid
tahun 6.
5.0 PERASMI /VVIP
Program Perkhemahan Unit Beruniform ini telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Putra Utama, Puan Salbiah binti Ahmad dengan diiringi oleh GPK Kokurikulum,
Tuan Haji Mat Isham bin Masood.

6.0 LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN


PUTRA UTAMA, BANDAR PUTRA, KULAIJAYA
Pada hari Khamis 9 Oktober 2014, para peserta telah berkumpul di lobi sekolah SK
Putra Utama sebelum menaiki bas pada pukul 3 petang. Para peserta dan guru tiba di Pusat
Kokurikulum Tasek Utara JPN Johor pada pukul 3.30 petang. Setibanya di tapak
perkhemahan, murid-murid telah diagihkan kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang
penghulu dan penghuluwati bagi mengetuai program selama dua hari. Murid-murid minum
petang dan solat asar pada pukul 4.30 petang. Hujan lebat disertai ribut petir telah
memberikan kesan kepada aktiviti perkhemahan dimana peserta tidak dapat membangunkan
khemah pada waktu petang. Sebaliknya khemah didirikan selepas murid siap makan malam
dan solat maghrib iaitu kira-kira jam 8 malam. Khemah siap dipasang sepenuhnya pada pukul
9 malam dan murid menunaikan solat isyak berjemaah. Pada pukul 9.45 malam, murid telah
menyertai aktiviti Ice Breaking sehingga pukul 11.30 malam. Pelbagai aktiviti Latihan Dalam
Kumpulan (LDK) telah disertai oleh murid-murid dengan dibimbing oleh guru-guru yang
bertindak sebagai fasilitator. Murid-murid menguruskan diri dan tidur pada pukul 11.45
malam.
Keesokan harinya pada Jumaat 10 Oktober 2014, murid-murid telah bangun seawal
5.30 pagi untuk solat subuh secara berjemaah dan menghadiri kuliah subuh. Guru-guru telah
menjalankan tugas masing-masing sepanjang program perkhemahan ini berlangsung.
Terutama sekali menjaga keselamatan peserta pada waktu malam. Selesai solat subuh, muridmurid telah dipimpin oleh guru-guru untuk aktiviti senaman pagi Malaysia Cergas. Pada
pukul 7.30 pagi, murid-murid mengambil sarapan pagi dan terus bergerak ke tapak Flying Fox
pada pukul 8.00 pagi. Peserta juga telah dibimbing untuk melakukan aktiviti Orientering
9

sebaik saja selesai Flying Fox. Aktiviti tamat pada pukul 12.30 tengahari dan murid bersiapsiap untuk makan tengahari dan menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran iaitu Bandar
Baru Uda. Pada jam 2.30 petang, murid-murid berkumpul di dewan utama Pusat Kokurikulum
untuk bergerak ke tapak Abseiling. Pada pukul 4.30 petang, murid berkumpul di kawasan
kantin untuk minum petang dan solat asar berjemaah di surau. Kemudian, peserta
menurunkan khemah dan mengemas kawasan tapak perkhemahan sebelum berangkat pulang
pada pukul 6.00 petang.

7.0 KESIMPULAN
Program ini telah berjaya melahirkan individu yang lasak dalam mengahadapi apa jua
ujian mental dan fizikal, menepati masa dan boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran
yang mencabar. Murid juga telah membina sahsiah diri yang unggul, bermotivasi,
berketerampilan dan berkeyakinan tinggi serta mampu menjadi contoh kepada murid lain.
Pelbagai aktiviti yang telah disusun mampu meningkatkan sahsiah kendiri yang unggul
disamping memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada diri para peserta.

8.0 IMPAK / KOMEN


Aktiviti perkhemahan seumpama ini wajar diteruskan pada masa-masa akan datang
kerana ia memberikan pelbagai kesan kepada peserta sama ada dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani sepanjang perkhemahan ini berlangsung.
9.0 CADANGAN
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diambil ialah melanjutkan tempoh masa
perkhemahan daripada 2 hari 1 malam kepada 3 hari 2 malam. Hal ini kerana tempoh masa 2
hari 1 malam agak singkat dan murid terikat dengan masa yang terhad dan segala aktiviti
perlu dijalankan dengan tergesa-gesa. Sekiranya perkhemahan diadakan selama 3 hari 2
malam, murid mampu menjalankan pelbagai aktiviti yang lebih menarik dan mencabar
kemampuan mereka.
Disediakan oleh,

10

................................................................
(NORHASIMAH BINTI ROSLI )
Setiausaha
Program Perkhemahan Unit Beruniform
Sekolah Kebangsaan Putra Utama.

Disemak oleh,

..............................................................
(TUAN HAJI MAT ISHAM BIN MASOOD)
Pengerusi
Program Perkhemahan Unit Beruniform
Sekolah Kebangsaan Putra Utama.

Disahkan oleh,

..................................................................
(PUAN SALBIAH BINTI AHMAD)
Guru besar
Sekolah Kebangsaan Putra Utama.

LAMPIRAN

11

Rajah 1 Pendaftaran peserta perkhemahan

Rajah 2 Ucapan perasmian oleh Guru Besar, Puan Salbiah bt Ahmad

12

Rajah 3 Taklimat daripada Kem Komanden Perkhemahan

Rajah 4 Demonstrasi memasang khemah daripada pegawai

13

Rajah 5 Peserta sedang memasang khemah

Rajah 6 Mengangkat khemah ke tapak perkhemahan

14

Rajah 7 Peserta makan malam

Rajah 8 Peserta dan guru bersedia untuk solat berjemaah

15

Rajah 9 Peserta diagihkan kepada 6 kumpulan

Rajah 10 Latihan dalam kumpulan (LDK)

16

Rajah 11 Aktiviti berpasangan (LDK)

Rajah 12 Aktiviti berkumpulan (LDK)

17

Rajah 13 Persembahan peserta perkhemahan

18

Rajah 14 Aktiviti membina straw dalam kumpulan

Rajah 15 Aktiviti senaman pagi

19

Rajah 16 Peserta beratur menunggu giliran Flying Fox

Rajah 17 Peserta melakukan aktiviti Flying Fox

20

Rajah 18 Taklimat bearing dan kompas

21

Rajah 19 Keseluruhan tapak perkhemahan

Rajah 20 Tapak perkhemahan peserta lelaki

22

Rajah 21 Antara peserta perkhemahan perempuan

Rajah 22 Demonstrasi aktiviti Abseiling oleh pegawai

23

Rajah 23 Peserta mencuba aktivti Abseiling

Rajah 24 Peserta menuruni dinding Abseiling

24

Rajah 25 Abseiling oleh peserta perempuan

Rajah 26 Peserta menunggu giliran Abseiling

25

Rajah 27 Peserta menunggu arahan daripada pegawai

Rajah 28 Kawasan ruang makan peserta perkhemahan

26

Rajah 29 Peserta membaca doa makan

Rajah 30 Menurunkan khemah

27

Rajah 31 Peserta mengemas kawasan perkhemahan

Rajah 32 Sesi bergambar bersama semua guru dan peserta perkhemahan

28

Rajah 33 Peserta bersiap sedia untuk menaiki bas dan bertolak pulang

Rajah 34 Penyampaian hadiah kepada peserta perkhemahan

29

Rajah 35 Penyampaian cenderamata kepada Kem Komanden

Rajah 36 Wajah riang guru-guru dan peserta perkhemahan unit beruniform

30

PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah samasama menjayakan Program Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Putra Utama
bagi tahun 2014 ini. Terutama sekali kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Putra Utama,
Puan Salbiah binti Ahmad kerana telah hadir merasmikan perkhemahan perdana ini.

31

Anda mungkin juga menyukai