Anda di halaman 1dari 9

Kerja Kemasan Tingkat 1

`
Bil

Kawasan
Tingkat Bawah
(Sqm)

Jenis

Lantai
1

Living Area
31.9

Marmar

Spesifikasi

Saiz = 1x2
Warna = Coklat
Harga Rm 9.90
Sesuai Digunakan Kerana Kelihatan Hebat , Tetapi
Juga Kelihatan Berseri Dan Berkilat Selama-Lamanya
Tanpa Pernah Pudar Dan Kusam

Dinding
Cat

Nippon Paint 9000 Gloss Finish 1l (Premium 1 Colour)


Kegunaan: Cat Kayu Dan Besi
Warna Pilihan:
Harga Pasaran: Rm29.50
Warna Lebih Tahan Lama Dengan Colour Protect
Anti Lumut Dan Kulat
Segar Untuk Kesihatan Dan Tidak Berbau (Dengan
Kadar Voc Kurang Dari 0,63 Gr/Ltr Atau Mendekati
Zero Voc)

Pintu
Pintu Lipat Dengan Cermin Gelap

Saiz = 2400mm X 750mm


Warna = Coklat
Harga Rm 1000 Seunit
Mempunyai Pelbagai Jenis Bahan Dan Mempunyai
Pelbagai Ukuran Yang Menarik.

Pintu Dengan Cahaya


Berwarna Kaca

Saiz = 2400mm X 1800mm


Warna = Coklat
Harga Rm 120

LANGKAH-LANGKAH KERJA
1. KERJA MENGECAT
MENGECAT seperti seni lukisan memerlukan teknik dan langkah yang betul bagi mendapatkan impak
berkesan. Jika karya lukisan dikagumi kerana memaparkan estetika, dinding kediaman sesuai gaya penataan
berupaya mengungkap karektor ruang sekali gus menyediakan suasana menarik untuk dihayati. Bagi mendapatkan
hasil sempurna, empat langkah mengecat disediakan ICI Dulux Colour Solutions berupaya membantu khasnya
mengenai bagaimana dan di mana kerja-kerja mengecat perlu dimulakan. Empat langkah yang perlu di ambil kira
jika mahukan hasil cat yang baik iaitu:
Bersihkan permukaan yang mahu dicat
Sebelum kerja mengecat dimulakan, pastikan permukaan mana-mana ruang sama ada di dalam dan luar
kediaman dibersihkan terlebih dulu. Untuk kawasan luar rumah, biasanya akan ada masalah ruang atau dinding
berkapur, berlumut atau ada sisa cat yang tertinggal atau cat merekah. Justeru, gunakan saja penyembur air
berkuasa tinggi untuk membuang sisa atau kapur yang terlekat. Boleh juga gunakan sudip untuk membuang sisa
cat atau lumut yang terlekat. Bagi ruang dalaman rumah, penggunaan penyembur air berkuasa tinggi atau air yang
banyak sudah tentu tidak sesuai kerana ia boleh membasahkan ruang berkenaan. Justeru, gunakan kain pengelap
dan basahkan dengan sedikit air untuk membuang habuk atau kapur yang melekat di dinding.
Pilih peralatan yang berkualiti
Selepas permukaan dinding dibersihkan, maka kerja mengecat sudah boleh dilaksanakan. Namun,
pemilihan peralatan mengecat perlulah berkualiti jika anda mahukan hasil yang baik. Untuk kerja mengecat, berus
atau penggelek cat perlu berkualiti. Pastikan bulu berus cat tidak mudah tercabut kerana ia akan mengganggu kerja
mengecat dan menghasilkan cat yang tidak rata. Berus dan penggelek cat yang baik biasanya boleh dibasuh dan

digunakan semula. Basuh menggunakan air biasa atau minyak mengikut jenis cat yang digunakan. Berus dan
penggelek cat yang baik biasanya menggunakan bahan yang lembut bukannya keras.
Pilih cat yang sesuai
Gunakan cat untuk luar rumah hanya untuk kawasan berkenaan saja. Cat luar kediaman biasanya boleh
juga digunakan untuk ruang dalaman kediaman. Namun, cat untuk dalaman rumah tidak boleh digunakan di luar
kediaman. Baca label pada tin sebelum memilih cat. Cat ada beberapa jenis mengikut kandungan dan kesesuaian
serta material yang digunakan. Jangan gunakan cat untuk besi bagi permukaan berasaskan kayu begitu juga
sebaliknya.
Waktu mengecat
Kerja mengecat sebenarnya tidak boleh dilakukan sesuka hati saja. Untuk mendapatkan hasil yang baik
beberapa perkara perlu di ambil kira terutama jika kerja mengecat membabitkan kawasan di luar kediaman. Waktu
yang paling sesuai untuk mengecat luar kediaman adalah pada waktu pagi dan petang iaitu ketika matahari tidak
terik. Ini kerana sesetengah cat cepat kering dan tidak digalakkan mengecat pada waktu panas terik kerana ia
memberi tindakan kimia kepada cat yang digunakan. Apabila cat cepat kering akan menyebabkan cat merekah.
Elakkan mengecat pada waktu hujan kerana ia menyebabkan cat hilang.
Langkah kerja mengecat
Siling - Amalkan mengecat bahagian siling dulu bagi mengelakkan cat menitis terus ke atas permukaan lantai dan
dinding.
Dinding - Cat sempadan dulu selanjutnya menghala ke bawah. Sentiasa mulakan dengan mengecat tingkap terletak
di hujung bilik dan jauh dari sumber cahaya bagi memudahkan anda melihat bahagian kawasan yang sudah selesai
dicat.
Tingkap dan pintu - Sebelum mula, lindungi bahagian yang tidak perlu dicat seperti engsel, tombol, selak dan
sebagainya. Bagi tingkap, cat bahagian rangka dalamnya dulu baru diikuti bingkai serta rangka yang lain.
Sementara, untuk pintu, cat mana-mana acuan dulu sebelum panel, segmen melintang dan menegak manakala
tubir pintu dicat akhir sekali.

Lantai - Ia dicat selepas dinding dan bahagian lain kering sepenuhnya. Bagaimanapun, pastikan lantai dibersih
terlebih dulu kerana partikel habuk dan butir pasir menjadikan cat dilihat menggerutu dan tidak rata.
2. KERJA MEMASANG TILE / JUBIN / MOZEK
PERALATAN
i.
Tiles Cutter - Alat yang digunakan untuk memotong tiles/mosaics
ii.
Penimbang Air / Spirit Levelling - gunanya untuk memastikan tiles yang dipasang adalah sama rata atau
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

sedikit kecerunan bagi bilik air.


Tukul Getah - untuk mengetuk bagi meratakan tiles yang akan dilekatkan dilantai atau dinding.
Tali / benang - yang direntang untuk memastikan tiles yang dipasang adalah lurus.
Playar Stanby untuk upih tepi membentuk lengkuk seperti bucu atau seumpamanya.
Sudip simen dan baldi - untuk bancuh simen.
Simen / Cement hitam (yang diguna untuk buat rumah tu)
Simen / Cement Tiles /s grout (yg dah diwarnakan/ pigmented cement) - untuk disapu pada garisan antara

ix.

tiles(ada pelbagai warna - berdasarkan warna tiles yang akan dipasang. (putih, hitam, merah @ hijau)
Paku Simen satu atau dua inci untuk penahan antara tiles agar ada ruang untuk sapu simen / cement tiles

x.

nanti
Tile / Jubin / Mozek / Keramik Pemilihan kena betul. Contoh ; jubin kesat untuk bilik mandi manakala jubin
licin dan berkilat untuk dinding. (kalau boleh beli yang mahal sikit dalam RM 1.50 ke atas sebab jubin murah
selalunya tak sama tepat sudut tepi dia)

CARA PEMASANGAN
1. pemasangan Jubin
Perkara

pertama sekali letak kat hujung tali yang bertemu tu, (sebelah kanan atau kiri) sebaris melintang dan

sebaris memanjang.
1.Ambil simen yang sudah siap dibancuh (cara-cara bancuh simen, masukkan air dahulu, kira-kira separuh baldi
simen tu, pastu baru masuk simen. Kacau sehingga likat, pekat macam tanah liat lepas kena hujan) , letakkan pada
lantai, tarik "perata simen bergerigi" untuk meratakan sambil menjadikan simen itu berombak.

2. Letakkan jubin atas simen berombak itu, Ketuk dengan bawah tukul (pemegang dia, kayu atau getah atau tukul
getah tu, jangan gunakan ckepala besi dia tu, pecah jubin-jubin tu nanti) untuk meratakan.
3. Ukur dengan penimbang air untuk tengok sama level / kecerunan dia. Kemudian boleh lekatkan jubin yang
seterusnya mengikut tali tadi.
4. Untuk perhatian, Cuci semua kotoran atas jubin dengan air , (kalau boleh pakai span) sebelum ia menjadi keras.
CARA KEKEMASAN JUBIN
Membersihkan segala kotoran dengan menggunakan kain basah ataupun span

2. Pemasangan plaster siling


Ini adalah kerja-kerja pemasangan plaster siling. Bermula dengan memasang kerangka siling
sehinggalah pemasangan papan siling, pendawaian elektrik, cornish, L-Box, lampu dan kipas angin. Ke
semuanya ini dilakukan di rumah Cikgu Noraini yang tinggal di Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor.
Pemasangan L-Box adalah diruang tamu manakala cornish pula di bilik tidur utama. Sila lihat dibawah ini
bagaimana proses-proses pemasangan plaster siling dilakukan.
a.
b.
c.
d.
e.

Pemasangan besi kerangka siling.


Besi kerangka siling dipasang dengan jarak 2 kaki.
Sebelum pemasangan papan siling, penyambungan pendawaian elektrik dilakukan.
Proses pemasangan papan siling.
Cornish telah dipasang didalam bilik tidur utama.

f.
g.
h.
i.
j.
k.

Membiarkan cornish mengering terlebih dahulu.


Membuat pendawaian elektrik bagi lampu dan kipas angin.
L-Box serta pendawaian elektrik telah dipasang diruang tamu.
Dome jenis berbunga yang bersaiz 18" dipasang di bilik tidur utama.
Kipas angin dan lampu down light juga telah dipasang.
Ruang tamu yang telah siap sepenuhnya. L-Box, Dome, Kipas angin dan lampu down light telah
dipasang.

3. Pemasangan parket
Parket laminate terbuat dari beberapa lapis bahan (kerana itu digunakan perkataan laminate) yang
direkatkan jadi satu. Umumnya ada 4 lapisan pembentuknya.
Lapisan Paling bawah adalah lapisan pelindungbiasanya melaminyang berfungsi melindungi kayu dari
kelembaban yang disebabkan lantai yang sedia ada (lantai di bawahnya). Lapisan di atasnya adalah bahan
utamabiasanya MDF (medium density fiberboard) atau HDF (high density fiberboard). Lapisan di atasnya
lagi adalah bahan dekoratif. Karena MDF dan HDF memiliki permukaan kosong (tidak bermotif), maka
dibutuhkan motif kayu buatan agar tampilan lantai terlihat seperti kayu alami. Lapisan bermotif kayu ini
biasanya terbuat dari resin. Terakhir, lapisan paling atas adalah film transparan yang kuat dan berfungsi
sebagai pelindung. Dengan adanya lapisan film ini, parket laminate lebih tahan calar dan tahan air
dibandingkan parket kayu padu.
Cara pemasangang Lantai Kayu Laminate :

1. Parket biasanya menggunakan lapisan lembaran foam terlebih dahulu, untuk menghindari permukaan
lantai yang tidak merata dan berbunyi.
2. Untuk kemudahan pemasangan, parket laminate direkabentuk dengan sistem terkunci antara lidah dan
ceruk. Pada satu keping, sisi sebelah kirinya adalah lidah dan sisi sebelah kanannya adalah ceruk; sisi
atasnya lidah dan sisi bawahnya ceruk. Cara memasangnya adalah memasukkan lidah keping yang satu
ke dalam ceruk keping yang lain.
Ini berbeza dengan pemasangan seramik yang setiap kepingnya harus direkatkan pada lantai yang ada di
bawahnya. Di sini pelekat juga diperlukan, tapi hanya untuk melekatkan antara kepingan (lem dioleskan
pada bagian lidah dan ceruk).
Dengan cara ini, pemasangan parket laminate menjadi lebih mudah, seperti memasang puzzle. Dan selain
itu, kerana tidak perlu dilekatkan ke lantai bawahnya, penutup lantai ini bisa diaplikasikan pada lantai
yang sudah ditutup seramik atau bahan lainnya.

4. PEMASANGAN TINGKAP DAN PINTU


Memasang Kerangka Pintu Dan Tingkap
- Memilih Kerangka / Jenang Dan Memasang
Pengikat/Tambatan Keluli
Menyedia Dan Memasang Kerangka Pintu Dan
Tingkap
Memasang Ambang (Lintol) Di Atas Kerangka Pintu
Dan Tingkap

Selain daripada itu penggunaan bahan kemasan yang digunakan juga menggunakan bahan yang mesra
alam seperti contoh penggunaan cat untuk dinding yang digunakan adalah tidak berbau, ini secara logiknya
menunjukkan bahawa penggunaan cat yang seperti ini adalah satu pilihan yang terbaik dan digalakkan bagi
mengelakkan pencemaran bau. Tambahan lagi bahan-bahan lain yang digunakan juga menggunakan konsep mesra
alam iaitu mementingkan aspek kesihatan selain penggunaan warna kemasan yang memberikan satu keadaan atau
persekitaran yang positif.

Anda mungkin juga menyukai