Anda di halaman 1dari 14

BALASAN

BERBOHONG
Hari semakin gelap.Ridhuan,Osman dan rosdi
masih leka dengan kerja meraka.Jerat-jerat
yang pasang dua hari lepas banyak yang
mengena.Mereka terkekeh-kekeh keriangan
melihat mangsa jerat terkial- kial meronta.
Osman tersentak apabila jam tangannya
berbunyi.Tetapi Rosdi langsung
tidakmengendahkannya.Tangannya rancak
melilit tangsi pada kayu-kayu kecil yang suda
dipotong.Dua hari lagi pasti ada mangsa lain
pula yang kena.
Kau kunci jam ke?Tanya Rosdi
kemudian.
Hasaja nak beri ingat,jawab Osman.
Pukul berapa?
Enam setengah.
Dah gelap ni.Marilah kita balik,ajak
Ridhuan.
Isynak risau apa.Aku dah biasa kat
sini,kata Rosdi.
Biasa apa?Baru dua kali kau datang
sini,balas Osman.
Kalau macam tu,marilah kita balik.Nanti
tak jumpa jalan keluar pula.

Rosdi terpaksa menurut ajakan Ridhuan


walaupun ada beberapa jerat lagi yang belum
dilihat.Dia mahu melihat jerat-jerat itu.Mungkin
ada yang mengena.Bertambah banyaklah
jumlah tangkapan yang dibawa pulang.Kalau
dpat tiga ekor lagi,genap sepuluh ekor
semuanya.
Sudah jauh meninggalkan kawasan
berpaya tempat menahan jerat burung wakwak,Rosdi,Ridhuandan Osman masih tidak
bertemu jalan keluar.Sebab utama ialah
keadaan hari yang sudah gelap.Mereka tidak
dapat mengecam lorong manayang dilalui tadi.
Aku rasa kita ada masalah ni.Kita dah
tersalah jalan,ucap Osman cemas.
Nak terus atau nak patah balik?tanya
Ridhuan pula.
Aku rasa kita ni masih berada dalam
kebun getah Pak Latip.Maknanya kita belum
pergi jauh dari kampong kita,Rosdi
menyampuk,agak berlainan sedikit bunyimya.
Aku tahulah.Masalahnya sekarang kita
bukan berada dalam kampong.Tapi dalam
kebun getah,suara Osman sedikit
meninggi.Geram dengan kata-kata
Rosdi.Akhirnya Ridhuan membuat keputusan
iaitu mereka berhenti saja di situ.Tak payah
meneruskan perjalanan atau berpatah balik ke
belakang.Cari ranting-ranting kayu dan
hidupkan api.Rosdi ada membawa mancisDia

bercadang hendakmemasang beberapa ekor


hasil tangkapan.
Nak tidur kat sini ke?Tanya Osman
kebingungan.
Dah Maghrib ni.Dah tak nampak jalan
keluar lagiKalau kita teruskan ,entah kemana
pula kita , jawab Ridhuan.Namun dia berharap
benar ada orang dating mencari.
Kebetulan terdapat sebatang anak sungai
kecil,banyak manfaatnyakepada mereka
bertiga.terutama sekali
berwudhuk.Dalam
waktu yang meresahkan begitu,ingatan dan
pergantungan kepada Allah SWT lebih kuat
daripada biasa.
Selepas solat Maghrib,Ridhuan berkira-kira
hendak menyembelih tiga ekor burung wakwak.Dia mendengar bunyi sesuatu.Tapi dia
buat-buat tak dengar.Tak mahu memikirkan
bukan-bukan.Namun apabila Osman bertanya
dan Rosdi pula menambah,Ridhuan tidak boleh
buat-buat tenang lagi.Rupa-rupanya dua orang
kawannya itu juga mendengar apa yang dia
dengar.
Tak ada apa-apalah,kata Ridhuan.Ambil
burung dalam bakul tu,bawa ke sini.
Tak sempat Rosdi bergerak ,tiba-tiba
muncul seekor haiwan yang
menakutkan.Osman lebih pantas
bertindak,melompat ke belakang pokok tempat
dia bersandar.Begitu juga Ridhuan.Tinggal

Rosdi seorang diri.Dia cuba mengawal dirinya


walaupun dadanya mula berdebar.
Ya Allah! Selamatkanlah aku, rintih
Rosdi perlahan.
Dia tunduk mencapai sepuntung kayu api
yang sedang menyala.Dia mesti bertindak
lebih dulu sebelum haiwan pemangsa itu
menerpa ke arahnya.Rosdi memberanikan
dirinya.Dilontar kayu yang menyala itu kea rah
musuh yang sedang merenungnya seiring
dengan jeritan yang sekuat-kuatnyaNaahh!
Lari kau!!
Usaha Rosdi berhasil.Lintang-pukang
binatang itu melarikan diri.Berkali-kali Rosdi
mengucapkan syukur kepada Allah kerana
telah menyelamatkannya.Selepas yakin
binatang itu tidak dating lagi,Ridhuan dan
Osman pun keluar dari tempat persembunyian.
Tak sangka kau ni seorang yang berani
rupanya,Osman memuji Rosdi.
Tak patut kau orang tinggalkan
aku.Kawan mesti tolong kawan,bukan biarkan
kawannya dalam bahaya,balas Rosdi
melepaskan rasa tidak puas hatinya.
Minta maaflah,Rosdi .Kami tak
sengaja.Kami panik tadi,akui Ridhuan pula.
Aku rasa ini balasan Allah.Allah nak
mengajar kita,kata Osman.
Kenapa pula?

Sebenarnya aku dating tadi tak beritahu


emak dan ayah aku,jelas Osman,sedar
kesilapannya.
Samalah macam aku.akau cakap tadi nak
pergi sekolah.Ada latihan kokurikulum,tambah
Ridhuan pula.
Ookalau macam tu kita ni
samalah.Ingatkan aku seorang sajayang dating
tak minta kebenaran,Rosdi pula membuka
rahsianya.
Memang sahlah, ini semua hukuman
keranakerana kesalahan kita tidak bercakap
benar.
Sekali lagi mereka terperanjat.Mereka
mendengar suara orang bercakapcakap.Semakin lama semakin dekat.Kemudian
mereka melihat kilauan cahaya lampu
picit.Cepat-cepatOsman memadam unggun api
yang sedang menyala.
Dari tempat persembunyian,Ridhuan,Rosdi
dan Osman melihat lima orang lelaki sedang
mencari-cari sesuatu.Selain membawa lampu
picit,dua orang mereka membawa lampu
gasoline kecil. Cahayanya cerah melimpah ke
sekitar.
Eh itu kan pak imam kampong?kata
Osman mengenal pasti seorang daripada lima
lelaki itu.
Ituitu ayah aku,kata Ridhuan pula.
Mereka dating cari kita,kata Osman lagi.

Mereka pun bergegas keluar dari tempat


persembunyian.Bukan saja ayah Ridhuan,ayah
Rosdi dan ayah Osman pun ada sama.Nasib
baik ada bekas unggun api yang masih
berasap,menjadi petunjuk untuk mengesan
kedudukan mereka.
Tiga sekawan itu meminta maaf daripada
ayah masing-masing atas apa yang telah
berlaku.Mereka berjanji tidak akan
mengulanginya lagi.Mereka berterima kasih
kepada adik perempuan Rosdi.Dialah yang
memberitahu ayahnya tentang pemergian
abangnya ke kebun getah Pak Latip.
Dia mengetahui hal itu apabila mendengar
perbualan pendek antara Rosdi dan dua
kawannya sebelum mereka masuk ke kebun
getah penduduk kampong letaknya hampir dua
kilometer dari rumah mereka.

IMAN LAWAN NAFSU


Jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari.Zaidi
sudah bersiap hendak ke masjid untuk

menunaikan silat Zuhur.Ada lebih kurang dua


puluh minit lagi sebelum masuk waktu.Saja dia
bersiap awal,memandangkan tidak ada apa
yang hendak dibuat.Hari minggu,banyak masa
terluang.
Semasa melintasi ruang tamu,Zaidi berasa
hendak berehat sekejap.Lalu dia duduk di sofa
sambil menikmati kesegaran angina dari kipas
yang terpasang.Tiba-tiba timbul didalam
hatinya rasa hendak solat dirumah saja.Tak
payah pergi ke masjid.
Solat di rumah saya sajalah.Di rumah pun
boleh solat juga,bisik hatinya.
Zaidi terdiam.Perlukah dia menurut bisikan
itu?Dia bersandar ke kerusi.Dia berfikir tak
patut pula dia menukar niat asalnya yang
hendak ke masjid.Dia hendak pergi
menunaikan solat.Bukan hendak pergi lepaklepak atau pergi membuang masa.
Tahulahtapi di rumah pun boleh
solat,suara di dalam hatinya berbisik lagi.
Memang boleh,fakir Zaidi.Tapi solat
berjemaah lebih besar pahalanya daripada
solat seorang diri.Solat sendiri dapat satu
pahala.Solat berjemah dapat dua puluh tujuh
pahala.Jadi,lebih bagus solat
berjemaah.Lagipun boleh jumpa orang ramai
Jangan terburu-buru.Engkau ni masih
muda.Banyak lagi masa kau nak buat mal
kebajikan,Zaidi dipujuk lafi.

Zaidi tunduk seketika.Kemudian terfikir di


benaknyamemang betul aku masih
muda.Tapi tidak bermakna aku boleh hidup
sampai ke usia tua.Macam mana kalau mati
dalam usia yang masih muda.
Tak apa,kan Allah maha pengampun dan
maha pengasih.Allah maha pemaaf.Bila buat
salah,Allah akan ampunkan,kata hati Zaidi.
Zaidi tersenyum.Dia tidak bersetuju
dengan bisikan halus didalam hatinya
itu.Kemaafan Allah hanya untuk orang-orang
yang menyerah diri kepadanya.Orang yang
meminta maaf atas kekurangan dan
keterlanjurannya.Bukan kepada mereka yang
menderhaka dan meninggalkan perintah
Allah,tetapi mengharapkan keampunan Allah
SWT.
Begini sajalah,Zaidi.Ikut saja jalan
tengah.Nak sembah Allah sembahlah.Nak buat
amalan akhirat,buatlah.Tapi dunia fikirkan
juga.Untuk dapat dunia,tak usah sakitkan
kepala.Apa yang boleh dapt ambil saja.Tak
payah fakir sangat soal halal dan haram.susah
nanti,kata suara halus di dalam diri Zaidi.
Zaidi mengangguk-angguk perlahanlahan.Dia mahu menafikan pujukan jahat di
dalam hatinya.Dia berfikirkalau macam mana
tu,syurga mahu dan neraka pun mahu juga!
Kenapa pula begitu?

Yalah,yang baik dibuat dan yang jahat tidak


ditinggalkan.Bahkan mencampuradukkan
kebaikan dengan kejahatan.Bekerja,berusaha
mencari keperluan untuk hidup memanglah
perkara baik dan dituntut oleh Allah SWT.Tetapi
janganlah ketepikan hokum-hakam Allah iaitu
yang halal dan yang haram hendaklah diberi
perhatian.
Zaidi berasa semakin bersemangat.Dia
tahu,bisikan jahat di dalam hatinya itu adalah
bisikan nafsu dan syaitan.Menggoda dan
menghasutnya supaya memandang rendah
perintah Nabi Muhammad SWT yang sangat
menuntut supaya umatnya menunaikan solat
secara berjemaah.
Tapi jangan lupa pesan Nabi yang
menyuruh umatnya berbuat ibadah seolah-olah
akan mati esoknya.Dan bekerja seolah-olah
akan hidup selama-lamanya.Nabi suruh kerja
kuat untuk hidup lama;seolah-olah hidup
selama-lamanya.Ertinya hidup yang lamalah
tu,bisikan jahat berdesislagi di dalam hati
Zaidi.
Beribadah cukuplah sampai esok
saja.Sebab seolah-olah kau akan mati
asok,mana sempat nak lebih-lebih,kata suara
halus itu lagi.
Terfikir pula Zaidikalau dah tahu esok nak
mati,takkan buat ibadah lebih kurang
saja.Kenalah bersungguh-sungguh sebab

peluang untuk hidup hampir tamat.Dan kalau


dah rasa akan hidup lma,janganlah asyik buat
kerja saja sampai lupa nak sembah Allah.Esok
boleh sambung lagi ,kan kita hidup lama?!
Mahu kau hidup miskin,tak ada harta
benda?Yalahorang lain kerja kuat tapi kau
asyik tumpu pada beribadat saja.
Zaidi tidak fakir begitu.Bukan bermakna
orang yang rajn beribadah malas bekerja.Malah
kerja itu juga dikira sebagai ibadah kalau betul
niatnya serta perlaksanaannya.Niat kerana
Allah sebab Allah yang suruh bekerja.Allah
suruh tanggung diri dan keluarga dengan
bekerja.Tetapi syaratnya kerja itu mestilah
dihalalkan olehnya.
Jangan sekali-kali kesibukan atau harta
benda melalaikan daripada mengingati Allah
SWT.Gunakan harta benda itu untuk mencari
keredhaan Allah seperti bersedekah dan
sebagainya.Para sahabat Nabi SAW dulu pun
ramai yang kaya- raya.
Suka hati kaulah,Zaidi.Tapi rasanya hari ni
bagus juga kalau kau solat di rumah saja.Cuaca
di luar tu panas.Tak elok untuk kesihatan.
Tiba-tiba terdengar suara bacaan bacaan
al-Quran dari corong pembesar suara masjid
yang terletak tidak jauh dari rumah Zaidi .Zaidi
menolek ke muka jam yang tersangkut di
dinding.ada lebih kurang sepuluh minit lagi
sebrlum azan dilaungkan.

Zaidi beristighfar seraya bangkit berdiri.Dia


membaca auzubillahbeberapa kali sambil
melangkah ke pintu.Dia mahu sampai ke
masjid sebelum azan dilaungkan.Dan dia
bersyukur kerana bisikan-bisikan halus di
dalam hatinya tidak lagi mengganggunya.
Dengan lafaz bismillah,Zaidi
menyarungkan selipar dan mengatur langkah
ke masjid.Sempat dia detikkan di dalam
hatinya,aku ke masjid kerana Allah Taala.

Nama ahli kumpulan :


Nurul Atirah
bt.Karimudin
bt.Kifflee
bt.Dahrum
bt. Amir
Nama kumpulan :

Siti Nur Farhanah


Nur Fazlina
Nur Adila Shuhada

F.A.S.A
Nama guru pembimbing :
Pn.Kalsom
bt.Saad

Kami dari kumpulan F.A.S.A ingin


mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru-guru dan ibu bapa
kami kerana telah memberi
dorongan dan tunjuk ajar kepada

kami sehingga folio ini siap dengan


sempurna.

Anda mungkin juga menyukai