Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN BENGKEL

TEKNIKAL PROGRAM KO AKADEMIK B.INGGERIS DAN B.MELAYU


PERINGKAT NEGERI 2009
NAMA GURU

: MAZIAH BINTI AWANG

NAMA BENGKEL

: BENGKEL TEKNIKAL PROGRAM KO AKADEMIK


B.INGGERIS DAN
B.MELAYU PERINGKAT NEGERI

TARIKH

: 19 HINGGA 22 OKTOBER 2009

TEMPAT

: HOTEL AIRPORT VIEW, KOTA KINABALU, SABAH

ANJURAN

: SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN, JPN SABAH

HASIL DAPATAN BENGKEL


Bengkel ini disertai oleh 2 orang peserta dari setiap daerah di negeri
Sabah. Terdapat 2 bengkel yang berasingan diadakan serentak iaitu 1
bengkel untuk B. Melayu dan 1 bengkel untuk B. Inggeris. Jadi 1 orang dari
setiap daerah menghadiri bengkel B. Melayu dan 1 orang lagi menghadiri
B. Inggeris.
Hasil dapatan dari Bengkel Teknikal Program Ko Akademik B. Inggeris
adalah seperti berikut:
1) Setiap peserta bengkel Teknikal ini mewakili sekolah menengah dan
sekolah rendah dan peserta bengkel Teknikal ini dilantik sebagai
Penyelaras Teknik Daerah di daerah masing-masing selama 2 tahun.
2) Setiap pemenang pertandingan ko akademik yang di peringkat
daerah akan terus bertanding ke peringkat negeri kecuali bagi
pertandingan yang melibatkan peserta-peserta yang melebihi 5
orang (e.g Action Song ...etc).
3) Pelantikan Kumpulan Penyelaras Teknikal
Penyelaras Teknik Daerah diminta untuk mengadakan taklimat
dalaman sekurang-kurangnya 1 hari di daerah masing-masing
selewat-lewatnya pada awal tahun 2010 bagi melantik Penyelaras
Teknik setiap program.
PPD dikehendaki mengeluarkan surat lantikan Penyelaras Teknik
Daerah dan Penyelaras Teknik setiap Program. Setiap Penyelaras
Teknik yang dilantik tidak semestinya terdiri daripada Ketua Panitia
(lantik guru yang komited). Perbincangan perlu diadakan dengan

Penyelaras Teknik Daerah bagi mengenalpasti dan melantik


kumpulan Penyelaras Teknik Program dan segala kos.
4) Program ko akademik B. Inggeris yang mesti dijalankan di daerah
ialah:
i)
Action Song (SR)
ii)
Choral Speaking (SM & SR)
iii)
Story Telling (SR)
iv)
Drama (SM)
v)
Debate (SM)
vi)
Public Speaking (SM & SR)
vii) Spelling (SR)
viii) English in Camp (SM & SR)
5) Hakim setiap Pertandingan Ko Akademik di daerah akan dipilih dari
kalangan kumpulan guru Penyelaras Teknik yang telah dilantik.
6) Setiap peserta bengkel ini dibekalkan dengan CD Kertas Konsep
setiap program.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

(MAZIAH BINTI AWANG)


OKTOBER 2009
Peserta Bengkel Teknikal Program
Ko Akademik Negeri Sabah,
SK Pekan Beaufort,
Sabah.

27

LAPORAN BENGKEL
TEKNIKAL PROGRAM KO
AKADEMIK B.INGGERIS DAN
B.MELAYU
PERINGKAT NEGERI 2009

DISEDIAKAN OLEH :
MAZIAH BINTI AWANG
SK. PEKAN BEAUFORT

Anda mungkin juga menyukai