Anda di halaman 1dari 12

KAJIAN

KES
SEJARAH

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR.

Pendahuluan
Alam sekitar memainkan peranan penting dalam
kehidupan harian kita.Alam sekitar yang tidak
tercemar memberikan kita satu suasana yang
selesa dan menyamankan.Di samping itu ia
memberi keselesaan kepada manusia,ia juga
sedikit sebanyak akan menjejeskan aktivitiaktiviti pembangunan negara sekiranya alam
sekitar tidak dijaga dengan baik.Dalam usaha kita
untuk mengejar kemajuan negara,kita tidak harus
mengabaikan peri pentingnya alam sekitar di
dalam kehidupan.

Diantara kepantingan-kepentingannya adalah:


Kesihatan manusia terjamin.
Sejak kebelakangan ini pelbagai penyakit yang berbahaya telah
wujud akibat pencemaran alam sekitar.kesan daripada
pencemaran
itu
manusia
akan
menghidap
pelbagai
penyakit,khususnya respirasi akibat menghidu udara yang
tercemar.Manusia memerlukan udara bersih untuk terus
hidup .Jika udara yang dihidu tercemar,sistem pernafasannya
akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paruparu.Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon
dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan
mengalami
kekurangan
oksigen.Hal
ini
seterusnya
menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran
darah mengalami masalah dan mengakibatkan pelbagai
penyakit.Oleh itu alam sekitarharuslah dijaga dengan baik agar
kesihatan manusia terjamin.

Tarikan pelancong asing.


Keindahan
alam
sekitar
dapat
membantu
negara
mengembangkan
industri
pelancongan.Hal
ini
kerana
keindahan alam sekitar boleh menarik perhatian pelancong dari
dalam dan luar Negara.Ini seterusnya dapat menjadikan negara
sebagai destinasi baru bagi sektor pelancongan di peringkat
global.peningkatan pelancong dari dalam dan luar negara ini
akan meningkatkan pendapatan negara disamping memberi
peluang-peluang pekerjaan kepada pengusaha dalam industri ini
dan industri sampingan.Di negara maju,terdapat banyak tempat
yang menjadikan keindahan alam sekitar sebagai produk
pelancongan.sebagai contoh,paris di perancis,venice di itali dan
seoul di korea selatan.Oleh itu,kita harus menjaga alam

sekitar dengan baik disamping peranan kerajaan untuk


mempromosikan negara ni dunia agar keindahan alam
sekitar di negara kita ini dapat member pulangan
kepada
negara.

Pembekalan udara yang segar.


Manusia memerlukan udara yang segar untuk terus hidup dalan
keadaan yang selesa.Disamping itu,pembekalan udara yang
segar akan menberi ketenangan jiwa dan keceriaan kepada
masyarakat.Selain itu,pembekalan udara yang segar dapat
mengelak pelbagai penyakit saperti serangan jantung dan
batuk.Secara saitifik pembekalan udara yang segar akan
terhalang sekiranya pencemaran udara berlaku.pencemaran
udara akan berlaku apabila terdapat benda asing dalan
kepekatan udara.Benda asing ini adalah dalam bentuk
habuk,asap dan gas seperti karbon monoksida dan nitrogen
oksida.tidak
lupa
juga
bau-bauan
yang
tidak
menyenangkan.Oleh itu alam sekitar yang indah dan bersih
amat penting kepada kita agar udara yang segar akan terus kita
perolehi.

Ekosistem yang stabil.


Ekosistem yang stabil sangat penting kepada manusia,alam
sekitar dan bumi.Kini ,kesan daripada pencemaran alam
sekitar,pelbagai masalah global telah berlaku.Diantaranya
adalah pemanasan global. Peningkatnya suhu global dikatakan
akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti
naiknya permukaan air laut, meningkatnya intensitas fenomena
cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan pola
presipitasi.Akibat-akibat daripada pemanasan global yang lain
adalah terjejasnya hasil pertanian, hilangnya glazier dan
kepupusan berbagai jenis haiwan.Oleh itu,alam sekitar harus
dijaga dengan baik agar ekosistem yang stabil dapat diwujudkan.

Habitat hidupan darat dan air terpelihara.


Hidupan darat dan air sangat memerlukan alam sekitar yang
bersih dan tidak tercemar untuk terus hidup.Kebergantungan
ini dipertanggungjawabkan kepada kita untuk menjaga alam
sekitar ini agar terpelihara.Alam sekitar seperti hutan
merupakan tempat tinggal bagi hidupan darat seperti
gajah,harimau dan lain-lain.Didalam hutan itulah haiwanhaiwan ini mencari makanan dan tempat mereka bermain.Oleh
itu,sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik dan berlaku
pencemaran seperti kebakaran hutan, haiwan-haiwan ini akan
mengalami kepupusan.Begitu juga dengan hidupan di
air,sekiranya pencemaran air berlaku,hidupan air ini akan mati
dan seterusnya akan mengalami kepupusan.Oleh itu,alam
sekitar yang tidak tercemar sangat penting kepada hidupan
darat dan hidupan air agar hidupan ini terpelihara.

Mengelakkan kepupusan.
Alam sekitar sangat penting kepada flora dan fauna.alam sekitar
yang tidak tercemar dapat mengelakkan kepupusan kepada
seluruh spesies flora dan fauna.Namun begitu telah wujud
pencemaran yang menyebabkan kepupusan kepada pelbagai
spesies haiwan.Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi,
serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat,
racun makhluk perosak, pencemaran organik serta peningkatan
keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang
memusnahkan kehidupan akuatik.selain aktivuti penebengan
hutan secara tidak terancang menyebabkan kepupusan hidupan
di sana.Justeru itu,alam sekitar harus dijaga den

KESAN PENCEMARAN UDARA KE ATAS ALAM SEKITAR


EKOLOGI ALAM

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia.


Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat
menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk
hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan
menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan
mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak
dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini
seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran
darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan
yang akan timbul.
Tumbuhan
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuhtumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran.
Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan
karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan
tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami
masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang
terlekat pada pokok-pokok dan
http://image.slidesharecdn.com/kepentinganalamsekitar-130928070407phpapp01/95/kepentingan-alam-sekitar-1-638.jpg?
cb=1380351875tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada
pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam
Ekologi Alam
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global
dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan
nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan
asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke
dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah
menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan
menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan
menyeluruh kepada bumi
Atmosfera
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas
atmosfera kita. Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon)
dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor.
Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon
sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan
kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan
rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon
akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan
dan menjejaskan kesihatan manusia
Haiwan
Haiwan juga akan turut terancam dan mati.Hal ini disebabkan partikelpartikel terampai seperti habuk,debu dan sebagainya akan memasuki

ruang paru-paru haiwan tersebut.Perkara ini akan menyebabkan haiwan


akan sukar untuk bernafas.Bukan itu sahaja,tumbuh-tumbuhan yang
sudah tercemar akan pencemaran udara juga akan menyebabkan haiwan
terancam.
Penyusutan Lapisan Ozon
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat
penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus
cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh
menyebabkan kanser. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan
berlakunya pencairan kepada di bahagian bumi dan menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini
KESAN PENCEMARAN TANAH KE ATAS ALAM SEKITAR
EKOLOGI ALAM
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan
berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada
mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar,
penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,
pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.Penebangan
hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air
akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan
kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih
banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara
intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator
mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat
pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan
yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun
makhluk perosak. .
Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu
dengan tetap sumber air semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan
teruk di bahagian hilir operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid.
Tambahan pula, operasi perlombongan pasir di dataran serta tebusguna
tanah dan lain-lain pembangunan di sepanjang pantai meningkatkan
ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu karang, hutan
bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.
Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara
langsung telah menyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem
semula jadi berbanding dengan pembangunan hutan, perlombongan atau
pertanian.
Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan
industri, adalah lebih kompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini
termasuklah sisa buangan dan pembetungan, pemuliharan kawasan hijau
di dalam perbandaran, maslah haba perbandaran serta pencemaran air

dan udara.
Perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di
Malaysia untuk memperbaiki pengurusannya. Bagaimanapun, masih
terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada
kemudahan ini. Di antaranya ialah kemungkinan pencemaran air bawah
tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran
dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air
sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan
kemudahan rawatan kumbahan yang tidak mencukupi.. Akibatnya
beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat
dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga
akan meningkat.
Pencemaran tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri
perlu dijelaskan dan diklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik di
Malaysia. Dalam usaha untuk mengadakan kawalan sisa bahaya dan toksik
yang berkesan, industri seharusnya diwajibkan.
Perbandaran juga mempengaruhi paras jumlah partikel terampai (TSP)
dalam udara (JAS, 1993). Selain sumber daripada luar sempadan dalam
tempoh tertentu setiap tahun, sumber utama TSP ialah pembakaran
secara terbuka daripada pembangunan perumahan dan pertanian.
Pencemaran udara di Lembah Klang tidak akan diperbaiki melainkan
langkah-langkah kawalan dilaksanakan dengan segera.
KESAN PENCEMARAN AIR KE ATAS ALAM SEKITAR
EKOLOGI ALAM
Baja dan racun perosak kimia boleh membunuh berbagai-bagai jenis
hidupan air.Air yang tercemar ini menganggu hidupan seperti
ikan,udang,ketam,kerang dan sebagainya.Jika ikan-ikan ini ditangkap dan
di makan oleh manusia akan membawa kesan buruk ke atas manusia
seperti manusia akan mendapat keracunan makanan da sebgainya.
Selain itu,nutrien inorganik menyebabkan hazard pencemaran
dilupuskan secara tidak sepatutnya dalam sungai ataupun di dalam
tasik.Pengayaaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan
menyebabkan eutrofikas.Sesetengah kilang akan memperuntukkan
kawasan untuk pembuangan bahan-bahan terbuang ke kawasan yang
telah ditetapkan.Hal ini akan menyebabkan berlakunya dua permasalahan
apabila berlakunya hujan lebat atau loji pecah iaitu:
I. Seandainya sisa-sisa terbuang ini mengalir di permukaan air ia akan
menyebabkan sistem akuifer terjejas.
II. Hidupan air juga kan turut terjejas akibat permasalahan.
Di samping itu,pencemaran air juga akan mengakibatkan kandungan
nutrien dapat mengarah pada eutrofikasi.Sampah organik seperti air
comberan (sewange) menyebabkan peningkatan oksigen dalam air yang

akan memberi impak ke atas seluruh ekosistem alam.


Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami
oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain.
Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana
antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku
adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak
normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber
air tersebut.
Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada
organisma laut di perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke
laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran
persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh
mengancam hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut juga turut
menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti
ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak,
pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu
pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom
kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak
betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang
menemui maut.
KESAN PENCEMARAN BUNYI KE ATAS ALAM SEKITAR
EKOLOGI ALAM
Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung
kesan-kesan kebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya
mempunyai kaitan yang rapat. Kebisingan dikenal pasti meninggalkan
kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan kebisingan boleh
dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan psikologi serta kesan
ke atas ekonomi. Kesan biologikal dan psikologi boleh dibahagikan kepada
tiga kategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan, kesihatan
dan habitaliti. Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai
harta benda.
Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara
langsung atau melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu
kenikmatan mendengar radio, televisyen, waktu pembelajaran serta waktu
rehat seseorang. Kebisingan yang melampau juga boleh mengakibatkan
kesan negatif kepada pendengaran. Kesan yang nyata adalah seperti
pekak dan pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen (dalam
Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi bising boleh mengganggu
pertumbuhan kanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir
menjadi kering, usus kejang dan kerosakan buah pinggang.
Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan

terganggu, gangguan tidur dan pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan


sebagai suatu tekanan dalam kehidupan moden dan kemungkinan
terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidak diabaikan. Walaupun bunyi
bising mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukar untuk kita
meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu mempunyai
sifat dan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh memberi
kesan kepada tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerjakerja yang memerlukan daya kreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin
yang memerlukan kepantasan yang berterusan amat mudah dipengaruhi
oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan terjadinya banyak
kesilapan.
Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan
nilai harta benda yang terletak berhampiran puncanya. Penyebab utama
kepada kejatuhan nilai harta benda biasanya adalah berpunca daripada
bunyi bising kenderaan, tetapi kesan ini hanya berkait dengan nilai tapak
kediaman. Walau bagaimanapun, kesan ke atas penurunan nilai harta
tanah mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan sendiri.
Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang dianggap istimewa
seperti berhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai
kemudahan awam mungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang
dialami akibat kebisingan. Oleh itu nilainya tidak akan turun walaupun
terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yang lebih tinggi diberikan
kepada faktor kemudahan awam.
Bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan menyebabkan
tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar keseimbangan
sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa, dan menganggu
penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan
pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong
kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal.
Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat yang
disebabkan bunyi bising, dalam kes spesies terancam mungkin merupakan
laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan
kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka menyadai diri
mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat
Bunyi bising turut menyebabkan spesies berhubung lebih kuat, yang
dikenali sebagai tindak balas vokal Lombard. Ahli sains dan penyelidik
telah melakukan ujian yang menunjukkan lagu paus adalah lebih panjang
apabila pengesan kapal selam diaktifkan. Sekiranya makhluk tidak
"bercakap" cukup kuat, suara mereka akan tenggelam oleh bunyi
"anthropogenik". Bunyi yang tidak didengari ini mungkin amaran,
pencarian mangsa, atau persediaan bagi jaring buih. Apabila satu spesies
mula bersuara lebih kuat, ia akan menengelami suara speseis lain,
menyebabkan keseluruhan sistem ekologi akhirnya bercakap lebih kuat.

Burung Robin Eropah European Robins yang tinggal dalam persekitaran


bandar lebih cenderung untuk menyanyi pada waktu malam di tempat
yang memiliki pencemaran bunyi yang tinggi pada waktu siang,
mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana ia lebih senyap, dan
perutusan mereka boleh disebarkan melalui persekitaran dengan lebih
jelas. Yang menariknya, kajian yang sama membuktikan bahawa bunyi
waktu siang adalah jangkaan lebih kuat bagi nyanyian waktu malam
berbanding Pencemaran cahaya, yang sering kali dikatakan punca
fenomena tersebut.
Zebra finch menjadi kurang taat dengan pasangannya apabila terdedah
kepada bunyi trafik. Ini mampu mengubah arah evolusi melalui pemilihan
trait, menyerap sumber yang biasanya digunakan bagi aktiviti laindan
dengan itu mendorong kepada akibat genetik dan evolosi yang besar.

KESAN PEMANASAN GLOBAL KE ATAS ALAM SEKITAR


EKOLOGI ALAM

Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di


kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan
peningkatan aras laut. Pencairan lapisan ais juga akan menyebabkan
ekosistem terjejas. Peningkatan suhu dan perubahan ekosistem akan
menyebabkan sesetengah spesis kehidupan tidak dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran dan akan mati. Manakala, sesetengah spesis
kehidupan pula akan mula migrasi ke tempat lain.
Iklim di sesetengah kawasan pula akan terganggu dan tidak menentu.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, yang
menyebabkan kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan
akan ditenggelami air. Banjir dan ribut yang tidak menentu akan melanda
di kebanyakan tempat dan penduduk di sekitar kawasan pantai dan
kawasan rendah akan mengalami kesan yang paling buruk.
Selain itu pemanasan global akan turut menjejaskan penghasilan
makanan dan rantai makanan. Ini akan menyebabkan berlakunya masalah
kekurangan bekalan makanan seperti gula dan beras. Pada tahun 2009,
Malaysia telah mengalami masalah kekurangan gula kerana pengeluar
gula terbesar di dunia iaitu negara Brazil dan India telah mengalami
musim kemarau dan banjir yang menyebabkan tanaman mereka rosak.
Keadaan ini telah menyebabkan kekurangan bekalan dan harga yang
melambung tinggi.
DI samping itu,pemanasan global juga akan mengakibatkan haiwanhaiwan serta timbuh-tumbuhan akan terjejas.Hal ini kerana sesetengah
haiwan dan tumbuh-tumbuhan memerukan suhu yang sesuai untuk proses
photosinthesis.Sekiranya suhu di kawasan sekitar tersebut melebihi julat
suhu seperti kebiasaan,hal ini sudah pasti akan mengakibatkan haiwan

dan tumbuhan akan terjejes.Sekiranya perkara ini berlaku secara


berterusan,sudah pasti perkara ini akan mengakibatkan kepupusan fauna
dan flora untuk di masa hadapan malahan hidupan akutik juga akan turut
terjejas akibat permaslahan ini.
Seterusnya,pemanasan global akan mengubah lanskap dunia.Perkara ini
berlaku akibat pencairan ais di kutub utara dan selatan yang akan
mengakibatkan air laut semakin dalam sehingga menyebabkan pulaupulau yang kecil akan ditenggelami air.

Anda mungkin juga menyukai