Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

Tahun

: 5A

Tarikh : 3/9/2015

Masa: 60 minit

Tema/Tajuk

:Sains Bahan/ Sumber Air Semulajadi

Bilangan pelajar: 17

Standard Kandungan :
Pada akhir pengajaran, murid dapat memahami
9.1 Kepentingan Sumber Air
Standard Pembelajaran :

Murid dapat :

9.4.1 Menyatakan sumber air semulajadi seperti sungai, tasik, telaga dan

mata air.
9.4.2 Menerangkan kepentingan untuk mengekalkan kebersihan sumber air.

Objektif Pengajaran:

1. Sekurang kurangnya 12/14 Murid dapat menyatakan 3 contoh sumber air semulajadi dengan tepat

2. Sekurang-kurangnya 12/14 pelajar dapat memberikan kerjasama semasa aktiviti kumpulan dengan aktif
3. Sekurang-kurangnya 12/14 pelajar dapat menyatakan 2 kepentingan mengekalkan sumber air semulajadi
Pengetahuan sedia ada
Kemahiran Saintifik: KPS:

: Pelajar pernah melihat sumber air semulajadi


1. Memerhati kesan pencemaran air terhadap flora, fauna dan manusia.
2. Membuat inferens mengenai pencemaran sumber air.

Kemahiran Berfikir

1. Menjana idea faktor-faktor yang menyebabkan sumber air tercemar dan cara

mengekalkan kebersihan
sumber air.
2. Menghubungkait antara pencemaran sumber air kesannya terhadap kehidupan manusia dan benda hidup yang
lain
Tabiat Berfikir (HOM): Berusaha untuk ketepatan semasa perbincangan kumpulan, kesemua ahli berbincang untuk memperolehi jawapan
yang tepat
Sikap Saintifik dan Nilai murni:
1.
Kerjasama sesama ahli kumpulan dalam perbincangan
2.
Mensyukuri kurniaan Tuhan dan menjaga alam sekitar
EMK: Kreativiti dan inovasi
Pentaksiran
:
Latihan memberikan sebab terhadap pencemaran air di dalam gambar yang diberikan
Sumber pengajaran : Gambar sumber-sumber air semulajadi. Gambar pencemaran air. Gambar kesan-kesan pencemaran air.

Salid powerpoint Inovasi SPKG(Senarai, Pilih, Kait Guna)

Prosedur Pengajaran dan pembelajaran

Fasa Pengajaran
Orientasi

Isi kandungan
Air sumber
kehidupan

(5 minit)

Aktiviti P&P

Catatan

1. Guru menunjukkan segelas air

Sumber: Air

2. Murid menyatakan kegunaan air

KPS: Berkomunikasi

3. Murid menyatakan dari mana mereka boleh


mendapatkan air.

Kemahiran Berfikir:Menjana
idea

4. Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran.


Pencetusan idea
(20 minit)

Sumber air
semulajadi dan
buatan manusia.
Pengertian sumber
air semulajadi dan
sumber air buatan
manusia.

1. Murid dibahagikan ke pada kumpulan 4-5


orang

Sumber: Gambar sumbersumber air

2. Murid dibekalkan dengan gambar-gambar


sumber air.

Kemahiran Proses Sains:


Mengelas

3. Murid mengelaskan sumber air kepada sumber


air semulajadi dan buatan manusia.

Tabiat Berfikir: Berusaha untuk


ketepatan

4. Murid menerangkan hasil dapatan mereka


kepada rakan

SSNM: Bersyukur

5. Murid menghubungkait sumber air buatan


manusia dan sumber air semulajadi.

Penstrukturan
semula idea
(15 minit)

Punca pencemaran
sumber air
semulajadi

1. Murid memerhati gambar sumber air secara


semulajadi yang tercemar.

Sumber: Gambar sumber air


yang sudah tercemar

2. Murid memberikan inferens terhadap mereka


menggunakan kaedah SPKG (Inovasi)

Kemahiran Proses Sains:


Memerhati
Membuat inferens
komunikasi

2.a) Murid menyenaraikan sebab-sebab


pencemaran air
2b)Murid memerhati gambar dan memilih yang
paling sesuai daripada sebab/inferens yang
telah disenaraikan.
2c)Murid berbincang dengan rakan dan guru
tentang pilihan mereka sama ada berkaitan
dengan pemerhatian atau tidak.
2d) Sekiranya sesuai pelajar menggunakan
pilihan inferens yang telah dipilih utuk
menjawab soalan menggunakan kata kunci
bagi membuat inferens iaitu
pemerhatian+sebab
2e)Murid diterangkan bahawa inilah kaedah
yang sesuai digunakan untuk membuat
inferens bagi pemerhatian yang dibuat
3. Murid menggunakan kaedah sama bagi
membuat inferens bagi pemerhatian dalam
gambar pencemaran air yang lain.
4. Hasil kerja pelajar dimurnikan bersama rakan
dan guru.

Kemahiran Berfikir: Mengitlak


Pentaksiran: Latihan

Aplikasi idea

Kepentingan sumber
air semulajadi

(15 minit)
Cara mencegah
pencemaran air dan
mengekalkan
sumber air
semulajadi

1. Murid diberikan kerja kumpulan untuk meramal


keadaan manusia haiwan dan tumbuhan
sekiranya semua sumber air semulajadi
tercemar atau habis.
2. Murid mengaitkan sebab pencemaran air dan
aktiviti manusia.
3. Murid mencadangkan cara mencegah
pencemaran sumber air semulajadi dan
mengekalkan sumber air semulajadi
4. Murid membentangkan hasil kerja mereka
kepada kelas.
5. Hasil jawapan murid dimurnikan oleh rakan dan
guru.

Refleksi
(5 minit)

Sumber air
semulajadi dan
kepentingannya

1. Murid menyatakan apa yang telah dipelajari


seperti
-contoh sumber air semulajadi
-kepentingan sumber air semulajadi
-cara megekalkan sumber air semulajadi.

KB: Meramal
SSNM: bekerjasama
EMK: Kreativiti dan Inovasi

Sumber: Lmbaran Kerja


Kumpulan

Anda mungkin juga menyukai