Anda di halaman 1dari 6

Penulisan Akademik

Menurut Plato (427-347 M dalam buku Falsafah pendidikan, falsafah ialah usaha
mencari kearifan melalui proses dialektik dan usaha mengetahui hal keadaan jiwa
manusia. Konsep Plato berkenaan falsafah ini berbagai-bagai, dan ini dapat
diperhatikan dengan jelas dalam dialog-dialognya. Menurut John Wild dalam buku
Falsafah Pendidikan, falsafah ialah usaha memahami faktor-faktor dasar mengenai
dunia yang kita alami. Menurut Russel (1946) dalam Ann, falsafah dimaksudkan
sebagai sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini kerana,
seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat
dibuktikan. Manakala, seperti pendekatan sains, falsafah pula berusaha menggunakan
taakulan dan logic untuk membuktikan fahamannya. Oleh itu, Russell memandang
falsafah merupakan sebagai sesuatu bidang kawasan tanpa manusia, didedahkan
untuk serangan antara teologi dan sains.
Falsafah Pendidikan Negara dengan sifatnya yang mantap masih dikekalkan dalam
Akta Pendidikan 1996 ini. Namun sedikit tambahan perkataan dilakukan bagi
memantapkan lagi falsafah ini. Falsafah Pendidikan Negara seterusnya dikenali
sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Mereka digubal daripada usaha
berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana
yang telah disebutkan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk Rukun Negara.
Pakar-pakar pendidikan telah menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan
mengambil kira semua aspek yang berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat
dan negara. Berdasarkan kepada pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan,
Rukun dan ciri-ciri ideologi serta kebudayaan Malaysia, maka Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) yang dinyatakan berikut adalah digubal dan diumumkan secara rasmi
pada tahun 1998.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi


sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan insan
yang berilmu berakhlak mulia dan bertanggungjawab dan juga menjadi seorang
warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk
pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan
cita-cita negara. Secara keseluruhannya, tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli
keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak
mulia dan berbakti.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) masih relevan dengan pendidikan abad ke 21


yang menuntut murid-murid menguasai empat bidang utama iaitu pertama penguasaan
dalam bidang maklumat, media, literasi komputer, kedua kemahiran berdaya cipta,
ketiga kemahiran komunikasi dan kolaboratif, dan keempat produktiviti dan kemahiran
membuat keputusan. Bidang pertamanya ialah penguasaan dalam bidang maklumat,
media, dan literasi komputer. Menurut Wan Mohd. Zahid (1993) dalam Roystan (2012),
pada abad ke-21 para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera
otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang. Dari sudut proses
pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat
pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk

membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Dalam proses penilaian pelajar
pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran;
perlaksanaan penanda aras dan ujian atau peperiksaan secara talian terus akan
menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Menurut Wise (1999)
dalam Roystan (2012) Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching,
learning and assessment.
Menurut Ngan (1994) dalam Siti Azian Azrol Nasoha (2011) literasi komputer membawa
maksud yang lebih luas kerana bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga
pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala kesedaran komputer mula merujuk
kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakan dalam masyarakat, kesan
kegunaanya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap kehidupan
manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang komputer,
manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan penggunaan
komputer. Mc Keown (1986) dalam Siti Azian Azrol Nasoha (2011) jika seseorang itu
celik komputer, dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu
menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain. Bidang ini sangat
penting untuk setiap individu kerana pada abad ke-21, negara akan menghadapi
cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Maka pelajar hendaklah
dipersiapkan mental mereka untuk menerima abad ke-21 ini secara beransur-ansur.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengorah langkah dalam hal ini. Teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat
keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan
komunikasi dalam organisasinya. Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat
daripada pelbagai sumber melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk
tujuan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan tahu menggunakan teknologi
komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, computer dan sebagainya. Melalui
penggunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka muridmurid akan lebih memahami setiap apa yang diajar kerana di beri gambaran dan
persembahan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan
proses pengajaran dan pembelajaran berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap

masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana
mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pada zaman ini, kebanyakkan pelajar atau murid
mencari maklumat dengan menggunakan telefon, suratkhabar, pelayaran internet dan
sebagainya.

Di samping itu, OPAC merupakan petunjuk kepada setiap sumber maklumat. OPAC
adalah singkatan untuk Online Public Access Catalog dan merupakan katalog paling
terkini dan kebanyakan perpustakaan pada hari ini menggunakannya

untuk

menggantikan katalog manual mereka. Maklumat boleh dicari menggunakan pangkalan


data computer. Katalog dalam talian atau Online Public Access Catalog (OPAC)
adalah sebuah sistem computer yang digunakan untuk mencari dan mengesan
maklumat

yang

perpustakaan.
maklumat

terdapat

Melalui

perpustakaan

dalam

sistem
turut

sesebuah

perpustakaan
menjadi

lebih

perpustakaan
berkomputer
mudah.

atau

sekumpulan

proses

memperolehi

Pengguna

hanya

perlu

menggunakan Online Public Access Catalog (OPAC) yang diletakkan berhampiran


kaunter sirkulasi dan menggunakan computer yang disediakan untuk mencari bahan
yang diperlukan. Hal ini juga memudahkan anggota kaunter untuk membantu pengguna
yang memerlukan bantuan dalam penggunaan Online Public Access Catalog (OPAC) .
Online Public Access Catalog (OPAC) memudahkan pengguna mencari maklumat
menerusi carian melalui pengarang, tajuk, perkara, nombor kelas, dan no. ISBN.

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan


dengan kerjasama YTL Communication. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh
Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada
penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia. Visi 1BestariNet adalah mengubah
platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid
kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet

yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan
Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G. hal
ini dapat memperkembankan potensi pelajar dalam pelbagai aspek melibatkan intelek,
rohani emosi, dan jasmani. Pelaksanaan konsep sekolah bestari adalah selaras dengan
keperluan pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21. Oleh yang demikian
peluasan pelaksanaannyake seluruh negara adalah suatu langkah yang bestari dalam
menyediakan generasi yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa yang semakin
mencabar. Dengan ini, murid dapat mendapatkan maklumat dengan senang, cepat dan
mudah. Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang
ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Malaysia dan berkaitan dengan sistem ini.
Elemen ini menyarankan murid-murid yang memiliki sikap suka membaca, cintakan
ilmu pengetahuan serta menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Muridmurid yang berilmu pengetahuan merupakan murid yang memiliki ciri-ciri seperti
mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu
pengetahuan dan berusaha meningkatkan serta menyebarkan ilmu di samping
memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain. Selain itu, murid juga
menggunakan link yang berkaitan untuk mencarikan maklumat bagi menambahkan
ilmu pengetahuan. Untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ilmu
pengetahuan yang mendalam perlu ada dalam diri masyarakat. Murid-murid lebih
mengetahui situasi dan perubahan yang akan berlaku pada abad ke-21.

Anda mungkin juga menyukai