Anda di halaman 1dari 25
KOD & NAMA KURSUS
KOD & NAMA KURSUS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

PEMARKAHAN

1

TUGASAN 1

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014 KAL 3033 PENDIDIKAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN 2

SOALAN

Aktiviti seni dan kreativiti di kalangan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan sosioemosi mereka

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. MATRIK

NORHAFIZA BT ISMAIL

D20112054242

PUSAT PEMBELAJARAN NO UNTUK DIHUBUNGI NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: EL

: 012-6371019 / 0145448641

: DR HASHIMAH BT HUSSEIN

:

- UPSI 01 (A132PJJ)

28 APRIL 2014

1

ISI KANDUNGAN

PERKARA/KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

3-4

2.0

Definisi Perkembangan Sosio emosi

4-5

3.0

Teori Perkembangan Emosi

5-8

4.0

Konsep Perkembangan Kanak-kanak

8-11

5.0

Ciri-ciri perkembangan & cirri-ciri ekpresi

11-14

6.0

Perkembangan Emosi

14-16

7.0

Jenis-jenis Emosi & Kesan Kepada Kanak-kanak

16

8.0

Kreativiti & Nilai Estetika Kanak-kanak

17-19

9.0

Kesan Seni & Kreativiti Pada Perkembangan Emosi Kanak-kanak

20-22

10.0

Kesimpulan

23-24

11.0

Rujukan

25

2

1.0 PENGENALAN

Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai. Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk membesarkan, mengasuh dan mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna. Kita sebagai ibu bapa, guru dan juga masyarakat perlu membentuk anak-anak supaya menjadi orang yang berguna pada masa hadapan. Mereka ibarat kain putih dan kita yang mencorakkannya. Anak adalah anugerah Tuhan yang sangat berharga. Oleh sebab itu,kita sebagai manusia, ibu juga ayah hendaklah bersyukur dengan anugerah yang telah diberikan. Haiwan lagi sayangkan anak, inikan manusia. Kita sebagai ibu, bapa, guru, juga masyarakat hendaklah membentuk anak yang telah dianugerahkan dengan sebaik-baiknya. Anak atau kanak-kanak ibarat kain putih yang bersih dan masih kosong. Kita perlu membentuk dan mewarnai dan mencorak mereka dengan penuh kasih sayang, dengan bakat-bakat yang tidak ternilai dan membentuk mereka supaya menjadi manusia yang berguna dan melahirkan modal insan yang sangat berguna dan dihormati kelak. Anak adalah amanah Tuhan yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Setiap manusia mempunyai bakat tersendiri dan kita perlu mengasah bakat mereka supaya mereka dapat meningkatkan lagi bakat yang ada. Salah satu bakat yang terpendam adalah bakat seni. Kreativiti seni kanak-kanak dapat mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Seni yang dimaksudkan ialah muzik, pergerakan dan juga seni visual. Telah menjadi lumrah kehidupan, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang kuat. Mereka akan cuba meneroka apa yang mereka inginkan. Seni merupakan cara asas untuk kanak-kanak kehendak ingin tahu kanak-kanak. Mereka dapat membangunkan potensi kanak-kanak bagi menjadikan mereka insan yang kreatif dan imaginatif.

Oleh sebab itu, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan penting supaya kanak-kanak ini dapat diberi peluang untuk mengasah dan meningkatkan bakat yang ada. Ada kemungkinan kanak-kanak ini lebih cenderung kepada muzik. Mereka gemar

3

menyanyi dan boleh di bawa ke peringkat lebih tinggi iaitu libatkan kanak-kanak dalam pertandingan-pertandingan nyanyian secara dalaman terlebih dahulu. Ini adalah untuk memberikan keyakina dalam diri kanak-kanak dan supaya kanak-kanak ini dapat membuang perasaan malu yang ada dalam diri. Ini juga dapat mempengaruhi kanak- kanak dalam perkembangan sosioemosi mereka. Mereka akan berjumpa dengan rakan- rakan baru dan dapat bertukar idea dan dapat meluaskan lagi bakat yang ada.

Menurut Freud, kanak-kanak dapat mempengaruhi perkembangan akan datang jika mereka melaluinya ketika kanakkanak. Pengalaman yang mereka lalui dapat mempengaruhi serta memberikan kesan jangka masa yang panjang. Emosi manusia berkait rapat dengan perkembangan fizikal mereka (Freud).

2.0 DEFINISI PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI

Apa yang dimaksudkan dengan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak berinteraksi dan juga kanak-kanak memberikan tindak balas terhadap sesuatu dan juga bertingkah laku mengikut norma masyarakat. Perkembangan sosio emosi dapat dilihat secara tingkahlaku positif dan juga negatif. Tingkah laku positif adalah seperti bekerjasama, berdikari dan sebagainya. Manakala tingkah laku yag negatif, kanak-kanak lebih gemar bergaduh, bersendirian dan juga kurang keyakinan diri.

Perkembangan sosio emosi merujuk kepada 2perkembangan iaitu perkembangan social dan juga perkembangan emosi. Kanak-kanak belajar bersosial dan juga belajar mengawal emosi. Dengan aktiviti seni dan kreativiti, kanak-kanak belajar mengawal emosi dengan melukis, menyanyi, pergerakan dan sebagainya. Dalam aktiviti yang dijalankan juga mereka dapat bersosial bersama rakan-rakan. Jika aktiviti yang dijalankan dalam kumpulan. Kanak-kanak dapat bertukar idea dan juga dapat bersosial dan mengenal ahli kumpulan masing-masing.

4

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan sosio emosi adalah seperti faktor keluarga, dan ekonomi. Selain itu, faktor aktiviti seni dan juga kreativiti dapat mempengaruhi perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Faktor keluarga yang bahagia, berkemampuan, dapat mempengaruhi perkembangan sosio emosi yang sihat kepada kanak-kanak. Mereka juga mempunyai sikap bertanggungjawab, berdikari, berkeyakinan dan sebagainya. Mereka yang mempunyai keluarga yang berkemampuan lebih mendapat penghargaan daripada kelurag. Sebagai contoh jika kanak-kanak itu berjaya, mereka akan diberi ganjaran sebagai penghargaan kepada mereka. Berbeza dengan kanak-kanak dari golongan sederhana, mereka jarang mendapat ganjaran. Walaubagaimanapun, kanak-kanak ini boleh juga diberi ganjaran seperti pujian kepada mereka. Ini juga dapat meningkatkan perkembangan sosio emosi mereka.

Faktor ekonomi juga penting dalam meningkatkan perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Mereka yang tidak berkemampuan, emosi kurang stabil berbanding mereka yang berkemampuan. Dengan adanya masalah ekonomi akan membuatkan tercetusnya pergaduhan dalam keluarga. Ini juga akan mempengaruhi kesihatan dan juga sosioemosi kanak-kanak. Mereka juga akan merasa bosan apabila ahli keluarga sering bergaduh. Ini akan mempengaruhi kanak-kanak apabila besar kelak. Selain itu, aktiviti seni, kreativiti juga tidak kurang pentingnya dalam meningkatkan sosio emosi kanak-kanak.

3.0 TEORI PERKEMBANGAN EMOSI

Teori perkembangan emosi adalah seperti teori perkembangan psikososial Erik Erikson. Erik Erikson merupakan tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusi berdasarkan jangkamasa kehidupan mereka. Teori ini digabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan juga faktor sosial dan telah digelar teori psikososial.

5

Di dalam teori Perkembangan Erikson, terdapat satu elemen penting iaitu perkembangan Identiti Ego. Identity Ego ini adalah kesedaran diri yang dikembangkan melalui interaksi sosial. Dalam teori ini, keyakinan dalam diri adalah penting bagi memotivasikan sikap dan juga tindakan seseorang. Teori ini juga menitik beratkan perkembangan kemahiran yang sesuai pada sesuatu tahap atau bahagian dalam kehidupan. Menurut Ericson, setiap tahap akan mempunyai konflik yang perlu diatasi sebelum seseorang itu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik ini akan menjejaskan perkembangan tahap seterusnya.

3.1 VIKTOR LOWENFELD

Viktor Lowenfeld dilahirkan di Linz, Australia pada tahun 1903 dan mendapat kelulusan daripada College of Applied Art di Vienna dan Academic of Fine Art di bandar yang sama. Tidak lama kemudian, beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam pendidikan dari University of Vienna dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah menengah.Beliau juga telah dilantik menjadi pengarah kesenian Blind Institude ketika berada di Vienna. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke Engaland sebelum kembali ke United State dan telah bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai ’wartime visual aids consultant’ dalam tentera laut. Teori perkembangan Viktor Lowenfeld terdapat enam peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat scribbling (2-4 tahun), peringkat kedua peringkat Preschematic(4-7 tahun), peringkat ketiga peringkat Schematic(7-9 tahun), peringkat keempat adalah peringkat Dawning Realism/ The Gang Age (9-12 tahun), peringkat kelima ialah peringkat Pseudonaturalistic/ Reasoning(12-14 tahun), dan seterusnya peringkat keenam ialah peringkat Period If Decision/Adolescent Art (14-17 tahun).

a) PERINGKAT SCRIBBLING (2-4 TAHUN) Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal dan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada garisan lurus dan

6

melintang seterusnya kepada bulatan. Proses contengan boleh menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot mata-tangan.

b) PERINGKAT PRESCHEMATIC (4-7 TAHUN) Peringkat ini adalah peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan. Contohnya ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karektor tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiznya imej yang berbeza-beza.

c) PERINGKAT SCHEMATIC (7-9 TAHUN) Pada peringkat ini pula, mereka mula menghasilkan lukisan mengikut skema atau konsep tertentu. Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis objek berbanding pada peringkat preschematic. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekeliling mereka. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan dan bebas serta berskala besar. Ianya tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka gemar untuk berkongsi.

d) PERINGKAT DAWNING REALISM/ THE GANG AGE (9-12 TAHUN) Kanak-kanak mula melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu dan imej yang dilukis juga secara realistik dan teliti. Mereka melukis imej mula mengecil dari segi saiz. Kanak-kanak juga mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri dan mereka mula membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya dan membuatkan mereka lebih berhati-hati. Mereka juga lebih menitikberatkan karya yang mereka hasilkan.

e) PERINGKAT PSEUDONAURALISTIC/ REASONING (12-14 TAHUN) Pada peringkat ini, mereka mula peka dengan konsep realistik dalam meghasilkan lukisan dan menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka sangat gemar

7

melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding lukisan menerusi imaginasi. Mereka akan berasa malu sekiranya lukisan yang dihasilkan kurang menarik dan jarang berkongsi dengan rakan-rakan mereka.

f) PERINGKAT PERIOD IF DECISION/ADOLESCENT ART (14-17 TAHUN) Pada peringkat ini pula, kanak-kanak lebih memberi penekanan teradap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Pada peringkat ini juga, mereka lebih menunjukkan atau memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan lukisan yang menarik.

Teori-teori di tersebut adalah tokoh-tokoh seni yang dapat mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Dengan aktiviti seni yang dilakukan, mereka dapat memperkembangankan dan sering bertukar idea bersama rakan-rakan.

4.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Proses yang berlaku secara berterusan sejak lahir lagi sehinggalah mereka ke peringkat matang adalah dipanggil perkembangan. Ia merupakan perubahan yang bersifat kualitatif dan sifat yang ditunjukkan tidak dapat diukur akan tetapi ianya jelas berlaku jika kita membandingkan dengan peringkat awal. Kita dapat lihat perkembangan dari lahir lagi, sebagai contoh bayi yang baru lahir sehinggalah mereka berumur satu tahun lebih. Mereka hanya boleh menangis jika kelaparan, berasa tidak selesa dan sebagainya. Setelah mereka boleh bercakap semasa umur satu atau 2 tahun mereka sudah mula

dan sebagainya. Ini adalah

bertutur beberapa patah perkataan seperti u perkembangan yang baik bagi kanak-kanak.

mi,

a

yah

ma

ma

Menurut pendapat Karl Garrison (1965), perkembangan adalah hasil daripada tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Menurut Paul Eggan dan Don Kauchak (2006) pula berpendapat tentang perkembangan

8

merupakan perubahan dalam yang berurutan serta kekal di dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan juga kematangan. Pelbagai pendapat tentang perkembangan kanak-kanak. Menurut Salvin (1989) pula perkembangan merupakan perkaitan dengan mengapa serta bagaimana seseorang individu itu berkembang dan membesar serta menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Seterusnya perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan juga sosial (Crow 1998).

Satu proses perkembangan yang berlaku di dalam bilik darjah, seorang kanak- kanak dapat menyelesaikan satu masalah yang diberikan oleh guru.ini telah menunjukkan berlakunya perkembangan pemikiran dalam diri kanak-kanak ini. Oleh sebab itu, perubahan atau perkembangan bersifat kualitatif kerana ianya tidak boleh diukur tetapi jelas kita dapat lihat perkembangan tersebut. Sebagai seorang guru perlu memahai perasaan serta emosi kanak-kanak. Kanak-kanak ini perlu diberi peluang sebelum memulakan pengajaran. Mereka perlu diberi peluang untuk mencuba aktiviti yang baru dan sentiasa memotivasikan mereka bagi mencuba aktiviti yang baru. Kanak-kanak ini perlu dibantu untuk meluahkan perasaan dan membentuk persahabatan dengan kanak- kanak.

Perkembangan sosio emosi kanak-kanak wujud sejak kita dilahirkan. Perkembangan sosio emosi ini berkembang selari dengan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak. perkembangan sosio emosi terdiri daripada empat bahagian iaitu konsep kendiri dan penerimaan diri, hubungan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain, hubungan kanak-kanak dengan guru dan juga hubungan kanak-kanak di dalam kumpulan. Penerima diri adalah kanak-kanak boleh terima kelemahan dan kekuatan diri. Kanak-kanak sering merasakan dirinya terbaik dan mereka percaya mereka boleh melakukannya. Kanak-kanak belajar mengenai konsep kendiri sejak mereka lahir lagi iaitu dengan sentuhan dan belaian ibu bapa sejak kecil lagi. Seni adalah bertujuan untuk perkembangan kanak-kanak dimana dengan cara guru membuat pilihan bahan dan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. Dalam kegiatan seni, kanak-kanak akan

9

bersaing untuk membuat seni lukis yang terbaik supaya mendapatkan pujian daripada guru. Mereka yakin kepada diri yang mereka boleh melakukannya. Mereka dengan bangganya akan menunjukkan hasil seni yang mereka lakukan kepada guru dan juga rakan-rakan. Kanak-kanak juga mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Mereka lebih kreatif daripada orang dewasa. Mereka mampu menghasilkan yang terbaik dan mampu berfikiran kreatif.

Kanak-kanak menerima kanak-kanak lain dalam hidupnya iaitu perhubungan persahabatan. Dalam program seni, kanak-kanak ini lebih berpeluang bersama-sama rakan lain yang seusia dengan mereka. Kanak-kanak yang mempunyai fikiran yang positif akan boleh menerima kelebihan rakan lain. Perhubungan yang baik antara rakan- rakan lain dapat menghasilkan sesuatu yang unik. Mereka akan merasakan perasaan gembira melakukan sesuatu aktiviti seni. Bekerjasama dengan rakan lain dalam menghasilkan hasil seni seperti mewarna bersama, menampal akan dapat mengeratkan lagi keakraban kanak-kanak. mereka akan bertukar-tukar pendapat bersama rakan-rakan. Dengan aktiviti seni dapat membolehkan kanak-kanak menterjemahkan perasaan serta idea-idea yang mereka ada (Deway, 1958, Lowenfeld & Britain, 1957). Penggunaan warna pilihan kanak-kanak itu juga mencerminkan emosi kanak-kanak yang tidak diungkapkan. Contohnya kanak-kanak tidak suka memilih warna hitam kerana mereka takut akan kegelapan. Mereka memilih warna hijau kerana ketenangan serta mencintai alam sekitar. Ini bermakna mereka meluahkan perasaan pada kesenian.

Selain hubungan bersama rakan-rakan lain, hubungan antara kanak-kanak dan guru juga penting. Ini kerana mereka belajar sesuatu melalui guru dan menerima arahan guru. Ini kerana interaksi guru dan kanak-kanak sangat penting dalam mempelajari sesuatu. Guru mengajar dan membantu kanak-kanak mengekpresikan idea mereka dengan cara tersendiri. Kanak-kanak perlu mengeksplotasikan idea mereka dengan pelbagai ekspresi yang melibatkan seni bagi meningkatkan keyakinan serta perkembangan kanak-kanak. Jika hubungan antara guru dan kanak-kanak baik akan

10

menghasilkan hasil yang menggembirakan. Ini bermakna kanak-kanak meluahkan rasa gembira. Jika berlaku sebaliknya, mereka dimarahi oleh guru, mereka akan menghasilkan hasil yang tidak menarik.

Kebiasaannya, aktiviti seni dijalankan secara berkumpulan. Ini adalah bertujuan untuk kanak-kanak belajar menyesuaikn diri di dalam kumpulan dan juga memupuk sikap bekerjasama di dalam kumpulan. Interaksi antara rakan-rakan kumpulan juga penting bagi menghasilkan hasil seni yang sempurna. Kanak-kanak juga perlu belajar mematuhi peraturan dan mematuhi arahan ketua kumpulan. Di dalam kumpulan juga kanak-kanak dapat mempertingkatkan perkembangan bersosial dan juga emosi. Ini kerana mereka belajar menghormati idea rakan-rakan lain. Kanak-kanak belajar mendisiplinkan diri ketika berada di dalam kumpulan. Kemahiran yang mereka ada harus dikongsi untuk mendapatkan hasil yang menarik.

5.0 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN DAN CIRI-CIRI EKSPRESI

Aktiviti-aktiviti seni di dalam bilik darjah juga dapat menunjukkan perkembangan kanak-kanak. Aktiviti seni yang mudah seperti menggosok, mengui, meramas, meniup,menggentel dan sebagainya dapat member peluang kanak-kanak meneroka secara kreatif dan tidak mengongkong serta dapat mempengaruhi sosio emosi kanak-kanak. Mereka dapat meluahkan perasaan dengan aktiviti seni. Secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak.

Aktiviti seni dapat membantu dalam perkembangan serta pertumbuhan kanak- kanak. Dengan itu pertumbesaran kanak-kanak akan berlaku secara sihat. Dengan aktiviti seni yang dilakukan oleh kanak-kanak juga dapat merangsang perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Mereka boleh meluanhkan perasaan pada hasil seni yang mereka lakukan. Aktiviti seni juga dapat memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental,

11

social, emosi, intelek, dan juga estetik dapat direka bagi membantu dalam perkembangan dan juga pertumbuhan yang sihat. Secara tidak sedar berlakunya perkembangan yang sihat.

Seni visual, muzik, pergerakan juga dapat merangsang perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Kanak-kanak merasa gembira dengan aktiviti nyanyian, pergerakan dan sebagainya. Kanak-kanak sememangnya sukakan lagu-lagu dan aktiviti bermain. Aktiviti-aktiviti ini membolehkan kanak-kanak pengalaman dan pemahaman serta membantu mempembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh.

Kreativiti kanak-kanak merupakan satu cara untuk meluahkan perasaan serta dapat mereka cipta sesuatu yang baru. Ingin merupakan satu aktiviti yang berkesan dalam perkembangan kanak-kanak mendapat pengalaman baru. Proses kreativiti juga dapat melibatkan perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi serta kreativiti. Selain itu, kanak- kanak mendapat pengalaman melalui interaksi serta tindakan yang diambil. Ia juga membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah. Dengan adanya aktiviti seni, kanak-kanak diberi peluang untuk kanak-kanak memanupulasikan bahan yang ada. Kanak-kanak juga diberikan kumpulan untuk membuat kerja-kerja seni dan di sini dapat membentuk sikap bekerjasama serta meningkatkan perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Mereka dapat berinteraksi bersama rakan-rakan dan dapat meluah serta memberikan idea-idea yang menarik.

Pelbagai aktiviti dijalankan untuk pemahaman kanak-kanak. Aktiviti tersebut adalah seperti aktiviti pergerakan, bermain, nyanyian dan sebagainya dapat mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Mereka merasa keseronokkan dan dapat memberikan komitmen dan secara tidak langsung ianya mempengaruhi perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi mereka agak cepat. Semakin meningkat umur, semakin meningkat perkembangan emosi kanak- kanak dan semakin matang pengawalan emosi mereka. Pada peringkat kanak-kanak

12

mereka belajar untuk mengenal perasaan dan juga emosi sendiri. Mereka akan melukis bagi meluahkan perasaan emosi mereka. Kita boleh melihat emosi kanak-kanak yang stabil dan tidak stabil. Kanak-kanak yang mempunyai emosi stabil, kita dapat lihat hasil lukisan mereka sangat cantik dan kreativitinya agak menarik. Kanak-kanak yang emosinya terganggu, hasilnya kurang memuaskan dan tidak menunjukkan kegembiraan. Kanak-kanak juga pandai bermain dengan emosi.

Selain itu, dengan cara bermain muzik atau alat-alat muzik yang digunakan di dalam kelas seperti bermain gendang, drum, kompang dan sebagainya. Kita dapat lihat, kanak-kanak yang mempunyai emosi yang stabil, pukulan gendang atau drum agak stabil dan sedap didengari. Manakala, kanak-kanak yang beremosi tidak stabil, kita dapati pukulan drumnya agak kuat dan seoalah-olah mereka sedang dalam keadaan marah akan sesuatu dan dilepaskan pada pukulan. Ini adalah andaian yang dapat kita buat tentang perkembangan emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang dimarah oleh ibu dirumah, dia akan murung ketika sampai di sekolah. Mereka juga akan berasa sedih dan tidak bersemangat untuk belajar. jika diberi aktiviti seni mereka akan cuba meluahkan apa yang mereka rasa ketika itu.

Penglibatan ibu bapa juga penting dalam mendorong serta memberi semangat kepada anak-anak yang berada di sekolah. Di rumah juga kanak-kanak ini perlu diberi peluang untuk meneroka, peluang menggunakan sesuatu bahan untuk memanipulasikan sebagai bahan membuat aktiviti seni. Dengan istilah lain, kesan perapatan keluarga terhadap sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan merasakan diri mereka dihargai dan semakin meningkat keyakinan diri dalam menunjukkan bakat yang ada. Perkembangan sosioemosi kanak-kanak juga dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak yang rapat dengan ahli keluarga lebih rasa dihargai dan lebih menunjukkan perkembangan sosio emosi yang lebih baik. Dengan itu, peranan ibu bapa juga mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Ibu bapa memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap kanak-kanak.

13

Ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke kelas muzik jika anak mereka mempunyai bakat terpendam. Dengan adanya kelas, bakat seni mereka dapat diserlahkan lagi. Mereka juga dapat mengenali rakan-rakan baru dan mula menunjukkan emosi yang baik kerana minat mereka telah diperluskan dan merasakan dirinya dihargai. Ini yang dikatakan faktor keluarga yang berkemampuan. Jika mereka tergolong daripada keluarga berkemampuan, mereka lebih menunjukkan sosioemosi yang baik berbanding daripada golongan yang sederhana. Mereka akan lebih minat dalam sesuatu bidang sekiranya diri mereka dihargai dan diberi penilaian dan diberi ganjaran.

Aktiviti seni dan kreativiti boleh dikatakan mempengaruhi perkembangan sosio emosi kerana jika aktiviti dijalankan secara berkumpulan. Kanak-kanak akan bersosial dan berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka akan berbincang di dalam kumpulan dan ini dapat meningkatkan perkembangan social. Selain itu, di dalam kumpulan juga, kanak-kanak perlu bijak mengawal emosi. Ini kerana jika kanak-kanak tidak bijak mengawal emosi, mereka akan bergaduh dan tidak ada tolak ansur di dalam kumpulan. Mereka hanya mahu melakukan secara sendirian dan tidak mahu berkongsi alatan seni yang diberikan.

6.0 PERKEMBANGAN EMOSI

Sejak lahir lagi kita dapat lihat perkembangan emosi kanak-kanak. bayi yang berumur 0-2 tahun. Perkembangan emosi yang dapat kita lihat sejak bayi lagi ialah ketawa, dan menangis. Mereka hanya mampu menangis jika lapar, dan juga tidak selesa. Ini adalah satu perkembangan emosi yang baik. Apabila umur bayi semakin meningkat, dia sudah mula ketawa apabila melihat sesuatu. Semakin umur bayi meningkat, mereka sudah mula menunjukkan perasaan takut, geli, dan sebagainya. Ini yang dipanggil perkembangan emosi kanak-kanak. pada peringkat umur ini, mereka hanya bergantung

14

kepada ibu bapa dan juga orang dewasa. Mereka juga memerlukan sentuhan dan juga pujukan daripada orang sekeliling.

Apabila umur mereka masuk ke peringkat 2-6 tahun, bermulalah perkembangan sosial. Pada peringkat ini juga, mereka masih lagi bergantung dengan orang dewasa. Mereka sudah menunjukkan sifat kasih saying dan perlukan belaian dan sentuhan ibu bapa. Mereka perlukan perhatian dan tumpuan yang lebih dan sudah pandai merajuk apabila tidak diberi layan atau di marahi oleh ibu bapa. Ini satu perkembangan emosi yang sangat baik. Mereka sudah pandai bersosial iaitu berkawan dengan rakan-rakan baru dan mula bermain serta bijak berkongsi alatan permainan. Mereka sudah mula pergi ke sekolah pada umur 4-6 tahun. Dengan itu, mereka sudah mula belajar berkawan, berkongsi mainan dan sebagainya. Perkembangan sosial dan juga perkembangan emosi mula terbentuk pada peringkat ini. Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam memperkembangkan lagi emosi dan juga perkembangan sosial. Pada peringkat ini juga, mereka sudah mula berkeras dan akan memberontak apabila memerlukan sesuatu.

Pada peringkat 7-12 tahun adalah peringkat akhir kanak-kanak. pada peringkat ini mereka sudah sedar akan perasaan orang lain. Tetapi pada peringkat ini, mereka suka menyinggung perasaan orang lain kerana pada peringkat ini, mereka suka mengejek dan juga menyindir. Ini adalah satu sifat yang ada pada kanak-kanak. mereka masih lagi tidak pandai untuk menjaga perasaan orang lain. Kanak-kanak ini suka pada kritikan dan juga sukar menerima kegagalan. Mereka akan merasa kecewa apabila kalah dalam sesuatu pertanding yang diceburi. Mereka mudah putus asa. Ibu bapa dan guru perlu memberikan semangat dan sokongan kepada mereka sudah bangun dan teruskan usaha. Kanak-kanak perlukan bimbingan dan sokongan dari orang sekeliling. Mereka merasakan keprihatinan jika orang ada bersama mereka. Kanak-kanak pada peringkat ini juga suka membantu guru menghantar buku-buku, menyapu, mengemas dan sebagainya. Mereka suka menerima tanggungjawab pada peringkat ini. Kanak-kanak yang berumur 9-12 tahun mempunyai dilema kerana nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka telah mula menerima rakan sebaya dan pada masa yang sama mereka masih bergantung pada kedua

15

orang tua untuk sokongan kewangan dan juga moral. Walaubagaimanapun, mereka masih menerima peraturan yang telah ditetapkan oleh kedua orang tua mereka.

7.0 JENIS-JENIS EMOSI DAN KESAN KEPADA KANAK-KANAK

Jenis-jenis emosi adalah seperti gembira, sedih, takut, marah, geli, cemas, malu, rasa bersalah, rasa bangga dan sebagainya. Orang dewasa membantu kanak-kanak bagaimana melahirkan rasa seronok dan gembira. Ini kerana untuk menggalakkan kanak- kanak bercakap mengenai apa yang mereka sukai. Kanak-kanak mempunyai perasaan marah apabila mereka melahirkan perasaan geram akan sesuatu. Perasaan takut juga perlu ada dalam diri kanak-kanak kerana perlu ada perasaan rasa terancam. Ini adalah untuk menjaga keselamatan diri. Perasaan sedih juga sudah mula timbul pada diri kanak-kanak apabila mereka kehilangan sesuatu. Selain itu, mereka perlu mempunyai perasaan sedih apabila mereka tidak mendapatkan markah yang diingini, atau mereka sedih apabila menemui kegagalan.

Menurut Dr Sharifah Nor, dalam perkembangan sosio emosi pula adalah untuk membolehkan kanak-kanak supaya dapat menguruskan serta memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial serta membina keyakinan bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan. Pada peringkat pertengahan, kanak-kanak dapat mengawal emosi mereka berasaskan pemikiran. Mereka akan memikirkan suatu yang mengembirakan bagi mengelak dari berperasaan sedih. Kanak-kanak pada peringkat akhir adalah bermulanya peringkat pra remaja. Mereka beremosi terhadap tubuh badan. Mereka bimbang akan orang sekeliling yang memikirkan tentang diri mereka serta keinginan yang tinggi untuk privasi dan sangat sensitive terhadap tubuh badan. Kanak- kanak ini akan mengalami perubahan di mana mereka sudah mula jauh dengan ibu bapa dan mereka mula bersendirian.

16

9.0 KREATIVITI & NILAI ESTETIKA KANAK-KANAK

Sememangnya lumrah kanak-kanak sangat sukakan aktiviti seni dan juga kreativiti. Dengan aktiviti seni dan estetika kanak-kanak dapat menunjukan bakat yang telah lama terpendam. Mereka diberi peluang untuk merealisasikan mereka dalam pelbagai cara. Seni terdiri daripada lukisan, nyanyian, kraftangan muzik, drama, puisi dan sebagainya. Dalam aktiviti seni, kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan emosi dan juga perkembangan sosial. Kreativiti merupakan proses di mana kanak-kanak meluahkan perasaan dan juga keupayaan kanak-kanak untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Kanak-kanak sangat kreatif dan juga mereka mempunyai daya imaginasi yang sangat tinggi. Kadang-kadang kita dapat lihat, kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kita tidak terpikir mereka boleh melakukannya.

Kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam penggunaan imaginasi, penerokaan dan juga dapat merasa, bertindak balas serta peka terhadap persekitaran. Kreativiti dapat melibatkan kanak-kanak serta memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka pelbagai bahan seperti mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi, struktur, serta fungsi sesuatu bahan. Ia juga dapat membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria kanak-kanak terutamanya merasa struktur, menghidu bahan serta mendengar bunyi. Kreativiti sememangnya memberikan peranan penting terhadap perkembangan kanak-kanak. ini adalah peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan atau menyampaikan perasaan, karya, serta menunjukkan keupayaan mereka dalam pelbagai cara.

Terdapat lima bahagian kreativiti dan estetika iaitu lukisan dan kraf, bahan dan warisan, persekitaran dan keindahan alam, drama dan puisi serta muzik, nyanyian, dan pergerakan. Di dalam bahagian lukisan dan kraf, kanak-kanak diberi peluang membuat pelbagai kesan gesekan, corak, garisan dan sebagainya pada sesuatu permukaan. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus. Lukisan dan kraf juga dapat membantu kanak-kanak mengenal warna dan membantu kanak-kanak mencurahkan idea serta meluahkan perasaan dalam bentuk lukisan. Sebagai contoh, semasa kejadian

17

MH370, kanak-kanak mencurahkan idea dengan melukis kapal terbang dan juga berdoa. Ini adalah satu kreativiti kanak-kanak dan meluahkan perasaan sedih pada lukisan. Contoh aktiviti yang dapat dijalankan ialah melukis percikan bunga api, cop jari, lukisan bebas, menguli doh, kolaj dan lain-lain.

Apa yang dikatakan dengan warisan dan budaya adalah bertujuan untuk memupuk kanak-kanak menanamkan semangat cintakan warisan dan tanamkan di dalam jiwa mereka untuk memelihara warisan untuk kegunaan mereka pada generasi akan datang. Aktiviti yang dapat dijalankan di dalam bilik darjah adalah seperti menyambut perayaan masyarakat Malaysia, menghayati lagu-lagu patriotik, bermain permainan tradisional, membuat kraf tangan seperti peralatan tradisional, membuat tikar mengkuang dan sebagainya. Dengan aktiviti seperti ini, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan cintakan Negara, memahami sifat menghormati antara kaum, dapat bersosial dan sebagainya. Apabila ada aktivit permainan tradisional seperti bermain congkak, ketenteng dan sebagainya juga dapat memupuk dan memperkembangkan lagi perkembangan sosio emosi. Mereka boleh berkongsi permainan.

Komponen persekitaran dan keindahan alam sememangnya dapat memberi idea yang cukup banyak supaya seseorang itu dapat berkarya, bukan sahaja kepada orang dewasa, malah kepada kanak-kanak. Kanak-kanak boleh mengenal dan mengecam keadaan sekeliling iaitu alam sekitar dengan menggunakan deria seperti melihat keindahan alam sekitar dan dapat menghayati betapa indah dan cantiknya alam sekeliling mereka. Ini dapat memupuk perasaan sensitif dalam diri kanak-kanak. selain itu, dapat meningkatkan naluri ingin tahu kanak-kanak. sebagai contoh, kanak-kanak tahu bahawa, daun-daun berwarna hijau. Mereka juga ingin tahu apakah warna daun yang kekeringan, warna pokok yang mati dan sebagainya. Dengan aktiviti keindahan alam sekitar ini, kanak-kanak akan merasa seronok kerana dapat menyanyi bersama rakan-rakan. Lagu yang sesuai dengan komponen tersebut ialah seperti lagu ‘tanya sama pokok’. Kanak- kanak akan menyanyi sambil membuat gaya. Ini juga dapat meningkatkan perkembangan

18

sosio emosi kanak-kanak. ini yang dikatakan seni mempengaruhi perkembangan sosio emosi. Bagi meningkatkan lagi perkembangan sosial, boleh membuat aktiviti bergotong- royong membersihkan kawasan sekolah mereka.

Kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan mereka juga mempunyai sifat suka meniru. Mereka sangat suka melakonkan semula cerita apa yang telah mereka tonton di televisyen. Dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti kanak-kanak supaya mereka menonton cerita yang mendatangkan faedah. Kanak-kanak mudah terpengaruh dan sangat suka meniru. Malah mereka sangat kreatif dalam mengubah apa yang telah mereka pelajari. Lakonan mampu menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi, bersosial dan juga beremosi. Apabila mereka melakonkan watak sebagai ibu, mereka akan berkomunikasi seperti mana ibu mereka suka perkatakan dan arahan-arahan yang sering mereka sering dengari. Contohnya, ibu kanak-kanak itu suka member arahan ‘Mamat hari sudah petang, pergi mandi’. Oleh sebab itu, mereka akan meniru arahan tersebut dalam lakonan mereka. Kanak-kanak sangat pandai berimaginasi dan berlakon dapat mempengaruhi perkembangan sosio emosi.

Aktiviti yang paling kanak-kanak suka adalah bermain dengan muzik. Nyanyian dan gerakan merupakan aktiviti yang sangat mereka gemari. Kanak-kanak sangat mudah mengingati sesuatu yang dipelajari. Kanak-kanak mudah ingat lirik yang di ajar oleh guru dan mereka diberi peluang untuk menyampaikan perasaan dengan nyanyian lagu kanak- kanak. Contoh lagu yang biasa mereka nyanyikan ialah seperti lagu ‘lompat si katak lompat’. Mereka akan menghayati lagu tersebut sambil membuat gaya.

19

9.0 KESAN SENI & KREATIVITI PADA PERKEMBANGAN EMOSI KANAK- KANAK

SENI & KREATIVITI PADA PERKEMBANGAN EMOSI KANAK- KANAK Lukisan dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Mereka

Lukisan dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Mereka sangat suka akan aktiviti seni dan juga kreativiti. Melukis merupakan medium berkomunikasi. Mereka meluahkan perasaan emosi mereka terhadap lukisan. Lukisan juga alatan pertuturan kanak- kanak sebelum mereka boleh berkomunikasi. Kanak-kanak yang berumur 0-2 tahun akan melukis yang dipanggil contengan. Contengan juga dianggap satu lukisan sebagai alat berkomunikasi dan juga alat atau bahan tempat kanak-kanak meluahkan perasaan. Dengan itu, lukisan sangat penting dan memberikan kesan yang posistif terhadap perkembangan sosio emosi. Selain itu, lukisan juga dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Selain tempat meluahkan perasaan, lukisan juga dapat membina kekuatan otot dan juga dapat menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Kanak-kanak meluahkan apa yang dilihat dengan memindahkan kepada bentuk imej pada lukisan. Kanak-kanak juga dapat berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Kreativiti seni ini dapat memupukkan semangat bekerjasama di kalangan kanak-kanak. Contohnya aktiviti

20

nyanyian dan gerakan di dalam kumpulan. Kanak-kanak akan berkomunikasi dan berfikir di dalam kumpulan dalam memikirkan gaya yang perlu mereka lakukan.

Kesan kreativiti dan seni dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan dapat mempengaruhi perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan juga dapat memupuk sikap bekerjasama kanak-kanak. Selain itu, ia juga dapat memupuk sikap kepimpinan sebagai seorang ketua. Di dalam kumpulan kanak-kanak dilantik sebagai ketua kumpulan. Mereka akan menunjukkan sikap kepimpinan dalam ahli kumpulan ketika menjalankan aktiviti seni dan kreativiti. Di dalam kumpulan juga, kita dapat lihat kanak-kanak akan menunjukkan emosi masing-masing. Ada yang marah, merajuk, gembira dan sebagainya. Rakan-rakan yang bersimpati akan memujuk rakan mereka yang merajuk. Ini yang kita lihat pada kanak-kanak. mereka sudah pandai bermain dengan emosi. Apabila guru menunjuk atau mempamerkan hasil kerja mereka dan mendapat pujian daripada guru, kanak-kanak akan menunjukkan emosi gembira.

Di bawah terdapat beberapa gambar hasil contengan kanak-kanak . Di dalam gambar tersebut kita dapat lihat dan mentafsir emosi kanak-kanak tersebut.

hasil contengan kanak-kanak . Di dalam gambar tersebut kita dapat lihat dan mentafsir emosi kanak-kanak tersebut.

21

22
22
22
22

22

11.0 KESIMPULAN

Aktiviti seni dan kreativiti sememangnya sinonim dengan kanak-kanak dan ianya boleh mempengaruhi perkembangan sosio emosi kanak-kanak. dengan adanya seni dapat memperkembangkan juga kecerdasan emosi kanak-kanak dan menjadikan kesan jangka masa panjang. Bagi mendapatkan kesan yang positif dalam perkembangan kanak-kanak, semua pihak perlu memainkan peranan penting dan perlu membantu kanak- kanak dalam mempengaruhi sosio emosi yang berkesan. Kanak-kanak sangat sukakan seni dan kreativiti seperti lukisan, nyanyian, drama dan sebagainya.

Perkembangan kanak-kanak dapat dilihat sejak mereka bayi lagi. Keadaan kehidupan sekeliling dapat memberikan kesan kepada perkembangan kanak-kanak. kanak-kanak yang tergolong di dalam keluarga yang bahagia, diberi tumpuan oleh ahli keluarga, dan juga mempunyai keluarga yang berkemampuan lebih memberikan kesan yang positif kepada kanak-kanak. Mereka akan lebih bijak berkomunikasi, bersosial dan boleh mengawal emosi. Kanak-kanak ini lebih berkeyakinan diri untuk berdiri di hadapan memberikan pendapat dan juga selalu ingin menjadi ketua. Mereka ini juga dapat memberikan hasil yang menarik kerana emosi mereka lebih stabil berbanding kanak- kanak yang tergolong daripada keluarga yang susah.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah keluarga tidak bahagia, ibu bapa yang suka bergaduh dan juga tidak diberi perhatian, emosinya tidak stabil dan menyebabkan mereka tidak boleh menghasilkan hasil kerja seni dengan baik. Malah seni adalah tempat mereka meluahkan perasaan. Kadangkala kita dapat lihat kanak-kanak melukis gambar ibu ayah, adik beradik mereka. Mereka juga melukis air mata sedang berciciran. Ini adalah luahan perasaan mereka kerana mereka perlukan keluarga yang bahagian akan tetapi keluarganya mempunyai masalah. Ini dikatakan aktiviti seni dan kreativiti di kalangan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Kanak- kanak yang mula meningkat dewasa sangat perlukan belaian dan sentuhan daripada ibu

23

bapa mereka. Mereka masih lagi bergantung kepada kedua ibu bapa. Ibu bapa yang sibuk juga membuatkan kanak-kanak memberontak dan sangat emosi. Kanak-kanak ini suka marah tanpa sebab dan juga suka bersendirian.

Pendidikan dan juga penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seni memberikan peluang untuk mereka berinteraksi dan juga untuk memberikan keyakinan dalam diri mereka serta membantu mereka berupaya bersosial. Selain itu, seni juga dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menghormati seseorang tanpa menyinggung perasaan seseorang. Mereka hanya meluahkan isi hati kepada satu lukisan dan mereka akan rasa lega setelah diluahkan dengan lukisan. Ini dapat membantu kanak- kanak menghormati orang lain dan menahan kesabaran supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Emosi mereka dapat di kawal dengan adanya seni dan kreativiti. Di dalam drama dan lakonan juga kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka dengan melakonkan semula apa yang telah terpendam di dalam hati.

Dengan adanya seni dan kreativiti juga dapat memupuk sikap bekerjasama kanak- kanak di dalam kumpulan. Selain itu, sikap kepimpinan jugak dapat ditonjolkan di dalam kumpulan. Kanak-kanak yang berkeyakinan akan menunjukkan sikap kepimpinan di dalam kumpulan tanpa arahan guru. Mereka akan mengarahkan ahli kumpulan supaya melakukan apa yang di arahkan oleh guru. Oleh sebab itu, pentingnya aktiviti seni dan kreativiti di kalangan kanak-kanak. jika mendapat perhatian dan komitmen dari semua pihak dapat memberi kesan yang mendalam dan juga membentuk perkembangan yang positif.

24

11.0 RUJUKAN

Mohd Azhar Abd. Hamid (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti

Teknologi Malaysia

Prof Dr Hj Abdul Shukor Hashim dan rakan (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-

kanak. Meteor Doc. Sdn Bhd: Seri Kembangan, Selangor

Rahil Mahyuddin , Habibah Elias, Maria Chong Abdullah (2005). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Universiti Putra Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris, KAL 3033 PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK

Yee Kam Keong (2006). Bebaskan Kreativiti Anda, Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd,

Kuala Lumpur

25