Anda di halaman 1dari 22

SK BATU TININGKANG

WDT 12
89907 TENOM
SABAH
TEL: 087-720 274

PROGRAM
PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM
TAHUN 2010

DISEDIAKAN OLEH:

ENCIK MOHD ASHRAFF BIN MUSA


SETIAUSAHA PROGRAM

DI BAWAH KENDALIAN
UNIT KO-KURIKULUM
DAN SEMUA GURU SERTA KTBM
SK BATU TININGKANG, TENOM

1
ISI KANDUNGAN M/S

PENDAHULUAN 3

OBJEKTIF PROGRAM 4

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM 6

CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM 11

LAMPIRAN 13

PENUTUP 20

2
Pendahuluan
Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Batu Tiningkang ini adalah suatu
program yang dirancang oleh Unit Ko-kurikulum untuk Tahun 2010 hasil dari idea
En. Mohd Ashraff bin Musa, Guru Penasihat TKRS SK Batu Tiningkang. Umum
mengetahui bahawa aktiviti perkhemahan amat sinonim dengan kegiatan unit
beruniform di peringkat sekolah rendah, menengah sehinggalah universiti.

Oleh sebab itu, Unit Ko-kurikulum berhasrat untuk melaksanakan program ini
dengan kerjasama semua warga SK Batu Tiningkang sama ada pihak pentadbiran
sekolah, guru-guru, ibu bapa mahupun murid-murid itu sendiri. Program ini
dirasakan bertepatan sebagai langkah pertama pihak sekolah untuk memantapkan
kemahiran-kemahiran asas dalam kegiatan unit beruniform seperti berkawad, ikatan
dan simpulan, aktiviti lasak dan sebagainya di kalangan murid-murid SK Batu
Tiningkang.

Memandangkan ini merupakan pertama kali program sebegini akan diadakan


di sekolah ini, mungkin terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki misalnya
dari segi pelaksanaan dan tahap keberkesanan program. Adalah menjadi harapan
supaya sebarang cadangan untuk penambahbaikan program ini dapat diutarakan
dari semasa ke semasa demi manfaaat kita bersama.

3
OBJEKTIF
PROGRAM

4
Objektif Program

5
• Memantapkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas dalam kegiatan unit
beruniform seperti berkawad, ikatan dan simpulan, aktiviti lasak dan
sebagainya
• Menarik minat murid-murid dalam kegiatan unit beruniform sebagai aktiviti
tambahan selain pembelajaran di dalam kelas
• Meningkatkan tahap keyakinan murid-murid dalam aktiviti unit beruniform
• Menyediakan murid-murid yang lebih kompeten dalam kegiatan ko-kurikulum
khususnya unit beruniform apabila mereka berada di sekolah menengah nanti

6
AHLI
JAWATANKUASA
PROGRAM

7
AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010
SK BATU TININGKANG, TENOM

Penaung : Pegawai Pelajaran Daerah Tenom


Penasihat : Pn. Musiah Pansoi, Guru Besar
Pengerusi : Pn. Siti Alinah Bukari, Penolong Kanan Ko-kurikulum
Naib Pengerusi 1 : En. Rayner Chu, Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi 2 : En. Augustine Yen, Penolong Kanan HEM
Setiausaha : En. Mohd Ashraff Musa
Bendahari : Cik Masrah Md. Yussof

AJK Pelaksana:-

Kem Komandan : En. Ridzuan Razlee


Timb. Kem Komandan : En. Razalie Sahimin
Cenderamata : Cik Misnah Misree
Disiplin & Keselamatan : En. Mohd Fauzil Kaimah
Juruteknik & Peralatan : En. Balaludin Gapul & En. Sabrin Dewin
Kerohanian : Ust. Mohd Azril Mat Soom & Pn. Oliyana Yamuk
Makanan : Pn. Noraida Aziz & Cik Misnah Misree
Persiapan Dewan : Cik Hapsah Awas & Pn. Surina Suparman
Penginapan : En. Rauzly Awah
Tugas-tugas Khas : Pn. Surina Suparman
Urusetia dan Jemputan : Pn. Annie Mumin
Dokumentasi : En. C’hng Kai Siong
Penyelaras Aktiviti : En. Augustine Yen

8
BIDANG TUGAS SETIAP AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG : Pegawai Pelajaran Daerah Tenom sebagai Penaung akan memberi sokongan terhadap apa jua
penambahbaikan supaya program ini mencapai matlamatnya

PENASIHAT : Guru Besar sebagai Penasihat akan memberi kata putus ataupun idea terhadap perjalanan program ini
sama ada dari segi pelaksanaan, jawatankuasa ataupun apa jua yang dirasakan perlu

PENGERUSI : Penolong Kanan Ko-kurikulum sebagai Pengerusi bertindak menguruskan perjalanan program seperti
mesyuarat pra program, pemantauan dan lain-lain lagi

NAIB PENGERUSI : Naib Pengerusi yang terdiri dari Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Guru Penolong Kanan HEM akan
membantu tugas Pengerusi

SETIAUSAHA : Menyediakan kertas kerja serta minit-minit mesyuarat, maklumat-maklumat program dan hal-hal lain
berkaitan kesetiausahaan

BENDAHARI : Mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan kewangan program seperti kutipan yuran,
bayaran dan lain-lain

9
KEM KOMANDAN : Bertindak sebagai Guru Pemimpin kepada semua ahli unit beruniform

TIMB. KEM KOMANDAN : Membantu Kem Komandan

CENDERAMATA : Menguruskan cenderamata untuk para tetamu jemputan serta hadiah untuk murid-murid

DISIPLIN & KESELAMATAN : Menyediakan peraturan-peraturan program seperti peraturan tapak perkhemahan,
peraturan pakaian dan sebagainya di samping memastikan tahap disiplin para peserta
sentiasa terkawal

JURUTEKNIK & PERALATAN : Menyediakan segala jenis peralatan yang diperlukan untuk keperluan sepanjang program

KEROHANIAN : Menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kerohanian kepada para peserta sama ada
yang beragama Islam atau pun yang bukan beragama Islam

MAKANAN : Menguruskan makanan dan minuman untuk para guru, staf dan peserta program

PERSIAPAN DEWAN : Menyiapkan hiasan dewan bagi tujuan majlis perasmian program dan juga aktiviti-aktiviti
sepanjang program

PENGINAPAN : Menyediakan pelan tapak perkhemahan dan menguruskan peralatan khemah kepada
para peserta

10
TUGAS-TUGAS KHAS : Menjaga kebajikan para peserta seperti hal kecemasan, kesihatan dan lain-lain lagi seperti
kemudahan ampaian dan tandas para peserta

URUSETIA DAN JEMPUTAN : Membantu setiausaha dan juga menyediakan surat jemputan kepada para tetamu
jemputan program

DOKUMENTASI : Merakam gambar serta video sepanjang program berjalan dan menyediakan satu laporan
aktiviti (bergambar) selepas program tamat

PENYELARAS AKTIVITI : Memastikan setiap aktiviti diselaraskan mengikut jadual program dan memastikan
perjalanan program berjalan lancar

11
12
CADANGAN
PELAKSANAAN
PROGRAM

CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

13
Tarikh : Mac 2010 (3 hari 2 malam)

Tempat : Pusat Rekreasi Paamilan, Tenom

Kumpulan sasar : - 20 orang ahli dari setiap Pasukan Pengakap,


Tunas Pandu Puteri, Persatuan Puteri Islam Malaysia
dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
- Semua guru dan KTBM SK Batu Tiningkang, Tenom
- Jurulatih Luar

Anggaran : Rujuk Lampiran 1


Perbelanjaan

Sumber Kewangan : - Unit Ko-kurikulum sekolah


- Sumbangan luar (Ibu bapa, pembekal dan lain-
lain)
- Sumbangan semua guru dan KTBM

Strategik : 1. Menyediakan kertas kerja dan pembentangan


kepada Guru Besar
2. Mengadakan mesyuarat gerak kerja semua ahli
jawatankuasa program
3. Mengadakan mesyuarat kemajuan gerak kerja
program
4. Pelaksanaan program
5. Mengadakan mesyuarat laporan post-mortem

Tentatif Program : Rujuk Lampiran 2

Pelan Perkhemahan : Rujuk Lampiran 3

Keperluan Peserta : Rujuk Lampiran 4 dan 5

Senarai Tugas AJK : Rujuk mukasurat 8 – 10

14
LAMPIRAN

15
LAMPIRAN 1

PERINCIAN ANGGARAN PERBELANJAAN SEPANJANG PROGRAM

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA (RM) CATATAN

1. Alat Tulis - 500.00

2. T-shirt Belum 1640.00 - T-shirt 22 orang Guru dan


ditentukan staf (RM20.00 seorang)
- T-shirt 80 orang Peserta
(RM 15.00 seorang)

3. Makanan Belum 1500.00 Ibu bapa akan memberi


ditentukan sumbangan dalam bentuk
makanan kering seperti
beras, gula dan roti

4. Sewa tempat Belum 500.00


dan peralatan ditentukan

5. Kos Luar - 500.00


Jangka

JUMLAH 4640.00

16
LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010


SK BATU TININGKANG, TENOM, SABAH

Masa/ 0445 - 0800 0815 - 1015 1030 – 1230 1245 – 1400 1415 – 1600 1615 – 1730 1745 – 2000 2030 – 2200 2215 - 0430
Hari
Peserta
Mac berkumpul di Pendaftaran Pengenalan
Memasang Makan Minum Petang/ Mandi/ Makan
sekolah/ para peserta/
2010 khemah/ Tengahari/ kepada Ikhtiar Solat/ Riadah Malam/ Solat/ Ikatan dan Minum malam/
Pergerakan ke Taklimat
Minum Pagi Solat/ Rehat Petang Ceramah Moral simpulan Tidur
(Jumaat) tapak Program Hidup
perkhemahan

Mac Mandi/ Solat/ Latihan Asas


Ceramah Moral Kawad Kaki Pengenalan Minum Petang/
2010 Makan Mandi/ Makan
kepada Flying Fox/ Solat/ Aktiviti Latihan asas Minum malam/
(Sabtu) Tengahari/ Malam/ Solat/
Kompas dan Abseiling Water bantu mula Tidur
Solat/ Rehat Ceramah Moral
Pandu Arah confidence
Riadah Pagi/
Minum Pagi
Sarapan Pagi

Majlis
Mac Mandi/ Solat/ Perasmian
Ceramah Moral Penutup
2010 Taklimat
Program Khidmat Pergerakan
sebelum
(Ahad) Masyarakat pulang ke
pulang/
(KHIDMAS) sekolah
Riadah Pagi/ berkemas
Jamuan
Sarapan Pagi

17
LAMPIRAN 3

CADANGAN PELAN TAPAK PERKHEMAHAN


PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010

AMPAIAN (L) KHEMAH MEMASAK/ PERALATAN/ AMPAIAN (P)


QUARTER MASTER

TANDAS TANDAS
GURU (L) GURU (P)

KHEMAH KHEMAH DEWAN AKTIVITI KHEMAH KHEMAH


PESERTA GURU (L) GURU (P) PESERTA
(L) (P)
TANDAS TANDAS
PESERTA PESERTA
(L) (P)

TAPAK PERHIMPUNAN

18
LAMPIRAN 4

SENARAI PERALATAN (PERLU DIBAWA OLEH PESERTA)


PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010
SK BATU TININGKANG, TENOM, SABAH

BIL. PERKARA KETERANGAN CATATAN

1. Pakaian Uniform lengkap

T-shirt berkolar

Pakaian sukan (baju berkolar,


seluar tracksuit panjang, stokin,
kasut sukan)

Pakaian solat (baju melayu, kain Untuk murid-murid islam


sarung, telekung dan lain-lain) sahaja

Pakaian tidur Sila bawa keperluan


untuk tidur seperti bantal,
selimut dan sebagainya

Pakaian basah Untuk mandi

2. Peralatan aktiviti Pen, pensel, buku log dan lain-lain

Tali, kain anduh, lampu suluh,


wisel dan sebagainya

3. Peralatan mandi Selipar, sabun mandi, sabun


basuh, berus baju

Berus gigi dan ubat gigi

4. Makanan Air minum, biskut, roti Jika perlu

5. Ubat-ubatan sendiri Jika ada

* Sila bawa peralatan yang dinyatakan secukupnya.


* Sekiranya para peserta ingin membawa peralatan-peralatan lain yang dirasakan
perlu, sila maklumkan kepada Kem Komandan

19
LAMPIRAN 5

SENARAI PERALATAN
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010
SK BATU TININGKANG, TENOM, SABAH

BIL. PERKARA KETERANGAN CATATAN

1. Peralatan aktiviti Walkie-talkie

PA System

Tali nylon, mancis

Kompas

2. Peralatan khemah Generator

Khemah

Dapur memasak

3. Makanan Rujuk Lampiran 1

4. Ubat-ubatan Peti kecemasan

20
PENUTUP

21
PENUTUP

Program ini dirangka bukan semata-mata untuk memenuhi takwim Unit Ko-
kurikulum SK Batu Tiningkang pada tahun ini, tetapi objektif utamanya ialah untuk
meningkatkan lagi minat murid-murid terhadap kegiatan ko-kurikulum seperti unit
beruniform dan pelbagai lagi. Mudah-mudahan program ini dapat berjalan dengan
lancar dan memberi seribu satu pengalaman baru kepada para peserta program ini.
Justeru itu, diharap semua warga SK Batu Tiningkang dapat bersama-sama
berganding bahu dalam menjayakan program Perkhemahan Unit Beruniform Tahun
2010 ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................. .............................................
(En. Mohd Ashraff bin Musa) (Pn. Siti Alinah binti Bukari)
Setiausaha, Guru Penolong Kanan KOKUM,
Program Perkhemahan UB 2010, SK Batu Tiningkang,
SK Batu Tiningkang, Tenom.
Tenom.

Disahkan oleh,

.............................................
(Pn. Musiah binti Pansoi)
Guru Besar,
SK Batu Tiningkang,
Tenom.

22