Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM INTERNSHIP

[KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI

1.1 Tajuk
Projek inovasi yang telah dipilih

ialah bertajuk penggunaan Perimbor

membantu meningkatkan kemahiran Mengenal nombor awal matematik 1


hingga 7 dalam kalangan murid autism. Perimbor ialah hasil inovasi dalam
cara permainannya. Projek ini dipilih berdasarkan perbincangan yang
melibatkan bersama guru pembimbing, guru penolong kanan Pendidikan
Khas Integrasi dan guru-guru Pendidikan Khas Integrasi SK Morib.
1.2 Pengenalan
Nombor merupakan konsep asas dalam pembelajaran matematik.
Aktiviti belajar melalui bermain merupakan salah satu pendekatan yang
sesuai

digunakan

untuk

murid-murid

berkeperluan

khas.

Permainan

matematik ini dapat membantu meningkatkan kemahiran mengenal dan


menulis nombor awal 1 hingga 7 dalam kalangan murid berkeperluan khas.
Justeru itu, permainan ini direka dan digunakan untuk menguji keupayaan
mengenal dan menulis nombor awal matematik 1 hingga 7 murid ini.
Sekiranya mereka seronok dan teruja menggunakan permainan tersebut,
mereka akan dapat mengenal dan menulis nombor awal matematik 1 hingga
7.
Bahan bantu mengajar yang akan dihasilkan ialah satu alat permainan
yang menggunakan bahan terpakai dan kos yang murah. Bahan ini
dinamakan Perimbor iaitu singkatan dari perkataan Permainan rim nombor.
Bahan ini dibuat menggunakan rim basikal terpakai dan alat pemegangnya
serta tapak penahan. Petak nombor 1 hingga 7 yang akan dilekatkan di
sekeliling. Rim nombor ini boleh berpusing dan berhenti pada penunjuk
nombor.
HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM INTERNSHIP

[KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

Dalam permainan ini terdapat tiga langkah dan aktiviti yang perlu
dilakukan oleh murid-murid. Langkah pertama murid-murid diberikan bentukbentuk nombor 1 hingga 7 dan whiteboard magnetic. Seorang murid diminta
memusing rim nombor hingga berhenti pada penunjuk nombor. Murid-murid
diminta menyebut nombor yang telah berhenti pada penunjuk. Murid-murid
akan padankan nombor pada rim tersebut dengan objek nombor yang sama.
Seterusnya, subjek menyusun objek nombor yang diberi di whiteboard
magnetic mengikut urutan yang betul.
Dengan bimbingan guru, aktiviti ini akan diulang beberapa kali
sehingga objek nombor yang diberi kepada subjek selesai dipadankan
dengan Perimbor. Selain itu murid juga akan memadankan nombor yang
ditunjukkan pada rim dengan kad nombor yang digantung di dinding. Aktiviti
selanjutnya ialah membimbing murid menulis nombor 1 hingga 7. Diharap
agar inovasi dalam permainan ini dapat membantu proses pembelajaran dan
pengajaran (PdP) yang lebih menarik.
1.3 Objektif
1.3.1 Dapat meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis nombor
1 hingga 7 untuk membantu murid-murid berkeperluan khas
menguasai kemahiran matematik.
1.3.2 Penggunaan Perimbor dapat membantu untuk meningkatkan
kemahiran

menulis

nombor

hingga

murid-murid

berkeperluan khas.
1.3.3 Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama di antara
murid-murid berkeperluan khas
1.3.4 Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses PdP yang
membosankan.

1.4 Rasional projek


HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM INTERNSHIP

[KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses


pengajaran di dalam kelas. Justifikasinya, bermain adalah aktiviti yang sangat
penting kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak termasuk
kanak-kanak berkeperluan khas. Projek ini adalah satu projek yang dapat
menarik minat murid-murid berkeperluan khas terhadap permainan dan
seterusnya memberi pengetahuan tentang sesuatu subjek. Guru dapat
membantu murid-murid berkeperluan khas ini untuk belajar melalui bermain
dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling mereka. Projek ini juga
dapat mempelbagaikan teknik PdP yang boleh digunakan oleh guru-guru di
dalam kelas.
1.5 Skop dan limitasi projek
Skop projek Perimbor ini adalah untuk kegunaan guru mengajar di
dalam kelas, meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis nombor 1
hingga 7 dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas. Terdapat beberapa
perkara

yang

telah

membataskan

projek

Perimbor

ini

untuk

menyediakannya. Bagi menghasilkan Perimbor ini, terdapat bahan yang


pelbagai, sama ada bahan terpakai seperti rim basikal yang tidak digunakan
dan bahan yang perlu dibeli. Rim basikal ini perlu diletakkan pada tapak yang
menggunakan besi kukuh dan ringan supaya boleh menahan rim basikal
semasa diputarkan.
Semasa penyediaan bahan-bahan ini, perlu difikirkan juga dari aspek
keselamatan dan kemudahan untuk dibawa ke mana-mana. Murid-murid
berkeperluan khas boleh menggunakan permainan ini dengan bimbingan
guru. Tanpa bimbingan guru, murid-murid mungkin hanya bermain-main
sahaja tanpa mendapat faedah. Ini disebabkan oleh perkembangan

dan

pertumbuhan kanak-kanak berkeperluan khas ini tidak normal.

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM INTERNSHIP

[KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

1.6 Kepentingan dan Impak projek


Melalui kaedah bimbingan dan menggunakan teknik belajar sambil
bermain, guru-guru dapat membantu meningkatkan kemahiran mengenal dan
menulis nombor awal 1 hingga 7 terhadap murid-murid berkeperluan khas.
Apabila murid-murid berkeperluan khas ini dapat belajar sambil bermain,
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan.
Teknik permainan matematik yang sesuai dan menarik minat murid
berkeperluan khas perlu dibina. Guru seharusnya menggunakan pelbagai
kemahiran dan merancang suatu tindakan yang boleh membantu mengatasi
masalah murid dalam pemahaman matematik.
Pelajar-pelajar akan mudah tertarik kepada proses pembelajaran dan
pengajaran kerana proses untuk mengingat fakta melibatkan tiga deria iaitu
penglihatan, pendengaran dan perbuatan. Melalui manipulasi model konkrit,
murid-murid berkeperluan khas berpeluang melalui pengalaman matematik
yang akan membantu mereka memperoleh pemahaman konsep matematik
dan seterusnya meningkatkan pencapaian dalam matematik.
1.7 Anggaran kos projek

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM INTERNSHIP

Bil

[KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

Jenis Bahan

Kuantiti Harga

Jumlah Kos

1.

Rim basikal saiz 14

2.

Mounting board

1 keping X RM 3.50

RM 3.50

3.

Embossed numbers

1 Set X 2.90

RM 2.90

4.

Kertas A4

1 rim X RM 14.00

RM 14.00

5.

Magnetic Whiteboard

1 X RM 9.00

RM 9.00

6.

Double side tape

1 X RM 3.90

RM 3.90

7.

Stylish Eva Foarm sticker

1 X RM 2.00

RM 2.00

8.

Name Badge Holder

7 X RM 0.70

RM 4.90

9.

Small Whiteboard

1 X RM 7.90

RM 7.90

10.

Besi terpakai + Upah Kimpalan

L/S RM 20.00

RM 20.00

11.

Whiteboard Marker

2 X RM 1.90

RM 3.80

JUMLAH

RM 71.90

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM INTERNSHIP

[KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

1.8 Kaedah penyelidikan atau metodologi projek


1.8.1 Mengenal pasti masalah
Tinjauan masalah dilakukan dengan menggunakan tiga kaedah iaitu
pemerhatian, temubual, dan analisis dokumen.
Jadual 1: Kaedah Yang Digunakan Dalam Tinjauan Masalah

Bil.

Kaedah

Cara Pelaksanaan

Temu bual dijalankan


1.

Temu bual

bersama dengan guru


yang mengajar murid

Tujuan

Untuk mengesan
kelemahan murid
secara terperinci dan
menghasilkan bahan
inovasi yang sesuai

2.

Pemerhatian

Memerhatikan tingkah
laku murid semasa PdP
dijalankan

Untuk mendapatkan
maklumat berkaitan
dengan tingkahlaku
murid secara terus

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM INTERNSHIP

3.

[KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

Analisis

Meneliti hasil kerja murid

dokumen

Untuk mengesahkan
kelemahan murid dan
mencari penyelesaian

Tinjauan awal dijalankan bagi membolehkan saya mengenal pasti


masalah dan menghasilkan bahan inovasi yang sesuai untuk mengatasi
masalah tersebut. Melalui kaedah tinjauan masalah ini, saya dapati muridmurid berkeperluan khas dalam kelas 1 myvi gemar bermain basikal pada
masa lapang. Terdapat murid-murid autisme yang gemar bermain dengan alat
permainan yang ada di sekolah seperti puzzle yang berwarna cantik dan
bersaiz besar. (Hasil perbincangan dengan guru Pendidikan Khas)
Oleh hal yang demikian, maka saya telah memikirkan satu teknik
menggunakan projek inovasi menggunakan rim basikal dan nombor. Idea ini
saya kongsikan bersama guru-guru pendidikan khas di sekolah ini. Dengan
mengambilkira pandangan dan juga cadangan penambahbaikan yang
diberikan, projek inovasi yang diberi nama perimbor akan dihasilkan.

1.8.2 Cara menggunakan projek inovasi


Langkah 1
i. Rim nombor dipusingkan ikut arah jam
ii. Apabila rim berhenti pada penunjuk nombor, murid akan
menyebut
nombor tersebut
iii. Murid memilih nombor magnet yang diberi dan memadankan
dengan nombor pada rim
iv. Murid menyusun nombor magnet pada whiteboard magnetic
mengikut urutan yang betul ( 1 7 )

Langkah 2
HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM INTERNSHIP

[KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

i. Rim nombor dipusingkan ikut arah jam


ii. Apabila rim berhenti pada penunjuk nombor, murid akan memilih
kad nombor yang digantung
iii. Murid memakai nombor tersebut dan menulis pada papan tulis
iv. Murid menulis semula nombor mengikut urutan yang betul
1.9 Proses Perlaksanaan
Minggu 1 -

Proses perbincangan dan lakaran.

Minggu 2 -

Menyediakan bahan inovasi

Minggu 3 -

Menggunakan bahan inovasi dalam sesi PdP

Minggu 4 -

Guru lain menggunakan bahan inovasi dalam sesi PdP,


membuat penilaian keberkesanan projek yang dihasilkan.
Penilaian dilakukan dengan guru pembimbing dan
pentadbir sekolah.

2.0 Kesimpulan
Secara konklusinya, projek inovasi perimbor yang dihasilkan ini
diharapkan dapat

membantu meningkatkan kemahiran mengenal dan

menulis nombor awal matematik 1 hingga 7 dalam kalangan murid-murid


berkeperluan khas terutama murid autisme. Penghasilan projek ini mendapat
kerjasama daripada pentadbir dan juga guru-guru pendidikan khas di sekolah
ini. Melalui perbincangan dan idea-idea kreatif dikemukakan, usaha
menghasilkan bahan inovasi ini akan dapat diterjemahkan segera dalam
bentuk sebenar yang dirancang. Bantuan daripada semua pihak akan
menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk
melaksanakan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha
yang jitu daripada semua pihak.

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS