Anda di halaman 1dari 2

Kesukaran:

Menyebut dan menulis waktu dalam jam dan setengah jam dengan menggunakan jam
analog di kalangan murid Tahun 1.
Murid tidak dapat melukis dengan tepat kedudukan jarum jam bagi waktu yang
melibatkan setengah jam. Ramai murid yang menganggap kedudukan jarum jam
adalah sama antara waktu dalam jam dengan waktu dalam setengah jam.
Contoh soalan:
Lukiskan jarum jam dan minit bagi waktu yang diberi.

Kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid.:

Penyelesaian yang sepatutnya:

1.

2.

3.

Langkah penyelesaian:
Guru menegaskan bahawa apabila jarum minit bergerak, jarum jam juga bergerak
cuma dengan kadar yang lebih perlahan. Pada pukul 2, jarum jam menunjukkan tepat
pada angka 2. Namun apabila jarum minit terus bergerak, jarum jam juga akan
bergerak menghampiri angka 3. Apabila jarum minit menunjukkan setengah iaitu pada
angka 6, jarum jam juga akan berada di tengah-tengah di antara angka 2 dan angka 3.
Untuk membantu murid memahaminya secara konkrit, murid diberi peluang meneroka
sendiri kedudukan jarum jam dan minit bagi waktu yang dinyatakan dengan
memanipulasi jam sebenar yang disediakan oleh guru. Dengan ini murid dapat melihat
adanya perkaitan antara pergerakan jarum minit dan jarum jam.
Setelah murid dapat menunjukkan kedudukan jarum jam dan minit yang betul bagi
setiap waktu yang dinyatakan dengan menggunakan jam sebenar, barulah murid
diberikan latih tubi melukis jarum jam dan minit pada muka jam. yang dilukis

LAMPIRAN
Lukis jarum jam bagi waktu yang dinyatakan.