Anda di halaman 1dari 13

EDU3063

TUTORIAL MINGGU 2
Disediakan oleh:
Azira Juki
Farah Syazwani Mat
Normarsitah Bomo

Soalan Tutorial:
Bincang dalam kumpulan kecil tentang
pantang larang pelbagai kaum di
Malaysia. Bentang hasil perbincangan.
Kumpulan kami : Kaum Melayu

Populasi masyarakat
Malaysia
Tahun 2014 : 30 Juta org
Peratusan Melayu di Malaysia : 56.4%

Pantang Larang Kaum


Melayu

Pengenalan

Pantang larang orang Melayu merupakan


kepercayaan masyarakat Melayu zaman
lampau berkaitan dengan adat dan budaya
warisan nenek moyang.
Kebanyakan
adalah
bertujuan
untuk
mendidik masyarakat agar mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Disebalik pantang larang tersebut terdapat
mesej yang tersembunyi yang diperturunkan
secara lisan sejak zaman berzaman.

Pantang Larang Kaum


Melayu
1.

Jangan duduk di atas bantal, nanti


akan naik bisul di punggung.

Sebenarnya kita dilarang sama sekali duduk di atas bantal


kerana bantal ialah tempat kita meletakkan kepala sewaktu tidur.

Memang tidak senonoh perangai meletakkan punggung di atas


bantal.

Dengan menggunakan punggung kita duduk di merata tempat


tidak kira tempat itu kotor atau bersih.

Pantang Larang Kaum


Melayu

2. Orang perempuan jangan menyanyi di dapur, kalau


menyanyi di dapur akan dapat suami tua.

Kalau difikirkan secara logik perempuan muda tidak akan hendak


bersuamikan orang-orang tua.

Menerusi pantang larang ini orang perempuan dilarang menyanyi di dapur


kerana sewaktu menyanyi boleh terleka.

Manusia sukar untuk melakukan dua perkara dalam satu masa dengan
sempurna.

Jika menyanyi sewaktu menghiris bawang dibimbangi jari terluka. Jika


menyanyi sambil memasak makanan ditakuti ada rencah-rencah tertentu
yang tidak dibubuh dalam masakan malah mungkin ada makanan yang
dimasak hangus.

Akibatnya makanan yang dimasak tidak sempurna, kesannya ahli keluarga

Pantang Larang Kaum


Melayu
3. Orang mengandung jangan memukul ular,
nanti anak yang dilahirkan akan cacat atau
tidak sempurna sifatnya.

Orang perempuan yang mengandung tidak boleh melakukan


perkara yang lasak contohnya memukul ular.

Jika seseorang memukul ular dia akan pukul dengan penuh geram
dan sekuat hati.

Jika perbuatan ini dilakukan oleh perempuan yang mengandung


dibimbangi anak yang berada dalam kandungan akan mengalami
keguguran.

Ditakuti juga orang yang mengandung akan terjatuh.

Akibatnya akan berlaku kecederaan kepada ibu dan mungkin juga

Pantang Larang Kaum


Melayu
4. Jangan makan waktu senja, nanti semangat padi akan
hilang.

Maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada orang Melayu ialah seisi
keluarga hendaklah makan bersama-sama iaitu selepas sembahyang Maghrib.

Dengan cara ini akan mengeratkan tali sillaturahim sesama ahli keluarga.

Anak yang masih remaja dilarang makan awal dibimbangi lauk tidak
mencukupi untuk ahli keluarga yang lain.

Lauk yang ada perlu dikongsi bersama.

Masyarakat Melayu zaman dahulu jarang menyediakan lauk yang banyak


kerana ingin berjimat.

Pendapatan yang diperolehi tidak lumayan kerana mereka perlu menabung


duit untuk pergi ke tanah suci Makkah.

Pantang Larang Kaum


Melayu
5. Jangan memotong kuku di waktu malam, nanti akan didatangi
malang
Pantang

larang memotong kuku di waktu malam seringkali juga ditekankan di mana

dikatakan bakal didatangi malang sekiranya dilakukan.


Secara

logiknya, kita tidak dapat melihat di mana perkaitan antara memotong kuku

dengan malang yang bakal menimpa.


Rasionalnya

adalah kerana pada zaman dahulu tiada bekalan letrik dan waktu malam

hanya diterangi cahaya lampu pelita sahaja.

Maka sudah pastilah pandangan pada waktu malam adalah tidak jelas dan samar-samar.

Maka

tegahan ini sebenarnya adalah untuk mengelakkan daripada terpotong kuku secara

berlebihan ataupun melukakan jari sendiri kerana kemampuan pandangan mata yang tidak
berapa jelas.

Pantang Larang Kaum


Melayu
6.

Kalau makan nasi kena habiskan, kalau tidak nasi akan menangi.
- untuk mengelakkan berlakunya pembaziran

7.

Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja (Maghrib), nanti


disorok hantu.
- Pantang larang' ini wujud sebab orang-orang tua tidak mahu budak-budak kecil main di
luar waktu Maghrib sebab waktu tersebut banyak syaitan yang berkeliaran. Lagipun
tidak ada orang yang akan main waktu malam.

8.

Jangan tukar tempat semasa makan, nanti kahwin banyak.


-dianggap perbuatan yang kurang sopan. Lagi pun, mungkin perbuatan tukar tempat
duduk semasa makan akan merimaskan orang lain yang sedang makan.

9.

Jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk.


- supaya kita tidak main-main dengan payung ketika berada di dalam rumah sebab
nanti takut tercucuk orang lain.

10.

Anak dara dilarang duduk ditangga, nanti tidak dapat jodoh.


- Rasionalnya, perbuatan tersebut tidak sopan dan menghalang laluan orang lain.

11. Ada sesetengah kaum Melayu, biasanya


bumiputera Sarawak, tidak boleh
memakan ikan patin kerana takut anak
akan cacat.

Rujukan

Melayu, O. (2012, Ogos 15). Pantang Orang Melayu. Retrieved


from Asal Usul Orang Melayu:
https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2012/08/15/pantang
-orang-melayu/

Muhammad, N. (2012, Mei 25). Oh! Orang-orang Tua Kata


Jangan! Retrieved from Saya Dengar, Saya Lihat, Saya Baca:
http://nadiah-muhammad.blogspot.com/2012/05/oh-itu-takboleh-ini-pun-tak-boleh.html

Pantang Larang Melayu. (n.d.). Retrieved from Wikipedia:


http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_larang_Melayu

Tarabassing. (2011, Mei 10). 56 Pantang Larang Nenek Moyang.


Retrieved from Tarabassing:
http://tarabassing.blogspot.com/2011/05/56-pantang-larangnenek-moyang.html

Anda mungkin juga menyukai