Anda di halaman 1dari 1

Contoh Karangan Ceramah

Sebagai guru bimbingan dan Kauseling di sekolah, anda diundang untuk berceramah di
sebuah sekolah menengah. Ceramah yang akan anda sampaikan ialah Ibu bapa
merupakan punca berlaku gejala sosial dalam kalangan remaja.
Tuliskan teks ceramah itu selengkapnya.

Selamat pagi saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan
Pengetua, guru-guru dan pelajar sekalian. Terima kasih dan sekalung penghargaan saya
dahulukan atas undangan untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Ibu bapa
merupakan punca berlaku gejala sosial dalam kalangan remaja.
Hadirin hadirat yang dimuliakan,
Dewasa ini, isu tentang gejala sosial telah menjadi fokus utama dalam ruang media.
Gejala sosial seperti lumba haram, penyalahgunaan dadah dan penyebaran gambar lucah
merupakan antara isu yang hangat diperdebatkan dalam komuniti. Oleh hal yang demikian,
punca-punca timbulnya gejala ini perlu ditinjau untuk membendungnya daripada kudis
menjadi tokak.
Hadirin sekalian,
Ibu bapa dianggap sebagai punca utama yang menyebabkan gejala ini semakin
bermaharajalela dalam kalangan remaja. Dalam kesibukan mengejar kemewahan hidup
dan pangkat, sesetengah ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawab mereka untuk
menjaga anak-anak. Kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa
menyebabkan anak-anak mudah terjerumus ke lembah hina. Hal ini demikian kerana anakanak ingin melakukan sesuatu untuk menarik perhatian ibu bapa. Bapa borek anak rintik.
Tingkah laku ibu bapa yang tidak baik akan diikuti oleh anak-anak secara langsung atau
tidak langsung.
Namun demikian, terdapat beberapa punca lain yang turut merebakkan gejala sosial
dalam kalangan remaja. Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan remaja terlibat dalam
gejala sosial. Pemikiran golongan remaja yang tidak matang menyebabkan mereka tidak
dapat membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Sesetengah remaja
ingin membuktikan kehebatan dan kekuasaan mereka kepada orang lain. Mereka tidak
mahu dipinggirkan oleh kawan. Jadi, mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja yang
disuruh oleh rakan-rakan walaupun perkara tersebut salah dari segi undang-undang.
Selain itu, golongan remaja zaman sekarang menerima pengaruh yang kuat
daripada media massa. Remaja terikut-ikut akan budaya Barat yang bertentangan dengan
budaya Timur yang ditayangkan oleh media massa. Media massa yang menyebarkan
maklumat tanpa penapisan seperti filem yang mengandungi unsur keganasan, lucah,
pergaduhan dan sebagainya semestinya merosakkan pemikiran remaja menyebabkan
gejala sosial semakin berleluasa.
Hadirin sekalian,
Bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu untuk

Anda mungkin juga menyukai