Anda di halaman 1dari 3

THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1)

SJK(T) LADANG PERBADANAN

Bilangan Jurnal

: Ketiga

Minggu Praktikum : Minggu Ketiga


Tarikh

: 26 hingga 30 April 2015

Tajuk Jurnal

: Minggu ketiga di SJKT Ladang Perbadanan.

MASALAH
Kawalan murid agak lemah semasa aktiviti berkumpulan dijalankan.
.
ANALISIS
Sebelum aktiviti kumpulan dijalankan, saya telah memberi arahan kepada muridmurid berkaitan tugas-tugas yang perlu mereka lakukan. Walaubagaimanapun, apabila
murid-murid mula bergerak ke kumpulan masing-masing dan ingin memulakan
tugasan, mereka mula bertanya kepada saya berkaitan dengan tugasan yang perlu
dilakukan dan perkara ini menyebabkan keadaan kelas bising. Saya agak terkejut
dengan keadaan ini, kerana saya telah memberi arahan kepada mereka apa yang perlu
dilakukan sebelum bergerak melakukan aktiviti kumpulan. Saya dapat rasakan muridmurid tidak jelas dengan arahan dan tugasan yang perlu mereka lakukan. Ini
menunjukkan teknik memberi arahan saya kurang jelas untuk difahami oleh mereka.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI


Saya perlu meningkatkan teknik memberi arahan kepada murid-murid supaya
mereka jelas dan memahami apa yang saya sampaikan. Oleh itu, semasa memberi
arahan saya perlu pastikan semua murid berada dalam keadaan sedia dan memberi
peluang kepada mereka untuk bertanya selepas arahan diberikan. Teknik memberi
arahan perlu diperbaiki, dimana arahan bukan sahaja disampaikan secara lisan tetapi
juga secara tulisan dengan memaparkannya di papan putih. Saya juga harus
meninggikan suara saya semasa memberi arahan supaya suara saya lantang dan
boleh didengari oleh semua murid.
1

THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1)


SJK(T) LADANG PERBADANAN

TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana
pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran. Sekiranya, masalah ini tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektifobjektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

TINDAKAN SUSULAN
Sebagai penambahbaikan, langkah pertama yang saya lakukan ialah memastikan
murid-murid benar-benar bersedia dan fokus apa yang saya akan sampaikan. Untuk
menguji kefahaman mereka saya bertanya kembali berkaitan arahan yang telah
disampaikan dan memberi peluang mereka bertanya. Semasa memberi arahan secara
lisan, saya akan pastikan intonasi suara bersesuaian, laras bahasa bersesuaian dan
arahan yang diberikan satu persatu supaya mereka lebih mudah untuk faham. Oleh yang
demikian, bagi memastikan perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar,
langkah-langkah penambahbaikan perlu saya amalkan supaya penerimaan pembelajaran
lebih bermakna kepada murid-murid.
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektifobjektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya, saya
hanya menggunakan satu teknik pengajaran sahaja di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tetapi demi mengatasi masalah saya, saya telah merancang beberapa teknik
dan kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah.
Kesimpulanya, pendedahan selama dua minggu ini telah diterima oleh saya
memberikan ilmu yang boleh dipraktikkan pada masa hadapan. Pendedahan awal ini juga
memnberikan kesedaran yang tinggi kerana apa yang cuba dibayangkan oleh saya selama
ini tidak sama dengan dunia realiti yang berlaku di sekolah.

THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1)


SJK(T) LADANG PERBADANAN

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :