Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PROGRAM INTERNSHIP PPG

Sebelum
Sebelum menjalankan program ini di sekolah, saya telah mengikuti taklimat
pelaksanaan program internship di IPG Kampus Rajang yang telah disampaikan oleh
encik. Semasa taklimat tersebut kami telah difahamkan untuk menlaksanakan inovasi
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebaik sahaja saya kembali ke
sekolah, saya telah memaklumkan mengenai pogram ini kepada pihak pentadbir
sekolah. Saya juga mula membuat perancangan bagi melaksanakan program tersebut.
Semasa merancang saya telah menyediakan satu kertas kerja bagi memastikan aktiviti
yang dirancang berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.
Saya memilih inovasi dari segi kaedah pengajaran dimana saya dapat membantu
pelajar-peajar saya yang lemah dalam membuat inferens. Kaedah ini dinamakan
SPKG, singkatan bagi Senarai Pilih Kait Guna dimana pelajar dibantu untuk membuat
nferens dengan lebih mudah dan berkesan. Idea ini timbul daripada kajian tindakan
yang juga saya jalankan di sekolah ini. Daripada dapatan saya melalui pengumpulan
data-data ari ujian lepas, didapati para pelajar terutamanya kelas 5 Amanah lemah
dalam membuat inferens bagi pemehatian yang dibuat dalam peperiksaan mereka.
Dengan adanya inovasi ini saya berharap para pelajar saya dapat lebih menguasai
kemahiran proses sains ini.

Semasa,
Semasa menjalankan program internship ini saya telah memilih 2 waktu mengajar pada
hari khamis untuk mengaplikasikan kaedah SPKG ini dalam membantu mereka
membina inferens bagi tajuk-tajuk yang diajar. Saya merasa amat bersyukur kerana
diberikan peluang untuk mengaplikasikan kaedah dalam pengajaran saya secara
terancang. Dengan adanya peluang ini saya dapat mengumpul data dan menilai
keberkesanan kaedah yang saya inovasikan ini samaada ianya berkesan dalam
membantu pelajar membuat inferens. Saya juga dapat merasa kembali suasana
praktikum yang penah dilalui satu masa dahulu dan membuat rancangan mengajar
yang lengkap disamping menajamkan kemahiran merancang dan melaksanakan
pengajaran yang teliti kerana kebiasaanya sebagai guru di sekolah kita hanya membuat
persediaan yang ringkas dan bahan bantu mengajar yang terhad disebabkan oleh
kekangan masa yang terhad dan banyak kelas alin yang perlu diambil kira

Selepas.