Anda di halaman 1dari 6

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - BIMBINGAN MENJANGKA

Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk
membantu murid membaca dan memahami. Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly
Chong, 1992:86), mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca
terarah. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca
dan memahami petikan, rencana dan karya sastera. Aktiviti ini juga sesuai untuk
mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan kelas.
Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika menjalankan aktiviti
bimbingan membaca.
LANGKAH 1 Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman
sedia ada murid berkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya pengetahuan dan
pengalaman murid kurang mencukupi maka, guru perlu menjalankan beberapa aktiviti
awal, iaitu
(i) membaca petikan sepintas lalu,
(ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid,
(iii) menyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya
(iv) menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai pengukuhan
pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan.
LANGKAH 2 Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru menjelaskan
kepada murid tentang tujuan pembacaan itu. Penyataan tujuan pembacaan dapat
ditunjukkan melalui empat aktiviti, iaitu
(i) mendapatkan isi-isi utama petikan,
(ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks,
(iii) mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk dan
(iv) menghuraikan gerak balas afektif terhadap petikan.
LANGKAH 3 Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnya
berdasarkan pembacaan senyap. Pembacaan kuat pula dijalankan hanya untuk
interpretasi
terhadap sesuatu persoalan atau penghayatan keindahan bahasa dalam
petikan. Teknik pengajaran bacaan kuat tidak digalakkan untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam peringkat ini.
LANGKAH 4 Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yang
dijalankan ketika aktiviti mengenal pasti tujuan pembacaan. Perbincangan juga boleh
dijalankan berdasarkan pengalaman baharu yang dialami oleh murid. Perbincangan
boleh dijalankan di peringkat kelas dan dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid
secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jika
perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil.
LANGKAH 5 Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan
berdasarkan aktiviti dalam keempat-empat langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan
boleh dijalankan dalam kelas atau sebagai kerja rumah berdasarkan tiga kaedah, iaitu
(i) melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan,
(ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama dan
(iii)melakukan
bacaan
luas
tentang
tajuk
yang
dibaca.

Faedah-faedah Membaca
Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan
masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca
Jambatan Ilmu.
Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini.
Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.
Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang
berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana
dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru,
kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".
Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat
mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong
untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.
Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti
ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah
amalan membaca buku amalan harian.
Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan
membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu
mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca
sebagai budaya hidup mereka.

Kebaikan amalan membaca


Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian
seseorang pelajar itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan
akhbar yang banyak dijual di kedai-kedai buku itu. Sebenarnya, amalan ini
mempunyai banyak faedah kepada diri pelajar apabila dilakukan secara kerap.
Kebaikan yang ketara ialah membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan
seseorang itu. Aktiviti membaca pasti membawa pelajar memperoleh maklumat
terkini tentang sesuatu perkara itu seperti penemuan kajian sains yang
mengejutkan itu. Lantaran itu, diri pelajar sering terdedah pada kajian saintis
yang sering berubah-ubah mengikut zaman.
Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa pelajar.
Penemuan saban hari istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah
memeriksa kamus itu akan meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar tersebut.
Sesungguhnya, penggunaan kosa kata dalam diri pelajar akan menjadi meluas
dan menjadikan pelajar mahir dalam penulisan pula.
Tambahan pula, pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap
membaca bahan akhbar dan majalah. Pembacaan menjadikan pelajar
mengetahui banyak isu daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat itu
tanpa mengira positif atau negatif. Jelaslah, pelajar akan menimbang sendiri
semua fakta yang dihuraikan dalam pembacaan itu lalu mampu membuat
kesimpulan yang bernas.
Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang pelajar. Amalan ini
memerlukan tumpuan yang lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan
sebuah buku terutama buku pelajaran yang tebal itu. Maka, kemungkinan untuk
pelajar tersebut terlibat dalam sebarang kejadian negatif seperti melepak tidak
akan berlaku.
Kajian juga membuktikan bahawa pelajar yang kerap membaca buku akan
memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kejayaan ini berlaku
kerana banyak fakta yang perlu dihafal apabila pelajar menjawab soalan

peperiksaan umum negara ini. Akibatnya, ibu bapa akan berasa bangga dengan
kejayaan anak mereka dalam peperiksaan itu.
Kesimpulannya, semua faedah membaca itu benar-benar berlaku sekiranya
diamalkan secara baik. Ibu bapa perlulah membantu memupuk minat ini dengan
memberi galakan atau membeli bahan bacaan yang berkualiti buat anak mereka.
Bak kata orang tua-tua membaca itu jambatan ilmu yang membuktikan amalan
ini penting dilaksanakan oleh semua pelajar tanpa mengira batasan usia
tersebut.
Posted by Noor Azman Mahat at 10:41 PM

KEPENTINGAN AMALAN MEMBACA


Pada era globalisasi ini, pendidikan dalam semua lapisan masyarakat semakin penting dan
diutamakan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam memupuk
amalan membaca namun, budaya membaca dalam masyarakat masih rendah lagi. Melalui
pembacaan, seseorang dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang secara tidak
langsung dapat membantu memajukan negara. Dengan ini, isu budaya membaca dalam
kalangan masyarakat tidak boleh dipandang ringan. Jika budaya tersebut dibiarkan begitu sahaja
hasrat masyarakat untuk menjadikan negara kita negara maju pasti akan terganggu. Pengamalan
budaya membaca dalam kalangan masyarakat akan mendatangkan pelbagai faedah terhadap
diri kita. Oleh itu, semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca
kerana Membaca Jambatan Ilmu.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu
semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan
surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan di pasaran. Ibu bapa haruslah
sanggup membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak dan diri sendiri. Dengan
membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai
kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha
dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya menjayakan kempen-kempen yang telah
dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk
nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca supaya
dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Selain itu, membaca akan membantu menambahkan perbendaharaan kata yang kita
miliki. Hal ini kerana dengan membaca kita akan menemukan pelbagai jenis perkataan baharu.
Jika kita membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang Sains kita akan mengenali lebih
banyak istilah atau kosa kata baharu dalam bidang berkenaan seperti Anemia dan X-ray. Malah,
apabila seseorang telah mengenali banyak perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur
dengan lancar dalam bahasa berkenaan. Individu itu juga akan dapat menguasai sesuatu bahasa
dengan mudah. Penguasaan perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah arus
globalisasi kini. Persaingan antara masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan menjadi
lebih mudah. Dengan ini, kita haruslah rajin membaca supaya dapat menambahkan

perbendaharan

kata

dalam

minda

kita.

Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan
yang cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat
menambahkan pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga mata pelajaran
tertentu yang memerlukan pembacaan yang banyak. Sebagai contoh, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas kerana kita
akan dapat maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei. Pembacaan
boleh dilakukan di perpustakaan mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah dinaik
taraf dengan kemudahan yang lebih selesa seperti meja, kerusi, penghawa dingin dan
kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan
yang kondusif. Secara eksplisit, pelajar akan mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan daripada
bahan bacaan tersebut. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh itu,
semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian agar mendapat
keputusan yang cemerlang.
Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa senggang
antara dua pekerjaan. Masa lapang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh
menjadikan amalan membaca sebagai hobi kita. Selain membaca, kita boleh menjadikan perkara
lain sebagai hobi sekiranya perkara itu berfaedah. Terdapat 24 jam diperuntukkan kepada
seseorang, namun masa yang singkat itu sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan
pelbagai aktiviti. Dengan ini, kita haruslah menggunakan masa lapang dengan efisien kerana
masa itu emas. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh
membaca ketika menunggu bas. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa
mereka seharusnya mengisi masa dengan amalan membaca.
Di samping itu, budaya membaca dapat membantu memajukan negara. Hal ini demikian
kerana tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang tertentu dapat membantu meningkatkan ekonomi
negara kita. Lanjutan itu, negara kita dapat membangun dengan pesat. Kemajuan dalam bidang
sains dan teknologi telah menyebabkan banyak ciptaan baharu direka. Sebagai contoh, Negara
Jepun yang maju dalam bidang sains dan teknologi telah mencipta pelbagai jenis barangan yang
berfungsi secara automatik. Membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan kita dan ilmu-ilmu
yang diperoleh ini bolehlah digunakan dalam memajukan sektor-sektor tertentu seperti sektor
pelancongan. Apabila sektor-sektor dibangunkan, ekonomi negara kita akan pesat membangun
seperti Cendawan Tumbuh Selepas Hujan. Secara umumnya, negara kita akan layak bersaing
dengan negara maju yang lain. Kemajuan negara pula perlu disusuli dengan budaya menulis
buku. Oleh itu, kita hendaklah rajin membaca supaya tanah air kita dapat dibangunkan dan
dimajukan.
Malah,
kita
dapat
hidup
dalam
keadaan
yang
lebih
baik.
Kesimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah kepada individu mahupun negara.
Melalui membaca kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan yang
diperoleh itu bukan sahaja dapat membantu seseorang mendapat keputusan yang cemerlang
malah dapat memajukan negara. Walaupun pada hari ini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan
untuk memupuk amalan membaca namun, usaha tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir.
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca. Hal ini
disebabkan budaya membaca perlu dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana Melentur Buluh

Biarlah dari Rebungnya. Ibu bapa juga bertanggungjawab menjadi suri teladan kepada anakanak dengan banyak membaca buku. Selain itu, pihak kerajaan perlu menyediakan pelbagai
kemudahan seperti perpustakaan supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen
membaca juga perlu dipergiat. Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca giat dijalankan,
negara Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju. Oleh itu, semua orang wajiblah membaca
dan berusaha meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan.

Anda mungkin juga menyukai