900504086156
TUGASAN INDIVIDU
NAMA
NO MATRIK
: 05894
NO K/P
: 900504086156
KUMPULAN
: IP8K
: EDU 3109
SUBJEK
NAMA PENSYARAH
MAJID
TARIKH HANTAR
: 29 OGOS 2013
Nama Pelajar
No. Matrik
: 05894
Kumpulan
Mata Pelajaran
: EDU 3109
BIL
TARIKH
PERKARA YANG
DIBINCANGKAN
KOMEN
1.
28
Julai Mendapat kerja kursus Memahami
2013
dan
penerangan kehendak soalan
daripada pensyarah
2.
1 Ogos
hingga 20
Ogos 2013
3.
9 Ogos
hingga 21
Ogos 2013
4.
20 Ogos
hingga 21
Ogos 2013
5.
29 Ogos
2013
T.T. PENSYARAH
/ G.PELATIH
Pendidikan
Malaysia
telah
memperkenalkan
inovasi
dan
sepenuhnya
dan
memenuhi
aspirasi
Negara
Malaysia
dengan
memperkenalkan inovasi dan perubahan dalam sistem pendidikan. Pada masa kini,
inovasi memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan pembangunan
pendidikan
sesebuah
negara.
Inovatif
bermaksud
kemampuan
membina
transformasi atau mencipta sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau
kaedah yang releven dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan
perkembangan minda yang lebih dinamik. Guru inovatif pula bermaksud guru yang
mempunyai kebolehan melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti
keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya
kreativiti yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin
Miskon (2010) mengemukakan bahawa: Guru yang kreatif dan inovatif dapat
mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan kehendak dan matlamat
kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta
pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Kementerian negara kita juga telah
mengemukan tema Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-41 bagi tahun
2012 iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Tema
Sambutan Hari Guru ke-41 ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negara kita
berhasrat untuk melahirkan para guru yang berinovatif tinggi dalam pendidikan.
3
Pemilihan tema ini juga dianggap sebagai memberi galakan kepada para guru untuk
menyuburkan inovasi dalam dunia pengajaran mereka. Sebagai golongan
profesional yang menjana dan menjuarai perubahan, kita sebagai bakal guru perlu
peka dan bersedia memperlengkapi diri menjadi guru yang berinovatif. Hal ini kerana
guru yang berinovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh
mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi anak
didik. Bagi merealisasikan hasrat kementerian ini, saya sebagai guru pelatih sedang
berusaha untuk melengkapi diri saya untuk menjadi guru matapelajaran yang
berkesan di sekolah.
Institut Pendidikan Guru memainkan peranan yang utama dalam melahirkan
bakal guru yang berinovatif tinggi. Perkara ini dapat dibuktikan dengan tema
Seminar Penyelidikan Zon Timur yang terdapat dalam satu bosur dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Zon Timur (2013) iaitu memperkasakan amalan
pengajaran dan pembelajaran kreatif dan inovatif melalui penyelidikan tindakan. Ini
menunjukkan bahawa pihak maktab memberi satu peluang yang terbaik kepada
guru
pelatih
untuk
menjalankan
penyelidikan
dengan
menggunakan
dan
dalam
menjalankan
sesi
pengajaran
dan
pembelajaran
yang
berinovatif.
Lebih-lebih lagi, guru berinovasi amat berlainan daripada guru biasa. Hal ini
kerana guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya mereka sentiasa berfikir
di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang
lebih berkesan. Pensyarah penyelia praktikum saya, sentiasa menasihatkan saya
agar menyediakan sesi pengajaran yang agak berlainan dan juga dapat menarik
murid tahun 5 dalam topik Perubahan Tenaga. Saya berpendapat teknik ini akan
membantu murid-murid tersebut untuk memahami topik ini dengan lebih jelas kerana
kandungan topik ini adalah abstrak iaitu susah untuk memahami. Walaupun saya
tidak mempunyai kemahiran untuk menghasilkan video animasi, tetapi saya telah
mempelajari cara itu untuk membuat video animasi daripada rakan IT saya dan
akhirnya saya boleh menghasilkan video animasi yang kecil-kecilan. Pengetahuan
ini saya akan menggunakan ketika menyediakan kaedah pengajaran yang
berinovasi pada masa hadapan. Jadi, di sini saya merumuskan bahawa saya
sanggup untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru dalam bidang teknologi
supaya tidak ketinggalan dalam dunia kemajuan teknologi ini malah dapat
menyumbang idea ini kepada dunia pendidikan bagi merealisasikan hasrat
Kementerian Pendidikan Negara untuk menjadi guru yang berinovatif.
Sebenarnya, murid pada hari ini lebih dikenali sebagai generasi Internet.
Mereka lebih selesa dengan dunia Internet dan pantas menguasai kemahiran dalam
pelbagai unsur baharu dalam internet. Jadi, di sini guru terpaksa berpecut untuk
mempelajari dan juga menguasai kemahiran-kemahiran internet ini lebih baik dan
juga pantas daripada murid-murid sekolah. Kebanyakkan negara di luar, sistem
pendidikan formal telah berubah menjadi pendidikan maya. Ini menunjukkan
perubahan persekitaran pembelajaran mengikut ekoran perkembangan internet ini.
Perkara ini telah disetuju oleh Klein dan Zimmerman (2009) dengan menyatakan
bahawa sejak kebelakangan ini kebanyakkan organisasi lebih suka mencipta
pelbagai teknologi baru untuk bertujuan meningkatkan persekitaran pembelajaran
dan ini sekaligus menyebabkan setiap individu dapat memilih strategi pembelajaran
mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan mereka. Dengan pendapat beliau,
saya menyedari bahawa setiap guru harus menguasai kemahiran internet dalam
dunia teknologi ini. Saya juga telah mempunyai pendedahan terhadap penggunaan
internet dalam sistem pembelajaran yang mana diperolehi dari subjek Teknologi
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan juga kursus komputer. Saya berpendapat
kemahiran-kemahiran
ini
boleh
digunakan
dan
juga
diaplikasikan
dalam
Dalam teknik PLE ini, murid sendiri yang mengawal, menentukan, menguruskan
pembelajaran dengan menggunakan perisian sosial yang menghubungkan dan
membolehkan manusia berkolaborasi dengan menggunakan komputer. Menurut
Miligan (2006) tujuan PLE diperkenalkan adalah untuk menyediakan satu lokus
pembelajaran di mana kesemua elemen dalam proses pembelajaran disatukan bagi
menghasilkan satu set alat yang dapat menyokong pembelajaran setiap individu.
Jadi, setiap guru harus peka terhadap perkembangan dan juga persekitaran
pembelajaran personal ini. Satu kajian Noor Azida Sahabudin dan Mohamad Bilal Ali
(n.d) juga menyatakan kepentingan mewujudkan persekitaran pembelajaran
personal di sekolah. Sebagai bakal guru saya telah mempelajari dan juga mengenali
cara untuk menggunakan beberapa perisian yang terdapat dalam persekitaran
pembelajaran
personal
seperti
audio
untuk
menyediakan
podcast,
instant
maklumat ini daripada pensyarah teknologi maklumat yang terdapat di maktab saya.
Setelah saya menguasai ilmu ini, saya akan berusaha untuk mewujudkan
persekitaran bilik darjah maya di sekolah yang akan saya ditempatkan sebagai guru
berijazah.
Tambahan pula, pengajaran berbantukan komputer juga boleh dilihat sebagai
satu alternatif ke arah melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, kritis dan
berwawasan selaras dengan hasrat kerajaan. Pengajaran berbantukan komputer
boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara seperti pembelajaran berasaskan Web.
Pembelajaran berasaskan Web merupakan salah satu cara pembelajaran yang
dipelopori dalam konsep Sekolah Bestari. Konsep sekolah bestari merupakan satu
inovasi pendidikan kebangsaan yang metamorfik. Ia dikenali metamorfik kerana
kurikulum, pedagogi, teknologi yang digunakan serta penilaian pembelajaran diubah
untuk memenuhi hasrat membentuk generasi Malaysia yang lebih kreatif dan inovatif
dalam pemikirannya serta cekap menggunakan teknologi baru dan dapat
mengakses serta mengurus maklumat dalam zaman ledakan maklumat kini. Salah
satu kebaikan pengajaran berasaskan Web ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks dan
hypermedia
Web
sedunia
menyebabkan
penyampaian
pengajaran
dapat
disampaikan dalam bentuk tanpa linear. Thuering, Mannemann dan Haake (1995)
memberi pendapat bahawa Web mendokong dan menggalakkan perayauan dan
eksplorasi yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi
(high-order thinking skills) (Rosiadi Tajudin, Mohd Faridzul Akmam Zulkifli, Nor Aziah
Zakaria, Nur Shahidatul Akmar Mohd Shahibi dan Rohaya Abdul Wahab, 2008).
Jadi, guru boleh menggunakan teknologi ICT melalui laman web pembelajaran untuk
mengadakan latih tubi di dalam kelas. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan
latih tubi di laman web dan kemudian guru dan murid akan membincangkan
jawapannya di dalam kelas. Saya juga pernah menjalankan kaedah pengajaran ini
ketika praktikum pertama saya di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Saraswathy.
Pendedahan ini saya dapat ketika mencari maklumat untuk menjalankan tugasan
yang diberi oleh pensyarah. Dengan ini, saya telah mempelajari untuk mengakses
dan juga melakukan sesi Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang (Web).
Selanjutnya, sebagai guru pelatih berkursus sains matapelajaran major saya
iaitu SCE 3102 Childrens Learning Science juga telah memberi peluang kepada
para
guru
sedang
berusaha
untuk
meningkatkan
kualiti
guru
tidak memainkan
peranan
mereka
dalam
menjalankan
kemajuan dunia teknologi ini, setiap guru harus berusaha untuk meningkatkan kualiti
profesionalisme mereka dengan mengamalkan amalan inovasi dalam sistem
pendidikan ini.
Kesimpulannya, dunia ini sentiasa berubah, justeru tiada yang kekal dalam
kehidupan ini terutamanya dalam dunia pendidikan. Hari ini tidak sama dengan hari
semalam dan hari esok pasti tidak sama dengan hari ini. Dalam dunia pendidikan ini,
perubahan sentiasa akan berlaku dari masa ke semasa. Oleh kerana kerapnya
berlaku perubahan dalam pendidikan maka dapatlah dikatakan bahawa sesuatu
yang kekal dalam pendidikan adalah perubahan itu sendiri. Jadi, saya sebagai bakal
11
12
Penulisan Refleksi
Secara individu anda dikehendaki menulis satu refleksi tentang bagaimana anda
mengurus tekanan emosi yang dihadapi semasa belajar di Institut Pendidikan Guru
Kampus di Malaysia.
Saya Moganavalli Tan Keng Yu, guru pelatih berkursus PISMP Pengajian
Sains dan Bahasa Tamil Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.
Hampir selama lima setengah tahun saya menuntut pengajian saya sebagai guru
pelatih di kampus ini. Tahun ini pula merupakan tahun yang terakhir untuk
menamatkan pengajian saya di maktab perguruan ini. Pelbagai peristiwa-peristiwa
manis dan juga peristiwa-peristiwa pahit telah dipenuhi sepanjang perjalanan
kehidupan saya sebagai guru pelatih di maktab ini. Di bawah bumbung maktab ini,
saya telah mempelajari beberapa perkara untuk menjadi bakal guru yang dilengkapi
dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga berbudi bahasa tinggi. Dalam
perjalankan ini, saya juga telah berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan emosi.
Sebenarnya, tekanan emosi merupakan satu perkara yang biasa akan dialami
oleh setiap guru pelatih. Daripada pengalaman saya, tekanan emosi ini berlaku atas
beberapa punca utama seperti kerja tugasan yang berlampak, pelbagai aktiviti luar
(Bina Insan Guru atau kempen), waktu kuliah, tutorial, kerja file mengikut subjek,
praktikum, dan juga peperiksaan. Oleh kerana masalah tekanan emosi ini tidak
dapat dielakkan dalam kalangan guru pelatih, jadi mereka harus bijak dalam
mengatasi masalah tekanan ini secara positif. Sepanjang perjalankan kehidupan
saya sebagai guru pelatih, saya telah menggunakan beberapa cara untuk
menangani masalah tekanan stres ini daripada menjadi lebih serius.
Biasanya, saya akan mengalami masalah tekanan ini ketika diberi kerja
kursus yang berlambak. Seperti yang kita tahu, setiap pensyarah akan memberi
kerja tugas subjek masing-masing dalam tempoh waktu yang hampir sama. Pada
waktu begini, saya akan membuat perancangan awal untuk menyiapkan kerja
kursus yang diberi. Namun, kadang-kala saya tidak dapat mengikut perancangan
jadual kerja tugasan ini atas tugas-tugas lain yang diberi oleh pihak maktab. Pada
13
waktu beginilah, saya akan mula berasa bimbang untuk menyiapkan semua tugasan
yang diberi dalam tempoh yang ditetapkan. Apabila perasaan bimbang ini mula
menguasai diri saya, saya tidak boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam
membuat sesuatu kerja. Perasaan bimbang ini yang lama-kelamaan menjadi
sebagai tekanan emosi kepada saya. Ketika saya berada PISMP semester empat
saya telah diberi banyak kerja kursus sekaligus. Pada ketika ini, saya memang tidak
dapat menumpukan perhatian dalam membuat kerja tugasan ini. Biasanya pada
ketika ini, saya akan menenangkan fikiran saya dengan melakukan yoga. Langkah
ini
biasanya
saya
akan
gunakan
sekiranya
saya
langsung
tidak
dapat
menyenangkan fikiran atau tidak dapat memfokuskan kepada perkara lain. Dengan
membuat aktiviti ini, saya akan berasa lega dan tenang serta merasa keluar
daripada masalah tersebut. Setelah saya menyenangkan fikiran, baru saya akan
mula membuat strategi untuk menyiapkan tugasan yang diberi pada masa yang
ditetapkan.
Selain itu, saya juga akan menyenangkan fikiran saya dengan mendengar
lagu yang melodi ataupun melihat gambar-gambar kesukaan saya untuk
mengurangkan tekanan stres. Apabila saya mendengar lagu, saya dapat merasakan
bebanan hati saya berkurang serta fikiran saya juga akan menjadi lebih jelas. Ini
adalah langkah yang biasanya saya akan gunakan ketika mengalami tekanan stres
pada peringkat permulaan. Sebagai contohnya, ketika saya berada di semester tiga
saya merupakan ketua kumpulan bagi kelas saya. Sepanjang semester tersebut,
saya telah menghadapi dengan pelbagai jenis masalah dan juga kerumitan dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua kumpulan dengan baik. Bagi
mengurangkan tekanan kerja ini saya akan mendengar lagu yang melodi supaya
dapat keluar daripada tekanan kerja tersebut. Selain itu, kadang-kala saya juga akan
melihat gambar-gambar kegemaran saya seperti gambar kezamanan kanak-kanak
saya dan juga gambar bayi. Hal ini kerana saya memang gemar untuk melihat dan
mengembirakan hati saya dengan mengenangkan peristiwa zaman kekanakkan
saya. Lagipun, gambar bayi dapat membantu saya untuk menceriakan diri,
melupakan masalah yang dihadapi seketika serta mengurangkan tekanan saya.
Saya juga pernah mengalami tekanan emosi daripada rakan-rakan. Rakan
merupakan insan yang amat penting dalam kehidupan kita ketika berada di maktab.
14
Mereka yang akan menjadi sebagai penganti tempat ibubapa yang mana sentiasa
akan berkongsi masalah dan juga peristiwa gembira yang berlaku dalam hidupan
hariannya. Dalam perjalanan ini, saya pernah mengalami masalah perselisihan
faham dengan rakan karib saya. Perkara itu memang mengganggu fikiran saya
untuk meneruskan persahabatan kami seperti biasa. Pada ketika tersebut, saya
hanya telah menenangkan fikiran saya dengan menonton filem-filem berjenaka dan
kartun. Dengan melihat filem-filem begini saya dapat keluar daripada masalah
peribadi tersebut dan juga dapat memberi ruang kepada diri sendiri untuk
menitikberatkan punca perselisihan faham berlaku antara kami serta berusaha untuk
memperbaiki hubungan kami.
Dalam alam kehidupan maktab ini, peperiksaan merupakan satu punca yang
utama yang mana sentiasa menimbulkan tekanan besar dalam kalangan guru
pelatih. Pada bulan peperiksaan, biasanya saya akan mula untuk mengulangkaji
pelajaran
awal.
Saya
akan
membahagikan
masa
untuk
mengulangkaji
16
Rujukan
Brosur Seminar Penyelidikan Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Timur.
(2013). Dimuat turun pada 9 Ogos 2013, dari,
http://ipgmkdri.edu.my/pipk/bosur%20sppzt2013.pdf
Klein, S. & Zimmermann, V. (2009). Open Learning Environments for Personalised
Learning. Dimuat turun pada 15 Ogos 2013, dari,
http://www.learningtechnologies.com.au/files/Klein-Zimmermann_LT2009.pdf
Miligan, C. (2006). The Road to the Personal Learning Environment. Dimuat turun
pada 8 Ogos 2013, dari,
http://zope.cetis.ac.uk/members/ple/resources/colinmilligan.pdf
Noriati A. Rashid., Boon Pong Ying., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad., & Zuraidah A.
Majid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nooraqma Aqmal Bin Yunos. (2011). Penerapan Elemen Inovasi dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Kursus-Kursus Pendidikan Teknikal Dan Vokasional.
Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun pada 15 Ogos 2013, dari,
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/NOORAQMAAQMAL
P073093D2011TTP.pdf
Noor Azida Sahabudin. & Mohamad Bilal Ali. (n.d). Persekitaran Pembelajaran
Personal : Perbezaannya Dengan Sistem Pembelajaran Tradisional. Dimuat
turun pada 15 Ogos 2013, dari, http://eprints.utm.my/14954/1/eprint14
Persekitaran_Pembelajaran_Personal.pdf
Rosiadi Tajudin., Mohd Faridzul Akman Zulkifli., Nor Aziah Zakaria., Nur Shahidatul
Akmar Mohd Shahibi., & Rohaya Abdul Wahab. (2008) Isu Semasa Dalam
Pendidikan : Pembelajaran Berasaskan Web. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Dimuat
turun
pada
Ogos
2013,
dari,
http://www.scribd.com/doc/13969332/Pembelajaran-Berasaskan-Web
17
Shamsiah Sidek., Nurin Abdul Majid., Nelly Ezatul Fazlina Md Sah., Hamidah
Mohamed., & Mohd Noor Hashim. The Role Of TVET Tecahers In School
Based Assessment Of Vocational Electives Subjects At Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato Onn, Batu Pahat, Johor. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Diambil
pada
19
Ogos
2013,
dari,
http://eprints.uthm.edu.my/3204/1/96.pdf
Syed Ismail bin Syed Mustapa. & Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas
Kepimpinan
dan
Perkembangan
Profesional.
Selangor
Penerbitan
18