Anda di halaman 1dari 1

Pak Abu ke kedai kopi,

Semasa balik dikejar angsa;


Kita perlu mempunyai hobi,
Supaya dapat mengisi masa.
Pergi kedai membeli tapai,
Untuk hidangan para tetamu;
Hobi dipilih perlulah sesuai,
Supaya kita tidak berasa jemu.
Beramai-ramai naik kereta,
Kereta dibeli di Pekan Santan;
Hobi berguna buat kita,
Bagi menambah pendapatan.
Mak Siti mengoreng samosa;
Untuk dijual di kedai
Jika dibuat bersama-sama,
Masa terisi, kawanpun ramai.