Anda di halaman 1dari 3

CARA-CARA MENGATASI GENGSTERISME

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak


untuk membantu sekurang-kurangnya mengurangkan masalah gengtserisme
walaupun tidak dapat menghapuskannya sama sekali. Antaranya peranan ibu
bapa, sekolah, masyarakat, kerajaan dan media massa.
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam konteks
pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun
masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar
kekayaan, kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti
belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak mereka dan pada waktu
yang sama, mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja
mereka. Usaha ini akan membolehkan tempat kunjungan mereka dikenal
pasti serta apakah bentuk aktiviti atau kegiatan yang disertai oleh anak
mereka.

Ibu

bapa

yang

mengambil

inisiatif

ini

wajar

mengadakan

perbincangan atau diskusi dengan anak-anak mereka bukan setakat


mengetahui kecenderungan mereka tetapi juga berbincang mengenai
perkembangan remaja semasa supaya anak-anak mempunyai ruang untuk
meluangkan pandangan dan pada waktu yang sama memahami pandangan
orang tua mereka. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan
membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih besar iaitu menjalin
hubungan dengan pihak sekolah termasuk mengambil berat mengenai
perkembangan anak mereka di sekolah melalui komunikasi dengan guru
besar, guru kelas, guru disiplin dan warden asrama. Di samping itu, sebagai
satu tindak balas resiprokal, sumbangan ibu bapa boleh disalurkan melalui
penglibatan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan terbabit secara
aktif dalam aktiviti antara pelajar sekolah dan ibu bapa. Dengan ini, ibu bapa
telah dengan secara langsung menjadi idola kepada anak-anak mereka,
terbabit secara langsung di dalam aktiviti bukan sahaja di rumaha tetapi juga
di sekolah.
Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi
kemelut gengsterisme dengan melentur masalah yang timbul dari peringkat
awal lagi supaya dapat menyekat daripada mempengaruhi pelajar yang lain.

Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutama


pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan
gengsterisme. Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang
berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini.
Kokurikulum di sekolah juga mampu memainkan peranan besar di dalam
mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan, kelab dan organisasi
beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar
yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama
mempertahankan pencapaian akademiknya.
Gengsterisme

mesti

dilihat

sebagai

masalah

berterusan

yang

melibatkan bukan hanya pemerhatian daripada pihak sekolah semata-mata.


Masyarakat juga boleh memainkan peranan mereka jika isu ini mahu diatasi
sepenuhnya. Badan-badan luar terutama badan sosial atau organisasi
beruniform boleh melibatkan diri mereka dengan sepenuhnya sebagai agen
luar yang bertanggungjawab. Mereka boleh menjadi pengantara di antara
sekolah dan pelajar.
Kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha menangani
masalah gengsterisme ini. Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya
dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan
secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan
jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan
mampu menyedarkan pelajar tentang bahaya pembabitan dalam aktiviti
gengsterisme.

Kesepaduan

kementerian-kementerian

termasuklah

Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan


Sukan,

Kementerian

Hal

Ehwal

Dalam

Negeri

dan

Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi


atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat
tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko.
Masalah gengsterisme juga boleh diatasi jika media memainkan
peranan yang lebih proaktif. Walaupun untuk menghentikan siaran yang
ganas dan bersifat jenayah kurang adil untuk industri media massa, media
boleh mengurangkan siaran sebegini atau sekurang-kurangnya keprihatinan
media ditunjukkan melalui penayangan program yang bersifat pembentukan
keperibadian remaja yang unggul. Pembabitan pelajar yang berjaya mesti

ditonjolkan supaya mereka menjadi idola kepada pelajar yang lain.


Rancangan-rancangan sebegini yang harus diutamakan agar remaja
menonton role model yang baik yang boleh menjadi ikutan mereka.
Kesimpulannya,

remaja

adalah

tulang

belakang

pembangunan

ekonomi, sosial dan politik bagi sesebuah negara. Penglibatan semua pihak
sama ada kerajaan, ibu bapa, masyarakat, keluarga adalah tanggungjawab
yang mesti digalas bersama demi memastikan remaja kini bebas daripada
gejala gengsterisme. Semua pihak haruslah berganding bahu dalam usaha
membanteras aktiviti negatif ini agar tidak berlarutan dan bertambah serius
lagi.

Anda mungkin juga menyukai