Anda di halaman 1dari 1

RESEPI TAU FU FA

Bahan-bahannya :
250 gram Kacang soya - rendam selama 4 jam atau lebih
1 liter air
1 sudu teh gypsum powder
1 sudu besar tepung jagung dan 1/4 cawan air panas
Untuk air gulanya :
Rebusan air gula dan daun pandan. Terbaik kalau gula melaka.
Cara-caranya :
1. Kisar kacang soya bersama air. Perah air soya guna penapis teh tarik atau penapis yg sesuai.
2. Masak perahan soya sehingga mendidih dan biar lama sikit.
3. Bancuh tepung jagung,air dan gypsum powder. Letakkan dalam bekas.
4. Tuangkan rebusan air kacang soya tadi ke dalam bekas berisi gypsum powder. Biarkan disitu sampai sejuk. Ingat
jangan sesekali cuba kacau pati soya tu dengan bancuhan gypsum powder. Biarkan dan jangan diusik-usik, takut2
nanti cair dan tak jadi.
5. Bila dah sejuk boleh pindahkan dalam peti ais. Boleh dimakan dengan air gula.