Anda di halaman 1dari 15

ISLAM DI BRUNEI DARUSSALAM

MOHAMAD RIDZUAN B. ABD RAHMAN


2010

1.0 Pendahuluan

Sejarah awal dan perkembangan Islam di Brunei adalah saling berkaitan antara satu sama

lain. Hal ini menunjukkan bahawa hubungan ini amat penting dalam kelangsungan Brunei

sebagai sebuah kerajaan. Kedudukan Brunei yang terletak dipertengahan jalur pelayaran

kapal-kapal perniagaan yang berulang-alik antara Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan

Indonesia dan pelabuhan-pelabuhan di Champa dan di pusat perniagaan di Canton, China

menjadikan pelabuhan Brunei tempat yang sesuai untuk disinggahi oleh kebanyakan kapal

perdagangan itu termasuk dari negara Arab.1

Sungai Abai didaerah Belud, wilayah Sabah adalah sebuah pusat perniagaan yang

terkenal di utara Borneo semenjak abad ketujuh dan sudah wujud perhubungan perniagaan

antara Brunei dengan negeri-negeri berjiran dengannya dan juga dengan China.2 Hakikat ini

dapat dibuktikan dengan adanya penemuan bekas-bekas tembikar China di pelabuhan ini

yang tarikhnya berhubung dengan zaman Sung (960-1279 Masihi) dan zaman Ming (1368-

1644 Masihi). Kedudukan ini sangat istimewa kerana melalui aktiviti perdagangan ini ajaran

Islam dapat disebarkan ke Brunei. Perkembangan yang berlaku di Brunei banyak dipengaruhi

oleh aspek luaran seperti hubungan dengan negara China, perdagangan dengan pedagang

Arab, kedatangan mubaligh Arab dan juga ancaman daripada Sepanyol. Pengaruh ini yang

mencorakkan perkembangan Brunei sebagai sebuah kerajaan.

1
Wan Hussein Azmi Abd.Kadir, Kesultanan Brunei Darussalam Abad ke-15 dan ke-16 : Perjuangan
Menentang Penjajahan sepanyol di Alam Melayu dalam Ismail Hussein, A.Aziz Deraman dan Abd. Rahman al-
Ahmadi (peny.), (1995), Tamadun Melayu : Jilid Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm
1098.
2
Ibid.
1
2.0 Sejarah Awal

Kewujudan Brunei pada peringkat awal sukar untuk dibuktikan jika kita tidak merujuk

kepada sumber-sumber China. Sumber-sumber ini yang banyak memberi penerangan

mengenai hubungan diplomatik dan juga mengenai penghantaran delegasi diplomatik ke

negara China. Pada tahun 501, 522, 616, 630 dan 699 Masihi, Brunei telah mengadakan

hubungan diplomatik dengan China khususnya dalam hal-ehwal perniagaan dan

perdagangan.3 Hubungan ini menjadi bukti kewujudan Brunei pada peringkat awal.

Namun demikian, penggunaan istilah Brunei pada peringkat awal tidak begitu sesuai

kerana istilah yang sering digunakan untuk adalah seperti Ye-po-ti, Po-li, Po-ni, atau

Bruneng. Walaupunbegitu, nama-nama ini masih lagi merujuk kepada Brunei. Sejarah awal

pembentukan kerajaan Brunei sukar dibuktikan kesahihan fakta dan lebih banyak

dipengaruhi dengan unsur mitos. Misalnya, dalam syair Semaun, disebutkan yang negeri ini

ditemui oleh kaum Sakai. Sebelum abad ke-6, Brunei telah diduduki oleh orang Bisaya dari

Sumatera dan Jawa.4

Oleh itu, perkembangan sejarah awal Brunei lebih banyak merujuk sumber-sumber

China. Perubahan dinasti yang berlaku di negara China, sebenarnya mempengaruhi istilah

yang digunakan untuk merujuk Brunei. Istilah yang digunakan sering kali berubah-ubah.

Pada mulanya dalam catatan Fa-Hsien pada tahun 413-414 Masihi, Brunei dikenali sebagai

Ye-Po-Ti, memang Ye-po-ti tidak secara langsung ditujukan kepada Brunei, tetapi hanya

suatu tempat di Borneo.5 Tetapi memandangkan kedudukannya itu bersesuaian dengan

kedudukan Brunei sebagai tempat persinggahan ahli-ahli pelayaran dari India ke China atau

3
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1997), Survival Brunei : Dari Perspektif Islam, Bandar Seri Begawan : Pusat
Sejarah Brunei, hlm 1.
4
Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlm 142.
5
Ibid.
2
sebaliknya ketika itu, maka besar kemungkinan yang Ye-po-ti ialah Brunei.6 Pendek kata,

pada abad ke-5, Brunei dikenali dengan nama Ye-Po-Ti dalam sumber-sumber China.

Namun begitu, sejak abad ke-6 hingga ke-7 Masihi, ataupun pada zaman Dinasti

Liang (502-566 Masihi), Dinasti Sui (589-618 Masihi) dan Dinasti Tang (618-906 Masihi),

timbullah sebutan baru bagi Brunei iaiu Po-li.7 Sebab perubahan nama ini tidak dapat

dipastikan, namun perubahan nama ini membuktikan bahawa kerajaan yang muncul di Brunei

masih meneruskan hubungan diplomatik dengan negara China. Ketika Brunei Tua dikenali

sebagai Po-li, telah menghantar utusan ke China pada tahun-tahun 517, 522, 616,630, dan

699 Masihi. Utusan pada tahun 669 Masihi itu dikirimkan oleh Raja Hu-lan-nan-po

bersama-sama dengan utusan Huan-wang (Siam) untuk mengeratkan hubungan yang putus.8

Penghantaran utusan ini boleg ditafsirkan sebagai satu usaha berterusan daripada kerajaan

yang wujud di Brunei untuk mengeratkan hubungan dan juga mendapatkan pengiktirafan

negara China mengenai kedaulatan kerajaan ini.

Sekiranya nama Po-li itu masih diperdebatkan tentang kaitannya dengan Brunei,

tetapi sejak timbulnya nama Po-ni/ Pu-ni pada abad ke-9 Masihi itu boleh dikatakan terdapat

kesepakatan tentang persamaannya dengan Brunei. Pada zaman Dinasti Sung (960-1279

Masihi), kerajaan Puni dikatakan memerintah 14 kawasan serta mempunyai 10 000

penduduk. Bukti utama mengenai kerajaan Pu-ni ini adalah peristiwa kedatangan seorang

pedagang China. Pada 977 Masihi, seorang saudagar bernama Pu Lu-Hsieh tiba di Puni untuk

berniaga.9 Kedatangannya bukan sahaja disambut oleh raja Pu-ni (Hiangta/ Hianzta) dengan

penuh hormat, malah kapalnya yang rosak itu telah dibaiki atas arahan raja.10 Kemudiannya

6
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1990), Tarsilah Brunei I: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam, Brunei :
Jabatan Pusat Sejarah, hlm 5-6.
7
Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam, hlm 142.
8
Ibid., hlm 143.
9
Ibid.
10
Ibid.
3
apabila Pu-Lu Hsieh pulang ke China pada tahun itu, Raja Puni telah mengirim surat melalui

utusannya ke China yang terdiri daripada Pu Ya-li (Abu Ali), Shih Nu (Syeikh Nuh) dan Qadi

Kasim. Demikian juga pada tahun 1082 Masihi, Raja Puni yang bernama Sri Maja terus

menghantar utusannya ke China.11 Hal ini menunjukkan bahawa kewujudan kerajaan Pu-ni

ada;ah berteraskan perdagangan dengan negara China.

Satu perkara yang menarik mengenai sejarah awal Brunei adalah mengenai status

Brunei sebagai negeri vassal kepada Majapahit yang berpusat di pulau Jawa. Kenyataan

terpenting sekali ialah berdasarkan Kakawin Nagarakertagama (1365 Masihi) yang

menyebutkan nama „Bruneng‟ sebagai wilayah taklukan Majapahit.12 Kenyataan ini

memberi gambaran bahawa pada zaman itu, Brunei tertakluk kepada pengaruh Majapahit.

Sejarah awal Brunei agak kabur khasnya dalam aspek keagamaan. Hal ini disebabkan

tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa Brunei pada peringkat awal sama ada yang

menganut atau mengamalkan ajaran agama Hindu-Buddha. Namun begitu, daripada

jumpaan-jumpaan yang terdapat di Brunei itu tidak menunjukkan wujudnya pengaruh

kebudayaan Hindu yang luas.13 Bagaimanapun ada ditemui sebuah inskripsi Sanskrit yang

kadungannya membayangkan pengaruh agama Buddha-Mahayana.14 Kekaburan mengenai

status Brunei ini menjadi semakin rumit apabila terdapat bukti bahawa terdapatnya penganut

ajaran Islam yang berada di Brunei. Peristiwa pengiriman tiga orang utusan Pu-ni yang

beragama Islam ke China pada tahun 977 Masihi itu tentunya membayangkan yang pengaruh

Islam sudah pun bertapak dan berkembang di Brunei.15

11
Ibid.
12
Ibid.
13
Ibid., hlm 144.
14
Ibid.
15
Ibid.
4
3.0 Kedatangan Islam di Brunei

Kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan khususnya: Nusantara dapat dibahagikan kepada

tiga tahap iaitu tahap persinggahan, tahap pertapakan dan tahap penyebaran pengaruh secara

besar-besaran.16 Mengenai tahap pertama, ia berlaku sebagai kelangsungan daripada kegiatan

perdagangan yang berlangsung sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Ada dua teori yang

pernah dikemukakan tentang hubungan Arab denga Asia Tenggara. Pertama, hubungan

secara langsung dan kedua hubungan secara tidak langsung.

Mengenai hubungan secara langsung, ini berlaku berikutan dari keperluan barangan

yang membawa pedagang-pedagang Arab dan Farsi ke Nusantara. Diantara bahan-bahan

tersebut ialah lada, rempah, kemenyan, dan kapur barus. Khusus tentang kapur barus, ia

pernah dianggap sebagai sebagai punca yang yang membawa orang-orang Arab ke Nusantara

sejak awal lagi.17 Sebenarnya, barang-barang ini bukan sahaja dikehendaki oleh orang-oang

Arab, bahkan juga oleh orang-orang Barat.

Mengenai hubungan secara tidak langsung, ini berlaku apabila pedagang-pedagang

Arab dan Farsi menjalankan kegiatan perdagangannya dengan China. Memang diakui

terdapatnya jalan darat melalui pelabuhan Oc-eo di Funan tetapi pada umumnya pedagang-

pedagang Arab menggunakan jalan lautan, melintasi pesisir India dan Asia Tenggara menurut

musim angin. Dalam kegiatan ini mereka menjadikan kawasan kepulauan Asia Tenggara

sebagai pelabuhan persinggahan.

Selepas itu, timbul pula tahap kedua yang menunjukkan kesan pertapakan Islam di

Asia Tenggara. Ini berlaku sepanjang zaman Bani Umayyah (661-750M) dan Bani Abbasiyah

(750-1258M). Bukti yang selalu disebutkan ( termasuk oleh Thomas Arnold dalam bukunya

The Preaching of Islam) ialah dalam tahun 674M, dimana dikatakan sudah terdapat

16
Abdul Rahman Hj Abdullah, (1989), Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Selangor : Penerbitan
Pena Sdn. Bhd., hlm 89.
17
Ibid.
5
penempatan orang-orang Arab-Islam di pantai barat Sumatera. 18 Bukti ini jelas menunjukkan

mengenai kehadiran orang Islam, namun kehadiran ini tidak bermakna mereka menyebarkan

ajaran Islam dalam kalangan penduduk tempatan. Walaupun terdapat perkampungan Ta-Shih

iaitu orang Arab di pulau Jawa, mereka hanya dianggap sebagai pedagang sahaja.

Kebanyakan penulis Barat berpendapat bahawa Brunei mula menerima Islam dalam

abad yang ke-16 Masihi iaitu selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511

Masihi. Lebih awal daripada itu iaitu pada abad ke-7 masihi, menurut sumber China dan Arab

ramai pedagang Arab dan Farsi pergi ke Canton dan dalam abad yang ke-9 Masihi mereka

memainkan peranan yang penting dalam hal ehwal perdagangan di Negeri China. Menurut

S.Q. Fatimi, pedagang Islam tersebut adalah merupakan penghubung di antara Negeri China

dan kepulauan Asia Tenggara yang kemudiannya bertanggungjawab pula dalam

mengembangkan Islam di kawasan sebelah sini.19 Ini disokong oleh bukti arkeologi, jumpaa

wang syiling yang mengandungi tulisan jawi, di muka belakang wang itu berbunyi „Sultan al-

Adil al-Malik al-Zahir‟.20

Satu lagi bukti iaialh jumpaan batu nesan di perkuburan Rangas bertulisan Cina yang

menunjukkan si mati adalah serang berketurunan Cina yang beragama Islam yang bernama

‘P’u kung Chih-mu’ yang meninggal pada tahun 1264 Masihi (Zaman Dinasti Sung

Selatan).21 Menurut W.Franke dan Ch‟en Tieh Fan, Tuan P’u sudah tentu seorang yang

penting kedudukannya di Negeri China.22 Batu nisan yang sengaja didatangkan dari Negeri

China itu menguatkan keterangan ini.

Peristiwa yang berlaku di negara China sekitar abad ke-9 Masihi adalah amat penting

kepada migrasi pedagang-pedagang ini ke kepulauan Asia Tenggara. Tragedi pertama ialah

18
Ibid.., hlm 90.
19
Muhammad bin Abdul Rahman, Islam di Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan : Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 52.
20
Ibid., hlm 53.
21
Ibid.
22
Ibid.
6
pada tahun 878M apabila tercetusnya pemberontakan oleh Hwang Chao di Canton yang

menyebabkan terbunuhnya seramai 100, 000 orang asing, dan kebanyakannya adalah orang

Arab dan Islam.23 Akibat peristiwa ini ramai pedagang-pedagang Islam yang melarikan diri

ke Kedah dan Pelembang. Migrasi ini jelas sekali menunjukkan bahawa Islam itu datang

daripada China walaupun penyebarnya bukan berasal dari negara tersebut. Hujah ini

diperkuatkan dengan penemuan batu nisan yang bertarikh 419 Hijrah/1028 Masihi di Pekan,

Pahang dan juga Batu Bersurat yang bertarikh 702 Hijrah/1303 Masihi di Kuala Brang,

Terengganu.24

Adapun mengenai tahap ketiga, ia berlaku selepas jatuhnya Baghdad pada tahun

1258M, akibat serangan Mongol. Dengan kejatuhan ini bukanlah menjadikan dakwah Islam

di Asia Tenggara terbantut, bahkan sebaliknya ianya berlaku secara besar-besaran.

Selain daripada teori daripada negara China, terdapat teori yang menyatakan bahawa

Islam yang dianuti oleh orang Melayu dibawa oleh pendakwah yang berasal dari Benua Kecil

India. Teori ini kemudiannya disokong oleh kajian yang dibuat oleh J.P Moquette pada tahun

1912 terhadap gaya batu nesan yang bertarikh 1428 Masihi (831Hijrah) yang ditemui di

Pasai. Beliau mendapati bahawa batu nesan ini memmpunai persamaan dengan batu nesan

yang ditemui di makam Maulana Malik Ibrahim di Grisik.25 Berdasarkan penemuan ini,

Moquette membuat kesimpulan bahawa Islam yang disebarkan ke rantau ini berasal dari

India kerana batu nesan yang ditemui di kedua-dua tempat ini adalah sama dengan batu nesan

yang ditemui di Cambay dan Gujerat.26

Bukti-bukti yang diberikan ini masih lagi bercanggah antara satu sama lain, sama ada

Islam datang secara langsung dari Arab, mahupun secara tidak langsung dari India atau

23
Abdul Rahman Hj Abdullah, (1989), Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, hlm 91.
24
Ibid.
25
Mohammad Redzuan Othman, (1995), Islam dan Masyarakat Melayu : Peranan dan Pengaruh Timur Tengah,
Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, hlm 4.
26
Ibid.
7
China. Akan tetapi, penyebaran ajaran Islam yang berlaku di Brunei adalah kesan daripada

kepesatan perdagangan yang wujud antara India dengan China.

4.0 Perkembangan Islam

Seperti yang telah disentuh sebelumnya, agama Islam sudah bertapak di Brunei sejak abad

ke-10 dan ke-11 Masihi lagi. Pada tahun 977 Masihi, misalnya, terdapat perutusan Brunei ke

China yang terdiri daripada Abu Ali (Pu Ali), Syaikh Nuh (Shih Nu) dan Qadi Kassim.27

Terdahulu daripada itu, pada yang sama seorang pedagang dari China yang bernama Pu Lu-

Hsieh telah datang ke Brunei.28 Besar kemungkinan yang beliau beragama Islam, oleh kerana

nama Pu itu kebanyakannya digunakan oleh orang Islam.29 Demikian juga telah ditemui batu

nisan puteri Makhdarah binti Ali yang bertarikh 440 Hijah/ 1048 Masihi.30 Walaupun bukti-

bukti ini menunjukkan yang Islam sudah bertapak sejak awal lagi, tetapi ia tidaklah memberi

petunjuk tentang wujudnya kerajaan Muslim di Brunei.

Tentang permulaan kerajaan Islam di Brunei, tidak terdapat tarikh yang jelas. Apa

yang jelas hanyalah tentang pengasasnya iaitu Awang Alak Betatar anak Sang Aji. Namun ini

boleh memberi gambaran mengenai raja yang mengasaskan kerajaan Brunei. Asal usulnya

juga agak kabur, tetapi kemungkinan juga daripada keturunan raja-raja sebelumnya, ataupun

daripada Raja Garayong (Pagar Ruyong) ataupun Raja Kayan di Ulu Baram. 31 Kononnya

seorang Iban yang bernama Awang Semaun telah membawa seoang puteri Sultan Johor ke

Brunei. Puteri inilah yang kemudiannya dibawa pulang ke Johor dan berkahwin dengn

Awang Alak Betatar. Dengan mengahwini puteri Johor yang beragama Islam kira-kira pada

27
Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlm 290.
28
Ibid.
29
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1990), Tarsilah Brunei I: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam, Brunei :
Jabatan Pusat Sejarah, hlm 86-87.
30
Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam, hlm 290.
31
Ibid.
8
tahun 1368 Masihi dan menukar namanya kepada Sultan Muhammad Syah yang

menjadikannya sultan beragama Islam pertama.32

Menurut pendapat lain, Sultan Johor yang dikatakan berangkat ke Brunei untuk

menjaga hati puterinya dan kerana kemasyuran Brunei, terus menabalkan Awang Alak

Betatar sebagai sultan Brunei.33 Dalam catatan China, nama Sultan Muhammad Syah muncul

dengan nama ‘Ma-ha-mo-sha’ berdasarkan laporan utusan China ke Jawa pada tahun 1370

Masihi serta utusan Brunei ke China pada tahun 1371Masihi.34 Pengasas Kesultanan Brunei

tidak banyak dipersoalkan tentang namanya, kecuali pada tarikh dan asal usulnya.

Hasil perkahwinan Sultan Muhammad Syah, beliau mendapat seorang putera dan

puteri. Putera inilah yang dikatakan telah dilantik sebagai Sultan Brunei dengan gelaran

Sultan Abdul Majid Hasan, yang dalam catatan China disebut sebagai „Ma-na-je-ka-na atau

(Panajechiana)‟.35 Pada tahun 1405 Masihi, beliau mengirim utusan ke China untuk

mendapat pengiktirafan, yang mana telah dipenuhi oleh Raja China dengan mengirim Mohor

Diraja kepadanya.36 Pengiriman ini bertujuan untuk mendapat pengiktirafan daripada

Maharaja China mengenai status dan kedaulatan Brunei.

Namun begitu, pengasas yang paling jelas adalah Syarif Ali, seorang mubaligh dari

Taif yang datang bersama-sama dengan sahabatnya Sayid Alwi Ba-Faqih dan Sayid Hassan

al-Haddad.37 Walaupun tarikh kedatangannya ke Brunei tidak dapat dipastikan, tetapi sebagai

tokoh mubaligh yang disegani, beliau telah berkahwin dengan puteri Sultan Ahmad. Oleh

kerana, sultan Ahmad tidak mempunyai putera, maka dengan kematiannya lalu Syarif Ali

terus dilantik sebagai pengganti mentuanya, dengan nama Sultan Syarif Ali atau lebih
32
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1990), Tarsilah Brunei Sejarah I: Awal dan Perkembangan Islam, Brunei :
Jabatan Pusat Sejarah, hlm 35-43.
33
Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlm 290.
34
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1990), Tarsilah Brunei Sejarah Awal I: dan Perkembangan Islam, hlm 19-20.
35
Ibid,. hlm 52-53.
36
Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam, hlm 290-291.
37
Ibid., hlm 291.
9
terkenal dengan gelaran sultan Berkat.38 Sultan Berkat merupakan seorang sultan yang

mementingkan penyebaran Islam, malahan dianggap sebagai tanggungjawab sultan sebagai

ketua negara untuk menyebarkan Islam kepada penduduk tempatan. Selepas itu beliau

digantikan oleh anaknya, Sultan sulaiman (1432-1485 Masihi) dan diikuti oleh Sultan

Bolkiah (1485-1524 Masihi).

Hubungan antara Brunei dengan Sepanyol menjadi semakin jelas pada zaman

pemerintahan Sultan Saiful Rijal. Penyebaran agama Islam pada zaman sultan ini telah

berhadapan dengan ancaman Sepanyol yang juga ingin menyebarkan ajaran Kristian Katolik.

Pada zaman Sultan Saiful Rijal (1533-1581 Masihi) Brunei telah menjadi sebagai pusat

dakwah Islam, gerakan penyebaran Islam telah diperhebatkan hingga ke Filipina, yang sejak

tahun 1565 Masihi telah dijajah oleh Sepanyol. Malah pada tahun 1574 Masihi Brunei telah

menyerang kubu Sepanyol di Manila, serta menghasut bangsa Moro agar bangun menentang

pendudukan Sepanyol itu. Dasar agama dan politik Brunei seperti ini menyebabkan Gabenor

Sepanyol di Filipina, Francesco de Sande bertindak balas hingga tercetusnya Perang Kastilla

pada tahun 1578. Walaupun serangan ini membawa kejayaan kepada Sepanyol yang

mendorongmya memyerang lagi pada tahun 1580, namun Brunei berjaya mempertahankan

kedaulatannya di bawah pimpinan Pengiran Bendahara Sakam, adik Sultan Saiful Rizal.39

38
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1990), Tarsilah Brunei I: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam, Brunei :
Jabatan Pusat Sejarah, hlm 93-117.
39
Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam, hlm 292.
10
5.0 Peranan Sultan

Kesungguhan sultan Brunei dalam menggalakkan penyebaran ajaran Islam merupakan satu

perkara yang tidak dapat dinafikan. Malahan, peranan ini yang menyebabkan ajaran Islam

tersebar luas dalam kalangan penduduk tempatan dalam jajahan Brunei. Kemajuan

perkembangan pengajaran Islam yang bermula sejak kedatangan Sultan Sharif Ali ke Brunei

semakin bertambah pesat bukan sahaja meliputi seluruh rantau dan pesisir Brunei, malah

telah meluas dan tersebar ke pulau-pulau yang diutara Pulau Brunei sehingga Brunei ketika

itu telah menjadi pusat perkembangan Islam.40 Sultan Berkat telah memperkukuhkan

pengamalan ajaran Islam, disamping membina masjid yang pertama dan memulakan

pembinaan jambatan yang menyeberangi muara Sungai Brunei. 41

Sebagai seorang ulama yang menjadi sultan, warisan sultan Berkat (1425-1435

Masihi) yang terpenting adalah menegakkan ajaran dan syiar Islam seumpama pembangunan

masjid dan penentuan arah kiblat serta memperhebatkan usaha penyebaran Islam ke wilayah-

wilayah lain secara meluas.42 Usaha pengukuhan ajara Islam oleh sultan merupakan suatu

usaha yang baaka boleh dianggap sebagai cita-cita peribadi sultan untuk melihat agama Islam

berkembang pesat di Brunei dan kawasan sekitarnya. Kesungguhan ini yang menjadi kunci

utama kepada kejayaan Brunei sebagai pusat perkembangan Islam yang berjaya.

Usaha yang dimulakan oleh Sultan Berkat telah diteruskan oleh Sultan Sulaiman.

Penyebaran dan pengajaran ajaran Islam merupakan suatu tanggungjawab sultan melalui

beberapa usaha baginda.

“...Paduka seri Sultan Berkat ialah mendirikan Negeri Islam


berbuat masjid. Maka putera baginda laki-laki menjadi raja
yang keempat bergelar Paduka Seri Sultan Sulaiman ialah
kerajaan di Negeri Brunei bertambah-tambah kuatnya

40
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1997), Tarsilah Brunei II : Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran, Bandar
seri Begawan : Pusat Sejarah Brunei , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hlm 35-36.
41
Graham Saunders, (1994), A History of Brunei, Kuala Lumpur : Oxford University Press, hlm 40.
42
Abdul Rahman Abdullah, (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara : Sebelum dan Sesudah Pengaruh
Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Ditributors Sdn Bhd, hlm292.
11
mendirikan syari‟at Nabi Muhammad Sallallahu „Alaihi wa
Sallam, masyhurlah ugama Islam di Negeri Brunei.”43

Suatu perkara yang menarik mengenai peranan sultan adalah konsep perluasan kuasa

dan wilayah Brunei. Perluasan wilayah ini merupakan suatu usaha sultan untuk menyebar

luas ajaran Islam khususnya dalam kalangan masyarakat pagan dikepulauan Filipina.

Hubungan antara sultan dengan wilayah taklukannya merupakan kunci utama dalam

penyebaran agama Islam ke kawasan tersebut.

Menurut sejarah Tawi-Tawi, Sultan Bolkiah disebut Tuan Nakhoda (Nakhoda

Ragam), adalah seorang Raja (Kapten, Laksamana) yang terkenal di laut yang memerintah

Borneo, Tawi-tawi dan Manila.44 Menerusi penempatan yang disebutkan bukan sahaja telah

dapat mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan politik baginda tetapi juga telah dapat

menyebarkan agama Islam dalam kalangan penduduk tempatan.

Hubungan antara Brunei dengan kawasan Pulau Luzon dijelaskan Antonio de Morga,

seorang pegawai sepanyol yang diam di Filipina antara T.M 1595-1603 menyatakan perkara

ini antara lain.

“Beberapa orang penduduk tempatan Pulau Borneo mulai


datang bersama dagangan mereka ke Pulau Luzon beberapa
tahun sebelum orang sepanyol menaklukinya [Manila]
teruatam sekali ke Bandar Manila dan Tondo dan penduduk
kedua-dua pulau itu [Borneo dan Luzon] saling berkahwin
campur.. Penduduk –penduduk Pulau Borneo ini adalah
„Mussulmans‟ [Muslim] dan mereka memperkenalkan mazhab
mereka dikalangan anak-anak negeri ini dengan mengajarkan
mereka ibadat sembahyang dan upacara-upacara dan corak
hidup yang harus mereka patuhi.”45

Hal ini menunjukkan bahawa perluasan kuasa Brunei adalah bertujuan untuk

mengislamkan penduduk tempatan. Namun begitu, terdapat satu bukti yang menunjukkan

43
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1997), Tarsilah Brunei II : Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran, Bandar
seri Begawan : Pusat Sejarah Brunei , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hlm 2.
44
Ibid., hlm 23.
45
Ibid., hlm 24.
12
Brunei menjadi pusat perkembangan Islam boleh didapati daripada surat Francisco de Sande

yang bertarikh 13 april 1578 yang meminta supaya Sultan Saiful Rijal memberhentikan usaha

mengembangkan ugama Islam di kepulauan Filipina. Antara lain surat itu menyebut :

“...patik menghendaki supaya Duli Tuanku jangan menghantar


mubaligh-mubaligh ajaran Mahoma [Islam] ke mana-mana
bahagian kepulauan ini atau kepada orang „Tingues‟ (orang
bukit) yang masih jahiliah itu, dan tidak juga ke kawasan pulau
Duli Tuanku sendiri.”46

Penyebaran Islam dalam kalangan penduduk tempatan oleh sultan telah mendapat

tentangan daripada Sepanyol yang juga mempunyai niat untuk menyebarkan ajaran Kristian

Katolik dalam kalangan penduduk tempatan. Pertentangan ini merupakan konflik yang wujud

disebabkan masing-masing mempunyai niat untuk menyebarkan ajaran Islam dan Kristian

dalam kalangan penduduk tempata. Namun begitu, Brunei tidak berdiam diri berhubung

dengan tanggungjawabnya sebagai pusat penyebaran Islam. Brunei mencuba menyekat dan

menghapuskan penguasaan Sepanyol dengan dua strategi ; pertama, politik iaitu cuba

mewujudkan pemberontakan di Luzon, Sibu, dan daerah-daerah yang lain, kedua iaitu agama

(Islam), Brunei menghantar para pendakwah ke daerah-daerah yang dikuasai oleh Sepanyol

untuk meniupkan roh Islamiah dan membangkitkan semangat jihad.47

Hal ini menyebabkan penguasa Sepanyol di Manila, mengirim sepucuk surat kepada

Sultan Saiful Rijal yang disamping menuduh Brunei menghasut orang Islam di Filipina agar

memberontak terhadap kuasa Brunei, juga meminta agar diizinkan untuk mengembangkan

agama Kristian di Brunei.48 Permintaan daripada penguasa Sepanyol ini telah mencabar

Brunei sebagai pusat penyebaran ajaran Islam. Hal ini menyebabkan, Sultan Saiful Rijal

46
Ibid., hlm 36.
47
Wan Hussein Azmi Abd.Kadir, Kesultanan Brunei Darussalam Abad ke-15 dan ke-16 : Perjuangan
Menentang Penjajahan sepanyol di Alam Melayu dalam Ismail Hussein, A.Aziz Deraman dan Abd. Rahman al-
Ahmadi (peny.), (1995), Tamadun Melayu : Jilid Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm
1111.
48
Saifullah Mohd Sawi dan Samsu Adabi Mamat, (2009), Sejarah dan Tamadun Islam di Asia Tenggara, Shah
Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd, hlm 66.
13
menjadil marah dan menolak keras isi surat tersebut dan akibatnya pada bulan April 1578,

Sepanyol mengirim armada laut ke Brunei untuk menyerang dan menguasai brunei, tetapi

serangan ini dapat dipatahkan oleh Sultan Saiful Rijal sehingga armada tersebut berpatah

balik ke Manila.49

Menyedari bahawa kedudukan Brunei sebagai pusat penyebaran agama Islam

semakin tergugat dengan ancaman Sepanyo. Sultan Saiful Rijal telah bertindak pantas untuk

memusnahkan kekuatan Sepanyol di kepulauan Filipina. Sultan Brunei telah melengkapkan

sebuah angkatan laut yang terdiri daripada 100 buah kapal dan 100 buah perahu untuk

menyerang Sepanyol di Manila, tetapi baginda menitahkan supaya angkatan laut itu kembali

semula ke Brunei kerana bimbang negerinya tidak mempunyai bilangan tentera yang

mencukupi.50 Tindakan ini diambil kerana Sultan berpandangan bahawa jika serangan ini

dilakukan, maka negeri Brunei terdedah dengan serangan balas Sepanyol. Walaupun tindakan

sultan tidak meneruskan serangan keatas kepulauan Filipina dianggap sebagai tidak berani,

namun tindakan ini sebenarnya menutup ruang Sepanyol untuk menyerang Brunei. Hal ini

kerana, jika kekuatan Brunei dikerah untuk berperang dengan Sepanyol di Manila. Brunei

akan kekurangan kekuatan tentera untuk mempertahankan diri jika serangan balas Sepanyol

berlaku.

Kedudukan Brunei sebagai pusat penyebaran ajaran Islam terus berlangsung pada

zaman pemerintahan Sultan Muhammad Hasan. Peranan sultan dikaitkan dengan hubungan

antara Brunei dengan wilayah jajahannya.

“...di Pulau Mindanao yang takluk kepada tuanku, dan sejak


beberapa tahun yang telah lalu membayar ufti kepada
tuanku...kira-kira tiga tahun yang lepas secara terbuka telah
disebarkan Undang-Undang Mahoma [Ugama Islam] yang
diajarkan oleh mubaligh-mubaligh [Islam] dari Brunei dan

49
Ibid.
50
Wan Hussein Azmi Abd.Kadir, Kesultanan Brunei Darussalam Abad ke-15 dan ke-16 : Perjuangan
Menentang Penjajahan sepanyol di Alam Melayu dalam Ismail Hussein, A.Aziz Deraman dan Abd. Rahman al-
Ahmadi (peny.), (1995), Tamadun Melayu : Jilid Ketiga, hlm 1110.
14
Ternate yang datang ke sana yang sebahagiannya dipercayai
berasal dari Makkah. Masjid telah didirikan oleh mereka,
kanak-kanak lelaki disunatkan (dikhatan) dan di sana terdapat
sebuah sekolah tempat mereka mengajar Al-Quran...”51

Penghantaran mubaligh-mubaligh oleh sultan merupakan suatu usaha untuk mengukuhkan

pemahaman ajaran Islam dalam kalangan penduduk tempatan, disamping juga sebagai senjata

untuk melawan kekuatan mubaligh-mubaligh Kristian Katolik yang dihantar oleh Sepanyol.

6.0 Kesimpulan

Perkembangan Islam di Brunei merupakan satu usaha yang berterusan oleh para pedagang-

pedagang dari Arab, India dan China. Perkembangan ini juga disokong oleh sultan-sultan

Brunei yang sentiasa menggalakkan penyebaran Islam di Brunei malahan dikawasan sekitar

Brunei seperti di Sambas, Sulu dan Mindanao. Galakan dan semangat untuk berjuang

mempertahankan Brunei daripada ancaman Sepanyol yang bercita-cita untuk menyebarkan

agama Kristian.

“Tujuan utama kita adalah sentiasa untuk menukarkan agama


penduduk-penduduk pulau-pulau Hindia dan Terra Firma52
kepada agama suci kita [Kristian] dan menghantar mereka
biskop-biskop, mubaligh dan orang terpelajar yang lain untuk
mengajar, mendidik dan melatih mereka supaya bertata-
tertib.”53

Cabaran dan ancaman daripada Sepanyol tidak mematahkan semangat penyebar-penyebar

ajaran Islam. Malahan cabaran ini yang menjadikan mereka begitu bersemangat untuk

berjuang dan juga menyokong perjuangan penduduk tempatan di Sulu dan Mindanao untuk

menentang ancaman Sepanyol pada abad ke-16 dan 17 Masihi.

51
Awang Mohd. Jamil al-Sufri, (1997), Tarsilah Brunei II : Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran, Bandar
seri Begawan : Pusat Sejarah Brunei , Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hlm 104.
52
Terra Firma adalah nama gelaran Asia Selatan yang diberikan oleh Ptolemy.Rujuk Maruwiah Ahmat, (2006),
Penjajahan Portugis dan Sepanyol ke atas Asia Tenggara : Suatu Pengamatan Semula, Shah Alam : Karisma
Publications, hlm 126.
53
Gregorio F. Zaide, (1972), Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Volume 1, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm 232.
15