Anda di halaman 1dari 63

SCRIPT TITLE

Written by
Name of First Writer

Based on, If Any

Address
Phone Number

FADE IN:
1

EXT. RAZAK MANSION - SIANG

Pokok, dari situ, Yusof, 60, berjalan membawa Tote Bag dan
bungkusan plastik yang berisi barangan membuat kuih. Yusof
berhenti memandang ke langit lalu memandang ke kiri dan
menunduk.
YUSOF
Humming lagu Asmara Bergelora.
Kita akan melihat keseluruhan Flat ini dan Aktiviti PENDUDUKPENDUDUK. Dari Balcony Rumah Wan Yi di Tingkat 2 kita nampak,
Wan Yi, 50, memakai baju kurung kedah memandang ke arah
Yusof, dia berkata sesuatu dan Yusof senyum.
WAN YI
(Lip sync)
Mi Amor...
AMIR, 10, bersandar di dinding Peti Surat. Yusof menghampiri
Yusof Yusof mengusap kepala Amir . Yusof naik ke atas.
Dari Bata-Bata Dinding, kita nampak silhouette Yusof menaiki
tangga ke Tingkat 2.
YUSOF (O.S.)
Humming lagu Asmara Bergelora.
Kita bergerak dan melihat Rumah Wan Yi dari kawasan Balcony.
Wan Yi yang sudah berada di pintu rumahnya yang terbuka
seketika nampak Yusof ada di hadapan pintu.
CUT TO:
2

EXT. RUMAH WAN YI - MOMENTS LATER

Yusof menyerahkan bungkusan plastik pada Wan Yi. Yusof dan


Wan Yi berpandangan, Yusof beredar ke sebelah kanan. Wan Yi
masih memandang pada Yusof yang berjalan menaiki tangga ke
Tingkat 3.
CUT TO:
3

INT. RUMAH YUSOF - MOMENTS LATER

Dapur yang sederhana. Terdapat Paper Bag yang dipenuhi dengan


daun pandan. Dapur yang minimilist untuk berdua.

2.

Dinding di hiasi dengan pelbagai Origami Rama Rama yang di


tampal dan terdapat Pokok Origami ditengah-tengahnya. Di atas
meja Tersusun Cebisan Origami yang tidak siap (Ini adalah
Origami 3D Rama-Rama bersaiz besar).
Yusof masuk meletakkan Tote Beg, lalu mengeluarkan kotak dari
beg tersebut. Terdapat Origami didalamnya. Yusof memilih
parts of Origami yang ada dan meletakkan di sebelah kanan dan
kiri meja.
YUSOF
Humming lagu Asmara Bergelora.
Yusof menoleh ke bilik Husin yang terbuka sedikit. Dari situ
nampak Beg Besar, beberapa helai kemeja di atasnya, katil
yang tidak berkemas dan Album Foto.
Yusof mengambil kertas dan mula melipat Origami, setelah siap
dan meletakkan di sebelah kiri meja. Yusof berhenti Humming
dan menoleh ke atas, ke kiri dan memandang pada Balcony.
NOTE: Ini adalah bayangan Yusof melihat Rama-Rama terbang.
Kita tidak melihatnya.
Yusof meletakkan cebisan origami yang dibuatnya dan mengikuti
rama-rama itu hingga ke Balcony.
4

BALCONY

Rama Rama hinggap di siling. Yusof panjat grill dan cuba


mencapai Rama-Rama itu.
CUT TO:
5

INT. RUMAH WAN YI - DAPUR - LATER


Wan Yi sedang melakukan persiapan awal membuat Kuih Tepung
Pelita. Terdapat tempat mengisi Kuih Tepung Pelita yang
diperbuat dari daun pandan, bersusun dengan banyak.
Wan Yi mengambil beg plastic yang ditinggalkan Yusof dan
mengeluarkan barang-barang yang ada. Wan Yi tahu barang
tersebut kurang atau tersalah beli.
WAN YI
Mengeluh perlahan.
Dengar suara orang yang sedang kecoh kecoh di bawah-luar.
Balcony.
AMIR (O.S.)
Pak Yusof- Pak Yusof, jangan!

3.

Wan Yi menjengah-pandang ke Balcony.


SUARA (O.S.)
Yusof! Kecoh Kecoh yang berterusan.
Wan Yi sangsi dan pergi ke Balcony.
6

BALCONY

Wan Yi melihat ke bawah, Amir tunjuk rumah Yusof. Beberapa


Penduduk bising-bising dan memandang ke Balcony Rumah Yusof.
Wan Yi menoleh ke arah Rumah Yusof, terkejut dan tergamam.
Yusof meronta-ronta tergantung dari Balcony rumahnya ke
bawah, dengan Kaki di atas Kepala di bawah.
CUT TO:
7

INT. SEKOLAH - KELAS - PAGI SAMA

Mendekati kelas ini. PELAJAR-PELAJAR, 17, berminat dan fokus.


HUSIN, 35, sedang mengajar. LCD Projector di skrin
HUSIN
Chaos theory. Suatu kecelaruan yang
wujud berpunca dari perubahan
sangat kecil pada satu-satu
perkara.
Husin mainkan Video Simulasi dalam komputer. Visual
terpampang di skrin. Murid-Murid memandang.
HUSIN (CONTD)
Susahkan kita nak ramal gerakkan
dia kerana bercelaru.
Visual dari LCD Projector di wajah dan tubuhnya.
JACK
Macam rama-rama la Cikgu.
HUSIN
Sebut pasal rama-rama, dalam Chaos
Theory juga ada dinamakan Butterfly
Effects. macam rama-rama --MAT ROCK, 20an, Penghantar surat, mengetuk pintu. Husin
berhenti mengajar dan keluar.

4.

EXT. KELAS

Mat Rock menyerahkan surat firma guaman. Kita tahu daripada


sampul surat tersebut. Husin Bin Yusof. Kita nampak AMRAN,
30, Cikgu, menjenguk tidak jauh dari situ.
HUSIN
Apa ni?
MAT ROCK
Surat Mahkamah.
Husin terkejut, tandatangan borang penerimaan. Mat Rock
serahkan surat, Husin menyerahkan semula pen dan Mat Rock
pergi. Husin membelek surat dan mahu buka, tiba-tiba, dia
menerima panggilan talephone.
Husin lihat no-tidak dikenali. Murid-Murid mula buat bising.
Husin jawab.
HUSIN
Hello.
(diam dengar)
Eh, kejap-kejap. Siapa ni?
(pada murids)
Senyap sikit!
(pada handphone)
Mak Wan? --- Ayah? Kenapa?
CUT TO:
9

INT. KERETA HUSIN - LATER

Memasuki Razak Mansion. Kereta berhenti, kiri nampak Truck


Bomba beredar dari situ. kanan, nampak Sign Board Razak
Mansion. Terus ke hadapan dan mendekati kawasan ini.
CUT TO:
10

EXT. RUMAH WAN YI - CORRIDOR - MOMENTS LATER

10

Tangga di tingkat 2, Hussin bergerak naik ke tingkat 3, dia


berhenti kerana terdengar suara Yusof dari rumah Wan Yi.
YUSOF (O.S.)
Ya.
WAN YI (O.S.)
(Tertawa kecil-manja)
Kacak sungguh dia kat Toronto. Ini
kat mana pula?

5.

Husin berpatah balik dan menuju ke Rumah Wan Yi.


YUSOF (O.S.)
Entah.
Husin mengintai. Wan Yi dan Yusof duduk hampir dan sedang
membelek Photo Album milik Husin yang menghimpunkan Foto-Foto
Husin sewaktu Sekolah ke Universiti.
WAN YI
Ada tulis kat photo ni. New York.
Mesti seronok. Ceria je dia. Ini
dengan Faridah --11

INT. RUMAH YUSOF - MOMENTS LATER

11

Husin terjah ke pintu. Wajahnya sedikit tidak selesa. Wan Yi


memegang photo, diam.
HUSIN
Ada apa ni? Dengar macam cemas?
POV Husin: Wan Yi dan ke bawah. Nampak Kaki Yusof yang
berbalut.
Husin tersedar, rasa sesal dan terus beredar. Wan Yi dan
Yusof berpandangan. Wan Yi ke dapur mahu jumpa Husin tetapi
Husin sudah pergi Wan Yi lihat kukusan tepung pelita.
YUSOF
Budak.
Yusof masih membelek Album Photo.
YUSOF (CONTD)
Humming Asmara Bergelora.
Photo Album, Husin dan Faridah di luar negeri.
CUT TO:
12

INT. RUMAH YUSOF - MALAM

12

Meja tersusun dengan cebisan origami di kanan,kiri,atas dan


bawah. Terdapat Pinggan berisi Tepung Pelita, bertutup tudung
saji kecil.
YUSOF
Humming Asmara bergelora.
Yusof membuat Takung Tepung Pelita dari daun pandan. Penuh
craft, bersahaja dan mudah. Pintu di buka dan Husin masuk.

6.

HUSIN
Ayah.
Yusof pandang Husin sambil membuat takung. Husin mengambil
satu origami di kiri-atas dan membelek Origami itu.
YUSOF
Humming Asmara bergelora.
HUSIN
Siapa nama Aji tu?
YUSOF
Aji mana?
HUSIN
Alah yang hantar daun pandan ni.
YUSOF
Lama dah meninggal.
HUSIN
Yang ni, siapa hantar?
YUSOF
Mat Aceh.
Husin belek daun pandan.
HUSIN
Ha. Pakai plastik je Ayah. Senang.
Husin mendekati Yusof, meletakkan Origami di lantai, lalu
melihat dan memegang kaki Yusof yang berbalut. Husin bangun
dan tinggalkan Origami dilantai.
YUSOF
Letak tempatnya balik.
Husin ambil Origami lalu meletakkan di salah tempat. Buka
tudung saji. Dia suka kerana ada kuih Tepung Pelita. Husin
merasa kuih dan dia gembira.
HUSIN
Siapa buat?
Yusof diam dan ambil Origami yang Husin salah letak dan letak
di tempat asal. Husin masuk bilik sambil makan.
13

BILIK HUSIN

13

Husin dalam bilik membelek fail-fail. Ada surat sokongan


untuk terapi Dr Sofea. Husin memandang keluar dari tingkap.

7.

14

TINGKAP

14

View from a window.


CUT TO:
15

EXT. RUMAH KARIM - CORRIDOR - PAGI

15

Husin sudah bersiap mahu ke sekolah, dia melihat sekitar


tempat itu dan mengingati silamnya. Sampai di Rumah Karim dia
menjenguk seketika dan terus berjalan.
KHAMISAH (O.S.)
Husin.
Husin terhenti kerana suara itu. Husin berundur dan memandang
ke dalam rumah. KHAMSIAH, 60an, di atas kerusi roda,
memandang Husin lalu menolak kerusi roda menuju ke pintu.
Khamisah menggagahkan untuk bangun dan kerusi Roda dan terus
memeluk Husin, melepaskan kerinduan. Amir yang sudah bersiap
dengan pakaian sekolah keluar dari bilik dan memandang.
CUT TO:
16

EXT. PASAR - RUANG JUAL KUIH - PAGI

16

Wan Yi, memakai kebaya sedang sibuk melayan PelangganPelanggan yang datang membeli. Bekas Kuih yang kosong
bersusun di sebelah. Yusof duduk di belakang membuat Origami.
SENAH, Makcik Kepoh, 50, baru datang.
WAN YI
Nak berapa kali ni?
Senah ambil satu kuih dan rasa. Dia gembira dan duduk di
belakang bersebelahan Yusof.
SENAH
Kenapa Kaki tu Usop?
Yusof jeling dan terus melipat Origami. Senah menikmati
kelazatan tepung pelita.
SENAH (CONTD)
Tak da pulak dengar orang menganyam
origami tergeliat kaki.
Pelanggan_pelanggan lain datang dan membeli. Wan Yi melayan.
WAN YI
Bual layan pelanggan.

8.

SENAH
Wan, bungkuskan aku punya dulu.
Yusof mengemaskan origami dan meletakkan ke dalam kotak,
masukkan ke dalam beg lalu gantung di gerai. Yusof mengemas
bekas tersebut.
WAN YI
Laa, biar je kat situ. Wan kemaslah
nanti.
Yusof mengangkat dan membawa bekas dan keluar dari situ. Wan
Yi masih melayan Pelanggan.
CUT TO:
17

EXT. PASAR - PARKING LOT - MOMENTS LATER

17

Yusof membawa bekas, tercari cari dimana dia parking kereta.


Selang seketika setelah merayau, baru dia teringat.
Berpatah balik dan menuju ke keretanya dan meletakkan bekas
tersebut ke dalam keretanya. Dalam kereta nampak origami.
CUT TO:
18

INT. BILIK TERAPI - SIANG

18

Husin berjumpa dengan Dr Sofea untuk sessi theraphy. Sambil


menjawab soalan / bercerita Husin melipat Kapalterbang
kertas.
HUSIN
Aku dah pindah rumah Ayah aku.
Sofea membelek Fail dan melihat alamat rumah Husin yang lamaApartment Faridah.
SOFEA
Dimana rumah tu?
HUSIN
Razak Mansion.
Sofea angguk, tanda alamat alamat baru di fail.
SOFEA
Antara Apartment yang paling awal
di bina selepas merdeka.
HUSIN
Doctor tahu juga ya.

9.

Sofea angguk. Husin bangun dan duduk memandang Sofea.


HUSIN (CONTD)
Kat aparment tu, Semuanya masih
macam dulu. Tidak berubah.
Sofea angguk dan dengar.
HUSIN (CONTD)
Kelmarin waktu aku nak pergi
mengajar, aku jumpa jiran lama aku.
Dulu dia duduk kat sebelah rumah
aku. Lepas dia sakit, pakai kerusi
roda, dia pindah rumah bawah. Tukar
suka sama suka. Doctor tahu faham
kan?
SOFEA
Siapa jiran tu?
HUSIN
Khamisah. Lebih tua dari aruah emak
aku dan ayah aku. Khamisah, aku dah
anggap dia macam Emak aku.
Husin terdiam. Wajahnya berubah. Sofea menyedari.
CUT TO:
19

EXT. RAZAK MANSION - PADANG - PETANG

19

Penduduk-Penduduk sedang Beriadah dan berjalan keluar masuk.


Melalui Balcony, nampak Penduduk melakukan aktiviti didalam
rumah mereka. LIM, 60an, dan TEMAN-TEMAN, Sebaya, sedang
berbual sambil melihat tanaman yang ada disitu.
Amir main dekat situ. Yusof dan Wan Yi duduk di bangku. Wan
Yi selesai melipat baju Yusof dan Husin. Yusof melipat Takung
Tepung Pelita dan meletakkan di kotak.
WAN YI
Apa cerita terbaru Mak dan Ayah kat
sana Amir?
AMIR
Sihat Mak Wan. Dah lama juga mereka
tak hantar poskad-surat.
WAN YI
Mereka sibuk sikit tu. Sabar je.
Ada ada nanti. Macam selalu tu.

10.

Amir belek Origami dan takung. KARIM, lalu dan singgah. Amir
terus bermain.
KARIM
Yusof, mana isteri Husin?
YUSOF
Entah.
WAN YI
(Tanya Karim)
Kata nak betulkan paip kat rumah
bang Yusof, bila tu?
KARIM
Eh Lupa la. Nyanyuk dah ini.
Tengoklah Esok lusa. Khamisah tu
bukan boleh tinggal sangat.
(Pada Yusof)
Husin balik ni nak bawa kau pindah
ke, Yusof?
Yusof diam.
KARIM (CONTD)
Dah berapa lama dia tak balik? AnakAnak ni, dua benda je sebab dia nak
balik. Satu, sibuk sebab dia tahu
kita nak dapat rumah baru. Kedua,
sibuk nak ajak kita pindah sama
dia.
Wan Yi menjeling kerana pertanyaan itu. Yusof masih melipat
takung kuih pelita.
YUSOF
Ya.
WAN YI
Visa Amir macam mana Abang Karim?
KARIM
Itu lah ...
WAN YI
Kenapa?
KARIM
Aku cuba selesaikan lah tu..
Karim diam memandang pada Yusof yang masih melipat Takung.

11.

KARIM (CONTD)
Wan, kau belajar lah lipat-lipat
takung kuih tu. Kalau Yusof dah tak
ada nanti, senang lah sikit.
Yusof pandang dan senyum. Serah daun pandan pada Wan Yi.
Karim pergi dari situ menuju ke tempat Lim.
YUSOF
Humming Asmara Bergelora.
Wan Yi cuba mellipat buat takung, tapi gagal. Dia diam
pandang jauh.
CUT TO:
20

EXT. APARTMENT FARIDAH - MALAM

20

Bangunan yang gagah mencakar langit. Disini Faridah tinggal.


Lampu di tingkat 21, masih Off. Husin berjalan kaki keluar
secara tergesa-gesa dan menuju ke keretanya yang di parking
agak jauh dari situ.
Di luar kereta, dia memandang rindu ke rumah. Dia akur
akhirnya, bahawa penghuni rumah tersebut tidak pulang lagi.
CUT TO:
21

INT. RUMAH WAN YI - MALAM SAMA

21

Wan Yi memakai baju kebaya, keluar dari bilik. Membetulkan


rambutnya. Mengambil kunci di meja, berfikir lalu menggantung
kunci itu di dinding, Ke dapur dan melihat jumlah kuih dan
melihat kertas pesanan. Melihat jam di dinding, 12:30 AM
Wan Yi tahu ada beberapa pesanan lagi yang tak siap. Wan Yi
mengambil bahan dari peti sejuk. Dan mula menyiapkan kuih.
Menghidupkan Api di dapur.
CUT TO:
23

INT. RUMAH YUSOF - MOMENTS LATER

23

Husin masuk dan melihat meja yang masih di penuhi dengan


Origami pelbagai warna dan berselerak. Dia berfikir Origami
apakah yang sebenarnya mahu di buat oleh Yusof.
24

BILIK YUSOF
Husin buka pintu bilik Yusof, Yusof terjaga.

24

12.

YUSOF
Kau dari mana?
HUSSIN
Sekolah.
Husin selimutkan Yusof. Husin membelai Yusof dan jelas sekali
kasihnya. Yusof sambung tidur. Husin keluar dan tutup pintu
bilik.
25

RUANG TAMU

25

Husin ke meja lalu mengambil salah satu origami dan membelek


lalu meletakkan kembali dan menuju ke Balcony.
CUT TO:
26

EXT. RAZAK MANSION - MOMENTS LATER

26

Husin di Balcony. Memandang ke bawah-arah Rumah Wan Yi. Semua


Rumah di sekitar itu sudah gelap. Rumah Wan Yi masih terang.
CUT TO:
27

EXT. PASAR - SIANG

27

Kuih sudah habis. Wan Yi sudah lama menunggu Yusof. Di tiang


tiada beg. Wan Yi terus duduk menunggu Yusof.
CUT TO:
28

INT. APARTMENT FARIDAH - SIANG SAMA


Husin keluar tangga, terus ke Rumah Faridah. Dia menekan
loceng.
HUSIN
Assalamualaikum. Faridah? Aku ada
hal nak cakap. Aku tahu kau ada.
FARIDAH, buka pintu sikit, mereka berpandangan.
HUSIN (CONTD)
Aku dah berjumpa Psychiatrist.
(diam kiri kanan)
Boleh aku masuk?
FARIDAH
Kau lupa---

28

13.

HUSIN
Mana mungkin aku lupakan kau.
FARIDAH
Ingat tak? Perintah Mahkamah. Kau
tak boleh menghampiri aku dalam
jarak 50 meter. Kau lupa?
HUSIN
Jangan lah macam tu Faridah. Aku
tahu benda tu.
Husin diam lama-cuba menceriakan wajahnya. Faridah buat muka
tak kisah.
HUSIN (CONTD)
Sebab aku datang ni, aku nak ambil
barang-barang dan buku-buku sekolah
tu.. Nak mengajar payah kalau tak
ada.
Faridah masuk, tutup pintu. Husin menunggu, selang seketika,
Loceng bunyi dan pintu Lift terbuka. DUA SECURITY, 40an
menghampirinya. Husin terkejut.
HUSIN (CONTD)
(marah)
Faridah aku nak cakap je lah ..
CUT TO:
29

EXT. JALAN - HADAPAN DBP - SIANG SAMA

29

NOTE: Bayangan Yusof melihat Rama-Rama terbang. Kita tidak


melihatnya.
Kubur Perang Dunia ke2. Yusof berjalan membawa beg Tote,
plastik barang-barang untuk niaga esok. Dia berhenti dan
memandang lama pada kawasan kubur dalam keliru, sedih dan
tidak faham.
NOTE: Ini adalah bayangan Yusof melihat Rama-Rama terbang.
Kita tidak melihatnya.
Yusof mengikutinya terus ke hadapan.
CUT TO:
30

EXT. RAZAK MANSION - LATER

30

Wan Yi keluar dari Teksi. Mengeluarkan bekas kuih dari bonet.


Teksi beredar dari situ.

14.

Wan Yi mengangkat bekas tersebut, nampak Lim, Karim dan


Beberapa Teman sedang melepak tidak jauh dari situ.
WAN YI
Nampak Yusof?
Karim beri isyarat tidak tahu. Wan Yi bimbang.
KARIM
Biasanya dengan kau..
Wan Yi beredar dan bimbang tertanya-tanya.
LIM
(Dalam Cantonese)
Jangan bimbang Yi Min ..
Wan Yi tidak menoleh.
CUT TO:
31

EXT. HI-WAY - MOMENTS LATER

31

Yusof Berjalan melelong dan hampir ke tengah. Land Rover


Polis lalu dan berhenti di hadapan Yusof. Polis keluar lalu
berjumpa Yusof, bertanya sesuatu pada Yusof dan meminta Yusof
masuk dan naik ke Land Rover.
CUT TO:
32

INT. LAND ROVER POLIS - BERGERAK - MOMENTS LATER

32

YUSOF
Humming Asmara Bergelora.
Yusof membuat Origami. Polis yang ada di hadapan hanya
memandang perlakuan Yusof. Memandang sesama sendiri.
CUT TO:
33

INT. BALAI POLIS - KAUNTER - KEMUDIAN


Yusof duduk menunggu sambil membuat Origami dari kertas
latter head Polis. ANGGOTA POLIS di kaunter sedang membuat
kerja mereka.
Di Tempat Duduk Menunggu, Beg Tote Yusof dan longgokan
Origami, Wan Yi duduk, POLIS 1 yang berdiri di hadapannya.

33

15.

POLIS 1
Kakak dengan Abang yang niaga kat
pasar tu kan? Bisnes ok?
WAN YI
Ya. Boleh tahan.
Polis tunjuk Yusof.
POLIS 1
Stress ni Kak. Itu yang mahu sesat
entah ke mana-mana. Hari-hari
niagakan. Penat.
Yusof menyerahkan Origami pada Polis. Polis suka dengan
origami tersebut. Husin masuk. Memandang pada Wan Yi dan
terus ke Kaunter.
WAN YI
Ayah kau tak ada apa-apa. Sikit
hal.
Yusof bangun
origami yang
masuk ke beg
terima kasih

dan menuju ke Wan Yi yang mengemas serpihan


ada di kerusi dan masukkan ke dalam kotak dan
tote. Husin bangun dan bersalam dan mengucapkan
pada Polis dan menghampiri Yusof dan Wan Yi.
HUSIN

Jom Ayah.
Yusof dan Wan Yi mengikuti Husin.
HUSIN (CONTD)
Ayah buat apa ni? Ke mana aje Ayah
pergi?
Yusof mengikuti Husin, Wan Yi mengikutinya.
CUT TO:
34

INT. KERETA HUSIN - MOMENTS LATER

34

Wan Yi dan Yusof di belakang. Husin memandu. Husin melihat


mereka berdua di belakang dari cermin sisi. Wan Yi diam dan
Yusof masih melipat Origami.
Wan Yi ambil pen dan tulis nombor telefonnya di tali beg Tote
Yusof.
CUT TO:

16.

INT. RUMAH YUSOF - MALAM


Yusof masih buat takung. Husin sedang membuat kerja-kerja
sekolahnya. Di meja terdapat borang Visa Canada.
HUSIN
Tak banyak yang berubah kat sini ya
Ayah?
Yusof diam.
HUSIN (CONTD)
Dua puluh tahun lagi rumah ni dan
penghuninya macam ni juga. EntahEntah saya ganti tempat Ayah.
Pintu di ketuk. Masuk Amir dan Karim membawa tool box dan
terus tengok ke dapur.
KARIM
Belah mana yang bocor tu Usop?
YUSOF
Kau tengok je lah kat situ. Amir
dah ni hantar kotak ni ke rumah Mak
Wan.
Amir terus masuk menghampiri Yusof dan mengambil kotak berisi
takung dan melihat borang visa.
AMIR
Macam mana Pak cik dengan borang
ni.
Husin senyum angguk. Amir keluar. Husin pandang borang dan
pandang pada Karim yang sedang repair paip. Yusof ambil beg
dam keluarkan barang Origami dan terius melipat. Sesekali dia
bangun dan membetulkan kedudukan origami yang ada disitu.
YUSOF
Humming Asmara bergelora.
HUSIN
Apa yang rosaknya paip tu?
KARIM
Barang antik. Dari rumah ni ada
paip ni tak pernah bertukar.
HUSIN
Ya. Tukar yang baru je Pak Karim.
Husin terus bangun dan menghampiri Karim yang sedang repair.

17.

KARIM
Masih boleh guna.
Karim terus repair.
HUSIN
Pak Karim, pasal visa Amir tu. Pak
Karim perlukan sponsor. Emmm.
penaja.
KARIM
Kau aje lah jadi sponsor. Kau kan
lama tinggal kat sana. Eh, berapa
tahun kau tinggal kat sana?
HUSIN
Sepuluh tahun. Tapi saya bukan
Permanent Resident. Kalau Faridah -(terhenti-tukar topik)
Antik dah. Macam tuan rumah dia.
Karim terus sambung repair.
CUT TO:
38

EXT. PASAR - PAGI

38

POV Husin mengintai - Wan Yi sedang melayan Pelanggan membeli


kuih. Yusof di belakang duduk sambil melipat Origami. Selesai
melayan Pelanggan, Wan Yi duduk bersebelahan dengan Yusof.
Kita melihat Husin bergerak dari situ dan berhenti. Ada
keresahan dan pertanyaan di wajah dan gerak tubuh Husin.
CUT TO:
39

INT. RUMAH YUSOF - SIANG


Yusof sedang lipat origami. Faridah melihat sekitar ruang
tamu. Melihat origami hampir siap.
FARIDAH
Origami ni semuanya Ayah yang buat?
Yusof senyum dan angguk.
YUSOF
Kau tak kerja?
FARIDAH
Tak.

39

18.

Faridah duduk dan berhadapan dengan Yusof yang seperti tidak


mengenali lagi Faridah.
FARIDAH (CONTD)
Ayah saya ni kan Faridah.
Yusof diam.
FARIDAH (CONTD)
Ayah tak ingat saya lagi ke?
Faridah boleh mengangak keadaan mental Yusof. Dia sedih.
Faridah memegang tangan Yusof. Yusof pandang.
FARIDAH (CONTD)
Maafkan saya Ayah.
YUSOF
Apa salah kau?
Faridah diam. Air mata mengalir. Mereka berpandangan. Selang
seketika, Wan Yi dan Amir muncul di pintu. Mereka masuk.
AMIR
Makcik ni Faridah kan?
FARIDAH
Ya.
AMIR
Husin ada cerita pasal Mak cik.
Betul ke tinggal kat toronto,
seronok? Musim panas, cuti sekolah
tiga bulan?
FARIDAH
Betul.
AMIR
Emak dengan Ayah saya kat sana.
FARIDAH
Emm ..
AMIR
Mereka tinggal di Queen Street
West. Mak cik mesti tahu tempat tu
kan?
Faridah angguk.
WAN YI
Amir. Tolong hantar ni ke rumah Mak
Wan.

19.

Amir mengambil kotak berisi takung dan keluar dari situ.


FARIDAH
Dah lama ke Kakak buat tepung
Tepung pelita?
WAN YI
Dulu aruah Mak Husin yang buat.
Sedap. Nanti. Tunggu. Nanti Makcik
buatkan. Sekejap je bukan lama pun.
FARIDAH
Tak apalah. Lain kali. Sebab saya
datang nak pulangkan barang barang
Husin di rumah tu. Nanti sekejap
saya pergi ambil.
WAN YI
Barang apa? Mak Wan boleh tolong
angkat.
FARIDAH
Tak apa-apa ..
Faridah melihat Yusof dalam sedih dan pilu kerana mahu keluar
dari rumah itu.
CUT TO:
40

EXT. RAZAK MANSION - TANGGA KE BAWAH - MOMENTS LATER

40

Faridah dan Wan Yi menuruni tangga dan menuju ke tingkat


bawah. Dari Bata-Bata Dinding, kita nampak silhouette mereka
menuruni tangga.
WAN YI
kenapa tak suruh Husin saja bawa
barang-barang tu?
FARIDAH (O.S.)
Sebenarnya...
Silhouette mereka tidak bergerak.
FARIDAH (O.S.) (CONTD)
Kami dah bercerai. Dah empat bulan.
41

EXT. RAZAK MANSION - TANGGA TINGKAT BAWAH - MOMENTS LATER 41


Wan Yi diam, simpati dan sedih.

20.

WAN YI (O.S.)
Lepas nafas sedih.
FARIDAH
Baguslah Mak Wan ada. Boleh
tengokkan Ayah tu ... Tengokkan
Husin juga ...
Amir memandang dari tingkat Atas.
CUT TO:
48

INT. BILIK GURU - SIANG

48

Husin pergi FB Faridah. Melihat Photos Faridah. Husin rindu.


Inbox kata kata memujuk. Terdapat Origami Rama-Rama yang tak
siap.
Amran masuk dan menghampiri lalu Husin menyedari dan menukar
kepada web site-image Origami. Amran melihat Husin dan
mengambil Origami tersebut dan membelek.
AMRAN
Origami ni?
HUSIN
Yang ayah aku nak buat ni lagi
susah, yang macam ni.
Tunjuk pada Amran series of photo Origami 3D di google image
dan tunjuk tutorial buat di Youtube.
AMRAN
tergeliat jari kalau aku buat ni..
Ayah, kau macam mana? Sihat?
HUSIN
Alah. Orang tua. Biasalah. Sekarang
ni dia minat Origami. Sejak bila
entahlah.
AMRAN
Orang tua dah pencen, ada masa.
Boleh.
Amran membelek dan cuba menyudahkan Origami tersebut. Husin
berkemas. Ambil beberapa suratnya yang beralamat sekolah,
kunci kereta, masuk kan kunci baru (kunci rumah). Amran ambil
surat Husin melihat alamat.
AMRAN (CONTD)
Kau duduk dimana sekarang?

21.

HUSIN
Rumah Ayah aku
AMRAN
Apartment Bauhaus tu...
Husin angguk.
HUSIN
Panopticon!
AMRAN
Tak baik, tu rumah. Bukan penjara.
CUT TO:
49

EXT. RUMAH YUSOF - CORRIDOR - PETANG

49

Amir sedang berbual dengan Anak Jiran di hadapan rumah Jiran.


Pintu Rumah yusof terbuka. Husin pulang dan melihat, mereka
bertukar senyum. Husin masuk.
CUT TO:
42

INT. RUMAH YUSOF - MOMENTS LATER

42

Husin masuk dan mendekati Yusof sedang menyiapkan takung


pelita. Husin mengambil satu dan membelek. Husin nampak
resit, slip dan fail belian di meja.
HUSIN
Rehat-rehat lah, Ayah. Dah banyak
tu.
Melihat Origami, lihat resit-resit.
HUSIN (CONTD)
Yang Ayah nak buat ni Rama-Rama
monarch ke Swallowtail?
YUSOF
Swallowtail.
HUSIN
Susah ni kan Ayah?
Yusof tidak menjawab. Husin capai tuala dan maish melihat
slip bank. Husin lihat dan nampak nama Wan Yi Min pada slip
bank. Husin rasa bengang. Campak tuala di kerusi.

22.

Husin ke Balcony. Dia masih kehairanan dan bengang dengan


slip bank tersebut. Selang seketika, Dengar bunyi timba
jatuh. Husin terus ke bilik air.
43

BILIK MANDI

43

Yusof mahu ambil timba. Tangan Husin mencapai timba. Husin


mandikan Yusof.
HUSIN
Ayah dengan Mak Wan ni ada apa apa
ke?
Yusof diam.
HUSIN (CONTD)
Dulu saya di Toronto seorang-orang,
lepas tu jumpa Faridah. Balik sini,
seorang seorang balik. Sekarang
saya teman. Ayah ..
YUSOF
Bercerita perkara lain di mana ini
adalah ingatan Yusofmengenai waktu
mereka pergi picnic zaman husin
kanak-kanak.
HUSIN
Menyambumg cerita tersebut dimana
ia adalah ingatan Husin semasa
kanak-kanak. (jawapan ada dalam
series of photo yang ada di frame)
Mereka bercerita sesuatu yang nostalgia dan gembira.
44

BILIK YUSOF

44

CERMIN - Yusof dan Husin.


Husin selesai siapkan Yusof. Yusof masuk ke bilik.
45

BILIK HUSIN

45

Husin pandang sekeliling. Terkejut barang-barangnya sudah


dikemas. Pakaian dan barang-barang sains yang biasa digunakan
untuk mengajar. Cantik disusun. Sijil-sijilnya digantungkan
dalam bilik. Pendulum miliknya disusun kemas.
Husin terlihat gambar dalam frame - Yusof dan Salmah semasa
Husin berusia 10 Tahun, mereka sedang picnic di Taman.
Gambar sekeluarga, ada jari di lens...

23.

Husin menjenguk keluar. Dia sedih.


Surat Mahkamah terbuka dan ada di atas tilam. Maka kita
nampak isi kandungan surat tersebut.
CUT TO:
46

EXT. RAZAK MANSION - CORRIDOR - MALAM

46

Wan Yi dan Amir tunjuk poskad dari Toronto. Wan Yi gembira


dan serah balik lalu gosok kepala Amir.
WAN YI
Masalah visa amir dah selesai?
AMIR
Belum lagi Mak Wan. Atuk kata Amir
perlu penaja.
WAN YI
Pak cik Husin tak boleh bantu.?
Amir geleng. Mereka terserempak dengan Husin yang sudah mahu
menuruni tangga.
WAN YI (CONTD)
Tak tahu.
(Tanya Husin)
Husin ...
HUSIN
Ya.
WAN YI
Ayah --Husin dan Wan Yi berpandangan seketika. Husin terus berjalan.
WAN YI (CONTD)
Kau nak ke mana pula?
Amir dan Wan Yi masih di situ.
HUSIN
Dah lambat ni. Ada kelas.
Husin berhenti dan menoleh.
HUSIN (CONTD)
Lain kali jangan pandai-pandai buka
surat orang!

24.

Amir pandang Wan Yi tak faham.


CUT TO:
47

EXT. RAZAK MANSION - MOMENTS LATER

47

Dari rumah Yusof nampak silhoute Amir, Wan Yi dan Yusof.


Husin memerhatikan dan berjalan menuju ke keretanya.
CUT TO:
51

INT. RUMAH YUSOF - PAGI

51

Husin sudah bersiap. Yusof masih di meja menyiapkan Origami.


HUSIN
Ayah jom kita keluar.
Yusof geleng kepala. Husin ambil kunci kereta yusof. Dan
pegang bahu Yusof.
HUSIN (CONTD)
Ayah pilih kereta saya atau kereta
Ayah?
CUT TO:
INT. KERETA YUSOF - BERGERAK Yusof memandu. Husin sebelah. Husin rasa tak selasa dan tak
yakin dengan cara Ayahnya memandu.
CUT TO:
52

INT. TAMAN RAMA-RAMA - LATER

52

Hubungan antara Yusof dan Husin. Hubungan antara Yusof dan


Rama-Rama.
Pencarian Husin pada Rama-Rama tersebut. Husin menoleh. Yusof
sduah beredar jauh.
Husin mengikuti Yusof.
CUT TO:
53

EXT. RAZAK MANSION - MALAM

53

25.

54

INT. RUMAH YUSOF - MOMENTS LATER

54

Wan Yi tunggu Yusof. Yusof dan Husin sampai. Wan Yi lega.


WAN YI
Dari mana?
Husin tidak menjawab buka pintu dan terus masuk. Yusof masih
diluar.
WAN YI (CONTD)
Abang pergi mana?
YUSOF
Tak tahu, Husin.
Wan Yi dan Yusof di muka pintu. Husin tidak mendengar
perbualan tersebut. Hanya nampak kecerian Wan Yi berbual
dengan Yusof.
YUSOF (CONTD)
(pada Husin-seperti mana
mengarah budak)
Husin ambil kotak tu bawa sini.
Kotak berisi takung di tepi meja. Husin dah masuk bilik.
Yusof masuk ke dalam Rumah. Wan Yi masih disitu dan melihat
pada Dapur, tiada kotak mengisi takung disitu. Yusof
dihadapan pintu bilik Husin.
YUSOF (CONTD)
(semakin tegas)
Husin bawakan kotak tu. Cepat.
Husin keluar. Ambil kotak dan membawa ke pintu. Husin tolak
kotak pakai kaki. Kotak jatuh isi bertarabur. Yusof melihat
kejadian tersebut. Husin tutup pintu. Mendekati Yusof.
YUSOF (CONTD)
(Tegas))
Itu Rezeki Sin, kenapa buat macam
tu?
Husin bersiap dengan pakaian bersahaja nak keluar. Pintu tak
dikunci. Yusof terus membuat Origami.
YUSOF (CONTD)
Humming
CUT TO:

26.

55

EXT. RAZAK MANSION - CORRIDOR - PAGI

55

Dari Lubang dinding, nampak Wan Yi dan Yusof sedang meletakan


barangan jualan mereka di belakang kereta. Begitu mesra.
Husin lihat dan cemburu, buat seketika jadi tak keruan.
LELAKI, sebaya Husin, menghampiri fan melihat sama apa yang
dilihat oleh Husin.
LELAKI
Kau tengok apa Sin ..?
HUSIN
Aku tengok ..
Husin terkejut dan baru menyedari.
LELAKI
Bila kau balik Sin?
HUSIN
Lama dah.
Husin terus beredar.
CUT TO:
56

EXT. RAZAK MANSION - MOMENTS LATER

56

Husin pandu kereta dan mendekati Amir berjalan kaki. Lalu, di


tumpangkan Amir ke sekolah.
HUSIN
Jom
Amir masuk dan senyap saja.Dia tengok sekeliling kereta. Amir
betulkan duduk. Husin buat gaya tangan rapat.
HUSIN (CONTD)
Kau dan Wan Yi selalu masuk rumah
Pak Yusof?
AMIR
Haah. Teman kan Pak Usop.
Amir ambil nametag Faridah yang dia tertindan. Amir tak
selesa dengan Husin.
AMIR (CONTD)
Lama tak nampak Mak cik Faridah.
Dia pergi mana?

27.

Husin mendengus dan ambil nametag faridah dari tangan Amir.


CUT TO:
57

EXT. PASAR - LATER

57

Wan Yi sudah habis berniaga dan mengemas barang. Yusof tak


sampai lagi. Beg tiada di tempat sangkut. Wan Yi risau.
CUT TO:
58

EXT. PADANG - LATER

58

Yusof berjalan tunduk. Dan sesekali pandang ke atas. Kita


tahu dia sesat dan tidak tahu ke mana mahu pergi apabila
terserempak satu pokok.
Ada rama-rama sedang terbang dan Yusof ikutinya ke pokok
lain.
NOTE : Ini seperti di padang sebelah Razak Mansion
CUT TO:
59

EXT. APARTMENT - LATER

59

Husin berjalan masuk melepasi pintu depan apartmen. Security


menyedari kehadiran Husin, keluar dari Post Guard.
SECURITY
Encik, Encik. Tunggu.
Husin berhenti, Security menghampiri Husin.
SECURITY (CONTD)
Saya minta maaf Encik. Encik ni
Husin bin Yusof kan?
HUSIN
Ya.
SECURITY
Maaf Encik, Encik tidak dibenarkan
masuk ke kawasan apartment ni lagi.
Husin buat tak tahu dan terus jalan. Security menghalangnya.
HUSIN
Eh, apa hal ni?

28.

SECURITY
Saya minta maaf Encik. Ini arahan
dari Management. Saya menjalankan
tugas sahaja.
HUSIN
Aku tinggal sini la.
Di Post Guard, Security 2 sedar apa yang berlaku dan keluar
lalu menghampiri Husin.
SECURITY 2
Encik. Kami minta maaf atas apa
yang berlaku. Bukan kami tidak mahu
benarkan Encik masuk. Kalau kami
benarkan Encik masuk kami juga akan
susah sama. Encik ada perintah
mahkamah kan.
Husin tersentak dengar soal Mahkamah. Security 2 memandang
minta simpati. Husin mengalah dan keluar.
Husin singgah di Post Guard. Husin memandang ke dalam dan
nampak photonya tertampal disitu. Husin Koyakkan poster
tersebut dan pergi dari situ.
CUT TO:
60

EXT. PADANG - MALAM

60

Yusof masih di situ, duduk bersandar. Dia hanya duduk membuat


Origami.
NOTE : Ini seperti pokok di padang sebelah razak mansion. Ia
adalah Dreams Sequence.
CUT TO:
61

INT. RUMAH YUSOF - MALAM SAMA

61

Pintu rumah di buka oleh Wan Yi. Husin ada didalam duduk.
Mereka berpandangan.
HUSIN
Cari Abang Yusof ke?
Husin pergi ambil kotak, sambil kuatkan suara nada menyindir
Yusof-Wan Yi.
HUSIN (CONTD)
Malam malam pun Abang Yusof kita
dah ada teman sekarang. Elok ke tu?

29.

Wan Yi buat tak tahu.


WAN YI
Kami tak ada apa-apa lah ... Ayah
mana?
HUSIN
Ada dalam bilik!
Husin tutup pintu. Selang seketika setelah tenang, Husin ke
bilik Yusof dan buka pintu. Yusof tiada. Husin terkejut dan
mulai bimbang.
CUT TO:
63

INT. PADANG - PAGI

63

Sepasang kekasih sedang jogging. Terjumpa Yusof yang sedang


tertidur dan kesejukan. Kekasih A datang menghampiri Yusof.
Kekasih B pandang dari jauh.
Kekasih A nampak dan godek beg Yusof. Nampak No telefon Wan
Yi di tali beg.
CUT TO:
EXT. APARTMENT FARIDAH - PAGI
Husin tersedar dan dia berada didalam kereta yang parking
agak jauh dari tempat penduduk situ parking.
CUT TO:
65

INT. KLINIK - DAY

65

DOCTOR, dan Wan Yi, memakai kebaya, sedang keluar.


DOCTOR
Suami Puan ni, perlu rawatan
susulan.
WAN YI
Suami? Ha, ya ya .. Maksud Doctor?
Wan Yi berkalih ke Yusof.
YUSOF
Mana beg?
Doctor mendekati Wan Yi.

30.

DOCTOR
Cadangkan bawa ke Hospital,
kemungkinan Alzheimer. Yang lain
tak ada masalah sangat.
Wan Yi iringi Yusof keluar. Lim tunggu di luar dalam kereta.
LIM
Macam mana Yusof, sejak Husin balik
ni, macam seperti dulu? Tapi bila
dia dengan kau, dia gembira.
WAN YI
Ya.
CUT TO:
67

INT. RUMAH YUSOF - LATER

67

Lim, Wan Yi dan Yusof masuk ke dalam rumah. Wan Yi ambil beg
kertas yang berisi daun pandan dan bawa masuk ke dalam rumah.
Husin sedang terlena di ruang tamu. Dia bangun terkejut dalam
keadaan mamai.
HUSIN
Kenapa dengan Ayah Uncle Lim?
LIM
Orang jumpa dia tidur kat taman.
Bawa pergi klinik. Nasib baik Wan
Ada.
WAN YI
Ia Husin. Mak Wan ..
HUSIN
Terima kasih la, Uncle Lim.
Husin menghampiri Yusof. Lim memahami dan mengajak Wan Yi
keluar.
LIM
Kita balik dulu Husin.
Husin tutup pintu.
CUT TO:
EXT. RAZAK MANSION - CORRIDOR - MOMENTS LATER
Wan Yi dan Lim berjalan. Anak-Anak bermain di hujung lorong.

31.

LIM
(Dalam Cantonese)
Husin tu bimbang dan mulai cemburu.
Hati-hati.
Wan Yi diam.
CUT TO:
72

INT. BILIK TERAPI - LATER

72

Husin dah ada dalam bilik bersandar malas di sofa. Sedang


bermain dengan kertas.
HUSIN
mula bercerita panjang dia tak
pasti apa yang mengganggu, Yusof
atau Faridah. Mula syak dengan Wan
Yi.
Sofea mendengar.
CUT TO:
69

INT. RUMAH YUSOF - MALAM

69

Yusof duduk di kerusi menyiapkan Origami. Husin sedang


bersiap dalam bilik. Campak baju ke dalam bakul yang sudah
penuh.Dan digantung ke dinding dengan penyangkut dawai.
HUSIN
Selalunya, Ayah pergi ke mana?
YUSOF
Pergi picnic.
Yusof diam. Wan Yi membuka pintu dan masuk.
HUSIN
Apa?
YUSOF
Hantar Kotak ke rumah Wan Yi ..
Husin tak faham cakap Yusof. Dan bawa Yusof ke dalam bilik
dengan kasar sedikit. Ditutupnya pintu. Wan Yi dibiarkan di
luar.

32.

BILIK YUSOF
Yusof tak faham kenapa Husin membawanya ke bilik dan memaksa
duduk di katil. Yusof mahu bangun tetapi Husin memaksanya
duduk kembali.
Husin serba salah dan masih binggung. Terdengar Wan Yi ketuk
pintu perlahan berkali-kali. Husin rimas
HUSIN
Baliklah kau..
Yusof memandang tidak faham pada Husin yang sedang cuba
bertenang. Husin bersandar di dinding dan pejamkan mata. Lama
selepas itu, Husin terjaga. Husin keluar bilik.
RUANG TAMU
Wan Yi masih disitu. Husin ambil kotak berisi takung pelita
dan serahkan pada Wan Yi. Yusof sudah berada di pintu
biliknya dan memandang senyum pada Wan Yi.
CUT TO:
75

INT. RUMAH WAN YI- MALAM

75

Wan Yi sedang kukus tepung pelita. Wan Yi check takung yang


dapat dari Husin, ada yang rosak kerana tak dijaga dengan
sempurna.
Wan Yi cuba membetulkan anyaman takung, tetapi gagal. Wan Yi
hanya menggelengkan kepalanya dan terus membuat kuih.
CUT TO:
76

EXT. PASAR - PAGI

76

Wan Yi sibuk melayan Pelanggan, Yusof buat Origmi. Kuih dah


habis awal. Yusof dan Wan Yi mengemas. Lalu mereka pergi ke
kereta sama.
WAN YI
Abang, apa jadi pada husin tu?
Yusof diam.
WAN YI (CONTD)
Dia ada cerita apa-apa ke?
YUSOF
Budak.

33.

77

EXT. PASAR - MOMENTS LATER

77

Yusof dan Wan berjalan menuju ke Parking Lot. Mereka hanya


diam. Wan Yi masih lagi bertanya.
78

EXT. PASAR - PARKING LOT - MOMENTS LATER

78

Wan Yi dan Yusof meletakan rak ke dalam kereta.


WAN YI
Abang betul ke nak pindah?
Yusof tak beri jawapan. Letak barang kat kereta.
YUSOF
pindah? Tak lah.
Wan Yi senyum gembira.
CUT TO:
79

INT. KERETA YUSOF - MOMENT LATER

79

Yusof memandu, Wan Yi gembira.


YUSOF
Humming Asmara Bergelora.
WAN YI
Hummming lagu sama.
CUT TO:
80

INT. KELAS - SIANG

80

Husin sedang menulis sesuatu di papan hitam. Sedikit


terganggu. Tulisan formulanya, tidak dapat difahami. Pelajar
pelik dan mula kecoh.
ALI
Apa Cikgu merepek tulis ni?
JACK
Syuuhh.
Husin berkalih dan minta pelajar buat latihan dari buku.
Husin duduk dan termenung. Pelajar pula saling bisik-bisik.
Husin terpandang Ali yang sedang beri-ria berbisik.

34.

HUSIN
Ali, keluar sekarang. Masuk lepas
kelas saya habis.
Ali tergamam. Jack buat gaya kepala suruh Ali keluar. Ali
keluar.
Selang seketika, Husin melihat apa yang ditulisnya. Dia
sendiri tidak percaya.
CUT TO:
81

EXT. RAZAK MANSION - BLOCK 8 / 9 - SIANG

81

Yusof berjalan. Berhenti menoleh ke atas dan terus berjalan


ke hadapan. Seolah olah mencari jalan pulang.
WAN YI
Cari saya ke Abang Yusof.
Yusof tersedar dan terus duduk di sebelah Wan Yi.
WAN YI (CONTD)
Flat kita dah lama. Banyak sejarah
kat sini.
YUSOF
Duit, semua boleh jadi.
WAN YI
Dulu ramai orang kat sini. Sekarang
dah tinggal kita-kita je ..
YUSOF
Apa kita je. Anak aku tu sekolah
lagi.
Jauh menunjuk. Budak-Budak sekolah lalu. Yusof ambil kotak
dari Beg dan buka. Wan Yi suka Origami sudah penuh di situ.
CUT TO:
82

EXT. SEKOLAH - CORRIDOR - KEMUDIAN

82

Murid-Murid sekolah sedang balik. Husin cuba riang tetapi


gagal. Amran rasa kerunsingan itu datang dari karenah Yusof.
AMRAN
Susah jaga orang tua...
Amran simpati. Husin buat muka tak selesa.

35.

AMRAN (CONTD)
Aku tak faham, patutnya kau bawa
Ayah kau ke rumah kau. Biar isteri
kau jaga. Bukan kau yang pindah
rumah Ayah kau.
HUSIN
Yang kau sibuk sangat ni apahal?
Amran terkejut. Berpandangan tetapi Husin mengalih ke arah
lain.
CUT TO:
83

EXT. RUMAH YUSOF - CORRIDOR - PETANG

83

Husin masuk dan sedar Yusof tiada di rumah. Keluar rumah lalu
menintai di dinding nampak semua orang ada kecuali Yusof.
Husin mencari Yusof tiada, dia mula marah.
84

INT. RUMAH YUSOF - MOMENTS LATER


Husin pulang ke rumah dia terkejut, lihat Yusof sudah ada
didalam rumah sedang susun Origami di kanan dan kiri meja.
HUSIN
Ayah ke mana ya?
Yusof tak jawab dan terus susun Origami.
YUSOF
Kenapa kat taman dah tak ada
bangku?
HUSIN
Taman mana Ayah?
Yusof pandang Husin dan geleng kepala dan terus melihat
Origami.
YUSOF
Lewat kau balik sekolah?
HUSIN
Banyak kerja Ayah...
YUSOF
Tak payah kerja-kerja. Belajar je.
Husin tak faham.

84

36.

HUSIN
Ayah kunci Rumah. Kunci saya dalam
kereta.
Yusof bagi kunci, Husin terus kunci grill.
HUSIN (CONTD)
Saya keluar sekejap je. Ayah duduk
rumah je. Ayah jangan keluar.
Yusof terkejut. Husin Menggoyang grill-test berkunci atau
tidak. Husin pergi.
CUT TO:
85

EXT. APARTMENT FARIDAH - PARKING LOT - KEMUDIAN


Faridah buka lampu kereta. Husin ada dihadapan.
keluar. berhadapan dengan Husin.

85
Faridah

FARIDAH
Husin, kita dah tak ada apa-apa
lagi!
HUSIN
Aku masih sayang kan kau.
Husin cuba pegang Faridah, tapi Faridah tepis.
FARIDAH
Kita dah ada perintah Mahkamah!
Husin pegang Faridah.
FARIDAH (CONTD)
Jerit.
Husin lempang Faridah.
FARIDAH (CONTD)
Jerit minta tolong.
Security datang, berlaku pergelutan antara Security cuba
menangkap Husin. Security berjaya menangkap Husin.
NOTE: nampak pergelutan dari cermin sisi kereta yang ada
disitu.
CUT TO:

37.

86

EXT. BALAI POLIS - LATER

86

Amran dan HASLAM, Pegawai Polis.


HASLAM
Cikgu, dia dahlanggar perintah
Mahkamah.
Amran terdiam.
AMRAN
Apa maksudnya?
HASLAM
Cikgu tak tahu ke?
Amran menggeleng.
CUT TO:
EXT. RAZAK MANSION - LATER
Amran pergi berjumpa dengan Yusof.
Ini pertama kali dia berjumpa dengan Yusof dan dia tahu
keadaan Yusof.
Wan Yi datang mereka berpandangan.
CUT TO:
87

INT. LOCK UP - LATER

87

Husin dalam lokap.


CUT TO:
88

INT. APARTMENT FARIDAH - SIANG


Faridah menikmati Tepung Pelita. Begitu sedap dan dia
gembira. Wan Yi dan Faridah masuk dan duduk berpandangan.
FARIDAH
Sedapnya kuihnya Kak Wan.
WAN YI
terima kasih. Makan lagi.
Di sudut hujung, Yusof buat origami. Faridah rasa sedih
melihat Yusof.

88

38.

FARIDAH
Susah ke buat kuih ni, Mak?
WAN YI
Tak lah susah mana .. Boleh
belajar. Mak Wan pun aruah Mak
Husin yang ajarkan.
FARIDAH
Benar lah cakap Husin, memang tiada
siapa boleh tandingi rasanya.
Yusof buat origami.
FARIDAH (CONTD)
Saya faham Kak Wan keadaan Ayah dan
Husin. Kalau boleh tak mahu jadi
sampai macam ni.
WAN YI
Mak Wan yakin Husin tu risau tengok
keadaan Ayahnya sekarang.
FARIDAH
Tengoklah apa boleh buat.
Wan Yi tunjukkan borang visa Amir pada Faridah.
WAN YI
Satu lagi, agak-agak Faridah boleh
tolong tak?
CUT TO:
89

INT. RUMAH YUSOF - NIGHT

89

Yusof masih membuat Origami. Wan Yi duduk sambil melihat dan


meyusun. Amir di Balcony memandang keluar sambil membuat
tanglung.
WAN YI
Bercerita soal origami dan kaitan
dengan kehidupan.
YUSOF
Menjawab dan memberikan tamsil yang
pendek. soal pokok yang selalu
mereka kunjungi
WAN YI
Bertanya sebab tidak faham

39.

YUSOF
Jawapan pendek dan ada kaitan
dengan rama-rama.
(Humming lagu)
Memberi jawapan.
Wan Yi faham dan cuba melipat seperti apa yang ada di situ.
Wan Yi tahu dia tidak upaya buat mengikut ukuran yang sama.
AMIR
Apa lagu yang Pak Usop selalu
Nyanyi ni?
YUSOF
Tak ingat.
AMIR
Mak Wan apa tajuk lagu tu?
WAN YI
Mak Wan pun tak tahu, Mak Wan pun
ikut je apa yang Yusof nyanyi.
Yusof terus melipat. Amir menghampiri dinding dan menyentuh
tanglung pada Rama-Rama Origami.
CUT TO:
90

INT. BILIK TERAPI - SIANG

90

Dr Sofea terkejut bila dapat notis Husin datang (memakai baju


dan seluar dia di tahan). Hari itu bukan jadual Husin.
SOFEA
Kamu dari mana ni Husin? Nampak
macam tak terurus.
HUSIN
Lokap.
Sofea terkejut.
SOFEA
Lokap? Kenapa?
HUSIN
Tak apa. Dah selesai lah, Doc..
HUSIN (CONTD)
Luahan tentang pilihan dalam hidup
dan soal Faridah.
Husin mula sedikit marah mula bergerak kiri dan kanan

40.

HUSIN (CONTD)
Syak Yusof menganggap Wan Yi
sebagai Salmah. Dan, meragui
keikhlasan Wan Yi. Wanita suka
permain hati lelaki Faridah nekad
nak pergi berhijrah luar negara.
Merasakan Faridah pentingkan diri,
tak hormati cinta mereka walaupun
dah berpisah.
Tertekan dan meletup
HUSIN (CONTD)
Rasa hilang semua tempat
bergantung. Hilang kebahagiaan. Tak
ada erti hidup. Terpenjara
Dr Sofea hanya bersandar di kerusi.
SOFEA
Memberikan pandangan tentang
kehidupan dari sudut Psychologist.
Selesai Husin meluahkan, Husin semakin selesa.
CUT TO:
91

EXT. RAZAK MANSION - PETANG


Husin tenang. Dia memandang sekeliling dan melihat. Husin
mula gembira. Husin menuju ke Rumah Karim. Di luar, Amir
sedang siapkan tanglung.
AMIR
Bertegur dan bertanya kepada Husin
soal tanglung dari sudut sains dan
bagaimana mahu buat dia terbang.
Husin membelek-belek Tanglung.
HUSIN
Menerangkan fungsi dan buat dia
boleh terbang.
AMIR
Gembira dan bertanya lebih lanjut.
Husin menyerahkan Tanglung.
HUSIN
Memberitahu dan meyakinkan Amir
bahawa jika di buat dengan ikut
caranya, ia boleh terbang.

91

41.

KARIM
Oh, macam tu Cikgu. Dulu zaman aku
pakai surat khabar utusan melayu
je.
HUSIN
Pak Karim, saya ingat nak bersih
bersihkan kubur emak esok. Boleh
Pak cik temankan.
Karim angguk.
CUT TO:
92

INT. KUBUR - SIANG

92

Husin, Karim, Yusof dan Amir. Mereka masuk ke dalam kawasan


kubur. Mereka tercari mana Kubur Salmah.
KARIM
Mana kubur Mak kau ni?
Husin tengok keliling.
HUSIN
Lupa.
KARIM
Yusof kubur Salmah mana?
Mereka tercari-cari.
YUSOF
Bila masa Salmah mati?
Masing-masingg terdiam, tengok antara satu sama lain. Karim
tepuk belakangkan Husin menenangkan.
AMIR
Atuk, Pak Usop ..
Mereka pandang. Amir tunjuk kubor.
CUT TO:
93

EXT. HOSPITAL - SIANG


Husin memimpin Yusof masuk.
YUSOF
Kita nak ke mana?

93

42.

HUSIN
Jumpa doctor.
YUSOF
Siapa yang sakit?
Husin merasa sedih. Memimpin Ayah dia masuk.
CUT TO:
94

INT. HOSPITAL NEUROLOGI - BILIK DOCTOR - LATER

94

Husin dan doctor berpandangan.


DOCTOR
Menerangkan situasi yang dihadapi
oleh Yusof berdasarkan dari
pemeriksaannya.
HUSIN
Memahami dan bertanya lagi.
DOCTOR
Menerangkan situasi yang dihadapi
oleh Yusof berdasarkan dari
pemeriksaannya.
HUSIN
Keadaan sakit seperti Ayah saya ni,
Apa yang sebenarnya bermain dalam
fikirannya?
CUT TO:
95

INT. RUMAH YUSOF - MALAM

95

Husin memandang Yusof yang sedang membuat Origami. Husin rasa


sedih.
YUSOF
Kenapa Sin?
Husin tidak menjawab. Yusof terus membuat Origami dan
menyusun. Kita mulai nampak bahawa Origami ini menyerupai
Rama-Rama.
YUSOF (CONTD)
Humming lagu.
Husin rasa sedih.
CUT TO:

43.

96

INT. RUMAH WAN YI - MALAM SAMA

96

Takungan Kuih pelita tidak sebanyak seperti selalu. Wan Yi


tahu ia tidak cukup dan bancuhan ada terlebih.
Wan Yi mengambil daun pandan dan cuba mengayam, tetapi tidak
sesempurna dan bersaiz sama seperti yusof buat. Wan Yi putus
asa.
CUT TO:
97

EXT. PASAR - SIANG

97

Yusof tiada. Wan Yi sudah habis berniaga. Gerai kosong. Awal


habis. Tray kuning sedikit berbanding yang lepas.
Wan Yi membelek bekas takung yang diperbuat dari plastik takung mengisi kuih pelita.
CUT TO:
99

INT. RUMAH YUSOF - PETANG


Husin pulang. Yusof tiada di rumah. Dia bimbang.
keluar.

99
Husin
CUT TO:

100

EXT. RUMAH YUSOF - CORRIDOR - MOMENTS LATER

100

Husin mengintai. Hanya ada beberapa Penduduk sedang beriadah.


Tak nampak bayang Yusof pun di situ.
Husin terus berjalan dan turun ke tingkat 2.
CUT TO:
101

EXT. RUMAH WAN YI - CORRIDOR - MOMENTS LATER

101

Husin berjalan dan singgah di hadapan rumah Wan Yi.


HUSIN
Ayah.. Ayah ..
Lalu Husin masuk ke dalam rumah itu.
CUT TO:

44.

102

INT. RUMAH WAN YI - MOMENTS LATER

102

Husin masuk masuk ke dalam rumah dan melihat sekeliling.


Interior rumah tak jauh dari Yusof. Seolah ditiru. Apa yang
dilihatnya itu benar-benar mengganggu.
Husin nampak POSKAD, dia ambil dan dia tahu itu tulisan
Faridah. Husin memahami dan terdiam.
Selang seketika, muncul Yusof, Wan Yi dan Amir di pintu. Wan
Yi terkejut kerana Husin berada didalam.
WAN YI
Bila sampai. Duduk lah dulu.
Husin keluar dan capai Yusof dan tarik paksa keluar.
HUSIN
Wan Yi. Kau bukan Emak aku!
Amir dan Wan Yi terkejut memandang perlakuan Husin.
CUT TO:
103

INT. RUMAH YUSOF - MOMENTS LATER

103

Husin bawa Yusof masuk ke rumah. Konfrantasi antara hubungan


mereka.
YUSOF
Pelik. Hidupnya memang biasa saja
dengan Wan Yi
HUSIN
Risau orang pandang pelik.
Yusof berjalan ke dapur nak meneguk air. Husin mengekori.
Husin menerangkan - confesion ..
HUSIN (CONTD)
Singgung yang Husin tak jalankan
tugas sebagai anak.
YUSOF
Persoal Husin kemana sebelum ini.
Yusof duduk di kerusi.
YUSOF (CONTD)
Tak perlu hantar ke rumah orang
tua, pun sudah rasa macam di rumah
orang tua.

45.

HUSIN
Persoalkan Wan Yi tu lebih bagus
dari Husin
YUSOF
Kau cakap apa ni pada mak kau?
Pintu diketuk. Husin buka pintu. Mat Rock datang bawa surat.
Mat Rock hulurkan pen.
HUSIN
Berapa gaji kau hantar surat
meruntuhkan rumah tangga orang?
Husin ambil dan lemparkan ke bahagian surat kotak penyangkut
kunci. Pen yang ada di tangannya. Ditekapkan ke dada MAT
ROCK,
HUSIN (CONTD)
Nah, berambus.
Husin balik masuk ke bilik, dan tak hiraukan Yusof. Sejenak
selepas melihat cermin dalam bilik. Teringat yang lupa tutup
pintu, Husin keluar bilik semula.
Dilihatnya, Yusof sudah tiada. Selepas pastikan Yusof tiada
di dalam, tiada kasut Husin ke luar mencari.
CUT TO:
104

EXT. RAZAK MANSION - MOMENTS LATER

104

AMIR (O.S.)
Humming Asmara Bergelora.
Husin fikir Amir dan Yusof ada disitu. Husin lihat hanya Amir
seorang diri sedang main tanglung yang diikat dengan tali.
Tanglung terapung.
Husin terus mencari dan turun ke bawah.
105

EXT. RUMAH KARIM - MOMENTS LATER


Husin jenguk ke dalam. Khamisah baring. Apabila Husin
melangkah pergi --KHAMISAH
Husin.
Husin berpatah balik.

105

46.

KHAMISAH (CONTD)
Kenapa Sin?
HUSIN
Ayah ... entah mana pergi?
KHAMISAH
Kenapa boleh jadi macam ni?
HUSIN
Saya tinggikan suara sikit tadi
(Rasa sesal)
Saya marah dia.
KHAMISAH
Dengan Orang Tua. Sabar dan terima
aje Sin.. Dan pergi cari sana.
Husin akur dan pergi cari.
CUT TO:
106

EXT. RAZAK MANSION - KEMUDIAN

106

Yusof sedang berjalan seorang melintas jalan dan berada di


tengah pembahagi jalan. Cuba untuk melintas kenderaan banyak.
CUT TO:
EXT. RAZAK MANSION - BLOCK 9 - MOMENTS LATER
Husin mencari-cari di kawasan tersebut. Dengar Hon Kereta dan
Lori dari arah Jalan Masuk. Husin bergegas ke sana.
CUT TO:
EXT. JALAN MASUK KE RAZAK MANSION - MOMENTS LATER
Yusof tiada di situ. Husin hampa dan masih mencari.
CUT TO:
EXT. RAZAK MANSION - BLOCK 7 KE 5 - MOMENTS LATER
Husin nampak Yusof duduk di bangku. Husin merasa lega dan
terus menghampri Yusof dan duduk disebelahnya.
Husin pandang Yusof dan memagang tangannya. Mereka diam.
CUT TO:

47.

107

INT. RUMAH YUSOF - PAGI

107

Husin nak ke sekolah. Yusof pun sudah bangun. Rutin biasa nak
meniaga Kuih. Husin halang Yusof. Husin ambil kunci Yusof.
Yusof dengar Husin kuncikan grill.
CUT TO:
EXT. RAZAK MANSION -

LATER

Wan Yi sedang masukkan rak berisi kuih ke dalam kereta Yusof


dibantu oleh Amir.
WAN YI
Tinggalah Mak Wan dengan Pak Yusof
berdua. Tak ada siapa lagi nanti
nak bantu kami.
Amir hanya senyum. Wan Yi nampak Husin berjalan.
WAN YI (CONTD)
Husin. Husin.
Husin serba salah dan menuju ke Kereta Yusof.
WAN YI (CONTD)
Ayah kau mana?
HUSIN
Ayah cakap tadi dia nak berehat.
Dia minta Mak Wan pakai teksi.
Wan yi terkejut tidak percaya. Husin pandang Wan Yi.
WAN YI
Baik lah...
Husin beredar dari situ. Dia nampak Kunci Kereta dan Rumah
Yusof terkeluar dari poket seluar Husin.
AMIR
Macam mana ni Mak Wan?
WAN YI
Nanti Mak Wan naik teksi lah ..
Wan Yi mengeluh dan pandang Rumah Yusof.
CUT TO:

48.

EXT. RAZAK MANSION - MOMENTS LATER


Husin menghampiri keretanya, menyedari Amir ada dibelakang.
AMIR
Pak cik Husin. Ops. Cikgu Husin
HUSIN
Kau nak tumpang ka?
Amir hanya angguk.
AMIR
Cikgu. Apa nama lagu yang Ayah
Cikgu selalu nyanyi tu?
HUSIN
Lagu apa?
AMIR
Humming Lagu Asmara Bergelora.
Husin fikir dan cuba ingat, masuk kereta, Amir masuk.
KERETA AMIR
Husin start kereta, tunggu panas. Amir duduk.
HUSIN
Humming lagu. Lagu tu, Asmara
bergelora. P.Ramlee Dan Nona Asiah.
AMIR
Asmara bergelora. Siapa penyanyinya
tadi, Cikgu?
HUSIN
P.Ramlee dan Nona Asiah. Lagu lama
tu. Lagu kegemaran Pak Usop. Bagus
kau ingatkan aku.
AMIR
Cikgu. Saya dah dapat visa ke
canada.
HUSIN
Ha? Ya?
Amir pandang angguk.
AMIR
Dah tak sabar saya rasanya nak ke
sana. Telephone Ayah semalam.
(MORE)

49.
AMIR (CONT'D)
Ayah kirim salam kat Cikgu. Ayah
cerita Mak cik Faridah dah ada kat
sana.

Husin tersentak.
CUT TO:
EXT. APARTMENT FARIDAH Husin jalan masuk. Secutity jeling dan menggelengkan kepala.
INT. APARTMENT FARIDAH - LATER
Husin lihat gril tidak berkunci. Dia buka dan masuk pintu
tidak berkunci dia masuk ke dalam.
Apartment itu telah kosong.
Husin tahu Faridah telah pergi dari situ. Husin duduk
bersandar dan tidak tahu berbuat apa-apa.
CUT TO:
109

EXT. KELAS - LATER

109

Husin berjalan malas menuju ke kelas.


Murid-Murid buat hal masing-masing dengan pelbagai ragam, ada
yang membaca, main hand phone, berbual sesama mereka dan ada
yang buat bising.
Husin menghampiri kelas dan memerhati. Ali sedang mengajuk
Husin ketika termenung tempoh hari. Husin bertambah tension
dan terus masuk dan menghampiri Ali.
HUSIN
Apa yang kamu buat ni Ali!?
ALI
Eh Cikgu. tak ada apa-apa.
Ali dan Husin berhadapan. Visual dari projektor di badan
mereka.
Semua kelas terdiam dan terkejut.
Lalu kita menghampiri Jack yang sedang merakam perbuatan
tersebut.
CUT TO:

50.

INT. BILIK DR SOFEA - PETANG


Kita mula mendengar suara Husin dalam voice over.
HUSIN (V.O.)
Bercerita tentang pengalaman
sewaktu kecil bersama ibu, ayah dan
Wan Yi.
Sofea mendengar dengan tekun percakapan Husin sambil dia
membelek fail, terdapat Origami Ram-Rama yang tidak siap.
Sofea membelek seketika Origami dan meletakkan lalu bangun,
menuju ke tingkap.
CUT TO:
110

EXT. RAZAK MANSION - CORRIDOR TINGKAT 3 - PETANG

110

Wan Yi memakai kebaya berjalan meninggalkan kawasan rumah


Yusof. Husin dengan muka longlai campur benci, berjalan terus
masuk ke dalam rumah.
CUT TO:
111

INT. RUMAH YUSOF - MOMENTS LATER

111

Yusof sedang siapkan Tanglung. Husin memandang dan tak tahu


nak cakap apa dan terus masuk ke dalam bilik.
Yusof terus memasang dan menampal Origami Rama-Rama pada
Tanglung tersebut.
Husin letak kunci dan masuk tido.
CUT TO:
112

EXT. RAZAK MANSION - SENJA

112

Yusof dan Wan Yi yang duduk bersama. Di situ ada beberapa


Tanglung yang lain. Wan Yi sedang membelek Rama-Rama Origami
pada Tanglung tersebut.
WAN YI
kerana kami yang ada disini adalah
kenang kenangan dan kami tidak
upaya untuk terbang kerana sayap
kami telah lama patah.
YUSOF
Apa dia Wan?

51.

Wan Yi tidak jawab. Amir datang bawa lilin dan lighter.


WAN YI
Orang canada ni. Dah tak sabarsabar.
Amir diam. Memandang Yusof.
AMIR
Tapi kan Mak Wan. Saya nampak Atuk
dengan Nenek macam sedih je.
WAN YI
Bukan macam tu Amir. Mereka gembira
tak semestinya rasa gembira itu
dengan ketawa.
AMIR
Ya ke Mak Wan? Sapa yang akan jaga
Karim dan Khamisah kalau saya tak
ada nanti?
WAN YI
Mak Wan. Pak Yusof dan ramai lagi
masih ada ada kat sini. Amir mesti
pergi
Amir yakin. Yusof memandang suka dan membelek-belek tanglung
yang sudah ditanpal dan diikat dengan Origami Rama-Rama. \
AMIR
Kita coba dulu.
Amir ambil dan bawa tidak jauh dari situ dan mula bakar.
WAN YI
Hati-Hati Amir.
AMIR
Baik Mak Wan.
Amir angguk dan mula bakar. Tanglung naik ke udara. Amir
gembira. Wan Yi memandang Tanglung di udara, Yusof buat tak
tahu. Wan Yi pegang Yusof dan minta dia lihat.
WAN YI
Wan suka pakai kertas lutsinar,
cahaya lebih cantik.
YUSOF
Ya.
Tanglung terbang dan hilang dari pandangan.

52.

AMIR
Pak Yusof saya dah tahu lagu yang
Pak Yusof selalu nyanyi tu.
WAN YI
Ia?
Amir serahkan mp3 player pada Yusof. Yusof membelek-belek
tanya.
AMIR
Letak headphone ni kat telinga Pak
Tusof. Tekan butang ni, pilih lagu.
Setelah dapat lagu, tekan butang ni
untuk dengar.
WAN YI
Apa namanya lagunya, Amir?
Amir tunjuk MP3 Player pada Wan Yi dan dia memandang akan
tajuk lagu yang ada di skrin MP3 Player.
AMIR
Inikan Mak Wan nama lagu tu.
Wan Yi faham, tetapi Yusof tak tahu. Amir mengalah, Wan Yi
minta MP3 Player. Amir serah.
WAN YI
Tekan butang ni, kan Amir. pilih
lagu. Setelah dapat lagu, tekan
butang ni untuk dengar.
Amir angguk.
AMIR
Jom lah Pak Yusof, Mak Wan kita
bakar sama-sama.
YUSOF
Pergi je sana.
Wan Yi dan Yusof duduk memandang. Amir pergi ke tengah
kawasan. Wan Yi masih membelek MP3 dan tahu bagaimana mahu
play lagu. Wan Yi pasangkan headphone ke telinga Yusof.
Amir bermain tanglong. Cantik tanglong naik ke udara. Mereka
mendongak.
Note: Asmara Bergerlora - P.Ramlee dan Nona Asiah. Menjadi
latar, waktu Tanglung terbang lagu B.G berkumandang.
Tanglung terbang satu persatu.

53.

Lagu tersebut membawa Yusof dan Wan Yi ke dalam dunianya yang


tersendiri dan Wan Yi semakin rapat dengan Yusof dan
memberikan isyarat Tanglung yang terbang.
CUT TO:
113

EXT. RUMAH YUSOF- MALAM

113

Note: Scene ini, Intercut dengan Scene di atas.


Pintu rumah dah terbuka. Kunci di grill. Husin tahu Yusof
tiada di rumah.
Husin mengintai. Cahaya Tanglung masuk melalui lubang dinding
cahaya dan naik naik .
AMIR (O.S.)
Kegembiraan.
Husin mengeluh, resah melihat Wan Yi dan Amir ada bersama
Yusof.
CUT TO:
114

EXT. RAZAK MANSION - SAMA

114

Husin menghampiri dan melihat peritiwa itu lalu menghampiri


Wan Yi dan Yusof.
Husin rentap headphone di telinga Yusof dan campak lalu tarik
Yusof dengan kasar. Wan Yi memandang.
CUT TO:
115

INT. RUMAH YUSOF - KEMUDIAN

115

Husin tarik yusof humban ke bilik. Husin ambil penyangkut


baju dawai dan buka ikatan. Lalu, diikat Yusof dalam bilik di
kepala katil.
HUSIN
Beri amaran kepada Yusof
YUSOF
Dah lama terseksa, risaukan jiwa
Husin yang terseksa
HUSIN
(Terlepas cakap )
lebih bagus duduk di rumah orang
tua.

54.

Husin menyesal terlepas cakap, bertambah runsing. Tutup pintu


bilik dan berlalu. Duduk di ruang tamu, entah tiba-tiba
diambil dan sepahkan origami ke lantai. Bunyi ketukan pintu.
WAN YI (O.S.)
Pangggil Husin.
Husin tak layan. Husin cuba tenangkan diri, masuk ke bilik
untuk bersendiri.
CUT TO:
116

EXT. RUMAH YUSOF - CORRIDOR - PAGI

116

Beg kertas berisi Pandan di luar pintu. Wan Yee dan Amir
singgah. Wan Yi mengetuk pintu tetapi tiada jawapan. Amir
pandang tanya dan mahu mengetuk pintu, Wan Yi tidak izinkan.
Wan Yi ambil beg kertas berisi pandan lalu mengajak Amir
pergi dari situ. Mereka melangkah dan Amir menoleh seketika
lalu terus berjalan.
CUT TO:
119

EXT. RUMAH YUSOF - PETANG

119

Amir mengetuk pintu.


AMIR
Pak Usop! Pak Usop!
Juga tiada jawapan. Amir curiga lalu bergerak dan berhenti di
ke Rumah Jiran. Buka pintu, nampak Din sedang duduk menonton
TV. Amir terus masuk.
CUT TO:
INT. RUMAH JIRAN - MOMENTS LATER
Din masih tengok TV. Amir gerak ke Balcony.
AMIR
Mana Mak kau?
DIN
Kerja.
AMIR
Din, aku nak ambil Tanglung aku
tersangkut kat beranda tu.

55.

Din hanya angguk dan tidak memandang pada Amir yang sudah ke
Balcony dan memanjatnya.
CUT TO:
121

INT. RUMAH YUSOF - BALCONY - MOMENTS LATER

121

Amir menjenguk-jenguk dan membuka pintu lalu ternampak Yusof


yang diikat. Amir terkejut.
YUSOF
memanggil Husin dan merayu
dilepaskan.
Amir mahu membantu. Husin keluar dari bilik. Amir menyorok di
balik dinding balcony. Husin mahu keluar ke Balcony.
YUSOF (CONTD)
memanggil Husin dan merayu
dilepaskan.
Husin tutup pintu. Amir masih bersembunyi disitu. Amir dengar
perbualan.
HUSIN (O.S.)
Suruh makan
YUSOF (OS.)
Tak nak makan
HUSIN (O.S.)
Perli tempohari kata Husin tak
menjaganya.
Amir menyendar pada dinding. Dia mendengar perbualan dan
bunyi dari dalam rumah Yusof. Ini adalah sesuatu yang
horror.
CUT TO:
117

INT. RUMAH WAN YEE - MALAM

117

Wan Yee buat kuih pelita dalam bungkus plastik. Siap kukus
dan rasa. Dia tahu tidak sedap, Wan Yi terus tidak membuatnya
dan duduk memerhatikan kuih tersebut.
Wan Yi bangun menuju ke Balcony. Amir masuk, melihat kuih
tepung pelita dan dia tahu kuih itu aneh. Amir mahu bercakap,
tidak jadi lalu menghampiri Wan Yi.
WAN YI
Bila ya? Harinya Amir nak ke sana?

56.

AMIR
Lusa, Malam. Mak Wan nak ikut ke?
Mak Wan senyum, menggosok kepala Amir.
AMIR (CONTD)
Nanti kalau Amir dah kat sana, Amir
belikan tiket untuk Mak Wan, Pak
Usop, Atuk dan Nenek. Boleh kita
jalan-jalan sama. Macam selalu tu.
MAK WAN
Terima kasih. Tapi tak payah.
Wan Yi dan Amir diam, memandang keluar. Amir menjenguk ke
atas dan memandang Wan Yi.
AMIR
Mak Wan rindukan Pak Usop ya?
Wan Yi pandang Amir. Cuba senyum. Amir faham.
AMIR (CONTD)
Mak Wan tahu, kelmarin saya masuk
Rumah Pak Yusof
Wan Yi terdiam dan memandang Amir.
AMIR (CONTD)
Saya nampak Pak Yusof --MUTE.
Wan Yi sedih dan mengalirkan airmata.
CUT TO:
123

EXT. PASAR - MORNING

123

Kesibukan Orang Ramai yang lalu lalang. Gerai Tepung pelita


tutup. Senah berhenti. Isyarat tanya pada Jiran Peniaga, mana
Wan Yi. Jiran beri isyarat 4 hari dah tiada. Senah menggeleng
kepala hampa kecewa, lalu beredar.
CUT TO:
125

EXT. SEKOLAH - BILIK GURU - PAGI

125

Amran masih melihat Youtube (beberapa saat scene akhir). Dia


tidak percaya. Dia bangun dan melihat-lihat nampak Husin dan
terus berjumpa dengannya.

57.

AMRAN
Husin.. Husin ..
HUSIN
Ada apa?
Husin terus berjalan. Beberapa Guru dan Murid sekolah yanga
da disitu menepi dan memberikan Husin ruang untuk berjalan.
AMRAN
Tunggu la sekejap. Penting ni.
HUSIN
Nanti lah.
Amran hanya memandang Husin masuk ke Pejabat.
CUT TO:
126

INT. PEJABAT SEKOLAH - MOMENTS LATER

126

Husin berhadapan dengan Pengetua. Gerak tubuhnya seperti


bersalah dan resah. Pengetua tenang mendengar.
HUSIN
berdalih-dalih dengan pengetua.
PENGETUA
OK.
HUSIN
berdalih-dalih lagi.
PENGETUA
OK dan mematahkan hujah dengan
lembut.
HUSIN
Cikgu. Saya seorang sahaja yang ada
Rasa tercabar.
Husin keluar. Pengetua memandang Husin lalu mengalihkan
pandangannya dan pada Laptop.
LAPTOP
YOUTUBE: Peristiwa Husin naik angin di kelas dan memukul
Student. Hit sudah 300,000.
CUT TO:

58.

127

INT. RUMAH YUSOF - MALAM

127

Yusof tak selesa diikat sebegitu. Makanan yang dibiarkan


dalam bilik pun sudah diharung semut. Yusof nak kencing.
Kesengsaraan dan kesunyian Yusof.
Ada cahaya limpah masuk, nampak habuk-habuk. Dari hujung
cahaya itu nampak rama-rama terbang. Yusof sedih
CUT TO:
128

INT. RUMAH WAN YI - MALAM SAMA

128

Kesunyian Wan Yi. Wan Yi berdiri di pintu Balcony dan


memandang keluar.
Kunci di dinding sudah tiada.
CUT TO:
129

INT. BILIK DR SOFEA - SIANG

129

Sofea memeriksa fail Husin. Fail ini bertanda dan menunjukkan


bahawa Husin tidak datang beberapa sessi sebelum ini. Kita
mula mendengar suara Husin dalam voice over.
HUSIN (V.O.)
Bercerita tentang pengalaman
sewaktu kecil bersama ibu, ayah dan
Wan Yi.
Sofea mendengar dengan tekun percakapan Husin sambil dia
membelek fail, terdapat Origami Ram-Rama yang tidak siap.
Sofea membelek seketika Origami dan meletakkan lalu bangun,
menuju ke tingkap.
HUSIN (V.O.)
Bercerita tentang pengalaman
sewaktu kecil bersama ibu, ayah dan
Wan Yi.
Sofea memandang meja, Kita sedar sebenarnya percakapan Husin
adalah dari pita rakaman dan Husin tiada di situ. Sofea
mengalihkan pandangannya ke luar melalui tingkap.
Secara perlahan keluar dari tingkap dan kita akan nampak dan
tahu Hospital ini di mana.
CUT TO:

59.

130

EXT. RAZAK MANSION - CORRIDOR - MALAM

130

Wan Yi berdiri dan mengintai di balik dinding. Selang


seketika, Husin yang resah menuruni tangga. Wan Yi berundur.
Husin berhenti dan memandang ke arah Rumah Wan Yi.
Dia semakin resah dan terus turun. Wan Yi masih berdiri di
situ. Dia berfikir dan tangannya menggengam erat kunci.
CUT TO:
131

EXT. RAZAK MANSION - KAWASAN PEMBINAAN - LATER

131

Kawasan pembinaan Razak Mansion yang baharu. Suasana kawasan


tersebut pada waktu ini.
Husin memandang kawasan tersebut. Dia semakin resah dan cuba
bertenang tetapi gagal. Dia memandang Razak Mansion. Husin
semakin terganggu.
Husin memandang rumah. Nampak cahaya keluar dari balcony.
Tanda pintu rumah itu di buka.
CUT TO:
132

INT. RUMAH YUSOF - MOMENTS LATER

132

Wan Yi membuka pintu rumah ini dari kunci di tangannya, pintu


terbuka dan menyelinap masuk.
Wan Yi terpijak Cebisan Origami dan mengambil, disitu nampak
Tool Box Plumber milik Karim. Cebisan Origami sudah
berselerak di lantai. Wan Yi menuju ke bilik Yusof, pintu
tidak berkunci. Wan Yi buka dan lihat ke dalam bilik itu.
Bilik Yusof berselerak dan Yusof tiada di situ. Wan Yi hampa.
Keluar lalu, memandanga sekeliling yang sudah seperti
tongkang pecah. Wan Yi memandang bilik Husin dan menghampiri.
Pintu di kunci. Wan Yi buka guna kuncinya. Bau hancing dan
hapak, Wan Yi resah tetapi matanya masih mencari.
Dari Cahaya Asli. Wan Yi masuk, Yusof baring di lantai
memandang dinding. Wan Yi menghampiri Yusof.
WAN YI
Yusof.
Yusof tersedar, memalingkan muka. Yusof dan Wan Yi
berpandangan. Keadaan Yusof yang serabai dengan tangan dan
kaki terikat dengan dawai hanger di katil. Wan Yi terkejut
dan sedih tidak percaya pada apa yang dilihatnya.

60.

YUSOF
Wan.
Yusof menghulurkan tangannya ke arah Wan Yi dan minta di
buka. Wan Yi terus berteleku dan menyentuh tangan Yusof.
Yusof merasa sakit. Wan Yi faham. Wan Yi membuka ikatan dawai
dengan perlahan dan jelas kasihnya pada Yusof.
Bunyi Tool Box di buka. Wan Yi dan Yusof tidak menyedari
Husin sudah pulang.
Wan Yi berjaya membuka dawai. Mereka berpandangan dan Wan Yi
meyakinkan Yusof dia akan menyelamatkannya. Wan Yi mahu
membuka dawai di kaki Yusof. Yusof nampak Husin di belakang
Wan Yi. Wan Yi menoleh.
Husin dalam keadaan marah-tension menggenggam Plumber Spanner
dan bersedia untuk menghayun ke arah Wan Yi.
Wan Yi terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa.
Husin berlawan dengan diri sendiri, Tangannya menggigil
tetapi masih menggenggam erat plumber spanner.
Wan Yi memeluk dan melindungi Yusof dipangkuannya seperti
seorang Ibu melindungi Anaknya dari bahaya. Wan Yi dan Yusof
pasrah.
Husin berlawan dengan diri sendiri, Tangannya menggigil
tetapi masih menggenggam erat plumber spanner.
Flashes of Rama-Rama Origami dan Bayang Bayang dan Cahaya
Rama-Rama terbang disekitar bilik itu --- Cahaya dari siren
polis terbias masuk.
CUT TO:
133

INT. RUMAH YUSOF - LATER

133

Cahaya dari siren polis terbias masuk. Rumah dalam keadaan


bersepah. Pintu hadapan terbuka. Secara perlahan kita
bergerak keluar dari rumah ini melalui balcony --134

EXT. RAZAK MANSION - MOMENTS LATER

134

Di dinding flat terbias cahaya lampu polis, tetapi tiada


bunyi siren. Kita akan melihat keseluruhan Flat ini dan
Aktiviti Penduduk-Penduduk di situ memerhatikan dari Rumah
Mereka. Ada yang berdiri di sekitar bawah rumah. Mereka semua
memandang ke arah bawah- Rumah dan kawasan lapang hadapan
Razak Mansion.

61.

Dari Bata-Bata Dinding, kita nampak silhouette Husin bergari


diiringi oleh Polis menuruni tangga.
Yusof dan Wan Yi ada di situ memandang sayu dan kasih
sayang.. Tidak jauh dari situ, Amir, Karim dan Khamsiah di
atas kerusi roda. Beberapa Pendudk di situ hanya bercakap
sesama mereka sambil memandang pada peristiwa itu.
Khamisah meminta Karim menolaknya ke hadapan. Mereka
mendekati Husin yang berhenti. Khamisah berpandangan.
KHAMISAH
Sin, kenapa boleh jadi macam ni
Sin.
Khamisah kesal dan pilu. Husin terus diiringi ke Land Rover
yang sedia menanti. Sebelum masuk, Yusof berjalan dan
mendekati Husin.
Mereka berpandangan lalu Yusof menggengam tangan Husin yang
di gari. Jelas kesan melecet di tangan Yusof. Terasa kekuatan
kasih sayang yang rumit di saat ini.
Polis mengiring Husin masuk ke dalam Land Rover. Yusof masih
disitu, Wan Yi menghampiri. Diikuti oleh Amir.
Land Rover bergerak. Yusof, Wan Yi dan Amir berdiri disitu
memandang dan semakin jauh.
Mengikuti Land Rover yang bergerak. Kita nampak Husin dengan
tangan bergari membuat Origami. Husin didalam dunianya yang
tersendiri.
Mengikuti Land Rover bergerak ke kiri, Land Rover out of
Frame dan kita berhenti di pokok --Batang pokok. Pan ke kiri dan melepasi batang pokok, maka
kita akan melihat Malam berubah menjadi Siang, dan disitu
bukan lagi di kawasan sekitar Razak Mansion --135

EXT. TAMAN - SIANG

135

PICNIC AT THE GARDEN. Faridah dan Husin duduk di satu tempat.


Amir, Bapa, Ibu. Karim dan Khamisah tanpa kerusi roda duduk
di satu tempat. Lim dan Partner di satu tempat.
Yusof dan Wan Yi sedang berkelah di bawah pokok itu dalam
keadaan gembira. Terdapat bingkai frame bersaiz 5 x 4 di
Easel. Yusof melipat part terakhir dari Origami Rama-Rama 3D.
Wan Yi memerhatikan.
Yusof bangun dan diikuti oleh Wan Yi dan mereka berdiri
mengadapa frame di easel.

62.

Kita bergerak 90 darjah dan nampak frame tersebut. Seekor


Rama-Rama 3D, Yusof memasang part terakhir pada sayap ramarama. Maka lengkaplah Origami 3D Rama-Rama tersebut. Penuh
warna warni. Mereka gembira.
Selang seketika, pokok mula bergoyang. Seribu Rama Rama
Origami dari pelbagai saiz dan bentuk keluar dari daun dan
berterbangan mengelilingi kawasan tersebut.
Mereka yang ada disitu memandang dengan kagum. Seekor Rama
Rama terbang dan hinggap di skrin. Skrin berwarna sayap ramarama.
FADE OUT.

Anda mungkin juga menyukai