Anda di halaman 1dari 2

Kesukaran:

Membuat pengukuran objek menggunakan unit bukan piawai di kalangan murid tahun 1.
Contoh soalan:
Ukur dan catatkan panjang pensel dengan menggunakan klip kertas sebagai unit bukan piawai. Murid diberikan
sebatang pensel dan sepuluh klip kertas.

Kesalahan yang dilakukan:


Murid tidak mengukur dari hujung ke hujung pensel dan tidak menyusun klip kertas secara berterusan (rapat) dalam
satu garis lurus.

Pengukuran yang sepatutnya:

Langkah Penyelesaian:
1. Murid perlu ditegaskan bahawa pengukuran sesuatu objek mestilah dibuat dari hujung objek ke hujung yang satu
lagi dengan tepat dan setiap alat pengukur bukan piawai yang digunakan mestilah disusun secara berterusan (rapat)
dalam satu garis lurus.
2. Murid memerhati dan meneliti bagaimana guru membuat pengukuran objek di hadapan kelas.
3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan diberikan beberapa objek untuk diukur dengan
menggunakan klip kertas. Setiap kumpulan mengukur dan mencatat nilai ukuran yang mereka dapat dalam lembaran
kerja yang disediakan (Rujuk Lampiran 1). Guru menegaskan bahawa setiap ahli kumpulan mesti bekerjasama dan
bergilir-gilir membuat pengukuran supaya tiada ahli yang terkecuali daripada membuat pengukuran.
4. Wakil dari setiap kumpulan akan melaporkan hasil pengukuran mereka dan perbandingan terhadap jawapan yang
dibentangkan dibuat. Kumpulan yang tidak mendapat jawapan yang tepat dan diberikan bimbingan untuk membuat
pengukuran sekali lagi dengan tepat.

LAMPIRAN 1
Ukur panjang objek-objek di bawah dengan menggunakan klip kertas dan catatkan bilangan klip kertas yang
digunakan.