Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Penekanan kepada bidang matematik mula dirasakan apabila mantan Perdana Menteri,
YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari
1991. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Matematik dilihat sangat penting dan
merupakan medium bagi menjayakan hasrat murni kerajaan untuk mencapai status
negara perindustrian menjelang tahun 2020. Subjek Matematik adalah pelajaran yang
abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah kerja,
algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos, 1989). Malah
konsep yang ada dalam subjek Matematik berkait rapat dengan kehidupan dan
penggunaan harian manusia. Kita menggunakan pelbagai konsep nombor, konsep ukuran
dan sukatan bagi mengetahui kuantiti dan nilai seperti bilangan, saiz, laju, hala dan
benda-benda di bumi dan alam cakerawala melalui cara yang sistematik.
Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses
penaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan cakerawala. Selain itu,
matematik juga dianggap sebagai suatu alat rekreasi dengan adanya aktiviti-aktiviti yang
menarik dan unik. Bahasa dan ayat Matematik yang khusus melibatkan penjelasan polapola, hubungan, hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang
demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang
diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Mengikut Bruner, untuk
mempelajari konsep matematik dengan berkesan, bahasa matematik harus diperkenalkan
daripada mudah kepada kompleks, mengikut peringkat perkembangan kognitif kanakkanak.
Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan
Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan
pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang
guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak
diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan.
Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar
mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982;
McDermott 1984; Resnick 1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar
sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru.
Dalam mempelajari asas nombor yang merangkumi tajuk penolakan nombor bulat,
penambahan pecahan, penambahan perpuluhan, dan penambahan wang, terdapat
beberapa kesukaran yang sering dihadapi oleh murid sehingga menimbulkan miskonsepsi
dalam mempelajari kemahiran tersebut. Miskonsepsi-miskonsepsi ini juga saling berkait
dari satu konsep ke konsep lain dalam tajuk yang berbeza. Sekiranya miskonsepsi ini tidak
ditangani dengan kaedah yang bijak, impaknya murid akan berterusan melakukan
kesilapan dan pastinya objektif pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai.
MISKONSEPSI DAN CARA MENGATASINYA

A. Topik Pecahan
2 1/3 = 2/3 + 1/3
Merujuk soalan di atas, miskonsepsi yang berlaku ialah miskonsepsi tentang hanya
nombor bulat dimanipulasikan untuk membuat pengiraan apabila melibatkan nombor
pecahan yang lebih besar daripada 1. Keadaan ini berlaku apabila murid membuat operasi
kira tambah atau kira tolak yang melibatkan nombor bercampur (mixed numbers).
Miskonsepsi berlaku apabila nombor bercampur 2 1/3 dilaksanakan dengan kefahaman
bahawa nombor bulat ( iaitu 2 ) mempunyai penyebut yang sama dengan penyebut
nombor pada bahagian pecahannya ( iaitu 1/3 ). Murid didapati gagal untuk membezakan
nombor bulat dengan pecahan dan gagal memahami nilai pecahan. Akibatnya jawapan
yang salah yang diperolehi iaitu :
2

1/3 = 2/3 + 1/3


=

3/3

Sebaliknya tindakan yang betul ialah menukar pecahan bercampur iaitu


2 1/3 menjadi pecahan tidak wajar. Pecahan tidak wajar ialah pecahan yang mempunyai
pengangka yang lebih besar dari penyebut. Untuk memahamkan murid tentang konsep
pecahan tidak wajar adalah lebih mudah dengan menggunakan gambarajah.
Cara mengatasi
Bagi mengatasi miskonsepsi ini, guru bolehlah menggunakan dua kaedah iaitu:
Penyelesaian 1 :
i.
ii.

iii.

2 1/3 = 2 + 1/3
Terangkan kepada murid , 2 1/3 ialah nombor bulat (2) tambah dengan pecahan ( 1/3 ).
Gunakan gambarajah untuk memudahkan pemahaman murid.

Berdasarkan soalan di atas, tegaskan kepada murid, pecahan mestilah mempunyai


bahagian yang sama. Jadi, gambarajah bagi nombor bulat 2 adalah sama bahagiannya
dengan gambarajah pecahan 1/3 iaitu setiap satunya mempunyai 3 bahagian sebagai

penyebut . Oleh itu, bahagian yang berlorek iaitu 7 sebagai pengangka. Jawapan bagi
pecahan tak wajar ialah 7/3 .
Secara ringkasnya : 2 1/3 = 3/3 + 3/3 + 1/3
= 7/3

Penyelesaian 2 :
Setelah murid faham akan konsep pecahan tak wajar, guru bolehlah menggunakan kaedah
yang lebih pendek dan menjimatkan masa.
Contohnya :
2

1/3 = ( 3 x 2 ) + 1
3

= 7/3
B. Topik Penolakan Nombor Bulat
406
285
281
i.

ii.

Miskonsepsi yang terlibat dalam penolakan nombor bulat di atas ialah :


Menolak melibatkan nombor 0. Miskonsepsi ini disebut sebagai smaller-from-large.
Miskonsepsi ini seringkali berlaku apabila murid menolak digit kecil dalam setiap lajur
daripada digit yang lebih besar tanpa mengambil kira kedudukan digit tersebut. Keadaan
ini timbul akibat kefahaman yang salah tentang operasi kira tolak iaitu operasi tolak
hanya boleh berlaku dengan nombor besar ditolak dengan nombor yang lebih kecil.
Merujuk soalan di atas, penolakan nilai tempat puluh iaitu digit (0 8) telah dianggap
sebagai (8 0) dan memberi jawapan sama dengan 8 telah dilakukan. Contohnya :
406
285
281
Miskonsepsi yang kedua ialah tidak melakukan pengurangan (decrementing) nombor
sebelah kiri daripada 0.
Contohnya :
406
285
281
Berdasarkan contoh di atas, murid tidak mengurangkan 4 kepada 3 semasa menolak.
Cara Mengatasi

Bagi mengatasi masalah konsepsi di atas, guru bolehlah menggunakan kaedah :


Penyelesaian 1:
Menggunakan petak nilai tempat dan menggunakan gaya penceritaan.
RATUS

PULUH

100
8 = 80

2 = 20

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

SA

Penolakan nilai tempat sa tidak ada masalah.


Semasa menolak nilai tempat puluh, guru mestilah menegaskan nombor sifar 0 tidak
cukup untuk menolak nombor 8. Tegaskan 8 = 80.
Jadi, perlu minta bantuan nilai tempat ratus sebanyak 1 ratus atau 100.
Minta murid menulis baki pada rumah ratus iaitu 3 ratus.
Tolakkan 1 ratus di rumah puluh dengan 80 bersamaan 20.
Akhir sekali, tolakkan nombor pada nilai tempat ratus, 3 ratus 2 ratus = 1 ratus.
Minta murid menulis jawapan akhir mengikut nilai tempat iaitu 121.

C. Topik Perpuluhan

2 56 2
1 23
2685

Miskonsepsi yang berlaku ialah murid tidak memahami peranan nilai tempat nombor
perpuluhan semasa menambah. Didapati murid melakukan operasi tambah nombor
perpuluhan dengan tidak menyusunnya mengikut nilai tempat yang sebenar serta
kedudukan titik perpuluhan yang tidak disusun dalam turus yang sama.
i.
ii.
iii.
iv.

Merujuk soalan di atas, kesalahan yang berlaku ialah :


Digit 3 (iaitu tempat persepuluh) telah disusun di bawah digit 2 (iaitu tempat perseratus).
Digit 2 (iaitu tempat sa) telah disusun di bawah digit 6 (iaitu tempat persepuluh).
Digit 1 (iaitu tempat puluh) telah disusun di bawah digit 5 (iaitu tempat sa).
Titik perpuluhan tidak disusun dalam turus yang sama.
Cara Mengatasi
Bagi mengatasi masalah miskonsepsi di atas, operasi tambah nombor perpuluhan akan
lebih mudah sekiranya membuat jadual nilai tempat (rumah nombor) seperti di bawah:
Contohnya :

Tempat Tempat
Titik
Tempat
Tempat
Puluh
Sa
Perpuluhan Persepuluh Perseratus
2
5

6
2
1
2

3
0
7

3
1.
2.
3.
4.
5.

Buat jadual nilai tempat seperti di atas.


Nombor disusun menegak dalam satu turus mengikut titik perpuluhan.
Letakkan digit 0 pada tempat perseratus.
Tambah nombor seperti nombor bulat, bermula dari digit yang paling kanan.
Tandakan titik perpuluhan dalam jawapan mengikut turus yang sama dengan soalan.

D. Topik Wang

i.
ii.

RM 1
50 sen
60 sen

Miskonsepsi yang berlaku bagi soalan di atas ialah :


Murid tidak dapat membezakan nilai ringgit dan sen .
Murid menambah terus wang yang berlainan unit tanpa menukar salah satu unit sama ada
ringgit ataupun sen.

Cara Mengatasi :
Bagi mengatasi miskonsepsi ini, guru boleh memahamkan murid dengan konsep
RM1 = 100 sen. Selain itu gunakan petak nombor yang mempunyai pemisah ringgit dan
sen.
Contohnya:
RM

TITIK
PEMISAH

1
0

SEN
0

0
9 0

Murid dibimbing meletakkan nilai sen pada wang ringgit dengan meletakkan 2 sifar
selepas titik pemisah ( ) ringgit dan sen. Kemudian murid dibimbing supaya meletakkan
1 sifar sebelum titik pemisah dan diikuti oleh 90 sen. Setelah murid memahami langkah
ini, murid diminta menyelesaikan operasi yang ditunjukkan pada soalan.
PENUTUP

i.
ii.
iii.

Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah
di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Ini kerana,
murid mempunyai pelbagai tahap kecerdasan. Sebagai guru seharusnya kita
menggunakan kaedah dan pendekatan yang pelbagai bagi memperkenalkan konsep
matematik dan menarik minat murid untuk terus fokus pada pengajaran dan
pembelajaran matematik. Menurut Robert Gagne iaitu seorang professor dan ahli
psikologi, pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik
penyampaian iaitu :
Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.
Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan.
Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk
membuat perbezaan dan generalisasi.
Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan bagi mengatasi miskonsepsi di kalangan murid
sama ada faktor kecuaian atau kesukaran murid memahami konsep ataupun faktor guru
sendiri yang tidak menguasai Pedagogy Content Knowledge (PCK). Sesetengah murid
tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan ketika proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Namun, secara keseluruhannya, terdapat persamaan antara
masalah-masalah yang dihadapi.
Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada
peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh
pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru. Kelemahan
dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah
tentunya memberi kesan pula apabila mereka berada di sekolah menengah sekiranya tidak
ditangani dari awal.

RUJUKAN
Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad .(2012). Modul KRM3013 Asas Nombor. Tanjung Malim:
Universiti Perguruan Sultan Idris
Jamil A, Norlia G, Norhashimah S. (11- 12 Oktober 2008). Seminar Pendidikan Sains dan
Matematik : Miskonsepsi Matematik Satu Refleksi. Open Universiti Malaysia

http://library.utem.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=813&It

http://www.slideshare.net/salinalina77/miskonsepsi-mte-3111
http://www.scribd.com/doc/106881041/Asas-Nombor
http://khsee2007.blogspot.com/2008/11/ps-4305-213-misconception-in-maths.html