Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKTIVITI

KLINIK KEMAHIRAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA JARING


KELOLAAN KELAB BOLA JARING
SMK SERI SETIA
TAHUN 2015

TARIKH : 7 Februari 2015


HARI

: Sabtu

MASA

: 8.00 12.30 Tengah hari

TEMPAT : Makmal Komputer & Dewan

Disediakan Oleh;
.........................................
(AZHAIDA BINTI MUHAMMAD)

1.0 Pengenalan
Klinik Kemahiran dan Undang-Undang Bola Jaring di bawah kelolaan Sukan Permainan
Bola Jaring SMK Seri Setia diadakan adalah bertujuan untuk melengkapkan peserta
kursus dengan kemahiran dan teknik-teknik dalam permainan bola jaring. Selain itu,

ianya juga bertujuan untuk melengkapkan peserta kursus dengan undang-undang


permainan bola jaring. Seterusnya mewujudkan hubungan dan persaingan yang sihat di
antara satu sama lain sekaligus dapat memupuk nilai-nilai yang positif dari kalangan guru
dan para pelajar.
2.0 Latar Belakang
Tarikh, Masa & Tempat:
Klinik Kemahiran & Undang-undang Bola Jaring telah diadakan pada 7 Februari
2015, bertempat di makmal komputer dan Dewan SMK Seri Setia. Klinik
dijalankan selama lebih kurang 4 jam bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.30
tengah hari.
Bilangan Peserta :
Seramai 15 orang guru dan 30 orang pelajar yang terlibat dalam klinik tersebut.
Kaedah Pelaksanaan :
Klinik dimulakan dengan tutorial selama lebih kurang satu setengah jam di
makmal komputer. Kemudian, klinik diteruskan dengan latihan praktikal yang
dijalankan di Dewan SMK Seri Setia.
Aktiviti-aktiviti yang diikuti :
Peserta diterangkan tentang peraturan dan teknik-teknik dalam permainan bola
jaring. Kemudian, peserta diajar kemahiran hantaran, jaringan dan strategi dalam
permainan bola jaring.
Fasilitator yang terlibat :
Puan Puspaleela Habibie Norleela Bt Abdullah
(Pensyarah IPG Batu Lintang, Unit Gerko)
3.0 Pencapaian Aktiviti
Melalui klinik yang telah diikuti didapati objektif yang ingin dikecapi tercapai. Semua
para peserta memberikan kerjasama yang baik. Klinik berjalan dengan lancar tanpa
melibatkan sebarang gangguan. Klinik Kemahiran dan Undang-undang Bola Jaring
memberikan serba sedikit pengetahuan dan ilmu kepada semua para peserta yang hadir.
4.0 Kemajuan / Masalah
4.1 Para peserta dapat mengetahui tentang peraturan bola jaring.
4.2 Para peserta dapat meningkatkan pengetahuan tentang strategi dalam permainan
bola jaring serta memahami dengan lebih lanjut tentang peraturan-peraturan yang
terdapat dalam bola jaring.
4.3 Keadaan cuaca yang kurang baik semasa klinik dijalankan menyebabkan masalah
tempat untuk bermain. Dewan digunakan sebagai altenartif tempat untuk bermain.
4.4 Tiang gol bola jaring masih tidak mengikut standard yang ditetapkan dalam
permainan bola jaring peringkat sekolah menengah.

5.0 Cadangan
5.1 Padang bola jaring yang sesuai mengikut spek yang betul perlu diwujudkan.
5.2 Penyediaan modul kepada setiap para peserta perlu. Ini dapat membantu para
peserta untuk membuat rujukan pada masa akan datang.
6.0 Gambar Aktiviti

7.0

Penutup
Secara keseluruhannya, Klinik
Kemahiran dan Undang-undang
Bola Jaring yang dianjurkan oleh
Sukan dan Permainan Bola Jaring
SMK Seri Setia dapat dijalankan
dengan baik walaupun terdapat beberapa kekangan. Namun begitu, hasil kerjasama guruguru dan para pelajar yang sangat komited serta bersungguh-sungguh aktiviti dapat
dijalankan dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih

diucapkan kepada semua pihak terutamanya Puan Puspaleela Habibie Norlela Bt


Abdullah atas kerjasama sebagai instruktor, para guru seterusnya para pelajar yang
dikasihi sekalian. Terima kasih, semua.