Anda di halaman 1dari 2

Faktor-faktor untuk memperolehi keturunan yang soleh dan solehah dan

kesannya kepada mereka


Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada
manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai
Allah s.w.t. Sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang
terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna
kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.
Kesemua perilaku anak-anak, samaada degil, nakal, buas, keras kepala, dan benak
sememangnya menjadi igauan ngeri buat para ibu bapa penjaga mahu pun
masyarakat sekitarnya.
beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan
anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat
kepada agama, bangsa dan negara. Diantara perkara-perkara utama yang perlu
diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :
i)

Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.


Amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul
untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang

Yang bermaksud :
Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan
yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa
permohonan.
ii)

Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak


Akidah yang mantap mampu menjana kenahagian hidup manusia di dunia
dan akhirat. Anak anak yang mempunyai pengangan akidah yang mantap
sukar bagi mereka untuk terpengaruh dengan perkara perkara yang boleh
menyesatkan mereka.

iii)

Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak

Memiliki akhlak yang terpuji merupakan lambang kecemerlangan


terhadap keperibadian seseorang. memiliki akhlak yang terpuji
menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat
berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci
dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi
Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
iv)

Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari


Sudat Ibadah
Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat
kepatuhan dan ketaatan kepada AllahSelain itu, dengan melakukan
ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat
manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t.

Anda mungkin juga menyukai