Anda di halaman 1dari 14

PENTAKSIRAN

KENDIRI-

KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah
satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dalam
konteks
pendidikan,
pentaksiran
merupakan
satu
episod
dalam
proses
pembelajaran
yang
merangkumi
aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor
da menginterpretasi maklumat tentang hasil
pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan
tertentu.

Proses : Langkah / tindakan / operasi yang


digunakan untuk mendapatkan hasil yang
dikehendaki.
Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar
dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
Penghakiman
:
Proses
pertimbangan
tentang pencapaian pendidikan pelajar.
Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang pelajar peroleh setelah melalui proses
pendidikan.

TUJUAN PENTAKSIRAN

Proses mendapatkan gambaran


seseorang dalam pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan


pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan


pengajaran dan pembelajaran

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang


tersusun dan sistematik bersesuaian
dengan tahap
keupayaan murid

tentang

prestasi

tentang

Melibatkan semua atau sebahagian besar


murid dalam kelas secara efektif.

Merancang dan melaksanakan


tindak susul yang berkesan

Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai,


merekod, memberi skor dan

menginterpretasi maklumat tentang hasil


pembelajaran seseorang pelajar.

aktiviti

KONSEP KENDIRI
Konsepkendirimerupakanpenilaianseseorangterhad
apdirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya
secara positif atau negatif.
Untuk membina konsep kendiri seseorang juga
menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini
meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya
melalui dirinya dan juga perasaan tentang
kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar
merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran
mereka.

Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang


pelajar benar-benar tahu atau berupaya
mengetahui.
Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak
mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat
refleksi, pertimbangan dan penilaian.Penilaian
kendiri membolehkan pelajar menilai, dan
seterusnya mengenal diri sendiri.
Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri
sebagai suatu gambaran persepsi seseorang
tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan
konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan
persekitarannya.

Darisegipsikologi,Hall danLandsayseperti
yangdipetikoleh Staats(1963), berpendapat
konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:
1) tanggapan diri seseorang individu
2) proses yang menentukan tingkah laku
seseorang individu
SyarifahAlawiah(1987),pulamenyatakan
kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi
bagi seseorang individu yang unik dan dinamik
lahir daripada interaksinya dengan
persekitaran.
Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri
tingkah laku perasaan dan fikiran.

FUNGSI
Dalam pembelajaran, baikdi dalam mahupun diluar bilik darjah, penilaian
kendiri;
membolehkanpelajarsecaraindividu,mengukurdanmembuat
refleksiterhadapkekuatandankelemahankendiridalam penguasaan
sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu;
memberipanduankepadapelajartentangdarimanadiaharus
memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya;
memberikeyakinankepadapelajartentangperanannyadalam menilai
perkembangan diri dan pencapaiannya;
mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan
dankekurangan/kekuatandankelemahannyadalamsesuatu
bidang/kemahiran,
membolehkanpelajarsentiasabersikapkritisterhadapkerjanya.

KAEDAH
Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan
berkesandanmenepati matlamatnyaguruhendaklah:

- meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri


dalam proses pembelajaran.
- mengemukakansoalan-soalan yang boleh membantu pelajar
membuat penilaian kendiri.
- melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran
mereka berpandukan instrumen seperti senaraisemakatau
alatrubrik.
- membimbing pelajarmelaporkan dapatanpenilaian masingmasing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran
seterusnya;

Penilaian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar


yang berkenaan menstruktur sendiri segala butiran
yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak
dicapai, samaada dalam bentuk senarai
semakatau sebagainya,
kemudianmemintakerjasamarakansebayanya
(individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap
dirinya.

Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis


sendiri oleh pelajar tersebut.

Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap


penilaian mengenai dirinya sendiri itulah menjadi
penilaian kendiri.

KONSEP KENDIRI POSITIF


Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri
sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang
baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia
juga meliputi sikap terbuka dan memberi
pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik
dan stabil.
Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
- Menghargai
- Memuji orang lain
- Puas hati dengan pencapaian
- Mudah berkawan

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif


- Cenderung untuk merasa salah
- Takut kepada kegagalan
- Sering merasa bimbang
- Pencapaian akademik yang rendah
- Mudah berputus asa

Sekian,
Terima
kasih