Anda di halaman 1dari 5

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

REFLEKSI KENDIRI
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dapat dibuktikan dengan
keputusan yang cemerlang oleh murid-murid. Interaksi yang baik haruslah
diwujudkan antara guru dengan murid dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas kerana gurulah berperanan sebagai penyampai
ilmu pengetahuan, haruslah berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan muridmuridnya, sama ada dalam aktiviti kokurikulum atau aktiviti kurikulum.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan di dalam kelas, dapat dikatakan
suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah berjalan secara aktif
dan terancang. Ini dapat dikenalpasti melalui penglibatan oleh setiap pelajar bagi
menghidupkan suasana di dalam kelas. di dalam situasi di dalam kelas itu juga,
dapat dikatakan peranan yang dimainkan oleh guru adalah merupakan faktor
pemangkin kepada penglibatan setiap pelajar di dalam kelas tadi. Antara peranan
guru yang dapat dikenalpasti ialah setiap aktiviti yang dilakukan akan diberikan
peneguhan kepada murid.
Peneguhan yang dimaksudkan adalah peneguh positif. Peneguhan yang
diberikan oleh guru kepada murid semasa di dalam kelas sedikit sebanyak
memberikan motivasi kepada murid untuk sentiasa berusaha dalam setiap aktiviti
yang dilakukan. Peneguhan yang diberikan kepada murid juga sedikit sebanyak
merupakan satu penghargaan kepada mereka apabila selesai menjawab soalan
atau setelah selesai daripada melakukan aktiviti di dalam kelas. Walaupun
seseorang murid memberikan jawapan yang salah, guru yang menyelia kelas
bertindak dengan memberikan peneguh positif kepada murid tadi. Ia merupakan
satu motivasi yang diberikan kepada murid tadi supaya tidak berputus asa dalam
usaha untuk menjayakan diri dalam setiap matapelajaran yang diajar. Peneguh
positif yang diberikan oleh guru tadi juga, sedikit sebanyak merupakan satu motivasi
untuk meningkatkan keyakinan murid lain yang masih meragui dengan jawapan
yang disimpan di dalam kotak fikiran mereka.
Di dalam kelas itu juga, suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas ditingkatkan dengan menawarkan ganjaran atau hadiah kepada setiap murid
yang berjaya menjawab soalan dengan betul. Di sini, guru yang mengawal kelas

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


akan menawarkan hadiah atau ganjaran kepada kepada sesiapa yang berjaya
menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan betul. Hadiah-hadiah atau ganjaran
adalah seperti gula-gula ataupun bentuk-bentuk lambang yang dapat membezakan
antara mereka dalam kalangan murid. Hasil daripada peneguhan seperti ini, muridmurid akan bersaing dan berusaha untuk mendapatkan lambang yang akan
diberikan kepada mereka sekiranya mereka berjaya menjawab sesuatu soalan
ataupun menyelesaikan sesuatu tugas.
Secara tidak langsung, ia akan menyuntik semangat kepada murid untuk
mencari dan menguasai pengetahuan yang akan diajukan oleh guru. Hasil daripada
usaha ini juga, ia akan meningkatkan lagi penglibatan murid di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


REFLEKSI INDIVIDU
Terlebih dahulu saya Bavithraa A/P Ravinthiran ingin meluahkan kesyukuran ke
hadrat Tuhan kerana akhirnya tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

telah saya

siapkan dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan pensyarah kerana
membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Terima
kasih juga kepada rakan IPG lain yang membuat PBS bersama saya kerana memberikan
penjelasan lisan seratus peratus sepanjang menyiapkan tugasan PBS. Mereka berdua yang
berasal dari IPGK Temenggung Ibrahim mempunyai perspektif yang berlainan mengenai
tugasan PBS; Saya menyedari bahawa pendekatan mereka tersebut mampu mengubah
cara menyiapkan soalan tugasan PBS dengan lebih efisyien. Mereka tidak teragak-agak
untuk membantu saya untuk membuat tugasan PBS.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini banyak pengalaman baru yang saya lalui dan
banyak pedoman serta pengajaran yang saya kotakan. Dalam tugasan PBS ini kami diberi
soalan esei iaitu membuat kupasan tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh guru SJK
(T) Ladang Perbadanan bagi melahirkan modal insan yang harmoni dan seimbang serta
cadangan-cadangan mempertingkatkan

kualiti

aktiviti-aktiviti

tersebut.

Saya

berasa

beruntung kerana tugasan ini banyak memberikan saya memeras otak untuk berfikir untuk
menuliskan ulasan yang bernas dalam meyokong kupasan saya. Di tengah penulisan, saya
rasa terharu akan kewajipan yang harus dipikul oleh warga pendidik untuk melahirkan modal
insan yang seimbang dan harmoni. Saya merujuk dan mengumpulkan bahan ilmiah dari
laman sesawang untuk mendapatkan maklumat lebihan demi kualiti tugasan kerana
kekurangan buku rujukan. Kami bukan ingin meniru ataupun menciplak tetapi kami ingin
mendapatkan rujukan tambahan serta untuk mendapatkan idea yang lebih kreatif untuk
kami menyediakan hasil tugasan yang lebih menarik dan ideal.
Pada masa itu juga, saya beranggapan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran
di kelas ganti yang saya jalankan boleh saya jadikan sebagai kekuatan diri untuk
melaksanakan tugasan PBS saya. Walaupun pengalaman ini masih baru kepa tersebut
menyusun banyak kesusahan di tengah perjalanan saya untuk mengawal suasana kelas
dan menjalankan proses P&P namun saya berasa amat berterima kasih kerana semakin
banyak pendedahan yang kami dapati sebagai persediaan bagi kami untuk menghadapi
praktikum pada masa yang akan datang. Mula-mula saya berasa amat gementar kerana
banyak perkara bermain dalam minda saya tentang cara hendak menangani pelajar
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


Namun begitu, semangat saya tetap tidak akan luntur kerana sesuatu yang baru itu
saya anggap sebagai cabaran yang harus saya terima. Saya pun mencari video di dalam
youtube bagaimana guru-guru di dalam video tersebut mengendalikan kelas dan melakukan
aktiviti pengajaran dan pembelajajaran adi bilik darjah. Saya berasa amat teruja dan
bersyukur kerana perkara ini banyak membantu untuk saya memperolehi buah kejayaan
dlam tugasan PBS saya. Pengalaman tersebut saya jadikan bimbingan bukan konkrit untuk
menulis esei serta menyempurnakan tugasan ini.
Saya

telah berusaha memperbaiki

kekurangan yang terserlah dari hari ke hari

dengan meminta bantuan serta maklumat daripada pensyarah dan rakan-rakan yang lebih
arif. Bimbingan ilmiah dan sokongan moral dari pensyarah amat memanfaatkan diri saya
untuk menhasilkan tugasan yang memenuhi ciri-ciri kecemerlangan; Dorongan dan
tunjukkan daripada rakan sekelas saya membina kepercayaan diri saya utnuk menembusi
saa-saat kesusahan semasa melaksanakan tugasan PBS.
Antara kesusahan yang saya hadapi semasa tugasan PBS adalah kekurangan isi
untuk ditulis dalam esei. Saya telah memohon bantuan rakan saya untuk mengadakan
perbincangan bersama-sama. Perbincangan tersebut telah menganjakkan bilangan isi
dalam tulisan esei saya. Meskipun saya memberikan perhatian yang setinggi-tingginya
terhadap proses menaip namun kesalah ejaan masih terwujud dalam soalan esei saya; Oleh
sebab itu, saya mengadakan bacaan semula tulisan esei yang saya hasilkan. Saya berasa
agak keliru semasa menyusunkan dokumen-dokumen dalam portfolio PBS; Kakak senior
telah menghulurkan pertolongan yang tidak dapat saya balas dengan kata-kata kesyukuran.
Tunjuk ajar mereka saya jadikan sebagai bimbingan untuk menyiapkan tugasan serta
portfolio PBS.
Selain itu juga, kami turut menggunakan kaedah temu bual untuk memperolehi
liputan maklumat yang begitu luas. Sesi temu bual yang kami rancang dengan warga
pentadbiran SJK (T)Ladang Perbadanan Kedah amat memanfaatkan kami berdua. Saya
mendapati bahawa struktur pentadbiran sesebuah sekolah haruslah diperkukuhkan demi
kecemerlangan para pelajar yang mengharapkan impian setinggi gunung.

Saya

juga

merasakan bahawa penyediaan bahan bantu mengajar hendaklah kreatif dan menarik
supaya dapat menarik perhatian pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran.
Penyediaan bahan bantu mengajar hendaklah mengikut kesesuaian umur dan peringkat
pelajar. Kaedah pemerhatian yang saya gunakan telah menyelesaikan banyak persoalan
yang berlegaran di hati saya. Senarai semak yang disediakan dijadikan sebagai rujukan
terakhir untuk menyemak dan mengemaskini segala maklumat yang diperlukan dalam

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


portfolio. Jawapan dan respon yang diberi semasa menyelidik pihak tertentu, saya jadikan
sebagai input tugasan PBS ini.
Saya mengambil kesempatan dalam ruangan ini untuk meluahkan ribuan terima
kasih kepada pihak penyelaras Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kerana
memberikan peluang keemasan ini kepada kami untuk mencari pengalaman yang amat
baru di suasana sekolah dan bilik darjah. Saya berharap bahawa pengalaman yang saya
hadapi dapat dijadikan permulaan yang indah untuk terus berjaya dalam bidang kerjaya
saya untuk menjadi seorang penjana kecemerlangan golongan muda supaya mereka dapat
membangun sebagai warga berjaya, seimbang dan harmonis berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai