Anda di halaman 1dari 25

MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH

MELALUI KAEDAH COUNT & DRAW STICKS (CODS)

NAMA PENYELIDIK:
NOORDIANA BINTI ABU BAKAR

JABATAN :
JABATAN PENDIDIKAN KHAS

NAMA INSTITUSI :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM

2012
1.0

PENDAHULUAN

Dewasa ini, kelemahan murid-murid dalam mata pelajaran Matematik


merupakan isu utama dalam pendidikan negara. Bagi murid pula, mereka merasakan
mata pelajaran Matematik sebagai sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar
difahami, menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada mereka.
Hal ini bertambah malang bagi murid sekiranya guru hanya menggunakan gaya
pengajaran berasaskan konvensional iaitu Chalk dan Talk. Murid-murid akan terus
beranggapan negatif terhadap mata pelajaran matematik sekali gus mengurangkan
minat dan motivasi diri untuk belajar. Walau bagaimanapun, menurut sukatan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ada menjelaskan bahawa pengajaran
dan pembelajaran (P&P) Matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang
seronok dan mencabar bagi semua murid. Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut,
gaya pengajaran guru hendaklah menarik dan mempunyai aura yang tersendiri agar
dapat merangsang murid untuk belajar dengan penuh minat. Guru juga perlu membina
dan mengembangkan kefahaman murid bermula dari bawah iaitu konsep nombor dan
kemahiran asas mengira agar kesukaran dalam Matematik dapat diatasi.
1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Berdasarkan kepada pengalaman dan tempoh selama pengkaji
menjalani sesi praktikum di Sekolah Kebangsaan Morak, Kelantan, pengkaji
telah dapat mengesan masalah yang dialami oleh murid iaitu kegagalan untuk
menguasai kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50. Sebelum itu, pengkaji
telah diarahkan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk mengajar mata pelajaran
Matematik bagi murid Pemulihan Khas Tahun 2 yang terdiri daripada 5 orang.
Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), murid-murid
ini didapati mempunyai tumpuan yang terhad disamping menunjukkan tingkah
laku yang pasif dengan sukar melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam
aktiviti yang dirancangkan. Walau bagaimanapun, keadaan ini menjadi
berbeza sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak berlaku.
Murid dilihat sangat aktif dan cenderung untuk melakukan perkara-perkara
negatif seperti mengacau rakan, membuat bisang, berlari dan berjalan-jalan.

Persoalannya di sini, mengapakah murid berkelakuan sebegitu ketika


sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung? Persoalan ini juga
semakin kuat berlegar-legar dan membelunggu fikiran pengkaji apabila
masalah tersebut terus berlarutan sehingga menyebabkan murid gagal untuk
menjawab dan menyelesaikan soalan berkaitan Operasi Tambah Lingkungan
50 yang diberikan oleh guru. Di samping itu, melalui pemerhatian yang
dilakukan

oleh

pengkaji

juga

menunjukkan

murid-murid

cenderung

melakukan kesilapan ketika mengira untuk melakukan operasi tambah.


Sebagai contoh, murid seringkali tertinggal pembilang atau terlebih menyebut
nombor berbanding pembilang yang dikira. Terdapat juga murid yang
membuat pengiraan tidak selari dengan nombor yang disebut olehnya. Bagi
murid yang mengira menggunakan jari pula, mereka dilihat akan mengalami
kesukaran apa melakukan penambahan melibatkan jumlah melebihi 10.
Sebagai contoh 6 + 5, murid dapat menunjukkan 6 dengan membuaka jari
pada kedua-dua tangannya, tetapi apabila ingin menambah 5, murid menjadi
keliru dan seterusnya mendorong murid memberi jawapan yang salah.
Setelah mengenalpasti masalah murid dengan lebih terperinci, pengkaji
telah memikirkan satu kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut
dari terus berlarutan. Pengkaji mula sedar bahawa implikasi daripada masalah
murid ini juga telah mendorong murid berkelakuan pasif semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Justeru itu, pengkaji telah
mengambil satu langkah inisiatif untuk mengkaji dan membantu masalah yang
dihadapi murid bagi meningkatkan penglibatan aktif murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung bagi meningkatkan
penguasaan murid berkaitan Operasi Tahap Lingkungan 50. Langkah tersebut
ialah dengan mengaplikasikan teknik terapi pengamatan penglihatan,
pengamatan motor mata tangan dan teknik permainan melalui kaedah yang
diberi nama Count & Draw Sticks (CODS).

1.2

Latar Belakang Kajian


Pengkaji terlebih dahulu menjalankan pengumpulan data awal bagi
mengukuhkan dapatan yang menunjukkan masalah murid. Seterusnya, muridmurid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran tertentu dalam
Matematik dikenal pasti seawal yang mungkin. Pengkaji menjalankan Ujian
Diagnostik pada peringkat awal dan aktiviti-aktiviti pemulihan yang
bersesuaian sebelum murid melangkah ke tahap kemahiran yang lebih tinggi.
Jika masalah murid dalam pembelajaran Matematik berlarutan dan tidak
dibantu serta mendapat bimbingan yang sewajarnya dari awal, murid
dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Akhirnya, muridmurid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar Matematik dan seterusnya
membenci dan melupakan mata pelajaran ini.
Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan murid bermasalah dalam
menjawab

dan

menyelesaikan

soalan

Matematik.

Menurut

Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2002), masalah


penguasaan Membaca, Menulis dan Mengira (3M) dapat dibahagikan kepada
dua kategori iaitu masalah pembelajaran ringan (lambat menguasai kemahiran
3M) dan masalah pembelajaran serius/kompleks (tidak dapat langsung
mengguasai kemahiran 3M). Oleh itu, adalah penting untuk guru
menggunakan strategi yang bersesuaian ketika menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran (P&P) mengikut masalah yang ditunjukkan oleh murid.
Strategi yang bersesuaian berkemungkinan besar dapat membantu murid
meningkatkan penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran.

2.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN


2.1

Analisis Masalah dan Keperluan Kajian


Berdasarkan pemerhatian dan refleksi pengkaji, masalah murid dalam
menguasai kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50 adalah disebabkan
kurangnya tumpuan serta kecuaian ketika membilang pembilang. Disebabkan
itu, fokus kajian

ini adalah kepada bagaimana untuk meningkatkan

pencapaian murid dalam menguasai kemahiran Operasi Tambah Lingkungan


50 dengan menggalakkan penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) bagi merangsang murid memberi tumpuan terhadap apa
yang dipelajari sekali gus memupuk minat murid untuk mengira dan
membilang dengan betul. Justeru itu, satu inovasi berbentuk permainan telah
diketengahkan. Hal ini kerana permainan adalah satu kaedah pengajaran yang
dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap
Matematik (D Augustine, 1973 ; Sobel & Maletsky, 1972). Pendekatan
bermain sambil belajar mampu mengurangkan rasa bosan dan jemu
khususnya semasa menyelesaikan pelbagai masalah matematik.
Di samping itu, permainan juga adalah merupakan salah satu cadang
kinestetik. Sesorang yang mempunyai kecerdasan ini akan mahir dalam
memanipulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan
kasar serta daya pengamatan mereka. Melalui permerhatian pengkaji juga,
keupayaan untuk menarik minat murid untuk belajar semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran (P&P) adalah dengan menerapkan unsur permainan. Oleh
itu, bagi memenuhi keperluan kajian ini, pengkaji telah bercadang
menghasilkan inovasi permainan Count & Draw Sticks (CODS) dengan
mengaplikasikan terapi pengamatan penglihatan dan pengamatan motor mata
tangan. Kaedah ini diharapkan dapat menjadi pemudah cara buat guru dan
murid semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga diharap akan menjadi lebih seronok
dengan penglibatan aktif murid. akhir sekali, murid diharap dapat
manipilasikan alat dan bahan yang digunakan untuk aktiviti seterusnya.

2.2

Tujuan
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan
penggunaan kaedah Count & Draw Stick (CODS) semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Matematik dalam kemahiran Operasi Tambah
Lingkungan 50.

2.3

Objektif
2.3.1

Objektif Am
Membantu meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam kalangan
murid Pemulihan Khas dengan mengaplikasikan terapi pengamatan
melalui kaedah Count & Draw Sticks (CODS).

2.3.2

Objektif Khusus
3.1.2.1

Meningkatkan pencapaian murid dalam menjawab soalan


operasi tambah dengan membuat pengiraan yang betul.

3.1.2.2 Meningkatkan minat murid untuk melakukan operasi tambah


menggunakan stick seterusnya melukis.
3.1.2.3 Menilai keberkesanan penggunaan kaedah membilang dan
melukis dalam menjawab soalan kemahiran operasi tambah.
2.4

Persoalan Kajian
2.4.1

Adakah kaedah Count & Draw Stick (CODS) dapat meningkatkan


penguasaan kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50?

2.4.2

Adakah murid boleh menerima penggunaan kaedah Count & Draw


Stick (CODS) ini untuk membantu murid dalam pembelajaran?

2.4.3

Adakah murid berminat menggunakan kaedah Count & Draw Stick


(CODS) untuk menyelesaikan masalah operasi tambah lingkungan
50?

2.3.4

Adakah murid dapat menggunakan kaedah Count & Draw Stick


(CODS) untuk menjawab soalan matematik dengan betul?

2.5

Kepentingan Kajian
Berdasarkan masalah yang telah dijelaskan, kajian ini amat penting
untuk membantu meningkatkan tahap pencapaian akademik murid dalam mata
pelajaran Matematik khususnya. Murid-murid perlu diberi penekanan tentang
kemahiran asas membilang nombor dengan betul sebelum melakukan operasi
tambah. Jika murid gagal menguasai kemahiran membilang dengan betul,
mereka pasti akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan kemahiran
berkaitan operasi tambah dan soalan-soalan yang berkaitan untuk tempoh
masa akan datang. Oleh itu, pengkaji merasakan pentingnya penggunaan
kaedah yang sesuaian untuk melaksanakan intervensi terhadap masalah yang
dihadapi oleh murid sekali gus untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berkesan kearah menguasai kemahiran yang diajar.
Justeru itu, dalam masa yang sama, pengkaji mengharapkan dapat memupuk
minat murid mempelajari Matematik dengan tekun ketika membuat latihan
atau aktiviti bagi topik ini serta dapat menjawab soalan yang diberikan dalam
ujian dan peperiksaan dengan betul.

2.5

Definisi Istilah Utama


2.5.1

Konsep Membilang
Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan
ketelitian di mana murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor.
Terdapat empat prisip membilang yang perlu dikuasai oleh murid
sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan hafalan.
Prinsip tersebut adalah :
a) Prinsip padanan satu dengann satu
b) Prinsip susunan nombor mengikut urutan ( Stable Order)
c) Prinsip cardinal
d) Prinsip ketakberkaitan (Order Irrelevance)

2.5.2

Operasi Tambah
Sebelum operasi tambah ini diperkenalkan, murid-murid
hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran seperti membilang hingga
10, menyusun kumpulan benda sehingga 10, membaca dan menulis
angka 1-10, memadankan angka daripada 1-10 dengan perkataan
nombor, mengenal simbol 0 dan perkataan nombor sifar dan
memahami maknanya serta mengabadikan nombor.

2.5.3

Konsep Tambah
Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor
untuk menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil
tambah.
Contoh:

Juzuk tambah
2.5.3

5
Hasil tambah

Murid Pemulihan Khas


Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) yang mendefinisikan
murid

pemulihan

ialah

mereka

yang

menghadapi

masalah

pembelajaran dalam kemahiran-kemhiran tertentu, bersifat negatif


terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan
pembelajaran mereka serta kurang keyakinan diri dan sikap negatif
terhadap pembelajaran.

3.0

LITERATUR KAJIAN
3.1

Tinjuan Literatur
Tinjauan ini dijalankan berdasarkan

kajian dan penulisan yang

berkaitan dengan masalah yang dialami oleh pengkaji. Pengkaji akan


mengupas literatur-literatur kajian berkaitan minat murid terhadap matematik,
masalah dalam operasi tambah, kemahiran membilang dan strategi menarik
minat murid dalam matematik. Oleh itu, lahirlah sebuah kajian baru yang akan
dilakukan oleh pengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh murid. Kajian
Minat murid, masalah dalam mengira matematik, kesalahan membilang.,
Setelah tinjauan dilakukan, didapati
Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran.
Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara kaedah mengajar dengan
profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap
sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki
dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid
hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu
khususnya dan sekolah amnya. Saya berasa amat yakin jika saya dapat membantu meningkatkan
kefahaman serta minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat
sedia ada.

4.0

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

4.1

Metodologi
4.1.1

Reka Bentuk kajian


Model reka bentuk kajian yang dipilih oleh pengkaji dalam
melaksanakan penyelidikan ini adalah diambil daripada Model Kemmis dan
Taggart (1988). Model reka bentuk kajian ini secara umumnya dikenali
sebagai Action Research Cyle di mana model ini telah memperkenalkan
kitaran-kitaran dalam pelaksanaan tindakannya. Setiap kitaran tersebut
mempunyai 4 elemen utama iaitu rancangan, tindakan, pemerhatian dan
refleksi. Elemen-elemen utama ini akan diulang dalam kitaran pelaksanaan
tindakan seterusnya sekiranya masalah tidak dapat di atasi. Model reka bentuk
kajian ini dapat dilihat seperti dalam Rajah 1 manakala pelan tindakan yang
akan dilakukan oleh pengkaji dapat dilihat pada Rajah 2.

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis dan Taggart (1988)

Perancangan
Perancangan
-- Prosedur
Prosedur pelaksanaan
pelaksanaan
Intrumen dan
dan prosedur
-- Intrumen
prosedur
pengumpulan
pengumpulan data
data
-- Menentukan
Menentukan cara
cara
menilai
menilai

Refleksi
- Rumusan dapatan
- Cadangan
penambahbaikan
penambahbaikan
dan kajian lanjutan

Model Kemmis
dan Taggart
(1988)

Melaksana
Tindakan
- Dick Up stick

Pemerhatian
- Dapatan ujian pra
dan pasca
- Senarai semak
Keberkesanan
-- Keberkesanan
rawatan klinikal

Rajah 2 : Pelan Tindakan Mengikut Model Kemmis dan Taggart (1988)


4.1.2

Kaedah Melaksana Penyelidikan


Berdasarkan Model Kemmis dan Taggart (1988), pengkaji akan
melaksanakan prosedur pelaksanaan tindakan berdasarkan elemen yang
terdapat dalam kitaran model tersebut. Berikut merupakan prosedur yang akan
dilakukan oleh pengkaji.
Langkah 1- Perancangan
Perancangan pada langkah ini lebih berfokus kepada pengkaji iaitu rancangan
awal apa yang hendak dibuat oleh pengkaji secara sistematik. Perancangan ini
meliputi aktiviti yang akan dijalankan, prosedur pelaksanaan, instrumen
pengumpulan data dan cara menilai. Namun, pengkaji perlu terlebih dahulu
mengenal pasti masalah yang wujud dalam kalangan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Setelah pengkaji mengenalpasti masalah

yang dihadapi oleh murid iaitu Operasi Tambah dalam Lingkungan 50, maka
pengkaji telah memikirkan satu kaedah yang sesuai untuk digunakan bagi
mengatasi masalah tersebut secara sistematik mengikut perancangan yang
telah dibuat.
Langkah 2 Pelan Tindakan
Pada langkah ini, pengkaji berperanan untuk menentukan strategi yang sesuai
serta kaedah yang dapat digunakan dalam mengatasi masalah yang telah
dikenal pasti. Oleh itu, pengkaji telah merancang untuk memperkenalkan
kaedah permainan yang telah diinovasikan daripada permainan Osum
kepada Count & Draw Stick (CODS) sebagai satu kaedah untuk
meningkatkan kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50 terhadap kumpulan
sasaran.
Langkah 3 Mengumpul Data
Pengkaji menemu duga responden yang telah dikenal pasti bermasalah bagi
mengumpul maklumat secara terus daripada responden. Pengkaji juga
melakukan pemerhatian menggunakan senarai semak untuk

memerhati

tingkah laku murid dari segi aspek pergaulan dan penglibatan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Selain itu, rekod berkaitan hasil kerja
murid seperti latihan bertulis, lembaran kerja, catatan nta dan sebagainya turut
diambil kira sebagai mengumpul data murid. Ujian pra juga akan dijalankan
bagi mengetahui tahap penguasaan murid terhadap kemahiran Operasi Tambah
Lingkungan 50 sebelum murid menjalani rawatan klinikal.
Langkah 4 Refleksi / Analisis
Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada apa yang
sahaja yang diperkatakan, atau ayat yang ditutur atau pernyataan daripada
murid .Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan
angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan
sebagainya. Pengkaji perlu membaca semua data kualitatif yang telah
dikumpul walaupun ia bercanggah dnegan apa yang telah dirancangkan.
Pengkaji perlu berkongsi data yang telah diperolehi dengan guru-guru lain
untuk mendapat pendangan mereka.

4.2

Kumpulan Sasaran
Pengkaji telah memfokuskan kumpulan sasaran kajian tindakan ini ke atas
murid-murid yang sedang mengikuti Program Pemulihan Khas. Kumpulan sasaran
terdiri daripada murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Morak, Tumpat yang mengalami
masalah dalam Operasi Tambah Lingkungan 50.

Murid-murid tersebut terdiri

daripada 5 orang iaitu 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Murid-murid telah
berusia 8 tahun tetapi mempunyai aras kognitif yang rendah berbanding umur
hayatnya. Pemilihan kumpulan sasaran ini ditentukan berdasarkan beberapa instrumen
yang telah dirancangkan.
4.3

Prosedur Pelaksanaan Tindakan


Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah merancang beberapa langkah
untuk meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap kemhiran Operasi Tambah
Lingkungan 50 dengan menggunakan inovasi permainan Count & Draw Stick
(CODS). Aktiviti yang dijalankan ini berasaskan terapi pengamatan yang
merangkumi pengamatan penglihatan dan pengamatan motor mata tangan untuk
mengelaskan warna stick dan membilang stick. Tujuan terapi ini adalah bagi
merangsang minat murid untuk menyelesaikan Operasi Tambah Lingkungan 50
seterusnya dapat meningkatkan tahap penguasaan murid secara optimum.
Pengkaji telah merangka pelan aktiviti bagi permainan ini dengan
mewujudkan 3 aktiviti yang diberi nama Aktiviti CODS 1, Aktiviti CODS 2 dan
Aktiviti CODS 3. Setiap aktiviti tersebut akan diulang sebanyak 2 pusingan oleh
setiap murid. Aktiviti CODS 1 adalah bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan
murid terhadap Operasi Tambah Lingkungan 20.

Aktiviti CODS 1
Pengkaji menjalankan pengukuhan Operasi Tambah Lingkungan 20 menggunakan
pendekatan permainan Osom.

Murid secara berpasangan memegang Stick yang berbeza warna

Murid meletakkan stick mengikut suka hati

Murid secara berpasangan membilang stick yang terkumpul

Murid dikehendaki menulis secara bentuk ayat matematik seterusnya melukis


mengikut warna.

Ulang sehingga 3 pusingan.

Aktiviti CODS 2

Murid dibekalkan kayu stick

Murid dikehendaki menyelesaikan

Aktviti CODS 3

Pengamatan penglihatan, motor tangan. Untuk memberi fokus kepada murid


dalam membilang
Bagi melaksanakan kajian ini,
4.3.1

4.4

Instrumen dan Prosedur Pengumpulan Data


Sebelum mengaplikasikan strategi serta kaedah yang dirancangkan, pengkaji
terlebih dahulu meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengukuhkan
dapatan mengenai masalah ketidakupayaan murid dalam menguasai kemahiran
Operasi Tambah Lingkungan 50. Pengkaji juga membat kesimpulan awal bahawa
ketidakupayaan murid untuk menguasai kemahiran ini adalah disebabkan cara
pengiraan yang salah, cuai ketika membuat pengiraan, fokus yang terhad untuk
belajar dan minat serta motivasi diri yang rendah. Oleh itu, untuk menyokong
kesimpulan awal mengenai responden ini, tinjauan dijalankan dengan lebih terperinci
dan sistematik untuk mengutip data menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut :
4.4.1

Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian akan dilakukan sebelum dan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berlangsung. Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti
sejauh manakah tahap penguasaan murid dalam kemahiaran Operasi Tambah
Lingkungan 50. Pengkaji akan meninjau penglibatan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung, pergaulan bersama rakan
dan cara murid membuat pengiraan menyelesaikan operasi tambah. Selain itu,
pemerhatian juga akan dinilai dari segi respon murid, tingkah laku, latihan
bertulis, lembaran kerja dan catatan nota baik sebelum dan semasa aktiviti
yang dirancangkan dilaksanakan.

4.4.2

Kaedah Temu bual


Pengkaji akan menjalankan kaedah temu bual untuk mengumpul maklumat
secara terus daripada kumpulan sasaran. Temu bual dilakukan secara tidak
formal untuk mewujudkan keselesaan diantara pengkaji dengan murid bagi
mengetahui dan mendapatkan maklumat yang diinginkan. Temu bual ini
secara tidak lansung dapat mengenalpasti punca sebenar murid tidak dapat
menguasai kemahiran operasi tambah yang diajar. Selain itu, temu bual juga
boleh dijalankan terhadap faktor persekitaran murid seperti guru yang
mengajar dan rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat sokongan berkaitan
diri murid. Temu bual ini dijalankan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan
selepas kajian.

4.4.3

Soal selidik
Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid untuk
mendapatkan

maklumat berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan

penguasaan murid terhadap kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50. Guru


membacakan maklumat yang terkandung dalam borang soal selidik tersebut
dan murid dikehendaki mengisi diisi mengikut skala yang telah ditetapkan.
Hal ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat
berkaitan diri murid.
4.4.5

Lembaran Kerja
Pengkaji akan membuat penilaian ke atas lembaran kerja yang dilakukan oleh
murid sebagai salah satu instrumen untuk mengumpul data berkaitan masalah
murid berkaitan kemahiaran Operasi Tambah Lingkungan 50. Setiap lembaran
kerja yang diberikan kepada murid dianggap sebagai ujian dan akan
direkodkan markah. Lembaran kerja ini akan dilaksanakan setiap kali aktiviti
dijalankan. (Rujuk Lampiran 2)

4.4.6

Ujian Pra
Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar penguasaan murid dalam
kemahiran operasi tambah lingkungan 50. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi
bimbingan bermula dengan memberikan 40 soalan operasi tambah lingkungan
18 dengan mengunakan kaedah Pensel dan Kertas. Tempoh masa menjawab
adalah 30 minit. (Rujuk Lampiran 3)

4.4.7

Ujian Pos
Pengkaji akan menjalankan ujian pos selepas murid menjalani aktiviti Count
& Draw Stick (CODS). Ujian pos akan dijalankan bagi mengetahui tahap
peningkatan murid setelah kaedah CODS dilaksanakan terhadap murid-murid
melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Soalan-soalan yang
terkandung dalam Ujian Pos adalah yang sama dengan Ujian Pra. Hal ini
bertujuan untuk membuat perbandingan tahap pencapaian dan penguasaan
murid berkaiatan kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50 baik sebelum
dan selepas penggunaan kaedah CODS. (Rujuk Lampiran 3)

4.5

Prosedur Analisis Data


Setiap data yang dikumpul oleh pengkaji perlulah dianalisa secara sistematik supaya
hasil dapatan dan data yang dikumpul benar-benar sahih serta dapat membuktikan
keberkesanan kaedah yang digunakan. Pengkaji akan menganalisa setiap dapatan
melalui instrumen yang telah dirancangkan untuk mengumpul data yang merangkumi
kaedah pemerhatian, kaedah temu bual, soal selidik, lembaran kerja, ujian pra dan
ujian pos.
4.5.1

Kaedah Pemerhatian
Tujuan utama kaedah pemerhatian dijalankan ke atas responden adalah untuk
mengenal pasti sejauh manakah tahap penguasaan murid dalam kemahiran
Operasi Tambah Lingkungan 50 baik sebelum dan selepas melaksanakan
kaedah CODS. Pemerhatian ini akan dinilai berdasarkan tiga komponen iaitu,
penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung,
kemahiran menyelesaikan Operasi Tambah Lingkungan 50 dan kemahiran
pengamatan penglihatan serta motor mata tangan. (Rujuk Lampiran 4)

4.5.2

Kaedah Temu Bual


Kaedah temu bual akan dijalankan ke atas murid kumpulan sasaran sebelum
dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan. Hal ini
bertujuan untuk mengesan tahap penguasaan murid terhadap kemahiran
Operasi Tambah Lingkungan 50 dan minat murid terhadap mata pelajaran
matematik. Selain itu, temu bual ini juga bertujuan untuk mengesan punca
kelemahan dan kesukaran yang dialami oleh murid dalam kemahiran
matematik. Bagi melaksanakan sesi temu bual ini, pengkaji haruslah peka
dengan tingkah laku serta respon yang diberikan oleh murid.
Temu bual yang dijalankanoleh pengkaji adalah bersifat tidak formal. Hal ini
bertujuan untuk mewujudkan satu suasana yang selesa di antara pengkaji dan
responden. Oleh itu, responden mudah untuk meluahkan perasaan mereka
mengenai masalah yang dihadapi mereka. Soalan-soalan yang disoal pengkaji
adalah berdasarkan kerangka soalan yang telah disediakan berasaskan sikap
murid. Soalan-soalan yang disoal dapat menggambarkan perasaan murid

sebelum dan selepas merancangkan aktiviti yang dicadangkan. (Rujuk


Lampiran 5)
4.5.3

Soal selidik

4.5.4

Lembaran Kerja
Bagi menganalisis data dan maklumat daripada lembaran kerja, pengkaji telah
menyediakan lembaran kerja bagi setiap kali sesi aktiviti dijalankan iaitu
aktiviti CODS 1, aktiviti CODS 2 dan Aktiviti CODS 3. Selepas murid selesai
menjalankan aktiviti ini, pengkaji akan mengedarkan soalan berdasarkan
seteiap aktiviti ini. Sebagai contoh, untuk aktiviti CODS 1 adalah berkaitan
aktiviti pengukuhan Operasi Tambah Lingkungan 20. Oleh itu, pengkaji akan
menyediakan set lembaran kerja yang berkaitan operasi tambah lingkungan
20. Lembaran kerja ini dijadikan sebagai ujian yang akan direkodkan dalam
bentuk perastu. Borang merekod markah bagi lembaean kerja dapat dilihat
seperti di (Rujuk Lampiran 6)

4.5.5

Ujian Pra
Ujian Pra akan dijalankan ke atas murid bagi mengenalpasti dapatan masalah
murid terhadap kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50. Ujian ini
dijalankan untuk menilai keupayaan murid menguasai kemahiran Operasi
Tambah Lingkungan 50 sebelum penggunaan permainan CODS. Dalam ujian
ini, murid akan diberi 40 soalan berkaitan Operasi Tambah Lingkungan 50
yang menekankan aspek mengikut aras dari mudah kepada sukar. Markah bagi
ujian pra ini akan dicatatkan dalam bentuk peratus.

4.5.6

Ujian Pos
Ujian pos adalah ujian yang akan diberikan kepada murid setelah murid
menjalankan kesemua aktiviti CODS. Ujian ini akan dijalankan setelah
seminggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan bagi menguji
tahap penguasaan murid terhadap kemahiran Operasi tambah Lingkungan 50.
Konsep dan format ujian pelaksanaan ujian ini adalah sama dengan ujian pra.
Bentuk soalan dan masa yang hendak diuji pada ujian pos ini juga adalah sama
dengansoalan yang diuji pada ujian pra.
Markah bagi setiap ujian pos ini akan dicatatkan dalam bentuk peratus.
Perbandingan markah di antara dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos akan
menentukan keberkesanan kajian tindakan yang diambil. Markah ujian pos
yang lebih tinggi daripada ujian pra menunjukkan bahawa tindakan yang
dilaksanakan

berkesan sehingga meningkatkan markah murid berbanding

sebelum tindakan dijalankan. (Rujuk lampiran 8).

5.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1

Jadual Kerja Perlaksanaan Penyelidikan Tindakan


TEMPOH
BIL
1
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

AKTIVITI
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data
Menjalankan Ujian Diagnostik
Mengenal pasri fokus kajian
Membuat dan mencari kajian literatur
Mengesahkan tajuk kajian kepada penyelia
Menentukan objektif dan persoalan kajian
Menulis proposal / kertas cadangan
Memurnikan penulisan proposal
Merancang Tindakan
Mencuba pelaksanaan kajian
Melaksanakan aktiviti 1
Membincangkan masalah aktiviti 1 (refleksi)
Melaksanakan aktiviti 2
Membincangkan masalah aktiviti 2 (refleksi)
Melaksanakan aktiviti 3
Membincangkan masalah aktiviti 3 (refleksi)
Ujian mengesan pencapaian murid
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian

PERLAKSANAAN
1 Februari 2012
6 Februari 2012
7 Februari 2012
12 Februari 2012
19 Februari 2012
1 Mac 2012
18 Mac 2012
29 Mac 2012
1 April 2012
8 April 2012
Semester 8
Semester 8
Semester 8
Semester 8
Semester 8
Semester 8
Semester 8
Semester 8
Semester 8

Jadual 2 : Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan


5.2

Anggaran Kos Perbelanjaan


KUANTITI x
BIL
1.
2.
3.

JENIS BAHAN
Stick
Kertas A4
Magic Colour Pen
Fotokopi bahan

4.

JUMLAH KOS
HARGA SEUNIT
RM 1.50 x 5 kotak
RM 10.00 x 1 rim
RM 2.50 x 4 kotak

RM 7.50
RM 10.00
RM 18.00

RM 50.00

RM 60.00 x 1 kotak

RM 60.00

RM 3.00 x 4 buah
RM 12.00 x 1 set

RM 12.00
RM 12.00
RM 170.00

pengumpulan data
Printer
5
6
7

Cartridge
Mini Whiteboard
Marker Pen
Jumlah

Jadual 3 : Anggaran Kos Perbelanjaan

Lampiran
BORANG SOALAN KAJI SELIDIK
Nama : ..............................................

Tarikh : .........................

Bulatkan jawapan mengikut skala:


1-Amat Tidak Setuju

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

2-Tidak Setuju

3-Setuju

Item
Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati.
1
Saya seronok belajar operasi darab dalam matematik.
1
Saya selalu membuat latihan pendaraban sendiri di rumah.
1
Semakin banyak saya mempelajari operasi darab dalam matematik,
1
saya semakin menyukainya.
Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan operasi darab
1
dengan betul.
Saya akan cuba menjawab semua soalan operasi darab yang
1
diberikan.
Saya telah menghafal sifir 1 hingga sifir 12.
1
Saya suka latihan berbentuk pendaraban dalam matematik.
1
Saya akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam
1

4-Amat Setuju

2
2
2

Skala
3
3
3

4
4
4

2
2
2

3
3
3

4
4
4

pendaraban.
10. Saya selalu mengisi masa lapang dengan membuat latihan

tambahan soalan pendaraban.

Lampiran
Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan
Bil.

Aktiviti
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data

1.
2.
3.

Tarikh Perlaksanaan
31 Januari 2012

awal
Mengenal pasti fokus/tajuk kajian
Mengenal pasti tindakan untuk dikaji
Membincangkan fokus/tajuk kajian dan

4.

2 Februari 2012
5 Februari 2012
7 Februari 2012

tindakan untuk dikaji


Mengesahkan tajuk kajian kepada penyelia
5.
6.
7.
8.

8 Februari 2012
untuk dihantar ke unit praktikum
Penulisan draf pendahuluan dan refleksi
Perbincangan draf bersama penyelia
Merancang tindakan
Mencuba tindakan/merintis tindakan serta cara

9.
10.
11.
12.
13.

12 Februari 20012
15 Februari 2012
19 Februari 2012
22 Februari 2012

mengumpul data semasa praktikum


Perbincangan draf kedua bersama penyelia
Taklimat format perbentangan proposal kajian
Perbentangan proposal kajian
Memurnikan proposal kajian

8 Mac 2012
20 Mac 2012
27 Mac 2012

Lampiran

SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK,


16040 PALEKBANG, TUMPAT,
KELANTAN DARUL NAIM.

UJIAN PRA
OPERASI TAMBAH LINGKUNGAN 20
MASA : 15 MINIT

NAMA

: ...........................................

KELAS

: ...........................................

TARIKH : ..........................................
BAHAGIAN A

BAHAGIAN B

JUMLAH

Bahagian A : Operasi Tambah 10

5 + 3 =

4 + 3 =

7 + 3 =

2 + 4 =

6 + 3 =

4 + 4 =

5 + 2 =

8 + 1 =

7 + 2 =

6 + 2 =

3 + 3 =

5 + 3 =

6 + 3 =

4 + 5 =

Bahagian B : Operasi Tambah 20

7 + 4 =

9 + 3 =

8 + 7 =

9 + 9 =

7 + 5 =

8 + 8 =

6 + 7 =

7 + 9 =

8 + 7 =

5 + 6 =

8 + 4 =

5 + 8 =

7 + 7 =

6 + 9 =

Anda mungkin juga menyukai