Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pengenalan
Sebilangan seniman, sejarawan seni, ahli falsafah cuba mencari jawapan kenapa dan
bagaimana seni visual itu berkomunikasi dalam sempadannya yang tersendiri. Diakui
sebahagian besarnya percaya makna komunikasi visual telah ditemui oleh psikologi
Gestalt. Suatu pendekatan yang memberi keutamaan kepada prinsip-prinsip organisasi
pengamatan yang melibatkan proses membina setiap bahagian yang ada secara
keseluruhan.
Kekuatan Gestalt melalui olahan. Pemikiran dalam Gestalt lebih menawarkan sesuatu
secara keseluruhan dan menarik kekuatan bahagian-bahagian lain. Ia disempurnakan
pada pemerhatian audien melalui penyusunan semula ke dalam bentuk keseluruhan.
Tidak ada satu pun unit-unit yang boleh diubah tanpa pengubahsuaian secara
keseluruhan.
Perkataaan Gestalt berasal dari perkataan Jerman dengan maksud khusus kepada
tatarajah paten-paten. Gestalt menjelaskan maksud bentuk secara keseluruhan yang
tidak dapat diterang melalui bahagian-bahagian yang terasing. Gestalt akan lenyap jika
ianya dipecah-pecahkan ke dalam komponen-komponen lain. 1
Dari awal perkembangannya, Gestalt memberi tumpuan pada eksprimen dan teori
kerana asas pengukuhannya bertitik tolak dari ilmu sains. Ia disalurkan kemudiannya ke
dalam disiplin ilmu psikologi dan berkembang ke dalam seni. Isu tentang kedudukan
Gestalt dalam seni tampak, memperlihatkan bahawa kedudukan seni begitu luas dan
menjadi sama taraf dengan bidang ilmu yang lain. Justeru itu idea Gestalt dan
1
Edmund Fantino & George S. Reynolds, Introduction to Contemporary Psychology, San Francisco: W.H. Freeman
and Company, 1975 (hlm: 58)
bagaimana pengaruhnya boleh sampai ke dalam seni tampak perlu dilihat dari sudut
sejarah seni dan perkembangannya. Sejauhmana kehadirannya disedari dapat
membantu pengkritik, sejarawan malah seniman itu sendiri sedar bahawa seni itu sudah
pun menjadi bahan uji kaji. Dengan itu seni menjadi sebahagian daripada sains, Cuma
di kalangan kita tidak harus memandang ringan hingga seni itu ditafsir oleh orang lain.
Barangkali uji kaji sains ke atas seni dilakukan dalam makmal, manakala kita mentafsir
seni itu dalam prosesnya di studio dan galeri.
Unsur seni yang tersembunyi diiktiraf bangkit semula menerusi gabungan pancaindera
mata dan otak. Peranan Gestalt dikatakan cuba memaksimumkan penggunaan otak kiri
dan kanan pada diri seniman. Apabila contoh-contoh kejayaan Gestalt dihimpunkan,
kesimpulan yang dapat diambil ialah Gestalt lebih menyerlah dari segi olahan bentuk.
Gestalt yang berasal dari perkataan Jerman membawa maksud “keseluruhan” atau
“keseluruhan jumlah bentuk”.2 Pergerakan awalnya dikesan pada sekitar tahun 1912
dengan kemunculan konsep persepsi. Perkembangan awalnya didominasikan oleh ahli-
ahli psikologi Jerman, antaranya Kurt Koffka, Wolfgang Kohler dan Wertheimer yang
menonjolkan Gestalt di bidang kreativiti individu. Mereka lebih memberi tumpuan pada
permasalahan di dalam proses berkreatif.
Intipati teori ini melihat secara keseluruhan signifikan jumlah imej dalam mempengaruhi
persepsi yang kebanyakan pelukis, pengarca, penulis, pemuisi dan pemuzik dapat
menerima sebagai suatu kebenaran dan ada hubungannya dengan elemen-elemen
seni. Mereka cuba mengenalpasti signifikan dari elemen-elemen yang menonjolkan
daya tarikan dalam aktiviti kreativiti.3
Pendekatan Gestalt berada pada statusnya yang tersendiri kerana olahan dan susunan
objek mengikut Gestalt akan memberi kesan persepsi bergantung pada kemampuan
intelektual individu.
Ideologi revolusi kognetif yang mengangkat seni abstrak telah membawa Gestalt ke
dalam seni sebagai salah satu cabang sains. Gestalt di awal perkembangannya
merupakan seni psikologi dilihat boleh diterapkan ke dalam seni sebagai kekuatan
bercirikan kreativiti. Kedudukan Gestalt dalam seni tampak adalah bertujuan meneroka
sesuatu yang baru. Jika dilihat perkembangan seni di abad moden, contohnya
Ekspresionisme adalah satu penerokaan idea-idea paradigma psikologi. Secara tidak
langsung seni dijadikan uji kaji dan para seniman menggunakan kreativiti, kognetif dan
2
Helen Graham, The Human Face of Psychology, Philadelphia: Open University Press, 1986 (hlm: 59)
3
John Hosper, Artistic Expression, New York: Appleton-Century-Crofts, Meredith Corporation, 1971 (hlm: 264)
psikologi untuk membuktikan dapatan baru dalam imej seni tampak. Nyata di sini teori
Gestalt meletakkan peranannya dalam pengaruh seni abstrak dan memasukkan sains
dan matematik bersamanya.
Seperti yang dinyatakan oleh Reid Hastie dan Christian Schmidt, bahawa dari zaman
Aristotle sudah pun dibicarakan seni dalam sains bersama matematik. Keunggulan
bentuk-bentuk yang terikat dalam hukum keseimbangan fizik dan seni itu dikaitkan
dengan matematik dalam arahtuju untuk menerapkan kadar banding bentuk-bentuk
dalam ilusi.4
Ketika zaman ilmu falsafah Greek memuncak, sudah ada pencarian idea-idea seni
dalam menimbulkan kesan harmoni dalam komunikasi visual. Bentuk-bentuk dalam seni
telah bermula awal sebelum Gestalt yang dianggap sudah bertapak kira-kira 1,000
tahun dahulu bagi membantu menjadikan elemen bentuk sebagai elemen seni. Gestalt
muncul sebagai merevolusikan bentuk dalam seni yang melahirkan elemen baru
berasaskan kreativiti.5
Dalam proses kreativiti, Gestalt mencari keseimbangan sebagai daya tarikan. Proses
kreativiti yang seimbang berlaku dengan melalui tindak balas secara aktif dengan
elemen-elemen seni menolak dan menarik antara satu sama lain untuk mendapatkan
keseimbangan. Apabila keseimbangan antara satu sama lain sudah berlaku maka satu
“kerehatan” yang menunjukkan ketenangan diwujudkan.
Penemuan psikologi Gestalt adalah satu cetusan revolusi kognetif yang sangat
berharga. Bermula dengan satu jangkaan dalam penyelesaian masalah berhubungkait
dengan tingkahlaku dan kewujudan ingatan telah beralih kepada hal yang lebih luas. Ia
dilihat sebagai suatu aspek dalam pengalaman manusia secara sedar bahawa isu
penting tentang imej visual dianggap utama dalam komunikasi visual. Dari buku Kohler
Gestalt Psychology (1929) hingga kepada Wertheimer Productive Thinking (1945)
telah menjelaskan bahawa pemikiran tentang imej penting dalam kehidupan. 6
Kesimpulannya, konsep Gestalt telah diterima dan berkembang secara revolusi pada
sekitar tahun 1956, ketika era psikologi muncul mendadak sehingga mendominasikan
banyak bidang sains, sosial dan seni. Pada asalnya berkembang di Jerman, akhirnya
menjadi kajian konsep ke atas objek-objek seni tampak yang menimbulkan
keharmonian.7
4
Reid Hastie & Christian Schmidt, Encounter With Art, New York: Mc Graw-Hill, Book Company (Tanpa Tahun)
(hlm: 14-15)
5
Hans Kreitler & Skulamith Kreitler, Psychology of Arts, N.C: Duke University Press, Durham, 1972 (hlm: 101-103)
6
David J. Murray, Gestalt Psychology and the Cognitive Revolution, London: Harverster Wheatsheaf, 1995
(hlm: 15-17)
7
Ibid., (hlm: 25).