Anda di halaman 1dari 4

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN

Pengenalan
Pelaksanaan Sekolah Bestari , yang merupakan salah satu aplikasi
perdana koridor raya multimedia, membuka laluan kepada penggunaan teknologi
dalam pendidikan secara meluas atau global. Penggunaan teknologi merupakan
salah satu komponen pengurusan Sekolah Bestari yang bertujuan mengoptimumkan
pengajaran dan pembelajaran, sebagai alat pemprosesan maklumat dan produktiviti
serta meningkatkan produktiviti profesional. Untuk merealisasikan wawasan 2020,
teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan. Budaya persekolah
sudah tiba masanya harus berubah daripada suatu yang berdasarkan memori
kepada yang bermaklumat, berpemikiran kreatif, berfikrah dan penyayang dengan
penggunaan teknologi terkini (KPM, 1997). Dalam pendidikan lukisan kejuruteraan,
penggunaan teknologi menyediakan pelajar untuk bersaing dengan masyarakat
dunia serta menghadapi cabaran abad ke 21. Penggunaan teknologi adalah untuk
memudahkan tugas guru tetapi bukan mengambil alih tugas guru. Guru memainkan
peranan sebagai fasilitator, iaitu membimbing pelajar bagaimana hendak
menggunakan teknologi secara optimum, menggunakan teknologi untuk menyiasat,
meneroka dan membina konsep lukisan kejurutraan.

Komputer Dalam Pendidikan Lukisan kejuruteraan


Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran lukisan
kejuruteraan dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang
disampaikan. Menurut Cockcroft (1982 ) menyarankan bahawa penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran lukisan kejuruteraan bukan sahaja
boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah mengubah kepentingan sesuatu topik
dalam lukisan kejuruteraan. Menurut kajian yang dilakukan ( Al Ghamdi, 1987; Mc
Coy, 1991; Chazan,1988; Henderson and Landersman, 1992; Funkhouser, 1993 )
mendapati bahawa perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip lukisan
kejuruteraan dengan mudah dan efektif. Pelajar yang menggunakan komputer dalam
lukisan kejuruteraan memiliki sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli
lukisan kejuruteraan dan berupaya menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama. Penggunaan komputer
dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi seperti
spreadsheet, multimedia dan internet.Penggunaan perisian seperti microsoft-excell,
microsoft-word, microsoft powerpoint dapat menarik minat pelajar terhadap lukisan
kejuruteraan. Komputer juga merupakan media pengajaran dan pembelajaran yang

dapat menarik minat pelajar serta mempelbagaikan teknik dan kaedah penyampaian
guru lukisan kejuruteraan agar pelajar tidak lagi menganggap mata pelajaran lukisan
kejuruteraan sebagai suatu mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Perisianperisian ini boleh membantu pelajar meneroka dan menyiasat perkara-perkara yang
berkaitan dengan lukisan kejuruteraan. Sebagai seorang guru , kita perlu sedar
bahawa komputer tidak dapat mendekati betapa banyaknya komunikasi antara guru
dan murid dan pelbagai strategi pengajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah
masih perlu diamalkan. Hubungan manusia masih diperlukan, penerapan nilai-nilai
murni di kalangan para pelajar harus diberi tumpuan.

Kalkulator Grafik Dalam Pendidikan Lukisan kejuruteraan


Kewujudan kalkulator grafik bukan sahaja mengubah cara guru mengajar
lukisan kejuruteraan tetapi turut mengubah kandungan lukisan kejuruteraan yang
dipelajari oleh murid. Kalkulator grafik berupaya mengira nombor perpuluhan,
pecahan dan nombor-nombor yang kompleks.Kalkulator grafik mempunyai
kemudahan manipulasi simbolik untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah
-masalah yang berkaitan dengan algebra seperti pengembangan, pemfaktoran,
kebarangkalian , integrasi dan matriks. Kalkulator grafik mempunyai kemudahan
untuk mempamerkan asas data dan asas formula bagi mempercepatkan proses
dalam menyelesaiakan masalah berkaitan dengan graf fungsi dan carta. Kelebihankelebihan ini menjadikan kalkulator grafik sangat berguna dalam pengajaran dan
pembelajaran lukisan kejuruteraan. Dengan wujudnya kalkulator grafik, proses
dalam pendidikan lukisan kejuruteraan memberi peluang untuk mempertingkatkan
penerokaan dan penyiasatan.

Perisian Geometer's Sketchpad (GSP)


Perisian Geometer's Sketchpad digunakan untuk mengajar topik
geometri dapat membantu pelajar menguasai tiga peringkat awal dalam pemahaman
konsep geometri, iaitu membuat visualisasi, membuat penerokaan dan penyiasatan ,
membuat analisis dan membuat deduksi secara informal. GSP digunakan sebagai
alat tunjukacara di mana pelajar boleh melihat sendiri cara dan bagaimana sesuatu
bentuk geometri dibina dan seterusnya menentukan sifat-sifat geometri.GSP juga
menyediakan pelbagai contoh penyiasatan untuk pelajar,membincang proses dan
hasil tugasan. Sebagai contoh, guru boleh menyuruh pelajar menyiasat nibah
perimeter kepada diameter poligon sekata , meneroka soalan-soalan berkaitan
dengan tangen sebuah bulatan dan masalah-masalah terbuka. Pelajar boleh
melakukan pembinaan geometri dan mereka sendiri menentukan formula untuk
menghuraikan perhubungan-perhubungan yang mereka temui. Pelajar bekerja

dalam kumpulan secara koperatif untuk menyiasat sifat-sifat geometri,


memerhatikan corak-corak dan menggunakan penaakulan untuk membuat kojekturkonjektur. Pembinaan yang dilakukan dengan menggunakan GSP adalah tepat dan
mudah diperbetulkan sekira terdapat kesilapan atau membuat pembaharuan. Selain
daripada pembinaan, GSP juga berupaya melakukan penjelmaan seperti translasi,
pantulan, putaran dan pembesaran.Pelajar boleh melihat dengan jelas bagaimana
penjelmaan berlaku, menerangkan sifat-sifat translasi, pantulan, putaran dan
pembesaran secara meneroka dan menyiasat. Ini boleh menarik minat pelajar
terhadap keindahan lukisan kejuruteraan dan cuba mengaitkannya dengan dunia
sebenar.

Penggunaan Spreadsheet
Spreadsheet digunakan untuk melakukan pengiraan yang kompleks,
penjadualan, memplot dan meneroka fungsi, meneroka kebarangkalian dan statistik,
menyelesaikan masalah melalui modeling, meneroka penjelmaan geometri. Dengan
adanya perisian spreadsheet, pelajar boleh mencari penyelesaian bagi suatu graf
dengan mudah. Kebolehan spreadsheet dalam melakukan pengiraan dengan cepat
membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dengan mencuba banyak kali
kemudian menentukan penyelesaian yang terbaik..Ianya juga dapat membantu
pelajar memahami secara mendalam tentang kebarangkalian, memplotkan rajah dan
menyiasat perubahan yang berlaku apabila koordinat-koordinat titik pada rajah
berubah. Huraian tentang penggunaan spreadsheet di atas menunjukkan bahawa
ianya sangat berkesan dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran lukisan
kejuruteraan.

Penggunaan Internet
Internet adalah suatu sumber pengajaran dan pembelajaran lukisan
kejuruteraan. terdapat pelbagai bahan menarik yang meliputi pelbagai tajuk seperti
aritmetik, geometri, statistik, kalkulus, algebra dan sebagainya. Antara bahan yang
boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar berhubung dengan pendidikan lukisan
kejuruteraan ialah teori pembelajaran dan aplikasi, penyelesaian masalah, forum
lukisan kejuruteraan, soal jawab lukisan kejuruteraan, rancangan pengajaran,
sejarah lukisan kejuruteraan dan perisian lukisan kejuruteraan. Penggunaan internet
dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan
pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri.

Kesimpulan
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran lukisan
kejuruteraan, guru perlu bijak memilih teknologi yang sesuai. pemilihan bergantung
kepada topik yang diajar, latat belakang dan kesediaan pelajar serta infrastuktur
sekolah. Guru perlu mengintergrasikan teknologi secara berkesan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Penggunaan teknologi perlu melibatkan pelajar belajar secara
bermakna. Pengintergrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan
berlaku secar berkesan dalam kelas yang berpusatkan pelajar di mana guru
berperanan sebagai fasilitator. teknologi tidak boleh dianggap sebagai jawapan
kepada semua masalah yang dihadapi dlam dunia pendidikan hari ini malah ia
merupakan pengupaya (tools) sahaja. Guru perlu utamakan pedagogi bukan
teknologi.

Rujukan
http://www.cikguromie.net/xoops/

Anda mungkin juga menyukai