Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa
ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing
sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada
pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari
kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu,
mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari
kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika
sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di
institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan
menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu.
Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam
peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian,
semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka
menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran
melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping
media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen
dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat
patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu
media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan
drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting
untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang
berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat
patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar
mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang
lain. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing
agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.
"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan
cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan
bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya.
Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan
indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar.
Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam
sekitar dapat dibejat.
Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara iaitu pencemaran udara,
pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara nyata memberikan heterogen impak
kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama
aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul ghalibnya akan menyekat aliran air
lantas menyumbang kepada takungan air. Hal ini berpotensi menyebabkan banjir kilat. Selain itu,
sisa toksik dan minyak daripada kilang menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu
apabila disalurkan ke sungai atau laut. Lebih ruwet lagi, pencemaran air memberikan kesan yang
eksplisit terhadap kesihatan manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium penyebar
penyakit-penyakit seperti taun dan juga denggi. Ironinya, semua golongan harus mengenepikan
sifat nafsi dan mulalah menjaga alam sekitar.
Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran
bunyi. Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan
yang disiarkan di media apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu dengan bunyi bising
yang terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit dan sebagainya.
Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan pencemaran
pencemaran udara yang izhar. Oleh yang demikian, pengusaha kilang harus bersifat inovatif dan
pragmatis agar pencemaran tersebut dapat dikekang.
Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan
keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk tegar
menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam sekitar terus dicemari,
generasi akan datang akan kehausan signifikan alam sekitar terhadap masyarakat di dunia.
Dalam meniti arus kemodenan, teknologi maklumat dan komunikasi amat mustahak
dalam kalangan masyarakat kini. Terdapat banyak kemajuan dalam teknologi maklumat dan
komunikasi, daripada telefon yang besar kepada telefon bimbit yang amat nipis dan banyak
kegunaan , daripada mencari maklumat di perpustakaan kepada mendapatkan maklumat daripada
Internet. Maklumat kini semuanya berada di hujung jari sahaja . Sehubungan dengan itu, jelaslah
bahawa terdapat banyak kepentingan teknologi maklumat kepada manusia.
Salah satu daripadanya ialah kecanggihan teknologi maklumat pada marcapada ini
mampu mempercepat kerja kita.Hal ini terbukti apabila majoriti populasi masyarakat di Malaysia
kini mencari bahan atau sumber maklumat mereka hanya daripada Internet.Mereka tidak mencari
bahan yang mereka perlukan di perpustakaan kerana di situ mereka perlu bersusah payah
mencari buku-buku yang mengandungi maklumat yang mereka inginkan di atas rak yang
disusuni dengan ribuan buku. Masalah ini akan banyak memakan masa mereka. Sebaliknya,
masyarakat modenisasi kini hanya duduk di rumah, di hadapan komputer mereka dan menekan
satu klik sahaja demi mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh mereka. Kecanggihan
teknologi maklumat ini jelas sekali dapat menjimatkan masa di samping dapat mempercepat
sesuatu kerja yang dilakukan oleh mereka.
Kemaslahatan seterusnya, teknologi maklumat dan komunikasi pada alaf ini dapat
membuatkan kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang berada jauh daripada kita.
Misalnya, seorang anak yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh daripada
tempat tinggal mereka boleh melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa mereka dengan hanya
menelefon mereka. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara pula, mungkin caj
panggilan telefon amat mahal tetapi mereka boleh mengatasi masalah itu. Caranya adalah dengan
menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak muncul belakangan ini bagai
cendawan tumbuh selepas hujan. Laman sosial dapat membuatkan mereka berinteraksi dengan
kadar yang rendah. Jika rindu untuk berbual-bual sambil menatap muka mereka, pelajar itu
sendiri boleh menggunakan aplikasi panggilan video. Aplikasi ini boleh didapati dalam laman
sosial seperti Skype. Dengan adanya kemudahan ini, hubungan kekeluargaan tidak akan putus
walaupun tinggal berjauhan.
Konklusinya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan yang
amat mustahak kepada manusia pada hari ini. Teknologi ini akan terus ditambahbaikkan dari
semasa ke semasa supaya kerja harian manusia akan menjadi lebih mudah. Oleh itu, kita tidak
boleh ketinggalan dalam kemajuan teknologi maklumat. Kita hendaklah sentiasa mengikuti
perkembangan semasa agar negara dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negaranegara maju lain.
Pelancongan di Malaysia
Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan industri yang
diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing. Malaysia juga terkenal dengan destinasi hub
halal dan menjadi tumpuan pelancong asing terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah dan Asia
Tenggara. Keindahan panorama dengan pasir yang memutih dan laut yang membiru sering
menggamit pelancong datang ke 5ndust ini. Buktinya, 5ndustry pelancongan Malaysia
merekodkan purata kemasukan pelancong asing sebanyak dua juta setahun. Persoalannya,
apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan 5ndustry pelancongan di
Malaysia.
Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi, selesa,
jimat dan mudah. Hal ini demikian kerana, kemudahan ini memudahkan dan memberikan
keselesaan kepada pelancong. Sebagai contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama dengan
kementerian pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan seperti bas dan teksi dengan kadar
yang berpatutan serta cekap dan efisien. Pihak perhotelan pula seharusnya menyediakan
penginapan hotel yang selesa dan mengenakan bayaran yang berpatutan. Syarikat pelancongan
juga boleh menyediakan khidmat pemandu pelancong untuk membimbing atau melayan
pelancong asing ketika mereka berada di Malaysia. Dengan itu, imej 5ndust yang baik boleh
ditunjukkan kepada pelancong.
Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga untuk mengadakan
kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar 5ndust. Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan
Tahun Melawat Malaysia telah dijalankan setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat
Malaysia yang berada di luar 5ndust yang melanjutkan pelajaran juga boleh menjadi duta kecil
kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan tempat-tempat yang menarik di Malaysia
seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Cameron Highland dan banyak lagi. Oleh itu, semua
rakyat Malaysia memainkan peranan penting untuk memajukan 5ndustry pelancongan.
Kesimpulannya, usaha daripada semua pihak perlu bagi meningkatkan 5ndustry
pelancongan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, usaha daripada satu pihak sahaja tidak akan
membuahkan hasil, seperti kata pepatah, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, untuk
menjadi 5ndust yang maju dalam 5ndustry pelancongan memerlukan usaha yang berterusan dan
sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia.
Kehidupan zaman remaja merupakan suatu zaman yang penuh dugaan hidup yang
mencabar. Kewujudan cabaran ini menyebabkan banyak remaja menganggap kehidupan mereka
tidak begitu penting lalu memudahkan mereka terjebak dalam pelbagai kancah gejala sosial yang
mampu menjejaskan imej dan maruah diri remaja itu sendiri. Situasi ini seolah-olah memberi
satu persepsi umum bahawa kemelut yang melanda remaja itu tidak boleh diselesaikan dengan
begitu mudah. Namun, ada pelbagai strategi yang mampu dilaksanakan oleh pelbagai pihak
untuk menangani pelbagai cabaran yang melanda kehidupan harian remaja itu.
Antara strategi awal ialah remaja harus disedarkan bahawa kehidupan mereka itu
mempunyai matlamat atau tujuan yang tertentu. Kesedaran ini boleh ditimbulkan melalui
pelbagai kempen kesedaran yang boleh dilakukan oleh pihak media massa menerusi filem atau
iklan yang pasti ditonton oleh jutaan remaja kita. Setiap remaja yang menyedari bahawa
kehidupan mereka mempunyai matlamat yang lebih besar selain daripada diri sendiri pasti akan
mampu untuk menangani sebarang cabaran yang timbul dalam hidup mereka kerana sedar diri
mereka mampu melakukan perubahan dalam kehidupan orang lain dan negara ini. Maka, remaja
harus terlebih dahulu disedarkan tentang kepentingan memiliki matlamat hidup yang lebih jelas
dan nyata.
Malah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh digerakkan untuk bersama-sama menangani
masalah kehidupan yang melanda golongan remaja itu. Kelebihan persatuan ini ialah gabungan
idea dan kerjasama ibu bapa serta guru mampu menjadikan mereka lebih peka akan cabaran
hidup yang dilalui oleh remaja itu. Perkongsian maklumat dan pengalaman antara dua pihak
yang penting dalam merencanakan kehidupan remaja ini pasti berupaya untuk mencetuskan satu
pendekatan yang bukan sahaja bersifat psikologi tetapi juga praktikal dalam menyelesaikan
kemelut hidup remaja tersebut. Lantaran itu, persatuan ini perlu lebih proaktif dalam merangka
pelan atau aktiviti yang turut mampu menjadikan kehidupan remaja lebih riang dan selesa
diharungi bersama-sama.
Konklusinya, semua strategi yang diperhalusi di atas itu harus dilaksanakan dengan
segera tanpa banyak alasan lagi. Kerjasama semua pihak terutama pihak ibu bapa dan sekolah
amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang bakal menentukan hala tuju negara kerana
remajalah harapan pemimpin masa depan kelak. Kegagalan untuk menyelesaikan polemik ini
secara rasional dan efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan satu masyarakat
yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dalam arus persana globalisasi kini. Mahukah kita
semua melihat remaja kita terus dibelenggu pelbagai masalah hidup tanpa kita melakukan apaapa tindakan?