Cara Buat Resume
Cara Buat Resume
Pendahuluan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dalam laporan percuma ini, saya akan kongsikan kepada anda 7 sebab yang sering dilakukan dalam
penulisan resume. Kesilapan-kesilapan ini dikatakan amat kritikal kerana kerap dilakukan berulang kali
dan tidak ada usaha yang serius untuk menambah baik penulisan resume yang dilakukan.
Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu anda dengan menyenaraikan 7 kesilapan utama yang
sudah mulai serius di kalangan pemohon pekerjaan. Oleh itu, sebelum ianya menjadi lebih teruk, anda
perlu membaca dan menghindari 7 kesilapan utama ini. jika tidak, resume anda bakal dihumban ke
dalam longkang.
1. Copy & paste resume.
Perkara ini terjadi apabila anda meminta satu contoh resume dari rakan yang sudah mempunyai
resume. Perkara pertama yang anda lakukan ialah mengubah maklumat tersebut kepada perkara yang
berkaitan dengan diri anda. Seterusnya, maklumat akademik dan ko-kurikulum juga diubah. Anda lupa
satu perkara yang perlu diubah iaitu susunan resume tersebut. Jadi elakkan sikap copy & paste resume
dan mulakan penulisan resume yang serius.
2. Crowded data.
Adakalanya anda mahu bakal majikan mengetahui kelebihan dan kepakaran anda sekaligus diterima
bekerja dalam syarikatnya. Jadi anda pun berfikir untuk memasukkan kesemua pencapaian yang pernah
anda miliki bermula dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. Ini bukanlah perkara yang tepat kerana
anda hanya perlu memasukkan pencapaian yang perlu dengan keperluan jawatan yang dipohon sahaja.
Paling tidak pun pastikan ianya berkaitan dengan skop kerjaya yang anda pohon.
3. Tulisan atau font yang fancy.
Anda pasti mahukan resume yang benar-benar menarik perhatian majikan. Jadi anda akan mengambil
langkah untuk mencantikkan resume anda. Salah satu aspek yang bakal diubahsuai adalah jenis tulisan
atau font. Anda boleh gunakan font yang standard iaitu Arial, Times New Roman dan Tahoma.
Menggunakan font atau tulisan yang fancy hanya akan mengelirukan majikan anda contohnya font atau
tulisan tersebut berkerawang seperti rekaan tulisan kad jemputan kahwin. Ini akan menyebabkan
resume anda diketepikan dan dilontarkan ke bakul sampah.
4. General resume.
Anda mempunyai satu resume dan ianya akan dihantar ke bakal majikan anda disebuah syarikat.
Resume yang sama juga anda hantar kepada satu lagi syarikat yang lain. Ini merupakan satu strategi
yang salah untuk memohon pekerjaan kerana resume anda bersifat umum atau general. Setiap syarikat
mempunyai kriteria jawatan yang berbeza dan cara penilaiannya juga tidak sama.
Kaedah yang terbaik adalah sekiranya anda mempunyai lebih dari satu permohonan kerja, hasilkan satu
resume untuk satu permohonan. Pastikan setiap resume yang dihasilkan memenuhi syarat dan kriteria
jawatan yang dimahukan oleh sesebuah syarikat.