Anda di halaman 1dari 1

1.

SENI VISUAL
1.1 Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah menjurus kepada seni tampak. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam
proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman
daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat
mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi
pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi
empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan
membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada
perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan. Melalui
kefahaman aspek di atas, murid akan dapat memahami mengenai pelbagai khazanah
dalam konteks seni warisan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai