Anda di halaman 1dari 5

BAB 1

PENGENALAN PROJEK

1.1 PENGENALAN
Projek semester akhir yang laksanakan ini adalah sebahagian daripada syarat yang
dikenakan kepada pelajar tahun akhir bagi setiap kursus Diploma Politeknik di
seluruh Malaysia. Setiap kumpulan perlu menghasilkan suatu produk yang baru
yang berkaitan dengan jurusan yang diambil, pengajian teori dan praktikal
digabungkan bagi menghasilkan suatu rekacipta yang kreatif dan dapat beroperasi
dengan baik.
Sepanjang perlaksanaan projek, kepakaran di dalam bidang teknikal dapat
dipraktikkan dan digunakan sepenuhnya. Tujuan utama projek ini diwajibkan
adalah untuk menerapkan bidang kejuruteraan di dalam projek ini. Ianya dapat
melatih pelajar dalam pelbagai aspek contohnya seperti pengurusan masa dan
perancangan projek yang akan dilakukan. Langkah-langkah dan pengalaman
melakukan sesuatu projek kejuruteraan serta penyenggaraan baik pulih peralatan
kejuruteraan yang berkaitan dapat membentuk sahsiah seperti nilai kesabaran,
ketekunan dan sikap kerjasama dapat dipupuk.
Projek yang diberi nama Smart Sensor PLC Trainer ini dihasilkan disebabkan oleh
beberapa faktor yang menyumbang kepada permasalahan pada sesi pembelajaran
antaranya ialah kekurangan latihan amali yang lebih mendalam pada subjek EJ501
Programmable Logic Circuit (PLC). Subjek ini adalah subjek teras bagi pelajar
jurusan DET dan subjek eletif bagi jurusan DEP dan juga DTK. Di sebabkan oleh
itu , tercetus satu idea untuk menghasilkan satu projek dimana ianya dapat

memberikan manfaat kepada pelajar dan juga dapat memberikan pendedahan yang
lebih mendalam bagi mempelajari tajuk sensor .
Selain itu, jika sesebuah trainer hanya dimuatkan dengan satu jenis sensor sahaja
ianya secara tidak langsung memberikan sedikit sahaja kemahiran kepada pelajar .
Di sebabkan oleh itu juga , penghasilan Smart Sensor PLC Trainer dimana ianya
dimuatkan kesemua jenis sensor seperti photo optic , proximity , inductive
sensor , capacitive sensor dan juga ultrasonic sensor di dalam satu trainer .
Dengan adanya trainer yang ada kesemua sensor ianya memudahkan proses
pembelajaran dilakukan.
Walaubagaimanapun, pelajar harus mempelajari tajuk ini secara teori terlebih
dahulu dimana kegunaan setiap pengeria yang digunakan dan apakah contoh
applikasi yang digunakan untuk sensor tersebut. Setiap sensor mempunyai
kegunaannya tersendiri sebagai contoh, ultrasonic sensor.
Ianya berfungsi dengan cara mengira jarak sesuatu metal ataupun ianya digunakan
untuk mengira sesuatu metal yang bergerak melepasinya. Penghasilan projek ini
menitik beratkan aspek keselamatan kerana kecederaan dan kemalangan boleh
berlaku tanpa jangkaan waktu . Projek ini direka khas dengan kebesaran yang tidak
terlalu besar supaya ianya mudah untuk dibawa ke bilik kuliah bagi pengajar .
Oleh itu , penghasilan projek ini harus jayakan bagi menginovasikan pengajaran
dan pembelajaran di masa akan datang. Dengan adanya Smart Sensor PLC
Trainer ini ianya dapat memudahkan kegunaan untuk sama sama mempelajari
sesuatu ilmu pengetahuan.

1.2 PENYATA MASALAH


Dalam menghasilkan sesuatu projek, terdapat penyata masalah yang mendorong
untuk projek trainer ini dihasilkan bertujuan untuk menginovasikan proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara penyata masalah yang dapat dihuraikan disini
ialah:

a) Trainer yang sedia ada tidak menggunakan sensor akan tetapi ia


menggunakan toggle switch yang beroperasi sebagai penganti penderia.
b) Kesukaran pelajar untuk memahami lebih mendalam tentang sensor bagi bab
yang ke 2 iaitu Logical Sensor bagi kursus EJ501 (Programmable Logic
Contoller and Automation).
c) Saiz dan reka bentuk trainer yang besar dan berat menyukarkan untuk
pensyarah membawa ke bilik kuliah.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif kajian dalam penghasilan projek ini antaranya ialah :
a) Menghasilkan projek Logical Sensor PLC Trainer yang mempunyai
kesemua jenis sensor di dalam satu trainer.
b) Untuk memudahkan pembelajaran kepada pelajar mengenai tajuk sensor
serta operasinya .
c) Untuk menghasilkan sebuah trainer dan alat bantu mengajar yang mudah
dibawa ke bilik kuliah .
1.4 SKOP KAJIAN
a) Menggunakan perisian Ardunio untuk mengawal Ultrasonic sensor ..
b) Menggunakan perisian proteus untuk simulasi litar yang diperlukan seperti
litar bekalan kuasa dan sensor photo optic.
c) Menggunakan perisian CX-programmer untuk mengawal PLC .

d) Logical Sensor PLC Trainer ini menggunakan 6 jenis iaitu ultrasonic,


photo optic, toggle switch, proximity capacitive dan proximity inductive.

1.5 KAJIAN KES


Terdapat beberapa kajian kes yang diperoleh antaranya:

a) Melalui pengawasan penyelia yang berwibawa serta dibantu oleh pensyarah


mekanikal, elektrik/elektronik dan pengaturcaraan.
b) Melalui kertas amali yang telah disiapkan.
c) Kerja kajian telah dijalankan dengan melayari internet.