Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih kepada saudari pengerusi majlis. Yang saya hormati dif-dif
jemputan, dekan fakulti, para pensyarah. Yang diraikan pelajar Program
Dakwah dan Pengurusan Islam Tahun 4 dan hadirin hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya,
dapat kita sama-sama berhimpun pada Majlis yang gilang-gemilang di Hotel
Singgahsana ini untuk meraikan para pelajar Tahun 4 yang bakal
menyelesaikan pembelajaran mereka di Universiti Sains Islam Malaysia, pada
tahun yang terakhir ini.
Firman Allah: Innaddina indAllahil Islam.
Sesungguh agama yang diredhai Allah hanyalah Islam.
Menjadi pelajar program Dakwah dan Pengurusan adalah satu
amanah buat kami para pelajar kursus ini. Menggalas harapan Universiti
Sains Islam Malaysia ini sendiri, agar dapat menjadi salah seorang yang
berjaya dibentuk menjadi generasi al-abrar yang meneruskan legasi
perjuangan baginda Nabi S.A.W berdasarkan metod dakwah bil hal wa
dakwah bil hikmah secara khususnya adalah tanggungjawab dan amanah
yang besar yang dipikul oleh semua pelajar program Dakwah dan
Pengurusan Islam.
Kami di pihak penganjur, sangat berbesar hati, untuk meraikan
kegembiraan para seniour Tahun 4, yang telah bertungkus lumus, berjuang
menuntut ilmu dari mula hinggalah ke tahun yang terakhir ini. Semangat
para pelajar tahun 4, semestinya menjadi azimat kami, warga pelajar kursus
Dakwah dan Pengurusan Islam untuk menjalankan amanah menuntut ilmu,
seperti mana yang dilakukan oleh para seniour kami.

Besarlah harapan kami di pihak penganjur, agar usaha kecil kami,


dalam meraikan para seniour pada Majlis Annual Dinner Daieman
memberikan seribu satu makna sebagai tanda penghargaan kami buat para
seniour yang merupakan abang kakak buat kami adik-adik Program Dakwah
dan Pengurusan Islam. Mudah-mudahan majlis ini dapat mengeratkan lagi
silaturrahim semasa kita, seterusnya menjadi azimat buat kita semua untuk
meneruskan perjuangan hingga menggenggam bukan sekadar segulung
ijazah, namun menggenggam dunia di tangan dan akhirat di hati. InsyaAllah,
semoga Allah redha.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, kami di pihak penganjur ingin
mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang sudi
bekerjasama sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan program ini. Kami di pihak penganjur sentiasa mendoakan para
seniour agar Berjaya bergraduasi sebagai Mahasiswa Gemilang Kelas
Pertama. InsyaAllah.
Biar ditempuh menah tribulasi,
Tatkala mengejar impian dan cita.
Biar masa berlalu pergi,
Ukhuwah terjalin tak akan di lupa.
Sekalian, saya akhiri ucapan saya yang mewakili pihak penganjur
Annual Dinner Daieman dengan lafaz salam, Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai