Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENAL
AN

Tamadun dapat diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban


sesuatu bangsa yang bertamadun. Lebih jelas lagi, tamadun dapat didefinisikan
sebagai bangsa yang beradab, bersopan-santun dan berkemajuan. Berdasarkan
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), tamadun boleh didefinisikan sebagai
keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan,
berfiki, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian
sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.

Menurut Mohd. Koharuddin (2005), tamadun ialah kata pinjaman


Arab/Islam yang berasal daripada perkataan ’madana’ , iaitu kata kerja yang
bermaksud ’membina atau membuka bandar atau membudipekertikan,
memurnikan, melahirkan sopan-santun’. Oleh itu, tamadun bermakna kemurnian,
keluhuran, dan perlakuan yang berbudi pekerti dalam budaya manusia.
Persamaan perkataan atau tamadun dalam bahasa Inggeris ialah ’civilization’
(bertamadun, beradab), refined (halus budi bahasa), dan cultured (berbudaya,
beradat).

Chandra Muzaffar (2002) pula menjelaskan perkataan ‘tamadun’ sering


digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat.
Dari perspekif semasa pula, perkataan ‘tamadun’ kebiasaannya merujuk kepada
pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan
penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini. Pentakrifan tamadun yang
lengkap harus menggabungkan kedua-dua perkara tersebut yang berkaitan
dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau
penempatan.

1
Azhar Hj. Mad Aros (2001) menjelaskan setiap tamadun yang muncul
mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian serta keunikan yang tersendiri.
Namun demikian ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan tidak
menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi antara tamadun.
Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan.

Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu


pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Setiap tamadun
mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan berlakunya
interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya
mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain.
Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang
menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi
tamadun.

Perbandingan tersebut dilakukan melalui aspek agama, budaya,


kerajaan/sistem pemerintahan, masyarakat dan juga ekonomi. Interaksi ini
kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-
tamadun yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat
memperkayakan tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan
tamadun itu menjadi jumud yakni kaku dan kolot.

2
2.0 TAMADUN
INDIA

India merupakan negeri yang mempunyai tinggalan tamadun


sejarah yang tertua sekali di dunia. Negara ini terletak di bahagian selatan
benua Asia. Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara
India boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi iaitu India Utara
dan India Selatan. Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal,
bahasa, budaya dan amalan keagamaan yang berbeza. Sejarah
menunjukkan perkembangan tamadun India dapat dibahagikan kepada
tiga zaman utama, iaitu bermula dengan zaman prasejarah,diikuti oleh
zaman protosejarah dan akhir sekali ialah zaman sejarah awal. (G.
Sivapalan, 2002)

Zaman prasejarah merangkumi zaman batu awal (Paleolitik),


zaman batu pertengahan (Mesolitik) dan zaman batu baru (Neolitik).
Tinggalan arkeologi zaman Neolitik terdapat hampir di seluruh kawasan
benua kecil India. Dalam konteks ini, zaman batu baru dianggap sebagai
pendahuluan kepada kemunculan tamadun Harappa (2000-15000 S.M) di
Lembah Sungai Indus. Hasil penemuan tersebut, ahli kaji purba
berpendapat Tamadun India telah muncul lebih kurang tahun 2500 S.M
dan ia berakhir sekitar tahun 1500 S.M. Penemuan tinggalan arkeologi di
kawasan Harappa dan di Mohenjo-daro menunjukkan masyarakat ini telah
mencapai tamadun yang tinggi .

Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal


ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu

3
budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus. Tahap ini
dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik dikatakan telah muncul
sekitar tahun 1500 S.M dan berakhir sekitar tahun 500 S.M. Zaman ini
merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut
kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setelah beberapa ketika
bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh sebelum Masihi
perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges. Pada zaman ini
terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.

Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil


dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan
Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada
tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku
semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah
disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika
pemerintahan Asoka.

Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu paling


tua dalam tamadun ini. Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan
tindakan atau denda dan ini bergantung pada keseriusan kesalahan
tersebut. Selain raja, golongan Brahmin menjadi golongan yang dominan
dalam bidang atau urusan undang-undang ini kerana golongan Brahmin
mahir tentang hukum-hukum terutama yang berkaitan dengan keagamaan.
Segala titah perintah maharaja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi
jalan supaya undang-undang itu dapat dibaca oleh rakyat. Tiang itu
dikenali sebagai Tiang Asoka kerana itu didirikan pada zaman
pemerintahan Raja Asoka.

4
Pada tahun 300 S.M - 600 T.M, lahirnya Dinasti Gupta. Zaman ini
digelar Zaman Keemasan kerana kebudayaan Hindu semakin kukuh.
Dinasti Gupta menjadi semakin penting selepas Chandra Gupta II
berkahwin dengan seorang puteri Lichchavi. Selepas jatuhnya empayar
ini, lahir pula Dinasti Sangam, diikuti oleh Dinasti Pallava dan akhir sekali
Dinasti Chola.

TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh


sekelompok manusia yang digolongkan sebagai orang-orang melayu.
Tamadun ini terletak dalam “Wilayah Kebudayaan Oseania”; iaitu satu
budaya yang terdiri dari pulau-pulau yang terbentang dari pulau Paska
(timur) ke Sumatera (barat), New Zealand (selatan) ke Pulau Farmosa
(utara). Asia Tenggara atau Nusantara asalnya adalah kawasan yang
menerima pengaruh Hindu dan Buddha tetapi dengan kedatangan Islam ia
telah berjaya merubah kawasan ini kepada pusat perkembangan Islam.

Tamadun Melayu boleh dilihat melalui dua dimensi utama iaitu


rumpun bahasa bangsa dan rumpun kawasan–wilayah. Jika dilihat
menerusi dimensi kawasan–wilayah, tamadun Melayu meliputi kawasan
semenanjung Tanah Melayu, Patani, Kampuchea, Myanmar, Sabah,
Sarawak, Sulawesi, dan beberapa kepulauan yang lain. Secara asasnya,
terdapat pelbagai kerajaan yang muncul sebelum kedatangan Islam ke
Nusantara ini. (Afifah, 2003).

Kemunculan pusat-pusat tamadun Melayu pada zaman ini


berasaskan kepada dua ciri utama iaitu maritim dan agraria. Maritim

5
kerana faktor geografinya dikelilingi oleh laut yang berperanan sebagai
jalan perdagangan dan pergerakan sosial. Sebagai contoh adalah
Empayar Funan dan Empayar Angkor. Bagi agraria pula, negara yang
bergantung kepada pertanian kerana negerinya mempunyai bentuk muka
bumi yang subur. (Mahyuddin, 1993).Antara contoh kerajaan adalah
kerajaan Srivijaya dan Funan. Sama ada kerajaan maritim mahupun
kerajaan agraria, masing-masing memberi kepentingan serta keperluan
kepada masyarakat pada ketika itu untuk hidup.

Firman Allah:

Dialah Allah yang memudahkan lautan (untukmu) agar kamu dapat


memakan daripadanya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan
dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan supaya kamu mencari
keuntungan dari kurnianya dan supaya kamu bersyukur”

(Surah an Nahl: ayat 14)

Inilah diantara sebab yang menarik penjajah Barat untuk datang ke


Nusantara bagi mendapatkan bekalan perdangangan seperti rempah-
ratus, bijirin, beras dan sebagainya untuk dibawa pulang ke Eropah.
Diantara kerajaan-kerajaan atau pusat-pusat tamadun Melayu yang wujud
sebelum kedatangan Islam ialah Funan, Srivijaya, Lembah Bujang dan

6
Majapahit. Kesemua kerajaan ini rata-ratanya menganut agama Hindu dan
Buddha. Kemuncak kepada perkembangan tamadun awal di Nusantara ini
adalah perkembangan empayar Srivijaya yang bermula pada abad ke-7
hingga ke-14 M.

Penyebaran Islam di dalam masyarakat Melayu berlaku secara


damai. Di dalam sejarah kemasukan Islam ke Alam Melayu, tiada terdapat
satu pun catatan yang menunjukkan kemasukan Islam berlaku secara
paksa ke atas masyarakat Tanah Melayu dan Asia Tenggara. Kejayaan
penyebaran Islam di Alam Melayu adalah bersandarkan kepada beberapa
faktor yang menjadi paksinya iaitu perdagangan, perkahwinan,
pendakwahan, dan keistimewaan ajaran Islam. (Mahyuddin, 1998).

Firman Allah :

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah


nyata kebenaran dari kesesatan Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan
Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan
putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(al-Baqarah: 256)

7
Terdapat beberapa buah pusat tamadun Melayu Islam yang
terkenal di Asia Tenggara. Pusat-pusat ini telah memainkan peranan dan
memberikan sumbangan yang begitu banyak dalam perkembangan Islam
dan peradabannya di Nusantara. Antaranya ialah Perlak, Pasai dan Acheh
di Sumatera, Melaka di Semenanjung Tanah Melayu, Sulu dan Mindanao
di Filiphina, Champa di Indochina dan lain-lain. Kewujudan pusat-pusat
tamadun Melayu ini telah menaikkan martabat dan keupayaan bangsa
Melayu dan tamadun Melayu di mata dunia. (Mohamad Khadafi, 2003).

INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN


INDIA

Pengenalan

Interaksi kedua-dua tamadun ini telah bermula sedari abad ke-3 SM.
Buktinya, bahan bertulis dari India ada menyebut tentang Malayadvipa
yang bermaksud Semenanjung Melayu. Para pedagang dari India ke
Tanah Melayu bagi mendapatkan emas setelah mereka menggelarkan
Tanah Melayu Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas. Hasil
daripada interaksi ini, agama Hindu dan Buddha telah disebarkan dan
menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya memegang
kepercayaan animisme. Dari sinilah munculnya interaksi tamadun Melayu
dengan tamadun India. Antara tinggalan pengaruh ajaran Hindu ialah
Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang ketika kerajaan Chola
menguasai Kedah. Interaksi ini sesuai dengan firman Allah dalam al-
Quran.

Firman Allah:

8
“Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu
daripada seorang laki-laki dan seorang wanita, lalu kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-
kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling
taqwa di antara kamu”
(Surah al-Hujuraat: Ayat 13)

4.1 Zaman Pra-Penjajahan Barat

Interaksi tamadun India dan tamadun-tamadun Asia bermula kira-


kira 2000 tahun yang lalu. Faktor perdagangan memainkan peranan
penting dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi
Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka. Negara terawal muncul
yang mendapat pengaruh India ialah Funan sekitar akhir kurun ke-2
Masihi, bertapak di Muara Sungai Mekong.

Selain itu ada beberapa buah negeri lain yang muncul dan
menerima pengaruh India antaranya Langkasuka, Kedah, dan Tanah
Merah di Semenanjung, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo. (Hashim Hj.
Musa, 2005). Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang India
merupakan golongan pedagang utama. Mereka datang daripada pesisir
Koromandel, Kalingga, Benggala dan Gujerat (Cambay, Surat dan Randir).

Menurut Sazelin Arif (2007) ada yang menetap di Melaka dan


sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan
Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka. Tun

9
Ali, anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim yang telah
berkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad
Syah (1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja menggantikan
datuknya, seterusnya melahirkan pembesar-pembesar dan pemerintah
Melaka dari keturunan Melayu Tamil. Cucunya Raja Kasim telah menjadi
Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah yang masyhur itu
(1446-1456).

Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan pembesar-pembesar


seperti Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung
Tun Husain. Raja Mendaliar seorang pedagang Keling telah dilantik
menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud (1488-
1500). Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India telah
berkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamana
menggantikan Hang Tuah.

4.2 Zaman Penjajahan Barat

Kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung


Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda
ditandatangani. Khidmat mereka diperlukan sebagai buruh di ladang
tebu, kopi dan teh dan kebanyakan mereka orang Tamil dan Telegu dari
wilayah Andhra Pradesh. Di samping itu, pihak Inggeris membawa
masuk orang Ceylon dan Malayalee untuk berkhidmat sebagai kerani,
pembantu hospital serta mengawas dan menyelia ladang-Iadang kerana
mereka berpendidikan Inggeris.

10
Peningkatan jumlah orang India di Tanah Melayu semakin pesat
menjelang tahun awal abad ke-20. Sehingga tahun 1931 terdapat
seramai 132,277, orang India di negeri-negeri Selat, di negeri-negeri
Melayu Bersekutu seramai 379,996 dan di negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu seramai 110,951 orang (Malaysia Kita, 2000). Namun
kedatangan kaum India pada zaman penjajah British berbeza dengan
pada zaman Srivijaya dan Kesultanan Melaka. Ini kerana pendatang
India zaman prapenjajah terdiri daripada kelas tinggi dan diserap masuk
ke dalam institusi istana dan institusi negeri yang lain.

Pendatang India zaman penjajah kebanyakannya terdiri


daripada kelas rendah, menetap dalam kawasan geografi dan sosial
yang tersendiri serta terasing. Oleh demikian, proses dengan
masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas dan
berkembang. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atas
masyarakat dan budaya Melayu amat minimum.

5.0 KESAN INTERAKSI TAMADUN MELAYU DENGAN TAMADUN


INDIA

5.1 Bahasa dan Kesusasteraan Melayu


.
Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang
didukung oleh istilah dari budaya India diserap masuk menjadi unsur
pinjaman. Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan
sedikit daripada bahasa Tamil. Masyarakat Asia Tenggara menggunakan
bahasa Sanskrit sehinggalah kedatangan agama Islam. Buktinya melalui
penemuan prasasti-prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit yang
menggunakan bahasa Sanskrit. Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit

11
seperti syurga, neraka,sembahyang,asmara,samudera, sukma dan
sebagainya yang kekal digunakan sehingga hari ini (Sazelin Arif, 2007).
. Jika kita lihat dalam kesusasteraan Melayu terdapat pengaruh
daripada tradisi kesusasteraan India. Cerita-cerita yang bersumberkan
kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat
masyarakat Melayu seperti cerita penglipur lara yang dituturkan oleh
tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit. Setiap unsur dan mitos
yang digunakan dalam sejarah Melayu membawa maksud penting dalam
menggambarkan kebesaran, kemuliaan, martabat serta menunjukkan
kuasa raja yang istimewa. (M. Rajantheran, 1999).

5.2 Agama dan Kepercayaan

Dari sudut agama dan kepercayaan, agama Hindu dan Buddha


telah diterima dan berkembang luas di Asia Tenggara dengan wujudnya kuil
dan candi. Agama Hindu sebenarnya adalah agama yang terbesar di India
selama beberapa abad. Pengaruh agama Hindu-Buddha dapat dikesan dari
amalan-amalan di istana seperti adat istiadat pertabalan raja dan
sebagainya. Brahmin atau sami Hindu/budhha sangat berpengaruh di
istana berperanan menonjolkan kesaktian raja melalui cerita-cerita mitos,
dongeng dan lagenda. Sebelum kedatangan agama Islam di tanah Melayu,
masyarakat Melayu dipengaruhi oleh konsep ketuhanan agama Hindu..
Hikayat-hikayat Melayu juga banyak dipengaruhi oleh kepercayaan agama
Hindu.Contohnya Hikayat Marong Mahawangsa.

5.3 Institusi Pemerintahan dan Istiadat Raja-raja Melayu

Institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah


menyerap masuk beberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha

12
untuk menubuhkan legimitasi ke atas golongan pemerintah bangsawannya.
Kerajaan di dunia dianggap sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja
sebagai titisan dan penjelmaan Tuhan Siva-Buddha, yang melahirkan
konsep Deva-Raja. Istana dibina di atas tanah tinggi di tengah negeri
sebagai replika kepada Gunung Kosmik Mahameru rumah Tuhan yang
terletak di tengah Alam Semesta. (Sazelin Arif, 2007).

Candi sebagai monumen batu dibina untuk menjadi tempat jamuan


makan bagi Devaraja supaya pemerintahannya dianggap suci oleh rakyat.
Beberapa upacara pertabalan diraja seperti pembinaan Balai Panca
Prasada lima tingkat mewakili puncak Gunung Kosmik Mahameru.
Penggunaan nama-nama gelaran pemerintah dan pembesar negeri seperti
Duli yang Maha Mulia (Debu (di bawah tapak kaki Raja) Yang Paling Suci)
Seri Paduka Baginda (Capal Suci di bawah tapak kaki Devaraja).

Nama-nama pembesar negeri juga adalah pinjaman daripada


unsur India iaitu Seri Nara Diraja yang bertugas mengisytiharkan pelantikan
Raja, Bendahara sebagai menteri, Laksamana sebagai ketua tentera dan
lain-lain. Sistem pemerintahan kita pada hari ini juga mempunyai unsur-
unsur konsep ketuhanan agama Hindu. Keadaan ini berdasarkan konsep
”Dewaraja” . (Hashim, 2004).

Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah


membesarkan keagungan dan kedudukan Raja dalam upacara pertabalan
baginda. Struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi
oleh sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam masyarakat di mana
terdapat pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan
dengan rakyat biasa. Keadaan ini membawa kepada kemunculan

13
masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu. Di samping itu,
tamadun India turut mempengaruhi sistem undang-undang tamadun
Melayu. Contohnya terdapat kaedah undang-undang Hindu yang
digunakan dalam Undang-Undang Melaka dan Perundang-undangan
Majapahit (Azhar Hj. Mad Aros, 2001).

5.4 Adat Resam dan Hiburan

Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat


resam Melayu. Antara contoh yang paling ketara ialah dalam soal
kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan.
Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginya
daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan
amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang
jahat. Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui
tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya
ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong (Afifah, 2003).

5.5 Seni Bina

Dalam aspek seni bina, kita dapati unsur-unsur seni bina India telah
bercampur dengan unsur-unsur senibina Melayu sehingga menghasilkan
senibina yang unggul, contohnya Angkor Wat dan Candi Borobudur.
Terdapat 4 struktur penting dalam Senibina Hindu seperti Shikhara (bentuk
kereta kuda), Vimana (menara pyramid), Ratha (batu tunggak) dan
Gopuram (pintu masuk).

14
6.0 PENUTUP

Interaksi antara tamadun adalah suatu pertembungan yang saling


memperkayakan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Hasil daripada
kreativiti yang tinggi melahirkan banyak manfaat kepada semua orang tanpa
mengira latar belakang anutan agama, bangsa mahupun budaya. (Azhar Hj. Mad
Aros, 2001). Interaksi sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup,
sebaliknya bersifat terbuka. Sifat inilah yang memberi peluang kepada
berlakunya interaksi antara tamadun. Umum mengetahui, interaksi antara
tamadun menghasilkan dua kesan yang penting iaitu kesan positif dan kesan
negatif. Kesan positif memberi pengukuhan kepada sesuatu tamadun.
Pertembungan yang memberi kesan yang positif ini seharusnya digalakkan untuk
kebaikan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti.

Saling faham-memahami persamaan dan perbezaan budaya tidak


seharusnya menjadi penghalang permuafakatan demi kebaikan agama, bangsa
dan negara. Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor
tersendiri dalam membina, membangun dan memajukan tamadun tersebut.
Terdapat tamadun yang mampu bertahan untuk jangka masa yang lama namun
sebaliknya terdapat juga tamadun yang tidak dapat bertahan lama kerana faktor-
faktor tertentu. Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri
asasnya yang utama dan ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah
tamadun.

Ada tamadun yang dikaitkan dengan bangsa, ada tamadun yang dikaitkan
dengan agama dan ada tamadun yang dikaitkan dengan budaya. Satu hal yang
penting ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita
tidak dapat lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau
peradaban. Ia merupakan satu proses yang lumrah dalam mana-mana tamadun

15
di dunia ini sebagaimana pendapat seorang sarjana Jepun, Nyozaken
Hasegawa.

16