Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN JAWI BARU : Perkembangan Sistem Tulisan Jawi

Prof Madya Dr Hj. Wan Mat bin Hj. Sulaiman


Universiti Antarabangsa al Madinah
wan.mat@mediu.edu.my

Abstrak:Terdapat pelbagai pendapat mengenai asal-usul


perkataan dan tulisan Jawi Dari penelitian penulis terhadap
pandangan-pandangan tersebut dapat disimpulkan bahawa
Jawi merujuk kepada nama tulisan yang mengunakan hurufhuruf Arab atau al Quran bagi menulis Bahasa Melayu di
Kepulauan Melayu seperti Malaysia, Brunei, Selatan Thailand
(Petani) dan Indonesia. Dengan kedudukan dan realiti serta
perkembangan yang berlaku di dalam Bahasa Melayu, maka
beberapa huruf tambahan (cha, ga, nga, nya, pa dan va) yang
tidak terdapat dalam Bahasa Arab telah diwujudkan dan
ditambah ke tulisan Jawi bagi memenuhi tuntutan-tuntutan
Bahasa Melayu.

1- Pendahuluan
Sejarah menunjukkan bahawa (Nurazmi Kuntum, 2005) tulisan Jawi mula digunakan di Kepulauan Melayu
sejak abad yang ke sepuluh lagi yang bermula di Kedah, seterusnya di Vietnam, Pahang, Brunei, Jawa Timur
dan di Terengganu. Peringkat awal penggunaan tulisan Jawi ini dapat dilihat dalam penulisan surat
perjanjian, surat izin perdagangan, buku undang-undang, hukum kanun, kitab agama, buku sejarah, hikayat,
cerita Melayu Klasik, catatan-catatan jajah takluk Kerajaan Melayu, surat khabar dan lain-lain lagi seperti
surat beranak dan geran-geran tanah. Hashim dalam bukunya Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi telah
menerangkan sejarah perkembangan tulisan Jawi (Hashim,1999). Ia dapat disimpulkan bahawa sistem
ejaan Jawi telah melalui empat tahap perubahan yang akhirnya membawa kepada tahap yang ada sekarang
yang dikenali sebagai Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (EJS).
2- Kandungan
1- Pada tahap yang pertama ejaan Jawi mengikut sistem dan kaedah ejaan Bahasa Arab yang menjadikan
baris sebagai vokalnya. Oleh itu perkataan buku sebagai contoh ditulis dalam Jawi dengan (

) tanpa

diterjemahkan vokal u. kepada wau (), sebaliknya diletakkan baris depan (- ) sebagai pengganti wau.
Baris asal Bahasa Arab mengambil tempat huruf vokal Bahasa Melayu. Bentuk penulisan ini dilihat sama
dengan penulisan al Quran, dan sememangnya penulisan Jawi ada kaitannya dengan penulisan dan
pembelajaran al Quran ketika itu. Kemahiran membaca Jawi boleh membantu seseorang dalam
membaca al Quran, begitulah sebaliknya.

2- Pada tahap kedua penulisan Jawi didapati penggunaan baris dalam tulisan Jawi mula digugurkan,
namun kaedah dan sistem penulisannya masih kekal tidak berubah. Oleh itu perkataan buku sebagai

contoh ditulis dalam Jawi dengan ( )Kalau kita teliti penulisan-penulisan Jawi dan Rumi yang
dihasilkan pada zaman itu banyak terpengaruh dengan gaya bahasa dan uslub Bahasa Arab. Kebanyakan
buku Jawi yang ada sama ada ianya terjemahan dari Bahasa Arab ke Jawi Melayu atau hasil-hasil
karyawan Ulama ketika itu banyak ditulis dalam Jawi tersebut yang dikenali sekarang sebagai kitabkitab lama atau kitab-kitab kuning. Sistem Jawi ini walaupun banyak hasil karyawan yang lahir dengan
sistem itu dilihat banyak mengelirukan kerana ianya tidak berbaris dan tidak pula mengikut ejaan suku
kata. Kitab-kitab seperti ini biasanya mampu dibaca oleh ustaz-ustaz dan pakar-pakar Jawi sahaja.

3- Perkembangan Bahasa Melayu yang berlaku dengan pesat setelah lahirnya penulisan-penulisan baru
yang tidak terpengaruh dengan gaya bahasa dan uslub Bahasa Arab dan setelah penulisan-penulisan
Melayu lama mula digantikan dengan penulisan-penulisan Melayu moden, telah mengajak sama
supaya dilakukan perubahan pada sistem ejaan Jawi. Tujuannya supaya dapat memudahkan generasi
baru mempelajarinya, dan supaya ia sesuai dengan perkembangan yang berlaku dalam Bahasa Melayu
itu sendiri.

4- Dari situ berlaku tahap perubahan yang ketiga. Tulisan Jawi mula menerima kemasukan huruf vokal alif,
wau, dan ya( ) pada suku kata pertama perkataan-perkataan Melayu bagi mengambil tempat
huruf-huruf vokal Bahasa Melayu (a, e,i,o,u). Manakala suku kata kedua pada ketika itu masih belum
menerima huruf-huruf vokal, malah dikekalkan kaedah lama yang mengikut kaedah baris Bahasa Arab.
Oleh itu, perkataan buku sebagai contoh ditulis dalam Jawi dengan ()

5- Ejaan Jawi bagi perkataan buku sepertimana di atas boleh dibaca sama ada buku atau buka. Kedudukan
perkataan itu dalam ayat yang akan menentukan bacaan sebenar bagi perkataan tersebut. Keadaan ini
barangkali telah mengundang banyak kekeliruan kepada pengguna dan pencinta tulisan Jawi, malah ia
membawa kekeliruan kepada para pelajar yang mempelajari Jawi apabila berdepan dengan satu
perkataan yang boleh dibaca dengan dua keadaan atau lebih seperti perkataan buku
dibaca buku atau buka dalam Jawi. Begitu juga perkataan bumi (
perkataan, iaitu bumi atau bom dalam Jawinya.

) boleh

) boleh dibaca dengan dua

Penutup
Barangkali keadaan yang demikian tadi telah mengajak para pejuang Jawi supaya dimurnikan lagi tulisan Jawi
dan cuba diminimumkan kesulitandan kekeliruan dalam penulisan dan mempelajari Jawi terutama di kalangan
pelajar Melayu yang telah sebati dengan kaedah suku kata Bahasa Melayu yang terdiri dari huruf konsonan dan
huruf vokal. Oleh itu para ilmuan Jawi telah setuju untuk memasukkan huruf vokal pada suku kata kedua
perkataan Melayu sepertimana yang terdapat pada tulisan Rumi. Para pelajar hanya menterjemahkan sahaja
huruf tersebut ke dalam Jawi mengikut kesesuaiannya. Oleh itu perkataan buku sebagai contoh ditulis dalam
Jawi dengan ()

Bibliografi

Abdullah Hassan (1974). The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Amat Juhari Moain (1996). Sejarah Aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Atiah Mohd. Salleh (2006). Isu-Isu dan Cabaran Memperkasakan Tulisan Jawi. Kertas kerja dibentangkan
dalam Seminar Pemerkasaan Tulisan Jawi Negeri Johor, pada 17 Ogos 2006, di Hotel Naza, Tanjung Puteri,
Johor Bahru.
Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. (2001). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Daftar Ejaan Rumi-Jawi. (2002) . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Hamdan Abdul Rahman (1999). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nurazmi Kuntum (2004). Prinsip Ejaan dan Kaedah Pengajaran Jawi. Bandar Seri Begawan: Syarikat Mega.
Ismail bin Dahaman Manshoor bin Hj Ahmad (1996). Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Istilah Agama Islam, (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan, (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Idris Abdul al Rauf al Marbawi, (1959). Kamus Idris al Marbawi. Kaherah: Darul Halabi.
Nik Safiah Karim et al, (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan, (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi, (1984). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia,(1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai