Anda di halaman 1dari 406

Malaysia 2014

MALAYSIA
THAILAND

PERLIS

Bukit Kayu Hitam


Kangar
Kuala Perlis

P. Langkawi

Kuah
P. Payar
Alor Setar
Kuala Kedah

Tumpat

KEDAH

Sungai Petani

Keroh

PENANG
Georgetown
Penang
Hill
830

Tasik
Temenggor

Butterworth
Kulim
Bukit
Mertajam

Bt. Merah
Taiping

Jeli

Kuala Terengganu
Marang P. Kapas

G. Chamah
2171

PERAK

KELANTAN

Tasik Chenderoh
Bt. Larut
1448

Ipoh

P. Pangkor

P. Perhentian
Besut
P. Redang
Tanah
Jerteh
Merah
Merang

Gerik

Kuala Kangsar

Kota Bharu
Pasir Mas

Tasik Kenyir

TERENGGANU

Gua Musang
G. Korbu
2183

G. Tahan
2187

Cameron Highlands
1524

Lumut

Kuala Lipis

SE

Teluk Intan

LA
TM

Raub

EL
AK

SELANGOR

Dungun

Taman
Negara

Kerteh
Cherating

PAHANG

Jerantut
Kuantan

Frasers Hill
1524

Mentakab Temerloh

Genting Highlands
1772

Pekan

Tasik
Chini

Kuala Lumpur
Shah Alam
Tasik
Pelabuhan Klang
Cyberjaya NEGERI
Bera
P. Indah
Pulau Tioman
SEMBILAN
Putrajaya
Seremban
Morib
Sepang
P. Pemanggil
Seri Menanti Gemas
Lapangan Terbang
s
Antarabangsa
Taman Negara
P. Rawa
Kuala Lumpur (KLIA) Port Dickson
G. Ledang Endau Rompin
Cape Rachado
1276
P. Besar
Mersing
P. Aur
Ayer Keroh
P. Tinggi
MEL AKA Melaka
JOHOR
P. Sibu
P. Besar
Muar
Kluang
Tg. Leman
Batu Pahat
Kota Tinggi
Johor Bahru
P. Kukup

ii

Malaysia 2014

Tg. Piai

Desaru
Tg. Belungkor
SINGAPURA

Senai

Sa

U
P. Layang-Layang
Limbuak
Kudat

C H I N A

Labuan

Beaufort
Victoria

Bandar Seri Begawan


BRUNEI DARUSSALAM
Miri
Taman Negara Lambir

Marudi

P. Jambongan

Taman Negara Kinabalu

Tambunan
Keningau

LAUT
SULU

Lahat Datu P. Sakar


P. Tabawan
P. Timbun Mata
P. Gaya
Semporna
P. Mabul
Tawau
P. Sebatik P. Sipadan

Lawas
Limbang

Long Semado

Jambongan
Teluk Labuk
P. Kanawi
Sandakan

SABAH

Tenom

Long Pa Sia

Taman Negara
Long Seridan
G. Mulu
G. Murud
2377
2423

T aman Negara Niah

Bareo

LAUT
SULAWESI

Bintulu
Mukah
Belaga
K. Rajang

SARAWAK

Sibu
Sarikei

Kapit

antubong

Kuching

Kota Kinabalu
P. Tiga Park

S E LATAN

P. Malawali

G. Kinabalu
4095

Taman Negara Tunku Abdul Rahman

L A U T

P. Banggi

Taman Negara Bako

Bandar Sri Aman

INDONESIA

PETUNJUK
Sempadan Antarabangsa
Sempadan Negeri
Lebuh Raya Utara-Selatan
Lebuh Raya Timur-Barat
Jalan Raya
Jalan Keretapi
Lapangan Terbang
Pusat Peranginan Pantai
Pusat Peranginan Tanah Tinggi

Tasik
Ibu Negeri
Bandar
Taman Negara
Bt.
G.
P.
T.
Tg.

....
....
....
....
....

Bukit
Gunung
Pulau
Tasik
Tanjung

Malaysia 2014

iii

iv

Malaysia 2014

MALAYSIA
2014

BUKU RASMI TAHUNAN

Malaysia 2014

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh


masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan


dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya


yang kaya dan berbagai-bagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan


teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga


dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut:-

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

ii

Malaysia 2014

SIDANG REDAKSI
Diterbitkan di Malaysia oleh
PENAUNG
YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia
PENASIHAT
YBhg. Dato Haji Ibrahim Abdul Rahman
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan Malaysia

SIDANG PENGARANG
KETUA EDITOR
Hajah Azizah Awang
EDITOR
Chua Hin Chiew
PENYELARAS
Rahanum Hasan

Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan Malaysia
Tingkat 18, Kompleks Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, Malaysia
Telefon
Faks
Laman web
E-mel

:
:
:
:

03-8911 3440
03-8911 4957
www.penerangan.gov.my
webmaster@inform.gov.my

Cetakan Pertama 2014


Hak cipta Jabatan Penerangan Malaysia

gerak Minda Rakyat'


PEMBANTU PENYELARAS
Roslen Jati Sut
Razdiah Othman

PEREKA KULIT DAN PEREKA LETAK


Absolute Master Printers Sdn. Bhd.
FOTOGRAFI
Cawangan Foto, Bahagian Komunikasi Visual
dan Seni Reka,
Jabatan Penerangan Malaysia
PENGEDARAN
Unit Logistik,
Bahagian Khidmat Pengurusan dan
Kewangan,
Jabatan Penerangan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian


daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan
ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan
cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Penerbit terlebih dahulu.
ISSN 0126-8627
Dicetak oleh
Absolute Master Printers Sdn. Bhd

NASKHAH PERCUMA

Malaysia 2014

iii

KANDUNGAN
SENARAI DAN GAMBAR



iv

iii
vi
vii
2

Sidang Redaksi
Kata Pengantar - Menteri Komunikasi dan Multimedia
- Ketua Pengarah Penerangan Malaysia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong
Sultan-sultan, Raja dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Kabinet Malaysia

4
11

1.0













PROFIL NEGARA
Ringkasan Sejarah Malaysia
Jata Negara Malaysia
Bendera Malaysia
Rukun Negara
Lagu Kebangsaan
Bunga Kebangsaan
Agama
Bahasa Rasmi
Mata Wang
Demografi Penduduk
Perayaan dan Festival
Lokasi
Iklim
Flora dan Fauna

16
18
19
21
22
24
24
24
25
26
26
28
28
29

2.0













PROFIL NEGERI
Kedah
Pahang
Terengganu
Perlis
Selangor
Negeri Sembilan
Johor
Kelantan
Perak
Pulau Pinang
Melaka
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan

34
36
38
40
42
44
46
48
50
52
54
56
58
60

3.0



PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA


Perlembagaan
Sistem Pemerintahan Negara
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Pentadbiran Kerajaan Negeri

68
71
77
82

Malaysia 2014

4.0 PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Tuanku
Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Acara-Acara Peringkat Nasional

Transformasi Pentadbiran Negara

Hubungan Antarabangsa dan Pengiktirafan Global

Peristiwa-Peristiwa Penting

95
99
106
112

5.0



EKONOMI MALAYSIA
Bajet 2014
Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
Program Transformasi Ekonomi (ETP) : Laporan Tahunan 2013
Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2013

118
121
124
126

6.0


















RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN


Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Kewangan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia
Kementerian Dalam Negeri Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan
Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Wilayah Persekutuan
Kementerian Belia dan Sukan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

92

136
162
172
188
196
206
214
224
232
244
254
262
270
280
288
298
308
316
324
336
348
356
364
376

Malaysia 2014

PRAKATA
Dato Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

ekalung tahniah dan syabas kepada


Jabatan Penerangan Malaysia atas
usaha berterusan menerbitkan Buku
Rasmi Tahunan berjudul Malaysia 2014
sebagai sebuah buku rujukan berkenaan
kenegaraan dan pencapaian negara
dalam pelbagai sektor. Sebagai sebuah
Jabatan yang berperanan memasarkan
maklumat yang sahih dan tepat, penerbitan ini dilihat dapat memberikan
penjelasan dan menyampaikan matlamat dan aspirasi negara kepada rakyat.
Garapan penulisan mengenai pencapaian dasar-dasar Kerajaan terutamanya
Dasar Transformasi Nasional yang meliputi Program Transformasi Kerajaan dan
Program Transformasi Ekonomi, memberi gambaran jelas bahawa Malaysia
berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat sebagai Negara
Maju Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020. Di samping itu, paparan
pembentangan Bajet dan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia bagi tahun
berkenaan memperlihatkan kestabilan kedudukan kewangan negara.
Malaysia telah mengukir prestasi cemerlang dalam bidang ekonomi apabila
mencatat pertumbuhan kukuh pada kadar 6.3 peratus bagi separuh tahun
2014 walaupun berdepan arus ekonomi yang tidak menentu dan penuh
persaingan. Bagi Kerajaan, pengukuhan ekonomi ini adalah penting untuk
terus meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup masyarakat secara
keseluruhannya.
Pencapaian yang memberangsangkan ini didukung oleh dasar-dasar pragmatik
dan pelaksanaan yang proaktif oleh agensi-agensi pelaksana. Justeru,
rangkuman ringkas dan padat mengenai pencapaian dan aktiviti penting
Kementerian-kementerian serta agensi-agensi di bawahnya merupakan
paparan yang penting untuk pengetahuan umum. Sementelah, menelusuri
sorotan acara-acara peringkat kebangsaan dan imbasan peristiwa-peristiwa
penting yang berlaku memperlihatkan warna-warni dan liku-liku perjalanan
bagi tahun 2014. Kejadian-kejadian yang menyayat hati yang melanda negara
boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk perancangan yang lebih baik di
masa hadapan.
Akhir kata, semoga penerbitan buku ini dapat menambah satu lagi khazanah
rujukan negara dan diharap penerbitan ini sentiasa ditambah baik agar berkualiti
menepati kehendak serta keperluan semasa.

vi

Malaysia 2014

KATA PENGANTAR
Dato Haji Ibrahim Abdul Rahman
Ketua Pengarah Penerangan Malaysia

ebagai agensi peneraju utama dalam


menjayakan Gagasan 1Malaysia
berteraskan
prinsip-prinsip
Rukun
Negara dan Perlembagaan Negara,
Jabatan Penerangan Malaysia terus
komited menyebarluaskan matlamat,
aspirasi dan dasar Kerajaan. Usaha
berterusan ini dilakukan bagi memastikan
segala dasar untuk kepentingan rakyat
mampu diterjemahkan dengan baik serta memberi impak yang dapat dirasai
dan dinikmati seiring dengan amalan kerajaan yang sentiasa mendengar
denyut nadi rakyat. Ia juga selaras dengan iltizam Kerajaan mendukung falsafah
gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Segala
pencapaian Kerajaan itu sebahagiannya dimuatkan melalui tradisi penerbitan
Buku Rasmi Tahunan berjudul Malaysia 2014 agar rakyat Malaysia dibekalkan
dengan maklumat yang tepat dan daripada sumber yang sahih.
Penerbitan Malaysia 2014 bukan sekadar penerbitan biasa, tetapi ia menghimpun
berbagai-bagai maklumat yang autentik mengenai Malaysia merangkumi
semua kementerian yang mengurus tadbir pembangunan negara. Buku ini
merakamkan pelbagai dasar, perancangan hala tuju, agenda transformasi dan
pencapaian. Malah, ia juga menyimpan berbagai-bagai peristiwa yang berlaku
dalam tempoh berkenaan agar boleh dijadikan sumber rujukan oleh semua
pihak dalam dan luar negara. Buku ini juga pencetus kepada pembentukan
sikap jati diri, patriotisme dan bangga kepada negara berdasarkan kepada
catatan mengenai pencapaian dan strategi transformasi negara pada masa
hadapan khususnya dalam persediaan untuk menjadi sebuah negara maju
berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Penyebaran maklumat terus dipertingkatkan dan tidak hanya terhad melalui
kaedah konvensional iaitu penerbitan buku, majalah, risalah, buku-buku kecil,
komunikasi bersemuka dan sebagainya. Malah, bagi mengupayakan lagi
jangkauan kepada masyarakat yang lebih luas, Jabatan turut mendigitalkan
bahan-bahan terbitan dan dilengkapi dengan KodQR bagi membolehkan
terbitan-terbitan Jabatan dimuat turun bila-bila masa melalui Portal dan
laman sesawang. Kini, Jabatan terus mengorak langkah mengintegrasikan
secara optimum penggunaan media sosial seperti blog, facebook, twitter dan
sebagainya dalam mengarusperdanakan penyebaran maklumat yang tepat
dan sahih kepada seluruh rakyat Malaysia.

Malaysia 2014

vii

viii

Malaysia 2014

DAULAT
TUANKU
Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong
dan
Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong

Sultan, Raja,
Yang Di-Pertuan Besar
dan
Yang Di-Pertua Negeri

Istana Negara Jalan Duta

Malaysia 2014

YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA XIV


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almutasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),
D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K. (Brunei),
D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon of
The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the
Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight
Order of St. John., Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and
Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), The Knight of the Most
Illustrious Order of the Royal House of Chakri (Thailand).
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 15hb. Julai 1958 dan ditabalkan pada
20 Februari 1959, tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-V
(kali pertama) pada 21.09.1970 dan tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong Yang Ke-XIV (kali kedua) pada 13 Disember 2011)

Malaysia 2014

RAJA PERMAISURI AGONG


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah
D.M.N., D.K., D.K.H., Grand Cordon of The Order of the Precious Crown (Japan), The Most
Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).

Malaysia 2014

SULTAN PAHANG
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah AlMustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu
Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N.,
D.K.(Perak),
D.K.(Johor),
D.K.(Kelantan),
D.K.(Terengganu),
D.K.(Perlis),
D.K.(Kedah),
D.K.M.B., D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan),
D.K.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi
Arabia), Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir
(Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (South
Korea), Hon. D.Litt (Malaya), LLD hc (Northrop,
USA), Hon.D.Sc. (Bedfordshire, UK.), Hon. PhD.
(Civil Engineering) Universiti Malaysia Pahang).
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur
pada 7 Mei 1974 dan ditabalkan pada 6 Mei 1975)

SULTAN TERENGGANU
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu
Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni
Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi
Billah Shah
D.K.T., D.K.R., D.K., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z.,
S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B.
(Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K.
(Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J.,
Commandeur de la Legion dHonneur (France),
The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn
(Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile
(Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang
Republik Indonesia ADIPURNA (Indonesia).
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Terengganu Darul
Iman pada 15 Mei 1998 dan ditabalkan pada 4 Mac
1999).

Malaysia 2014

RAJA PERLIS
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed
Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed
Putra Jamalullail
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K.
(Perak), D.K (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K.
(Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K.
(Pahang), D.K. II (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M.,
S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia),
Grand Collier De LIndependence (Grand Medal of
the Independence) - Cambodia, Grand Croix De
LOrdre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran
Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah
Badr Al-Kubra (Arab Saudi), Decoration of Omayad
- The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal
Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of
the Order of the Sacred Treasure (Japan).
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Perlis pada 17 April
2000 dan ditabalkan pada 7 Mei 2001)

SULTAN SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin
Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan),
D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan),
D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S.,
S.P.M.J., Commandeur de la Legion dHonneur
(France).
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Selangor pada
22 November 2001 dan ditabalkan pada 8 Mac
2003)

Malaysia 2014

YANG DI-PERTUAN BESAR


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku
Munawir
D.K., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K.
(Selangor), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.
(Johor), D.K. (Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T.
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan Darul
Khusus pada 29 Disember 2008 dan ditabalkan
pada 26 Oktober 2009)

SULTAN JOHOR
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni
Almarhum Sultan Iskandar
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim
pada 23 Januari 2010)

Malaysia 2014

AL-SULTAN KELANTAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Muhammad V
D.K., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri
Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis),
D.K. (Kedah), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Kelantan pada
13 September 2010)

PADUKA SERI SULTAN PERAK


DARUL RIDZUAN
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah AlMaghfur-lah
D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K.(Selangor),
Ph.D (Harvard).
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
pada 29 Mei 2014)

Malaysia 2014

JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH

Pengerusi
Yang Teramat Mulia Dato Seri DiRaja
Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum
Sultan Badlishah, S.H.M.S., S.S.D.K., P.S.M.,
D.S.D.K., P.A.T., B.C.K., K.P.K.
(Tunku Temenggong Kedah)

Ahli - i
Yang Teramat Mulia Dato Seri DiRaja
Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum
Sultan Badlishah
(Tunku Laksamana Kedah)
(Berkuatkuasa 29.5.2014)

Malaysia 2014

Ahli - ii
Yang Teramat Mulia Tunku Panglima
Besar Kedah Dato Seri Tunku Puteri Intan
Safinaz binti Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim
Muadzam Shah

YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG


Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama
(Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N.,
D.J.N.
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada
1 Mei 2001 selama tempoh 4 tahun.
Dilantik semula pada 1 Mei 2005 selama tempoh
4 tahun.
Dilantik semula pada 1 Mei 2009 selama tempoh
2 tahun.
Dilantik semula pada 1 Mei 2011 selama tempoh
2 tahun.
Dilantik semula pada 1 Mei 2013 selama tempoh
2 tahun.

YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA


Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama
Mohd. Khalil bin Yaakob
S.M.N., D.U.N.M., S.U.M.Z., S.J.M.K., S.S.A.P.,
P.S.M., S.I.M.P., S.P.D.K., D.P., D.S.A.P., J.S.M.,
S.M.P., G.C.O.M. (GER)
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada
4 Jun 2004 selama tempoh 4 tahun.
Dilantik semula pada 4 Jun 2008 selama tempoh
4 tahun.
Dilantik semula pada 4 Jun 2012 selama tempoh
4 tahun.

Malaysia 2014

YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH


Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri
Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
S.M.N., S.P.D.K., P.G.D.K., P.J.N., A.S.D.K., J.P.
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada
1 Januari 2011 selama tempoh 4 tahun.

YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK


Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji
Abdul Taib Mahmud
S.M.N., S.B.S., D.K.(Johor), D.K. (Pahang), D.P.,
P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., S.S.D.K., S.S.A.P.,
D.G.S.M., D.P.P.N., S.S.S.A., S.P.M.T., KT.W.E.
(Thailand), KEPN (Indonesia), S.P.M.B. (Brunei),
K.O.U. (Korea), AO (Australia), P.C.D.
Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1 Mac
2014 selama tempoh 4 tahun.

10

Malaysia 2014

MENTERI KABINET
PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI KEWANGAN

YAB Dato Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI


MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN

YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Malaysia 2014

11

JEMAAH MENTERI

Barisan Hadapan (Dari Kiri):


YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, YB Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir
bin Baharom (B), YB Dato Seri Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, YB Datuk
Seri Dr. S. Subramaniam,YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, YB Datuk Seri
Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, YB Dato Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal,
YB Dato Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz,YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin
Mohd. Yassin, YAB Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, YB Datuk Seri
Palanivel a/l K. Govindasamy, YB Dato Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, YB Dato
Sri Mustapa bin Mohamed, YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, YB Dato Sri Ahmad
Shabery bin Cheek, YB Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob, YB Dato Sri Anifah bin
Aman, YB Senator Dato Sri Idris Jala, YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun.

12

Malaysia 2014

Barisan Belakang (Dari Kiri):


YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, YB Datuk Dr. Ewon Ebin, YB Dato Abdul Rahman
Dahlan, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, YB Dato Seri Haji ldris bin Jusoh,
YB Datuk Richard Riot anak Jaem,YB Datuk Haji Fadillah bin Yusof, YB Datuk Hajah
Rohani binti Haji Abdul Karim, YB Dato Hasan bin Malek, YB Datuk Seri Tengku
Adnan bin Tengku Mansor, YB Dato Seri Dr. Shahidan bin Kassim, YB Encik Khairy
Jamaluddin Abu Bakar, YB Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri, YB Senator Dato Sri
Abdul Wahid Omar, YBhg. Tan Sri Mazidah Abdul Majid.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Julai 2013

Malaysia 2014

13

14

Malaysia 2014

Bab 1

PROFIL
NEGARA

Foto ehsan Perbadanan Putrajaya

Malaysia 2014

15

RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA


Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu
sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini
meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka
muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang
strategik iaitu pada titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan
ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya
bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama
utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana
rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada
tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah
Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke
tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan
British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua
urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja
Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini
telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha
mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan
mudah dipatahkan oleh British. Antara tokoh yang bangun menentang penjajah
ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli
Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat
pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya,
muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat
nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk
menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah
membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan
Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk
kerajaan sendiri. Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan
penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung
tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah
Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum
menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM)
untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh
dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenang-wenangnya sehingga
memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

16

Malaysia 2014

Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan


tarikh kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos
1957 di hadapan ribuan rakyat yang
berhimpun menyambut kepulangan
Rombongan Kemerdekaan daripada
London di Padang Pahlawan, Bandar
Hilir, Melaka pada 21 Februari 1956

Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali
berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba
memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan
yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946,
penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan
seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada
perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk
Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan
Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama
iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London
yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah
Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah kemerdekaan dicapai, timbul
pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan
Sabah, Sarawak dan Singapura.
Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei,
Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah
negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

Malaysia 2014

17

JATA NEGARA MALAYSIA

Jata Negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah
diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka
bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan
enam warna. Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah
negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan
Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan. Bintang bersama-sama anak bulan pula
sebagai lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia.
Lima bilah keris pula sebagai lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Bahagian sebelah kiri perisai menandakan Pulau Pinang dan bahagian sebelah
kanan dengan pokok Melaka mewakili Melaka. Kedua-dua buah negeri tersebut
adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu. Dalam
empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam
dan putih adalah warna Pahang; merah dan kuning adalah warna Selangor;
hitam, putih dan kuning adalah warna Perak; merah, hitam dan kuning adalah
warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu
Bersekutu yang asal. Dua ekor harimau juga merupakan lambang bagi Negerinegeri Melayu Bersekutu. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri
Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah
bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Cogan Bersekutu
Bertambah Mutu ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di
sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi DuliDuli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

18

Malaysia 2014

BENDERA MALAYSIA

Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan


kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang
tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera
ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda
dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera
dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja
yang memerintah.
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan
jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah.
Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah
Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor,
Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Warna merah pada
jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna
suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna
Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu
merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu
dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara
Komanwel.

Malaysia 2014

19

Sejarah Bendera Malaysia


Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan
Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk
memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam
pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek kerajaan
Johor) dipilih sebagai pemenang. Walau bagaimanapun reka bentuk bendera
tersebut telah dipinda beberapa kali dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat
Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis
Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh
Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah
mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Sehubungan dengan
itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan
di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja
Melayu dan pegawai-pegawai King George VI pada 26 Mei 1950.
Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Bendera Persekutuan
Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan
Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. Walaupun Singapura keluar
daripada Malaysia pada tahun 1965, namun Malaysia masih mengekalkan ciriciri benderanya. Setelah berkibar megah sejak 1950, pada malam 31 Ogos
1997, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika
itu telah mengukir satu lagi sejarah apabila beliau mengumumkan nama baru
bagi Bendera Malaysia iaitu JALUR GEMILANG.
Susunan Keutamaan Bendera
Susunan keutamaan Bendera Malaysia dan negeri-negeri ditentukan mengikut
susunan keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang Di-Pertua Negeri
seperti yang termaktub dalam Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, susunan keutamaan bendera yang diguna pakai bagi tahun
2014 adalah seperti berikut:1. Malaysia
2. Kedah
3. Pahang
4. Terengganu
5. Perlis
6. Selangor
7. Negeri Sembilan
8. Johor

20

Malaysia 2014

9. Kelantan
10. Perak
11. Sarawak
12. Pulau Pinang
13. Melaka
14. Sabah
15. Wilayah Persekutuan

RUKUN NEGARA
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun
kemerdekaan Malaysia yang ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan
peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.
Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang
kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan
kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan
Malaysia.
Bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Malaysia 2014

21

LAGU KEBANGSAAN
Negaraku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
(Maestoso)
Sejarah Lagu Negaraku
Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun
1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh
bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama
Negaraku dipetik daripada irama
lagu negeri Perak. Lagu negeri Perak
pula mendapat ilham asal daripada
lagu Terang Bulan yang merupakan
lagu yang amat disukai oleh Sultan
Abdullah, Sultan Perak, ketika
baginda dalam buangan di Pulau
Seychelles. Negaraku menekankan
taat setia dan perpaduan rakyat untuk
kemajuan negara. Lagu ini berperanan
untuk membangkitkan semangat
patriotik dan cintakan tanah air. Idea
untuk mencipta Lagu Kebangsaan
timbul ketika negara sedang bersiap
menyambut hari kemerdekaan. Lagu
Kebangsaan perlu diperdengarkan
dalam
upacara
pengisytiharan
kemerdekaan yang ditetapkan pada
31 Ogos 1957.

22

Malaysia 2014

Lantaran itu, pada bulan Februari 1957, satu pertandingan mencipta lagu rasmi
telah diadakan. Namun empat lagu akhir yang telah disenarai pendek telah ditolak
oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK) yang diketuai
sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj sebaliknya mengesyorkan lagu Negeri Perak sebagai asas bagi mencipta
Lagu Kebangsaan Negara Malaysia. Cadangan itu telah dipersetujui oleh ahli
JKPLK yang lain. Skor lagu Negaraku telah disediakan oleh Alfonso Soliano
(Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam
Polis Diraja), Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu,
Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya). Seni kata Lagu
Kebangsaan Negaraku telah disediakan oleh satu jawatankuasa khas yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan persetujuan SultanSultan Tanah Melayu.
Lagu Kebangsaan Negaraku diperdengarkan buat julung kalinya selepas
detik 12 malam pada ambang 31 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada
malam bersejarah tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan
dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan
Negaraku. Bermula dari detik itulah, lagu Negaraku terus kekal menjadi lagu
rasmi negara.

Malaysia 2014

23

BUNGA KEBANGSAAN
Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis
bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga berkenaan ialah
bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga
mawar dan bunga tanjung. Untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai
Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan untuk
mendapatkan reaksi orang ramai. Kajian ini dijalankan oleh unit-unit bergerak
Jabatan Penerangan di seluruh bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Hasil
kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar
manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur. Walau bagaimanapun
akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan
kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk
yang menarik, nama panggilan yang sama di seluruh negara, mudah didapati di
seluruh negara, dan yang paling penting ia bukan menjadi Bunga Kebangsaan
mana-mana negara lain di dunia ketika itu. Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut,
pada 28 Julai 1960, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Hari ini, pemilihan
bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima
kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara
dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.
AGAMA
Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Ugama Islam ialah
ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 11 mengenai
Kebebasan Ugama pula menyatakan Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti
dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan
ugamanya. Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai
agama rasmi, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan
kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kebebasan ini
membentuk perpaduan yang kukuh antara kaum dan ini telah dibuktikan dengan
keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini.
BAHASA RASMI
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu
yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak
boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa
Kebangsaan 1967.

24

Malaysia 2014

Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan


pembelajaran juga telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961
(Pindaan 1996). Namun pada masa yang sama bahasa-bahasa lain yang
digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia, bebas digunakan seperti bahasa
Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India. Selain itu, bahasa
Inggeris masih mendominasi bahasa perdagangan dan perindustrian negara.
Kerajaan Malaysia juga menggalakkan rakyatnya menguasai bahasa-bahasa
antarabangsa yang lain khususnya untuk bidang pelancongan dan perdagangan
antarabangsa.
MATA WANG
Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR.
Ringgit mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM20, RM10, RM5,
dan RM1 serta syiling, 50 sen, 20 sen, 10 sen, dan 5 sen. Penggunaan wang
syiling satu sen dihentikan pada 1 April 2008 berikutan pengenalan mekanisme
membundarkan nilai kepada nilai lima sen terhampir.
Nama Ringgit berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan
secara meluas pada zaman dahulu. Mulai bulan Ogos 1975, nama Ringgit
diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya,
wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa
Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada
RM pada 1990an dan terus digunakan sehingga hari ini.

Malaysia 2014

25

DEMOGRAFI PENDUDUK
Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama
dan keturunan. Kumpulan terbesar rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum
utama iaitu Melayu, Cina dan India. Orang Asli adalah pribumi di Semenanjung
Malaysia dan secara umumnya terbahagi kepada tiga suku terbesar iaitu Negrito,
Senoi dan Melayu Proto. Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi
dan etnik majoritinya ialah etnik Kadazan-Dusun. Manakala penduduk Sarawak
terdiri daripada 27 kumpulan etnik dan etnik Iban adalah etnik majoriti. Populasi
penduduk Malaysia bagi tahun 2014 adalah 30,097,900 orang dan pecahan
mengikut kumpulan etnik adalah: Melayu 15,239,300; Cina 6,601,000; India
1,995,000; Bumiputera 18,846,500; Bumiputera lain 3,607,200 dan Lainlain 260,000.
PERAYAAN DAN FESTIVAL
Kemajmukan rakyat menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna-warni.
Penduduk yang berbilang kaum ini menyambut pelbagai jenis perayaan sepanjang
tahun dalam keadaan yang meriah serta muhibah. Dalam setiap perayaan, tradisi
mengadakan rumah terbuka telah memberi peluang kepada pelbagai kaum
untuk saling mengunjungi antara satu sama lain bagi memeriahkan perayaan
tersebut.
Perayaan Masyarakat Islam
Bagi umat Islam, dua perayaan utama diraikan iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri)
dan Hari Raya Haji (Aidiladha). Hari Raya Puasa diraikan bagi menandakan
berakhirnya bulan Ramadhan yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama
sebulan. Hari Raya Haji pula disambut pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan
Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan Haji di Mekah berada di peringkat
akhir ibadah mereka. Bersempena dengan perayaan ini, umat Islam yang
berkemampuan digalakkan untuk melakukan ibadah korban dan disebabkan itu
juga perayaan ini turut dikenali sebagai Hari Raya Korban. Selain daripada dua
perayaan utama itu, umat Islam turut menyambut Maal Hijrah (Awal Muharam)
yang merupakan sambutan tahun baru Islam; Maulidur Rasul bagi memperingati
kelahiran Nabi Muhammad SAW; dan Nuzul Quran bagi memperingati hari
turunnya al-Quran dalam kalangan umat Islam.
Perayaan Masyarakat Cina
Masyarakat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada hari
pertama dalam kalendar Cina iaitu pada Januari atau Februari setiap tahun.
Perayaan bermula dengan seluruh ahli keluarga berkumpul untuk makan malam
bersama-sama.

26

Malaysia 2014

Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari Chap Goh Meh yang
dirayakan pada malam ke-15. Pemberian bungkusan angpow merupakan
tradisi yang memeriahkan suasana Tahun Baru Cina khususnya bagi golongan
kanak-kanak. Bagi masyarakat Cina yang majoritinya beragama Buddha,
bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak bagi memperingati tiga peristiwa
penting dalam hidup Buddha iaitu hari kelahiran, hari mencapai kemantapan
fikiran dan juga hari kematiannya. Dalam perayaan tersebut, upacara-upacara
bersembahyang dan perarakan biasanya diadakan. Selain itu, terdapat juga
sambutan perayaan lain seperti perayaan Kuih Bulan/Tanglung, Bulan Hantu,
dan Qing Ming.
Perayaan Masyarakat India
Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau Perayaan Cahaya pada bulan
Aippasi mengikut kalendar Tamil (Oktober-November) merupakan masa untuk
bergembira. Perayaan ini menandakan kemenangan; kecerahan mengatasi
kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan kebijaksanaan mengatasi
kejahilan. Perayaan bermula dengan upacara bersembahyang dan diikuti dengan
kunjungan sanak-saudara dan sahabat handai. Pada waktu malam, rumah
akan dihiasi dengan pelita bagi memeriahkan suasana perayaan. Penganut
agama Hindu juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan Januari sebagai
tanda penghormatan kepada Dewa Muruga. Dalam perayaan tersebut, Batu
Caves yang terletak di Selangor akan menjadi tumpuan penganut Hindu untuk
membawa persembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa
tersebut. Selain itu, mereka turut menyambut Perayaan Ponggal, Tahun Baru
Hindu, Navarathiri dan Kharthigai.

Hari Raya Aidilfitri

Perayaan Ponggal

Tahun Baru Cina

Malaysia 2014

27

Perayaan-perayaan Lain
Pada 25 Disember setiap tahun, orang-orang Kristian akan merayakan Hari
Krismas yang menandakan kelahiran Jesus dengan bersembahyang di gerejagereja dan menziarahi sanak-saudara dan rakan taulan. Di Sabah dan Sarawak,
terdapat pula perayaan-perayaan tradisi etnik-etnik yang terdapat di sana.
Di Sabah, pada bulan Mei setiap tahun, orang Kadazan menyambut Pesta
Menuai (Tadau Kaamatan) yang merupakan satu acara penting untuk golongan
petani mereka. Tamu Besar atau Pasar Tahunan merupakan satu pesta yang
menganjurkan acara-acara sukan tradisional. Bagi orang Dayak, Iban dan Bidayuh
di Sarawak, tarikh 1 Jun amat dinantikan kerana pada hari berkenaan mereka
akan menyambut Hari Gawai. Bagi orang Dayak, mereka mempunyai perayaan
khusus yang terdiri daripada Gawai Batu (permulaan musim menanam padi),
Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi buruk),
Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai), Gawai Antu (perayaan
untuk roh-roh orang yang sudah mati) dan yang paling penting ialah Gawai
Kenyalang. Selain perayaan-perayaan kaum, rakyat Malaysia juga merayakan
sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei, Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan
pada 31 Ogos, sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong pada hari Sabtu minggu pertama bulan Jun, Hari Keputeraan Raja/Sultan
di peringkat negeri dan Good Friday bagi negeri-negeri yang berkenaan sahaja.
LOKASI
Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara.
Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan
iaitu Semenanjung Malaysia (bersempadankan Thailand di utara dan Singapura
di selatan) dan Malaysia Timur (bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan
dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara). Malaysia terletak berhampiran
dengan garisan Khatulistiwa iaitu pada Garisan Lintang 1 dan 7 Utara dan
Garisan Bujur 100 dan 119 Timur. Keluasan Malaysia meliputi 329,960.22 km
persegi.
IKLIM
Malaysia mengalami cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun. Purata
suhu harian di seluruh Malaysia ialah antara 21C hingga 32C. Lazimnya, iklim
Malaysia dipengaruhi oleh angin yang bertiup dari Lautan Hindi (Angin Monsun
Barat Daya-Mei hingga September) dan Laut China Selatan (Angin Monsun Timur
Laut-November hingga Mac). Hujan tahunannya adalah 80 peratus setahun iaitu
antara 2000mm hingga 2500mm.

28

Malaysia 2014

FLORA DAN FAUNA


Kawasan hutan di Semenanjung Malaysia terdiri dari hutan hujan tropika. Struktur
hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis.
Lapisan-lapisan itu terdiri daripada pokok-pokok renjong, silara utama, tumbuhan
tingkat bawah dan tumbuhan permukaan tanah. Pokok-pokok di lapisan renjong
dapat mencapai ketinggian 60m hingga 70m. Kebanyakan pokok-pokok ini
adalah daripada famili Dipterocarpaceae dan Leguminosae. Diterocarpaceae
sering dikaitkan dengan kumpulan pokok-pokok balak komersial seperti balau,
cengal, kapur, keruing, meranti, merawan, mersawa dan seraya. Lapisan silara
utama pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan berbagai-bagai famili seperti
kedondong, kandis, penarahan dan kelat yang tingginya antara 20m hingga
40m. Di tingkat bawah pula, terdapat pokok-pokok kecil dan palma yang hidup
subur di bawah silara tersebut. Di lantai hutan pula terdapat anak-anak pokok,
palma-palma kecil, tumbuhan renek dan herba.
Hutan hujan tropika di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kelas iaitu
hutan-campuran dan hutan dominan tunggal. Hutan campuran seperti hutan
dipterokarpa tanah pamah terdiri daripada berbagai-bagai famili tumbuhan
manakala hutan dominan tunggal dapat dilihat pada jenis hutan dominan tunggal
spesies kapur (dryobalanops aromatica) seperti yang terdapat di Kanching,
Selangor. Ia adalah campuran spesies yang berbeza-beza dari segi komposisi
flora dan ia berubah mengikut habitat. Berdasarkan ketinggian kawasan di atas
aras laut, hutan ini juga boleh dikelaskan kepada hutan dipterokarpa pamah,
hutan dipterokarpa bukit, hutan dipterokarpa atas, hutan oak-gunung dan hutan
ericaceous gunung. Dipterokarpa merupakan kumpulan pokok-pokok berdamar
famili dipterokarpa yang terdapat di lapisan sudur hutan dan di bahagian silara
utama hutan.
Hutan dipterokarpa pamah meliputi semua hutan atau rimba di kawasan tanah
dan di kaki-kaki bukit sehingga ketinggian 30m. Hutan dipterokarpa bukit pula
adalah hutan di bukit-bukit antara ketinggian 30 hingga 762m manakala hutan
antara ketinggian 762 hingga 1200m adalah hutan dipterokarpa atas. Hutan oakgunung adalah hutan antara paras ketinggian 1200 hingga 1500m. Hutan yang
melebihi 1500m adalah hutan ericaceous gunung. Keluasan kawasan berhutan
bagi Semenanjung Malaysia adalah seluas 5.79 juta hektar iaitu 44 peratus
keluasan Semenanjung dengan 4.89 juta hektar adalah Hutan Simpanan Kekal.
Sarawak masih mengekalkan 80 peratus hutannya dengan keluasan hutan kekal
sebanyak 6 juta hektar dan 1 juta hektar adalah kawasan perlindungan kekal.
Manakala di Sabah seluas 4.7 juta hektar atau 63 peratus keluasannya dilitupi
hutan dengan keluasan Hutan Simpanan Kekal melebihi 3.6 juta hektar atau
lebih kurang 49 peratus daripada keluasan negeri Sabah.

Malaysia 2014

29

Hutan hujan Malaysia menjadi habitat kepada kepelbagaian biologi flora dan
fauna dari sekecil-kecil organisme mikroskopik dan bakteria hinggalah kepada
spesies-spesies besar seperti mamalia, ikan dan burung. Hingga kini lebih
kurang 17,631 spesies tumbuhan merangkumi 377 alga, 1,387 briofit, 1,600
paku-pakis dan sekutunya, 61 gimnospirm, 4,180 monokot dan 10,026 dikot
telah direkodkan. Spesies fauna yang direkodkan meliputi 480 mamalia, 742
burung, 242 amfibia, 567 reptilia, 590 ikan air tawar, 1,967 kupu-kupu dan 1,073
kumbang daun.
Antara spesies mamalia yang tinggal di hutan Malaysia ialah orang utan, harimau,
gajah, badak sumbu, tapir, kerbau liar, musang, harimau bintang, beruang dan
dua jenis rusa iaitu sambar dan kijang. Harimau belang Malaysia adalah spesies
kucing terbesar di dunia dan hanya ditemui di Asia Tenggara terutama di Malaysia.
Ia berasal dari Famili Felidae dalam order karnivor.
Harimau Siberia merupakan sub-spesies yang terbesar dan boleh membesar
sehingga 3.3 meter panjang dan seberat 300kg. Manakala Harimau Sumatra
merupakan sub-spesies terkecil dengan secara puratanya bersaiz 2.4 meter
panjang dan seberat 120 kg. Haiwan istimewa lain yang terdapat di Malaysia
ialah monyet belanda. Selain itu, terdapat lebih 600 spesies burung direkodkan
di Semenanjung Malaysia dan 580 spesies di Borneo.
Ikan air tawar merupakan antara ikan yang terkenal di Malaysia dan ia terdiri
daripada ikan kelisa, ikan patin, ikan tilapia, sebarau, toman dan haruan. Habitat
ikan laut dalam di perairan Malaysia amat menarik dengan pelbagai jenis ikan
seperti lionfish yang juga dikenali sebagai zebrafish dan clown fish. Terumbu
karang yang telah wujud lebih 450 juta tahun menjadi ekosistem marin yang paling
kaya. Ia menjadi habitat kepada lebih sejuta spesies hidupan laut. Kepadatan
ikan di kawasan berkenaan adalah 100 kali ganda lebih tinggi berbanding di laut
luas.
Malaysia yang mendapat pengiktirafan sebagai salah satu daripada dua belas
negara mega kepelbagaian biologi dunia telah menggariskan hala tuju dalam
melestari dan memulihara kepelbagaian biologi Negara menerusi Dasar
Kepelbagaian Biologi Kebangsaan pada tahun 1998.

30

Malaysia 2014

Kepelbagaian biologi negara

Malaysia 2014

31

32

Malaysia 2014

Bab 2

PROFIL
NEGERINEGERI

Foto Shuhaimi Ahmad, Terengganu

Malaysia 2014

33

Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan


Sarawak. Ia meliputi 13 buah negeri iaitu Kedah, Pahang,
Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Johor,
Kelantan, Sarawak, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Unjuran penduduk Malaysia pada tahun 2014 adalah seramai
30,097,900 juta orang.

KEDAH
www.kedah.gov.my
Ramai sejarawan menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah
Melayu. Pendapat ini berasaskan kepada penemuan arkeologi yang membuktikan
adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun keempat lagi.
Terdapat pelbagai sumber yang menceritakan bagaimana namaKedah timbul.
Antaranya unsur-unsur Arab dan Parsi yang memperkatakan mengenai Kedah
yang disebut sebagai Kilah (Ibnu Khurdadhbih 846) atau Kalah (Ibnu Muhalhal,
941) atau Qalha. Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan-tulisan
Sanskrit yang menyebut Kedah sebagai Kataha atau Kadara dan tulisantulisan Tamil yang menyebut Kedah sebagai Kadaram atau Kalagam.
Kadaram bermakna kuali besar dan Kalagam pula bermakna warna hitam.
Menurut ahli sejarah, nama Kedah berasal daripada perkataan Kheddah yang
bermaksud perangkap gajah.
Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada
perkataan Arab Kedah yang bermakna gelas berkaki. Daripada unsur-unsur
China, iaitu semasa Dinasti Liang (502 - 665) Kedah disebut sebagai Langgasu
atau Langa (atau Langkasuka). Penulis The Study Of Ancient Times in The
Malay Peninsula and The Straits of Malacca, Roland Braddell menyatakan
Kedah pernah disebut sebagai Gedda. Nama itu dikaitkan dengan perkataan
Hindustan Khadar yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi.
Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan
Thailand dan mempunyai keluasan kira-kira 9,425 km persegi.

34

Malaysia 2014

Ibu negeri Kedah ialah Alor Setar dan


Anak Bukit merupakan Bandar Diraja.
Kedah mempunyai 15 kawasan Parlimen,
36 kawasan Dewan Undangan Negeri
dan 12 daerah iaitu Kota Setar, Kuala
Muda, Kulim, Kubang Pasu, Langkawi,
Padang Terap, Sik, Baling, Yan, Pendang,
Bandar Baharu dan Pokok Sena. Unjuran
penduduknya pada tahun 2014 adalah
seramai 2,046,200 orang.
Kereta kabel Bukit Mat Cincang, Langkawi

Masjid Zahir, Alor Setar

Kedah menawarkan pelbagai destinasi


pelancongan yang menarik. Salah
satu destinasi pelancongan yang patut
dikunjungi di negeri ini ialah Pulau
Langkawi. Pulau ini terkenal dengan
destinasi percutian bebas cukai dan turut
memiliki rangkaian pantai yang bersih
dan indah. Gunung Jerai pula merupakan
gunung yang tertinggi iaitu mencapai
1,217 meter. Antara destinasi pelancongan
lain yang menarik seperti Pulau Payar, Air
Terjun Puncak Janing, Air Terjun Sedim,
Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni
Negeri, Batu Hampar, Bukit Kayu Hitam,
Bukit Pinang, Junjong, Kota Kuala Kedah,
Lata Asam Jawa, Lata Mengkuang,
Lembah Bujang, Masjid Zahir, Muzium
Negeri, Muzium Padi, Pantai Merdeka,
Tasik Pedu, Pekan Rabu, Perangin Sik,
Rumah Kelahiran Tun Mahathir, Seri Perigi
dan Makam Diraja.
Pada tahun 2012 Kedah mencatat
pertumbuhan ekonomi mapan pada
kadar 6.1 peratus dan menyumbang
3.4 peratus kepada KDNK negara.
Pecahan peratusan aktiviti ekonominya
ialah perkhidmatan (53.9%), pengilangan
(31%), pertanian (11.9%) dan pembinaan
(2.4%).

Kota Mahsuri, Langkawi

Malaysia 2014

35

PAHANG
www.pahang.gov.my
Negeri Pahang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia iaitu
kira-kira 35,965 km persegi dan terletak di Pantai Timur. Sebahagian besar
dari negeri Pahang diliputi hutan dan menyebabkan sebahagian besar taman
negara terletak dalam negeri ini. Unjuran penduduknya pada tahun 2014 adalah
seramai 1,597,700 orang. Pada zaman dahulu, Pahang mempunyai berbagaibagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng,
Pang-Heng, Pong-Fong, Phe-Hang, Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225,
Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau
menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa Sanfo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang
Darul Makmur. Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu ada menyebut
perkataan Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan dan
Phang.
G.R.Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan
huruf Arab dalam buku karangan Masudi berpendapat, semua perkataan
tersebut adalah merujuk kepada Pahang.

Taman Negara Pahang

36

Malaysia 2014

Ladang Teh di Tanah Tinggi Cameron

Pantai Cherating

Warna bendera Pahang ialah hitam dan


putih. Warna hitam melambangkan rakyat
negeri tersebut manakala warna putih
melambangkan Raja. Pahang mempunyai
banyak
keistimewaan
berbanding
negeri lain kerana memiliki sungai yang
terpanjang di Semenanjung Malaysia
iaitu Sungai Pahang, gunung yang kedua
tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Tahan
(2,190 meter) dan tasik semula jadi yang
terbesar di Malaysia iaitu Tasik Bera. Ibu
negeri dan pusat pentadbirannya terletak
di Kuantan sementara Pekan adalah
Bandar Diraja. Pahang mempunyai
14 kawasan Parlimen, 42 kawasan
Dewan Undangan Negeri dan 11 daerah
iaitu Jerantut, Tanah Tinggi Cameron,
Temerloh, Raub, Bentong, Rompin, Kuala
Lipis, Maran, Pekan, Bera dan Kuantan.
Sebagai
destinasi
pelancongan,
negeri Pahang dianugerahkan dengan
keindahan alam semula jadi yang
memukau. Antara destinasi yang
menarik ialah Pantai Cherating, Teluk
Chempedak dan Pantai Beserah. Di
Pahang juga pelancong boleh menikmati
keindahan pemandangan tanah tinggi di
Cameron Highlands, Genting Highlands
dan Bukit Fraser. Pahang turut memiliki
Taman-taman Negara yang terpelihara
keasliannya seperti Rimba Kenong dan
Endau-Rompin.
Pada tahun 2012 Pahang mencatat
pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.4
peratus dan menyumbang 4.1 peratus
kepada KDNK negara. Pecahan peratusan
aktiviti ekonominya ialah perkhidmatan
(50.9%), pengilangan (25.5%), pertanian
(20%) dan pembinaan (2.8%).

Tenun Pahang DiRaja

Malaysia 2014

37

TERENGGANU
www.terengganu.gov.my
Negeri Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ibu
negerinya ialah Kuala Terengganu dan negeri ini terkenal dengan pelbagai
kegiatan ekonominya, daripada yang berasaskan perikanan, petroleum,
sehinggalah kepada sektor pelancongan. Permata Pantai Timur adalah
gelaran yang sememangnya sesuai diberikan kepada negeri ini memandangkan
ia merupakan sebuah negeri yang sangat kaya dengan pelbagai sumber yang
boleh menambah daya penarik pelancong untuk sampai ke negeri bertuah
ini. Jaluran pantainya yang menganjur sejauh 225 kilometer dari utara (Besut)
ke selatan (Kemaman) menawarkan rangkaian kepulauan indah yang sudah
terkenal di merata dunia. Bahagian utara dan barat laut negeri ini bersempadan
dengan Kelantan, manakala bahagian selatan dan barat dayanya bersempadan
dengan Pahang. Terengganu Darul Iman mempunyai keluasan kira-kira
12,955.14 km persegi.
Terengganu terbahagi kepada lapan kawasan Parlimen, 32 kawasan Dewan
Undangan Negeri dan tujuh daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu,
Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Warna putih pada
bendera negeri ini melambangkan sultan manakala anak bulan dan bintang
melambangkan agama Islam.

Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu

38

Malaysia 2014

Replika Batu Bersurat di Bulatan Ladang,


Kuala Terengganu

Unjuran penduduknya pada tahun


2014 adalah seramai 1,132,700 orang.
Terengganu
menawarkan
destinasi
pelancongan seperti pulau, pantai dan
tempat menarik seperti Bukit Keluang,
Pulau Duyung, Pulau Gem, Pulau Kapas,
Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian,
Pulau Redang, Rantau Abang, Pulau
Tenggol, Bukit Puteri, Pasar Seni,
Chendering, Istana Maziah, Tasik Kenyir,
Kuala Terengganu, Air Panas La, Taman
Tamadun Islam, Masjid Tengku Tengah
Zaharah, Air Terjun Sekayu, Air Terjun
Sungai Ceralak dan Kompleks Muzium
Negeri Terengganu.
Pada tahun 2012 Terengganu mencatat
pertumbuhan ekonomi pada kadar 3.5
peratus dan menyumbang 2.6 peratus
kepada KDNK negara. Pecahan peratusan
aktiviti ekonominya ialah perkhidmatan
(50.3%), pengilangan (37.9%), pertanian
(7.8%) dan pembinaan (3.9%).

Panorama ibu negeri Terengganu, Kuala Terengganu

Terengganu merupakan pantai


pendaratan utama bagi penyu agar

Malaysia 2014

39

PERLIS
www.perlis.gov.my
Sejarah negeri Perlis bermula pada tahun 1821. Ketika itu berlaku tindak
balas besar-besaran daripada penduduk tempatan ke atas penjajahan Siam di
Kedah. Akibat daripada peristiwa tersebut, pihak Siam berundur dan pembesar
tempatan telah diberi kuasa untuk mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu, dan
Perlis. Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor di negeri Perlis. Timbalan
Gabenor bagi negeri Perlis pada ketika itu ialah Syed Hussin Jamalullail.
Inilah detik bersejarah bagi negeri Perlis kerana telah mendapat pengiktirafan
daripada status tanah jajahan kepada sebuah negeri naungan.
Dari segi kedudukan geografi, Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia
dan bersempadan dengan Thailand. Perlis berjiran dengan Kedah di sebelah
selatan. Negeri Perlis dianggarkan berukuran seluas 795 km persegi dengan
jumlah penduduk pada tahun 2014 adalah seramai 243,600 orang. Ibu negeri
Perlis ialah Kangar, manakala Arau merupakan Bandar Diraja. Perlis mempunyai
tiga kawasan Parlimen serta 15 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Masjid Al Hussain (Masjid Terapung), Kuala Perlis

40

Malaysia 2014

Gua Kelam, Kaki Bukit

Negeri kecil ini mempunyai Tujuh


Pesona tersendiri yang menggamit
kunjungan. Pesona tersebut ialah;
panorama (Ladang Tebu Chuping,
Empangan Timah Tasoh); Taman
Ular dan Reptilia Perlis; Harumanis;
makanan Perlis (Laksa Kuala Perlis,
makanan laut); tarikan sempadan
(Padang Besar, pasar Ahad Wang
Kelian); seni suara burung (tekukur dan
merbok); dan pengembaraan hutan
(Taman Negeri, Gua Wang Burma).
Pada tahun 2012 Perlis mencatat
pertumbuhan ekonomi pada kadar 4.5
peratus dan menyumbang 0.5 peratus
kepada KDNK negara. Pecahan
peratusan aktiviti ekonominya ialah
perkhidmatan
(61.3%),
pertanian
(23.9%), pengilangan (10%) dan
pembinaan (2.7%).

Taman Negeri Perlis

Padang Besar pusat pelancongan utama

Malaysia 2014

41

SELANGOR
www.selangor.gov.my
Selangor terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan
bersempadan dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan
Negeri Sembilan di sebelah selatan. Negeri yang terletak di bahagian barat
Banjaran Titiwangsa ini dibahagikan kepada sembilan daerah yang terdiri
daripada Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Klang,
Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Walaupun wujud beberapa
pendapat mengenai asal usul nama Selangor, namun sejarah membuktikan
bahawa ia diambil sempena nama Sungai Selangor yang mengalir ke Selat
Melaka menerusi kawasan petempatan yang kini dikenali sebagai Kuala
Selangor. Perkataan Selangor itu sendiri tidak membawa sebarang makna yang
jelas dalam bahasa Melayu dan pengkaji beranggapan ia mungkin merupakan
singkatan, gabungan atau perubahan yang berlaku terhadap perkataan asal.
Selangor mempunyai keluasan kira-kira 7,930.20 km persegi. Ibu negeri
Selangor ialah Shah Alam dan Klang merupakan Bandar Diraja. Negeri Selangor
mempunyai 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri.
Unjuran penduduknya pada tahun 2014 adalah seramai 5,800,100 orang iaitu
yang paling ramai di Malaysia.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

42

Malaysia 2014

Kelip-kelip di Kg. Kuantan, Kuala Selangor

Selangor
menawarkan
destinasi
pelancongan dan rekreasi menarik seperti
Taman Botani Negara, Bukit Melawati,
Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Batu
Caves, Pulau Carey, Galeri Shah Alam,
Bangunan Bersejarah Jugra, Tugu Keris
Kampung Kuantan, Kota Darul Ehsan,
Mines Wonderland, Pantai Morib, Bagan
Lalang, Zoo Negara, Pusat Orang Asli
Gombak, Pulau Ketam, Tasik Shah Alam,
Stadium Shah Alam, Hutan Rekreasi
Sungai Congkak, Sungai Gabai, Masjid
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Sunway Lagoon, Hutan Templer, Muzium
Sultan Alam Shah, Muzium Orang Asli dan
banyak lagi.
Selangor adalah negeri yang paling pesat
membangun. Pada tahun 2012 Selangor
mencatat pertumbuhan ekonomi pada
kadar 7.1 peratus dan menyumbang 23.5
peratus iaitu penyumbang terbesar kepada
KDNK negara. Pecahan peratusan aktiviti
ekonominya ialah perkhidmatan (58.3%),
pengilangan (31.5%), pembinaan (5%) dan
pertanian (1.7%).

Pantai Morib, Banting

Taman Tema Sunway Lagoon

Taman Botani Negara, Shah Alam

Malaysia 2014

43

NEGERI SEMBILAN
www.ns.gov.my
Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk
kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau
di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian
daripada Johor; Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka;
Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagian daripada
Negeri Sembilan; Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada
Pahang; dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor. Saiz
Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding Negeri Sembilan yang asal.
Keluasan Negeri Sembilan ialah kira-kira 6,657.09 km persegi dan ia terletak
di pantai barat Semenanjung Malaysia. Ibu negerinya ialah Seremban dan Seri
Menanti sebagai Bandar Diraja. Negeri Sembilan mempunyai lapan kawasan
Parlimen, 36 kawasan Dewan Undangan Negeri dan tujuh daerah iaitu Jelebu,
Jempol, Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson dan Seremban. Unjuran
penduduknya pada tahun 2014 adalah seramai 1,084,100 orang.

Muzium Diraja Seri Menanti

44

Malaysia 2014

Negeri Sembilan menawarkan destinasi


pelancongan dan rekreasi menarik
seperti Blue Lagoon, Cape Rachado,
Kompleks Kraf Negeri Sembilan, Lukut,
Kempas, Kolam Air Panas Pedas, Port
Dickson, Muzium Negeri, Bangunan
Sekretariat Negeri, Istana Sri Menanti,
Taman Tasik Seremban, Taman
Rekreasi Ulu Bendul dan banyak lagi.
Pada tahun 2012 Negeri Sembilan
mencatat pertumbuhan ekonomi pada
kadar 5 peratus dan menyumbang 3.7
peratus kepada KDNK negara. Pecahan
peratusan aktiviti ekonominya ialah
pengilangan (48.3%), perkhidmatan
(40.5%),
pertanian
(7.8%)
dan
pembinaan (2.5%).

Ladang Burung Unta Jelita, Seremban

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Nilai 3, pusat borong terbesar di Malaysia

Malaysia 2014

45

JOHOR
www.johordt.gov.my
Perkataan Johor berasal daripada perkataan Arab Jauhar yang bermaksud
Permata Berharga. Pengaruh Arab jelas kelihatan apabila para pedagang
dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang
sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali
sebagai Hujung Tanah atau Gangganu oleh orang Siam yang bermaksud
Batu Permata. Johor merupakan negeri paling selatan dan ketiga terbesar
di Semenanjung Malaysia. Johor mempunyai keluasan 18,986.88 km
persegi. Anak bulan dan bintang yang terdapat pada bendera negeri ini
melambangkan Raja yang berdaulat. Warna merah pula bermakna hulubalang
yang mempertahankan negeri. Warna biru tua melambangkan kerajaan negeri.
Unjuran penduduknya pada tahun 2014 adalah seramai 3,515,300 orang iaitu
bilangan penduduk kedua tertinggi di Malaysia. Johor mempunyai 26 kawasan
Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri.
Merangkumi sepuluh buah daerah, Johor menyimpan khazanah alam yang
amat bernilai. Ia memiliki pantai yang putih berseri, pulau yang indah, hutan
tropika yang masih belum diterokai, makanan yang lazat serta adat budaya
yang masih segar diamalkan. Johor Bahru, ibu negeri Johor, cukup terkenal
dalam kalangan rakyat Singapura untuk berkunjung pada setiap hujung
minggu bagi membeli belah dan menikmati juadah. Bagi peminat sukan golf,
Johor merupakan negeri yang mempunyai jumlah padang golf yang tertinggi di
Malaysia dan berstatus dunia.

Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru

46

Malaysia 2014

Air Terjun di Taman Endau Rompin

Pulau Sibu

Bagi pencinta keindahan pantai dan


peminat sukan air, Johor mempunyai
persisiran pantai yang cukup luas
dan mempunyai sekurang-kurangnya
50 buah pulau. Antara pulau yang
terkenal adalah Pulau Rawa, Pulau
Sibu, Pulau Aur, Pulau Besar dan
Pulau
Pemanggil
yang
cukup
masyhur dengan kejernihan air bak
kristal, keputihan pasir dan pelbagai
hidupan laut yang berwarna-warni.
Taman Negara Endau Rompin yang
terletak di sebelah utara Johor
merupakan antara hutan simpan
yang tertua di Malaysia. Pulau Kukup
iaitu sebuah pulau di tenggara Johor,
merupakan hutan paya bakau yang
kedua terbesar di dunia.
Pada tahun 2012 Johor mencatat
pertumbuhan ekonomi mapan pada
kadar 6.5 peratus dan menyumbang
9.2
peratus
kepada
KDNK
negara. Pecahan peratusan aktiviti
ekonominya
ialah
perkhidmatan
(49.1%),
pengilangan
(43.9%),
pertanian (12.3%) dan pembinaan
(3.5%).

Taman Tema Legoland terletak di Johor Bahru

Malaysia 2014

47

KELANTAN
www.kelantan.gov.my
Nama Kelantan dikatakan berasal daripada perkataan gelam hutam, iaitu
nama Melayu bagi pokok Melaleucaleucadendron. Ada juga yang mengatakan
bahawa nama itu berpunca daripada perkataan kilatan atau kolam tanah.
Selain itu negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah
Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi
Mekah. Kelantan mempunyai keluasan 15,104.62 km persegi dan terletak di
Timur Laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan,
serta bersempadan dengan Thailand. Ibu negeri dan Bandar Diraja terletak
di Kota Bharu. Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen, 45 kawasan
Dewan Undangan Negeri dan terbahagi kepada 10 jajahan iaitu Tumpat,
Pasir Mas,Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Putih, Bachok, Kota
Bharu dan Gua Musang. Bandar-bandar yang lain ialah Rantau Panjang dan
Pengkalan Chepa. Warna bendera Kelantan ialah merah dan putih. Warna
merah melambangkan kesetiaan rakyat kepada negeri dan warna putih pula
melambangkan kesucian Raja. Unjuran penduduknya pada tahun 2014 adalah
seramai 1,691,900 orang.

Air Terjun Lata Beringin

48

Malaysia 2014

Makanan tradisi negeri Kelantan


Kuih Akok

Kuih Akok

Laksam

Nasi Kerabu

Kelantan
menawarkan
destinasi
pelancongan dan rekreasi yang
menarik
seperti
Pantai
Cahaya
Bulan, Pantai Irama, Pantai Bisikan
Bayu, Pantai Seri Tujuh, Pusat Batik/
Songket, Kilang Batik, Bazar Buluh
Kubu,
Perkampungan
Nelayan,
Perkampungan Kraf Tangan dan
Muzium Kraf, Muzium Islam, Istana
Balai Besar, Istana Jahar, Jeram
Lenang, Jeram Pasu, kraftangan perak
Kelantan, Lata Beringin, Muzium Diraja,
Muzium Negeri dan Muzium Perang.
Kelantan juga menawarkan pengalaman
tinggal di kampung, menyusuri sungai
dan menikmati makanan yang enakenak seperti kuih akok, lompat tikam,
nasi kerabu, keropok dan sebagainya.
Pada tahun 2012 Kelantan mencatat
pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.4
peratus dan menyumbang 1.8 peratus
kepada KDNK negara. Pecahan
peratusan aktiviti ekonominya ialah
perkhidmatan
(68.3%),
pertanian
(24.2%), pengilangan (5.5%) dan
pembinaan (1.7%).

Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu

Malaysia 2014

49

PERAK
www.perak.gov.my
Terdapat berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Perak.
Sesetengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena
dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan
ia diambil dari kilatan ikan dalam air yang berkilau seperti perak. Justeru,
pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah
yang terkandung di buminya. Perak mempunyai keluasan kira-kira 21,005
km persegi (6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia) dan merupakan negeri
yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Ibu negeri Perak ialah Ipoh
dan Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja. Perak mempunyai 24 kawasan
Parlimen, 59 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 10 daerah iaitu Batang
Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung,
Hilir Perak, Perak Tengah dan Hulu Perak. Sungai Perak merupakan sungai
yang terpanjang di negeri Perak dan kedua terpanjang di Semenanjung selepas
Sungai Pahang. Bandar-bandar utama yang lain adalah seperti Bidor, Tapah,
Teluk Intan, Sungkai, Lumut dan Taiping. Unjuran penduduknya pada tahun
2014 adalah seramai 2,456,700 orang.

Stesen Kereta Api Ipoh

50

Malaysia 2014

Santuari Burung, Kuala Gula

Perak menawarkan destinasi pelancongan


menarik seperti Lumut, Pulau Pangkor,
Teluk Batik, Bukit Larut (Maxwell Hill),
Muzium Darul Ridzuan, Muzium Geologi,
Stesen Kereta Api Ipoh, Istana Kellies,
Kuala Gula, Air Terjun Lata Iskandar, Lata
Kinjang, Kompleks Sejarah Pasir Salak,
Muzium Perak, Perak Tong, Projek Sungai
Terrapin Bota Kanan, Muzium Diraja,
Ladang Rusa Sungkai, Air Panas Tambun,
Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Menara
Condong Teluk Intan, Tasik Temenggor dan
Gua Tempurung.
Pada tahun 2012 Perak mencatat
pertumbuhan ekonomi pesat pada kadar
7.1 peratus dan menyumbang 5.3 peratus
kepada KDNK negara. Pecahan peratusan
aktiviti ekonominya ialah perkhidmatan
(63%), pengilangan (19.3%), pertanian
(14.5%) dan pembinaan (2.8%).

Kellies Castle, istana lama penuh misteri

Replika Rumah Perak

Menara Jam Condong, Teluk Intan

Malaysia 2014

51

PULAU PINANG
www.penang.gov.my
Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Pulau Mutiara terletak di pantai
barat Semenanjung Malaysia. Sejarah mencatatkan bahawa Pulau Pinang
mula dijajah oleh Inggeris yang diketuai oleh Francis Light pada tahun 1786.
Negeri ini mempunyai keluasan kira-kira 1,031.04 km persegi. Ibu negeri
Pulau Pinang ialah George Town. Pulau Pinang mempunyai 13 kawasan
Parlimen, 40 kawasan Dewan Undangan Negeri dan lima daerah iaitu Barat
Daya (Balik Pulau), Timur Laut (George Town), Seberang Perai Selatan (Nibong
Tebal), Seberang Perai Tengah (Bukit Mertajam) dan Seberang Perai Utara
(Butterworth). Bandar-bandar lain yang terdapat di Pulau Pinang ialah Perai, Air
Itam, dan Kepala Batas. Terdapat sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di
negeri ini iaitu di Bayan Lepas. Unjuran penduduknya pada tahun 2014 adalah
seramai 1,645,700 orang.

52

Malaysia 2014

Pulau Pinang terkenal dengan masakan India Muslim

Tandoori dan Roti Naan

Pulau Pinang menawarkan destinasi


pelancongan dan rekreasi menarik
seperti Pulau Aman, Pulau Jerjak, Batu
Ferringhi, Taman Burung, Taman Botani,
Taman Orkid dan Bunga Raya, Taman
Rama-rama, Cheong Fatt Tze Mansion,
Padang Kota Pulau Pinang, Menara
Jam, Kuil Burma Dharmikarama, Kota
Cornwallis, Gurney Drive, Masjid Kapitan
Kling, Kuil Kek Lok Si, Khoo Kongsi,
KOMTAR, Kuil Kuan Yin, Jambatan
Pulau Pinang, Muzium Pulau Pinang,
Rumah P.Ramlee, Kuil Ular, Gereja
St Georges, Dusun Buah-buahan
Tropika, Wat Chayamangkalaram, Hutan
Rekreasi Teluk Bahang, Bukit Bendera
dan banyak lagi.
Pada tahun 2012 Pulau Pinang
mencatat pertumbuhan ekonomi pada
kadar 5 peratus dan menyumbang 7
peratus kepada KDNK negara. Pecahan
peratusan aktiviti ekonominya ialah
pengilangan (48.4%), perkhidmatan
(46.4%),
pembinaan
(2.5%)
dan
pertanian (1.9%).

Nasi Kandar

Jambatan Sultan Abdul Halim Shah, Jambatan Kedua Pulau Pinang

Malaysia 2014

53

MELAKA
www.melaka.gov.my
Melaka merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya
tersendiri. Negeri ini bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Johor.
Melaka menawarkan pelbagai keistimewaan dari segi pelancongan,
ekonomi, infrastruktur dan sebagainya. Parameswara adalah orang yang
bertanggungjawab membuka negeri ini sehingga akhirnya Melaka muncul
sebagai sebuah kerajaan kesultanan Melayu yang termasyhur di Nusantara.
Nama Melaka dikatakan berasal daripada pokok melaka. Sejarah juga telah
membuktikan bahawa Melaka pernah menjadi pelabuhan perdagangan yang
penting di rantau Asia. Melaka kini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Di
antaranya ialah menaiki beca di tengah-tengah kota, menaiki bot di Sungai
Melaka ataupun bersiar-siar di kawasan yang menceritakan tentang peperangan
dan penyeksaan, percintaan dan penyesalan. Jadi tidak hairanlah kalau Melaka
turut dikenali sebagai Melaka Bandaraya Bersejarah. Negeri ini merupakan
negeri yang kedua terkecil di Malaysia dengan keluasan 1,652.00km persegi.
Melaka terbahagi kepada enam kawasan Parlimen, 28 kawasan Dewan
Undangan Negeri dan tiga daerah iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah.
Unjuran penduduknya pada tahun 2014 adalah seramai 862,500 orang.

Kota AFamosa

54

Malaysia 2014

Pelancong menaiki beca di sekitar Bandar Melaka

Melaka menawarkan destinasi pelancongan


dan rekreasi menarik seperti Pulau Besar,
Pulau Upeh, Kota AFamosa, Taman Tema
Air AFamosa, Air Keroh, Bukit China, Kuil
Cheng Hoon Teng, Gereja Christ, Gadek
Hot Spring, Makam Hang Jebat, Perigi
Hang Li Poh, Makam Hang Tuah, Jonker
Street, Masjid Kampong Kling, Muzium
Maritim, Istana Kesultanan Melaka, Tugu
Portugis, Dataran Merdeka Air Keroh,
Gereja St. Francis Xaviers, Gereja St.
Pauls, Kebudayaan Baba dan Nyonya, The
Stadthuys, Rumah Inap Seri Tanjung dan
Masjid Tanah.
Pada tahun 2012 Melaka mencatat
pertumbuhan ekonomi tertinggi iaitu pada
kadar 7.2 peratus dan menyumbang
2.9 peratus kepada KDNK negara.
Pecahan peratusan aktiviti ekonominya
ialah perkhidmatan (45.5%), pengilangan
(41.1%), pertanian (9.1%) dan pembinaan
(4.1%).

Jonker Walk

Dataran Pahlawan Melaka Megamall

Malaysia 2014

55

SABAH
www.sabah.gov.my
Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia dan terletak di utara
Pulau Borneo. Negeri ini meliputi kawasan seluas 73,620.10km persegi
dengan pantai sepanjang 1,440 km. Ibu negerinya ialah Kota Kinabalu. Gelaran
diberi, Negeri Di Bawah Bayu sudah menjelaskan bahawa Sabah kaya
dengan keindahan alam semulajadi. Ia juga memiliki keunikan warisan budaya
penduduk peribuminya yang pelbagai kaum. Sabah mempunyai sekurangkurangnya 30 kumpulan etnik dan menggunakan lebih daripada 50 bahasa
serta tidak kurang daripada 80 dialek. Kumpulan etnik utama adalah Kadazan
dusun yang membentuk satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah. Kumpulan
etnik lain adalah Murut, Paitan, Bajau, Bonggi, Iranun, Idaan, Brunei dan lainlain. Kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar.
Berdasarkan penemuan arkeologi, Sabah telah diduduki sekurang-kurangnya
28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah melalui pedagang Arab dan
India dan juga hasil daripada perluasan tanah jajahan kerajaan Kesultanan
Melayu Brunei.

Gunung Kinabalu

56

Malaysia 2014

Bunga Pakma atau Rafflesia,


bunga tunggal terbesar di dunia

Wanita etnik Rungus

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Sabah kaya dengan berbagai-bagai jenis


spesies flora dan fauna dan tumbuhan unik
seperti Rafflesia yang merupakan bunga
terbesar di dunia, pelbagai spesies anggerik
atau orkid, periuk kera dan rhododendron.
Sabah mempunyai 25 kawasan Parlimen,
60 kawasan Dewan Undangan Negeri dan
lima bahagian iaitu Kudat, Pantai Barat
(utara dan selatan), Sandakan, Tawau
dan Pedalaman. Bandar-bandar utama
lain ialah Keningau, Papar, Sipitang, Kota
Belud, Tuaran, Penampang, Semporna dan
Lahad Datu. Unjuran penduduknya pada
tahun 2014 adalah seramai 3,485,300
orang.
Sabah menawarkan pelbagai destinasi
pelancongan dan rekreasi yang menarik.
Antara yang paling terkenal ialah gunung
yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung
Kinabalu (4,905.2 meter). Destinasi lain
yang boleh dikunjungi ialah Taman Laut
Tunku Abdul Rahman, Pulau Sipadan,
Pulau Layang-Layang, Taman Pulau
Tiga, Pantai Tanjung Aru, Pulau Penyu,
Pulau Lankayan, Pulau Mabul, Lembah
Danum, Kampung Mengkabong, Pusat
Pemuliharaan Orang Utan Sipilok, Air Panas
Poring, Bangunan Yayasan Sabah (Menara
Tun Mustapha), Tamu, Sandakan, Muzium
Sabah, Lahad Datu, Semporna, Tawau,
Sungai Kinabatangan, Taman Kinabalu, Gua
Gomantong dan banyak lagi.
Pada tahun 2012 Sabah mencatat
pertumbuhan ekonomi pada kadar 4.1
peratus dan menyumbang 5.9 peratus
kepada KDNK negara. Pecahan peratusan
aktiviti ekonominya ialah perkhidmatan
(47.4%), pertanian (20.8%), perlombongan
(20.7%), pengilangan (7.9%) dan pembinaan
(2.9%).

Malaysia 2014

57

SARAWAK
www.sarawak.gov.my
Negeri Sarawak yang juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang merupakan
negeri yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 124,449.51km
persegi. Sungai terpanjang di Malaysia iaitu Batang (Sungai) Rajang dan gua
terluas di dunia, Gua Mulu turut terletak di negeri di Malaysia Timur ini. Ibu
negerinya iaitu Kuching merupakan bandar kedua mendapat taraf bandar
raya pada 1988. Keunikan Sarawak terletak pada 27 kumpulan etniknya dan
etnik Iban membentuk kumpulan etnik majoriti. Antara etnik lain ialah Bidayuh,
Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya,
Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal,
Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain termasuk juga Melayu dan Cina.
Sarawak mempunyai 31 kawasan Parlimen, 71 Dewan Undangan Negeri
dan 11 Bahagian meliputi 28 daerah seperti Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri,
Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu, Samarahan, Mukah dan Betong. Unjuran
penduduknya pada tahun 2014 adalah seramai 2,605,500 orang.
Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian biologi dan keunikan
budaya, Sarawak menawarkan pakej destinasi pelancongan berteraskan
budaya, kembara dan keindahan alam semula jadi.

Burung Kenyalang, ikon negeri Sarawak

58

Malaysia 2014

Keunikan Kek Lapis Sarawak

Pansoh Manok (ayam masak


dalam buluh) makanan
tradisi Sarawak

Buah Dabai

Daripada budaya moden di bandar-bandar


kepada budaya arkaik di pedalaman
Sarawak,
penduduknya
menyambut
pelbagai jenis perayaan setiap tahun.
Namun, sambutan perayaan yang sangat
sinonim dengan Sarawak ialah Hari Gawai.
Warisan Sarawak yang kaya meliputi alam
liar rimba ke dunia bawah air tersohor
yang menggambarkan batu karang yang
masih terpelihara. Antara destinasi yang
sering menjadi tumpuan pelancong yang
berkunjung ke Sarawak ialah Pantai Damai,
Muzium Islam, Rumah Panjang, Kuching
Waterfront, Pusat Kraftangan Sarawak,
Taman Negara Bako, dan Lemanak River
Safari.
Pada tahun 2012 Sarawak mencatat
pertumbuhan ekonomi pada kadar 1.5
peratus dan menyumbang 9.6 peratus
kepada KDNK negara. Pecahan peratusan
aktiviti ekonominya ialah perkhidmatan
(36.8%), pengilangan (27%), perlombongan
(21.1%), pertanian (11.6%) dan pembinaan
(3.2%).

Etnik Kenyah

Malaysia 2014

59

WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
www.visitkl.gov.my
Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia telah diisytiharkan
sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (W.P.K.L) dan Pusat Pentadbiran
Persekutuan pada 1 Februari 1974. Kuala Lumpur mempunyai keluasan
242.70km persegi dan terbahagi kepada tiga daerah iaitu Kuala Lumpur (Pusat
Bandar), Cheras dan Setapak. W.P.K.L mempunyai 11 kawasan Parlimen
iaitu Bandar Tun Razak, Batu, Bukit Bintang, Cheras, Kepong, Lembah
Pantai, Segambut, Seputeh, Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju.
Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan bermula daripada rentetan
sejarah lampau iaitu setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa
Bugis, Raja Abdullah. Bijih timah yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang
telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala
Lumpur. Aktiviti perlombongan menjadi titik tolak kepada perkembangan
pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur turut dikenali sebagai Bandaraya Bercahaya, Pusat Kesenian
Antarabangsa, Pusat Perundangan Kehakiman dan Kota Kebudayaan Islam di
Malaysia. Unjuran penduduknya pada tahun 2014 adalah seramai 1,750,200
orang. Kuala Lumpur City Centre (KLCC) merupakan satu projek pembangunan
bandar yang bertaraf antarabangsa.

Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC)

60

Malaysia 2014

Aquaria KLCC

Pasar Seni

Bangunan Sultan Abdul Samad

Sebagai mercu tanda gemilang bagi


negara Malaysia, ia berkonsepkan
Bandar Raya - Dalam - Bandar Raya
yang merangkumi kawasan seluas
40 hektar serta menyediakan ruang
kegunaan komersial untuk pejabat,
perniagaan runcit, hotel dan kediaman.
Antaranya Menara Berkembar Petronas,
Masjid Asy-Syakirin, Taman Awam,
Suria KLCC, Kuala Lumpur Convention
Centre, Hotel dan sebagainya. Menara
Berkembar Petronas merupakan salah
sebuah bangunan tertinggi di Asia dan
menara berkembar tertinggi di dunia
iaitu mencecah 452 meter.
Selain itu, Kuala Lumpur menawarkan
destinasi pelancongan dan rekreasi
yang menarik seperti Taman Burung,
Taman
Rama-rama,
Pasar
Seni,
Chinatown, Taman Bunga Raya, Istana
Negara, Kompleks Budaya Kraf, Taman
Tasik, Dataran Merdeka, Menara Kuala
Lumpur, Tugu Negara, Masjid Negara,
Muzium Negara,Pusat Sains Negara,
Kompleks Sukan Negara, Istana Budaya,
Zoo Negara, Taman Orkid, Planetarium
Negara, Rumah Penghulu Abu Seman,
Bangunan Sultan Abdul Samad, Tugu
Negara, Balai Seni Lukis Negara, Pusat
Kraf dan pelbagai tempat menarik yang
lain.
Pada tahun 2012 Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (termasuk Putrajaya)
mencatat pertumbuhan ekonomi kukuh
pada kadar 7.2 peratus dan menjadi
penyumbang kedua terbesar kepada
KDNK negara sebanyak 15.2 peratus.
Pecahan peratusan aktiviti ekonominya
ialah perkhidmatan (89.9%), pembinaan
(4.6%) dan pengilangan (4%).

Malaysia 2014

61

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


www.labuantourism.com.my
Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua di
Malaysia. Keluasannya ialah 91.64km persegi dan mempunyai hanya satu
kawasan Parlimen. Ia terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah dan mengambil
masa dua setengah jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Pulau Labuan telah
diisytiharkan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir (Offshore Financial Centre)
dan Pelabuhan Bebas Cukai. Unjuran penduduknya pada tahun 2014 adalah
95,100 orang. Labuan bukan sahaja terkenal dengan pelabuhan yang besar
dan dalam tetapi turut terkenal kerana persisiran pantainya yang berpasir
putih dengan air yang jernih sehingga membolehkan pengunjungnya melihat
kehidupan karang laut. Menyelam scuba adalah aktiviti yang paling sesuai
dilakukan di sini.
Pada tahun 2012 Wilayah Persekutuan Labuan mencatat pertumbuhan
ekonomi pada kadar 5.8 peratus dan menyumbang 0.4 peratus kepada KDNK
negara. Pecahan peratusan aktiviti ekonominya ialah perkhidmatan (72%),
pengilangan (22.6%), pertanian (3.8%) dan pembinaan (1.1%).

Dataran Labuan

62

Malaysia 2014

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan

Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa

Malaysia 2014

63

WILAYAH PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA
www.putrajaya.gov.my
Pada 1 Februari 2001, Putrajaya yang mempunyai keluasan 49.30 km persegi
telah diisytiharkan secara rasminya sebagai Wilayah Persekutuan ketiga,
selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini yang diilhamkan oleh Perdana
Menteri keempat Tun Dr. Mahathir Mohammad, berpindah ke Putrajaya dari
Kuala Lumpur bertujuan bagi mengurangkan tumpuan kepadatan penduduk,
kesesakan lalu lintas dan jurang sosiopolitik dan sosioekonomi. Putrajaya
terletak di kedudukan yang strategik iaitu di antara 24 kilometer ke selatan
Kuala Lumpur dan 20 kilometer di utara Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai
satu kawasan Parlimen.
Sebagai Bandar Taman Pintar pertama di dunia, Putrajaya menawarkan
tempat-tempat menarik untuk dilawati dan berekreasi. Sepuluh tempat-tempat
menarik yang menjadi pilihan untuk dikunjungi ialah Taman Botani, Putrajaya
Lakeand Wetland, Pelayaran Tasik Putrajaya, Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC), Taman Ekuestrian Putrajaya, Kelab Tasik Putrajaya, Taman
Rimba Alam, Muzium Semulajadi, Monumen Alaf Baru dan Taman Warisan
Pertanian. Taman Botani merupakan taman yang terbesar di Putrajaya iaitu
meliputi 92 hektar. Taman ini menawarkan ketenangan semula jadi dengan 700
spesies tumbuhan tempatan dan dari 90 buah negara termasuk Afrika dan Asia
Pasifik. Taman Wetland pula merangkumi kawasan seluas 162 hektar yang
menempatkan Pusat Penghayatan Alam, Menara Pandang Jauh, kawasan
perkelahan, tapak semaian dan pelbagai spesies flora serta fauna. Unjuran
penduduknya pada tahun 2014 adalah 85,500 orang.

Bangunan Perdana Putra,


Jabatan Perdana Menteri

64

Malaysia 2014

Putrajaya menjadi lokasi pertandinganpertandingan bertaraf antarabangsa

Taman Botani

Istana Kehakiman

Putrajaya terkenal sebagai pusat


rekreasi dan sukan lasak

Malaysia 2014

65

66

Malaysia 2014

Bab 3

PERLEMBAGAAN
DAN SISTEM
PEMERINTAHAN
NEGARA

Istiadat Pembukaan Penggal Pertama


Parlimen ke-13 pada 25 Jun 2013

Malaysia 2014

67

PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis
yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya
Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan
berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Konsep
Ketinggian Perlembagaan berdasarkan prinsip:
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi.
Menjadi punca kepada semua undang-undang.
Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan
kedudukan Perlembagaan.
Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan.
Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang
digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan Perlembagaan.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, tetapi Baginda juga
tertakluk kepada Perlembagaan.
Perlembagaan dibentuk dengan tujuan:
Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
Alat untuk menyelesaikan masalah.
Menjamin riwayat negara bangsa.
Menjamin keamanan dan kestabilan negara.
Perlembagaan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai
aspek pemerintahan. Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 16 Bahagian
iaitu:
Bahagian I : Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Bagi Persekutuan
Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan
tiga Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan
adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang
tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.

68

Malaysia 2014

Bahagian II : Kebebasan Asasi


Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki; hak
untuk hidup dan kebebasan; kebebasan daripada perhambaan dan menjadi
buruh paksaan; kesamarataan di sisi undang-undang; kebebasan bergerak;
kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu; kebebasan agama; hak untuk
berpendidikan; dan hak untuk memiliki harta.
Bahagian III : Kewarganegaraan
Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan cara; dilahirkan di sini;
berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai
seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia; tinggal secara sah di dalam
negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan. Bahagian III juga menyatakan
bagaimana seseorang boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.
Bahagian IV : Persekutuan
Bahagian ini memberi panduan kepada sistem kerajaan di Malaysia. Ketua
utama persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis
Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua RajaRaja negeri-negeri dan juga Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang
tidak mempunyai Raja. Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat
Perdana Menteri. Bahagian ini juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada
Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan
Rakyat dan Dewan Negara.
Bahagian V : Negeri-negeri
Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan
yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri
mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan
Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing.
Bahagian VI : Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan
negeri-negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal
undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan
Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu
di mana kedua-duanya boleh menggubal undang-undang.
Bahagian VII : Peruntukan Kewangan
Bahagian VII menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau
membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.

Malaysia 2014

69

Bahagian VIII : Pilihan Raya


Bahagian VIII menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi
pemimpin-pemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua
pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai Suruhanjaya
Pilihanraya. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bahagian IX : Badan Kehakiman
Bahagian IX mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan
perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamahmahkamah di Malaysia. Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim
Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik.
Bahagian X : Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam
Bahagian ini mengenal pasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah
pasukan polis, angkatan tentera dan perkhidmatan pelajaran. Ia juga merangkumi
anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian
serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan
pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh
Suruhanjayasuruhanjaya dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara
umumnya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Bahagian X juga mewujudkan
Pejabat Peguam Negara.
Bahagian XI: Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan
Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang
Awam Dan Kuasa Darurat
Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh
membelakangi hak-hak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas
sebab-sebab keselamatan awam.
Bahagian XII : Am Dan Pelbagai
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang di-Pertuan Agong
bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan
peribumi Sabah dan Sarawak dan memelihara kepentingan sah komunitikomuniti lain. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan boleh
dilakukan ke atas Perlembagaan.
Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak
Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak, contohnya perizaban
tanah peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak.

70

Malaysia 2014

Bahagian XIII: Peruntukan Sementara Dan Peralihan


Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum
merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undangundang baru untuk menggantikan mereka.
Bahagian XIV: Kecualian Bagi Kedaulatan, dsb., & Raja-Raja
Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam
Bahagian XIV.
Bahagian XV: Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-Raja
Di bawah Bahagian XV, prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong
atau Raja-Raja harus dibawa di hadapan Mahkamah Khas .

SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA


Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:
Badan Perundangan
Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan
kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;
Badan Pemerintah
Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat
undang-undang dan penghakiman; dan;
Badan Kehakiman
Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat
undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif.
Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masingmasing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait
antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana
ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya,
Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen
Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan
bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

Malaysia 2014

71

Komponen Utama Dalam Sistem Kerajaan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong

Badan
Perundangan
(Legislatif)

Badan
Pentadbiran
(Eksekutif)

Badan
Kehakiman

Parlimen

Perdana
Menteri

Ketua Hakim
Negara

Dewan
Negara

Kabinet

Mahkamah
Agung

Dewan
Rakyat

Kementerian

Mahkamah
Tinggi

Suruhanjaya

Mahkamah
Rendah

BADAN PERUNDANGAN
Badan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undangundang persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri
daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan iaitu
Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Parlimen adalah badan kuasa perundangan
untuk persekutuan yang membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan
di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukaicukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat
kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan.
Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang
Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan
dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan
raya umum dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk
kerajaan. Pemimpin parti majoriti yang mendapat kepercayaan sebilangan
besar ahli-ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

72

Malaysia 2014

Yang di-Pertuan Agong


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang
mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak
boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam manamana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu
mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan
Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya selama lima
tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh
Majlis Raja-Raja.
Sebagai ketua utama negara, Baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda
berkuasa memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam
melaksanakan kuasa, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri.
Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budi
bicara Baginda sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui
pembubaran Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis RajaRaja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran RajaRaja. Baginda juga mempunyai kuasa mengampuni dan menangguhkan
hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan di mahkamah tentera dan bagi
semua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan. Baginda
adalah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah
dan Sarawak.
Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum
bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam
Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan
menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan,
biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit atau
lesen dan juga mengisytiharkan darurat.
Dewan Negara
Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu
rang undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab
membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut
Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai
kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan
pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.

Malaysia 2014

73

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada
pendapat baginda telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai
taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan,
pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil
kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan Orang
Asli. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dua orang ahli
mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah
Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya
juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26
orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia,
iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.
Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi
mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan
Dewan ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas.
Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan
Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi
tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap
Senator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli
Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen
diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahlian Dewan Negara,
seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara
itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan
Negara yang dilantik.
Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat
dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka.
Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya
dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan
Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam perlembagaan yang
membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih
seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada
ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara
yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara.
Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk
membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh
nasihat dari Perdana Menteri.

74

Malaysia 2014

Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan
pilihan raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153
kerusi untuk negeri-negeri di Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31
kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan
(1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).
BADAN PEMERINTAH
Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab
melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undangundang. Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah
Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan
tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan
peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau
mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen
boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada
orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama
Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak
berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan
Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan
Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang diPertuan Agong.

Ahli-ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-13

Malaysia 2014

75

Jemaah Menteri
Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang
dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah
Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal
ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti
berikut:
a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada
ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan
sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri
untuk mengetuai Jemaah Menteri; dan
b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik
Menteri-menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.
Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja dianggotai oleh semua Raja-Raja Melayu dan Yang di-PertuaYang di-Pertua Negeri. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38,
Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:
Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi
Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga Perlembagaan
Persekutuan.
Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,
amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan.
Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan
membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang
menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau
yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis RajaRaja.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja


ke-231 pada 27 Februari 2013

76

Malaysia 2014

BADAN KEHAKIMAN
Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia.
Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah.
Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai
kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130
Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi Badan Kehakiman
Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah
seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah.
Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya
sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak
(yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung,
Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret
dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri
di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi
membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsifungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan
Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.
Pelantikan Hakim
Hakim-hakim mahkamah atasan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan
Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan
Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bagi memastikan pemilihan dan
pelantikan hakim-hakim adalah telus demi menjaga integriti badan kehakiman,
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ditubuhkan dengan berkuat kuasanya Akta
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695). Hakim-hakim mahkamah
atasan yang terlibat adalah Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan,
Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah
Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.

PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN


Komponen-komponen utama dalam jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan
adalah seperti berikut:
A) Badan-badan kerajaan.

Malaysia 2014

77

Badan-badan kerajaan ini terdiri daripada:


i) Badan-badan yang ditubuhkan di bawah kuasa Perlembagaan
Persekutuan atau Perlembagaan Negeri. Komponen-komponen yang
terdapat di bawahnya ialah Majlis-majlis, Suruhanjaya-suruhanjaya dan
Jabatan Audit.
ii) Badan-badan yang ditubuhkan di bawah kuasa kerajaan dan pihak
pentadbir. Komponen-komponen yang terdapat di bawahnya ialah
Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan, Perbadanan Awam, Majlismajlis dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kabinet.

B) Ahli-ahli politik yang memegang jawatan awam dan perjawatan dalam


sektor awam.
Kabinet
Kabinet adalah sebuah badan yang melaksanakan kuasa eksekutif yang
dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Dasar atau polisi Kabinet adalah tugas
yang dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan
atau kerajaan pusat. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan dianggotai
oleh Menteri-menteri yang memegang portfolio tertentu.
Majlis
Terdapat dua bentuk Majlis dalam sistem kerajaan persekutuan iaitu Majlis
Perundangan dan Majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk
menyelaras urusan pentadbiran negara. Majlis Perundangan terdiri daripada
Majlis Tanah Negara, Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan, Majlis Kewangan
Negara dan Majlis Angkatan Tentera. Majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi
melicinkan perjalanan jentera pentadbiran ialah Majlis Tindakan Negara, Majlis
Ekonomi Negara dan Majlis Keselamatan Negara.
Kementerian
Kementerian merupakan sebuah badan kerajaan yang tertinggi dalam sistem
jentera pentadbiran kerajaan persekutuan. Kementerian bertanggungjawab
bagi membentuk dasar, merancang, mengawal dan menyelaras perkaraperkara yang berkaitan dengan bidang tugas sesebuah kementerian.
Sesebuah kementerian itu dipertanggungjawabkan kepada seorang Menteri
yang memegang sesuatu portfolio yang dibantu oleh Timbalan Menteri.
Setiap kementerian berfungsi membentuk dasar, merancang, mengawal
dan menyelaraskan pelaksanaan perkara-perkara berkaitan kementerian
berkenaan. Kementerian juga berfungsi mengawal jabatan-jabatan atau badanbadan berkanun di bawah tanggungjawabnya.

78

Malaysia 2014

Pegawai Tadbir Utama sesebuah kementerian ialah Ketua Setiausaha (KSU).


Tugas dan tanggungjawab KSU menyentuh perkara-perkara pembentukan
dasar, merancang aktiviti, mengawal pelaksanaan aktiviti, menyelaras aktiviti
kementerian dan menyelaras kegiatan jabatan atau badan-badan di bawah
kementerian berkenaan. KSU juga berperanan sebagai penasihat kepada
Menteri mengenai pentadbiran dan bertanggungjawab penuh kepada Ketua
Setiausaha Negara (KSN) yang merupakan Ketua Perkhidmatan Awam
Persekutuan.
Setelah mendapat mandat membentuk Kerajaan menerusi kemenangan
dalam Pilihanraya Umum ke-13, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
mengumumkan barisan Kabinet barunya pada 15 Mei 2013. Rombakan dan
penstrukturan Kabinet melibatkan pertukaran beberapa portfolio dan nama
Kementerian serta dua kementerian digabungkan bagi memantapkan lagi
sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Kabinet 2013 kini mempunyai 24
Kementerian seperti berikut:
1. Jabatan Perdana Menteri
2. Kementerian Kewangan Malaysia
3. Kementerian Pendidikan Malaysia
4. Kementerian Pengangkutan Malaysia
5. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
6. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
7. Kementerian Pertahanan Malaysia
8. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
9. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
10. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
11. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
12. Kementerian Dalam Negeri
13. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
14. Kementerian Kesihatan Malaysia
15. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
16. Kementerian Luar Negeri Malaysia
17. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
18. Kementerian Kerja Raya Malaysia
19. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
20. Kementerian Sumber Manusia

Malaysia 2014

79

21. Kementerian Wilayah Persekutuan


22. Kementerian Belia dan Sukan
23. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
24. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Suruhanjaya
Perlembagaan Persekutuan membenarkan penubuhan dua jenis suruhanjaya
iaitu Suruhanjaya Tetap dan Suruhanjaya Sementara. Suruhanjaya Tetap
adalah Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan.
Sementara Suruhanjaya Khas yang bersifat sementara diwujudkan bagi
menyiasat atau menyelesaikan masalah dan perkara semasa. Suruhanjaya
merupakan badan bebas dan berkecuali bagi memastikan tiada unsur campur
tangan dan pengaruh. Ahli-ahlinya dilantik khas oleh Yang di-Pertuan Agong
atas pertimbangan dan nasihat Perdana Menteri dan juga setelah berunding
dengan Majlis Raja-Raja. Bagi Suruhanjaya Tetap, tempoh lantikan adalah lima
tahun atau mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Antara Suruhanjaya
di peringkat Persekutuan ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
Jabatan
Jabatan kerajaan adalah agensi peringkat perlaksanaan yang kedua tertinggi
selepas kementerian. Jabatan telah wujud ketika zaman penjajahan British
lagi. Semasa British memerintah negeri-negeri di Tanah Melayu, jabatanjabatan kerajaan ditubuhkan bertujuan melaksanakan aktiviti-aktiviti di bawah
sesebuah kementerian. Fungsi jabatan adalah berkaitan dengan pelaksanaan
sesuatu dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Aktiviti harian jabatan
kerajaan melibatkan pemberian khidmat kepada masyarakat secara langsung
dalam pelbagai bidang. Setiap jabatan kerajaan mempunyai ibu pejabatnya
sendiri yang kebanyakannya terletak di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ibu pejabat jabatan berfungsi menggubal dasar-dasar, merancang, mengawas
dan menyelaras aktiviti jabatan di peringkat negeri dan daerah serta
bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan kemajuan
kerjaya pegawai dan kakitangan jabatan masing-masing. Setiap jabatan
kerajaan diketuai oleh seorang pegawai tadbir utama iaitu Ketua Pengarah
Jabatan dan nama jawatan ini disesuaikan mengikut nama jabatan-jabatan
yang berkenaan.

80

Malaysia 2014

Berdasarkan fungsi jabatan sebagai agen pelaksana dasar kerajaan, pegawai


dan kakitangan kerajaan terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan
dan kriteria tertentu. Jawatan di peringkat pengurusan diisi oleh pegawai dari
perkhidmatan kumpulan iktisad, manakala jawatan-jawatan lain diisi oleh
mereka yang mempunyai pengkhususan tersendiri.
Perbadanan Awam
Selain jabatan, Kerajaan juga menubuhkan perbadanan-perbadanan awam.
Perbadanan-perbadanan ini ditubuhkan bagi mengambil alih beberapa bidang
tugas dan tanggungjawab yang pernah dilaksanakan oleh jabatan-jabatan
kerajaan. Penubuhan perbadanan ini memberi kesan yang baik dengan
mencantumkan faedah-faedah yang terdapat daripada kerajaan dengan faedahfaedah yang boleh diperoleh daripada syarikat swasta. Setiap perbadanan
awam mempunyai pegawai-pegawainya sendiri. Pegawai Tadbir Utama
dalam perbadanan awam dipanggil Pengurus Besar yang bertanggungjawab
mengurus dan mentadbirkan perbadanan awam mengikut objektif-objektif
korporatnya.
Untuk melicinkan sistem pentadbiran, sesebuah perbadanan mempunyai
bahagian-bahagian tertentu berdasarkan bidang tugas masing-masing.
Setiap perbadanan mempunyai Lembaga Pengarah masing-masing. Bagi
badan-badan berkanun, Ahli Lembaga Pengarah dilantik oleh Menteri yang
bertanggungjawab terhadap badan tersebut. Perbadanan awam terbahagi
kepada dua iaitu badan-badan berkanun dan badan-badan bukan berkanun.
Badan Berkanun
Badan berkanun merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan oleh kerajaan
mengikut akta-akta tertentu seperti Akta Parlimen atau Enakmen Negeri
bagi tujuan melaksanakan tugas-tugas khusus, sejajar dengan objektif dan
matlamat negara.
Badan Bukan Berkanun
Badan bukan berkanun adalah badan yang ditubuhkan di bawah Akta
Syarikat. Badan-badan bukan berkanun mempunyai kebebasan yang lebih
luas sebab badan ini tidak tertakluk kepada langkah-langkah pengawalan
kerajaan seperti yang dikenakan ke atas badan-badan berkanun. Tambahan
lagi badan-badan bukan berkanun bebas mengadakan skim perjawatan
masing-masing. Bagaimanapun, suatu aktiviti perbadanan hendaklah
selaras dengan peruntukan undang-undang atau akta-akta penubuhannya.

Malaysia 2014

81

PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI


Setiap negeri mempunyai jentera pentadbiran sendiri. Sistem dan struktur
pentadbirannya adalah sama di seluruh Semenanjung kecuali di Sabah dan
Sarawak. Kuasa di bawah kerajaan negeri ialah kerajaan tempatan atau daerah.
Badan Pentadbiran Peringkat Negeri
Raja/Sultan/Yang Di-Pertua Negeri

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Dewan Undangan Negeri

Raja dan Yang Di-Pertua Negeri


Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah institusi penting dalam jentera
pentadbiran kerajaan negeri. Raja-Raja yang memerintah Johor, Kedah,
Kelantan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu dikenali sebagai Sultan
manakala Perlis dikenali sebagai Raja dan di Negeri Sembilan sebagai Yang DiPertuan Besar. Seseorang Raja diwarisi secara turun-temurun dan ditentukan
oleh adat yang berbeza bagi setiap negeri. Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak diperintah oleh Yang Di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong. Seseorang Raja menjalankan tugas berikut:
Melantik seorang Menteri Besar.
Tidak mempersetujui permintaan membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Meminta mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja atau hal ehwal Islam.
Melaksanakan tugas sebagai Ketua Agama Islam atau tugas yang berkaitan
dengan adat istiadat orang Melayu.
Melantik waris Permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja.
Menentukan penerima pingat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di sisi
adat Melayu dan menetapkan tugas-tugas yang berkenaan dengannya.
Membuat peraturan mengenai balai-balai diraja atau istana.

82

Malaysia 2014

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri


Kuasa eksekutif di Semenanjung Malaysia dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri (MMK) atau EXCO atas nama Raja atau Yang Di-Pertua
Negeri. Di Sarawak badan ini dikenali sebagai Majlis Tertinggi dan di Sabah
dikenali sebagai Kabinet. MMK diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri
yang dilantik oleh Sultan atau Raja atau Yang Di-Pertua Negeri dalam kalangan
Ahli Dewan Negeri yang mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan tersebut.
MMK dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah dipilih
dan tiga orang Pegawai Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri, dan Penasihat
Undang-undang Negeri. Bilangan DUN yang menganggotai EXCO berbeza
antara negeri mengikut Perlembagaan Negeri masing-masing.
Dewan Undangan Negeri
Kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah meluluskan undang-undang
dan dipersetujui oleh Raja/Sultan/Yang Di-Pertua Negeri. Seksyen 4, Jadual
8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan Dewan Undangan
Negeri mesti mengandungi sebilangan ahli yang dipilih melalui pilihan raya.
Peranan Raja/Sultan/Yang Di-Pertua Negeri adalah sebagai pihak berkuasa
perundangan yang hanya akan hadir pada masa-masa khas seperti
pembukaan Dewan Undangan Negeri. Tugas utama Raja/Sultan/Yang DiPertua Negeri adalah untuk memanggil DUN bermesyuarat, memberhentikan
dan membubarkan DUN. Seseorang itu tidak boleh menjadi ahli DUN bagi lebih
daripada satu bahagian pilihan raya pada sesuatu masa. DUN akan berjalan
selama lima tahun dari mesyuarat pertamanya. Apabila DUN dibubarkan,
satu pilihan raya peringkat negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari di
Semenanjung dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.
Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri
Bagi melancarkan pentadbiran, sesebuah negeri dibahagi kepada beberapa
buah daerah. Daerah-daerah ini pula dibahagi kepada mukim-mukim. Di
Sarawak, sebelum dibahagi kepada daerah, Sarawak dibahagi dahulu mengikut
Bahagian. Ketua Bahagian dipanggil Residen dan Ketua Daerah dipanggil
Pegawai Daerah. Di Sabah pula, negeri dibahagi kepada beberapa residensi
dan setiap residensi dibahagi pula kepada daerah. Bagi perkhidmatan awam
negeri, pelantikan dibuat oleh suruhanjaya perkhidmatan Negeri masing-masing
kecuali Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan yang pelantikan
pegawainya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Malaysia 2014

83

Jabatan
Jabatan-jabatan yang terdapat di peringkat negeri dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu jabatan negeri dan cawangan jabatan persekutuan. Jabatanjabatan negeri pula dibahagikan kepada dua jenis iaitu, jabatan negeri
yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan jabatan negeri yang
bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan persekutuan.
Jabatan Negeri di Semenanjung Malaysia
Jabatan negeri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri merupakan
jabatan yang menjalankan pentadbiran negeri. Jabatan-jabatan penting
yang termasuk dalam kategori ini ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri dan
Unit Perancang Ekonomi Negeri.
Jabatan Negeri di Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawak mempunyai bilangan jabatan yang lebih banyak kerana
Perjanjian Malaysia 1963 telah memberi kuasa yang lebih kepada keduadua negeri itu berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Namun, menerusi proses penyatuan, kebanyakan jabatan itu telah beransuransur diletakkan di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan. Jabatanjabatan utama negeri yang kekal di bawah tanggungjawab kerajaan negeri
adalah sama seperti yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Perbezaan
yang ada ialah jabatan utama negeri Sabah dikenali sebagai Jabatan
Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Sarawak tidak
bertanggungjawab secara langsung terhadap hal-hal perkhidmatan awam
negeri seperti yang terdapat pada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
di Semenanjung. Tugas tersebut di Sarawak, dijalankan oleh Pejabat
Perjawatan Negeri.
Cawangan Jabatan Persekutuan
Cawangan-cawangan jabatan persekutuan seperti Jabatan Pendidikan
Negeri dan Jabatan Imigresen Negeri bertanggungjawab kepada kerajaan
persekutuan, tetapi tertakluk kepada usaha penyelarasan yang dilakukan
oleh pentadbiran negeri. Untuk memenuhi keperluan negeri, ketua-ketua
cawangan ini boleh dipanggil untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasajawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Negeri
di samping menjadi ahli dalam Jawatankuasa Pembangunan Negeri dan
jawatankuasa negeri yang lain. Kedudukan cawangan jabatan persekutuan
di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah sama dengan kedudukan
di Sabah dan Sarawak.

84

Malaysia 2014

Suruhanjaya Negeri
Sama seperti Kerajaan persekutuan, Kerajaan negeri juga boleh menubuhkan
suruhanjaya yang berbentuk tetap atau khas. Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya
dilakukan oleh Raja atau Yang Di-Pertua Negeri atas nasihat Menteri Besar
atau Ketua Menteri. Semua negeri kecuali Negeri Sembilan, Perlis, Melaka
dan Pulau Pinang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri yang
bertanggungjawab tentang pelantikan jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan
Awam Negeri. Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam, pelantikan ke jawatan-jawatan negeri dibuat oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Perkhidmatan Awam Negeri
Setiap negeri mempunyai perkhidmatan awamnya sendiri. Bagi negeri Kedah,
Johor, Kelantan dan Terengganu, perkhidmatan awam negeri meliputi semua
jawatan. Bagi negeri-negeri selainnya, jawatan-jawatan tadbir diisi oleh Pegawai
Tadbir dan Diplomatik (PTD) atau Perkhidmatan Tadbir Am (PTA). Pegawaipegawai ini dipinjamkan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.

Malaysia 2014

85

Pejabat Setiausaha Persekutuan dan Pejabat Kewangan Persekutuan


Khusus bagi negeri Sarawak dan Sabah, kerajaan telah mewujudkan semula
jawatan Setiausaha Persekutuan di samping jawatan Pegawai Kewangan
Persekutuan yang sedia ada. Tugas utama Pejabat Setiausaha Persekutuan
ialah untuk menyelaras dan mentadbir aktiviti jabatan-jabatan dan perbadanan
awam persekutuan di negeri berkenaan. Pejabat ini juga bertanggungjawab
untuk mengeratkan hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaankerajaan negeri. Pejabat Kewangan Persekutuan bertanggungjawab kepada
Kementerian Kewangan Persekutuan dalam menjalankan tugas-tugas
kewangan seperti memeriksa anggaran belanjawan agensi-agensi persekutuan
di Sabah dan Sarawak. Tujuan penubuhannya ialah untuk mempercepatkan
proses membuat keputusan.
Perbadanan Awam Negeri
Kerajaan negeri mempunyai perbadanan awam yang merangkumi badan
berkanun dan badan tidak berkanun yang merupakan syarikat kepunyaan
kerajaan negeri. Hubungan badan-badan ini dengan kerajaan negeri dan
agensi-agensi utama negeri adalah lebih kurang sama dengan perhubungan
antara perbadanan awam persekutuan dengan kerajaan persekutuan dan
agensi pusat. Perbadanan awam lain yang terdapat di peringkat negeri
merupakan cawangan-cawangan perbadanan awam persekutuan.
Sama seperti cawangan jabatan persekutuan, perbadanan ini bertanggungjawab
kepada kerajaan persekutuan, tetapi tertakluk kepada usaha penyelarasan
pentadbiran negeri.
Peringkat Pentadbiran Negeri
Pentadbiran setiap negeri di Semenanjung Malaysia dijalankan menerusi
pelbagai peringkat. Peringkat-peringkat ini ialah :Daerah
Pembahagian negeri mengikut daerah atau jajahan yang dimulakan oleh pihak
Inggeris berterusan hingga sekarang. Kebanyakan projek yang dirancang di
peringkat persekutuan dan negeri dilaksanakan di peringkat daerah. Pejabat
daerah dan tanah yang diketuai oleh Pegawai Daerah merupakan pejabat
utama di peringkat ini. Bidang tanggungjawabnya adalah berkaitan dengan
pentadbiran tanah, pentadbiran Majlis Daerah dan pengurusan aktiviti
pembangunan, di samping menyelaraskan kegiatan semua cawangan agensi
kerajaan negeri dan persekutuan di peringkat daerah. Kebanyakan agensi
negeri dan persekutuan mempunyai cawangan di peringkat ini.

86

Malaysia 2014

Mukim
Sesebuah daerah dipecahkan kepada beberapa mukim dan terdapat sebuah
pejabat kerajaan yang diketuai oleh seorang penjawat awam yang dikenali
sebagai Penghulu (Penggawa di Kelantan). Di peringkat ini, hanya beberapa
jabatan dan perbadanan awam sahaja yang mempunyai cawangan masingmasing. Peranan utama seseorang Penghulu ialah untuk membantu Pejabat
Daerah dan Tanah serta agensi-agensi kerajaan lain menjalankan program
pembangunan dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan di kampung-kampung di
bawah seliaannya. Dahulu, jawatan Penghulu diwarisi mengikut keturunan atau
dilantik daripada kalangan penduduk tempatan yang mempunyai pengaruh
yang luas. Kini, penghulu dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
berasaskan kepada kebolehan dan kelulusan akademik. Oleh itu, mereka juga
merupakan pegawai awam.
Kampung
Peringkat pentadbiran yang paling rendah ialah peringkat kampung yang
diketuai oleh seorang Ketua Kampung (Penghulu di Kelantan dan Tok Sidang
di Melaka) yang dilantik oleh kerajaan negeri melalui Pegawai Daerah. Ketua
Kampung hanya diberi elaun dan mereka bukanlah sebahagian daripada
penjawat awam. Seorang Ketua Kampung bertanggungjawab untuk menjaga
keamanan kampung dan menyelesaikan masalah peringkat kampung.
Beliau turut berperanan menjadi penghubung antara Pegawai Daerah dan
pembantu kepada Penghulu. Sementara itu, Ketua Kampung turut berfungsi
untuk mempengerusikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK). Pembentukan JKKK bertujuan untuk memberi peluang kepada
penduduk kampung mengambil bahagian yang aktif dalam proses perancangan
dan pelaksanaan program dan projek pembangunan di kampung mereka.
Badan ini juga menyatukan kampung dengan pentadbiran mukim, daerah
dan negeri untuk mempercepatkan proses pembangunan dan penyelesaian
masalah setempat.
Pentadbiran Negeri Sabah
Pentadbiran Negeri Sabah dibahagikan kepada dua peringkat iaitu daerah dan
kampung. Peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah. Selain daripada
Penolong Pegawai Daerah, seseorang Pegawai Daerah dibantu oleh seorang
Ketua Daerah yang bertanggungjawab terhadap segala aspek pentadbiran
yang berkaitan dengan hal-ehwal suku-suku kaum di daerah berkenaan.
Setiap suku kaum di sesebuah daerah diketuai oleh Ketua Anak Negeri. Ketua
Anak Negeri bertanggungjawab kepada Ketua Daerah. Kesemua mereka ini
merupakan sebahagian daripada pegawai awam.

Malaysia 2014

87

Sama seperti keadaan di Semenanjung Malaysia, setiap kampung di Sabah


diketuai oleh Ketua Kampung yang bukan merupakan pegawai awam.
Pentadbiran Negeri Sarawak
Pentadbiran Negeri Sarawak pula dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:
bahagian, daerah, daerah kecil dan kampung.
Bahagian
Negeri Sarawak dibahagikan kepada tujuh bahagian yang setiap satunya
diketuai oleh seorang Residen sebagai Ketua Pentadbir Bahagian.
Pembahagian negeri mengikut bahagian hanya diadakan di Negeri Sarawak
kerana kawasan negerinya yang luas. Setiap bahagian mempunyai beberapa
orang Temenggung yang merupakan ketua masyarakat yang dilantik oleh
kerajaan berasaskan kaum.
Daerah
Setiap bahagian dibahagikan pula kepada beberapa daerah yang setiap
satunya diketuai oleh Pegawai Daerah. Ketua masyarakat digelar Pemanca
yang bertanggungjawab kepada Pegawai Daerah dan Temenggung. Dalam
sesebuah daerah pula terdapat daerah kecil yang diketuai oleh pegawaipegawai Perkhidmatan Tadbir Negeri Sarawak.
Kampung
Setiap kampung di Sarawak diketuai oleh seorang Penghulu yang dilantik
oleh kerajaan. Sebelum gelaran Penghulu digunakan, Ketua Rumah Panjang
digelar Tuai Rumah. Sistem Perancangan dan Pelaksanaan di peringkat
negeri juga serupa dengan sistem yang terdapat di peringkat persekutuan iaitu
melibatkan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian.
Ia menjadi kebiasaan bahawa pihak negeri mengambil kira dasar-dasar yang
wujud di peringkat persekutuan sebelum sesuatu dasar negeri dibentuk.
Pembentukan dasar-dasar awam negeri dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri yang para anggotanya terdiri daripada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
serta dibantu oleh beberapa orang pegawai kanan kerajaan, iaitu Setiausaha
Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang
Negeri. Namun begitu sebelum sesuatu dasar itu dibentuk, kerajaan negeri juga
menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk mengkaji sesuatu
dasar sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

88

Malaysia 2014

JENTERA PENTADBIRAN DI PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN


Sebelum penyusunan semula kerajaan tempatan, wujud enam jenis penguasa
tempatan di Malaysia iaitu:
1) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2) Majlis Perbandaran
3) Majlis Bandaran
4) Lembaga Bandaran
5) Majlis Tempatan
6) Majlis Luar Bandar
Empat jenis pihak berkuasa tempatan diwujudkan selepas penyusunan semula
iaitu:
1) Dewan Bandaraya bagi bandar-bandar besar;
2) Majlis Perbandaran bagi bandar-bandar sederhana;
3) Majlis Tempatan bagi pekan-pekan dan kampung-kampung baru; dan
4) Majlis Daerah bagi kawasan luar bandar.

Kerajaan tempatan dibentuk untuk memberi peluang kepada penduduk


tempatan mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan-kawasan yang
mereka diami. Peranannya melibatkan perancangan bandar, kerja raya,
kemudahan-kemudahan awam, kesihatan awam dan perumahan awam.
Kuasa utama yang terpenting bagi kerajaan tempatan ialah :
1) Kuasa untuk mengadakan undang-undang kecil;
2) Mengutip cukai, kadar sewa dan lain-lain;
3) Kuasa untuk mengadakan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan
yang terletak dalam kawalannya sendiri.

Malaysia 2014

89

90

Malaysia 2014

Bab 4

PENCAPAIAN
DAN
PERISTIWA
PENTING
NEGARA

Pelancaran Pusat Inovasi dan Kreativiti


Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya
pada 27 April 2014

Malaysia 2014

91

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV TUANKU


ABDUL HALIM MUADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tahun 2013
Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah ke-86 disambut pada
1 Jun 2013. Acara sambutan dimulai dengan Majlis Tahlil dan doa selamat
di Masjid Negara pada 30 Mei 2013 diikuti persembahan 25 biji kek khas
daripada pelbagai pihak termasuk hotel-hotel terkemuka negara. Upacara
rasmi sambutan iaitu Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah
Kebesaran Persekutuan telah memperlihatkan seramai 1,640 orang penerima
Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2013. Istiadat
Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong diadakan di Dataran Merdeka
pada 8 Jun 2013 sebagai istiadat sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi ATM.
Perasmian Pembukaan Sidang Parlimen ke-13
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam
Shah merasmikan pembukaan sidang Dewan Rakyat bagi penggal pertama
Parlimen ke-13 pada 25 Jun 2013. Berikutan kejadian jerebu upacara
pemeriksaan kawalan kehormat yang sepatutnya berlangsung di Dataran
Parlimen digantikan dengan sembah Hormat Diraja yang diadakan di
Banquet. Seri Paduka Baginda bertitah dalam ucapan perasmiannya menyeru
kepada semua Ahli Dewan yang telah mendapat mandat daripada rakyat agar
berkhidmat dengan penuh dedikasi dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat
dan kemakmuran negara. Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri,
Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor;
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin, menterimenteri Kabinet serta perwakilan asing. Perasmian pembukaan sidang Dewan
Rakyat bagi penggal kedua Parlimen ke-13 pula adalah pada 10 Mac 2014.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat menghadiri ketigatiga Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tahun 2013. Mesyuarat Majlis Raja-Raja
ke-231 berlangsung pada 27 28 Februari 2013 dan ia dipengerusikan oleh
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Mesyuarat bagi kali ke-232 berlangsung
pada 26 27 Jun 2013 dipengerusikan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin
Putra Jamalullail. Manakala, Mesyuarat bagi kali ke-233 pula berlangsung
pada 30 31 Oktober 2013 dan dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah. Kesemua Mesyuarat dihadiri oleh semua Raja Melayu
atau wakil masing-masing dan kesemua Yang Dipertua Negeri.

92

Malaysia 2014

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku


Hajah Haminah tersentuh hati melihat persembahan
pantomin khas bertajuk Lahad Datu Berdarah
sempena sambutan Hari Pahlawan 2013

Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2013


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong telah berkenan mencemar duli hadir ke istiadat
Hari Pahlawan pada 31 Julai 2013 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Persembahan pentomen khas Lahad Datu Berdarah gabungan PDRM dan
ATM yang mengisahkan insiden pencerobohan berdarah pengganas Sulu di
Lahad Datu, Sabah antara pengisian acara sambutan yang menambat hati
penonton di samping persembahan bacaan sajak dan perbarisan. Sebelum
itu, Yang di-Pertuan Agong berangkat ke majlis bacaan Yaasin, Tahlil dan doa
selamat sempena Hari Pahlawan di Masjid Negara pada 30 Julai 2013.
Kunjungan Hormat Pembesar Negara Asing
Sepanjang 2013, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong menerima kunjungan hormat pemimpinpemimpin negara asing dalam meningkatkan hubungan dua hala. Antaranya
ialah kunjungan hormat daripada Presiden Singapura Dr. Tony Tan Keng Yam
dan isteri, Mary Chee Bee Kiang di Istana Negara pada 18 September 2013.
Semasa jamuan negara bagi meraikan Presiden Singapura yang dalam rangka
lawatan ke Malaysia bermula 17 hingga 19 September 2013, baginda bertitah
agar kedua-dua negara terus mendalamkan kerjasama dalam pelbagai aspek
demi faedah bersama dan serantau.

Malaysia 2014

93

Sementara itu, pada 4 Oktober 2013, Presiden China, Xi Jinping bersama


isteri, Peng Liyuan telah diberi sambutan rasmi di Parlimen Malaysia sempena
lawatan rasmi beliau yang pertama ke Malaysia selepas dilantik sebagai
Presiden China pada Mac 2013. Ketibaan Presiden China itu disambut Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah
dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta
pemimpin tertinggi negara. Seri Paduka Baginda turut menerima mengadap
Putera Mahkota Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al-Khalifa yang juga
merupakan Timbalan Perdana Menteri Pertama Bahrain semasa baginda
melakukan lawatan kerja ke Malaysia pada 22-24 Mac 2013. Antara pemimpin
lain yang melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong adalah
Raja Swaziland, Raja Mswati III semasa dalam lawatan kerja ke Malaysia pada
2 6 Julai 2013 dan Presiden Filipina, Presiden Benigno S.Aquino III pada 28
Februari 2014.
Lawatan ke Luar Negara
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong berangkat melakukan lawatan negara selama tiga hari ke
Thailand bermula 2 hingga 5 September 2013.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja


Permaisuri Agong menerima kunjungan hormat daripada
Presiden Singapura Dr. Tony Tan Keng Yam dan isteri, Mary
Chee Bee Kiang di Istana Negara pada 18 September 2013

94

Malaysia 2014

Ini merupakan lawatan kali ketiga baginda ke negara anggota ASEAN selepas
Indonesia dan Brunei pada 2012, sejak ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong
buat kali kedua. Semasa lawatan tersebut, Raja Thailand, Raja Bhumibol
Adulyadej mengurniakan darjah kebesaran The Knight of the Most Ilustrious
Order of the Royal House of Chakri (Thailand) kepada Seri Paduka Baginda
manakala darjah kebesaran Knight Grand Cross (First Class) of the Most
Ilustrious Order of the Chula Chom Klao (Thailand) kepada Raja Permaisuri
Agong.
Selepas Thailand, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat
ke Vietnam pada 5 September 2013 bagi memulakan lawatan Negara selama
empat hari. Ini merupakan lawatan pertama Seri Paduka Baginda ke Vietnam
selepas ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Lawatan ini
bagi meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Kuala LumpurHanoi yang terjalin bermula pada 30 Mac 1973. Seri Paduka Baginda berdua
turut melakukan lawatan balas ke Singapura pada 29 April 2 Mei 2014 atas
jemputan Presiden H.E. Dr. Tony Tan Keng Yam. Lawatan tersebut dilihat
menambah keakraban hubungan kedua-dua negara.

ACARA-ACARA PERINGKAT NASIONAL


Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan ke-56
Acara Perbarisan dan Perarakan yang berlangsung di Dataran Merdeka bermula
seawal pukul 7.00 pagi adalah acara kemuncak Sambutan Ulang Tahun Hari
Kemerdekaan ke-56. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat
untuk memeriahkan acara bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin
tertinggi negara. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, persembahan kali
ini banyak menekankan unsur-unsur patriotisme dan semangat juang selaras
dengan tema sambutan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.
Persembahan dibahagi kepada empat segmen iaitu Malaysia Tanah Airku,
Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteraan
Bersama dan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku. Sambutan
kali ini turut memberi penghormatan kepada 400 anggota pelbagai pangkat
daripada agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat dalam Ops Daulat di
Lahad Datu Sabah. Waris dan ahli keluarga anggota yang terkorban dalam
operasi berkenaan iaitu seramai 20 orang juga diberi penghormatan sebagai
tetamu kenamaan.

Malaysia 2014

95

Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan ke-56 dengan tema


Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku

Seramai 15,280 peserta dari 56 kontinjen menyertai persembahan termasuk


300 aset kesiap siaga negara dipertontonkan bagi membuktikan kepada rakyat
bahawa keselamatan negara sentiasa terpelihara.
Perayaan Hari Malaysia ke-50
Padang Merdeka, Kuching, Sarawak menjadi saksi kepada sambutan Jubli
Emas Perayaan Hari Malaysia yang ke-50 pada pagi 16 September 2013.
Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena sambutan Hari Malaysia
Ke-50 Peringkat Kebangsaan diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Sebanyak
65 kontinjen, 12 pancaragam dan 11 jenis kumpulan pelbagai kenderaan
udara dan darat terlibat dalam persembahan dan perbarisan. Persembahan
kebudayaan turut melibatkan 1,500 peserta. Buat pertama kalinya Sambutan
Hari Malaysia diraikan pada hari yang sama antara Sabah dan Sarawak. Sabah
yang meraikan sambutan yang dikenali sebagai Perayaan 50 Tahun Sabah
Maju Jaya Dalam Malaysia dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak pada malam 16 September 2013. Seramai 1,500
peserta memeriahkan majlis dengan pelbagai persembahan dan pertunjukan.

96

Malaysia 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada 24 Januari 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013M


Seramai 13,000 peserta mewakili pelbagai agensi menyertai perarakan
sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2013 yang bermula
di Presint 2 dan berakhir di Masjid Putra, Putrajaya pada 24 Januari 2013.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong telah berkenan mencemar duli hadir merasmikan majlis yang
bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Seramai sembilan orang
tokoh telah dipilih untuk menerima anugerah sempena sambutan tahun ini.
Dato Sri Haji Anis bin Haji Abot, Mantan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak
dan Mantan Mufti Negeri Sarawak merupakan Penerima Anugerah Perdana
Maulidur Rasul 2013. Penerima-penerima lain adalah Dato Haji Nooh bin
Gadut, Tan Sri Mohd. Zaman Khan@Hassan bin Rahim Khan, Prof. Emeritus
Datuk Dr. Nik Safiah binti Haji Abdul Karim, Tuan Haji Mohd. Bakir bin Haji
Mansor, Tuan Haji Che Wan Alias bin Che Wan Abdullah, Prof. Madya Dr.
Mohd. Ridhuan Tee bin Abdullah, Tuan Haji Muhammad Fitri bin Abdullah dan
Khairunnisaq binti Khairuddin.
Sambutan Maal Hijrah 1435H/2013M
Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Kebangsaan
telah diadakan pada 5 November 2013 bertempat di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Malaysia 2014

97

Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan
berangkat merasmikan majlis sambutan. Turut hadir dalam majlis tersebut
adalah Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta isteri,
Menteri-menteri Kabinet, dif-dif Jemputan serta Duta dan perwakilan negara
luar. Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah sekali lagi dipilih sebagai tema
sambutan bagi menggambarkan usaha kerajaan menyatupadukan rakyat
pelbagai kepercayaan di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang
unggul selaras dengan konsep perpaduan dalam kepelbagaian kaum, bangsa
dan kepercayaan. Brigadier Jeneral, Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid bin Hj.
Zainal Abidin (B), mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dinobatkan
sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan manakala Dr. Zakir Abdul
Karim Naik dari India dinobatkan sebagai tokoh Peringkat Antarabangsa tahun
1435H/2013M.
Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
Buat julung-julung kalinya sejak lebih 20 tahun, Kelantan dipilih menjadi tuan
rumah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-56 yang berlangsung
pada 10 14 Jun 2013. Seramai 14 orang qari dan 15 orang qariah mengambil
bahagian dalam pertandingan yang dimenangi oleh Anuar bin Hasin dari
Perak dan Hanimzah binti Hj. Jalaluddin dari Pahang. Kedua-dua pemenang
kemudiannya mewakili Malaysia ke Pertandingan Peringkat Antarabangsa ke55 yang berlangsung pada 29 Jun hingga 6 Julai 2013 di Pusat Dagangan
Dunia Putra, Kuala Lumpur. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
berkenan berangkat menyampaikan hadiah kepada pemenang. Qari dari
Indonesia, Dasrizal bin Marah Nainin dan qariah dari Maghribi, Hajar Boussaq
menjadi johan pertandingan dan membawa pulang kepingan emas dengan nilai
anggaran RM70,000.00 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
Malaysia (YaPEIM) di samping wang tunai RM40,000.00, sebuah piala iringan,
cenderamata dan sijil. Qari dan Qariah Malaysia masing-masing menduduki
tempat ketiga dan kedua.
Anugerah Sukan Negara 2013
Jaguh bina badan negara, Sazali Samad dan ratu skuasy Datuk Nicol Ann
David dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2013 pada
Majlis Anugerah Sukan Negara yang berlangsung pada 19 Mei 2014 di Stadium
Juara, Bukit Kiara. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin. Penganugerahan kepada Sazali berdasarkan
pencapaian cemerlang sepanjang 2013 dengan mempertahankan gelaran Mr
Universe buat kali kelima berturut-turut dan kali kesembilan bagi dirinya. Datuk
Nicol pula mengungguli penganugerahan ini buat kali kesembilan atas kejayaan
pada 2013 dengan meraih tujuh kejuaraan daripada sepuluh kejohanan,

98

Malaysia 2014

termasuk dua gelaran naib juara dan satu aksi separuh akhir iaitu pada Terbuka
Kuala Lumpur.
Senarai pemenang Anugerah Sukan Negara 2013:








Olahragawan Kebangsaan
Olahragawati Kebangsaan
Pasukan Lelaki Kebangsaan
Pasukan Wanita Kebangsaan

- Sazali Samad (Bina Badan)


- Datuk Nicol Ann David (Skuasy)
- Hoki
- Renang (Pandelela Rinong/
Leong Mun Yee)
Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Muhammad Ziyad Zolkefli
(Olahraga)
Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Hemala Devi Enikutty (Olahraga)
Jurulatih Lelaki Kebangsaan
- Muhammada Dharma Raj
Abdullah (Hoki)
Anugerah Kepimpinan Sukan
- Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor
Golf
Anugerah Khas
- Allahyarham Mohd Nazar Abdul
Rahim, Moe Chin Kiat (Olahraga,
Badminton)

TRANSFORMASI PENTADBIRAN NEGARA


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Pelan strategik PPPM 2013-2025 yang bersifat komprehensif dan holistik telah
dirangka bagi melonjak sistem pendidikan Negara bagi tempoh 13 tahun akan
datang. Ia bermatlamat melahirkan pelajar yang mampu bersaing di negara
sendiri malah berdiri selesa di peringkat antarabangsa. Timbalan Perdana
Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin telah
melancarkan pelan tersebut pada 6 September 2013 di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur (KLCC). PPPM bersandarkan kepada tiga aspek penting
iaitu aspirasi sistem, aspirasi murid dan 11 anjakan yang dirangka khusus.
Pelaksanaannya mengikut sistem gelombang iaitu Gelombang 1 (2013-2015),
Gelombang 2 (2016-2020) dan Gelombang 3 (2021-2025). Setiap gelombang
mempunyai inisiatif serta matlamat khusus yang perlu dicapai namun ia bersifat
fleksibel bagi memenuhi keperluan yang mendesak pada sesuatu masa.
Intipati PPPM 2013-2025
Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam
kalangan kanak-kanak daripada peringkat prasekolah hingga ke peringat
menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.

Malaysia 2014

99

100

Meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran


antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik
dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar
Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tahun akan datang.
Merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar,
tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus
menjelang 2020.
Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid
berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh
lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
Mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan
perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia dan setiap anjakan
perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima
keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Melanjutkan pendidikan wajib daripada enam tahun kepada 11 tahun
bermula pada umur enam tahun dengan disokong program pengekalan
yang disasarkan.
Melancar Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017 bagi
mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran
kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan.
Standard pembelajaran yang jelas akan dirangka agar murid dan ibu bapa
memahami kemajuan yang dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan.
Merombak peperiksaan kebangsaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) secara berperingkat dengan menjelang 2016, soalan berbentuk
pemikiran aras tinggi akan merangkumi sekurang-kurangnya 40 peratus
daripada soalan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
Menjelang akhir 2013, kerjaya perkhidmatan kaunseling dan akademik akan
dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah menengah untuk membantu
pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan pendidikan
yang ditawarkan.
Menjelang 2025, pelajar Orang Asli, kumpulan minoriti lain, serta murid
kurang upaya fizikal dan pembelajaran akan disediakan sekolah yang
mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib
lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menjelang 2025, setiap pelajar digalakkan mempelajari bahasa tambahan
supaya dapat membantu mereka menyertai tenaga kerja global.

Malaysia 2014

Tumpuan menambah bilangan guru bahasa Cina, Tamil dan Arab bagi
memastikan bilangan guru bahasa sepadan dengan keperluan pelajar,
selain memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol,
Perancis dan Jepun.
Mulai 2013, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri
dalam kalangan graduan 30 peratus teratas.
Mulai 2013, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran
supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi
teras pengajaran, dengan sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan
kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran yang
khusus di peringkat sekolah.
Mulai 2015, semua sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas bermula
dengan Sabah dan Sarawak.
Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025
dengan melibatkan kumpulan alumni dan badan bukan kerajaan (NGO)
yang berpotensi sebagai penaja.
Kementerian Pendidikan akan menerbitkan laporan tahunan tentang
perkembangan setiap inisiatif yang direncanakan dalam pelan ini.
Kementerian Pendidikan akan membuat semakan berkala tentang
pencapaian utama sepanjang pelaksanaan pelan ini pada 2015, 2020 dan
2025.

Laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2013


Tahun 2013 adalah tahun pertama fasa kedua Program Transformasi Kerajaan
atau GTP 2.0 (2013-2015). Walaupun berdepan cabaran dan jangkaan yang
lebih besar, GTP 2.0 telah berjaya mencapai 104 peratus berbanding sasaran
keseluruhan pada 2013 dengan keberhasilan ketara dalam pengupayaan
ekonomi rakyat. Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
semasa membentangkan laporan tahunan GTP pada 12 Mei 2014, menyatakan
bahawa piawaian yang tinggi telah diletakkan dalam GTP 2.0 berbanding
GTP 1.0. Peletakan sasaran di luar kelaziman ini membolehkan kerajaan
terus mencipta kejayaan, di samping mengekalkan momentum transformasi
terutama dalam ketujuh-tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
NKRA Menangani Kos Sara Hidup Rakyat
Pada tahun 2013, Kerajaan terus memberi pelbagai bantuan kepada rakyat
bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup terutamanya kepada golongan
mudah terjejas. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan kepada isi
rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dengan bantuan
tunai sebanyak RM500. Bantuan ini diperluaskan kepada individu bujang
berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan kurang RM2 ribu
sebulan dengan pemberian bantuan tunai RM250. Peruntukan keseluruhan

Malaysia 2014

101

sebanyak RM2.9 bilion dinikmati lebih 4.8 juta isi rumah dan 2 juta individu
bujang pada 2013. Pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM100
kepada 5.2 juta murid sekolah rendah dan menengah turut diteruskan pada
2013. Manakala, nilai Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) telah ditingkatkan
daripada RM200 kepada RM250 telah memberi manfaat kepada 1.2 juta
pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Bagi terus membantu
meringankan beban perbelanjaan isi rumah, Kedai Rakyat 1Malaysia
(KR1M) yang menawarkan pelbagai produk dengan harga yang lebih rendah
berbanding pasaran, ditambah sebanyak 40 buah pada 2013 menjadi 125
buah KR1M keseluruhannya. Malah harga barangan KR1M adalah sama
antara Semenanjung and Malaysia Timur. Sejumlah 70 Klinik 1Malaysia
(K1M) telah dibuka dan beroperasi pada 2013 dan menjadikan jumlah
keseluruhan sebanyak 238 buah sejak tahun 2010. K1M telah memberikan
rawatan kepada 9.2 juta pesakit sejak pelaksanaannya. Program Menu
Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang turut menerima sambutan, mendapat
penambahan sebanyak 1,110 pengendali makanan pada 2013 menjadikan
jumlah keseluruhan peserta MR1M seluruh negara adalah sebanyak 4 ribu
kedai.
NKRA Mempertingkatkan Pembangunan Luar Bandar
NKRA yang dahulunya dikenali sebagai NKRA Meningkatkan Infrastruktur
Asas Luar Bandar ternyata telah berjaya memperkukuhkan kedudukan
kewangan terutamanya dan mempertingkatkan kehidupan penduduk luar
bandar secara keseluruhan. NKRA Pembangunan Luar Bandar yang beralih
daripada memfokus kepada penyediaan infrastruktur asas dalam GTP 1.0

102

Malaysia 2014

kepada program Kampung Abad ke-21 dalam GTP 2.0, telah mencapai
120 peratus sasaran pelaksanaan infrastruktur pada tahun 2013. Halangan
kekurangan peruntukan, kontraktor yang tidak cekap, kekurangan bekalan
bahan binaan dan isu-isu logistik berjaya ditangani secara berkesan.
Pencapaian NKRA - sebanyak 11,021 buah rumah luar bandar dibina dan
dibaik pulih; 31,004 isi rumah luar bandar disambungkan dengan bekalan
air bersih; 19,996 isi rumah luar bandar disambungkan dengan bekalan
elektrik; 1,241km jalan raya luar bandar diselenggarakan; Memajukan dan
menyelenggara ladang moden bersama kerajaan negeri di bawah Program
Rimbunan Kasih serta memperluaskan aktiviti ekonomi koperasi kampung
melibatkan 25 buah kampung; dan menggalakkan penyertaan lebih ramai
belia menerusi Pertandingan Pelan Perniagaan Luar Bandar.
NKRA Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar
Pada 2013 jumlah penumpang yang menggunakan pengangkutan awam
telah meningkat kepada 21 peratus pada waktu puncak pagi berbanding
17 peratus pada 2010. Usaha meningkatkan infrastruktur pengangkutan
dan menambahbaik perkhidmatan serta rangkaian pengangkutan awam
di bandar-bandar utama terutamanya di Lembah Klang telah mendorong
kejayaan tersebut. Pencapaian NKRA - peningkatan selang waktu
perjalanan bagi KTM Komuter daripada setiap 30-45 minit kepada 15
minit pada waktu puncak pagi; 58 buah perhentian bas utama di Lembah
Klang dilengkapi Paparan Maklumat Penumpang (PID) elektronik; Laluan
Aliran Deras (BRT) yang terpanjang menghubungkan Kuala Lumpur ke
Klang; Hentian Akhir Bandar (HAB) bas baharu di Pasar Seni Munshi
Abdullah untuk mengurangkan kesesakan di pusat bandar Kuala Lumpur;
Pelancaran Park n Ride di stesen Sg. Besi dan Bandar Tasik Selatan;
dan menyediakan perkhidmatan percuma GO-KL setiap hari - (18,000
penumpang menggunakan perkhidmatan tersebut).
NKRA Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan
Rendah (NKRA LIH)
Pencapaian NKRA LIH pada 2013 turut mencatat pencapaian melebihi
sasaran iaitu pada kadar 111 peratus. NKRA LIH dalam GTP 2.0 memberi
tumpuan untuk mengupaya ekonomi golongan miskin dan merangsang
faktor pemangkin ekonomi mereka. Program Akhiri Zaman Miskin atau
1AZAM yang menjadi inisiatif utama NKRA LIH terus diperkasa. Ke arah
itu, kerjasama dengan pihak korporat dan pertubuhan bukan kerajaan
dipergiat bagi mempercepat dan memperluas usaha membantu golongan
yang memerlukan. Tumpuan turut diberikan dalam menangani kemiskinan

Malaysia 2014

103

luar bandar di Sabah dan Sarawak termasuk Semenanjung Malaysia serta


kemiskinan bandar. Pencapaian dan inisiatif NKRA - Pelaksanaan Program
Bakul Makanan bagi masyarakat Penan; Menyediakan perkhidmatan
komuniti untuk 128 buah keluarga di Pitas; Peningkatan penyertaan baharu
dalam Program 1AZAM melibatkan 38,663 orang; Peserta 1AZAM sedia
ada yang berjaya meningkatkan pendapatan sebanyak RM300 bagi manamana tiga bulan seramai 18,249 orang; Melengkapkan pembangunan
wanita 1,000 orang usahawan wanita; Pembinaan rumah dan tempat tinggal
kepada golongan kurang berkemampuan menerusi kerjasama NGO dan
rakan-rakan korporat; dan meningkatkan peranan NGO dan rakan kongsi
korporat dalam mengurangkan kemiskinan dengan mempercepatkan
penyampaian bantuan kepada golongan berpendapatan rendah melalui
penglibatan 34 NGO.
NKRA Memastikan Pendidikan Berkualiti
Inisiatif NKRA Pendidikan di bawah GTP 2.0 melibatkan transformasi
seluruh rantaian sistem pendidikan. Perubahan secara menyeluruh ini telah
membawa pencapaian bermakna dalam meningkatkan sistem pendidikan
negara. Sehingga 2013, NKRA ini telah menempa kejayaan cemerlang
antaranya: 115 buah sekolah rendah dan menengah telah dianugerahkan
status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan sejumlah 16,102 (99.2%) murid
prasekolah awam telah melengkapkan penilaian kendiri Standard Kualiti
Prasekolah Kebangsaan menjelang Disember 2013. Antara pelaksanaan
inisiatif untuk meningkatkan kualiti pendidikan adalah dengan memperluas
capaian kepada pelajar Pendidikan Khas; Membangunkan kriteria baharu
untuk penganugerahan Tawaran Baharu bagi ganjaran pengetua dan guru
besar; dan merintis instrumen penilaian Piagam Baharu Guru kepada
410,000 orang guru di seluruh negara.
NKRA Mengurangkan Jenayah
Dalam GTP 2.0, NKRA Mengurangkan Jenayah mencatat pencapaian
cemerlang pada tahun 2013 dengan memberi fokus kepada jenayah pecah
rumah dan letusan keganasan senjata api di samping terus melaksanakan
inisiatif pencegahan jenayah teras demi mewujudkan negara Malaysia
yang lebih selamat. Inisiatif untuk mendapatkan lebih banyak sokongan
daripada orang ramai turut diteruskan seiring dengan usaha meningkatkan
kehadiran pegawai polis di jalanan menerusi program Omnipresence.
NKRA mengurangkan jenayah melibatkan inisiatif antaranya Pelancaran
Operasi Cantas Khas PDRM bagi menangani letusan jenayah senjata api;
Menubuhkan Unit Perhubungan Antarabangsa (ILU) di Ibu Pejabat Kuala
Lumpur; Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM bagi menangani

104

Malaysia 2014

masalah jenayah di kawasan perumahan; Membuat pindaan terhadap


Akta Pencegahan Jenayah 1959 untuk memberi kuasa yang lebih luas
kepada polis dalam menangani jenayah terancang, tegar dan ganas; dan
memperluaskan program pemulihan dengan membina 14 buah Rumah
Perantaraan bagi bekas banduan dan penagih dadah untuk mengurangkan
risiko ulang laku jenayah.
NKRA Membanteras Rasuh
Malaysia memperbaiki kedudukannya dalam skor Indeks Persepsi Rasuah
Transparency International pada tahun 2013 iaitu di kedudukan ke-53
berbanding kedudukan ke-54 pada 2012. Kejayaan NKRA Membanteras
Rasuah dalam tahun pertama GTP 2.0 ini meletakkan tekad untuk terus
mempertingkatkan integriti operasi perkhidmatan awam secara menyeluruh.
Pencapaian NKRA membanteras rasuah - memberi latihan integriti kepada
Ahli-ahli Parlimen; pembentukan 27 sekretariat pencegahan rasuah
di Maktab Perguruan; Sebanyak 50 kontrak rundingan terus kerajaan
dipaparkan secara talian dalam portal MyProcurement dan mempercepatkan
akses kepada Laporan Prestasi Ketua Audit Negara untuk meningkatkan
pengawasan dalam perbelanjaan kerajaan.
Transformasi Perkhidmatan Awam
Agenda Transformasi Nasional yang merangkumi Program Transformasi
Kerajaan, Ekonomi, Politik dan Sosial telah mencapai pelbagai kejayaan
cemerlang. Sehubungan itu, bagi mengekalkan daya saing, ketahanan dan
kemajuan Negara serta memberi kesejahteraan kepada rakyat, Perkhidmatan
Awam turut ditambah baik agar selari dengan perubahan dan mampu
mendepani cabaran mendatang. Transformasi Perkhidmatan Awam ke arah
pengukuhan infrastruktur sumber manusia telah diumumkan oleh Perdana
Menteri pada 11 Mac 2013. Pencapaian pada 2013 adalah:
Gred perkhidmatan pegawai ATM dan PDRM disetarakan dengan
Perkhidmatan Awam Am yang telah dapat dimanfaatkan oleh seramai
233,192 pegawai.
Seramai 1.4 juta penjawat awam mendapat faedah kenaikan gaji pada Julai
2013.
Seramai 182,434 penjawat awam di gaji maksimum telah menikmati faedah
tiga tambahan kenaikan gaji tahunan.
Pengurangan 507 perjawatan dengan penjimatan kos emolumen sebanyak
RM12.8 juta.
Penambahbaikan 81 skim perkhidmatan yang telah dapat dinikmati oleh
613,743 penjawat awam dari segi kenaikan gaji dan kemajuan karier bagi
memastikan kadar gaji minimum dan elaun penjawat awam selaras dengan
kos sara hidup semasa.
Malaysia 2014

105

Pemansuhan 38,051 perjawatan untuk keseluruhan sektor awam dengan


penjimatan emolumen sebanyak RM195 juta setahun melalui kaedah tukar
ganti (trade-off), redeployment dan melalui kerjasama strategik ke arah sektor
awam yang lebih kejat.
Sebanyak 66 agensi telah disusun dan distruktur semula bagi membolehkan
pendekatan kerja secara matriks.
Penggunaan kaedah lebih mesra pelanggan (advisory dan hand holding)
dalam urusan penstrukturan semula agensi sektor awam yang telah
memendekkan proses pertimbangan dan kelulusan permohonan perjawatan
daripada 120 hari kepada 30 hari.
Pengklasifikasian Pekeliling Perkhidmatan (PP) dan Surat Pekeliling
Perkhidmatan (SPP) kepada 50 PP dan 6 SPP mengikut 12 kluster seperti
elaun, gaji dan skim perkhidmatan bagi memudah cara urusan penjawat
awam.
Pewujudan talian hotline mengenai pertukaran dan penempatan penjawat
awam membolehkan pertanyaan dilayan dengan segera.
Pewujudan kolaborasi strategik peringkat antarabangsa menerusi 17 program
yang melibatkan 12 agensi tempatan/antarabangsa dan 611 peserta dari
lebih 15 negara.
Penubuhan Unit Integriti di lapan kementerian.
Transformasi Undang-undang
Transformasi undang-undang secara signifikan termasuk meminda undangundang sedia ada dan mendraf undang-undang baharu demi keselamatan
awam telah dilaksanakan bermula 2012 rentetan pemansuhan beberapa akta.
Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 adalah pindaan
kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959. Pindaan ini membenarkan
penahanan tanpa perbicaraan atas kepentingan ketenteraman dan keselamatan
awam atau pencegahan jenayah khususnya ketika jenayah berat semakin
berleluasa selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat
dimansuhkan. Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang ini pada 10
Oktober 2013 dan Akta ini berkuat kuasa mulai April 2014.
HUBUNGAN ANTARABANGSA DAN PENGIKTIRAFAN GLOBAL
Pengiktirafan global kepada Malaysia
Sejak lima tahun yang lalu, Malaysia terus-menerus memperbaiki kedudukannya
dalam indeks dan ranking dunia yang dikeluarkan oleh badan-badan
bertauliah peringkat tempatan, Asia mahupun antarabangsa. Kedudukan dan
pengiktirafan yang diperoleh mencerminkan kejayaan program transformasi
negara yang telah meyakinkan pihak pelabur.
Malaysia menduduki tangga ke-19 dalam kalangan 20 Negara Paling Mesra

106

Malaysia 2014

Perniagaan di Dunia dalam Business Environment Ranking and Index 2014


yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit.
Malaysia menduduki tangga ke-12 sebagai Negara Paling Berdaya Saing di
Dunia dalam World Competitiveness Ranking 2014 yang dikeluarkan oleh
IMD World Competitiveness Centre, Switzerland.
Malaysia turut termasuk dalam lima negara ASEAN yang mengalami
pertumbuhan paling pesat pada 2014 berdasarkan laporan RHB Research
Institute.
Malaysia menduduki tempat ke-2 dalam kalangan 26 Negara Sumber dan
Ekonomi Berdaya Maju di Dunia dengan mengekalkan penguasaan berada
di dalam kelompok tiga negara terbaik. Laporan berdasarkan Connectivity
Scorecard 2013 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum.
Malaysia menduduki tangga ke-2 sebagai Negara yang Paling Dinamik di
ASEAN dengan skor 59.5 selepas Singapura (skor 61.9) berdasarkan Grant
Thornton Global Dynamism Index (GDI) 2013.
Malaysia menduduki tangga ke-4 sebagai destinasi pelaburan dalam
kalangan 18 negara di Asia berdasarkan Asia Business Outlook Survey 2013
yang dikeluarkan oleh Economist Corporate Network.
Malaysia memperbaiki kedudukannya daripada kedudukan ke-12 (2013)
kepada kedudukan ke-6 dalam Ease of Doing Business Report 2014 yang
dikeluarkan oleh Bank Dunia.
Malaysia berada pada kedudukan ke-15 dalam Indeks Keyakinan Pelaburan
Langsung Asing (FDICI) 2014 dikeluarkan oleh A.T. Kearney, Amerika
Syarikat, naik 10 anak tangga berbanding tempat ke-25 pada 2013.
Kunjungan rasmi pemimpin asing
Negara-negara asing terus menjalin hubungan erat dengan Malaysia melalui
kunjungan rasmi pemimpin dan ketua negaranya. Antara lawatan bersejarah
yang membawa kepada pengukuhan hubungan dua hala adalah lawatan rasmi
Shinzo Abe, Perdana Menteri Jepun pada 25-26 Julai 2013. Selain meraikan
sambutan ulang tahun ke-50 hubungan Malaysia-Jepun, lawatan Abe turut
bertujuan memperbaharui Dasar Pandang Ke Timur Malaysia di samping
mendalamkan hubungan dua hala demi kepentingan bersama. Pada 28-29
Julai 2013 pula, Perdana Menteri Perancis Jean-Marc Ayrault melakukan
lawatan rasmi bagi menjalinkan kembali hubungan Malaysia-Perancis yang kali
terakhir dilawati secara rasmi oleh Perdana Menterinya pada 1982.
Sementara itu, Presiden Afrika Selatan Jacob Gedleyihlekisa Zuma bersama
isteri, Nompumelelo Ntuli-Zuma mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia
selama tiga hari bermula 26 Ogos 2013. Ia merupakan lawatan pertama
setelah beliau dilantik sebagai Presiden. Dalam rangka lawatan tersebut, selain
bertujuan mempertingkat hubungan dua hala, Presiden Zuma turut diberi

Malaysia 2014

107

anugerah Doktor Kehormat Kepimpinan Kemanusiaan daripada Universiti


LimKokWing. Di samping itu, beliau menerima Lifetime Campaigner for Global
Peace Award bagi pihak bekas Presiden Nelson Mandela daripada Yayasan
Keamanan Global Mahathir.
Lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada 26-28 April 2014
merupakan lawatan Presiden Amerika Syarikat yang pertama dalam tempoh 48
tahun selepas kunjungan terakhir oleh Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.
Lawatan ini bukan hanya membuka lembaran hubungan yang lebih akrab malah
ia mencerminkan pengiktirafan negara besar kepada Malaysia sebagai sebuah
negara Islam yang maju di dokong pendekatan pentadbiran yang progresif dan
demokratik. Antara pemimpin dan ketua negara lain yang melawat Malaysia
termasuklah Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra pada 28 Februari
2013; Raja Muda dan juga Timbalan Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman
bin Hamad Al-Khalifa pada 22 24 Mac 2013; Presiden Filipina, Benigno S.
Aquino III pada 27 - 28 Februari 2014; Perdana Menteri Republik Demokratik
Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao pada 31 Mac - 2 April 2014; Perdana
Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada 7 April 2014 dan Presiden Tajikistan,
Emomali Sharipovich Rahmon pada 22 25 Jun 2014.
Lawatan rasmi dan lawatan kerja ke luar negara
Para pemimpin negara melakukan lawatan rasmi dan lawatan kerja keluar
negara bagi terus mengerat dan mengembangkan hubungan di peringkat
antarabangsa. Antara lawatan yang bersejarah bagi tahun 2014 adalah lawatan
Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Republik Rakyat
China bagi meraikan hubungan 40 tahun kedua-dua Negara. Mengetuai
delegasi terbesar dari Malaysia iaitu seramai 300 pegawai, Perdana Menteri
memilih tarikh 31 Mei 2014 untuk bertemu dengan para pemimpin China di
Great Hall of the People iaitu tempat di mana bapanya (Tun Abdul Razak)
berada 40 tahun lalu.
Kerajaan China telah meminjamkan sepasang beruang panda ke Malaysia
sebagai simbolik meraikan hubungan ke-40 tahun kedua-dua negara. Dalam
lawatan tersebut Perdana Menteri turut menyampaikan duit syiling peringatan
bersempena dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke40 keluaran Bank Negara Malaysia kepada rakan sejawatnya TYT Li Keqiang,
Perdana Menteri China.
Perdana Menteri turut melakukan lawatan kerja ke Perth, Australia pada
2-3 April 2014 bagi melawat Pusat Koordinasi Kerjasama Agensi (JACC) di
Pangkalan Tentera Udara Pearce. Perdana Menteri mendapat perkembangan
terkini mengenai operasi pencarian antarabangsa ke atas kehilangan pesawat

108

Malaysia 2014

Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama
melakukan kenyataan bersama selepas rundingan dua hala pada 27 April 2014 di Putrajaya

Penerbangan Malaysia MH370 di Lautan Hindi. Beliau turut menyampaikan


penghargaan secara peribadi kepada Kerajaan Australia yang mengetuai
operasi tersebut dan semua anggota yang terlibat termasuk dari Malaysia.
Sehingga Jun 2014, Perdana Menteri turut melakukan lawatan kerja dan
lawatan rasmi antaranya ke Filipina pada 27 Mac 2014, Viet Nam pada 3-5
April 2014, Republik Turki pada 16-17 April 2014, Emiriah Arab Bersatu pada
17-19 Mei 2014 dan Turkmenistan pada 9-10 Jun 2014.
Sidang Kemuncak/Persidangan/Forum
Sidang Kemuncak Ketiga Mengenai Keselamatan Nuklear
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin mengetuai delegasi
Malaysia ke persidangan yang diadakan pada 24-25 Mac 2014 di The Hague,
Belanda. Di persidangan ini, Malaysia terus menyatakan komitmen berterusan
dalam usaha mencegah keganasan nuklear serta mempertingkat langkahlangkah keselamatan nuklear.
Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun ke-40
Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN berhimpun di Geihinkan State Guest
House, Akasaka Palace, Jepun pada 14 Disember 2013 bagi menghadiri
sidang kemuncak bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan Dialog
ASEAN-Jepun.

Malaysia 2014

109

Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengetuai delegasi
terdiri daripada para Menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Dalam
siri lawatan bermula 12 hingga 15 Disember 2013 itu, Perdana Menteri
turut merasmikan Persidangan Bersama Persatuan Ekonomi MalaysiaJepun (MAJECA) Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (JAMECA) Ke-32.
Bersempena itu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan berasingan
dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tujuh syarikat Jepun yang melabur di
Malaysia iaitu Nikkei Inc, Sumitomo Corp, Sekisui Chemical, Mitsui Co. Limited,
Kawasaki Heavy Industry Limited, Toshiba Corp dan Tokuyama Group semasa
siri lawatan tersebut.
Dialog Perkongsian Pintar Global
Dar Es Salaam, Republik Bersatu Tanzania menjadi tuan rumah kepada
dialog yang bertemakan Memanfaatkan Teknologi Untuk Mentransformasi
Sosioekonomi Afrika pada 28 Jun hingga 1 Julai 2013. Dialog ini merupakan
platform perkongsian pintar berkaitan sains, teknologi dan inovasi pelbagai
pihak termasuk ketua-ketua Kerajaan, syarikat, ahli akademik dan juga pelajar
untuk membawa transformasi di Afrika. Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib
Tun Abdul Razak mengetuai lebih 100 anggota delegasi Malaysia, termasuk
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Ketua Setiausaha
Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad ke dialog tersebut.
Forum Ekonomi Dunia
Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) berlangsung pada
23-26 Januari 2013 di Davos, Switzerland. Penyertaan Malaysia secara besarbesaran pada tahun tersebut berjaya memasarkan Malaysia di mata pemain
industri utama dunia. Malam Malaysia, iaitu kemuncak penyertaan negara di
WEF telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih
1,000 orang, melebihi jangkaan 400 orang termasuk Timbalan Perdana Menteri
Turki, Ali Babacan; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Thailand,
Kittiratt Na-Ranong; dan beberapa ketua-ketua eksekutif, dan penggubal
keputusan di organisasi masing-masing. Perdana Menteri mengetuai delegasi
Malaysia disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri
Mustapa Mohamed; Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan
Pelaksanaan, Dato Sri Idris Jala; dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,
Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili (ketika itu).
Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 Mengenai Masa Depan Asia
Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak diberi pengiktirafan
memberi ucaptama dalam persidangan peringkat antarabangsa yang berprestij

110

Malaysia 2014

ini pada 22 Mei 2014 di Tokyo, Jepun. Persidangan yang berlangsung selama
dua hari bertemakan Kebangkitan Asia, Mesej-mesej untuk 20 Tahun Akan
Datang. Sebelum itu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dua hala
dengan rakan sejawatannya Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bagi
memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan komitmen kedua-dua buah
negara terutama dalam bidang ekonomi dan pelaburan yang telah terjalin
sekian lama.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-22 dan ke-23
Brunei Darussalam mempengerusikan ASEAN bagi tahun 2013 dan menjadi
tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-22 dan ke-23. Tema Rakyat
Kita, Masa Depan Kita Bersama dipilih untuk menekankan pentingnya peranan
awam dalam merealisasikan aspirasi Komuniti ASEAN 2015. Sidang Kemuncak
ASEAN ke-22 berlangsung pada 24-25 April 2013. Delegasi Malaysia diketuai
oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang sebagai Wakil
Khas Perdana Menteri kerana Malaysia di ambang Pilihan Raya Umum ke-13
ketika itu. Sementara itu, Sidang Kemuncak ASEAN ke-23 yang berlangsung
pada 8-10 Oktober 2013 di Bandar Seri Begawan, telah dihadiri oleh Perdana
Menteri mengetuai delegasi Malaysia. Para Pemimpin ASEAN memperakukan
beberapa dokumen penting semasa Sidang Kemuncak tersebut termasuk
kenyataan Bandar Seri Begawan Mengenai Wawasan ASEAN Pasca 2015
yang merupakan inisiatif Malaysia. Dokumen ini merupakan langkah pertama
ke arah usaha untuk merealisasikan Wawasan Pasca 2015. Presiden Barack
Obama tidak dapat menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat
seperti yang dijadualkan dan Amerika Syarikat diwakili oleh Setiausaha Negara
John Kerry.
Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2013
APEC 2013 berlangsung di Nusa Dua, Bali, Indonesia pada 1-8 Oktober
2013. Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengetuai
delegasi Malaysia ke sidang kemuncak yang turut dihadiri beberapa pemimpin
negara anggota APEC seperti Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri
Kanada, Stephen Harper. Amerika Syarikat pula diwakili Setiausaha Negara
Amerika Syarikat, John Kerry yang mewakili Presiden Barack Obama yang
terpaksa membatalkan kehadirannya berikutan krisis operasi pentadbiran
negara. APEC 2013 berakhir dengan para pemimpin bersetuju terhadap tujuh
perkara strategik, termasuk meningkatkan perdagangan antara anggota APEC
atau sesama rantau melalui kemudahan perdagangan, pembinaan kapasiti dan
adanya sistem perdagangan pelbagai hala.

Malaysia 2014

111

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
Pilihan Raya Kecil
Beberapa siri pilihan raya kecil telah diadakan melibatkan kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) dan juga kerusi Parlimen selepas Pilihan Raya Umum
ke-13 pada Mei 2013.

Calon Barisan Nasional, Dato Mah Siew Keong diberi ucapan tahniah setelah memenangi
Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Perak yang diadakan pada 31 Mei 2014

Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, Terengganu telah diadakan pada 24
Julai 2013 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri, Allahyarham
Dr. Haji A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun 2013. Keputusan memihak
kepada calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan dengan mendapat 8,288
undian berbanding calon PAS, Che Long dengan 5,696 undian.
Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Kedah diadakan pada 4 November
2013 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri, Allahyarham Tan
Sri Azizan Abd. Razak (bekas Menteri Besar Kedah) pada 26 September
2013. Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengekalkan kerusi PAS
dengan 12,069 undian, manakala pesaingnya, Dr. Haji Sohaimi Lazim,
calon BN mendapat 10,985 undian.
Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Selangor diadakan pada 23 Mac 2014
berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri, Lee Chin Cheh.
Calon PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi DUN Kajang
dengan mendapat 16,741 undian, manakala calon Barisan Nasional, Datin
Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undian.
Pilihan Raya Kecil DUN Balingian, Sarawak diadakan pada 29 Mac 2014

112

Malaysia 2014

kerana pengosongan kerusi DUN Balingian oleh Pehin Sri Haji Abdul Taib
Mahmud (bekas Ketua Menteri Sarawak) pada 28 Februari 2014. Keputusan
memihak kepada calon Barisan Nasional, Yussibnosh Balo dengan 8,194
undian, manakala calon PKR, Abdul Jalil Bujang mendapat 1,283 undian.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang diadakan pada 25
Mei 2014 berikutan kematian Ahli Parlimen, mendiang Karpal Singh pada
17 April 2014. Pertandingan empat penjuru dimenangi oleh calon DAP,
Ramkarpal Singh dengan 41,242 undian. Calon PCM, Huan Cheng Guan
mendapat 3,583 undian, manakala calon bebas, Mohamed Nabi mendapat
799 undian dan Abu Backer Sidek mendapat 225 undian.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Perak diadakan pada 31 Mei 2014
berikutan kematian Ahli Parlimen, mendiang Seah Leong Peng pada 1 Mei
2014. Pertandingan sengit ini dimenangi calon Barisan Nasional, Dato Mah
Siew Keong dengan 20,157 undian manakala, calon DAP, Dyana Sofya
Mohd Daud mendapat 19,919 undian.
Kemangkatan Sultan Perak
Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff
Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah mangkat pada 28 Mei 2014 pada usia 86
tahun di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Jenazah Almarhum Sultan
Azlan disemayamkan di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk
penghormatan terakhir sebelum dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar
keesokannya. Baginda yang memerintah Perak selama 30 tahun dan seorang
Sultan yang dihormati, meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun
serta seorang putera dan tiga orang puteri. Negeri Perak berkabung selama
100 hari bermula hari kemangkatan baginda dan bendera negeri dikibarkan
separuh tiang sepanjang tempoh tersebut manakala bendera Malaysia pula
dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari.

Istiadat Pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah


sebagai Sultan Perak ke-35 pada 29 Mei 2014 di Balairong Seri Istana
Iskandariah, Kuala Kangsar berikutan kemangkatan ayahanda baginda,
Almarhum Sultan Azlan Shah

Malaysia 2014

113

Istiadat Pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Perak ke-35


Istiadat Pelantikan dan Pengisytiharan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai
Sultan Perak ke-35 berlangsung pada 29 Mei 2014 di Balairong Seri Istana
Iskandariah, Kuala Kangsar berikutan kemangkatan ayahanda baginda pada
hari sebelumnya. Istiadat yang masih diselubungi kesedihan diadakan sebelum
istiadat pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah. Keputusan melantik Sultan
Nazrin sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan
Negara Perak yang berlangsung pada 28 Mei 2014 dan dipengerusikan oleh
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen. (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin.
Sultan Nazrin, putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ditabal sebagai Raja
Muda Perak pada 19 April 1987.
Pelantikan Yang Di-pertua Negeri Sarawak Ketujuh
Bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menerima
watikah pelantikan Yang Di-pertua Sarawak daripada Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada 28 Februari 2014 di Istana Negara,
Jalan Duta, Kuala Lumpur. Beliau dilantik sebagai Yang Di-pertua Sarawak
Ketujuh mengantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Upacara Mengangkat Sumpah telah diadakan pada 1 Mac 2014 di hadapan
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum di Dewan Lapau,
Dewan Undangan Negeri Sarawak. Tun Pehin telah memegang jawatan sebagai
Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun.
Perasmian Kompleks Konservasi Panda dan Ketibaan Panda Gergasi
Majlis Perasmian Kompleks Konservasi Panda Gergasi di Zoo Negara diadakan
pada 25 Jun 2014. Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri Dato Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak menamakan pasangan panda gergasi iaitu Fu Wa
(jantan) dan Feng Yi (betina) yang menjadi ikon hubungan ulang tahun ke-40
antara Malaysia dengan China sebagai Xing Xing dan Liang Liang.

Perdana Menteri menyempurnakan Majlis


Perasmian Kompleks Konservasi Panda
Gergasi di Zoo Negara pada 25 Jun 2014

114

Malaysia 2014

Kedua-dua nama tersebut dipilih daripada lebih 2,000 nama yang dicadangkan
hasil Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda anjuran Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar. Malaysia adalah antara 14 negara bertuah
di dunia yang dipinjamkan panda gergasi selama 10 tahun dari China.
Projek Konservasi Panda Gergasi China memberi peluang kepada Malaysia
menjalankan penyelidikan mengenai konservasi Panda Gergasi dan
meningkatkan kepakaran tempatan melalui technology transfer terutamanya
dalam pembiakan artifical insemination, kajian genetik dan kajian perilaku
Panda Gergasi. Selain itu, ia dapat meningkatkan kesedaran orang awam
mengenai usaha konservasi spesies yang terancam serta menanam perasaan
menghargai biodiversiti negara. Pasangan Panda Gergasi yang tiba di Malaysia
pada 21 Mei 2014 kini menjadi daya tarikan baharu di Zoo Negara.
Tragedi kehilangan pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
MH370
Tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 masih menjadi misteri sejak ia
didapati hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014, sejam setelah
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41
tengah malam. Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal
dalam penerbangan ke Beijing, China sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30
pagi hari yang sama. Gerakan mencari yang membabitkan pelbagai negara
dikerah untuk menjejaki pesawat Boeing 777-200 itu, pada mulanya di Laut
China Selatan dan kemudian beralih ke Selatan Lautan Hindi apabila maklumat
setelit menunjukkan MH370 telah melencong dari laluan asal. Perdana Menteri,
Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pada 24 Mac 2014
bahawa Penerbangan MH370 dipercayai telah berakhir di selatan Lautan
Hindi. Sehingga 9 April 2014, sebanyak 26 negara terlibat dalam operasi
mencari MH370 terdiri daripada 82 pesawat dan 84 kapal laut diketuai oleh
Australia.
Antara Sidang Media mengenai tragedi
kehilangan pesawat MAS MH370

Malaysia 2014

115

116

Malaysia 2014

Bab 5

EKONOMI
MALAYSIA

Pembentangan Laporan
GTP dan ETP 2013

Malaysia 2014

117

BAJET 2014
Bajet 2014 memberi tumpuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi terus
berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat
keseluruhannya untuk memakmurkan negara dan menyejahterakan rakyat.
Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan Malaysia membentangkan bajet yang bertema Memperteguh
Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji pada 25
Oktober 2013 di Dewan Rakyat. Peruntukan keseluruhan Bajet 2014 sebanyak
RM264.2 bilion dengan pembahagian perbelanjaan mengurus sebanyak
RM217.7 bilion manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Teras Pertama: Merancak aktiviti ekonomi
Pelaburan awam yang dianggar mencecah RM106 bilion dan pelaburan
swasta dianggar sebanyak RM189 bilion dijangka akan mempergiatkan aktiviti
ekonomi. Kerajaan akan terus menyediakan persekitaran yang mesra dan
kondusif kepada perniagaan untuk melonjakkan lagi pelaburan domestik dan
asing.
Koridor Ekonomi - Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi
pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.
Logistik Kerajaan melalui Bank Pembangunan Malaysia memperuntukkan
RM3 bilion sebagai Dana Pembangunan Maritim secara pinjaman mudah
untuk menggalakkan pengembangan industri perkapalan dan industri
berkaitan maritim.
Industri Penerbangan RM700 juta diperuntukkan untuk membina pusat
pengurusan trafik udara baharu di KLIA. RM312 juta untuk menaik taraf
lapangan terbang Kota Kinabalu, Sandakan, Sibu, Miri, Mukah, Langkawi
dan Kuantan.
Pelancongan RM1.2 bilion untuk aktiviti promosi dan pengiklanan
sepanjang 2013 dan 2014.
Akses Internet RM1.6 bilion meningkatkan kelajuan dan liputan Internet
di seluruh negara. RM1.5 bilion untuk menambah seribu pemancar di luar
bandar seluruh negara dalam tempoh tiga tahun.
Menggalakkan skim persaraan Sumbangan Kerajaan ditingkatkan
daripada 5 peratus (RM60) kepada 10 peratus (RM120) setahun untuk
setiap pencarum.
Rantaian pertanian RM6 bilion diperuntukkan untuk program pertanian
bernilai tinggi. Peruntukan subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4
bilion diteruskan.
Pembangunan usahawan Menubuhkan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global
Malaysia dengan peruntukan operasi awalan sebanyak RM50 juta. Tabung
Usahawan Siswazah sebanyak RM50 juta dalam bentuk pinjaman mudah
kepada siswazah yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

118

Malaysia 2014

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Peruntukan RM120 juta untuk


meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS. Kemudahan pinjaman mudah
sehingga RM30 ribu kepada peniaga pasar malam menambah modal
melalui Bank Simpanan Nasional.
Teras Kedua: Mengukuh Pengurusan Fiskal
Pengurusan fiskal negara melibatkan langkah mempercekap penyampaian
perkhidmatan awam menerusi Transformasi Perkhidmatan Awam.
Mengambil tindakan tegas ke atas ketidakpatuhan prosedur kewangan
seperti Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Pengurusan Belanjawan ditambah baik Peruntukan berdasarkan
outcome.
Jawatankuasa Dasar Fiskal Negara ditubuh Berperanan untuk
mengurangkan kadar fiskal negara secara berperingkat sehingga mencapai
belanjawan berimbang pada 2020.
Rasionalisasi subsidi Pengurangan subsidi secara berperingkat dan
pemberian subsidi bersasar akan dilakukan.
Cukai Barang dan Perkhidmatan Sistem percukaian yang lebih sistematik
dan telus ini akan dikuatkuasakan pada 1 April 2015 bagi menggantikan
cukai jualan dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.
Teras Ketiga: Mengunggul Modal Insan
Kerajaan sentiasa memberi penekanan untuk membangun dan mempersiapkan
modal insan yang holistik iaitu berintelek tinggi, berkemahiran, sentiasa berdaya
kreatif dan inovatif, mempunyai rohani yang murni dan jasmani yang mantap.
Meningkat kecemerlangan pendidikan Sektor pendidikan mendapat
peruntukan terbesar iaitu RM54.6 bilion, antaranya untuk menambah 93
lagi prasekolah; memperkasa guru; memperluas akses Internet ke sekolah;
membina 33 sekolah baru dan menaik taraf sekolah usang.
Pengajian tinggi Memperkasa universiti bertaraf penyelidikan ke tahap yang
lebih tinggi dengan menggalakkan penulisan ilmiah bertaraf dunia. Geran
RM600 juta untuk menggalakkan penyelidikan dan program MyBrain15
diteruskan sebagai galakkan kepada eksekutif muda sektor swasta untuk
mendapat pendidikan tertinggi.
Latihan kemahiran Peruntukan RM400 juta kepada syarikat berdaftar
memberi latihan upskilling dan reskilling dan melatih pekerja baru.
Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah dan Baucar Buku
1Malaysia sebanyak RM250 kepada penuntut IPT awam dan swasta terus
diberikan bagi meringankan beban perbelanjaan pendidikan.

Malaysia 2014

119

Teras Keempat: Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar


Pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar bukan sahaja dapat
memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk malah sebagai
pemangkin mempergiatkan aktiviti ekonomi.
Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) - Sebanyak 56 inisiatif NBOS telah
dilaksanakan. Peruntukan RM278 juta untuk menambah lima lagi Pusat
Transformasi Bandar (UTC), tiga lagi Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
serta menambah bilangan bas untuk Mobile CTC iaitu Pusat Transformasi
Komuniti Bergerak.
Menambah baik jaringan pengangkutan awam dan mempercekap
perkhidmatan pengangkutan merangkumi perkhidmatan kereta api, bas,
teksi, komuter dan kapal terbang.
Kesejahteraan bandar Peruntukan RM1.2 bilion menaik taraf empangan
serta loji rawatan air agar kadar liputan pembekalan air terawat mencapai
100 peratus di Lembah Kelang.
Pembangunan luar bandar RM4.1 bilion untuk program pembangunan
luar bandar dan pembangunan infrastruktur terutamanya di Sabah dan
Sarawak. Pembangunan meliputi meluaskan kemudahan elektrik, jaringan
lebuh raya, bekalan air bersih, pembinaan rumah mampu milik dan program
kemajuan Orang Asli.
Teras Kelima: Mensejahtera Kehidupan Rakyat
Kehidupan rakyat yang berkualiti, aman dan sejahtera mencerminkan
kemakmuran sesebuah negara. Berteraskan prinsip ini penekanan diberikan
dalam meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam pelbagai segi.
Keselamatan awam ditingkatkan dan pertahanan negara dikukuhkan
dengan peruntukan RM8.8 bilion kepada Polis dan RM13.2 bilion kepada
tentera.
Memberi tumpuan memulihara alam sekitar dan pengurusan sumber melalui
galakan menggunakan peralatan kemudahan yang mesra alam terutama
oleh agensi kerajaan.
Meningkatkan perkhidmatan kesihatan - Sebanyak 50 buah Klinik 1Malaysia
(K1M) akan ditambah menjadikan semuanya 234 K1M di seluruh negara.
Kualiti rawatan ditingkatkan dengan tambahan jururawat sebanyak 6,800
serta RM3.3 bilion untuk bekalan ubat dan alatan rawatan.
Memperkasa peranan wanita, golongan kurang upaya serta karyawan
melalui pelbagai program pembangunan dan bantuan.
Bidang sukan turut mendapat perhatian dengan peruntukan RM150 juta
kepada Kumpulan Wang Amanah Sukan untuk memajukan pencapaian
sukan negara dan menjaga kebajikan atlet.
Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dilaksanakan bagi
meningkatkan penguasaan ekonomi bumiputera agar kekayaan negara
dapat dinikmati mengikut kaum secara seimbang.

120

Malaysia 2014

Perdana Menteri
Dato Sri Mohd Najib
Tun Abdul Razak dan
Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Dato
Muhyiddin Yassin
menunjukkan laporan
Bajet 2014 selepas
pembentangannya di
Dewan Rakyat pada 25
Oktober 2013

Memperbanyakkan rumah selesa dan mampu milik serta meningkatkan


keupayaan membeli rumah pertama di bandar dan luar bandar.
Program penyeragaman harga barangan bagi mengurangkan kos sara
hidup akibat kenaikan harga barang.
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan dan nilai bantuan
dipertingkatkan. Isi rumah berpendapatan RM3 ribu ke bawah mendapat
bantuan tunai RM650 dan RM50 sijil insurans berkelompok Takaful
(i-BR1M). Bantuan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan RM3
RM4 ribu sebanyak RM450 tunai dan i-BR1M sebanyak RM50. Golongan
bujang berumur 21 ke atas berpendapatan tidak lebih RM2 ribu sebulan
mendapat bantuan tunai sebanyak RM300.
Penjawat awam menikmati setengah bulan bonus dengan bayaran minimum
RM500, manakala pesara kerajaan mendapat bayaran khas RM250.
AGENDA PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA
Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah suatu inisiatif bagi
membolehkan kekayaan negara diagih dan dinikmati secara seimbang oleh
semua kaum. Ia juga bermatlamat untuk merapatkan jurang pendapatan yang
berbeza mengikut kaum di negara ini. Perdana Menteri semasa melancarkan
agenda tersebut menyatakan bahawa Bumiputera yang membentuk 60 peratus
daripada komposisi penduduk negara masih ketinggalan dari segi penguasaan
ekonomi walaupun terdapat peningkatan ketara dalam pendapatan isi rumah
dan penurunan kadar kemiskinan bumiputera sejak lima dekad lalu. Majlis
pelancarannya diadakan pada 14 September 2013 di Universiti Teknologi
MARA, Shah Alam, Selangor.
Fokus pertama: Mendaya Modal Insan Bumiputera
Memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran.
Mempergiatkan program latihan semula (reskilling).
Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan
dan Program Peneraju Skil.
Memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Jabatan
Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.

Malaysia 2014

121

Memperluaskan Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju


Pendidikan Bumiputera (YPPB).
Fokus kedua: Memantapkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera dalam Sektor
Korporat
Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan
pelaburan 10 bilion unit saham.
Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui
Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).
Fokus ketiga: Memperkukuhkan Pemilikan Aset Bukan Kewangan
Bumiputera
Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia.
Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan
Hartanah Bhd (AHB), Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan
Nasional Bhd bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan
industri.
Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada bumiputera
melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat
Perumahan Negara Bhd (SPNB) dengan kerajaan negeri.
Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pembangunan
hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah bumiputera.
Fokus keempat: Memperhebatkan Keusahawanan dan Perniagaan
Bumiputera
Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan bumiputera
seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.
Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak
RM300 juta.
Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak
RM700 juta.
Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program
Pembangunan Vendor (VDP).
Memastikan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan
tempoh bayar balik pinjaman bank.
Melonjakkan program VDP di bawah Petronas, Tenaga Nasional Bhd (TNB),
Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM).
Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan bumiputera
sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).
Program VDP Petronas RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk
bumiputera.
GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) menerajui usaha

122

Malaysia 2014

mewujudkan konsortium syarikat bumiputera dalam sektor rangkaian


pembekalan.
Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan kerajaan secara
terpilih.
Memperluaskan dasar carve-out untuk projek-projek besar di bawah
kementerian, GLC dan GLIC. (Dasar carve-out berjaya dilakukan dalam
projek MRT di mana sebanyak 47 peratus atau RM9 bilion dianugerahkan
kepada syarikat bumiputera terpilih secara meritokrasi).
Membina satu komuniti baru entrepreneur bumiputera.
Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).

Fokus kelima: Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan


Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap,
komprehensif dan konstruktif.
Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.
Meningkatkan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada
250,000 menjelang 2020.
Menubuhkan beberapa buah kampus baru UiTM.
Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.
Membestarikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).
Meletakkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan SUPERB di
bawah TERAJU.
Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) menggantikan Majlis
Tindakan Agenda Bumiputera.

Malaysia 2014

123

LAPORAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) 2013


Berdasarkan pembentangan laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP)
bagi tahun 2013 menggambarkan bahawa Malaysia akan mencapai status
negara maju lebih awal daripada tahun 2020. Perdana Menteri, Dato Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak semasa membentangkan laporan ETP/GTP pada 12
Mei 2014 di Angkasapuri, Kuala Lumpur berkata bahawa kepesatan dalam
sektor swasta berjaya melonjakkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) Per Kapita
kepada AS$10,060 (RM32,544.91) pada tahun 2013 daripada AS$7,059
(RM22,800.57) pada 2009. Lonjakan dalam PNK ini hasil keberkesanan
inisiatif-inisiatif ETP iaitu 12 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA) dan
enam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).
10 petunjuk kejayaan ETP
1. NKEA dan SRI kekal fokus

Sejak ETP dilancarkan pada 2010, NKEA telah menarik sebanyak 196
projek dengan jumlah pelaburan bernilai RM219.3 bilion. Diunjurkan jumlah
ini menyumbang RM144 bilion kepada PNK dan mewujudkan 437,816
peluang pekerjaan baharu. Sepanjang 2010-2013, faktor-faktor dalam
NKEA telah menghasilkan sejumlah 1.3 juta peluang pekerjaan tambahan.
2. Pertumbuhan berterusan dalam PNK

PNK per kapita semakin meningkat daripada AS$7,059 pada tahun 2009
kepada AS$10,060 pada tahun 2013, iaitu pertumbuhan 42.5 peratus
dalam tempoh tiga tahun.
3. KDNK berkembang pada kadar kukuh

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dengan KDNK negara meningkat
4.7 peratus pada tahun 2013 sekalipun dalam ketidaktentuan ekonomi
global. Ia dipacu terutamanya oleh aktiviti sektor swasta.
4. Perolehan Kerajaan kian meningkat
Sejak tahun 2010, perolehan Kerajaan telah meningkat 38.1 peratus
kepada RM220.4 bilion. Peningkatan ini bagi melaksanakan prakarsa yang
besar untuk beralih kepada struktur perolehan yang bersesuaian dengan
ekonomi berpendapatan tinggi.
5. Defisit fiskal kian berkurangan

Seiring dengan peningkatan perolehan Kerajaan, defisit fiskal turut
mencatat pengurangan yang memberangsangkan. Kadar peratusan
fiskal berkurangan kepada 4 peratus pada tahun 2013 berbanding 6.6

124

Malaysia 2014

peratus pada 2009. Situasi ini membolehkan negara mencapai sasaran


pengurangan defisit fiskal kepada 3 peratus pada 2015 dan mencapai
bajet seimbang menjelang tahun 2020.
6. Penggunaan awam yang utuh

Peningkatan keyakinan pengguna terhadap dasar pembaharuan negara
telah membawa kepada kenaikan sebanyak 7.6 peratus dalam penggunaan
swasta pada 2013 berbanding 6.9 peratus pada 2010. Ia menjadikan
penggunaan swasta dalam negeri kini mencakupi 51.2 peratus KDNK.
7. Aktiviti pasaran modal yang berdaya maju

FTSE-KLCI mencatat paras tertinggi dalam sejarah sebanyak 66 kali sejak
tiga tahun lalu, sekali gus membuktikan kedinamikan aktiviti pasaran
modal negara dan keyakinan pelabur yang kukuh dalam pasaran saham
Malaysia. Pada tahun 2013, pasaran saham mencapai paras tertinggi
pada 1,873 mata.
8. Pertumbuhan pelaburan yang kukuh

Pelaburan swasta pada 2013 mencecah RM161.12 bilion telah melebihi
8.6 peratus daripada sasaran awal iaitu sebanyak RM148.4 bilion. Ia
melibatkan kenaikan kukuh pelaburan swasta sebanyak tiga kali ganda
kepada 15.3 peratus bagi tempoh antara 2010 dan 2013, berbanding
dengan 4.7 peratus antara 2008 dan 2010.
9. Pengiktirafan global

Malaysia terus memperoleh pengiktirafan daripada agensi-agensi bebas
global. Pengiktirafan berada di kedudukan ke-6 (2014) dan ke-8 (2013)
dalam Indeks Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia menunjukkan
bagaimana landskap perniagaan ditambah baik dengan hebatnya sejak
ETP dilaksanakan. Malaysia menduduki tangga ke-18 pada 2012, tangga
ke-21 pada 2011 dan tangga ke-23 pada 2010.
10. Keberhasilan KPI yang memberangsangkan

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ETP bagi 2013 secara keseluruhan


bagi NKEA menepati sasaran dengan purata pencapaian 102 peratus
sementara SRI mencatat pencapaian KPI 95 peratus.

Malaysia 2014

125

LAPORAN TAHUNAN BANK NEGARA MALAYSIA 2013


Pada tahun 2013, ekonomi global berkembang pada kadar sederhana dalam
keadaan pertumbuhan yang tidak sekata merentas ekonomi. Dalam ekonomi
maju, pertumbuhan bertambah baik secara beransur-ansur.Walau bagaimanapun,
kadar pemulihan adalah agak sederhana dengan ketidakpastian dasar dan
halangan struktur yang terus menjejaskan permintaanm secara keseluruhan.
Pertumbuhan dalam ekonomi sedang pesat membangun menjadi sederhana
memandangkan permintaan dalam negeri terjejas oleh kelemahan permintaan Iuar
negeri yang berpanjangan, dalam beberapa ekonomi sedang pesat membangun,
pertumbuhan juga menerima kesan daripada langkah dasar yang diperkenalkan
untuk mengurus kelemahan dalam negeri. Selain itu, perubahan dalam jangkaan
pasaran terhadap pengurangan tahap akomodasi dasar monetari Amerika Syarikat
(AS) menjelang separuh kedua tahun 2013 telah menyebabkan aliran modal
bertukar arah (reversals) dalam jumlah yang besar daripada ekonomi sedang pesat
membangun. Berlatarkan perkembangan ini, inflasi global menurun, mencerminkan
keadaan permintaan yang sederhana dalam kebanyakan ekonomi dan harga
komoditi bukan tenaga yang lebih rendah. Meskipun persekitaran luaran adalah
lebih lemah, ekonomi Malaysia terus berkembang pada tahun 2013, didorong
oleh pertumbuhan permintaan dalam negeri yang kukuh. Laporan Tahunan 2013
ini memberikan analisis perkembangan ekonomi Malaysia dan dasar-dasar yang
dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (Bank) pada tahun 2013. Laporan ini
juga mengandungi penilaian mengenai prospek ekonomi Malaysia berlatarkan
perkembangan ekonomi dan kewangan global masa kini serta cabaran utama
pada masa hadapan.
Ekonomi Malaysia pada Tahun 2013
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.7% pada tahun 2013 (2012: 5.6%),
didorong oleh pertumbuhan dalam negeri yang terus kukuh. Meskipun persekitaran
luaran Iebih lemah pada separuh pertama tahun 2013, permintaan dalam negeri
terus berdaya tahan sepanjang tahun 2013, didorong oleh aktiviti sektor swasta
yang teguh. Penggunaan swasta disokong terutamanya oleh keadaan guna tenaga
dan kenaikan pendapatan yang menggalakkan. Pelaburan swasta disokong oleh
perbelanjaan modal dalam sektor perlombongan, perkhidmatan dan perkilangan.
Prestasi pertumbuhan yang Iebih sederhana pada tahun 2013 sebahagian
besarnya disebabkan oleh perkembangan dalam sektor luaran. Permintaan
daripada ekonomi maju dan serantau yang Iebih perlahan pada separuh pertama
tahun 2013 menyumbang kepada kemerosotan keseluruhan eksport benar pada
tahun tersebut. Ini diburukkan oleh import benar yang terus meningkat sepanjang
tahun 2013 berikutan pertumbuhan mampan dalam pelaburan dan penggunaan
dalam negeri, yang seterusnya menyebabkan penguncupan dalam eksport bersih.
Penggunaan swasta kekal kukuh pada 7.6% pada tahun 2013, disokong
terutamanya oleh keadaan guna tenaga dan kenaikan pendapatan yang
menggalakkan. Penggunaan swasta juga disokong oleh bantuan Kerajaan kepada

126

Malaysia 2014

isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana serta akses kepada pembiayaan
yang berterusan untuk peminjam yang mempunyai rekod kredit yang baik.
Penggunaan awam mencatat pertumbuhan Iebih tinggi pada 6.3% pada tahun
2013 disebabkan terutamanya oleh perbelanjaan untuk bekalan dan perkhidmatan
yang Iebih tinggi.
Meskipun aktiviti pelaburan menjadi sederhana berbanding dengan pertumbuhannya
yang sangat kukuh pada tahun 2012, ia terus disokong oleh perbelanjaan modal
sektor swasta. Pelaburan swasta terus mencatat kadar pertumbuhan dua angka
sebanyak 13.6% didorong oleh perbelanjaan modal pelabur domestik dan pelabur
asing dalam sektor perlombongan, perkhidmatan dan perkilangan. Pelaburan awam
mencatat pertumbuhan positif yang keoil sebanyak 0.7%, berikutan perbelanjaan
pembangunan Kerajaan Persekutuan yang menurun. Walau bagaimanapun, ia
diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan modal oleh perusahaan awam, yang
disalurkan terutamanya kepada sektor minyak dan gas, serta pengangkutan dan
tenaga.
Dari perspektif penawaran, peningkatan permintaan dalam negeri yang terus
kukuh menyumbang kepada pengembangan aktiviti berkaitan dalam negeri bagi
sektor perkhidmatan dan perkilangan pada tahun 2013. Industri berorientasikan
eksport dalam sektor perkilangan mendapat manfaat daripada keadaan luaran
yang bertambah baik pada separuh kedua tahun 2013. Aktiviti yang mantap dalam
subsektor kediaman dan kejuruteraan awam menyumbang kepada pertumbuhan
sektor pembinaan yang terus kukuh.
Keadaan pasaran pekerja kekal menggalakkan pada tahun 2013 apabila
pengembangan aktiviti ekonomi merentas semua sektor telah menyokong
permintaan terhadap pekerja. Guna tenaga mencatat pertumbuhan kukuh 4.8%,
manakala jumlah pemberhentian pekerja pula menurun, menyarankan bahawa
kebanyakan syarikat berupaya untuk membuat penyesuaian terhadap dasar gaji
minimum. Pada tahun 2013, kadar pengangguran kekal rendah pada 3.1%. Inflasi
keseluruhan, seperti yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga
Pengguna (IHP), kekal sederhana pada 2.1% pada tahun 2013 (2012: 1.6%).
Inflasi purata adalah rendah pada 1.7% pada lapan bulan pertama tahun 2013
sebelum meningkat kepada 2.9% pada empat bulan terakhir tahun itu.
Inflasi yang Iebih tinggi pada tempoh tersebut didorong oleh faktor kos dan
bekalan dalam negeri, disebabkan pelarasan menaik terhadap harga ditadbir dan
kekurangan bekalan dalam negeri akibat faktor berkaitan cuaca Meskipun terdapat
pertumbuhan penggunaan swasta yang kukuh dan peningkatan gaji yang mampan
pada tahun itu.Kapasiti produktif yang mencukupi dalam ekonomi telah membantu
membendung tekanan permintaan. Oleh itu, inflasi teras, iaitu penunjuk tekanan
harga berasaskan permintaan, menjadi sederhana kepada 1.8% pada tahun 2013.
Sektor Iuar negeri Malaysia kekal berdaya tahan pada tahun 2013 dalam
persekitaran ekonomi dan kewangan global yang mencabar. Imbangan

Malaysia 2014

127

pembayaran keseluruhan terus kukuh, disebabkan oleh lebihan akaun semasa yang
Iebih daripada mengimbangi aliran keluar bersih dalam akaun kewangan. Pada
separuh pertama tahun 2013, akaun semasa mencatat lebihan yang Iebih kecil
sebanyak RM11.2 bilion, disebabkan oleh lebihan perdagangan yang Iebih kecil
walaupun defisit akaun perkhidmatan dan pendapatan Iebih rendah. Kelemahan
ekonomi negara maju yang berterusan, pertumbuhan ekonomi serantau yang
Iebih perlahan daripada jangkaan serta harga komoditi utama Malaysia yang Iebih
rendah telah menyebabkan kemerosotan yang ketara dalam eksport negara.
Selain itu, defisit akaun perkhidmatan dan pendapatan Iebih kecil disebabkan
oleh penerimaan perjalanan bersih yang Iebih tinggi berikutan pelancongan dalam
rantau yang bertambah kukuh, dan pembayaran pendapatan utama bersih yang
Iebih rendah, mencerminkan keuntungan Iebih tinggi syarikat Malaysia yang
melabur di Iuar negeri. Pada separuh kedua tahun 2013, lebihan akaun semasa
meningkat kepada RM26.1 bilion apabila pertumbuhan eksport kembali positif,
didorong oleh permintaan Iebih tinggi terhadap produk perkilangan dan komoditi.
Ini terus diperkukuh oleh harga minyak sawit mentah (CPO) dan gas asli cecair
(LNG) yang Iebih menggalakkan berbanding dengan separuh pertama tahun 2013.
Pertumbuhan import kekal kukuh sepanjang tahun 2013, berikutan permintaan
dalam negeri yang teguh. Bagi keseluruhan tahun 2013, akaun semasa mencatat
lebihan sebanyak RM37.3 bilion (2012: RM57.3 bilion).
Akaun kewangan terus mengalami aliran dua hala yang mampan, melibatkan urus
niaga kewangan merentas sempadan oleh pemastautin dan bukan pemastautin.
Prestasi ekonomi dan prospek pertumbuhan terus menyokong keyakinan pelabur
antarabangsa, lantas menyebabkan aliran pelaburan langsung masuk yang nyata
Iebih tinggi. Aliran masuk pelaburan langsung asing Foreign Direct Investment
(FDI), agak meluas merentas sektor, dengan aliran masuk yang ketara ke dalam
sektor perkilangan dan perlombongan. Walau bagaimanapun, pelaburan langsung
keluar menjadi sederhana selaras dengan prospek pertumbuhan ekonomi
serantau yang Iebih sederhana. Pasaran modal Malaysia yang mendalam dan
prospek pertumbuhan yang secara relatif menggalakkan, kekal menarik bagi
pelabur portfolio asing. Walau bagaimanapun, aliran portfolio mengalami turun
naik yang ketara pada tahun 2013. Aliran masuk bersih pelaburan portfolio bukan
pemastautin adalah kukuh pada awal tahun 2013, tetapi berikutan penunjuk yang
diberikan oleh Federal Reserve (Fed) bahawa pengecilan skala program pembelian
asetnya mungkin berlaku pada bulan Mei, telah mengakibatkan aliran keluar
portfolio yang ketara antara bulan Mei hingga Ogos. Bagi tahun 2013, pelaburan
portfolio bukan pemastautin mencatat aliran masuk bersih yang Iebih kecil. Secara
keseluruhan, akaun kewangan mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM15 bilion
pada tahun 2013.
Hutang Iuar negeri Malaysia berjumlah RM318.1 bilion (USD95.8 bilion) pada
akhir tahun 2013 (2012: RM252.8 bilion), bersamaan dengan 33.5% daripada
Pendapatan Negara Kasar atau PNK (2012: 27.9% daripada PNK). Hutang
Iuar negeri jangka sederhana dan panjang yang Iebih tinggi pada tahun 2013

128

Malaysia 2014

sebahagian besarnya mencerminkan pengeluaran bersih peminjaman Iuar negeri


oleh perusahaan awam dan sektor swasta bukan bank. Kerajaan Persekutuan
terus mencatat pembayaran balik bersih hutang Iuar negeri. Sementara itu, hutang
Iuar negeri jangka pendek yang Iebih tinggi pada tahun 2013 sebahagian besarnya
adalah hasil daripada pengeluaran bersih peminjaman antara bank, terutamanya
untuk pengurusan kedudukan mudah tunai pertukaran asing. Penambahan nilai
beberapa mata wang utama dan serantau berbanding dengan ringgit pada tahun
2013 juga menyumbang kepada hutang Iuar negeri yang Iebih tinggi dalam nilai
ringgit. Secara keseluruhan, hutang Iuar negeri Malaysia kekal terurus.
Profil hutang terus tertumpu pada struktur matang yang Iebih panjang, dengan
hutang jangka sederhana dan jangka panjang mencakupi 59.7% daripada jumlah
hutang Iuar negeri. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak
RM146 bilion kepada RM441.9 bilion pada akhir tahun 2013 (akhir tahun 2012:
RM427.2 bilion). Pada 28 Februari 2014, paras rizab berjumlah RM427.6 bilion
(bersamaan dengan USD1306 bilion), memadai untuk membiayai 9 bulan import
tertangguh dan ialah 3.3 kali hutang Iuar negeri jangka pendek. Rizab antarabangsa
Bank kekal boleh digunakan dan tiada halangan untuk menggunakannya.
Pengurusan Ekonomi dan Monetari pada Tahun 2013
Dasar monetari pada tahun 2013 tertumpu pada usaha untuk mengimbangi risiko
antara prospek pertumbuhan dalam negeri dan inflasi. Berlatarkan ketidakpastian
yang meningkat dalam imbangan risiko prospek pertumbuhan dan inflasi,
Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) mengekalkan
Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3.00% pada tahun
2013. Walaupun risiko kepada pertumbuhan dalam negeri dan inflasi pada amnya
dinilai sebagai seimbang pada awal tahun 2013, namun ketidakpastian berhubung
dengan imbangan risiko meningkat menjelang separuh kedua tahun 2013.
Meskipun momentum pertumbuhan dijangka bertambah baik pada separuh
kedua tahun 2013 hingga ke tahun 2014, ketidakpastian mengenai kekukuhan
pemulihan global dan sejauh mana konsolidasi fiskal dan rasionalisasi subsidi
akan menjejaskan permintaan dalam negeri, kekal sebagai risiko utama kepada
pertumbuhan menjadi Iebih perlahan. Berikutan pelarasan menaik terhadap harga
ditadbir pada akhir tahun, dinamik inflasi beralih dan inflasi dijangka meningkat
pada bulan-bulan seterusnya pada tahun 2013 hingga ke tahun 2014.
Berdasarkan penilaiannya terhadap kemungkinan risiko pertumbuhan yang
Iebih rendah dan risiko inflasi menjadi tinggi, MPC berpendapat bahawa dengan
mengekalkan paras OPR, akan memberikan hasil terbaik untuk mencapai
matlamat dasar monetari. MPC juga memutuskan bahawa memandangkan risiko
ketidakseimbangan kewangan hanya wujud dalam segmen tertentu ekonomi
sahaja, instrumen lain adalah Iebih sesuai untuk menangani risiko-risiko tersebut.
Oleh itu, langkah kehematan makro diperkenalkan pada bulan Julai untuk mengurus
risiko ketidakseimbangan kewangan melalui pelaksanaan secara bersasaran.

Malaysia 2014

129

Perkembangan utama pada separuh kedua tahun 2013 ialah aliran modal yang
bertukar arah dan keluar daripada ekonomi pasaran sedang pesat membangun
berikutan penunjuk daripada Fed mengenai kemungkinan berlakunya pengeoilan
skala program pembelian asetnya. Meskipun saiz dan turun naik dalam aliran keluar
modal telah meningkat sejak bulan Mei 2013, pelarasan mata wang domestik
dan pasaran kewangan adalah teratur. Sistem kadar pertukaran apungan terurus
memberikan fleksibiliti kepada kadar pertukaran ringgit untuk memudahkan
pelarasan. Kedalaman sistem kewangan juga memastikan bahawa pengurusan
bagi aliran yang tidak menentu ini tidak menyebabkan gangguan terhadap aktiviti
ekonomi. Permintaan yang semakin bertambah daripada pelabur institusi dalam
negeri memberi sokongan asas kepada pasaran bon dan membendung kenaikan
kos peminjaman yang ditanda aras kepada kadar hasil bon. Oleh itu, Iimpahan
terhadap ekonomi adalah minimum.
Prestasi ringgit pada tahun 2013 dipengaruhi terutamanya oleh aliran portfolio dan
perdagangan dua hala, mencerminkan perkembangan antarabangsa dan dalam
negeri. Pada empat bulan pertama tahun 2013, ringgit secara relatifnya stabil.
Selepas itu, terdapat penunjuk mengenai kemungkinan pengecilan skala program
pembelian aset oleh Fed, lantas mengubah jangkaan pasaran dan mendorong
aliran portfolio bertukar arah dan keluar daripada kebanyakan pasaran serantau,
sekali gus menyebabkan penyusutan nilai dalam kebanyakan mata wang serantau,
termasuk ringgit. Bagi tahun 2013 secara keseluruhan, ringgit telah menyusut nilai
sebanyak 6.8% kepada RM3.2815 berbanding dengan dolar AS pada akhir tahun
2013.
Pada tahun 2013, kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysian Government
Securities, MGS) didorong terutamanya oleh faktor luaran. Sementara penunjuk
yang diberikan oleh Fed mengenai kemungkinan pengecilan skala program
pembelian asetnya telah menyebabkan aliran keluar portfolio yang ketara daripada
pasaran bon, kenaikan kadar hasil MGS pada amnya Iebih kecil berbanding dengan
pasaran di seluruh rantau ini. Ini berikutan sokongan institusi domestik terhadap
pasaran MGS. Dalam pasaran sekuriti hutang swasta (Private debt securities, PDS),
kos pembiayaan sekuriti hutang swasta meningkat tetapi kekal menyokong aktiviti
pemerolehan dana. Indeks komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM
KLCI) meningkat sebanyak 10.5% (2012: 10.3%) untuk ditutup pada 1867.0 mata.
Prestasi asas pasaran yang kukuh itu disokong oleh keyakinan pelabur terhadap
prospek ekonomi yang positif bagi Malaysia.
Keadaan mudah tunai kekal stabil sepanjang tahun 2013, walaupun terdapat
turun naik yang ketara dalam pasaran kewangan global dan aliran keluar modal.
Meskipun terdapat pengeluaran bersih mudah tunai yang disebabkan oleh aliran
keluar asing bersih pada tahun 2013, lebihan mudah tunai keseluruhan yang
disimpan di Bank Negara Malaysia kekal tinggi. Mudah tunai sektor swasta, seperti
yang diukur oleh wang secara luas atau M3, terus berkembang, tetapi pada kadar
yang Iebih sederhana sebanyak 8.1% pada tahun tersebut (2012: 9.0%).

130

Malaysia 2014

Pembiayaan terus menyokong aktiviti ekonomi dalam negeri. Walaupun


pertumbuhan pembiayaan bersih menjadi sederhana, paras pinjaman yang
dikeluarkan dan dana yang diperoleh dalam pasaran modal kekal menggalakkan.
Permintaan keseluruhan terhadap pembiayaan kasar oleh perniagaan kekal
mampan berikutan aktiviti penggunaan dan pelaburan swasta yang terus kukuh.
Permintaan untuk pinjaman oleh isi rumah juga mampan, disokong oleh keadaan
guna tenaga dan peningkatan gaji yang menggalakkan. Yang penting, kadar
pertumbuhan pinjaman terkumpul untukmkegunaan peribadi menjadi sederhana
kepada 4.6% pada tahun 2013 (2012: 9.1%), sebahagiannya disebabkan oleh
langkah awalan yang diperkenalkan oleh Bank pada bulan Julai 2013 untuk
memperkukuh amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab. Bagi tahun
2013, pembiayaan bersih kepada sektor swasta melalui sistem perbankan dan
pasaran PDS meningkat pada kadar tahunan 9.8% (2012: 12.4%).
Prospek Ekonomi Malaysia pada Tahun 2014
Ekonomi Malaysia dijangka terus berada pada landasan pertumbuhan yang stabil
pada tahun 2014, dan diunjurkan berkembang sebanyak 4.5%-5.5%. Permintaan
dalam negeri dijangka kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, walaupun pada
kadar yang Iebih sederhana. Pelaburan swasta dijangka mencatat pertumbuhan
yang teguh untuk tahun kelima berturut-turut, didorong oleh projek jangka panjang
yang sedang dilaksanakan serta permintaan Iuar negeri yang bertambah baik.
Pelaburan awam dijangka menoatat pertumbuhan yang Iebih tinggi, disokong
perbelanjaan modal oleh Kerajaan dan perusahaan awam. Penggunaan swasta
akan disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang kukuh dan peningkatan
pendapatan yang mampan. Penggunaan awam dijangka menoatat pertumbuhan
Iebih rendah disebabkan konsolidasi fiskal yang sedang dilaksanakan.
Selaras dengan peningkatan permintaan Iuar negeri, prestasi eksport Malaysia
dalam kebanyakan kategori produk dijangka meningkat pada tahun 2014. Eksport
dijangka terus disokong pertumbuhan positif yang keoil dalam eksport komoditi
dan eksport perkhidmatan yang Iebih kukuh, disokong oleh Tahun Melawat
Malaysia 2014. Pada masa yang sama, import kasar dijangka meningkat pada
kadar yang Iebih cepat, didorong terutamanya oleh import barangan pengantara
yang Iebih tinggi. Dengan pertumbuhan import yang terus teguh, lebihan akaun
semasa dijangka Iebih kecil pada tahun 2014.
Dari segi penawaran, semua sektor ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan
positif pada tahun 2014. Sektor perkhidmatan dan perkilangan akan menjadi
pendorong utama pertumbuhan keseluruhan, kerana mendapat manfaat daripada
persekitaran ekonomi global yang bertambah baik. Sektor pembinaan dijangka
terus mencatat pertumbuhan yang tinggi, walaupun pada kadar yang Iebih
sederhana, berikutan siapnya beberapa projek kejuruteraan awam yang besar
yang akan Iebih daripada mengimbangi kemajuan projek-projek sedia ada dalam
sektor pengangkutan, utiliti, serta minyak dan gas. Pertumbuhan sektor pertanian
dijangka bertambah baik berikutan pengeluaran minyak sawit yang Iebih tinggi

Malaysia 2014

131

disebabkan kadar hasil dan bilangan pokok kelapa sawit matang yang meningkat.
Dalam sektor perlombongan, prestasi yang Iebih baik diunjurkan hasil daripada
pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang Iebih tinggi daripada medan Iaut
dalam dan marginal; serta pertambahan minyak daripada medan yang sedia ada.
Inflasi diunjurkan pada purata 3%-4% pada tahun 2014, disebabkan terutamanya
oleh faktor kos dalam negeri. Ini termasuk pelarasan harga baru-baru ini berikutan
rasionalisasi subsidi dan kesan Iimpahan daripada pelarasan terhadap harga
barangan dan perkhidmatan lain. Tekanan kos yang Iebih tinggi, bagaimanapun, akan
dibendung sebahagiannya oleh tekanan harga Iuaran yang rendah, pengembangan
berterusan dalam kapasiti dalam negeri serta permintaan dalam negeri yang Iebih
sederhana. Walaupun permintaan dalam negeri menjadi sederhana, asas-asas
ekonomi Malaysia terus kukuh. Pertumbuhan dijangka didorong oleh sektor swasta
merentas aktiviti ekonomi yang pe-lbagai. Yang penting, guna tenaga kekal kukuh
dan pendapatan se-makin meningkat. Sistem kewangan berdaya tahan dengan
pengantaraan kewangan dijangka memberikan sokongan yang berterusan kepada
aktiviti pelaburan dan penggunaan. Kekukuhan kedudukan Iuaran Malaysia juga
kekal menggalakkan, dengan paras rizab antarabangsa yang tinggi dan hutang
Iuar negeri yang berada pada tahap yang berhemat.
Walau bagaimanapun, risiko pertumbuhan global menjadi Iebih perlahan dijangka
boleh memberikan kesan kepada prestasi ekonomi dalam negeri pada tahun 2014.
Ekonomi maju dijangka terus mengalami lebihan kapasiti dalam pasaran pekerja
dan produk, sementara ketidaktentuan fiskal boleh menjejaskan kadar pemulihan.
Dalam beberapa ekonomi sedang pesat membangun, permintaan dalam negeri
mungkin menjadi Iebih perlahan daripada jangkaan ekoran langkah-langkah dasar
yang dilaksanakan untuk menangani risiko yang berpunca daripada pertumbuhan
yang tinggi dalam kredit dan harga aset. Di samping itu, turun naik dalam pasaran
kewangan global boleh menyumbang kepada aliran modal yang besar dan tidak
menentu. Walaupun persekitaran terus menoabar, ekonomi negara juga boleh
mencatat prestasi pertumbuhan yang Iebih kukuh jika kadar pemulihan global
melebihi jangkaan.
Pengurusan Ekonomi dan Kewangan pada Tahun 2014
Dasar Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan tertumpu pada usaha menyokong
pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan, di samping mengurangkan
risiko yang timbul daripada persekitaran global, inflasi dan pembentukan
ketidakseimbangan kewangan. Matlamat dasar monetari pada tahun 2014 adalah
untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan di samping
mengurangkan kelemahan yang mungkin timbul daripada inflasi dan pembentukan
ketidakseimbangan kewangan. Walaupun tekanan harga dijangka Iebih tinggi,
sumber inflasi berpunca terutamanya daripada dorongan faktor kos. Pengawasan
monetari, bagaimanapun, akan terus tertumpu pada usaha mengenal pasti tandatanda yang menunjukkan inflasi akan menjadi Iebih meluas dan berpanjangan.
Dalam keadaan ini, tindak balas dasar monetari adalah wajar. Yang penting,

132

Malaysia 2014

Illustrasi Tun Razak Exchange Kuala Lumpur

keadaan kadar faedah antarabangsa dan domestik yang agak rendah untuk
tempoh yang berpanjangan boleh menggalakkan amalan pengambilan risiko yang
berlebihan. Seandainya ini berlaku dalam segmen ekonomi tertentu, instrumen
dasar bersasaran yang lain, seperti langkah-langkah kehematan makro, akan
digunakan untuk menangani risiko tersebut. Walau bagaimanapun, langkahlangkah tersebut merupakan pelengkap dan bukan pengganti kepada dasar kadar
faedah. Memandangkan terdapatnya jangkaan perubahan yang besar dalam
mudah tunai dan aliran modal global, adalah penting bagi memastikan keadaan
monetari dan pembiayaan tidak mengakibatkan sebarang ketidakstabilan malah
terus memberikan sokongan kepada ekonomi. Matlamat dasar fiskal pada tahun
2014 adalah untuk memperkukuh dan melaksanakan konsolidasi kedudukan
fiskal, di samping memastikan sokongan yang berterusan kepada pertumbuhan
dalam negeri dan usaha memelihara kesejahteraan rakyat. Pembaharuan fiskal
akan dilaksanakan secara beransur-ansur supaya tidak menjejaskan pertumbuhan.
Serentak dengan itu, sumber fiskal akan ditumpukan ke arah sektor ekonomi
utama untuk mempercepat peralihan kepada ekonomi bernilai tambah tinggi dan
berpendapatan tinggi. Pada bulan Jun 2013, Jawatankuasa Dasar Fiskal (Fiscal
Policy Committee, FPC) telah ditubuhkan untuk berperanan sebagai jawatankuasa
penggubal dasar pusat untuk merumuskan dan melaksanakan strategi fiskal serta
memberikan pertimbangan sewajarnya kepada kesan strategi tersebut ke atas
makroekonomi secara keseluruhan.
Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia yang Diaudit bagi Tahun 2013
Kedudukan kewangan Bank Negara Malaysia, yang telah diaudit dan disahkan
oleh Ketua Audit Negara, kekal kukuh pada tahun 2013. Aset Bank Negara
Malaysia berjumlah RM474.2 bilion, dengan keuntungan bersih sebanyak RM5.5
bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Bank Negara Malaysia
mengumumkan pembayaran dividen sebanyak RM1.5 bilion kepada Kerajaan bagi
tahun 2013.
Bank Negara Malaysia
19 Mac 2014

Malaysia 2014

133

134

Malaysia 2014

Bab 6

RINGKASAN
LAPORAN
KEMENTERIANKEMENTERIAN























Jabatan Perdana Menteri


Kementerian Kewangan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Kementerian Perusahaan Perladangan dan
Komoditi Malaysia
Kementerian Dalam Negeri Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan
Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Wilayah Persekutuan
Kementerian Belia dan Sukan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Bangunan Perdana Putra, Putrajaya

Malaysia 2014

135

JABATAN PERDANA MENTERI

Perhimpunan Bulanan
Jabatan Perdana Menteri

Blok Utama, Bangunan Perdana Putra


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Telefon
: 03-8888 8000
Faks
: 03-8888 3444
Laman Web : www.jpm.gov.my

136

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Mah Siew


Keong

YB Mejar Jeneral
Dato Seri Jamil Khir
Bin Baharom (B)

YB Senator Dato Sri


Idris Jala

YB Tan Sri Datuk Seri


Panglima Joseph
Kurup

YB Datuk Joseph
Entulu Anak Belaun

YB Dato Seri Dr.


Shahidan Bin Kassim

YB Senator Datuk Paul


Low Seng Kuan

YB Puan Hajah Nancy


Binti Haji Shukri

YB Senator Dato Sri


Abdul Wahid Bin Omar

YB Datuk Ir. Dr. Wee


Ka Siong

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Razali
Bin Ibrahim

YB Senator Tuan Waytha


Moorthy Ponnusamy
(sehingga Februari 2014)

Kita tidak mampu untuk membuangkan masa untuk


terlibat dalam proses yang saya sifatkan sebagai
excessive politicking. Kita menumpukan pandangan
kepada usaha perkasa yang lebih serius dan lebih
besar lagi, yakni untuk menunaikan amanah yang telah
diberikan oleh rakyat untuk menentukan kesejahteraan
rakyat dan negara kita ini membangun dengan lebih
pesat
Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Malaysia 2014

137

Pengenalan
Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditubuhkan pada bulan Julai 1957 iaitu sebulan
sebelum pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. JPM merupakan sebuah
Kementerian terpenting dalam sistem pentadbiran negara kerana berperanan
sebagai agensi pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar
utama Kerajaan.
Skop fungsi JPM boleh dirumuskan kepada tujuh bidang utama iaitu:
Perancangan dan pelaksanaan pembangunan sosioekonomi;
Perancangan dan pengurusan sumber manusia sektor awam;
Pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam;
Pengurusan keselamatan negara;
Pengurusan hal ehwal perundangan dan kehakiman;
Hal ehwal perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri;
Pelaksanaan fungsi-fungsi khas.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Pemberian Sijil Pelepasan Bankrap melepasi sasaran
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah berjaya melepasi sasaran sebanyak
109% bagi memberi pelepasan kepada 16,394 individu yang bankrap melalui
Sijil Pelepasan berbanding jumlah sasaran 15,000 orang. Bagi pelepasan
individu yang bankrap dalam kategori penjamin sosial, seramai 2,184 individu
telah dilepaskan berbanding sasaran 2,000 orang. Majlis Penyampaian Sijil
Pelepasan Kebankrapan telah diadakan pada 31 Oktober 2013 disempurnakan
oleh Puan Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Seramai 33 orang bankrap telah hadir menerima sijil pelepasan kebankrapan
masing-masing. Selain daripada kejayaan berterusan MdI menyelesaikan
masalah kebankrapan, Mdi juga telah memberi sumbangan kepada
pencapaian kedudukan Malaysia bagi kategori menyelesaikan insolvensi
(resolving insolvency) daripada kedudukan 49 kepada kedudukan 42 dalam
Doing Business 2014, Laporan Bank Dunia.
Pelancaran Program Rimbunan Kaseh (RK)
Program Rimbunan Kaseh Tanjung Besar (RKTB), Lipis, Pahang merupakan
projek perintis untuk membawa kemodenan dan kemajuan ke luar bandar.
Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 23 Mac 2013. Pogram RK bertujuan
untuk membangunkan sesuatu kawasan secara mapan dan pada masa yang
sama berkemampuan mengubah, menambahbaik dan mempertingkatkan
kualiti kehidupan para peserta yang terdiri daripada golongan berpendapatan
sederhana dan rendah serta masyarakat di kawasan berkenaan.

138

Malaysia 2014

Demonstrasi Bot Penggalang Agensi


Penguatkuasaan Maritim Malaysia di LIMA12

Desa RKTB, Lipis melibatkan penyertaan 71 buah keluarga yang dipilih kerajaan
negeri dari senarai eKasih dan golongan asnaf daripada senarai Majlis Agama
dan Adat Resam Melayu Pahang. Projek inspirasi Perdana Menteri sendiri
ini merupakan kerjasama kerajaan Persekutuan di bawah pengelolaan Unit
Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), kerajaan Negeri dan pihak swasta.
Sistem e-Halal diiktiraf inovatif
Sistem e-Halal JAKIM telah memenangi Anugerah Inovasi Jabatan Perdana
Menteri 2013 bagi kategori ICT dalam Majlis Kecemerlangan Jabatan Perdana
Menteri 2013. Dalam pertandingan yang sama, JAKIM turut memenangi dua
anugerah yang lain dalam majlis yang telah diadakan pada 1 Oktober 2013
di Hotel Marriott, Putrajaya. e-Halal adalah applikasi yang dibangunkan bagi
membolehkan pengusaha membuat permohonan Pensijilan Halal Malaysia
secara atas talian.
Operasi APMM menyumbang kepada penurunan kadar jenayah
Melakukan lebih 27,400 pemeriksaan diikuti 688 tangkapan.
Penguatkuasaan undang-undang maritim menyumbang kepada kadar
pematuhan undang-undang sebanyak 97.5 peratus dalam kalangan
komuniti maritim seperti sasaran KPI 2013. Ia sekaligus menyumbangkan
kepada penurunan kadar jenayah secara keseluruhan.
Jenayah lanun di Selat Melaka berjaya dihapuskan sejak 2009 (2004: 38
kes; 2005:12 kes; 2009 2013:0)
Menyelesaikan 3 kes rompakan yang melibatkan vesel nelayan tempatan
dari Bagan Panchor, Pantai Remis, Perak hasil kerjasama dengan pihak
Polisi Perairan (POLAIR) Indonesia.
Sepanjang 2013 sebanyak 636 buah bot nelayan asing dan 4,929 PATI
berjaya ditahan.
Mengumpul lebih RM258.9 juta hasil kutipan menerusi kompaun, lelongan,
denda dan pelupusan serta menyelamatkan lebih 1.2 juta liter diesel/petrol
yang bernilai lebih RM2.4 juta daripada diseludup.
Menyelamatkan 460 nyawa dan nilai harta sebanyak RM600 ribu yang
terlibat dengan insiden di laut.

Malaysia 2014

139

Pemerhatian dan Permodenan GMDSS


Simposium GMDSS yang berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga
21 November 2013 di Tokyo, Jepun membincangkan mengenai pemodenan
sistem Global Maritime Distress and Safety System (GMDSS) seperti Automatic
Identification System (AIS) dan COSPAS-SARSAT. Objektif simposium ialah
untuk berkongsi maklumat berhubung pemerhatian dan pemodenan sistem
GMDSS dan menganalisa laporan lapan buah negara termasuk Malaysia
(diwakili APMM) mengenai fungsi dan tugas mencari dan menyelamat serta
pemodenan sistem GMDSS sedia ada.
Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) diamanah urus Terminal
Bersepadu Selatan (TBS)
TBS, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur telah beroperasi secara rasmi pada
1 Januari 2011. Ia adalah manifestasi komitmen Kerajaan untuk menaik taraf
perkhidmatan pengangkutan awam darat. TBS yang bernilai RM570 juta
ini berfungsi dalam mengendalikan perkhidmatan pengangkutan bas dan
teksi dari sektor selatan ke Kuala Lumpur. TBS dilengkapi fasiliti moden dan
memudahkan pengguna untuk akses kepada perkhidmatan komuter dan
pengangkutan transit ringan yang lain. Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH),
Jabatan Perdana Menteri telah diberi mandat untuk menguruskan TBS oleh
kerajaan Malaysia. Majlis Perasmian TBS telah diadakan pada 15 April 2013
oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat
pengiktirafan antarabangsa
Pada tahun 2012, seramai 503 peserta telah menyertai program
antarabangsa yang dikendalikan oleh Akademi Pencegah Rasuah Malaysia
(MACA) berbanding 287 pada tahun 2011, 228 (2010); 154 (2009), 136
(2008) dan 98 (2007).
Seramai 19 pegawai daripada Palestin mengikuti program kendalian MACA)
pada 3-17 Disember 2013. Program yang merangkumi aspek penyiasatan
dan pendakwaan dibiayai oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun
(JICA). Program ini merupakan kerjasama julung kali antara JICA, MACA
dan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Hj.
Abu Kassim Mohamed telah dilantik sebagai Naib Presiden International
Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA) pada persidangan
tahunan ke-7 yang telah diadakan di Panama City, Panama dari 22 hingga
24 November 2013.
MACA merupakan akademi pencegahan rasuah yang pertama di dunia
yang telah terpilih sebagai pusat pembelajaran dan diberi kepercayaan
untuk mengendalikan Modul 6 bagi program sarjana dalam pengajian

140

Malaysia 2014

antirasuah Master of Corruption Studies (MACS) anjuran Akademi


Pencegahan Rasuah Antarabangsa (sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf
universiti) sebuah entiti dibawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) berpengkalan di Vienna, Austria. Ia merupakan pengajian
sarjana yang menggabungkan tujuh modul yang berbeza.
Pihak Interpol telah memohon SPRM untuk menempatkan pegawainya di
unit pencegahan rasuah di INTERPOL. Antara tugas dan tanggungjawab
yang diamanahkan adalah untuk membantu dalam perkara-perkara
berkaitan dengan pembangunan kapasiti di antara negara-negara Asia dan
menjalinkan kerjasama yang erat dalam usaha pencegahan rasuah antara
Kesatuan Negara-Negara Eropah. Pegawai dari Malaysia merupakan salah
seorang daripada empat pegawai yang telah dipilih dari kalangan beberapa
buah negara untuk ditempatkan di INTERPOL.

Prestasi Badan Kehakiman meningkat


Pencapaian penting badan kehakiman pada 2013 ialah penubuhan
Mahkamah Pembinaan bagi membicarakan pertikaian berkaitan industri
pembinaan yang dikendalikan hakim terlatih dan mahir dalam industri
berkenaan. Penubuhan mahkamah ini merupakan tambahan kepada
mahkamah khas sedia ada.
Pembukaan Kompleks Mahkamah di Kuantan yang mempunyai 23 bilik
perbicaraan serta dilengkapi kemudahan sokongan seperti ruang pejabat,
perpustakaan, bilik fail dan bilik mesyuarat.
Menguatkuasakan langkah pencegahan untuk membendung amalan
rasuah daripada merebak ke dalam sistem penghakiman. Hakim dan
pesuruhjaya kehakiman yang bakal dilantik diwajibkan menjalani prosedur
antirasuah, manakala rekod peribadi mereka ditapis Polis Diraja Malaysia,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia
dan Jabatan Insolvensi.
Mengenakan hukuman lebih keras terhadap pesalah jenayah jalanan
seperti peragut dan rasuah.
Biro Pengaduan Awam (BPA) berjaya selesai 8,907 kes pada 2013
BPA berjaya menyelesaikan 91.4 peratus aduan iaitu 8,907 kes daripada
9,713 aduan yang diterima sepanjang tahun 2013. Selebihnya masih lagi
dalam tindakan BPA. Aduan mengenai kelewatan ataupun tiada tindakan
yang diambil antara yang mencatat jumlah tertinggi iaitu 50 peratus, kualiti
perkhidmatan tidak memuaskan 12.6 peratus, kegagalan penguatkuasaan
(9 peratus), kekurangan kemudahan awam (8.8 peratus) dan aduan ke atas
tindakan tidak adil (6.7 peratus), manakala 12.9 peratus lagi terdiri daripada
lain-lain aduan. Berdasarkan keseluruhan aduan, 6,080 aduan ataupun 63
peratus terhadap kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan
3,633 aduan ataupun 37 peratus terhadap kerajaan negeri.
Malaysia 2014

141

JABATAN DAN AGENSI DI BAWAH JPM


SURUHANJAYA
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia 1999 (Akta 597). Antara fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan
dalam Seksyen 4(1) adalah memupuk kesedaran dan menyediakan
pendidikan berhubung hak asasi manusia; menasihati dan membantu
kerajaan dalam merumuskan perundangan, arahan serta tatacara pentadbiran
dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil; menyiasat aduan
berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Aras 11, Menara TH Perdana, Jalan
Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 03-2612 5600. Faks: 03-2612 5620. Laman
web: www.suhakam.org.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


SPRM ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Fungsi SPRM antaranya ialah menerima dan
menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta ini
dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh
Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu; dan mendidik orang ramai untuk
menentang rasuah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ibu Pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok D6, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, Peti Surat 6000, 62007 Putrajaya. Tel: 03-8886 7000. Faks: 03-8888
9562. Laman web: www.sprm.gov.my

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)


SPA berperanan meliputi perkara-perkara melantik, mengesahkan dalam
perkhidmatan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, menaikkan pangkat,
menukar serta menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai yang berada
dalam perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Aras 6-10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya. Tel: 03-8885 6000 Faks: 03-8888 5036. Laman
web: www.spa.gov.my

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)


SPP ditubuhkan untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa melantik (PBM)
dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara
144 (1) Perlembagaan Persekutuan. Ianya meliputi pelantikan, pengesahan
dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen serta beberapa
lagi fungsi di bawah bidang kuasanya.

142

Malaysia 2014

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Aras 1 - 3, Blok B3, Kompleks Jabatan


Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62526 Putrajaya.
Tel: 03-8871 7300. Faks: 03-8871 7499. Laman web: www.spp.gov.my.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)


SPR ialah sebuah badan berperlembagaan yang dipertanggungjawabkan
mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Suruhanjaya ini
ditubuhkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Selain
menjalankan pilihanraya, fungsi utama SPR adalah menjalankan urusan
persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya, mengendalikan
urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih sepanjang tahun.
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya. Tel: 03-8885 6500
Faks: 03-8888 9117 Laman web: www.spr.gov.my

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)


SPKP adalah agensi yang melaksanakan tanggungjawab sebagaimana
termaktub di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu melantik,
mengesahkan dalam jawatan, memasukkan ke dalam perjawatan berpencen,
menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas
anggota-anggota bagi perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.
Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman dan Perundangan, Bangunan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya. Tel : 03-8885 6335 Faks: 03-8888 5037
Laman web: www.spkp.gov.my

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)


SPK ditubuhkan dengan berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan
Kehakiman 2009 (Akta 695) pada 2 Februari 2009 melalui penggubalan
Akta Parlimen. Tujuan ia ditubuhkan bagi memastikan proses pencalonan,
pelantikan dan kenaikan pangkat hakim mahkamah atasan adalah lebih telus
dan seterusnya memperkukuh dan meningkatkan integriti sistem kehakiman.
Hakim-hakim mahkamah atasan yang terlibat adalah Ketua Hakim Negara,
Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan
Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan
Hakim Mahkamah Tinggi.
Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Aras 5, Blok Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62506 Putrajaya.Tel: 03-8880
3545/46. Faks: 03-8880 3549. Laman web: www.jac.gov.my

Malaysia 2014

143

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)


EAIC telah ditubuhkan pada 1 April 2011 selaras dengan kuat kuasa Akta
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]. EAIC adalah
sebuah badan berkanun persekutuan yang bertanggungjawab memantau
dan menjalankan siasatan terhadap aduan orang ramai mengenai salah laku
pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan yang disenaraikan
dalam Akta 700. Agensi penguatkuasaan di bawah seliaan EAIC adalah
Agensi Dadah Kebangsaan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan
Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan dan
Keselamatan Pekerjaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penerbangan
Awam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perhubungan Perusahaan,
Jabatan Perikanan, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Tenaga
Kerja, Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Unit Penguatkuasa
Pelesenan Kementerian Pelancongan, Bahagian Penguatkuasaan Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Pelesenan dan Kenderaan
Perdagangan (Sabah dan Sarawak) dan Polis Diraja Malaysia. Penubuhan EAIC
adalah selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan
integriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan
serta memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Aras 5, Blok Menara, Bangunan
Menara Usahawan, No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.
Tel (Aduan): 03 8888 6618 / 6509 / 2184 (Am): 03 8888 1904 (Faks): 03 8888 6526
Emel: aduan@eaic.gov.my Laman web: www.eaic.gov.my

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)


SPAD adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta
Pengangkutan Awam Darat 2010, pada 3 Jun 2010 dan mula beroperasi secara
rasmi pada 31 Januari 2011. Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan
membuat polisi serta mengawal selia pengangkutan awam darat seperti kereta
api, bus dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya
atau rel kereta api. Misi SPAD ialah untuk memastikan pengangkutan awam
darat yang selamat, boleh diharapkan, efisien, responsif, mudah diperolehi,
terancang, bersepadu dan mapan mencukupi, disamping memastikan
khidmat pengangkutan penumpang dengan kos yang berpatutan dan khidmat
pengangkutan barangan yang kompetitif.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Level 19, 1 Sentral, Jalan Travers, Kuala
Lumpur Sentral, 50470, Kuala Lumpur Tel: 03-2268 5782 Faks: 03-2272 3744
Talian Bebas Tol: 1800-889-600 MySMS ADUAN SPAD (hantar ke 15888) Laman
web: www.spad.gov.my Emel: enquiries@spad.gov.my, aduan@spad.gov.my

144

Malaysia 2014

AGENSI PUSAT
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
JPA telah diamanahkan sebagai peneraju pengurusan sumber manusia sektor
awam. Ia telah diberi kuasa untuk menggubal dan melaksana dasar-dasar
Pengurusan Sumber Manusia sektor awam. Dengan dua peranan utama iaitu
membangunkan keupayaan institusi dan memastikan sektor awam ditadbir
urus dengan baik. Selaras dengan tugas baharu yang dipimpin sejak tahun
2013 untuk menerajui Transformasi Perkhidmatan Awam, peranan JPA lebih
penting dalam memastikan seluruh perkhidmatan awam kini akan bergerak
ke arah perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi, berintegriti dan berjiwa
rakyat.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Blok C1-C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya. Tel: 03-8885 3000/4000. Faks: 03-8889 1968.
Laman web: www.jpa.gov.my

Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU)


ICU ditubuhkan pada tahun 1971. Unit ini berperanan untuk menyelaras,
memantau, menilai pelaksanaan dan outcome Program/Projek Pembangunan
Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT); bertindak sebagai urus setia kepada
Majlis Tindakan Negara, Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara dan beberapa
jawatankuasa Kabinet yang lain; membangun, mengurus dan memastikan
fungsi sistem Pemantauan Projek SPP II berfungsi dengan baik; mengurus
dan menyelaras peruntukan program/projek Khas Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri, Menteri, Senator dan Ahli Parlimen; juga menyelaras,
memantau dan menilai Program/Projek Kesejahteraan Rakyat.
Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana
Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 8000
Faks: 03-8888 3528 Laman web: www.icu.gov.my

Unit Perancang Ekonomi (UPE)


UPE merupakan agensi perancang utama kerajaan yang bertanggungjawab
untuk menyediakan perancangan pembangunan untuk negara. Setelah lebih 40
tahun penubuhannya, terdapat penambahan fungsi Unit Perancangan Ekonomi
oleh sebab perubahan yang dititikberatkan dalam polisi pembangunan.
Unit Perancang Ekonomi, Blok B5 & Blok B6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 3333. Faks: 03-8888 3755. Laman web: www.epu.gov.my

Malaysia 2014

145

Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia


(MAMPU)
Pada awal penubuhannya, MAMPU dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran
dan Perancangan Tenaga Manusia Malaysia. Pada tahun 1986, fungsi
perancangan tenaga manusia telah dipindahkan kepada beberapa agensi
lain dan selanjutnya fungsi MAMPU tertumpu khusus kepada pemodenan
tadbiran dan perunding cara pengurusan bagi Perkhidmatan Awam. Nama
rasminya pula ditukarkan kepada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia.
Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 3000.
Faks: 03-8888 3721. Laman web: www.mampu.gov.my

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)


UKAS telah ditubuhkan pada 22 April 2009 untuk terus menerajui agenda
pembangunan nasional dalam menggalakkan penglibatan dan pelaburan
sektor swasta melalui kerjasama awam swasta. UKAS merupakan sebuah
agensi pusat yang bertanggungjawab untuk merancang, menilai, menyelaras,
merunding dan memantau pelaksanaan projek-projek Kerjasama Awam Swasta
(Public Private Partnership - PPP). UKAS turut mengurus dan menilai projekprojek yang memerlukan pembiayaan daripada Dana Mudahcara, sebuah
dana yang diwujudkan khusus untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta
dan merapatkan jurang daya maju projek yang mempunyai impak strategik.
Bagi menggalakkan lagi transformasi ekonomi melalui kerjasama awam
swasta yang strategik, UKAS juga merupakan penyelaras bagi Projek-projek
Pembangunan Koridor di lima (5) wilayah iaitu: Wilayah Pembangunan Iskandar
Malaysia (IM), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai
Timur (ECER), Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan Koridor
Pembangunan Sabah (SDC).
Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, Seksyen Khidmat
Korporat, Aras 2-4,6,8-10 &14, Menara Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2,
62652 Putrajaya. Tel:03-8880 5800 Faks: 03-8880 5810 Laman web: www.ukas.gov.my

JABATAN/AGENSI
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Peranan APMM adalah berdasarkan Akta 633, di dalam Zon Maritim Malaysia
bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan,
kesejahteraan dan keselamatan, mencegah jenayah, menangkap dan
mendakwa pesalah-pesalah dan mengumpul risikan keselamatan. Zon Maritim

146

Malaysia 2014

Malaysia merangkumi perairan pedalaman (internal waters), laut wilayah,


pelantar benua, Zon Ekonomi Eksklusif dan perairan perikanan Malaysia serta
ruang udara di atas zon itu. Maritim Malaysia mengambil alih tugas Penyelaras
Mencari dan Menyelamat Maritim daripada Jabatan Laut Malaysia pada 6 Jun
2006.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tingkat 4-11, One IOI Square,
IOI Resort, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8995 7000 Faks: 03-8947 3601. Laman web:
www.mmea.gov.my

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)


BHEUU berperanan menyelia pentadbiran jabatan-jabatan di bawahnya dan
merancang pembangunan mahkamah serta mengkaji dan mencetus inisiatif
baru ke arah penambahbaikan sistem pentadbiran keadilan negara dengan
cekap, tepat dan berkesan.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Aras
4-7, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62692 Putrajaya. Tel: 03-8885 1000. Faks: 03-8885 1048/8885 1051.
Laman web: www.bheuu.gov.my

Jabatan Bantuan Guaman (JBG)


Jabatan Bantuan Guaman yang ditukar namanya daripada Biro Bantuan
Guaman berkuat kuasa pada 16 Januari 2010 berperanan memberi nasihat
secara lisan dalam semua perkara undang-undang, mewakili atau memberi
bantuan guaman dalam semua prosiding mahkamah di Malaysia sebagaimana
yang diperuntukkan dalam Jadual Kedua (bidang kuasa jenayah) dan Jadual
Ketiga (bidang kuasa sivil dan Syariah) Akta Bantuan Guaman 1971 kepada
golongan yang kurang berkemampuan. Jabatan ini turut menyediakan
khidmat pengantaraan bagi penyelesaian kes secara damai serta memberi
kesedaran undang-undang kepada masyarakat tentang hak mereka di sisi
undang-undang. JBG telah memberi peluang kepada golongan yang kurang
berkemampuan untuk mendapat akses kepada keadilan dengan sama rata
di sisi undang-undang selaras dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Jabatan Bantuan Guaman, Aras 1, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Presint
3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62692 Putrajaya. Tel: 03-8885 1000.
Faks: 03-8885 1829/1830/1831. Laman web: www.jbg.gov.my

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)


MdI merupakan sebuah agensi kerajaan yang diberi peranan untuk mentadbir
hal ehwal kes-kes kebankrapan serta hal ehwal seseorang bankrap. MdI juga
mentadbir syarikat yang telah digulungkan dan pertubuhan dan kesatuan
sekerja yang telah dibatalkan pendaftarannya. Aktiviti teras MdI melibatkan
pengzahiran dan penghasilan harta si bankrap, menentusahkan tuntutan yang

Malaysia 2014

147

difailkan oleh pemiutang dan seterusnya mengagihkan hasil yang diperoleh


kepada pemiutang.
Jabatan Insolvensi Malaysia, Aras 2 & 3, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62692 Putrajaya. Tel: 03-8885 1000. Faks: 03-8885 1303. Laman web:
www.insolvensi.gov.my

Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa


Bahagian ini berperanan untuk menerajui, menasihati dan menguruskan hal
ehwal istiadat protokol negara, pengurniaan darjah dan bintang kebesaran
negara, lawatan pembesar-pembesar luar negara dan pembesar-pembesar
dalam Negara dan persidangan antarabangsa dan pengurusan Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana
Menteri, Blok B3, Aras 5-6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502
Putrajaya. Tel: 03-8872 7201. Faks: 03-8890 2429. Laman web: www.istiadat.gov.my

Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan


(BKPP)
BKPP merupakan antara bahagian yang terawal wujud dalam JPM. Antara
fungsi utama bahagian ini ialah menguruskan Mesyuarat Jemaah Menteri,
urusan mesyuarat-mesyuarat tertinggi kerajaan dan urusan pelantikan di
bawah Perlembagaan Persekutuan dan urusan Parlimen.
Bahagian Kabinet Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP), Aras 4
Timur,Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502
Putrajaya.Tel: 03-8888 1957. Faks: 03-8889 3090. Laman web: www.kabinet.gov.my

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH)


Bahagian ini ditubuhkan pada tahun 1957 dan ketika itu ia dikenali sebagai
Pejabat Perumahan Kerajaan. Bidang tugas utama bahagian ini ialah
menguruskan kuarters, rumah peranginan, ruang pejabat dan promosi
gelanggang dan dewan.
Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri, Blok B3, Aras
4&7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya. Tel: 03-8880 0000.
Faks: 03-8888 3032. Laman web: www.bph.gov.my

Biro Pengaduan Awam (BPA)


BPA menjadi pusat tumpuan pengaduan awam dan bertanggungjawab bagi
melaksanakan sistem pengendalian pengaduan awam dengan fungsi-fungsi
seperti menerima aduan awam mengenai ketidakpuasan hati mereka terhadap
sebarang tindakan pentadbiran kerajaan dan menyiasat aduan awam yang
mempunyai asas. Sesuatu pertikaian akan diselesaikan secara sukarela, cepat,
sulit dan tanpa perlu kepada perbicaraan.

148

Malaysia 2014

Biro Pengaduan Awam, Aras 6, Blok B1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 5777. Faks: 03-8888 7778/3748. Laman web:
www.pcb.gov.my

Biro Tatanegara (BTN)


BTN berperanan untuk memupuk semangat patriotisme dan jati diri dalam jiwa
rakyat Malaysia. Selaras dengan Program Transformasi Negara, penganjuran
kursus, seminar dan aktiviti latihan anjuran BTN memberi fokus kepada
perubahan sikap peserta. BTN ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Program
Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan di Wisma Keramat, Kuala Lumpur. Selaras dengan keputusan
kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme
dan cinta akan negara dalam kalangan semua lapisan masyarakat termasuk
belia, pelajar, penjawat awam dan sektor swasta. Aktiviti BTN diperjelas dan
diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya
mereka mendokong usaha-usaha pembangunan dalam bidang seperti agama,
sosial, politik, ekonomi dan pendidikan. Sehingga kini BTN mempunyai 14
buah cawangan negeri dan 17 buah Kem Bina Negara serta sebuah akademi
iaitu Akademi Kenegaraan.
Biro Tatanegara (BTN), Aras 1, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 4600.
Faks: 03-8888 3458. Laman web: www.btn.gov.my

Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)


ILKAP berperanan meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan kualiti
perkhidmatan pegawai perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak
berkuasa tempatan yang terlibat dalam bidang kehakiman, perundangan, serta
penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan perkhidmatan yang adil,
cekap dan berkesan melalui latihan yang sistematik dan terancang.
Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP), Lot 5, Persiaran Universiti,
Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8924 3400.
Faks: 03-8926 1231 Laman web: www.ilkap.gov.my

Jabatan Audit Negara


Jabatan ini berperanan melakukan pemeriksaan, analisa dan penilaian yang
berterusan dan sistematik ke atas penyata kewangan, rekod, operasi dan
pentadbiran sesuatu organisasi bagi menentukan sama ada prinsip-prinsip am
perakaunan, polisi-polisi pengurusan dan prosedur dipatuhi.
Jabatan Audit Negara, No 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, 62518 Putrajaya.
Tel: 03-8889 9000. Faks: 03-8888 9703. Laman web: www.audit.gov.my

Malaysia 2014

149

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)


Antara peranan JKSM ialah menggubal dasar dan strategi untuk
mempertingkatkan penyelarasan prestasi organisasi Mahkamah Syariah di
negeri-negeri; menyelaras sistem perundangan Islam dan prosedur kehakiman
syariah bagi diterima pakai oleh negeri-negeri; dan mengawal dan menilai
program dan aktiviti-aktiviti Mahkamah Syariah negeri-negeri yang menerima
Skim Perkhidmatan Guna Sama Pegawai Syariah dan Skim Perkhidmatan
Guna Sama Kakitangan Mahkamah Syariah.
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Aras 2 & 3, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62677 Putrajaya. Tel: 03-8886 4800.
Faks: 03-8889 1627. Laman web: www.esyariah.gov.my

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP)


MSWP komited untuk memberi perkhidmatan dalam bidang pengurusan kes
mal, jenayah dan faraid yang berkualiti serta berusaha secara berterusan untuk
meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah
Persekutuan, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50676 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6205 7000 Faks: 03-6205 7200. Laman web: www.mswp.gov.my

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Sejak diwujudkan empat dekad yang lalu, JAKIM telah terlibat secara langsung
dalam pembangunan dan penyelarasan pengurusan hal ehwal Islam di
Malaysia. JAKIM telah berperanan penting dalam konteks perkembangan
dakwah Islamiah di Malaysia meliputi pembangunan dalam bidang dakwah,
pendidikan Islam, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, dakwah melalui media
penyiaran, dakwah melalui sambutan hari kebesaran Islam, dakwah media
cetak, dakwah bil hal, dakwah melalui teknologi maklumat dan komunikasi
serta dakwah melalui kesenian. JAKIM bekerjasama rapat dengan Jabatan
Agama Islam Negeri-negeri dalam hal ehwal penyeragaman dan penggubalan
undang-undang Syariah, penyelarasan penguatkuasaan undang-undang,
pembangunan pendidikan Islam, program tahfiz Al-Quran, pembangunan
fatwa, pemantapan aqidah ummah, pembangunan keluarga dan sosial,
pembangunan muamalat, pengurusan saudara Muslim, pengukuhan institusi
masjid, pembangunan halal dan pemerkasaan pentadbiran hal ehwal Islam.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 4-9 Blok D7, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62519 Putrajaya. Tel: 03-8886 4000. Laman web: www.islam.gov.my

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Antara peranan JAWI ialah memberi pendidikan serta menyediakan keperluan
guru yang mencukupi untuk mendidik anak-anak masyarakat Islam khususnya
di Wilayah Persekutuan; pengurusan kariah masjid yang lebih teratur;

150

Malaysia 2014

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato Seri Jamil Khir Baharom melancarkan buku
Mengenal Hakikat Syiah terbitan JAKIM dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada
18 September 2013

menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan; pengurusan saudara baru yang


lebih konsisten; pengurusan zakat, wakaf dan Baitulmal; dan penguatkuasaan
dan pendakwaan serta memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri
bermasalah.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kompleks Pusat Islam, Jalan
Perdana, 50519 Kuala Lumpur. Tel: 03-2274 9333. Faks: 03-2273 1575. Laman web:
www.jawi.gov.my

Parlimen Malaysia
Parlimen adalah lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan
aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Sebagai badan perundangan
tertinggi persekutuan, Parlimen terdiri daripada tiga komponen penting iaitu
Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Fungsi Parlimen
adalah menggubal, melulus dan meminda undang-undang persekutuan yang
boleh dikuatkuasakan di seluruh negara; memeriksa dasar-dasar kerajaan;
meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai
perkara-perkara nasional. Parlimen ditadbir oleh badan Sekretariat yang
diterajui oleh seorang penjawat awam yang digelar Ketua Pentadbir Parlimen
Malaysia.
Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen, 50680 Kuala Lumpur. Tel: 03-2072 1955. Faks:
03 2070 4676. Laman web: www.parlimen.gov.my

Jabatan Perangkaan Malaysia


Fungsi utama jabatan ini adalah mengumpul, mentafsirkan dan menyebar
perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan
dalam apa juga bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau bagi memenuhi
keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian dan lain-lain.

Malaysia 2014

151

Jabatan Perangkaan Malaysia, Blok C6, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan


Persekutuan, 62514 Putrajaya. Tel: 03-8885 7000. Faks: 03-8888 9248. Laman web:
www.statistics.gov.my

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional


Jabatan ini berperanan untuk memupuk kesefahaman dan toleransi melalui
jaringan dan interaksi sosial ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang
bersatu padu dan beridentiti nasional.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri), Aras
7-10, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.
Tel: 03 8883 7000 Faks: 03 8888 8584 Laman web: www.jpnin.gov.my

Jabatan Peguam Negara


Antara fungsi jabatan ini ialah memberi khidmat nasihat kepada kerajaan
Persekutuan dan kerajaan negeri mengenai semua perkara perundangan;
mengendalikan pendakwaan dan memberi nasihat serta arahan pendakwaan
kepada semua agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan; dan
memberi khidmat nasihat dan mewakili Kerajaan Persekutuan dalam semua
prosiding sivil.
Jabatan Peguam Negara, No. 45, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
Tel: 03-8872 2000. Faks: 03-8890 5609. Laman web: www.agc.gov.my

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)


Penubuhan jabatan ini bertujuan untuk memastikan bahawa pentadbiran harta
wakaf, zakat dan urusan haji/umrah di seluruh negara lebih tersusun, sistematik
dan berkesan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan
kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Aras 7 Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8883 7400. Faks: 03-8883 7406. Laman
Web: www.jawhar.gov.my

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah


LPKP Sabah ditubuhkan di bawah Seksyen 5 Akta LPKP 1987 (Akta 334)
yang bertanggungjawab untuk melaksana dan menguatkuasa Akta LPKP
1987 (Akta 334) dan kaedah-kaedah yang telah diperuntukkan di bawahnya.
Sebelum ini LPKP Sabah dikenali sebagai Lembaga Pelesenan Pengangkutan
Jalan (LPPJ) Sabah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 105(1A) Ordinan
Lalulintas 1958. Mulai 1987 LPPJ Sabah mula dikenali sebagai Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah. Sejak 2004, LPKP Sabah
diletakkan dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
dan selepas rombakan Kabinet pada 9 April 2009, LPKP kemudian diletakkan
dibawah Jabatan Perdana Menteri.

152

Malaysia 2014

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Tingkat 4, Blok C & D,


Kompleks KWSP, 49 Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu Sabah Tel: 088-236244
Faks: 088-238144 Laman web: www.lpkpsabah.gov.my

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak


Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah ditubuhkan di
bawah Seksyen 3, Akta LPKP 1987 (Akta 334) dan bertanggungjawab untuk
melaksana dan menguatkuasakan Akta LPKP 1987 (Akta 334) dan kaedahkaedah yang telah diperuntukkan di bawahnya. Sebelum ini, LPKP Sarawak
dikenali sebagai Lembaga Pelesenan Pengangkutan Jalan (LPPJ) Sarawak yang
ditubuhkan di bawah Seksyen 105, Ordinan Lalulintas 1958. Pada tahun 1984,
LPPJ Sarawak telah diletakkan di bawah Kementerian Perusahaan Awam dan
mula dikenali sebagai Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak
mulai tahun 1987. LPKP Sarawak mempunyai 2 pejabat cawangan iaitu Zon
Utara di Miri dan Zon Tengah di Sibu.
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Lot 421-422, Jalan
Nanas, 93400 Kuching Sarawak. No. Tel: 082-412 033 No. Faks: 082-256 757 Laman
web: www.lpkpsarawak.gov.my

Majlis Keselamatan Negara


Agensi ini bertanggungjawab dalam mengurus dan mengkoordinasi pelaksanaan
dasar-dasar berkaitan keselamatan negara termasuk ancaman keganasan,
pendatang tanpa izin, pelarian, keselamatan maritim, pelanunan, ketenteraman
awam dan pengurusan bencana. Selain isu ancaman keselamatan tradisional,
isu ancaman bukan tradisional juga menjadi antara fokus utama agensi
ini berikutan perkembangan semasa global yang melibatkan keselamatan
makanan, tenaga dan siber.
Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Aras LG & G, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.
Tel: 03-88726817. Faks: 03-88883021. Laman web: www.mkn.gov.my

Pejabat Perdana Menteri


Pejabat ini berperanan menjalankan staff functions dan tugas-tugas mengenai
bidang-bidang tertentu yang diarahkan oleh Perdana Menteri; menguruskan
rancangan kerja dan pengurusan pejabat; menyedia dan menyelaras penyediaan
ucapan, kata-kata aluan dan lain-lain bentuk penyataan oleh Perdana Menteri
dan menjamin liputan media massa yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti Perdana
Menteri.
Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8888 8000. Faks: 03-8888 3444.
Laman web: www.pmo.gov.my

Malaysia 2014

153

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia


Fungsi utama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan ialah menyedia
dan mengeluarkan peraturan keselamatan perlindungan; memberi khidmat
nasihat keselamatan perlindungan daripada aspek fizikal, dokumen, personel,
dan keselamatan ICT; dan menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Keselamatan
Jabatan-jabatan Kerajaan.
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Aras 1 dan 2, Blok B7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 6000.
Faks: 03-8888 3258. Laman web: www.cgso.gov.my

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Pejabat ini berperanan antaranya sebagai penasihat D.Y.M.M. Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan dalam perkara-perkara
berkaitan Islam yang meliputi semua aspek termasuk akidah, syariah, ibadah,
sosial, ekonomi, kewangan dan isu-isu semasa; menjadi pusat maklumat yang
sistematik berkaitan kefatwaan di Wilayah Persekutuan; dan mengeluarkan
panduan-panduan kefatwaan untuk masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan
terutamanya berkaitan dengan masalah semasa yang sangat memerlukan
panduan yang lengkap dan jelas.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, Tkt.10, Menara Pusat
Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur. Tel: 03-2272 3137. Faks: 03-2272 3126.
Laman Web: www.muftiwp.gov.my

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan


Pejabat ini berperanan memastikan khidmat sokongan perundangan adalah
cekap dan berkesan untuk membolehkan mahkamah menyelesaikan kes
dengan lancar dan memastikan mahkamah mempunyai sumber manusia,
kewangan, kemudahan fizikal, peralatan dan perkhidmatan teknologi maklumat
yang mencukupi serta sesuai untuk melaksanakan fungsi dan tugasnya.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506
Putrajaya. Tel: 03-8880 3500. Faks: 03-8880 3886. Laman web: www.kehakiman.gov.my

Jabatan Perdana Menteri


Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini dikenali sebagai Pentadbiran Am,
JPM telah disusun semula menjadi sembilan bahagian iaitu Bahagian Inovasi
& Pengurusan Sumber Manusia (BIPSM), Bahagian Kewangan (B.Kew),
Bahagian Pembangunan (B.Pemb), Bahagian Akaun (BA), Bahagian Khidmat
Pengurusan (BKP), Bahagian Audit Dalam, Unit Komunikasi Korporat (UKK),
Bahagian Pengurusan Acara & Pejabat Penasihat Undang-Undang. Kesemua
sembilan bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan
Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh dua Timbalan Ketua Setiausaha
iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Timbalan Ketua Setiausaha
Kewangan dan Pembangunan.

154

Malaysia 2014

Jabatan Perdana Menteri, Blok B8, Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8000 8000 Faks : 03-8888 3904. Laman web:
www.jpm.gov.my

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PPMBR)


Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja adalah Urus Setia kepada Majlis
Raja-Raja. Ia diwujudkan pada tahun 1948 menurut kehendak Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu berkuatkuasa pada 1 Februari 1948. Kini PPMBR
ditadbir urus oleh 13 orang anggota yang terdiri daripada dua anggota
pengurusan terdiri daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang dilantik
menurut Jadual V Perlembagaan Persekutuan selaku Ketua Jabatan dan dibantu
oleh seorang Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja serta sebelas pegawai lain
yang dilantik oleh Kerajaan. Antara fungsi PPMBR ialah menyelaras Mesyuarat
Majlis Raja-Raja dan mengurus hal-hal perlantikan seperti yang termaktub
dalam Pelembagaan Persekutuan.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Malaysia, Majlis Raja-Raja, 482, Jalan Bukit Petaling, 50682 Kuala Lumpur. Tel: 03-2141
7270 / 03-2142 4947 Faks: 03 - 2142 2080 Laman web: www.majlisraja-raja.gov.my

Pejabat Urusetia Bekas Perdana Menteri


Pejabat ini menjadi rujukan utama bagi mendapatkan segala maklumat
mengenai bekas-bekas Perdana Menteri selain merupakan pusat utama bagi
penyelidikan kepimpinan di Malaysia.
Yayasan Kepimpinan Perdana, No. 1, Jalan P8H, Presint 8, 62250 Putrajaya. Tel:
03-8885 8900 Faks : 03-8889 1166 Laman web: www.perdana.org.my

Pejabat Seranta FELDA


Pejabat Seranta FELDA telah ditubuhkan pada Mei 1981. Seranta bermaksud
pegawai yang tugasnya mewujudkan dan memelihara hubungan baik
antara organisasi/institusi yang dianggotainya dengan orang ramai serta
meningkatkan imej organisasi/institusi yang berkenaan. Seranta berperanan
memantau, menyampai, melapor dan menggerak program bagi menyalur
maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan. Antara bidang tugas unit ini ialah
memantau sosiopolitik warga FELDA yang keseluruhannya berjumlah hampir
1.35 juta orang.
Pejabat Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri, Aras 2, Blok Barat, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 4444/4434 Faks:
03-8888 6632 Laman web: www.serantajpm.gov.my

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah


Peranan dan tanggungjawab Setiausaha Persekutuan Sabah ditumpukan
kepada dua aspek utama iaitu untuk bertindak sebagai saluran antara kerajaan
negeri dan kerajaan persekutuan serta sebagai pemudah cara pelaksanaan
projek-projek pembangunan persekutuan.

Malaysia 2014

155

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Kompleks


Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Beg Berkunci No. 2063, Jalan UMS, 88400
Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088 488881/488887 Faks: 088-488889. Laman Web: www.
psupsabah.gov.my

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak


Peranan dan tanggungjawab Setiausaha Persekutuan Sarawak adalah
mengukuhkan perhubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta
pemudahcara bagi pelaksanaan projek pembangunan persekutuan serta
mengurus Bangunan dan Kuarters Gunasama Persekutuan.
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Tingkat
17, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak Tel: 082417733 Faks: 082-419452 Laman web: www.supsrwk.gov.my

Bahagian PERMATA
Bahagian PERMATA melaksanakan program-program PERMATA yang
berfokuskan kepada pelaksanaan program pembangunan aspek pendidikan
awal kanak-kanak, pendidikan pelajar pintar, cerdas dan berbakat, pendidikan
intervensi kanak-kanak autisme dan pembangunan keupayaan kendiri remaja.
Program PERMATA bersifat complementary dan supplementary kepada sistem
pendidikan sedia ada.
Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri, W101, Tingkat 1, Blok 3440, Enterprise
Building 1, Jalan Teknokrat 3. 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8319
4000. Faks: 03-8319 4001. Laman web: www.permata.jpm.my

Unit Kawal Selia FELDA


Pada 30 Jun 2004, Unit Kawal Selia FELDA ditubuhkan dan diletakkan di
bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri. Unit Kawal Selia FELDA
berperanan menyediakan khidmat kawal selia yang berkualiti dan penuh
kebertanggungjawaban kepada Perdana Menteri untuk beliau melaksanakan
tanggungjawab perundangan dan membuat keputusan dasar yang berhemah
bagi manfaat warga FELDA. Antara tanggungjawab Unit Kawal Selia FELDA
adalah menyediakan dan mengemukakan kepada Perdana Menteri nota
mengenai pembangunan sosioekonomi warga FELDA. Dalam tahun 2013,
sebanyak 45 nota mengenai pembangunan sosioekonomi warga FELDA telah
disediakan dan dikemukakan kepada Perdana Menteri.
Unit Kawal Selia FELDA, Blok B3, Aras 4,Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan,62502 Putrajaya. Tel: 03-8872 4806. Faks: 03-8888 0734.
Laman web: www.uksf.gov.my.

Unit Perlaksanaan dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU)


PEMANDU ditubuhkan pada 16 September 2009 bertujuan untuk menyelia
pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah cara, menyokong penyampaian

156

Malaysia 2014

dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (PTK) dan Program


Transformasi Ekonomi (ETP). PEMANDU diberi mandat untuk menjadi
pemangkin perubahan yang berani dalam penyampaian sektor awam dan sektor
swasta, menyokong kementerian dalam proses perancangan, penyampaian
dan menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan kemajuan
kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri.
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri, Aras
3, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan, 62502
Putrajaya Tel: 03-88727237 Faks: 03 8888 7107 Laman web: www.pemandu.gov.my

Bahagian Perlindungan (BPJPM)


BPJPM mula beroperasi sejak 15 April 2010 dan ditubuhkan selaras dengan
Akta Perlindungan Saksi 2009 yang telah diluluskan di Parlimen pada 30
April 2009. Akta ini disasarkan kepada saksi yang terancam dan memohon
menyertai Program Perlindungan Saksi yang diwujudkan di bawah akta ini.
BPJPM berperanan mengatur atau memberi perlindungan keselamatan dan
kebajikan serta memastikan keselamatan semua dokumen dan maklumat
berkaitan saksi terjamin dan dilindungi sewajarnya. Visi BPJPM adalah untuk
menjadi agensi ulung yang menyumbang kepada keutuhan sistem pentadbiran
keadilan jenayah negara manakala misinya untuk menguruskan program
perlindungan saksi secara komited berdasarkan kepada kehendak undangundang, masyarakat dan negara.
Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, Karung Berkunci No.204, Pusat Pos
Laju Bandar Baru Bangi,Pos Malaysia Berhad,No.24, Jalan P10/16, Taman Industri
Selaman, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Tel: 03-8947 7800 Faks: 03-8948 3323
Laman web: www.ups.gov.my

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP)


PPTGWP yang pada awalnya dikenali sebagai Pejabat Pengarah Tanah Dan
Galian Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) mengambil alih tanggungjawab
sepenuhnya pentadbiran tanah Wilayah Persekutuan pada 1975 apabila
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1 Februari 1974.
PPTGWP sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan
dan Kesejahteraan Bandar bermula 2007. Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah
Persekutuan Labuan juga diletakkan di bawah pentadbiran PPTGWP berikutan
penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan pada 16 April 1984. Pejabat Tanah
Dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya pula diletakkan di bawah PPTGWP
bermula 27 November 2008.
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan, Aras G-4, Rumah
Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin, 50678 Kuala Lumpur. Tel: 03-2610 3300.
Faks: 03-2610 3499. Laman Web: www.ptgwp.gov.my

Malaysia 2014

157

BADAN BERKANUN
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada
1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956. Antara fungsi FELDA
yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah menjalankan
dan melaksanakan projek pembangunan tanah; memaju, memudah dan
melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial,
pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan
yang lain di kawasan FELDA; dan melaksanakan kegiatan yang dapat
membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan FELDA.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Wisma FELDA, Jalan Perumahan
Gurney, 54000 Kuala Lumpur. Tel: 03-2693 5066. Faks: 03-2692 0087. Laman web:
www.felda.net.my

Lembaga Tabung Haji (TH)


Sejarah penubuhan TH bermula dengan penubuhan Perbadanan Wang
Simpanan Bakal-bakal Haji pada November 1962, dan beroperasi pada 30
September 1963. Tabung Haji beroperasi berlandaskan kepada tiga aktiviti
utama iaitu tabungan, pelaburan dan operasi Haji. Kini TH telah menjadi antara
Institusi Kewangan Islam terunggul yang menguruskan Dana Islam terbesar
negara melebihi RM41billion. Visi dan misi TH adalah untuk terus berusaha
memperkasakan ekonomi umat Islam di Malaysia dengan memanfaatkan dana
dan sumber sedia ada.
Lembaga Tabung Haji, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Kuala Lumpur, Jalan
SS6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ihsan. Tel: 03 7874 1033.
Faks: 03-7877 1414. Laman web: www.tabunghaji.gov.my

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)


PERDA telah ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta Lembaga Kemajuan
Wilayah Pulau Pinang, Akta 282. Penubuhannya bermula dengan satu
cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan
Pertanian Pulau Pinang (PADA) pada 3 Mac 1982 dan Kertas Kerja tersebut
dibentangkan pada 1 Disember 1982 kepada Jemaah Menteri. Kini, PERDA
berperanan memajukan, menggalakkan, membantu dan mengusahakan
pembangunan ekonomi dan sosial, pembangunan tempat tinggal, pertanian
dan perindustrian dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), No. 1, Lorong Kampung Gajah
2, Jalan Kampung Gajah, 12200 Butterworth, Pulau Pinang. Tel: 04-3141 100. Faks:
04-310 3178.Laman web: www.perda.gov.my

158

Malaysia 2014

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)


MAIWP ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal
Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di
bawah kerajaan negeri Selangor. MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab
menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya setelah keduaduanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April
1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhan MAIWP dinyatakan melalui peruntukan
di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pentadbiran Undang-Undang
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]. Bidang kuasa MAIWP
adalah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan
semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam WilayahWilayah Persekutuan.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat) Aras 1,7,9-11, Bangunan
PERKIM No. 150, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur Tel : 03- 4047 9444 Faks : 03- 4044
9444 Laman web: www.maiwp.gov.my

Agensi Inovasi Malaysia (AIM)


AIM adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan menerusi
Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010 yang diwujudkan bagi memulai penjanaan
kekayaan menerusi pengetahuan, teknologi dan inovasi, serta merangsang
dan membangunkan ekosistem inovasi di Malaysia dalam menuju Wawasan
2020.
Agensi Inovasi Malaysia, 3501, Aras 3, Bangunan Quill 3, Jalan Teknokrat 5, 63000
Cyberjaya Tel: 03-83193116 Faks: 03-83193499 Laman web: www.innovation.my

AGENSI DI BAWAH AKTA SYARIKAT


Institut Integriti Malaysia (IIM)
IIM ditubuhkan bagi menggerak, menyelaras dan memantau pelaksanaan
agenda Integriti Nasional melalui pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN).
Penubuhan IIM diumumkan secara rasmi pada 23 April 2004 oleh Perdana
Menteri Malaysia yang kelima YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Antara peranan yang dipikul oleh IIM ialah; mengendalikan penyelidikan
berkaitan dengan integriti; menganjurkan persidangan, seminar, forum dan
latihan; menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan bercetak; melaksanakan
program-program latihan dan pendidikan; dan mengemukakan perakuanperakuan dasar bagi meningkatkan integriti dan etika.
Institut Integriti Malaysia (IIM), Menara Integriti, Persiaran Tunku Syed Sirajuddin off
Jalan Tunku Abdul Rahman 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-6209 2000 Faks: 03-6203
1005. Laman web: www.iim.com.my

Malaysia 2014

159

Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)


MIGHT telah ditubuhkan sebagai sebuah organisasi yang bebas, yang
dipacu oleh industri dan bukan keuntungan pada tahun 1993 dan secara
rasmi ditubuhkan sebagai syarikat berhad dengan jaminan pada 15 Oktober
1994. Antara tahun 2004 dan 2010 MIGHT diletakkan di bawah bidang
kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, tetapi pada tahun 2011 ia
telah dipindahkan di bawah tanggungjawab Penasihat Sains kepada Perdana
Menteri. Di bawah naungan YAB Perdana Menteri Malaysia, MIGHT ditadbir oleh
Lembaga Pengarah, diterajui melalui pengerusian bersama antara personaliti
terkemuka sektor swasta dan Penasihat Sains kepada Perdana Menteri. Fungsi
teras MIGHT kekal sebagai pembina konsensus melalui platform think-tank
untuk memanfaatkan teknologi tinggi untuk aplikasi perniagaan dan komersial.
Malaysian Industry-Government Group for High Technology, 3517, Jalan Teknokrat
5, 63000 Cyberjaya, Selangor Tel: 03-8315 7888 Faks: 03-8312 0300 Laman web:
www.might.org.my

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)


TalentCorp Malaysia telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 2011 di
bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membentuk dan memudahkan inisiatif
dalam usaha menangani ketersediaan tenaga kerja mahir sejajar dengan
keperluan transformasi ekonomi negara. TalentCorp menjalankan kerjasama
erat dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan dan majikan dalam sektor
keutamaan ekonomi. Selain itu, TalentCorp Malaysia turut membangunkan
inisiatif yang didorong oleh permintaan untuk meningkatkan kebolehpasaran
graduan, menggalakkan kepelbagaian modal insan, mengadakan pembabitan
rakyat Malaysia di luar negara dan memudahcarakan urusan modal insan asing.
Talent Corporation Malaysia Berhad, Aras 6, Surian Tower, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara
Damansara, 47810 Petaling Jaya. Cawangan: Business Suite 6 & 7, Aras 1, Galeria
PJH, Lot 29, Jalan P4W, Presint 4, Persiaran Perdana, 62100 Putrajaya. Tel: 03-8892
3800 Faks: 03-8892 3801 Laman web: www.talentcorp.com.my

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)


TERAJU ditubuhkan sebagai satu unit strategik di Jabatan Perdana Menteri
bertujuan meneraju, memacu dan menyelaras Agenda Bumiputera sebagai
sebahagian Pelan Transformasi Negara. TERAJU melapor terus kepada
YAB Perdana Menteri dan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang
dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai oleh menterimenteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Misi utama TERAJU
yang ditubuhkan pada 2 Februari 2011 dan dilancarkan secara rasmi pada 8
Februari 2011 ialah untuk memastikan Bumiputera diwakili secara seimbang
dalam pekerjaan berpendapatan tinggi, pemilikan syarikat besar dan dalam
sektor-sektor pertumbuhan tinggi ekonomi menjelang 2020. Pada 26

160

Malaysia 2014

November 2011, Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera dilancarkan


dan ia menjadi asas transformasi ekonomi Bumiputera.
Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Aras 5, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, 47810 Selangor Darul Ehsan Tel: 03 7839 8000 Faks: 03 7839
8100 Laman web: www.teraju.gov.my

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


IKIM didaftarkan sebagai Syarikat Berhad dengan jaminan di bawah Akta
Syarikat 1965 pada 14 Syaban 1412H bersamaan 18 Februari 1992 dan
pelancarannya disempurnakan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Penubuhan IKIM bertujuan untuk
membetulkan imej Islam yang dikaitkan dengan ciri-ciri keganasan, kemunduran,
kemiskinan dan konservatisme serta meningkatkan kefahaman kepada umum
bahawa Islam mendukung kebenaran, dinamik dan muhibah. Selaras dengan
itu, sebagai institusi penyelidikan dan pemikir, IKIM melaksanakan kegiatankegiatan seperti penyelidikan dan perundingan, menganjurkan persidangan,
seminar, forum, dan dialog, menerbitkan buku dan jurnal serta menyebarkan
kefahaman Islam melalui radio IKIMfm, internet TV IKIM (www.tvikim.my) dan
penulisan artikel di akhbar-akhbar.
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2 Langgak Tunku, off Jalan Duta, 50480 Kuala
Lumpur. Tel: 03-62046 200 Faks:03-6201 4189 Laman web: www.ikim.gov.my

Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menunjukkan tiket bas yang dibeli selepas
merasmikan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 15 April 2013

Malaysia 2014

161

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Sebelum Pembentangan Bajet 2014, Putrajaya

Kompleks Kementerian Kewangan


No. 5 Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 WP Putrajaya
Tel
Faks
Laman Web

162

Malaysia 2014

: 03-8000 8000
: 03-8882 9099
: www.treasury.gov.my

MENTERI

YAB Dato Sri Mohd


Najib Bin Tun Haji
Abdul Razak

YB Dato Seri Haji


Ahmad Husni Bin
Mohamad Hanadzlah

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Haji Ahmad


Bin Maslan

YB Datuk Chua
Tee Yong

Kita tahu dalam dunia yang berubah ini, kita bukan sahaja
melihat perubahan dunia secara holistik, sebaliknya
juga dari segi akauntabiliti kita kepada tugas dan
tanggungjawab perlu tinggi, kerana kita mahu keupayaan
sektor kerajaan dipertingkat dan diperkukuhkan
Dato Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Menteri Kewangan II

Malaysia 2014

163

PENGENALAN
Kementerian Kewangan bertanggungjawab memastikan dasar kewangan dan
bajet negara mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi mapan. Ia
berfungsi merumus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan fiskal untuk
menjamin kecekapan dalam pembahagian dan pengurusan sumber-sumber
kewangan kerajaan, di samping merumus dan mengawal dasar-dasar berkaitan
perkhidmatan kontrak dan bekalan serta pinjaman perumahan kerajaan. Selain
itu, kementerian juga menyediakan perkhidmatan yang meliputi segala aspek
operasi, prosedur dan prinsip-prinsip perakaunan bagi agensi kerajaan.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Pengurusan dan Prospek Ekonomi
Operasi Fiskal
Kerajaan terus komited untuk mengukuhkan lagi kewangan sektor awam,
walaupun berhadapan dengan ketidakpastian dan cabaran persekitaran
luar. Sumber fiskal akan digunakan secara berhemat untuk mengekalkan
momentum pertumbuhan dan menyokong usaha bersepadu dalam
mempercepatkan transformasi ekonomi jangka panjang. Walaupun terdapat
komitmen perbelanjaan tambahan pada 2013, terutamanya subsidi bahan
api dan peluasan pemberian tunai, defisit fiskal dijangka berkurangan kepada
4.0% daripada KDNK (2012: -4.5%) dengan nisbah hutang kepada KDNK
pada 54.8%. Defisit ini akan dibiayai melalui sumber domestik memandangkan
terdapat mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewangan. Jumlah
perbelanjaan kerajaan dijangka lebih tinggi sebanyak 3.5% kepada RM261.3
bilion, disokong oleh peningkatan prestasi hasil dan pengurusan perbelanjaan
yang lebih baik. Kecergasan aktiviti pelaburan yang mampan, penggunaan
swasta yang berdaya tahan dan harga komoditi yang stabil dijangka
meningkatkan hasil kerajaan persekutuan sebanyak 6% kepada RM220.4
bilion, justeru mengukuhkan lagi kedudukan fiskal.
Beberapa inisiatif utama telah dilaksanakan untuk memperkukuh kewangan
sektor awam serta memastikan kemampanan fiskal dan kestabilan
makroekonomi jangka panjang negara. Penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal
(FPC) telah diumumkan pada pertengahan 2013 untuk menyediakan panduan
yang lebih menyeluruh serta menetapkan hala tuju pengurusan fiskal negara.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dianggotai oleh
beberapa menteri kabinet dan ketua agensi pusat utama. Sejak ditubuhkan,
FPC telah bermesyuarat beberapa kali bagi membincangkan cadangan untuk
memastikan dan mengambil langkah yang berhemat bagi menangani cabaran
fiskal dalam tempoh terdekat dan jangka panjang. Memandangkan kepentingan

164

Malaysia 2014

ini, FPC telah menegaskan sekali lagi komitmen kerajaan untuk mencapai
defisit fiskal hampir 3% daripada KDNK pada 2015 dan bajet berimbang pada
2020. Urusan FPC disokong oleh Pejabat Dasar Fiskal (FPO) di Kementerian
Kewangan sebagai sekretariat teknikal. FPO juga berperanan dalam membuat
analisis berkaitan penggubalan polisi dan strategi fiskal; rangka kerja fiskal
jangka sederhana; penilaian risiko fiskal dan pengurusan hutang.
Perkembangan Monetari dan Kewangan
Dalam tempoh lapan bulan pertama 2013, dasar monetari memberi tumpuan
untuk menyokong pertumbuhan dalam persekitaran ekonomi global yang
terus lemah dan tidak menentu. Dengan kadar inflasi yang terus rendah, kadar
Dasar Semalaman dikekalkan pada 3.00% dan keperluan rizab Berkanun pada
4.00%.
Walaupun ekonomi domestik terjejas disebabkan oleh persekitaran luar
yang berterusan lemah, pembiayaan melalui institusi kewangan dan pasaran
modal terus berkembang tetapi pada kadar sederhana untuk menyokong
pengembangan aktiviti ekonomi bagi tempoh tujuh bulan pertama 2013.
Seterusnya, pasaran kewangan global mengalami peningkatan volatiliti pada
suku kedua 2013 disebabkan oleh ketidaktentuan dalam pelarasan dasar
monetari di negara maju. Walau bagaimanapun, ketika volatiliti dalam pasaran
kewangan global dan domestik meningkat, sistem kewangan domestik kekal
berdaya tahan dengan institusi kewangan yang teguh serta mempunyai
permodalan kukuh dan pengantaraan kewangan terus berfungsi secara
berkesan untuk menyokong aktiviti ekonomi domestik. Pada akhir Ogos 2013,
sistem perbankan mencatatkan tahap nisbah modal ekuiti biasa kumpulan 1
pada 12%, nisbah modal kumpulan 1 pada 12.8% dan nisbah jumlah modal
pada 14.1%. Tahap ini adalah jauh melebihi tahap minimum kawal selia di
bawah rangka kerja kecukupan modal Basel III yang telah dilaksanakan mulai
1 Januari 2013.
Pencapaian Strategik Bajet 2013
Penggubalan Bajet 2013 dengan tema Memakmur Negara, Mensejahtera
Rakyat: Sebuah Janji Ditepati menunjukkan keazaman kerajaan untuk menjana
kekayaan negara, serta meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat
dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pelaksanaan
perbelanjaan berhemat bagi mengurangkan defisit fiskal. Lima bidang
fokus telah dikenal pasti dalam Bajet ini iaitu merangsang aktiviti pelaburan;
memperkasa pendidikan dan latihan; membudaya inovasi dan meningkat
produktiviti; konsolidasi fiskal dan mempercekap penyampaian perkhidmatan
awam; serta mensejahterakan rakyat.

Malaysia 2014

165

Pembentangan Bajet 2014


Bajet 2014 yang dibentangkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak,
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bertemakan Memperteguh Ketahanan
Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji telah memberikan
lima fokus utama iaitu merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal,
mengungguli modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar
serta mensejahtera kehidupan rakyat. Ia telah melibatkan peruntukan berjumlah
RM264.2 billion meliputi RM217.7 billion untuk perbelanjaan mengurus dan
RM46.5 billion bagi perbelanjaan pembangunan.
Majlis Pelancaran Global Entrepreneurship Summit (GES) 2013
Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Pelancaran Global
Entrepreneurship Summit (GES) 2013 yang keempat pada 11-12 Oktober 2013
bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) selepas yang pertama
diadakan di Washingon DC, Amerika Syarikat (26-27 April 2010), Istanbul,
Turki (3-6 Disember 2011) dan Emiriah Arab Bersatu (11-12 Disember 2011).
Agenda utama persidangan GES ini diadakan adalah untuk mempromosikan
kepentingan keusahawanan sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi dalam
memacu inovasi.
JABATAN/AGENSI
Perbendaharaan Malaysia
Perbendaharaan Malaysia berfungsi menggubal dan melaksanakan dasar
fiskal kewangan dan ekonomi bagi mempertingkat pengagihan serta
pengurusan sumber kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Ia juga menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tata cara sistem
pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dilaksanakan oleh semua
Jabatan/Agensi Kerajaan. Selain itu, Perbendaharaan Malaysia menyediakan
belanjawan tahunan, memantau pelaksanaan belanjawan tahunan,
mendapatkan pinjaman bagi pihak Kerajaan dan memberi pinjaman kepada
agensi-agensi Kerajaan, sektor swasta bagi projek-projek penswastaan dan
kakitangan Kerajaan, menubuh dan menyusun semula syarikat-syarikat milik
Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Perbendaharaan Malaysia juga
turut memantau syarikat-syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Menteri
Kewangan Diperbadankan agar diurus dengan berkesan serta menggubal dan
mentadbir dasar-dasar berkaitan dengan pengurusan perolehan Kerajaan. Ia
juga berperanan memberi kelulusan kepada perolehan Kerajaan yang besar
nilainya dan menyertai dalam proses perolehan di agensi-agensi Kerajaan
lain. Selain itu, Perbendaharaan Malaysia turut menggubal dasar-dasar
dan menguruskan pinjaman perumahan bagi kakitangan sektor awam dan
menerima, memantau aduan-aduan terhadap aktiviti-aktiviti berkaitan dengan
Perbendaharaan dan menyelesaikannya.

166

Malaysia 2014

Perbendaharaan Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 5 Persiaran Perdana,


Presint 2, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62592 WP Putrajaya, Tel: 03-8000
8000, Fax: 03-88829099. Laman web: www.treasury.gov.my

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)


JANM diwujudkan di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia
mencapai kemerdekaan. JANM sebagai pemberi perkhidmatan perakaunan dan
kewangan Sektor Awam sentiasa konsisten untuk memberikan perkhidmatan
yang terbaik dan memuaskan kepada pelanggan selaras dengan tagline
Excellent Accounting @ Your Service.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 1, Persiaran
Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya. Tel: 03-8882 1000 Faks: 03-8889 5821 Laman
web: www.anm.gov.my

Jabatan Kastam Diraja Malaysia


Jabatan ini berperanan sebagai pemungut hasil negara yang
menjejaskan prestasi perindustrian negara. Pada masa yang
pencegahan, terutama menghalang kemasukan anasir-anasir
boleh mengancam keselamatan negara ataupun meruntuhkan
dilaksanakan secara berterusan.

utama tanpa
sama, tugas
negatif yang
moral rakyat,

Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Aras 7 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan,


No.3, Persiaran Perdana, Presint 2, 62596 Putrajaya. Tel: 03-8882 2300/500
Faks: 03-8889 5884 Laman web: www.customs.gov.my

Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH)


JPPH bermula sebagai Bahagian Penilaian di Perbendaharaan Malaysia pada
1 Jun 1957. Visi JPPH untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dalam
memberi perkhidmatan penilaian harta tanah dan maklumat harta tanah
menjelang tahun 2015. Bagi mencapai visi dan misi Jabatan, JPPH telah
mengenal pasti objektif-objektif seperti memberi perkhidmatan penilaian,
informasi dan penyelidikan yang berkualiti secara berterusan, memperluaskan
perkhidmatan penilaian dan perkhidmatan harta di agensi-agensi kerajaan,
menjadikan JPPH bertanggungjawab ke atas pengurusan aset kerajaan dan
mewujudkan Pusat Kajian Lanjutan Harta Tanah yang diiktiraf.
Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia, Aras 9,
Perbendaharaan 2, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2, 62592 Putrajaya. Tel: 03-8886
9000 Faks: 03-8886 9001 Laman web: www.jpph.gov.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)


LHDNM adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan
yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.
LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan

Malaysia 2014

167

dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.


Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia
diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam
Negeri Malaysia (LHDNM). Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan
pentadbiran cukai langsung di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta
Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah
1976, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Setem 1949 dan Akta Cukai
Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Tingkat 18, Menara Hasil, Persiaran Rimba
Permai, 63000 Cyberjaya, Selangor. Tel: 03-83138888. Faks: 03-83137801/83137806
Laman web: www.hasil.org.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


KWSP adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang
menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited
dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik
pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi
panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi
yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap
dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar. KWSP akan terus
memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi
negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka
di Malaysia.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350
Kuala Lumpur Tel: 03-8922 6000 Faks: 03-89226222 Laman web: www.kwsp.gov.my

Khazanah Nasional Berhad


Khazanah Nasional merupakan syarikat pemegang pelaburan milik Kerajaan
yang diberi kuasa sebagai pelabur strategik kerajaan di dalam industri dan
pasaran baru. Sebagai pemegang amanah aset komersil negara, matlamat
utama Khazanah adalah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan
menjalankan pelaburan strategik bagi pihak kerajaan yang kemudiannya
akan menyumbang kepada pembangunan negara. Khazanah Nasional
dipertanggungjawab membangunkan industri strategik terpilih di Malaysia
serta menyokong perkembangannya dengan objektif memajukan kepentingan
ekonomi jangka panjang negara. Khazanah Nasional memiliki pelaburan dalam
lebih 50 syarikat besar daripada pelbagai industri, baik di Malaysia mahu pun
di luar negara. Khazanah juga diamanahkan untuk menerajui pembentukan
nilai pemegang saham, pemerolehan keefisienan dan mempertingkatkan
penguasaan korporat bagi syarikat kawalan kerajaan yang juga dikenali sebagai
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

168

Malaysia 2014

Khazanah Nasional Berhad, Aras 33, Menara 2, Menara Berkembar Petronas, Kuala
Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur. Tel: 03-2034 0000. Faks: 03-2034 0300.
Laman web: www.khazanah.com.my

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)


LADA ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk merancang dan
menggalakkan serta melaksanakan pembangunan di Pulau Langkawi. LADA
dengan rasminya ditubuhkan pada 15 Mac 1990 di bawah Akta Lembaga
Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423) dan diletakkan di bawah Kementerian
Kewangan.
Kompleks LADA, Peti Surat 60, Jalan Persiaran Putra, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah
Darul Aman. Tel: 04-9667 186/87. Faks: 04-966 2879. Laman web: www.lada.gov.my

Yayasan Tun Razak


Yayasan Tun Razak telah dilancarkan pada 20 Feb 1976 oleh YBM Tengku
Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan ketika itu yang berperanan untuk
memperbaiki taraf pendidikan dalam semua lapangan dan meninggikan
taraf kehidupan rakyat di samping untuk menggalakkan keamanan dan
persefahaman antara bangsa-bangsa dan juga untuk mengekalkan nama baik
Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak.
Yayasan Tun Razak, Memorial Tun Razak, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26949287 Faks: 03-26949320 Laman Web: www.yayasantunrazak.org.my

Lembaga Totalisator Malaysia (LTM)


Pada 14 Mac 1991, Kementerian Kewangan Malaysia telah memutuskan LTM
tidak lagi terlibat secara langsung dalam aktiviti pertaruhan lumba kuda tetapi
sebaliknya berfungsi sebagai Agensi Pengawal sahaja.
Lembaga Totalisator Malaysia, L0703 & L17-03A, Tingkat 17, PJX-H.M. Shah Tower,
No. 16A, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor Tel: 03-7931 5386/7931 5487
Faks: 03-7931 4879

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)


Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) atau Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan) telah ditubuhkan pada 1 Mac 2007 di bawah Akta
2007 (Akta 662) Kumpulan Wang Persaraan menggantikan Akta Kumpulan
Wang Amanah 1991 (Akta 454) Pencen dimansuhkan. Akta Kumpulan Wang
Amanah Pencen 1991 (Akta 454) telah digubal untuk membantu Kerajaan
Persekutuan dalam membiayai liabiliti pencen. Dengan enakmen Akta ini,
Kumpulan Wang Amanah Pencen telah ditubuhkan pada 1 Jun 1991 dengan
geran pelancaran sebanyak RM500 juta daripada Kerajaan Persekutuan.
Kumpulan Wang Amanah Pencen ditadbir oleh Majlis Kumpulan Wang Amanah
Pencen dengan Akauntan Negara Malaysia yang bertanggungjawab terhadap
pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Kumpulan Wang Amanah Pencen.

Malaysia 2014

169

Dengan penubuhan KWAP, semua kuasa, fungsi, aktiviti, aset dan liabiliti
Kumpulan Wang Amanah Pencen diambil alih secara keseluruhannya oleh
KWAP.
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Aras 4,5 & 6, Menara Yayasan
Tun Razak, 200, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Tel: 603-21748000. Faks:
603-21631860. Laman Web: www.kwap.gov.my

Bank Negara Malaysia (BNM)


BNM adalah bank pusat bagi Malaysia yang berperanan mengeluarkan mata
wang dan melindungi simpanan nilai mata wang; bertindak sebagai penasihat
kewangan dan pemilik bank kepada kerajaan; memupuk kestabilan kewangan
dan struktur kewangan yang kukuh serta mempengaruhi situasi kredit demi
kepentingan negara. BNM ditubuhkan pada 26 Januari 1959, di bawah Ordinan
Bank Pusat Malaya 1958.
Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn, 50480 Kuala
Lumpur. Tel: 03-2698 8044/2691 0242/2692 5373 Faks: 03-2694 2909 Laman web:
www.bnm.gov.my

Suruhanjaya Sekuriti (SC)


SC ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.
SC yang merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan
dan penguatkuasaan melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya
dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi
pengawal seliaan termasuklah antaranya meluluskan terbitan bon; mengawal
selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan kontrak niaga
hadapan; mengawal selia pengambil alihan dan percantuman syarikat-syarikat;
mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen; menggalakkan
kawal selia sendiri; dan memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi
pasaran dan individu berlesen. Ia merupakan satu tanggungjawab besar SC
dalam melaksanakan semua fungsi ini bagi melindungi pelabur. Selain itu, SC
juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan
mempromosikan pembangunan sekuriti dan niaga hadapan di Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti, Corporate & International Affairs Department, Securities
Commission 3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-6204
8777 Faks: 603-6201 5078 Laman web: www.sc.com.my

Bursa Malaysia Berhad (BMB)


BMB berperanan mengendalikan tukaran bersepadu sepenuhnya dengan
menawarkan perkhidmatan berkaitan pertukaran sepenuhnya, termasuk
perkhidmatan perdagangan, penjelasan, penyelesaian dan depositori. BMB
juga turut memberikan perkhidmatan penerangan berkaitan dengan sekuriti
Malaysia dan pasaran terbitan.

170

Malaysia 2014

Bursa Saham Kuala Lumpur, Aras Bawah, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2732 0067 Faks: 03-2732 5258 Laman web: www.klse.com.my

Bank Simpanan Nasional (BSN)


Bank ini ditubuhkan pada 1 Disember 1974 di bawah Akta Parlimen 146
Undang-undang Malaysia 1974 dan dilancarkan secara rasmi pada 5 Disember
1974 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua.
Misi BSN adalah untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan kualiti
hidup rakyat Malaysia dengan menggalakkan penyimpanan, pelaburan dan
amalan pengurusan kewangan yang bijak yang dilakukan secara aktif serta
mengadakan kemudahan tersedia untuk tujuan ini.
Bank Simpanan Nasional (BSN), Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2162 3222. Faks: 03-2710 7252. Laman web: www.bsn.com.my

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA)


Labuan FSA yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) ditubuhkan pada 15 Februari 1996 di
bawah Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996. Labuan FSA
ialah badan berkanun yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan
pentadbiran Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan
IBFC). Dalam visi kerajaan untuk menjadikan Labuan sebagai pusat kewangan
yang progresif dan berintegrasi bagi pasaran Asia-Pasifik, aktiviti-aktiviti
yang dijalankan oleh Labuan FSA adalah berpandukan kepada objektif untuk
mempromosikan dan membangunkan Labuan sebagai pusat antarabangsa
bagi perniagaan dan perkhidmatan kewangan; untuk membangunkan
objektif, dasar dan keutamaan negara untuk pertumbuhan dan pentadbiran
yang teratur akan perniagaan antarabangsa dan perkhidmatan kewangan
di Labuan; dan untuk bertindak sebagai pihak berkuasa pengawal seliaan,
penyeliaan dan penguatkuasaan pusat bagi industri perniagaan antarabangsa
dan perkhidmatan kewangan di Labuan.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, Tingkat 17, Menara Pejabat Utama, Ujana
Kewangan, Jalan Merdeka, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan. Tel: 087-591200/300
Faks: 087-413328/453442 Laman web: www.labuanfsa.gov.my
Perdana Menteri menandatangani laporan
Bajet 2014 yang telah siap disediakan pada
malam 24 Oktober 2014

Malaysia 2014

171

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pelancaran Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia

Blok E8, Kompleks E,


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Telefon
Faks
Laman Web

172

Malaysia 2014

: 03-8000 8000
: 03-8000 8001
: www.moe.gov.my

MENTERI

YAB Tan Sri Dato Haji YB Dato Seri Idris Bin


Muhyiddin Bin Yassin
Jusoh

TIMBALAN MENTERI

YB Tuan P.
Kamalanathan A/L
P.Panchanathan

YB Datuk Mary Yap


Kain Ching

Sekiranya pelan ini begitu komited untuk menyediakan


anak-anak dengan kemahiran dalam enam aspirasi
murid, adalah lebih baik dan molek jika dapat disambut
dengan baik, dengan penuh rasa tanggungjawab, agar
perencanaan ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dan
menghasilkan kejayaan yang dicita-citakan
Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia

Malaysia 2014

173

PENGENALAN
Penstrukturan semula Kabinet selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 15 Mei
2013 memperlihatkan penggabungan kembali Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Kementerian Pengajian Tinggi dengan menggunakan nama Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Penggabungan ini adalah selaras dengan matlamat
untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan negara dan untuk melahirkan
rakyat Malaysia sebagai modal insan yang berkualiti. KPM yang berperanan
memastikan semua rakyat berpeluang mendapat pendidikan berkualiti
bermula daripada pendidikan awal sekolah hinggalah ke peringkat pengajian
tinggi menanam matlamat menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan yang
setanding negara-negara maju.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri
Dato Haji Muhyiddin Yassin telah melancarkan PPPM 2013-2025 pada
6 September 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. PPPM 2013-2025
adalah manifestasi transformasi Kerajaan untuk membentuk modal insan
yang tinggi rohani, jasmani serta inteleknya bagi memacu kemajuan Negara
ke arah yang diidam-idamkan. Intipati PPPM adalah selaras dengan Akta
Pendidikan 1996 dengan tidak meminggirkan aliran persekolahan yang wujud,
malah akan terus memastikan setiap murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan. Pelan yang
merangkumi tempoh 13 tahun dimuatkan dalam dokumen lengkap setebal
300 muka surat menyatakan dengan terperinci lima aspirasi sistem dan enam
ciri murid yang akan dicapai. Ia turut memberi tumpuan kepada keberhasilan
murid merangkumi semua peringkat persekolahan iaitu daripada peringkat
prasekolah hingga ke peringkat lepasan menengah. Laporan awal PPPM telah
dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada
11 September 2012. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan
Kedua Dato Seri Idris Jusoh, Timbalan-timbalan Menteri Pendidikan Datuk
Mary Yap Kain Cheng dan P. Kamalanathan serta Ketua Pengarah Pelajaran
Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.
Enam inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 berjaya dicapai dalam tempoh 100 hari pelaksanaan
PPPM 2013-2025 telah melakar kejayaan bermakna hanya dalam tempoh 100
hari pertama pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri
Pendidikan mengumumkan demikian semasa majlis Pencapaian 100 Hari
Pertama PPPM 2013-2025 di Sekolah Menengah Jalan 4, Bandar Baru Bangi,
Selangor pada 4 April 2013. Enam daripada 25 inisiatif yang disasarkan pada
tahun 2013 menunjukkan kejayaan membanggakan.

174

Malaysia 2014

Inisiatif tersebut merangkumi pelancaran 1Agenda KPM, penubuhan Unit


Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (PADU) dan PADU Corporation,
pelancaran dan pengagihan sarana ibu bapa, pengujian guru bahasa Inggeris
dalam Ujian Penempatan Cambridge (CPT), pelaksanaan Program Rintis
Program Transformasi Daerah dan penerbitan video e-guru.
Transformasi Pendidikan Sekolah Pedalaman Sabah dan Sarawak
Pada tahun 2013 sebanyak 14 sekolah di pedalaman Sabah dan enam buah
sekolah di pedalaman Sarawak dinaik taraf mengikut keperluan menerusi
program Transformasi Pendidikan Sekolah Pedalaman Sabah dan Sarawak.
Majlis pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin di Beluran, Sabah pada 18 April
2013. Pelaksanaan program tersebut melibatkan beberapa fasa bermula 2013
hingga 2015. Teras transformasi tersebut iaitu:
Teras pertama - meningkatkan kualiti kepimpinan dan kemahiran mengurus
di semua peringkat, terutama di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah dan sekolah.
Teras kedua - tumpuan terhadap bidang berkaitan kurikulum, penyusunan
pengajaran dan penilaian pengajaran, bagi memastikan murid di pedalaman
dapat mencapai prestasi cemerlang setanding murid di kawasan bandar.
Teras ketiga - meningkatkan pembangunan infrastruktur fizikal, akses Internet
dan persekitaran pembelajaran maya.
Teras keempat - meningkatkan kualiti murid dan prasekolah dengan harapan
semua murid mampu meningkatkan diri sendiri untuk belajar.
Teras kelima - memastikan kualiti dan kebajikan guru terjamin termasuk
menaik taraf rumah guru sedia ada atau ditambah.
Teras keenam - meningkatkan kemudahan asrama murid yang kondusif
di sekolah terpilih, pembinaan rumah transit atau bilik tamu untuk ibu bapa
bermalam dan memudahkan mereka berurusan dengan anak masing-masing.
Teras ketujuh - ekosistem pembelajaran akan dibentuk untuk membina
jaringan yang harmoni bagi meningkatkan usahasama antara masyarakat
setempat dengan sekolah.
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-42 tahun 2013 bertemakan
Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda telah diadakan di Stadium Tertutup
Nilai, Nilai, Negeri Sembilan pada 16 Mei 2013. Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pendidikan dalam ucapan perasmiannya menyatakan
bahawa pemilihan tema tersebut merupakan cerminan harapan rakyat dalam
melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang di negara ini. Beliau turut
menyeru kepada seluruh warga pendidik agar memahami hasrat dan kehendak
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan berusaha memberi pendidikan

Malaysia 2014

175

berkualiti menjangkau ke seluruh lapisan pelajar. Sempena sambutan tersebut


beberapa orang tokoh pendidik yang telah berjasa diberi penganugerahan.
Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2013 diberi kepada
Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, manakala tiga tokoh menerima Anugerah
Tokoh Guru Kebangsaan 2013 iaitu Puan Rabiah Johari, Encik Wan Hamzah
Wan Daud dan Encik Jacob a/l P.C Mathews. Anugerah Tokoh Guru Sekolah
Swasta Kebangsaan 2013 pula diterima Datuk Freida Mohd Pilus.
Kunjungan hormat dan lawatan delegasi asing
Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan menerima beberapa siri lawatan
dan kunjungan hormat daripada pemimpin dan delegasi asing sepanjang
2013. Antaranya ialah kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi, Kemahiran dan
Pekerjaan New Zealand, Steven Joyce pada 11 Mac 2013 ke atas Menteri
Pengajian Tinggi ketika itu Dato Seri Mohamad Khaled Nordin. Beliau dalam
rangka lawatan untuk menghadiri pameran mengenai peluang pendidikan
dan perdagangan di New Zealand, yang diadakan sempena Minggu New
Zealand di Malaysia. Berikutan itu satu perjanjian kerjasama pendidikan di
tandatangani di samping kedua-dua negara berpeluang berbincang mengenai
usaha serta inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan ke arah merapatkan
lagi hubungan baik dan kerjasama, khususnya berkaitan pendidikan dan
perdagangan antarabangsa. Pada 11 Jun 2013, Menteri Pendidikan menerima
kunjungan hormat Presiden Universiti Tsinghua, Haidian, Beijing, China, Prof
Dr. Chen Jining bersama 10 orang delegasi yang berminat untuk menjalin
kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pendidikan. Universiti Tsinghua
merupakan antara universiti terbaik di China dan mendapat penarafan antara
enam universiti terbaik di Asia. Sementara itu, pada 28 Jun 2013, Profesor
Richard H.K. Vietor dan Prof. Madya Diego Comin daripada Fakulti Pengurusan
Peniagaan, Harvard Business School melakukan kunjungan hormat ke atas
Menteri Pendidikan semasa mereka dalam rangka lawatan ke Malaysia untuk
membentangkan kertas kerja di seminar di Universiti Teknologi Malaysia.
Program Pembudayaan Bahasa dan Sastera Kebangsaan
Sepuluh persatuan penulis masing-masing menerima peruntukan berjumlah
RM10,000 daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato Muhyiddin
Yassin di bawah program Pembudayaan Bahasa dan Sastera Kebangsaan
pada 30 Julai 2013. Peruntukan ini adalah sebahagian daripada RM2 juta
yang diumumkan kerajaan bagi membantu para penulis menggiatkan usaha
menghasilkan karya bermutu, di bawah Peruntukan Khas bagi Membudayakan
Bahasa dan Sastera Kebangsaan 2013. Penerima ialah Persatuan Peradaban
Melayu Malaysia Kelantan, Persatuan Sasterawan Numera Malaysia, Persatuan
Penulis Nasional Malaysia (PENA), Persatuan Penulis Budiman Malaysia
(Budiman), Ikatan Persuratan Melayu (IPM), Persatuan Penulis Negeri Sembilan

176

Malaysia 2014

(PEN), Persatuan Penulis Johor, Persatuan Penterjemah dan Penulisan Kreatif


Malaysia, Persatuan Seni Pentas India Kuala Lumpur dan Persatuan Siam
Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor.
Federation of International Robot-Soccer Association Roboworld Cup
and Congress 2013 (FIRA 2013)
Malaysia menjadi tuan rumah FIRA 2013 dan ia dianjurkan oleh Jabatan
Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan dan Persatuan Kejuruteraan dan
Teknologi Malaysia (MySET). Acara yang bermula pada 24 hingga 29 Ogos 2013
telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin
pada 26 Ogos 2013. Acara ini disertai oleh negara-negara seperti Singapura,
Indonesia, Taiwan, India, China, Korea Selatan, United Kingdom, Mexico,
Kanada, Rusia, Jerman dan juga Malaysia. Antara kategori pertandingan ialah
Humonoid Robot World Cup Soccer Tournament (HuroCup) dan Micro Robot
World Cup Soccer Tournament (Mirosot). Serentak dengan itu satu kongres
turut dianjurkan sebagai platform untuk menyebar luas maklumat terkini
tentang sistem dan teknologi robot seperti robot dalam perubatan, navigasi
serta interaksi robot dan alam sekitar. Ia juga memberi peluang kepada pemain
industri dan ahli perniagaan untuk meninjau peluang bagi digarapkan dalam
bidang masing-masing.
Memorandum Persefahaman dalam Pendidikan antara Malaysia dan
Vietnam
Pada 17 Oktober 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pendidikan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara
Malaysia dan Vietnam bagi kerjasama dalam pengajian tinggi termasuk
pertukaran staf akademik, pakar dan penuntut institusi pengajian tinggi. Menteri
Pelajaran dan Latihan Prof. Pham Vu Luan mewakili Vietnam menandatangani
MoU tersebut yang disaksikan Timbalan Perdana Menteri Vietnam Nguyen
Thein Nhan. Antara objektif MoU ialah menambah bilangan pelajar Vietnam di
institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia yang kini berjumlah lebih 500 orang
kepada kira-kira 5,000 orang dengan kos yang lebih murah. Sebagai timbal
balas pelajar Malaysia pula boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang yang
Vietnam lebih maju seperti pertanian.
Majlis Anugerah Hari Kecemerlangan SBP ke-40
Menteri Pendidikan Kedua Dato Seri Idris Jusoh merasmikan Majlis Anugerah
Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ke-40 di Pusat
Konvensyen CIDB pada 27 Mei 2013. Pada majlis tersebut Kolej Tunku
Khursiah, Seremban menerima Anugerah SBP terbaik keseluruhan 2012
dan turut merangkul Anugerah Sistem Rumah Terbilang SBP 2012. Sekolah
Menengah Seri Puteri di Cyberjaya, Selangor pula merangkul anugerah Sijil

Malaysia 2014

177

Pelajaran Malaysia (SPM) terbaik keseluruhan SBP bagi 2012. Sekolah


Menengah Sains Hulu Selangor menggondol anugerah Penilaian Menengah
Rendah (PMR) Terbaik Keseluruhan SBP 2012, Sekolah Datuk Abdul Razak di
Seremban menerima Anugerah Kokurikulum Terbilang SBP 2012 dan Sekolah
Menengah Sains Miri di Sarawak menerima Anugerah Asrama Terbilang
keseluruhan 2012.
Program Latihan Guru Prasekolah Swasta
Seramai 240 orang guru prasekolah swasta yang mengikuti sesi Program
Latihan Guru anjuran Unit Pendidikan Swasta dan Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya menamatkan latihan mereka. Majlis
penganugerahan sijil program yang diadakan pada 19 Mei 2013 bertujuan
untuk meningkatkan kaedah penyampaian guru dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK). Pengusaha baharu yang berkelayakan turut diberi geran permulaan
sebanyak RM20,000 bagi membolehkan mereka membuka lebih banyak
prasekolah terutamanya di kawasan miskin bandar dan luar bandar.
Festival Hari Guru 2013
Bagi memeriahkan sambutan Hari Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan kerjasama Kumpulan Utusan dan Bank Simpanan Nasional (BSN)
mengadakan Festival Hari Guru 2013 di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi,
Negeri Sembilan bermula 16 hingga 19 Mei 2013. Pelbagai aktiviti menarik
diadakan antaranya Konsert Apo Kono Eh Jang yang menampilkan artis
terkemuka tempatan, Forum Perdana menampilkan Ustaz Kazim Elias, go-kart,
pertandingan mewarna, pertandingan akhir Bintang Suara BSN dan pelbagai
aktiviti lain telah berjaya mencapai sasaran lebih 20,000 pengunjung sepanjang
empat hari penganjuran.
Sekolah Dalam Hospital diperluas
Sekolah Dalam Hospital yang diperkenalkan pada 2011 di bawah projek Hati
Nurani Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
dan Kementerian Kesihatan. Sehingga 2013, projek bermakna ini telah
memberi manfaat kepada lebih 19,240 orang murid yang tidak bernasib baik
dan terganggu masalah kesihatan mendapatkan kemudahan pendidikan lebih
baik melalui sistem pembelajaran yang teratur serta sistematik ketika menjalani
rawatan di hospital kerajaan. Program ini pada mulanya diadakan di tiga buah
hospital perintis iaitu Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang
dan Hospital Serdang, Selangor. Fasa kedua dan ketiga program ini melibatkan
Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan; Hospital Sultan
Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang; Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia, Cheras; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru; Hospital Pakar

178

Malaysia 2014

Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


pada 6 September 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Sultanah Fatimah, Muar, Johor; Hospital Selayang, Kuala Lumpur dan Pusat
Perubatan Universiti Malaya. Fasa keempat akan dibina pada 2014 melibatkan
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban; Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas,
Sabah serta Hospital Umum Sarawak.
Pencapaian Cemerlang Politeknik Malaysia 2013
Jabatan Pengajian Politeknik menerusi institusi Politeknik seluruh negara
menempa kejayaan cemerlang sepanjang 2013. Antaranya:
Keusahawanan dan produk
- memperkenalkan serbuk ice blended, cup cake dan cheese tart
di bawah jenama Poly Cuisine, produk salad butterhead, salad red
coral dan salad green coral serta produk madu kelulut dan baja
organik di bawah jenama Poly Agro. Hasilnya produk tersebut berjaya
dikomersialkan secara online dan di pasar tani di seluruh negara.
- mempromosikan menu baharu Nasi Goreng Melayu dan Mi Goreng
Malaysia di bawah penjenamaan Poly Cuisine dan dikomersialkan oleh
Restoran Sua Rasa Umi dan Four Season di Kota Bharu, Kelantan.
- pelancaran media baharu politeknik iaitu Facebook MPEC Cyber
Entrepreneurship sebagai penanda aras dalam bidang keusahawanan.
- pelaksanaan program inkubator keusahawanan perkhidmatan
kenderaan bermotor di bawah jenama Poly Service.
Penganjuran program dan acara
- Program Tahun Keusahawanan Politeknik Malaysia 2013 dan Karnival
Keusahawanan Kebangsaan Politeknik Malaysia (K3PM).
- Mengadakan anugerah Raja Zarith Sofiah Awards (RZSA) menerusi
pertandingan reka bentuk dan inovasi produk.

Malaysia 2014

179

180

- Pertama kali Program The Biggest Entrepreneurship Race (TBER)


dianjurkan dan berjaya menarik penyertaan 32 pasukan yang terdiri
daripada 22 politeknik, enam kolej komuniti dan IPT lain.
Anugerah/Pingat Pertandingan Inovasi
- Memasuki peringkat akhir pertandingan Ministry of Education
Entreprenuerial Awards (MEA) 2013 bagi kategori Best Student
Enterprise anjuran Kementerian Pendidikan.
- Memenangi satu pingat emas, tiga perak dan tujuh gangsa di
pertandingan The 12th Malaysia Invention dan Innovation Awards 2013
@ Malaysia Technology Expo (MTE).
- Memenangi dua pingat emas dan satu perak dalam pertandingan
The 41st International Exhibition Of Inventions Of Geneva, Switzerland
2013.
- Merangkul tiga emas, tiga perak dan empat gangsa dalam kejohanan
International Engineering Invention & Innovation Exhibition (I-Envex
2013). Projek rekaan Politeknik Merlimau yang dinamakan Bending
& Cutting Link Hand Tool merangkul Anugerah Emas sekali gus
mengekalkan kejuaraan i-Envex Best Award Classed D (Building,
Construction & Materials) yang diperoleh pada tahun 2012.
- Merangkul 11 pingat emas, 11 perak dan 2 gangsa dalam International
Invention, Innovation And Technology Exhibition 2013 (ITEX 2013).
- Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau memenangi anugerah
khas dalam program The International Conference and Exposition on
Invention of Institutions of Higher Learning 2013 (PECIPTA 13 ).
- Meraih satu anugerah khas, dua pingat emas, satu pingat perak dan
satu pingat gangsa dalam Seoul International Invention Fair 2013 (SIIF
2013).
Anugerah dan pencapaian lain
- Politeknik Melaka menghasilkan satu produk Kit Pembuka Tayar
Motosikal dan telah mendapat paten Rekaan Industri daripada
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Ia turut berjaya merangkul
Anugerah Emas bagi kategori terbuka, dalam Ekspo Pameran dan
Pertandingan Produk Penyelidikan dan Inovasi UTeM (UTeMEX 2013).
- Tenaga Pengajar Politeknik Ungku Omar, Mohd Adil Mat Ti mendapat
Pingat Perak dalam Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2013.
- Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah menjuarai pertandingan Malaysia
International Robot Competitions 2013 (MIROC 2013) yang dianjurkan
oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
- Politeknik Merlimau memenangi Anugerah Industri KeTTHA (KIA) 2013
bagi kategori Energy Efficiency Management Excellence Award.
- Pensyarah Jabatan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah, Mohd
Yusof Yaakob berjaya merangkul dua pingat perak dalam kejohanan

Malaysia 2014

International Culinary Cup 2013 yang dianjurkan oleh Persatuan Chef


Thailand dan diiktiraf oleh Persatuan Chef Dunia (World Association of
Chefs Societies (WACS).
- Politeknik Ungku Omar muncul juara keseluruhan EIMArace 2013 bagi
kategori 250cc anjuran Universiti Teknologi Malaysia.
- Politeknik Merlimau memenangi kategori emas dalam Konvensyen
Persekitaran Berkualiti 5S Peringkat Kebangsaan anjuran Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC) selama lima tahun berturut-turut.
IPTA hasilkan 1,316 kajian penyelidikan sejak 2011
Sebanyak 1,316 kajian penyelidikan dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu
dari 2011 hingga 2013. Bidang kajian merangkumi lapan kluster utama iaitu
sains tulen, sains gunaan, sains kesihatan dan klinikal, sains tabii dan warisan
negara, teknologi dan kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi,
sains sosial serta sastera dan sastera ikhtisas. Dua hasil penyelidikan yang
berpotensi tinggi ialah pembangunan vaksin halal oleh Universiti Sains
Malaysia (USM) dengan kerjasama Institut Finlay dari Cuba dan ciptaan BioPro
Diesel oleh Universiti Malaya (UM).Hasil dan impak program penyelidikan
di bawah Kementerian Pendidikan juga meliputi penghasilan modal insan
berpengetahuan tinggi, penerbitan dalam jurnal-jurnal di peringkat nasional
dan antarabangsa, penghasilan harta intelek, produk untuk dikomersialkan
serta jaringan kolaborasi dengan industri tempatan dan luar negara. Sehingga
Ogos 2013, sebanyak 1,647 modal insan telah dihasilkan. Bagi penerbitan
penyelidikan berimpak tinggi pula, sebanyak 3,084 penerbitan telah dihasilkan
oleh pensyarah manakala sebanyak 210 harta intelek telah dihasilkan dari
geran-geran yang telah diluluskan di bawah RMK-10.
Anugerah Tokoh Siswa diperkenal
Anugerah Tokoh Siswa 2013 adalah satu pengiktirafan baharu yang berprestij
diperkenalkan Kementerian Pendidikan kepada pelajar institusi pengajian tinggi
(IPT) awam yang menunjukkan tahap pencapaian cemerlang di luar kebiasaan
dalam bidang kokurikulum di samping akademik. Majlis penganugerahan telah
diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 3 Mac 2014.
Seramai 400 tokoh siswa cemerlang dalam pelbagai bidang bersaing bagi 19
anugerah yang dipertandingkan. Pelajar jurusan perakaunan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Fikri Ahmad muncul sebagai
pemenang Anugerah Menteri Pendidikan 2013 manakala Tokoh Pemimpin
Siswa pula disandang oleh pelajar jurusan Sains Bioteknologi Pertanian dari
Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA), Ju Ariana Ibrahim.

Malaysia 2014

181

JABATAN/AGENSI
SEKTOR PELAJARAN
Lembaga Peperiksaan (LP)
LP bertanggungjawab untuk mengendalikan peperiksaan dengan cekap,
licin dan selamat. Selain itu LP turut bertanggungjawab dalam perkaraperkara berikut; penggubalan dasar pengujian dan pengukuran pendidikan
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum;
penggubalan spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan,
kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya dan pengawalan mutu alat-alat
pengukuran; dan penggubalan alat pengujian dan pengukuran dan kaedah
pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum.
Lembaga Peperiksaan, Aras 2, Blok E11, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tel: 03-8000 8000, Faks: 03-8884 3783. Laman web:
www.moe.gov.my/lp

Institut Aminuddin Baki (IAB)


Matlamat penubuhan IAB ialah untuk membina dan membangunkan
profesionalisme dalam kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang akan
membantu membangunkan sistem pendidikan kebangsaan keseluruhannya.
Selaku sayap latihan bagi Kementerian Pendidikan Malaysia, IAB menerajui
kecemerlangan dalam memberikan latihan yang bercorak pengurusan dan
kepimpinan khususnya kepada para pengurus dan pemimpin pendidikan di
seluruh negara. Justeru, selaras dengan perubahan-perubahan terkini dunia
pendidikan dan dasar-dasar terkini negara, IAB juga berusaha menggabungkan
amalan terbaik kepimpinan bagi memperkaya tubuh ilmunya. Perubahan
persekitaran seperti ini menuntut agar semua pemimpin pendidikan menguasai
ilmu dan kemahiran secara interaktif dan komprehensif.
Institut Aminuddin Baki, Sri Layang, 69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur.
Tel: 03-6105 6100, Faks: 03-6105 6299. Laman web: www.iab.edu.my

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)


JNJK adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan
Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956. JNJK diamanahkan
untuk memerhati, mengawasi, dan menasihati guru supaya mutu pengajian
dan pembelajaran serta pengelolaan pentadbiran di sekolah terpelihara dan
seterusnya dapat diperbaiki. Tanggungjawab sebagai institusi pengawal
mutu pendidikan negara, selari dengan perkembangan peranan, fungsi dan
tanggungjawab yang ditentukan oleh Akta Pelajaran.
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Aras 3-6, Blok E15, Kompleks E, Pusat
Pentadbiran Putrajaya, 62604 Putrajaya. Tel:03-88844161 Faks:03-88886867
Laman web: www.moe.gov.my/jnjk

182

Malaysia 2014

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)


MBKM ditubuhkan pada tahun 1968 berdasarkan kepada perakuan UNESCO
yang menyarankan penubuhan sebuah badan khas yang bertanggungjawab
untuk mengembangkan minat membaca dan memajukan perusahaan buku
dalam kalangan negara-negara membangun. Penubuhan MBKM yang
pada awalnya dikenali sebagai Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (MKBK)
adalah berperanan sebagai sebuah badan profesional dan penasihat buku
di peringkat kebangsaan. Ahli-ahli Majlis dianggotai oleh wakil-wakil daripada
beberapa kementerian dan agensi kerajaan, persatuan-persatuan industri dan
badan-badan bukan kerajaan yang ada hubungan dengan perusahaan dan
kemajuan buku serta tiga orang ahli individu yang berkebolehan untuk memberi
sumbangan terhadap peranan dan fungsi MBKM. Dasar Buku Negara adalah
dasar yang dijadikan panduan dan hala tuju oleh MBKM untuk mengembangkan
kegiatannya dalam bidang perbukuan dan pembacaan di negara ini.
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Aras 1, No. 2251, Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya,
Selangor Tel: 03-83217010 Faks: 03-83217012 Laman web: www.moe.gov.my/mbkm

Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)


Institut Terjemahan Negara Malaysia yang ditubuhkan pada 14 September
1993 diberi mandat baru sebagai penerbit buku pada 16 Disember 2011
dan dikenali sebagai Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Sebagai sebuah
syarikat berkaitan Kerajaan, modal asas ITBM dimiliki sepenuhnya oleh
Kementerian Kewangan Diperbadankan dan ditadbir urus oleh Kementerian
Pendidikan. ITBM ditubuhkan bertujuan untuk mengangkat industri terjemahan
dalam negara, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan
pemindahan ilmu pada semua peringkat, kebangsaan mahupun antarabangsa.
ITBM juga bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan
karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan negara.
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Tel: 03-4145 1800. Faks: 03-4149 1535. Laman
web: www.itbm.com.my

Malaysia 2014

183

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)


DBP ditubuhkan pada 22 Jun 1956 dengan nama asalnya Balai Pustaka.
Pada tahun 1959, melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka, DBP
bertukar taraf menjadi sebuah badan berkanun. DBP berperanan membina
dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains
dan teknologi; mengembang bakat sastera, khususnya dalam percetakan
atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam
bahasa kebangsaan dan bahasa lain; membakukan ejaan dan sebutan, dan
membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas
bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa; dan DBP
mendukung perluasan fungsi utama iaitu Bahasa, Sastera dan Penerbitan.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2147 9000/9002/9003/9004/9006/9007. Faks: 03-2147 9619, Laman web:
www.dbp.gov.my

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)


MPM ialah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ia ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta 225, Akta Majlis Peperiksaan
1980. Pada awal penubuhannya MPM berperanan untuk mengendalikan
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula 1982 bagi
mengantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi
Persekolahan (STP). Mulai 1999, peranan MPM diperluas sebagai pengendali
peperiksaan Malaysian University English Test (MUET). Sejak itu, MPM terus
diberi tanggungjawab untuk mengendalikan peperiksaan dan perkhidmatan
berkaitan peperiksaan antaranya peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan bagi
anggota perkhidmatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia (dimansuhkan
pada 2011), Malaysian Information Technology Examination (MITPE) bagi
pihak Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn. Bhd. (METEOR),
Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) bagi pihak Kementerian
Pengajian Tinggi (kini Kementerian Pendidikan), Malaysian University Selection
Yearly Inventory (MUnSYI) bagi pihak Universiti Sains Malaysia, Shariah
Registered Financial Planner, Shariah Registered Financial Planner Capstone,
dan Shariah Registered Financial Planner Ad-hoc, dan Registered Financial
Planner Capstone bagi pihak Malaysian Financial Planning Council (MFPC).
Majlis Peperiksaan Malaysia, Bangunan MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-6136 9663. Faks: 03-6136 1488.
Laman web: www.mpm.edu.my

184

Malaysia 2014

Jabatan Pelajaran Negeri


Terdapat 16 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia. JPN berfungsi dan bertindak melaksanakan dasar-dasar dan inisiatif
yang telah diputuskan di peringkat kementerian untuk dilaksanakan di peringkat
negeri.
SEKTOR PENGAJIAN TINGGI
Jabatan Pengajian Tinggi (JPT)
JPT berperanan untuk menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia menjelang 2020. Antara
fungsi utama jabatan ini ialah menggubal, melaksana, memantau dan menilai
dasar-dasar, program dan aktiviti IPT ke arah kecemerlangan pengajian tinggi;
membangun sistem pengurusan IPT yang cekap dan inovatif; merancang
dan memastikan penubuhan IPT dan keperluan prasarana pengajian tinggi
yang kondusif serta berkualiti setanding dengan amalan terbaik di peringkat
antarabangsa.
Jabatan Pengajian Tinggi, Aras 9, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200
Putrajaya Tel: 03-8870 4090 Faks: 03-8870 6843. Laman web: http://jpt.mohe.gov.my

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)


Pada 16 September 2009, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
telah distrukturkan semula menjadi dua jabatan iaitu Jabatan Pengajian
Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). Pemisahan
ini adalah bertujuan untuk penjenamaan semula dan transformasi keduadua institusi berkenaan ke arah melahirkan modal insan yang berinovasi
serta mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. JPP berperanan dalam
menyediakan peluang pendidikan berkualiti di peringkat sijil, diploma, dan
diploma lanjutan selaras dengan keperluan industri semasa dan menyediakan
peluang-peluang Pembelajaran Sepanjang Hayat mengikut syarat dan kriteria
yang ditetapkan.
Jabatan Pengajian Politeknik, Aras 3-5, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya Tel: 03-8891 9000. Faks: 03-8891 9300. Laman web:
www.politeknik.gov.my

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK)


Kolej Komuniti berperanan dalam melatih dan memberi kemahiran kepada
semua peringkat masyarakat khususnya kepada lepasan menengah sebelum
ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Malaysia 2014

185

Para Pemenang program PECIPTA 2013 bergambar kenangan


bersama-sama dengan anugerah dan hadiah masing-masing

Di peringkat pusat, JPKK telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia


pengurusan semua Kolej Komuniti. Penubuhan Kolej Komuniti adalah untuk
merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam sistem pendidikan
negara amnya dan pengajian tinggi khasnya. Sehingga Disember 2009,
sejumlah 42 buah Kolej Komuniti Induk dan 23 buah Kolej Komuniti Cawangan
sedang beroperasi dengan menawarkan pelbagai program bergantung kepada
keperluan dan kehendak setempat.
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Aras 7, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya Tel: 03-8888 2683/2789 Faks: 03-8888 7211 Laman web:
www.jpkk.edu.my

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional 1997 (Akta 566) yang berkuat kuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi
PTPTN adalah untuk menguruskan pembiayaan bagi tujuan pendidikan tinggi
dan seterusnya memungut bayaran balik pinjaman. Di samping itu, PTPTN juga
menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan
tinggi serta melaksanakan sebarang fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN
oleh mana-mana undang-undang bertulis.

186

Malaysia 2014

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2080 4455 Faks: 03-2092 1590 Laman web: www.ptptn.gov.my

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR)


YTAR ditubuhkan bagi tujuan menguruskan pemberian biasiswa kepada
pelajar-pelajar IPT yang cemerlang di dalam akademik dan kokurikulum yang
mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan keperibadian Al-Marhum Y.T.M Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj. Penubuhan Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR)
bertujuan untuk memperingati jasa Almarhum sebagai Bapa Kemerdekaan dan
Perdana Menteri Malaysia Pertama.
Yayasan Tunku Abdul Rahman, A-10-12, Menara UOA Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
Tel: 03-2283 6063/6073 Faks: 03-2283 6052 Laman web: www.yayasantar.org.my

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)


Pada 21 Disember 2005, kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan
Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian
Pengajian Tinggi menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke
atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.
Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
ditubuhkan pada 1 November 2007. Peranan utama MQA adalah untuk
melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications
Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan
titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan.
Agensi Kelayakan Malaysia, Tingkat 14B, Menara PKNS, 17 Jalan Yong Shook Lin, 46050
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7968 7002 Laman web: www.mqa.gov.my

Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT)


AKEPT ditubuhkan pada Ogos 2007 dan beroperasi secara rasmi mulai
Januari 2008. AKEPT berperanan membawa transformasi dalam pengajian
tinggi di Malaysia selaras dengan objektif Pelan Tindakan Pengajian Tinggi
Negara. Fungsi AKEPT adalah menjalankan latihan kepimpinan, pembelajaran
dan pengajaran dan penyelidikan dan inovasi kepada pegawai dan pensyarah
di institusi pengajian tinggi negara. AKEPT juga turut menyumbang peranan
dalam menjayakan objektif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara khasnya
dalam membawa transformasi terhadap pembangunan modal insan.
Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Lebuh Enstek, 71760 Bandar Enstek, Negeri
Sembilan Tel: 06-7997 474 Faks: 06-7997 440

Malaysia 2014

187

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

Perdana Menteri menyempurnakan


majlis pecah tanah di Kompleks
KTMB, Batu Gajah, Perak

Blok D5, Kompleks D


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62616 Putrajaya
Telefon
: 03-8886 6000/03-8000 8000
Faks
: 03-8889 1569
Laman web : www.mot.gov.my

188

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Sri Liow


Tiong Lai
(Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein
memangku sehingga Jun 2014)

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Ab. Aziz bin


Kaprawi

Sejak tahun 2009, MOT bertanggungjawab menerajui


Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi
Pengangkutan Awam Bandar. Sehingga Oktober
2013, kita berjaya melepasi sasaran dengan
merekodkan hampir 430,000 orang warga Lembah
Klang menggunakan pengangkutan awam pada waktu
puncak setiap hari. Jumlah ini merupakan peningkatan
sebanyak 81.7% berbanding hanya seramai 236,412
orang pada tahun 2010
Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein
Pemangku Menteri Pengangkutan (sehingga Jun 2014)

Malaysia 2014

189

PENGENALAN
Kementerian Pengangkutan ditubuhkan pada 1956 dan kemudiannya dikenali
sebagai Kementerian Perhubungan pada 1972. Setelah melalui beberapa
penggabungan, pada 1978 Kementerian ini dinamakan semula sebagai
Kementerian Pengangkutan hingga kini. Kementerian ini bertanggungjawab
dalam menggubal, merancang dan melaksanakan dasar, strategi dan program
dalam sektor pengangkutan darat, maritim dan udara. Ia juga berperanan
menyediakan prasarana pengangkutan dan menyelaras integrasi antara mod
pengangkutan bagi membentuk rangkaian pengangkutan yang lancar.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Malaysia mengekalkan keahlian dalam Majlis ICAO
Malaysia telah berjaya mengekalkan keahlian dalam Majlis Pertubuhan
Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organization ICAO) bagi penggal 2013 - 2016. ICAO merupakan sebuah agensi di bawah
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berperanan menetapkan piawaian serta
peraturan penerbangan awam antarabangsa dan berfungsi sebagai forum
kerjasama di antara 191 Negara Pejanjinya. Malaysia telah menjadi ahli ICAO
sejak 7 Mei 1958 dan telah berjaya menjadi ahli Majlis ICAO semenjak tahun
2007. Pelantikan Malaysia sebagai ahli badan eksekutif ini membolehkan
Negara menyumbang kepada penerbangan awam antarabangsa dan memberi
akses untuk menyuarakan secara terus perkara yang melibatkan kepentingan
nasional. Ia turut meningkatkan imej dan profil Negara di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz


Kaprawi (tiga dari kanan) mewakili Malaysia dalam Majlis
International Maritime Organisation (IMO)

190

Malaysia 2014

Kejayaan mengekalkan kerusi International Maritime Organisation (IMO)


IMO dianggotai oleh 170 buah negara di mana Majlis IMO merupakan organ yang
menjalankan fungsi IMO bagi tempoh biennium. Majlis tersebut dianggotai oleh
40 buah negara yang diundi oleh negara-negara anggota. Malaysia merupakan
ahli Majlis IMO sejak penggal 2006-2007 dan telah berjaya mempertahankan
kerusi Majlis IMO selama 5 penggal berturut-turut. Pada sesi pemilihan ahli
majlis di Persidangan IMO pada 2013, Malaysia telah dipilih sekali lagi selaku ahli
Majlis IMO bagi penggal 2014-2015. IMO adalah agensi di bawah Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab terhadap hal pelayaran
dan pengoperasian kapal serta pencegahan pencemaran alam persekitaran
marin. Kejayaan ini merupakan pengiktirafan oleh negara-negara anggota IMO
terhadap penglibatan, sumbangan dan kepentingan Malaysia di dalam industri
maritim antarabangsa khususnya peranan di dalam IMO itu sendiri.
Peranan Malaysia dalam Road and Rail Safety Sub-Group (LEG-SAF)
Malaysia merupakan Pengerusi bagi Road and Rail Safety Sub-Group (LEGSAF) sebuah badan dibawah Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Mesyuarat
Kumpulan Kerja Pengangkutan sejak tahun 2010 sehingga kini. Mesyuarat ini
diadakan bagi membincang, merancang dan bekerjasama secara aktif dalam
pelaksanaan program dan agenda keselamatan jalan raya dalam kalangan
negara-negara anggota APEC. Mesyuarat dua kali setahun APEC LEG-SAF
yang diterajui oleh JKJR telah diadakan di Vietnam pada 8 12 April 2013 dan
pada 1 5 Julai 2013 di Bali, Indonesia.
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dikembangkan ke Sekolah Menengah
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) melalui mata pelajaran Bahasa
Malaysia telah dilaksanakan di sekolah rendah kebangsaan Tahun 1 hingga
6 secara berperingkat mulai 2007. Ia seterusnya dikembangkan ke sekolah
menengah Tingkatan 1 mulai 2012 kemudian Tingkatan 2 pada 2013. Kajian
oleh pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
pada tahun 2012 mendapati hasil yang positif terhadap penerapan aspekaspek keselamatan termasuk peningkatan dalam penggunaan tali pinggang
keledar dan topi keledar dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 yang menerima
intervensi PKJR.
Majlis pecah tanah projek The Development of Advance Railway
Engineering and Technology in Malaysia
Majlis Pecah Tanah ini telah diadakan pada 9 April 2013 bertempat di Kompleks
KTMB Batu Gajah, Perak dan disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Projek untuk membangunkan kemudahan
membina keretapi dan lokomotif dengan pelaburan bernilai RM400 juta di
atas tanah milik Perbadanan Aset Keretapi. Kilang dibangunkan oleh sebuah

Malaysia 2014

191

syarikat dari China, CSR Group di atas tanah seluas 16.5 hektar itu dijangka
akan menyediakan 800 peluang pekerjaan kemahiran dan separa kemahiran.
Pelaburan besar ini bakal menjadikan Batu Gajah sebagai Hub Teknologi
Lokomotif serantau pada masa akan datang.
Siasatan Kes Kemalangan Bas di Jalan Genting Kuala Lumpur
MIROS telah melakukan siasatan ke atas tragedi bas terjunam di Genting
Highlands melibatkan sebuah bas dengan muatan 53 orang penumpang pada
21 Ogos 2013. Tragedi yang telah mengorbankan 37 nyawa dan 16 yang
lain cedera merupakan kemalangan jalan raya paling buruk pernah berlaku
di Malaysia. Hasil siasatan berkenaan telah dibentangkan dalam Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 4 September 2013. Sebuah Jawatankuasa Bebas
diketuai Tan Sri Lee Lam Thye turut ditubuhkan untuk mengkaji cadangan
penambahbaikan bagi mengelak risiko kemalangan sama berulang. Initiatif
dan penambahbaikan yang diperkenalkan di Genting Highlands ini akan turut
diperluaskan kepada semua kawasan berisiko tinggi yang lain di seluruh
negara. Laporan akhir Panel telah diserahkan kepada Menteri Pengangkutan
pada 28 Januari 2014.
Makmal Ujian Pelanggaran Berskala Penuh dicatat dalam The Malaysia
Book of Records
Makmal Pelanggaran Berskala Penuh untuk Makmal Ujian Pelanggaran iaitu
Makmal MIROS PC3 terletak di Ayer Molek, Melaka telah dicatat dalam
The Malaysia Book of Records pada 31 Januari 2013. Makmal MIROS PC3
merupakan makmal pelanggaraan yang pertama di Asia Tenggara yang
memberi impak terhadap keselamatan jalan raya. Melalui program ASEAN New
Car Assessment Programme (ASEAN NCAP) yang dijalankan di Makmal ini,
maklumat yang telus dan tepat berkenaan dengan tahap keselamatan sesuatu
kenderaan dapat dibekalkan kepada pengguna bagi membantu mereka
dalam membuat keputusan pembelian dengan mempertimbangkan aspek
keselamatan kenderaan tersebut.
Perasmian Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh yang telah dinaik taraf bermula tahun
2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 1 November 2012 telah dirasmikan
oleh Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin pada 21 Mei 2013. Projek menaik taraf
berjumlah RM42 juta tersebut melibatkan pelebaran ruang Balai Pelepasan
dan Balai Ketibaan, penyediaan tempat duduk baharu, pemasangan sistem
pendingin hawa, pelebaran kawasan letak kenderaan serta pemanjangan
landasan daripada 1,798 meter kepada 2,000 meter.

192

Malaysia 2014

JABATAN/AGENSI
Jabatan Laut Malaysia (JLM)
Sebelum tertubuhnya Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Laut terdiri daripada
3 buah Jabatan iaitu Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut
Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang mempunyai Ketua Perkhidmatan
yang berbeza. Pada 1 Januari 2011, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia
telah bergabung dengan Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak dan
dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir
urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia
seperti pemeriksaan kapal, persijilan, pendaftaran dan pelesenan.
Jabatan Laut Malaysia, Peti Surat 12, Jalan Limbungan, 42007 Pelabuhan Klang.
Tel: 03-3346 7777. Faks: 03-3168 5289. Laman web: www.marine.gov.my

Jabatan Penerbangan Awam (DCA)


DCA merupakan agensi yang bertanggungjawab mengawalselia setiap aspek
teknikal pengangkutan udara di Malaysia. Tanggungjawab utamanya ialah bagi
menggalakkan pembangunan sektor pengangkutan udara yang selamat (safe
and secure) sepanjang masa di samping memastikan ruang udara Negara
yang selamat (safe) kepada operasi penerbangan.
Jabatan Penerbangan Awam, No. 27, Persiaran Perdana, Aras 1- 4, Blok Podium, Presint
4, 62618 Putrajaya Tel: 03-8871 4000 Faks: 03-8890 1640 Laman web: www.dca.gov.my

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)


JPJ telah ditubuhkan pada 1 April 1946 bertujuan untuk menyelaras segala
aspek berkaitan pengangkutan bagi seluruh negeri. Pelbagai akta berkaitan
Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas Jalan tahun 1958
dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selaras dengan itu, JPJ bertanggungjawab
dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan
pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk
memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain
itu, ia juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang
berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta
pengangkutan secara telus dan berkesan.
Jabatan Pengangkutan Jalan, Aras 1-5 , Blok D4 , Kompleks D, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62620, Putrajaya. Tel: 03-88866400 Faks: 03-88889645 Laman
web: www.jpj.gov.my

Malaysia 2014

193

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)


JKJR berperanan untuk merancang, menggubal, melaksana dan menyelaras
dasar/pelan/peraturan berkaitan keselamatan jalan raya. Jabatan ini turut
berperanan menyelaras program-program keselamatan jalan raya yang
melibatkan kerjasama pelbagai agensi di samping melaksanakan kempenkempen keselamatan jalan raya untuk mendidik pengguna-pengguna jalan
raya.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Galeria PjH, Aras 3, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100, Putrajaya Tel: 03-8323 8008 Faks: 03-8888 8807 Laman web:
www.jkjr.gov.my

Jabatan Kereta Api Malaysia


Jabatan Kereta Api Malaysia berperanan untuk mengawal selia kendalian
kereta api dan perkhidmatan kereta api, menetapkan piawaian keselamatan
minimum bagi kendalian kereta api dan menentukan supaya pengendali kereta
api mempunyai kelayakan yang sesuai. Jabatan ini juga bertanggungjawab
menjaga kepentingan awam dari segi kadar, piawai atau kualiti perkhidmatan
dan kemudahan. Ia turut bertanggungjawab memajukan dan menggalakkan
pengembangan dan pembaikan sistem kereta api negara. Peranan dan fungsi
jabatan ini akan diambil alih oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan
akan dibubarkan selepas 31 Januari 2011.
Jabatan Keretapi Malaysia, Aras 13 Menara Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin 50050
Kuala Lumpur. Tel: 03-2278 1222. Faks : 03-227 21900. Laman web: www.dor.gov.my

Perbadanan Aset Keretapi (PAK)


PAK merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan Kementerian
Pengangkutan yang diwujudkan di bawah Akta Kereta Api 1991 (Akta 463).
PAK mula beroperasi secara rasmi pada 1 Oktober 1992 serentak dengan
program pengkorporatan Kereta api Tanah Melayu (KTM), sebuah entiti
awam yang telah wujud sejak tahun 1894, menjadi Keretapi Tanah Melayu
Berhad (KTMB). Tanggungjawab PAK adalah meletakkan pengurusan aset,
hak dan liabiliti pentadbiran KTM sebelum 1 Ogos 1992 dan segala harta
yang terletakhak pada Persuruhjaya Tanah Persekutuan kepada PAK;
melaksanakan tanggungjawab memaju dan memajukan semula infrastruktur
keretapi; dan membiayai pembangunan infrastruktur keretapi yang telah
dipertanggungjawabkan melalui sumber-sumber yang diperolehi dari aktivitiaktiviti penyewaan, pajakan dan peruntukan Kerajaan.
Perbadanan Aset Keretapi, No. 29G, Blok B, Jalan TKS 1, Kajang Sentral Business
Park, 43000 Kajang, Selangor Tel : 03-8733 2020 Faks: 03-8733 2222/6018 Laman
web: www.rac.gov.my

194

Malaysia 2014

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya yang dilaksanakan di sekolah rendah kebangsaan


sejak 2007 telah dikembangkan ke sekolah menengah kebangsaan mulai 2012

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS)


MIROS telah ditubuhkan pada tahun 2007 yang berfungsi sebagai repositori
pusat pengetahuan dan maklumat berkaitan keselamatan jalan raya. Hasil
kajian yang diperolehi daripada program-program penyelidikan dan intervansi
berasaskan bukti menjadi asas bagi pembentukan strategi baru, undangundang, dasar-dasar dan langkah-langkah penguatkuasaan dan memantau
keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaan.
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Lot 125-135, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor Tel: 03-89249200 Faks 03-87332005
Laman web: www.miros.gov.my

Malaysia Airports Holding Berhad (Malaysia Airports)


Malaysia Airports mengurus dan mengendali 39 buah lapangan terbang iaitu 5
lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 Short
Take-Off and Landing Ports (STOL Ports/padang terbang). Pada 30 November
1999, Malaysia Airports menjadi syarikat lapangan terbang pertama yang
disenaraikan di Asia. Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), lapangan
terbang utamanya, telah dipilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik (kategori 1525 juta penumpang setahun) selama tiga tahun berturut-turut dalam anugerah
anugerah AETRA 2005, anugerah ACI-ASQ tahun 2006 dan 2007, sementara
terminal penerbangan tambang murah LCCT-KLIA dipilih sebagai CAPA Low
Cost Airport of the Year di CAPA Aviation Awards for Excellence 2006. KLIA
juga telah melancarkan konsep Next Generation Hub, satu inisiatif yang akan
mengetengahkan KLIA sebagai hab pelbagai fungsi. Malaysia Airports juga telah
menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dalam bidang kecemerlangan
perkhidmatan, tanggungjawab sosial dan kecemerlangan organisasi.
Malaysia Airports Holding Berhad, Pejabat Korporat Malaysia Airports, Persiaran
Korporat KLIA, 64000 KLIA Sepang, Selangor Tel: 03-87777000 Faks: 03-87777778
Laman web: www.malaysiaairports.com.my

Malaysia 2014

195

KEMENTERIAN SUMBER ASLI


DAN ALAM SEKITAR

Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara Ke-8

Wisma Sumber Asli


No. 25, Persiaran Perdana,
Presint 4
62574 Putrajaya
Telefon
Faks
Laman Web

196

Malaysia 2014

: 03-8886 1111/ 03-8000 8000


: 03-8889 2672
: www.nre.gov.my

MENTERI

YB Datuk Seri G.
Palanivel

TIMBALAN MENTERI

YB Dato Dr. James


Dawos Mamit

Peranan NRE dalam aspek pengurusan sumber asli


dan pemuliharaan alam sekitar sememangnya adalah
amat besar dan memerlukan penglibatan setiap lapisan
masyarakat bagi memastikan khazanah sumber asli
dan alam sekitar sentiasa terpelihara. Saya percaya
dengan sinergi 1NRE, kita mampu melaksanakan
segala tanggungjawab kita dalam menerajui pengurusan
sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar secara
berkekalan
Datuk Seri G. Palanivel
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Malaysia 2014

197

PENGENALAN
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ditubuhkan berikutan
pembentukan Kabinet pada 27 Mac 2004. Bidang tanggungjawab NRE
adalah hasil penggabungan jabatan-jabatan daripada empat kementerian
iaitu Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar, Kementerian Perusahaan Utama dan Kementerian
Pertanian. Visi kementerian ini ialah menerajui pengurusan sumber asli dan
pemuliharaan alam sekitar secara lestari ke arah pencapaian wawasan
negara manakala misinya ialah menyediakan perkhidmatan yang cemerlang
dalam pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar sejajar dengan
wawasan negara melalui perancangan bersepadu program dan aktiviti semua
jabatan dan agensi; penggemblengan secara optimum guna tenaga, teknologi
terkini dan sumber kewangan; pembangunan sumber asli secara optimum
untuk menyokong aktiviti nilai tambah; peningkatan dan pengukuhan aktiviti
penyelidikan dan pembangunan; penyebaran dan perkongsian input teknikal
dan pengurusan pangkalan data yang berkesan; kerjasama berkesan dengan
semua peringkat sektor awam, swasta dan antarabangsa; dan peningkatan
kemahiran dan pengetahuan melalui latihan secara sistematik dan berkesan.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2013
Sambutan Hari Antarabangsa bertemakan Hutan Untuk Kesejahteraan
Masyarakat (Forest for Community Livelihood) disambut pada 21 Mac 2013
yang merupakan kesinambungan sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke-42
bertempat di Universiti Pahang Malaysia (UMP), Kampus Pekan, Pahang adalah
simbolik kepada usaha-usaha ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan
hutan. Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun
2013 dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan
dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji
Yaakob. Antara acara menarik adalah aktiviti menanam 1000 pokok pelbagai
spesies nadir, Karnival Bersama Pelanggan Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia, pameran daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar (NRE) serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs) yang
berjaya menarik kehadiran lebih daripada 1500 pengunjung.
Majlis Menandatangani Perjanjian The Giant Panda Protection and
Research Programme antara NRE dan Malaysian Zoological Society
(MZS)
Pada 22 Jun 2013, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah

198

Malaysia 2014

memeterai perjanjian bersama Malaysian Zoological Society (MZS) mengenai


Giant Panda Protection and Research Programme. Perjanjian itu disaksikan
oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel. Perjanjian
ini adalah bertujuan dalam pemeliharaan dan melaksanakan penyelidikan
mengenai beruang gergasi Panda di Zoo Negara dan menggariskan keperluan
negara dalam memenuhi tanggungjawab terhadap perjanjian yang telah
ditandatangani bersama pihak China Wildlife Conservation Association (CWCA)
pada 15 Jun 2012. Perjanjian ini menggariskan keperluan negara dalam
memenuhi tanggungjawab terhadap perjanjian di mana keselamatan dan
kebajikan beruang gergasi panda yang dipinjamkan kepada Malaysia selama
10 tahun hendaklah sentiasa terjamin. Pasangan panda yang tiba awal tahun
2014 dan ditempatkan di Zoo Negara dengan kemudahan menyamai habitat
asal pasangan haiwan berkenaan.
Technical Working Group dan Sub-Regional Ministerial Steering
Committee (MSC)
Mesyuarat Technical Working Group dan Sub-Regional Ministerial Steering
Committee (MCS) ke-15 telah diadakan pada 17 Julai 2013 bertempat di Hotel
Royal Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang dihadiri oleh Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel bersama rakan sejawat
dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei membincangkan mengenai
tanggungjawab kerjasama serantau dalam menangani isu jerebu yang menjadi
masalah rentas sempadan. Antara kejayaan yang dicapai sejak pembentukan
MSC pada 2006 ialah pelaksanaan Pelan Tindakan (POA) Indonesia dalam
mengurangkan kawasan titik panas di daerah yang berkecenderungan berlaku
kebakaran seperti di Sumatera dan Kalimantan, kerjasama dua hala dalam
mencegah kebakaran hutan dan tanah antara Malaysia dan Riau serta antara
Singapura dan Jambi, usaha Thailand di sub rantau Mekong, kajian semula
program dan aktiviti MSC sejak tahun 2010 bagi mempertingkatkan mekanisme
dalam menangani isu jerebu rentas sempadan.
Majlis Sumber Air Negara (MSAN)
Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) Ke-8 telah diadakan pada
7 Oktober 2013 bertempat di Dewan Persidangan, Unit Penyelarasan
Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya yang dipengerusikan oleh
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato Muhyiddin Mohd Yassin yang turut
dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel,
Menteri-menteri Persekutuan, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.
Mesyuarat tersebut menyentuh mengenai Penubuhan Majlis Sumber Air Negeri
(MSANg) sebagai penghubung setempat (OSC) untuk membincangkan dan
melaksanakan perkara-perkara yang diputuskan oleh MSAN dan isu-isu air di
peringkat negeri dengan penglibatan jabatan dan agensi yang berkepentingan.

Malaysia 2014

199

Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar


merasmikan Sambutan Minggu Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan
2013 di Tanah Rata, Cameron Highlands pada 21 Oktober 2013

MSAN ditubuhkan bagi memastikan koordinasi keputusan yang diputuskan


dalam MSAN dapat diselaras dan dipantau di peringkat negeri, menguruskan
sumber air di negeri secara mampan dan bersepadu dengan mengambil kira
input dari pelbagai agensi dan jabatan serta memantau sebarang pelanggaran
syarat-syarat serta pencemaran yang dilakukan terhadap sumber air.
Minggu Alam Sekitar Malaysia 2013
Pada 21 Oktober 2013, Jabatan Alam Sekitar menganjurkan majlis Sambutan
Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Kebangsaan di Tanah Rata,
Cameron Highlands yang bertemakan Perkongsian Pintar ke Arah Kelestarian
Alam Sekitar. Sambutan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada rakyat
Malaysia yang memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung
dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Majlis perasmian
Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Kebangsaan telah
disempurnakan oleh Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam
Sekitar. Sambutan MASM telah dihadiri oleh lebih 5,000 orang dari segenap
lapisan masyarakat yang menyertai pelbagai program dan aktiviti.
Majlis Biodiversiti Negara (MBN)
Pada 22 Oktober 2013, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
telah mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Biodiversiti Negara (MBN)
bertempat di Bilik Jawatankuasa 1 dan 2, Bangunan Utama Parlimen, Kuala
Lumpur. Mesyuarat pertama ini telah dihadiri oleh Menteri-menteri Besar, Ketuaketua Menteri/wakil dan Menteri-menteri yang bidang kuasa dan tugasnya
adalah berkaitan dengan pengurusan biodiversiti. Antara isu yang dibincangkan

200

Malaysia 2014

adalah mempertimbangkan 4 kertas pertimbangan iaitu Cadangan Projek


Restorasi Karang di pulau-pulau di seluruh Negara; Modaliti Penubuhan Pusat
Biodiversiti Kebangsaan; Cadangan Pelan Tindakan Kebangsaan Pengurusan
Spesies Asing Berbahaya (Invasive Alien Species) untuk Menghalang
Kemasukan, Membendung, Mengawal dan Menghapus IAS bagi Melindungi
Biodiversiti Negara; dan Langkah Menyelamat Tumbuhan Terancam. Cadangan
projek restorasi terumbu karang untuk dilaksanakan di negeri-negeri dengan
perairan yang mempunyai terumbu karang telah dipersetujui di mana projek ini
dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui smart partnership dengan Jabatan
Taman Laut Malaysia (JTLM), pihak berkepakaran serta universiti-universiti,
badan bukan kerajaan serta pihak korporat.
JABATAN/AGENSI
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
JKPTG ditubuhkan bertujuan untuk mempertingkatkan sistem pengurusan dan
perundangan tanah supaya lebih cekap dan bermutu selaras dengan Dasar
Pembangunan Negara yang merangkumi pengurusan tanah persekutuan,
penyelesaian pembahagian pusaka, pengambilan tanah dan penguatkuasaan.
Selaras dengan hasrat berkenaan, JKPTG mempertingkatkan peranannya
dalam mengkaji segala undang-undang, dasar dan garis panduan yang
berkaitan supaya wujud keseragaman dan penyelarasan dalam melaksanakan
dan mentadbirkan undang-undang, dasar dan garis panduan berkenaan di
seluruh Semenanjung Malaysia. Penyeragaman dan penyelarasan ini adalah
penting memandangkan hal ehwal tanah adalah di bawah bidang kuasa
kerajaan negeri.
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan). Aras 3, Podium 1, No. 25
Persiaran Perdana Presint 4, 62574 Putrajaya. Tel: 03-8171 2600 Faks: 03-8881 0796
Laman web: www.kptg.gov.my

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)


JUPEM bertanggungjawab menjalankan aktiviti ukur kawalan mendatar
dan menegak untuk kegunaan pihak awam dan juga swasta bagi
tujuan pembangunan, keselamatan dan pertahanan negara. Jabatan ini
bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja ukuran geodetik dan
pemetaan topografi bagi seluruh Malaysia dan ukuran kadaster untuk negerinegeri di Semenanjung Malaysia.
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Wisma JUPEM, Jalan Semarak, 50578
Kuala Lumpur. Tel: 03-2617 0800 Faks: 03-2693 3618 Laman web: www.jupem.gov.my.

Malaysia 2014

201

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)


JMG merupakan jabatan kerajaan yang bertanggungjawab dalam eksplorasi
mineral, perlombongan kuari, serta penyiasatan pelbagai bidang geosains
secara bersistem di samping menyediakan perkhidmatan analisis geokimia dan
ujian fizikal bahan batuan dan mineral. Jabatan ini juga turut bertindak sebagai
bank data nasional bagi semua maklumat yang berkaitan dengan geosains dan
sumber mineral.
Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Tingkat 19-22 Bangunan Tabung Haji, Jalan
Tun Razak, 50658 Kuala Lumpur Tel: 03-2161 1033 Faks: 03-2161 1036 Laman web:
www.jmg.gov.my

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)


Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1932 dengan nama Jabatan Parit dan
Taliair. Peranan utama adalah untuk memajukan tanah pertanian yang baru dan
ia dengan sekali gus memikul tanggungjawab pengairan dan saliran. Jabatan
ini yang sebelumnya bernaung di bawah Kementerian Pertanian, menerima
tanggungjawab baru yang lebih luas. Tugas-tugas tersebut adalah pengairan,
kejuruteraan sungai, tebatan banjir, kejuruteraan pantai dan hidrologi. Pada
tahun 1989, jabatan ini dengan rasminya telah ditukarkan nama kepada
Jabatan Pengairan dan Saliran seiring dengan tanggungjawab yang kian
meluas. Pada 27 Mac 2004, berikutan rombakan kabinet, Jabatan Pengairan
dan Saliran diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Fungsi pengairan telah diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani manakala fungsi-fungsi lain termasuk saliran bandar diletakkan di
bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. JPS bertanggungjawab
dalam bidang pengurusan sumber air, pengurusan sungai dan pantai, tebatan
banjir serta saliran bandar.
Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur
Tel: 03-2697 2828 Faks: 03-2698 7973 Laman web: www.water.gov.my

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)


Jabatan PERHILITAN dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua.
Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah
diwujudkan. Dalam tahun 1902, rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab
Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan
satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan
spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En.
T.R.Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang,
sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya. Antara tahun 1972
dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang dengan kerajaankerajaan negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua

202

Malaysia 2014

Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan


Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76. Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan
sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya
Jabatan PERHILITAN. Jabatan ini diberi mandat untuk menguatkuasakan Akta
Perlindungan Hidupan Liar serta berfungsi menjaga, mengurus dan memelihara
hidupan liar dan taman negara termasuk rezab, santuari hidupan liar disamping
menjalankan penyelidikan terhadap spesies hidupan liar dan habitat, program
penyelidikan dan pendidikan di zoo dan pemeliharaan pusat pembiakan haiwan.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), KM 10. Jalan
Cheras, 56100 Kuala Lumpur Tel: 03-9086 6800 Faks: 03-9075 2873. Laman web:
www.wildlife.gov.my

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)


JPSM bertanggungjawab terhadap pengurusan, perancangan, perlindungan
dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan
Dasar Perhutanan Negara dan Akta Perhutanan Negara. Ibu Pejabat Perhutanan
Semenanjung Malaysia bertanggungjawab untuk menggubal dasar-dasar
perhutanan, memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan Perhutanan
Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan,
industri hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan serta latihan dan
pembangunan sumber manusia.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung
Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur Tel: 03-26164488 Faks: 03-2692
5657 Laman web: www.forestry.gov.my

Institut Tanah Negara (INSTUN)


INSTUN telah ditubuhkan pada 1 Mei 1998 dan merupakan institut latihan yang
bertanggungjawab untuk mengadakan latihan dalam bidang perundangan
tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan. Di samping
itu, INSTUN menjalankan kajian penyelidikan pengurusan latihan dalam bidang
tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan serta
membekalkan bahan-bahan rujukan dan maklumat dalam bidang tersebut
melalui perpustakaan INSTUN.
Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Behrang Stesen, Perak. Tel: 05-454
2825 Faks: 05-454 2837 Laman web: www.instun.gov.my

Jabatan Alam Sekitar (JAS)


JAS pada mulanya dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar telah ditubuhkan
pada 1975. Fungsi utama JAS ialah untuk mencegah, menghapus, mengawal
dan membaiki alam sekitar melalui penguatkuasaan undang-undang dan
peraturan-peraturan di bawahnya.
Malaysia 2014

203

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Aras 1-4,
podium 2&3, Lot 4G3 Presint 4, No.25, Persiaran Perdana Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan 62574 Putrajaya. Tel: 03-8871 2000 Faks: 03-8889 1973 Laman web:
www.doe.gov.my

Jabatan Taman Laut Malaysia


Jabatan ini berperanan untuk memulihara dan melindungi kepelbagaian
biologi komuniti marin dan habitatnya yang telah terjejas serta membiakkan
spesies marin yang terancam. Selain itu, jabatan ini juga berperanan untuk
menggalakkan kajian saintifik dan memantau flora dan fauna marin yang
terdapat di kawasan perlindungan. Jabatan ini turut terlibat dalam usaha untuk
meningkatkan pendidikan, pengetahuan dan kesedaran dan sokongan orang
ramai mengenai kepentingan serta keperluan pemuliharaan hidupan biodiversiti
marin dan habitatnya.
Jabatan Taman Laut Malaysia, Aras 11, Wisma Sumber Asli, No 25 Persiaran
Perdana, 62574 Putrajaya Tel: 03-8886 1111 Faks: 03-8888 0489 Laman web:
www.dmpm.nre.gov.my

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)


FRIM adalah sebuah badan berkanun yang ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan
dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pada tahun 1985, Institut ini dijadikan badan
berkanun dan dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
yang ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan
Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama Malaysia. Mulai
2004, FRIM berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Malaysia (NRE) dan merupakan institut penyelidikan yang bertanggungjawab
dalam penyelidikan dan pembangunan, perundingan, pemindahan teknologi
dan perkhidmatan ujian dan tumbuhan ubatan.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-6279 7000 Faks: 03-6273 1314 Laman web: www.frim.gov.my

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM)


NAHRIM ditubuhkan pada September 1995 dan diletakkan di bawah
Kementerian Pertanian. Mulai April 2004, NAHRIM telah diletakkan di bawah
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. NAHRIM bertanggungjawab
menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta perundingan dalam bidang
perkhidmatan hidraulik sumber air merangkumi kejuruteraan sumber air atau
sungai dan pantai. NAHRIM telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi

204

Malaysia 2014

Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat adalah tema sambutan Hari


Hutan Antarabangsa 2013 yang disambut pada 21 Mac 2013

pusat kecemerlangan kebangsaan yang menyelaras aktiviti penyelidikan dalam


bidang hidraulik sumber air bagi memenuhi keperluan sektor awam dan swasta.
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan
Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-8948 3033
Faks: 03-8948 3044 Laman web: www.nahrim.gov.my

JABATAN BIOKESELAMATAN (JBK)


Jabatan Biokeselamatan ditubuhkan pada 20 Mei 2010 dan bertindak sebagai
One Stop Centre untuk semua aktiviti yang berkaitan dengan biokeselamatan.
Antara fungsi JBK ialah melaksana dan menguatkuasakan Akta Biokeselamatan;
menjadi sekretariat dan operational arm kepada Lembaga Biokeselamatan
Kebangsaan (LBK); menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Penasihat
Pengubahsuaian Genetik (GMAC) serta jawatankuasa/jawatankuasa kecil yang
ditubuhkan di bawah LBK dan GMAC; memantau aktiviti yang berhubungan
dengan organisma diubahsuai yang hidup (LMO) dan hasilan organisma
sedemikian; menyediakan pelantaran (platform) untuk konsultasi dengan
pelbagai pihak dalam usaha memformulasikan dan mengemas kini dasar,
undang-undang dan garis panduan berkaitan biokeselamatan; membina
kerjasama strategik dengan agensi-agensi berkaitan di dalam dan di luar negara
dalam bidang biokeselamatan; dan membantu kerajaan memformulasikan
pendirian negara tentang isu-isu biokeselamatan di forum-forum antarabangsa;
dan meningkatkan kesedaran awam terhadap biokeselamatan.
Jabatan Biokeselamatan (JBK), Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli, No.25 Persiaran
Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya Tel: 03-8886 1111 Faks: 03-8890 4935.Laman
web: www.nre.gov.my

Malaysia 2014

205

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN


KEBUDAYAAN MALAYSIA

Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014

No. 2, Menara 1,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Telefon
: 03-8891 7000/03-8000 8000
Faks
: 03-8891 7100
Laman Web : www.motac.gov.my

206

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Seri
Mohamed Nazri Bin
Abdul Aziz

Sektor pelancongan adalah penyumbang keenam


terbesar kepada ekonomi Malaysia dan pendapatan
tukaran asing kedua terbesar selepas barangan
perkilangan. Pencapaian industri itu melebihi sasaran
tahun lalu dengan terima hasil pelancongan bernilai
RM65.44 bilion berbanding sasaran RM65 bilion...
walaupun melalui tahun yang mencabar, kedatangan
pelancong pada 2013 meningkat 2.7 peratus kepada
25.7 juta orang berbanding 25.0 juta pada 2012
Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Malaysia 2014

207

PENGENALAN
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dibentuk menerusi penstrukturan
Kabinet pada 15 Mei 2013 selepas Pilihanraya Umum ke-13. Melalui
penggabungan ini sektor pelancongan dicantumkan kembali dengan sektor
kebudayaan selepas diasingkan semasa pembentukan Kabinet 2004. Kini
kementerian ini lebih mantap dalam membangunkan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan bertaraf dunia. Antara fungsi kementerian ialah menggubal
dasar pelancongan negara bagi mencapai visi, misi dan objektif kementerian
selain melaksanakan dasar-dasar berkaitan dengan perkembangan dan
pembangunan industri pelancongan dan kebudayaan.
AKTIVITI 2013
Pada 19 Januari 2013, Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
telah melancarkan Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2013. Kempen
yang telah diangkat sebagai Misi Nasional ini berlangsung sepanjang tahun
2013 ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan industri pelancongan
serta keterlibatan rakyat dalam agenda negara tersebut.
Melalui tema Celebrating 1Malaysia, Truly Asia, semua rakyat diseru untuk
bersama-sama berganding bahu dan memberikan layanan mesra dan berbudi
bahasa bagi memastikan sasaran kedatangan seramai 28 juta orang pelancong
asing dapat dicapai untuk tahun 2014.
Antara acara mega anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang
diadakan sepanjang tahun ini ialah :
a. 1Malaysia International Shoe Festival 28 Mac 31 Mac, PWTC, Kuala
Lumpur
b. Colours of 1Malaysia 25 Mei, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
c. Magic of the Night 22 Jun 30 Jun, Putrajaya
d. Majlis Rumah Terbuka Malaysia
Tadau Kaamatan 30 Jun, Kota Kinabalu, Sabah
Deepavali 9 November, Johor Bahru, Johor
Hari Raya Aidilfitri Raya Merdeka 30 September, Melaka
Krismas 25 Disember, Padang Kota Lama, Pulau Pinang
e. World Tourism Conference 2013 21 Oktober 23 Oktober, Melaka
f. Malaysian Cultural Week 2013 19 September 23 September, London
g. Fabulous Food 1Malaysia Oktober Disember
Tiga makanan pilihan :
i. Nasi Goreng mewakili kaum Cina
ii. Popia mewakili kaum India
iii. Sup Tulang mewakili kaum Melayu

208

Malaysia 2014

PENCAPAIAN 2013
United Nations World Tourism Organisation (UNWTO) menyenaraikan Malaysia
sebagai negara ke-10 yang paling kerap dilawati bagi tahun 2013 di dunia.
Sepanjang tahun 2013, Malaysia turut menerima beberapa pengiktirafan di
peringkat global. Antaranya :
a. Kuala Lumpur sekali lagi menduduki tempat ke-4 dalam senarai 10
bandaraya membeli-belah terbaik di dunia oleh CNN Travel, yang
meletakkan Kuala Lumpur dalam kumpulan sama dengan New York, Tokyo
dan London.
b. CNN Travel juga meletakkan tiga pantai di Malaysia dalam senarai 50
pantai terbaik di dunia iaitu Tanjung Rhu di Langkawi, Kedah (tangga
ke-49), Juara Beach di Pulau Tioman, Pahang (tangga ke-21) dan Pulau
Perhentian Kecil, Terengganu (tangga ke-13).
c. Malaysia juga disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 destinasi
terbaik dunia yang mesti dilawati bagi tahun 2014 oleh Lonely Planet dan
menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya Negara Asia yang termasuk
dalam senarai tersebut.

Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan Pelan
Pelancongan Integrasi Genting dan Taman Tema Twentieth Century Fox
World di Genting Highland pada 17 Disember 2013

Malaysia 2014

209

JABATAN/AGENSI
SEKTOR PELANCONGAN
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Pusat Pelancongan Malaysia atau Malaysia Tourist Information Centre (MaTiC)
terletak persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail dan bangunan
ini adalah bangunan yang bersejarah kerana Persidangan Parlimen Pertama
berlangsung di sini. Selain berperanan sebagai pusat sehenti (one-stop centre)
bagi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada para pelancong, pusat
ini juga memberi pelancong kesempatan untuk melihat dan menikmati segala
tarikan Malaysia melalui persembahan tradisional, pementasan, demonstrasi
serta pelbagai aspek kebudayaan Malaysia.
Pusat Pelancongan Malaysia, 109, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur. Tel: 03-9235
4848/9235 4800. Faks: 03-2162 1149. Laman web: www.matic.gov.my

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM)


LPPM ditubuhkan pada tahun 1992 dan merupakan sebuah agensi
yang dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan destinasi-destinasi
pelancongan seluruh Malaysia serta pelbagai pakej pelancongan melalui 44
pejabat yang beroperasi di luar negara.
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Tingkat 9, No. 2, Menara 1, Jalan
P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya Tel: 03-8891 8000 Info-line: 1-300-88-5050 E-mel:
enquiries@tourism.gov.my Laman web: www.tourismmalaysia.gov.my

SEKTOR KEBUDAYAAN
Arkib Negara Malaysia
Arkib Negara Malaysia sebagai pusat arkib dan penyelidikan negara berperanan
sebagai agensi utama pengurusan rekod kerajaan bagi memantapkan tadbir
urus serta penyampaian perkhidmatan yang baik di sektor awam. Jabatan ini
juga menjadi pusat setempat pengumpulan, penyimpanan serta penyebaran
sumber maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah warisan
negara kepada orang awam bagi merapatkan jurang ilmu menerusi media
terkini. Selain dari itu, Arkib Negara Malaysia juga berperanan melaksanakan
program penyelidikan dan pendokumentasian bagi tujuan melengkapkan
maklumat dan memantapkan koleksi sejarah tanah air demi memartabatkan
kedaulatan negara.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur. Tel: 03-6201 0688. Faks :
03-6201 5679. Laman web: www.arkib.gov.my

210

Malaysia 2014

Jabatan Perpustakaan Negara


Jabatan Perpustakaan Negara bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan
pinjaman, perkhidmatan digital, perkhidmatan keahlian, perkhidmatan bilik
karel, fotokopi dan gerakan literasi maklumat kepada orang awam. Sementara
bagi penerbit, Jabatan ini berfungsi menyediakan perkhidmatan permohonan
International Standard Book Number (ISBN), permohonan International
Standard Serial Number (ISSN) serta pengkatalogan dalam penerbitan.
Bagi perpustakaan pula, jabatan ini berperanan dalam menyediakan sistem
pembekalan penerbitan, perkhidmatan pemuliharaan dan menyediakan
khidmat nasihat dan perundingan.
Jabatan Perpustakaan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun
Razak, 50572, Kuala Lumpur. Tel: 03-2687 1700. Faks: 03-2692 7502. Laman web:
www.pnm.gov.my

Jabatan Muzium Malaysia


Jabatan Muzium Malaysia diberi tanggungjawab menyelidik, mengumpul,
memelihara warisan sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi negara serta
mengurus muzium-muzium di bawah pentadbiran persekutuan dan memberi
khidmat kepakaran di samping memberi khidmat nasihat kepada muziummuzium negeri, jabatan kerajaan dan swasta. Selain itu, jabatan ini juga akan
mendokumentasikan koleksi jabatan dan menerbitkan hasil penyelidikan serta
memberikan khidmat pengembangan ilmu pengetahuan melalui pameran,
ceramah, bengkel, seminar, forum, persidangan dan lawatan berpandu ke
balai-balai pameran.
Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara 50566, Kuala Lumpur. Tel: 03-2267
1000/2282 6255. Faks: 03-2282 5044. Laman web: www.jmm.gov.my

Jabatan Warisan Negara


Jabatan Warisan Negara berperanan dalam memulihara, memelihara dan
melindungi warisan semula jadi melalui penyelidikan, pendokumentasian, dan
menggalakkan kesedaran terhadap warisan.
Jabatan Warisan Negara, Tingkat 1, 2 dan 10, Menara Chulan, Jalan Conlay, 50450, Kuala
Lumpur. Tel: 03-2167 5100. Faks: 03-2171 6028. Laman web: www.warisan.gov.my

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bertanggungjawab dalam
melaksanakan aktiviti pemuliharaan, pengembangan dan promosi seni budaya
untuk mengekalkan penghayatan dalam kalangan masyarakat. Selain itu,
jabatan ini akan memperbanyakkan lagi aktiviti kebudayaan dan kesenian yang
melibatkan pelbagai kaum selain menyediakan prasarana seni dan budaya yang

Malaysia 2014

211

kondusif kepada pengguna. Di samping itu, jabatan ini juga turut berperanan
dalam meningkatkan penyelidikan dan pembangunan produk-produk seni
budaya yang baru.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tingkat 21-34, Bangunan MAS, Jalan
Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 03-2052 3600. Faks: 03-2163 4031. Laman
web: www.jkkn.gov.my

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)


ASWARA berperanan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi terulung
dengan menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan
dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni,
budaya dan warisan.
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), 464, Jalan Tun
Ismail, 50480, Kuala Lumpur. Tel: 03-2697 1777. Faks: 03-2697 5452. Laman
web: www.aswara.edu.my

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia berperanan memaju, menggiat
dan memulihkan kemahiran serta ketukangan tradisional melalui penggunaan
cara-cara moden pengeluaran, pengurusan dan pemasaran bagi memperbaiki
kualiti keluaran-keluaran kraftangan untuk pasaran tempatan dan luar negara.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Sekyen 63,
Jalan Conlay, 50450, Kuala Lumpur. Tel: 03-2162 7459. Faks: 03- 2161 2622. Laman
web: www.kraftangan.gov.my

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara


Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724) yang
berkuatkuasa pada 27 Ogos 2011 menggantikan Akta Balai Seni Lukis Negara
1959 telah membawa kepada penukaran nama Balai Seni Lukis Negara
kepada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN). Penukaran ini
sekaligus telah mengembangkan fungsi LPSVN bukan hanya sebagai sebuah
galeri tetapi juga sebagai pemangkin kepada pembangunan industri seni visual
tanahair melalui program-program pembangunan dan bantuan-bantuan lain
yang perlu. Sebagai peneraju pembangunan seni visual, LPSVN bertekad
untuk mewujudkan suasana di mana kreativiti, pembelajaran serta jalinan
persefahaman dapat diakses melalui koleksi, pameran dan aktiviti penghayatan
seni.

212

Malaysia 2014

Majlis Rumah Terbuka Malaysia


Deepavali 2013 pada 9 November 2013

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, 2 Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak,
53200, Kuala Lumpur. Tel: 03-4025 4990/4026 7000. Faks: 03-4025 4987. Laman
web: www.artgallery.gov.my

Istana Budaya
Istana Budaya memainkan peranan utama menyediakan persembahan seni
pentas yang berkualiti serta mampu untuk ditonton oleh semua golongan
masyarakat Malaysia dan luar negara. Istana Budaya menyediakan khidmat
nasihat dan meningkatkan kepakaran seni persembahan pentas.
Istana Budaya, Jalan Tun Razak, 50694 Kuala Lumpur. Tel: 03-4026 5555. Faks:
03-4025 5975. Laman web: http://www.istanabudaya.gov.my

Malaysia 2014

213

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10


Briged PARA 8 Rejimen Renjer DiRaja, Kem Terendak, Melaka

Jalan Padang Tembak


50634 Kuala Lumpur
Telefon
: 03-2059 8400
Faks
: 03-2691 4163
Laman Web : www.mod.gov.my

214

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Seri Hishamuddin


Bin Tun Hussein

TIMBALAN MENTERI

YB Dato Abdul Rahim


Bin Bakri

Soal keselamatan negara tidak boleh dikompromi...


jika sektor keselamatan terjejas seperti yang berlaku
di Lahad Datu, ia akan menjejaskan sektor lain seperti
perladangan, pelancongan, pengeluaran, pendidikan
dan pentadbiran. Ancaman daripada mereka di luar
dan dalam dunia tanpa sempadan ini merupakan satu
ancaman yang boleh berlaku pada bila-bila masa
Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein
Menteri Pertahanan Malaysia

Malaysia 2014

215

PENGENALAN
Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan memulakan
operasi rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road
(sekarang Jalan Dato Onn), Kuala Lumpur. Bangunan ini turut menempatkan
pejabat Menteri Pertahanan yang pertama iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul
Razak bin Datuk Hussien yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22
September 1970. Bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah
dibina oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos bernilai RM122,000.00 dan
telah dirasmikan oleh Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein pada 18 Mac
1960. Bangunan yang dibina di Jalan Padang Tembak ini juga menempatkan
pejabat Panglima-panglima dan Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia
dari ketiga-tiga perkhidmatan. Kementerian Pertahanan diterajui oleh
Menteri Pertahanan dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi
Kementerian Pertahanan pula mengandungi dua perkhidmatan utama iaitu
Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha manakala Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN 2013
Pelancaran Wang Syiling Peringatan Sempena Hari ATM ke-80
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd
Zin telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Wang Syiling Peringatan
Sempena Hari ATM Ke-80 bertempat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur
pada 20 Disember 2013. Duit Syiling Peringatan yang dikeluarkan oleh Bank
Negara Malaysia (BNM) adalah ilham Jeneral Tan Sri Dato Sri (Dr.) Zulkifeli bagi
memperingati perjuangan, jasa dan pengorbanan ATM selama lapan dekad
dan telah berkembang menjadi sebuah Angkatan Tentera yang serba lengkap
dan canggih kini.
Kementerian Pertahanan Menang Anugerah Konvensyen KIK
Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Flash One daripada 95 Rejimen Semboyan
DiRaja, Kem Sungai Besi dengan tajuk projeknya Protection SOTAS (PROTAS)
yang mewakili Kementerian Pertahanan dalam Kategori Teknikal telah
memenangi Anugerah 1 Inovasi (Kategori Kementerian). Mereka membawa
pulang wang tunai sebanyak RM1,500.00, piala pusingan dan sijil atas
kemenangan yang diberikan atas projek inovasi yang berimpak tinggi dan
mempunyai nilai komersil. Majlis Konvensyen kali ke-30 tersebut telah diadakan
di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 1 hingga 3 Disember
2013.

216

Malaysia 2014

ATM Bina Jambatan Taktikal di Kemaman


Pada 10 Disember 2013, ATM telah berjaya menyiapkan sepenuhnya sebuah
jambatan taktikal di Sungai Limbung yang menghubungkan jalan utama
Bandar Chukai, Kemaman. Jambatan sepanjang 20 meter itu boleh dilalui oleh
semua jenis kenderaan. Pembinaan ini berjaya menghubungkan kembali laluan
yang telah rosak akibat banjir besar yang melanda Pantai Timur Semenanjung
pada awal Disember 2013. Seramai 41 orang anggota Tentera Darat Malaysia
dari 7 Skuadron, Rejimen Askar Jurutera Diraja Kota Bharu Kelantan dan 11
Skuadron, Rejimen Askar Jurutera Diraja Temerloh, Pahang terlibat dalam
pembinaan ini. Mereka diketuai oleh Mejar Nik Amir bin Nik Yaacob, Pegawai
Pemerintah 7 Skuadron, Rejimen Askar Jurutera Diraja, Temerloh, Pahang.
Jambatan tersebut boleh digunakan oleh orang ramai sehingga jambatan baru
dibina oleh Jabatan Kerja Raya, Pahang.
OP Murni Bantu Mangsa Banjir
Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia tidak ketinggalan
melaksanakan tanggungjawab sosial serta turut bersama-sama agensi
keselamatan yang lain memberikan bantuan menyelamat mangsa banjir dalam
operasi khas yang diberi nama OP MURNI. Penglibatan Trup dan Aset adalah
seperti berikut:
Trup dari Tentera Darat di bawah Kawasan Tanggungjawab 3 Divisyen:
1. Pahang daerah yang terlibat ialah Kuantan, Maran, Pekan, Rompin dan
Jerantut. Trup terlibat 12 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanise,
1 Kor Armor DiRaja (KAD) dengan kekuatan 12 Pegawai dan 178 anggota
Lain-Lain Pangkat (LLP), Trup dari Gerup Gerak Khas (GGK) - 2 Pegawai
dan 33 LLP dan aset yang terlibat ialah 16 buah bot, 16 buah kenderaan 3
ton, 4 buah kenderaan Land Rover dan Kenderaan TATRA 7 ton sebanyak
6 buah di Pahang dan 2 di Terengganu.
2. Johor daerah terlibat ialah Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Kluang,
Segamat, Mersing. Trup terlibat adalah di Daerah Mersing 1 Rejimen
Renjer DiRaja (RRD) dengan kekuatan 1 Pegawai dan 31 LLP dan aset
terlibat ialah 2 buah bot, 2 kenderaan 3 ton dan Kenderaan TATRA 7 ton
sebanyak 2 di Johor.
3. Aset TUDM - Pengkalan Udara Kuantan, telah dipertanggungjawabkan
membantu Majlis Keselamatan Negara memantau 7 Pusat Pemindahan
Banjir sejak 2 Disember 2013 iaitu SMK Paya Besar, Balai Raya Sg. Soi,
SMK Bukit Rangin dan SMK Gudang Rasau. Pesawat Nuri dari Skuadron
SAR (Search and Rescue) telah membuat penerbangan menyelamat di
Kawasan Paya Besar dan telah menyelamatkan empat orang mangsa
banjir yang seterusnya dipindahkan ke Pusat Penempatan Banjir di SMK
Paya Besar. Sebuah pesawat Nuri telah digunakan untuk tujuan bantuan
udara dalam OP Murni.

Malaysia 2014

217

4. ATM sentiasa memantau perkembangan banjir yang melanda Pahang dan


Johor serta turut memantau perkembangan di Pantai Timur. ATM turut
menyediakan pelan tindakan termasuk bantuan logistik untuk bantuan
banjir dan semua trup dalam keadaan bersiap sedia untuk bergerak jika
perlu.
Pelancaran Buku OP FAJAR: The Malaysian Success Story In The Gulf
Of Aden
Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein telah
menyempurnakan Majlis Pelancaran buku OP FAJAR: The Malaysian Success
Story In The Gulf of Aden bertempat di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan
pada 19 November 2013. Buku berkonsepkan buku mewah ini adalah sebuah
dokumentasi perjalanan operasi OP FAJAR di Perairan Teluk Aden, Somalia.
Terbitan adalah hasil usaha sama antara Tentera Laut Diraja Malaysia dan MISC
Berhad. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Panglima-panglima Perkhidmatan
serta pegawai-pegawai kanan tentera Kementerian Pertahanan Malaysia.
Lawatan Kerja Ke Vietnam
Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengadakan
Lawatan Kerja ke Vietnam bermula 2 November 2013. Ia merupakan lawatan
sulung beliau ke Vietnam setelah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia
pada Mei 2013. Lawatan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan
pertahanan dua hala antara Malaysia dan Vietnam serta mengeratkan lagi
hubungan diplomatik yang terjalin sejak tahun 1973. Turut diadakan mesyuarat
tahunan dua hala peringkat kerja.
Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Batalion Malaysia 850-1 ke
Lubnan
Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran
Kumpulan Pertama Batalion Malaysia (MALLBATT) 850-1 ke Lubnan telah
diadakan di Pengkalan Udara TUDM, Subang pada 22 Oktober 2013. Menteri
Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein menyempurnakan majlis
penghormatan tersebut kepada MALBATT 850-1 yang telah bersedia untuk
diaturgerakkan ke Lubnan bagi menggantikan MALBATT 5 yang menamatkan
misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) pada 26 Oktober
2013 setelah berkhidmat 12 bulan (mulai 22 Oktober 2012). Keanggotaan
keseluruhan MALBATT 850-1 berjumlah 540 orang anggota terdiri daripada
54 pegawai dan 486 anggota lain-lain pangkat (LLP). Ia termasuk dua orang
pegawai dan 14 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta
seorang pegawai awam (kewangan) dari Kementerian Pertahanan. MALBATT
850-1 ini diaturgerakkan ke Lubnan dalam dua peringkat penghantaran.

218

Malaysia 2014

Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein melancarkan buku OP FAJAR: The Malaysian
Success Story In The Gulf of Aden di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan pada 19 November 2013

Karnival Kedaulatan, Keselamatan dan Kesejahteraan Negara (Karnival


4KN)
Karnival 4KN dianjurkan dengan kerjasama antara Kementerian Pertahanan,
Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bertujuan memberi penjelasan dan
penerangan kepada masyarakat mengenai isu-isu berhubung pertahanan
dan keselamatan negara. Program antara lain bertujuan untuk mewujudkan
hubungan positif antara kerajaan dan rakyat serta meningkatkan kesedaran
rakyat khususnya terhadap konsep pertahanan dan keselamatan secara
menyeluruh. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri
Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 11 Oktober 2013
bertempat di RTC Kota Bharu, Kelantan.
Karnival 1MinDef 2013
Karnival 1MinDef adalah acara tahunan Kementerian Pertahanan bertujuan
untuk memberi pendedahan secara dekat dan efektif kepada masyarakat
tentang peranan, fungsi dan tanggungjawab Kementerian Pertahanan amnya
dan Angkatan Tentera Malaysia khususnya terhadap keselamatan, keamanan
dan kemajuan Negara. Karnival 1MinDef 2013 telah diadakan di Dataran
Persiaran Dato Haji Ismail bin Hassan, Kluang, Johor bermula pada 4 hingga
6 Oktober 2013 dan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan.
Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia (1MV AP)
Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein telah
menyempurnakan Majlis Pelancaran Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia (1MV
AP) bertempat di Pangkalan Udara Butterworth, Seberang Prai, Pulau Pinang
pada 3 Oktober 2013. Penubuhan 1MV AP adalah satu daripada tujuh inisiatif
di bawah Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia. 1MV AP adalah pusat
sehenti yang berfungsi sebagai satu jaringan sosial serta pusat maklumat di
antara Veteran ATM dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM yang
mana sebelum ini ia dilaksanakan oleh sembilan buah Pejabat Cawangan
JHEV di seluruh negara.

Malaysia 2014

219

Sambutan Hari ATM ke-80


Perbarisan Hari ATM Ke-80 telah diadakan di Dataran PTD, Kem Perdana
Sungai Besi pada 19 September 2013. Panglima Angkatan Tentera Malaysia,
Jeneral Tan Sri Dato Sri Zulkifeli bin Mohd Zin hadir bagi menerima tabik hormat
perbarisan daripada 29 orang pegawai dan 448 orang anggota lain-lain pangkat
terdiri daripada ketiga-tiga perkhidmatan. Dalam majlis itu juga diadakan
upacara penyampaian Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada pegawai dan
anggota yang terlibat dalam OP Daulat, Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada
bekas tentera, Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) kepada anggota yang masih
berkhidmat dan Sijil Kepujian Panglima Angkatan Tentera kepada penjawat
awam yang telah berkhidmat dengan ATM dengan cemerlang. Sementara itu
Perarakan Raksasa Angkatan Tentera Malaysia Sempena Hari ATM Ke-80
serta Pameran Kerjaya dan Aset ATM diadakan pada 21 September 2013
bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan hadir memeriahkan acara. Pada
27 September 2013, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Abdul Halim Muadzam Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis
Santapan Beradat Sempena Hari ATM Ke-80 bertempat di Wisma Perwira,
Kem KEMENTAH.
JABATAN/AGENSI
Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
STRIDE merupakan sebuah agensi di Kementerian Pertahanan yang
melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi bantuan
teknikal dan kepakaran saintifik kepada Kementerian Pertahanan, Angkatan
Tentera Malaysia dan industri pertahanan tempatan. Sokongan sains dan
teknologi diaplikasikan dalam bidang pertahanan secara meluas dalam pelbagai
sektor dan peringkat sama ada dalam keadaan aman ataupun semasa perang.
Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan, No.17 & 19, Jalan Seksyen 3/6,
Taman Kajang Utama, Kajang, 43000 Selangor. Tel: 03-8733 7133. Faks: 03-8733
5979. Laman web: www.stride.gov.my

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)


JHEV ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahanan selaras dengan keputusan
Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2000. Jabatan ini dibahagikan kepada
beberapa bahagian utama antaranya ialah Bahagian Khidmat Pengurusan,
Bahagian Latihan Dan Penempatan serta Bahagian Pembangunan Usahawan
dan Sosioekonomi. Fungsi utama jabatan ini adalah untuk mengurus dan
membayar faedah persaraan serta bayaran bantuan kebajikan dan perubatan
pesara ATM. JHEV juga bertindak sebagai perancang dan penyelaras dalam
pelaksanaan skim bantuan kebajikan dan pendidikan, memberi tambah nilai

220

Malaysia 2014

kemahiran sedia ada kepada bakal pesara dan Veteran ATM dalam persaingan
pasaran guna tenaga negara.
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kementerian Pertahanan, 301 Medan Tuanku, Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Peti Surat 13191, 50802 Kuala Lumpur. Tel: 03-2050 8000.
Faks: 03-2691 7564. Laman web: www.jhev.gov.my

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)


Sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga (JKMKT) telah
dibentuk dalam Mesyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002 untuk mengkaji
keperluan pelaksanaan kerahan tenaga. Jawatankuasa ini dipengerusikan
oleh Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh tujuh orang Menteri, seorang
Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri dan lima Timbalan Menteri.
Di dalam mesyuarat pertama pada 12 November 2002, JKMKT telah menerima
istilah Khidmat Negara bagi menggantikan istilah Kerahan Tenaga.
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (JKMKN) telah menubuhkan
empat Jawatankuasa Kecil iaitu Jawatankuasa Kecil Kewangan, Jawatankuasa
Kecil Kurikulum, Jawatankuasa Kecil Undang-Undang dan Jawatankuasa Kecil
Logistik bagi membantu Jawatankuasa Induk menyediakan perancangan dan
menyelaraskan keperluan pelaksanaan Program Khidmat Negara. Jemaah
Menteri pada 28 Mei 2003 telah meluluskan Pelaksanaan Program Khidmat
Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan Rakyat meluluskan
Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003.
Manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai
2003.
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengadakan Program Latihan Khidmat
Negara ini (PLKN), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) ditubuhkan di
bawah Kementerian Pertahanan yang berfungsi sebagai agensi pelaksana.
Fungsi utama JLKN ialah menggubal dasar dan peraturan-peraturan serta
menyediakan PLKN secara terancang ke arah mencapai matlamat Dasar
Latihan Khidmat Negara. JLKN juga bertanggungjawab menguruskan
penubuhan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), pelantikan, kemudahan
dan faedah untuk Ahli MLKN seperti mana yang ditetapkan dalam Akta Khidmat
Negara serta merancang penyediaan kemudahan-kemudahan, infrastruktur,
keperluan logistik, peralatan-peralatan dan kelengkapan yang diperlukan
untuk pelaksanaan PLKN dan memastikan objektif JLKN untuk membentuk
perwatakan positif kepada remaja melalui nilai-nilai murni tercapai.
Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan, Aras 2-5 Bangunan
Zetro, Jalan 9/27C, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Tel: 03-4027
4747. Faks: 03-4027 4111. Laman web: www.khidmatnegara.gov.my

Malaysia 2014

221

Malaysian Institute Of Defence and Security (MiDAS)


MiDAS ditubuhkan pada tahun 2010 dengan tujuan melaksanakan penyelidikan
dan menganalisis isu-isu yang penting dan signifikan terhadap pertahanan dan
keselamatan. Ia menjadi agensi utama bagi Malaysia yang berperanan sebagai
badan yang melaksanakan penyelidikan dan seterusnya memainkan peranan
aktif di dalam membantu kementerian dalam mencadang, menggubal dan
menambah baik strategi pertahanan dan keselamatan negara. Sebagai institusi
di bawah saluran Track 2 ASEAN, ia juga berperanan sebagai institusi strategik
yang memberi cadangan dan hasil kajian yang bebas, tanpa melibatkan
pendirian mana-mana agensi atau badan kerajaan. MiDAS telah mewujudkan
dua pusat kajian khusus kepada penyelidikan dan pembangunan strategi:
Pusat Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan Komprehensif (CDSRC)
dan Pusat Strategi Laut Biru MiDAS (MBOSC). Kedua-dua pusat pusat kajian
tersebut dibantu oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan (UPK) dalam melaksana

Ops Murni 2013 di Kuantan, Pahang

222

Malaysia 2014

dan mengkoordinasi latihan, publikasi, pentadbiran, sumber manusia dan hal


kewangan MiDAS.
Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) Aras Bawah, Blok A MinDef 2@
ZETRO Jalan 9/27, Section 5, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur Tel: 03-4027 4547
Faks: 03-4027 4081 Laman web: midas.mod.gov.my Email: midas@mod.gov.my

Jabatan Ketua Hakim Peguam


Jabatan Ketua Hakim Peguam diwujudkan dengan satu fungsi utama, iaitu
menasihati Majlis Angkatan Tentera dan pegawai-pegawai Angkatan Tentera
mengenai kesahan keputusan dan hukuman Mahkamah Tentera, hal-hal
perundangan yang lain serta melantik hakim peguam di Mahkamah Tentera.
Jabatan Ketua Hakim Peguam, Kementerian Pertahanan, Wisma Pertahanan, Tingkat
5, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur. Tel: 03-2071 5093. Faks: 03-2694
1702. Laman web: www.mod.gov.my/pda/hakimpeguam

Ops Murni 2013 di Kemaman, Terengganu

Ops Murni 2013 di Rompin, Pahang

Malaysia 2014

223

KEMENTERIAN KEMAJUAN
LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013

No.47, Persiaran Perdana, Presint 4


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Telefon
: 03-8000 8000
Faks
: 03-8888 2367
Laman Web : www.rurallink.gov.my

224

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Seri Hj.


Mohd Shafie Hj. Apdal

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Alexander
Nanta Linggi

Sekarang ini, kita mempunyai 4.2 juta isi rumah


Bumiputera. Kalaulah kita dapat melaksanakan dasar
ini (The Entrepreneurial Nation) maka kita mampu untuk
mengubah lanskap sosio-ekonomi dan pemikiran
Bumiputera daripada hanya bercita-cita menjadi pekerja
(job seekers) kepada pencipta peluang pekerjaan
(job creators) atau usahawan yang mampu mencipta
kekayaan untuk dirinya, masyarakat dan bangsa
Dato Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Malaysia 2014

225

PENGENALAN
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memainkan peranan
memajukan desa secara menyeluruh dan berkesan berteraskan nilai-nilai murni,
daya tahan dan daya pasaran selaras dengan wawasan negara. Pembangunan
luar bandar adalah agenda Kerajaan untuk menangani kemiskinan dan
kemunduran luar bandar dengan slogan membandarkan kawasan luar
bandar. Pada awal penubuhan KKLW pada 17 November 1959, ia dikenali
sebagai Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB). Pada
27 Mac 2004, KPNLB dinamakan sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah (KKLW).
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013
KUD 2013 merupakan karnival dwi tahunan diadakan pada 25 29 September
2013. Acara kali kelima diadakan ini sejak 2006 telah dirasmikan oleh Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin pada 26 September 2013
bertempat di Laman 1Malaysia, Putrajaya. Seramai 1 juta orang dijangka telah
menghadiri karnival ini dan menyasarkan sebanyak RM5 juta hasil jualan.
Program Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC)
RBC (Rural Business Challenge) yang mula diperkenalkan pada 2012 telah
memberikan geran perniagaan bernilai RM26.15 juta kepada 31 pemenang
pertandingan itu dalam tempoh dua tahun. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, Dato Seri Mohd. Shafie Apdal semasa memberi penjelasan kepada
Dewan Rakyat berkata daripada jumlah tersebut, enam pemenang dari Perak
memenangi geran perniagaan berjumlah RM6.8 juta, tiga pemenang masingmasing (Selangor, RM3.5 juta) dan (Pahang, RM3.05 juta) serta tujuh (Sabah,
RM2.9 juta). Manakala tiga (Kedah, RM2.5 juta), dua (Terengganu, RM2.5
juta), dua (Kelantan, RM2.3 juta), tiga (Johor, RM1.55 juta) dan masing-masing
seorang pemenang (Melaka, RM750,000) dan (Pulau Pinang, RM300,000).
Pertandingan RBC ini berjaya menarik minat sejumlah 769 penyertaan
daripada golongan belia seluruh negara sejak 2012 hingga 2013. Daripada
jumlah tersebut, sebanyak 52 penyertaan dari Sabah dan tujuh orang berjaya
memenangi geran perniagaan berjumlah RM2.9 juta.
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
Sebanyak enam RTC telah dibina di enam buah negeri iaitu Perak, Melaka,
Johor, Kelantan , Pahang dan Kedah. Aliran tunai yang dicatat di enam RTC
tersebut sejak Januari 2013 hingga Mei 2014 adalah sebanyak RM491.16 juta
dan telah dikunjungi oleh 7.2 juta orang pengunjung dengan RTC Perak dan
Kelantan paling mendapat tumpuan.

226

Malaysia 2014

Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak


melancarkan RTC Pahang di Pekan, Pahang pada 1 Mac 2013

JABATAN/AGENSI
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah
badan berkanun hasil daripada Resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera
Pertama 1965. Matlamat utama penubuhan MARA adalah untuk menangani
kelemahan sosioekonomi Bumiputera, khususnya dalam bidang perniagaan
dan perindustrian. Misi korporat MARA adalah untuk menjadi badan amanah
yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa
menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan.
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tingkat 3-26, Ibu Pejabat MARA, Bangunan Medan
MARA, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-2691 5111. Faks: 03-2691 3620
Laman web: www.mara.gov.my

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)


Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dalam kalangan khalayak
umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang
telah ditubuhkan pada 1961, melalui Kertas Kabinet Bil.385/25/60 dengan
memberi fokus utama kepada program Pembasmian Buta Huruf. KEMAS
berperanan mengubah sikap dan menyemai nilai murni dalam kalangan
masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju, berdaya saing dan
berdikari. Selain itu, KEMAS turut memainkan peranan dalam mewujudkan
inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam
pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Antara peranan KEMAS juga ialah
menggalakkan penyertaan rakyat secara aktif dalam menjayakan matlamat
Kerajaan dan Negara.

Malaysia 2014

227

Pada masa yang sama KEMAS berperanan mengeratkan hubungan Kerajaan


dan rakyat di samping mendapatkan sokongan rakyat terhadap usaha-usaha
pembangunan Negara. Selepas mencatatkan kejayaan cemerlang dalam
Program Transformasi Kerajaan (GTP 1.0), program ini terus mengorak langkah
lebih jauh dan pantas dalam melunaskan janji untuk melaksanakan perubahan.
Fasa kedua GTP yang bermula tahun 2013 2015 ini telah menyaksikan
beberapa inisiatif baru yang diperkenalkan. Antaranya peningkatan enrolmen
kanak-kanak ke Pra Sekolah iaitu 92% daripada kanak-kanak yang berumur
5 dan 6 tahun; Program Latihan Tenaga Pengajar dan Kemahiran Masyarakat
menerusi Program Kemajuan Kerjaya (PLKK).
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Aras 5-9, No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya Tel: 03-88912000 Faks: 03-88892296 Laman web: www.kemas.gov.my

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)


JAKOA berperanan membangunkan taraf sosioekonomi dan keupayaan
masyarakat Orang Asli untuk melibatkan diri secara aktif seiring serta setanding
dengan masyarakat umum. Pada masa yang sama, JAKOA membantu
mengekalkan identiti serta nilai-nilai positif budaya masyarakat Orang Asli. Visi
JAKOA adalah untuk menjadi sebuah organisasi terunggul dalam kelasnya
dalam pembangunan sosioekonomi dan kebajikan masyarakat Orang Asli.
Jabatan Kemajuan Orang Asli, Tingkat 10,20 & 20 M, Blok Barat, Wisma Selangor
Dredging, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur Tel: 03-2161 0577 Faks: 03-2162 1470
Laman web: www.jakoa.gov.my

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)


RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan pada 1
Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen iaitu Akta Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Akta 85 Tahun 1972),
Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.
Objektif RISDA adalah memastikan pekebun kecil memperoleh pendapatan
sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010.
Objektif ini telah dicapai apabila pendapatan pekebun kecil melepasi RM2000
sebulan sekeluarga pada tahun 2010 berikutan harga getah yang amat
memberangsangkan dan juga peningkatan produktiviti. Harga getah purata
SMR 20 tahun 2010 adalah RM10.58 sekilogram dan telah mencapai paras
tertinggi RM14.89/kg dan dengan ini seorang pekebun yang memiliki dua
hektar getah dengan produktiviti 1,481 kg sehektar setahun memperoleh
pendapatan sejumlah RM2,381 hingga RM3,294 sebulan.

228

Malaysia 2014

Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA),Ibu Pejabat RISDA, Karung


Berkunci 11067, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur. Tel: 03- 42564022. Faks:
03-4257 6726. Laman web: www.risda.gov.my

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)


FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan
sektor luar bandar dengan membantu penduduk menyertai aktiviti ekonomi
dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1
September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada
FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah badan berkanun
kepada sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Penukaran entiti korporat
ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru
selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. FELCRA Berhad beroperasi
berasaskan pendekatan berimbang di antara Program Tanggungjawab Sosial
Korporat dengan Program Perniagaan berasaskan keuntungan.
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Wisma FELCRA,
Lot 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya, Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur Tel:
03-4143 3646 Faks: 03-4142 8162 Laman web: www.felcra.com.my

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)


KEJORA adalah sebuah agensi badan berkanun di bawah KKLW yang
berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri
Johor. Pembahagian wilayah meliputi 16 peratus kawasan Negeri Johor
dengan jumlah keluasan 300,111 hektar. Ia terbahagi kepada dua wilayah
kecil iaitu Johor Tengah (149,009 hektar) dan Pengerang (151,356 hektar).
Keluasan ini melibatkan dua daerah iaitu Kota Tinggi (75 peratus) dan Kluang
(25 peratus). KEJORA ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Parlimen
75 (Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara), Enakmen Bil.7/1972 (Enakmen
KEJORA), (Enakmen Lembaga Kemajuan Johor 197). Misi KEJORA adalah
untuk menerajui pembangunan Wilayah Johor Tenggara melalui pemerkasaan
modal insan dan pemapanan ekonomi secara strategik dan berkesan.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan
Dato Haji Hassan Yunos, 81930 Bandar Penawar, Johor. Tel: 07-8221 601. Faks: 078221 600. Laman web: www.kejora.gov.my

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)


KEDA ditubuhkan pada 28 Mei 1981 di bawah Akta Parlimen 249 (Akta
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981) dengan tujuan untuk membantu dan
mempercepatkan lagi pembangunan sosial dan ekonomi di kawasan KEDA.
Kawasan operasi KEDA meliputi keluasan 8,279 km persegi iaitu 89% daripada
keseluruhan Negeri Kedah. Sebagai agensi Kerajaan Persekutuan di bawah

Malaysia 2014

229

KKLW, KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan


meliputi bidang pembasmian kemiskinan, pembangunan infrastruktur dan
kemudahan awam, pembangunan kampung tradisional dan perumahan rakyat
termiskin, pembangunan industri desa dan keusahawanan, latihan kemahiran
dan pembangunan modal insan.
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Bangunan Tunku, Jalan Ibrahim, Peti Surat
195, 05720 Alor Setar, Kedah. Tel: 04-720 5300. Faks: 04-731 3966. Laman web:
www.keda.gov.my

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)


KESEDAR adalah sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada
2 Mac 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta
203). Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di
antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan

Seramai 335 graduan Program Latihan dan Kemahiran menerima sijil masing-masing pada Majlis Graduasi
sesi 2012/2013 pada 30 Oktober 2013 di Putrajaya

230

Malaysia 2014

menyusun semula masyarakat. Misi KESEDAR adalah memacu dan menjana


pembangunan wilayah Kelantan Selatan serta merancang dan melaksana
program pembangunan fizikal yang berkualiti. Selain itu, misi KESEDAR ialah
melaksanakan program pembangunan sosioekonomi dengan mengeksploitasi
sumber-sumber tempatan dan membangunkan modal insan yang boleh
membantu mencapai pembangunan Kelantan Selatan.
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).Ibu Pejabat, Bandar Baru Gua
Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan Tel: 09-9132 200 Faks: 09-9121 211 Laman
web: www.kesedar.gov.my

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)


KETENGAH merupakan kawasan pembangunan wilayah di bawah KKLW
mengikut Dasar Ekonomi Baru Malaysia. KETENGAH telah diperbadankan
pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk
menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876
hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
KETENGAH beriltizam untuk memastikan kesejahteraan penduduk melalui
peningkatan pendapatan serta meningkatkan kualiti hidup menerusi programprogram strategik.
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Karung Berkunci No. 3, Bandar
Al-Muktafi Billah Shah, 23409 Dungun, Terengganu Tel: 09-8223 100 Faks: 09-8223
104/105 Laman web: www.ketengah.gov.my

Institut Kemajuan Desa (INFRA)


Institut Kemajuan Desa atau INFRA (Institute For Rural Advancement) ialah
institusi latihan utama pengurusan pembangunan desa. Fokus INFRA ialah
melatih pemimpin pada peringkat akar umbi dan melaksanakan kajian berkaitan
isu-isu luar bandar dalam usaha penambahbaikan kaedah dan pendekatan
pengurusan desa. Dalam hubungan ini, INFRA bukan sahaja bekerjasama
dengan pakar-pakar tempatan malah turut terbabit pada peringkat antarabangsa
menerusi penganjuran bersama latihan penyelidikan. Sasaran utama INFRA
ialah masyarakat luar bandar. Selain pengurusan pembangunan desa, bidang
latihan dan penyelidikan INFRA turut mencakupi isu-isu kemiskinan dan
pendidikan non-formal. Visi INFRA adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan
dalam bidang latihan dan penyelidikan luar bandar menjelang tahun 2020.
Institut Kemajuan Desa (INFRA), Lot 2A, Persiaran Institusi, 43000, Kajang, Selangor
Darul Ehsan. Tel: 03-8735 2400. Faks: 03-8926 5901. Laman web: www.infra.gov.my

Malaysia 2014

231

KEMENTERIAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia-China

Blok 10, Kompleks Pejabat Kerajaan


Jalan Duta, 50622 Kuala Lumpur
Telefon
: 03-8000 8000
Faks
: 03-6201 2337
Laman Web : www.miti.gov.my

232

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Sri Mustapa


Bin Mohamed

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Ir. Haji


Hamim Bin Samuri

YB Dato Lee Chee


Leong (Senator)

Kita akan terus mengukuhkan daya saing negara di


peringkat global, menerusi usaha yang lebih bersasar
dalam meningkatkan persekitaran pelaburan Malaysia
dan mempromosi dasar yang akan meningkatkan
perdagangan, memupuk bakat untuk mencapai
pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi, meningkatkan
usaha untuk mengurangkan beban kawal aturan serta
memperkukuh keupayaan teknologi negara
Dato Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Malaysia 2014

233

PENGENALAN
Kementerian Perdagangan dan Industri telah ditubuhkan pada April 1956 dan
beribu pejabat di Pejabat Kerajaan, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Pada Februari
1972, kementerian ini ditukar nama kepada Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian. Kemudian, pada 27 Oktober 1990, kementerian ini dipecahkan
pula kepada dua Kementerian yang berasingan iaitu Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Malaysia-Tatarstan tingkat kerjasama, perkukuh hubungan
Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan (MIDA) dan Perbadanan
Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggalakkan lebih
banyak syarikat tempatan menerokai pasaran Tatarstan pada tahun 2013.
Presiden Republik Tatarstan dalam Persekutuan Rusia, Rustam N. Minnikhanov
dan delegasinya telah mengadakan lawatan tiga hari bermula 8 Januari 2013.
Tujuan lawatan adalah untuk merintis jalan buat Tatarstan dan Malaysia bagi
menggalak dan membangunkan kerjasama ekonomi dalam pelbagai bidang
serta mengukuhkan hubungan antara kedua-dua buah negara.Pelaburan
Tatarstan pada 2011 adalah sebanyak AS$950,000 (RM2.89 juta) dan untuk
Sembilan bulan pertama 2012 adalah sebanyak AS$568,000 (RM1.72 juta)
berjaya direkodkan.
WEF Platform terbaik pasarkan Malaysia
Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah berlangsung di Davos, Switzerland pada
23-26 Januari 2013. Malaysia mensasarkan untuk meningkatkan komuniti
antarabangsa terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan, perdagangan,
pendidikan dan pelancongan pilihan di Asia. Menerusi forum yang
menghimpunkan tokoh politik dan ekonomi dunia itu,Malaysia memasarkan
penjenamaan Malaysia berdasarkan kejayaan Program Transformasi Ekonomi
(ETP) sejak pelancarannya pada Oktober 2010. Forum ini juga meliputi
pertemuan dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, dan Ketua Pengarah
Pertubuhan Perdagangan Dunia, Pascal Lamy.
World Halal Week 2013 (WHW 2013)
Minggu Halal Sedunia 2013 (WHW 2013) telah berlangsung pada 3-6 April
2013, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Acara Industri
halal terbesar dunia kali keempat tersebut turut mengekalkan sasaran potensi
urus niaga sekitar RM500 juta seperti dicatatkan tahun 2012. Minggu acara
industri halal dunia itu dimulakan dengan persidangan WHW 2013 bertemakan
Ekonomi Halal pada 3 dan 4 April, yang mana peserta industri boleh berbincang

234

Malaysia 2014

berkenaan penemuan baru, trend, isu serta cabaran industri halal global. Acara
tersebut telah menyediakan platform kepada delegasi dagangan antarabangsa
untuk menerokai peluang pasaran halal dunia bernilai AS$2.3 trilion (RM7.11
trilion). Penyepaduan ketiga-tiga acara industri halal terkemuka dunia tersebut,
membabitkan World Halal Research, MIHAS dan World Halal Forum adalah
salah satu daripada strategi kerajaan dalam memaparkan industri halal dunia.
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2013 (MIHAS)
Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (MATRADE) telah menganjur
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2013) dari 3 hingga 6 April
2013 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Acara tersebut
disertai lebih daripada 518 pempamer dengan ruang pameran seluas 9,710
kaki persegi. MIHAS 2013 terus menjadi platform penting untuk mendapatkan
produk halal dan merupakan pameran perdagangan halal yang penting untuk
rantau Asia serta antarabangsa. Bilangan terbesar penyertaan asing pada
MIHAS 2013 ialah dari China, Indonesia, Taiwan, Belgium, Filipina, Iran dan
Singapura. MIHAS bukan sahaja mendapat penyertaan daripada sektor
makanan tetapi turut mendapat penyertaan daripada sektor-sektor perbankan
dan kewangan Islam, takaful, logistik, piawaian, kosmetik, farmaseutikal, herba,
penjagaan diri, pembungkusan makanan, mesin dan sebagainya.
Laporan Tahunan Daya Saing Dunia 2013 (WCY 2013)
Laporan Bank Dunia Edisi 2013 meletakkan Malaysia di tangga ke-15 paling
berdaya saing bagi perniagaan dalam senarai membabitkan 60 negara.
Kedudukan itu meletakkan Malaysia mengatasi negara-negara seperti Australia
(ke-16), Ireland (ke-17), United Kingdom (ke-18), Israel (ke-19) dan Finland (ke20). Malaysia juga mencatat markah yang tinggi dalam kadar pengangguran
yang rendah dan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang
memberangsangkan. Malaysia mencatatkan peningkatan yang ketara dalam
prestasi ekonomi dengan meningkat ke kedudukan ketujuh berbanding tempat
ke-10 sebelum ini. Adalah sesuatu yang menggalakkan bahawa Malaysia telah
meningkat dalam tiga daripada faktor, iaitu Prestasi Ekonomi (ke-7), Kecekapan
Perniagaan (ke-4), dan Infrastruktur (ke-25).
Pelancaran Laporan Tahunan MITI 2012
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah melancarkan
Laporan Tahunan MITI 2012 pada 24 Jun 2013. Persekitaran ekonomi suram
yang masih belum diselesaikan di Amerika Syarikat dan Eropah, serta harga
komoditi yang lebih rendah, akan menjadi cabaran utama di masa depan.Pada
tahun 2012, jumlah dagangan Malaysia naik tiga peratus untuk mencatatkan
RM1.31 trilion, berbanding RM1.27 trilion pada 2011.Eksport meningkat 0.6
peratus kepada RM702.2 bilion, sementara import naik 5.9 peratus kepada

Malaysia 2014

235

RM607.4 bilion, berbanding 2011. Bagi suku pertama tahun ini, jumlah
dagangan naik 1.5 peratus kepada RM322.4 bilion berbanding tempoh yang
sama tahun lepas. Lebihan dagangan dicatatkan pada RM16.55 bilion bagi tiga
bulan yang dinilai. Manakala unjuran peningkatan keluaran dalam negara kasar
(KDNK) Malaysia antara lima hingga enam peratus, dijangka terus didorong
permintaan domestik. Pada tahun 2013, MITI menumpukan kepada pasaran
Afrika, menerusi penciptaan permintaan dan mengukuhkan produk dan
perkhidmatan Malaysia menerusi aktiviti seperti Projek Afrika, misi pemasaran
khusus dan misi pembelian.
Minggu PKS 2013
SME Corp Malaysia melancarkan Minggu PKS 2013 yang menyediakan 123
program serta aktiviti pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di
seluruh negara bermula 24 Jun 30 Jun 2013. Ia dirasmikan oleh YB Datuk
Ir Hamim Samuri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
dan Datuk Hafsah Hashim, Ketua EKSEKUTIF SME Corp.Program yang masuk
tahun kedua penganjuran itu disertai 400 syarikat sebahagian besarnya adalah
pasar raya besar dan institusi kewangan. Ia bertujuan memberi pendedahan
kepada awam mengenai pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan dan
agensinya selain sektor swasta bagi membantu PKS tempatan.
Ecuardor Mahu Tingkat Hubungan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah memeterai
memorandum persefahaman (MOU) dengan Menteri Hal Ehwal Luar dan
Mobiliti Insan Ecuador, Ricardo Patino, pada 26 Jun 2013. Antara bidang yang
berpotensi untuk kerjasama dua hala termasuk penggalakan perdagangan
dan pelaburan bersama, pembinaan perusahaan kecil dan sederhana dan
perkhidmatan kejuruteraan, tenaga dan bioteknologi. Susulan dari itu, satu
kumpulan kerja terdiri daripada pegawai kanan sektor awam dan swasta
dibentuk untuk melaksanakan MOU tersebut yang disasarkan dalam menjalin
hubungan ekonomi lebih rapat antara kedua-dua negara. Ecuador merupakan
rakan dagangan ke-11 terbesar Malaysia dalam kalangan negara Amerika Latin
selepas Brazil, Mexico, Costa Rica, Argentina, Chile, Columbia, Venezuela,
Panama, Peru dan Haiti. Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ecuador
berkembang lebih daripada 10 kali ganda kepada RM220.72 juta pada 2012
daripada RM30.64 juta yang dicatatkan pada 2011. Eksport ke Ecuador naik
25.3 peratus kepada AS$30.64 juta pada tahun lepas berbanding AS$24.69
juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Bagi suku pertama tahun ini,
jumlah perdagangan antara Malaysia dan Ecuador meningkat dua kali ganda
mencecah AS$33.35 juta berbanding AS$12.85 juta yang dicatatkan pada
tempoh yang sama pada 2012.

236

Malaysia 2014

World Investment Report (WIR) 2013


Malaysia ditempatkan pada kedudukan ke-16 pada Senarai Ekonomi
Yang dijangka berkembang pesat bagi tempoh 2013 hingga 2015, dengan
peningkatan tiga kedudukan, demikian menurut Laporan Pelaburan Dunia
2013 yang diumumkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD). Kedudukan itu berasaskan
peratusan dari responden yang memilih sesuatu ekonomi sebagai ekonomi
terbaik. Laporan yang bertajuk Global Value Chains: Investment and Trade
for Development itu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Dato Sri Mustapa Mohamed. Pada 2011, Malaysia ditempatkan pada
kedudukan ke-11 di kalangan 20 ekonomi teratas yang mencatatkan kadar
pulangan Pelaburan Langsung Asing (FDI) tertinggi atau keuntungan FDI 17
peratus, yang membuktikan Malaysia sebagai lokasi menguntungkan untuk
melakukan perniagaan. Malaysia turut mengekalkan kedudukannya sebagai
penerima FDI ketiga terbesar di ASEAN, berdasarkan laporan yang menyatakan
bahawa aliran masuk bersih FDI negara ini pada tahun lepas menyaksikan
penurunan pelaburan 17.4 peratus kepada AS$10.1 bilion berbanding AS$12.2
bilion pada 2011.
Sebahagian besar aliran masuk FDI Malaysia dicatatkan di dalam sektor
perkilangan, yang tidak sama di negara-negara Asean yang lain di mana
pelaburan dicatatkan di dalam sektor infrastruktur, perkhidmatan dan utama.
Sektor perkilangan di Malaysia kini mengalami satu tempoh transformasi
dan penstrukturan semula, di mana pemain industri dijangka mengurangkan
pelaburan pada sektor bernilai rendah dan meningkatkan aktiviti di dalam
industri penyelidikan dan pembangunan, berpengetahuan tinggi, bernilai
tambah tinggi dan berteknologi tinggi. Pada peringkat global, laporan itu
menyatakan aliran masuk FDI global turun 18 peratus kepada AS$1.35 trilion
pada 2012 berbanding AS$1.6 trilion pada 2011. UNCTAD mengunjurkan
aliran masuk FDI global tahun ini kekal pada paras 2012, dengan maksimum
AS$1.45 trilion dan mengunjurkan aliran masuk FDI 2013 dan 2014 meningkat
secara sederhana, masing-masing kepada AS$1.6 trilion dan AS$1.8 trilion.
Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia China
Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia China telah berlangsung pada 4 Oktober
2013, bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Dato Seri
Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Presiden China Xi Jinping menyaksikan
pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato Sri Mustapa Mohamed dengan Menteri
Perdagangan China, Gao Hucheng mengenai program kerjasama ekonomi
dan perdagangan antara kerajaan China dan Malaysia pada Sidang Kemuncak
Ekonomi Malaysia-China. Malaysia berhasrat menarik pelaburan bernilai AS$25

Malaysia 2014

237

Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan
Presiden China Xi Jinping berucap semasa Sidang Kemuncak
Ekonomi Malaysia-China pada 4 Oktober 2013

bilion dari China dalam masa lima tahun akan datang dengan memanfaatkan
perkongsian ekonomi dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara. Sasaran
berkenaan hanya lima peratus daripada jumlah pelaburan yang diunjur dari
China dalam masa lima tahun akan datang. China menjadi sumber penting
pelaburan di dunia berbanding Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan
Timur Tengah.
Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan yang dikeluarkan Bank Dunia
Malaysia melonjak ke tempat keenam daripada tangga ke-12 dalam kalangan
189 ekonomi dari segi mudah menjalankan perniagaan, demikian menurut
edisi terkini Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014.
Tempat keenam itu daripada tangga ke-12 sebelumnya juga merupakan
bukti kepimpinan Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
dan kejayaan program transformasi ekonomi dan kerajaan beliau. Pada
tangga ke-6, Malaysia berada setaraf dengan Singapura, Hong Kong, New
Zealand, Amerika Syarikat dan Denmark.Ranking ini juga menempatkan
Malaysia mendahului ekonomi-ekonomi seperti Korea Selatan, Norway, United
Kingdom, Australia dan Finland. Malaysia juga meraih tempat pertama dari
segi mendapatkan kredit dan keempat dari segi melindungi pelabur enam
tahun berturut-turut. Dalam bahagian dagangan rentas sempadan, Malaysia
mencatatkan kejayaan di tempat kelima, dan peningkatan ketara dicatatkan
dalam bahagian memulakan perniagaan, berurusan dengan permit pembinaan,
menguatkuasakan kontrak, menyelesaikan ketakmampuan bayar dan
mendapatkan bekalan kuasa elektrik. Malaysia telah menjadikan langkah untuk

238

Malaysia 2014

memulakan perniagaan lebih murah dengan mengurangkan yuran pendaftaran


syarikat, manakala ketika berurusan dengan permit pembinaan, penubuhan
pusat sehenti telah memudahkan proses pembinaan. Malaysia menyambut baik
laporan Bank Dunia itu. Ia merupakan bukti kepada usaha yang dijalankan oleh
sektor awam dan swasta untuk membantu Malaysia menjadi sebuah negara
berpendapatan tinggi. Pasukan Petugas Khas untuk Memudahkan Perniagaan
(PEMUDAH) telah terbukti menjadi platform di mana sektor awam dan swasta
bekerjasama untuk mewujudkan tindakan segera dalam menambah baik
penyediaan perkhidmatan kerajaan, meningkatkan daya saing Malaysia serta
memastikan perniagaan dapat dipermudahkan dengan cekap. Sejak dimulakan
pada 2007, prestasi Malaysia dalam laporan Mudah Menjalankan Perniagaan
Bank Dunia telah meningkat daripada tempat ke-25 ke tangga keenam. Tahun
ini merupakan lonjakan terbesar negara dalam tangga rangking daya saing,
memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pilihan bagi perdagangan dan
pelaburan dalam kalangan pelabur tempatan dan asing.
INTRADE 2013
INTRADE Malaysia 2013 telah diadakan pada 26-28 November 2013 bertempat
di MATRADE. Majlis perasmian telah berlangsung pada 26 November 2013
oleh Dato Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri. Pada tahun 2012, pameran INTRADE Malaysia mencatatkan jualan
RM815 juta termasuk RM583 juta daripada IBM.Pameran yang dianjurkan
oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
itu menyediakan 442 gerai pameran daripada 385 syarikat tempatan dan
antarabangsa dari 18 negara.Antara negara yang menyertai pameran itu ialah
India, Jepun, Arab Saudi, Turki, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia. Pameran
tersebut mempamerkan empat kluster yang akan merangsang pertumbuhan
ekonomi -- bahan binaan, elektrik dan elektronik dan ICT, sokongan pembuatan
dan gaya hidup.Pempamer daripada empat kluster akan mempamerkan
produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang sedia untuk dipasarkan ke
pasaran global dan mempunyai potensi amat besar untuk melangkah lebih jauh
dalam bidang masing-masing. Selain IBM, Intrade juga mengadakan dua acara
lain serentak -- Forum Perdagangan Antarabangsa Kuala Lumpur dan FTA@
Intrade -- semasa pameran itu.Acara-acara itu akan mengumpulkan bersamasama pakar industri untuk membincangkan isu dan tema yang memberi
kesan kepada perdagangan antarabangsa dan mendidik ahli perniagaan
tentang manfaat perjanjian perdagangan bebas. Pameran itu yang bertemakan
Revitalising Export Growth (Mencergaskan Pertumbuhan Eksport), dijangka
mengumpulkan 1,400 peserta industri, pempamer dan pembeli dari 64 negara.
Pameran perdagangan antarabangsa itu menyediakan platform bagi syarikat
Malaysia untuk berhubung dengan pembeli berpotensi seluruh dunia, membina
rangkaian, meningkatkan jualan dan mendapat pemahaman lebih mendalam
dengan bertemu pembekal, pembeli, pakar industri dan pakar perdagangan.
Malaysia 2014

239

Showcase Satu Daerah Satu Industri 2013


Majlis perasmian Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2013 oleh Dato
Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
telah diadakan pada 29 November 2013. Lebih 500 pempamer tempatan dan
luar negara menyertai Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat
nasional 2013 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka
bermula 29 November hingga 1 Disember 2013. Program anjuran Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini disasarkan akan dikunjungi lebih
200,000 pengunjung dapat mengumpul nilai jualan kira-kira RM6 juta sepanjang
ia berlangsung. Showcase SDSI mula diperkenalkan pada 2006 dan menjadi
pameran tahunan terbesar yang menghimpunkan produk dan perkhidmatan
SDSI unik dari seluruh Malaysia. Ia satu daripada usaha untuk memasar dan
mempromosikan keluaran SDSI di peringkat domestik dan antarabangsa.
Penerbitan Laporan Tahunan Miti Dalam Versi Braille
MITI adalah kementerian pertama di Malaysia yang menerbitkan laporan tahunan
dalam bentuk braille.Objektif utama Laporan Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Malaysia 2012 dalam versi braille adalah untuk berkongsi
maklumat perdagangan antarabangsa dan industri Malaysia dengan golongan
orang kurang upaya (OKU) penglihatan. Inisiatif ini diilhamkan oleh Bahagian
Perancangan Strategik, MITI dengan kerjasama Persatuan Bagi Orang Buta
Malaysia (MAB) adalah selaras dengan konsep di bawah Rancangan Malaysia
Kesepuluh (2011-2015) iaitu Membina Masyarakat Yang Lebih Progresif dan
Inklusif, di mana tiada mana-mana golongan yang akan diketepikan daripada
arus pembangunan dan kemajuan negara. Seramai empat (4) orang dari MAB
telah diambil untuk bertugas di MITI selama enam (6) bulan semenjak Jun
2013 sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) MITI. Mereka
ialah Saudari Anas Izati Mohd Nor, Saudari Norzira Othman, Saudara Mohd.
Shahrizal Abdul Rahman dan Saudara Khairul Azwan Wahab yang turut terlibat
dalam penghasilan laporan ini, di samping menjalankan kerja-kerja utama di
bahagian masing-masing. Sebanyak 50 unit laporan versi braille dalam Bahasa
Malaysia dan 50 unit dalam Bahasa Inggeris telah dicetak untuk diedarkan
ke perpustakaan Persatuan Orang Buta Malaysia, Perpustakaan Negara dan
sekolah-sekolah menengah yang akan dikenalpasti. Malah laporan ini akan
diterima oleh institusi-institusi pengajian tinggi yang terpilih di dalam dan di luar
negara.Laporan ini dapat membantu OKU penglihatan sebagai bahan rujukan
penting untuk membantu pengajian di peringkat lebih tinggi, terutamanya
di dalam jurusan perdagangan dan pelaburan. MITI akan berganding bahu
bersama agensi-agensi seperti MATRADE, MIDA, SME CORP. dan MPC untuk
menerbitkan laporan tahunan dalam versi braille.

240

Malaysia 2014

AGENSI/JABATAN
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
MIDA ditubuhkan pada tahun 1967 di bawah Akta Lembaga Kemajuan
Perindustrian Persekutuan 1965, sebagai sebuah badan berkanun di bawah
penyeliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MIDA
adalah pusat rujukan utama kerajaan bagi penggalakan dan penyelarasan
pembangunan sektor perkilangan dan perkhidmatan (kecuali perkhidmatan
utiliti dan kewangan). MIDA berfungsi sebagai penasihat kerajaan mengenai
pemberian lesen pengilangan, insentif, jawatan asing dan kemudahan lain yang
berkaitan dengan penggalakan, pembangunan dan penyelarasan industri.
Beribu pejabat di ibu negara Kuala Lumpur, MIDA telah menubuhkan rangkaian
global pejabat-pejabat seberang laut yang meliputi Amerika Utara, Eropah
dan Asia-Pasifik bagi membantu para pelabur yang berminat menempatkan
pengkalan perkilangan mereka di Malaysia. Bagi meningkatkan lagi peranan
MIDA dalam memberi bantuan kepada para pelabur, wakil-wakil kanan daripada
agensi-agensi utama ditempatkan di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur untuk
memberi nasihat kepada para pelabur mengenai dasar dan prosedur kerajaan.
Malaysian Industrial Development Authority (MIDA), Ibu Pejabat, Blok 4, Plaza Sentral,
Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2267 3633.
Faks: 03-2274 7970. Laman web: www.mida.gov.my

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)


MATRADE adalah sebuah badan berkanun yang berperanan mempromosi
produk perkilangan dan separa perkilangan serta perkhidmatan Malaysia ke
luar negara. MATRADE yang ditubuhkan pada Mac 1993 bertanggungjawab
membantu syarikat-syarikat Malaysia berjaya dalam pasaran antarabangsa.
Selain mengadakan aktiviti promosi produk dan perkhidmatan Malaysia
di luar negara, MATRADE turut menjalankan penyelidikan pasaran dan
mewujudkan pangkalan data maklumat yang komprehensif ke arah memajukan
perdagangan/eksport produk Malaysia. MATRADE juga bertanggungjawab
menganjurkan program-program latihan untuk meningkatkan kemahiran
pengeksport berkaitan pemasaran antarabangsa, mempromosi dan membantu
dalam perkhidmatan berkaitan perdagangan serta melindungi kepentingan
perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Ibu Pejabat,
Menara MATRADE, Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6207 7077. Faks: 03-6203 7037/7033. Laman web: www.matrade.gov.my

Malaysia 2014

241

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)


MPC ditubuhkan pada tahun 1962 dan merupakan badan berkanun
persekutuan yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Daya Pengeluaran
Negara. Selaras dengan perkembangan peranannya, Majlis ini ditukar
namanya menjadi Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) berkuat kuasa pada
1 Disember 1991 selepas pindaan kepada Akta Majlis Daya Pengeluaran
Negara (Memperbadankan) Akta A801. Seterusnya, Akta Perbadanan
Produktiviti Negara (Memperbadankan) 2008 yang dipinda, dikuatkuasakan
pada 21 Februari 2008 menukar nama NPC kepada MPC bertujuan untuk
memperkukuhkan peranan dan fungsi perbadanan ini selaras dengan keperluan
semasa. MPC berperanan menyediakan maklumat mengenai produktiviti,
kualiti, daya saing dan amalan-amalan terbaik melalui aktiviti penyelidikan
dan pembangunan pangkalan data. Ia turut membangunkan modal insan dan
kecemerlangan organisasi bagi membentuk masyarakat yang berasaskan
pengetahuan melalui latihan, pembangunan sistem dan amalan-amalan terbaik
serta memupuk daya kreatif dan inovatif melalui program-program promosi
Produktiviti dan Kualiti (P&Q) dan jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dan
swasta.
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Ibu Pejabat, P.O.Box 64, Jalan Sultan,
46904 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-7955 7266. Faks: 03-7957 8068. Laman web:
www.mpc.gov.my

Perbadanan SME Malaysia (SME Corp.)


SME Corp. adalah penjenamaan semula Perbadanan Pembangunan
Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) secara rasmi pada 2 Oktober 2009.
Perubahan nama ini bertujuan memantapkan lagi fungsi perbadanan ini dalam
membangunkan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agar mampu
bersaing dan terus kukuh dalam menghadapi persaingan global. Penubuhan
SMIDEC pada 2 Mei 1996 adalah sebagai sebuah agensi kerajaan yang khusus
untuk menggalakkan pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan
menawarkan khidmat nasihat, bantuan kewangan dan fiskal, infrastruktur,
pasaran serta lain-lain program pembangunan. SME Corp. adalah pusat
rujukan sehenti untuk PKS mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat
berkaitan program-program pembangunan IKS yang ditawarkan oleh 60
agensi kerajaan di bawah 14 kementerian yang berkaitan.
Perbadanan SME Malaysia (SME Corp.), Aras 6, SME 1, Blok B, Lot E, Jalan
Stesen Sentral 3, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur Tel : 03-2775 6000
Faks: 03-2775 6001 Info Line : 1-300-30-6000. Laman web: www.smecorp.gov.my

242

Malaysia 2014

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)


MIDF telah ditubuhkan pada 30 Mac 1960 dengan objektif untuk menggalakkan
pertumbuhan industri di Malaysia dengan menawarkan kemudahan pembiayaan
untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terlibat dalam sektor pembuatan
dan perkilangan. MIDF kini merupakan sebuah kumpulan kewangan yang
kian berkembang dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan.
Berikutan penggabungan MIDF dan Amanah Capital Partners Berhad pada
tahun 2003, pembelian Utama Merchant Bank Berhad (UMBB) pada 2004 dan
pembentukan MIDF Amanah Investment Bank Berhad menjadikan Kumpulan
MIDF kini muncul sebagai sebuah organisasi kewangan yang lebih teguh
dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan termasuk Perbankan
Pelaburan, Kewangan Pembangunan dan Pengurusan Aset. MIDF merupakan
anak syarikat Kumpulan Permodalan Nasional Berhad.
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Aras 19, Menara MIDF, 82
Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2173 8888 Faks: 03-2173 8877
Laman web: www.midf.com.my

Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)


SME Bank mula beroperasi pada 3 Oktober 2005 sebagai sebuah institusi
kewangan khusus bagi membimbing dan memenuhi permintaan perusahaan
kecil dan sederhana (PKS). Sebagai sebuah pusat sehenti yang bergiat
memenuhi permintaan bantuan kewangan dan pembiayaaan perniagaan
PKS di Malaysia, bank ini melengkapkan lagi produk dan perkhidmatan sedia
ada yang ditawarkan oleh bank-bank komersil melalui gabungan khidmat
perniagaan yang sistematik dan komprehensif. Peranan utama bank ini adalah
untuk menyumbang ke arah komuniti usahawan yang lebih berdaya saing di
Malaysia. SME Bank beroperasi melalui ibu pejabatnya di Kuala Lumpur dan 19
cawangannya di seluruh negeri.
Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad, Ibu Pejabat, Menara SME
Bank, Jalan Sultan Ismail, Peti Surat 12352, 50774 Kuala Lumpur. Tel: 03-2615
2020/03-2615 2828. Faks: 03-2698 1748. Laman web:www.smebank.com.my

Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)


Ke arah merealisasikan Malaysia sebagai Halal Hub dunia, Perbadanan
Pembangunan Industri Halal (HDC) ditubuhkan pada 18 September 2006.
Ia merupakan sebuah badan khas untuk menyelaras secara keseluruhan
pembangunan industri Halal di Malaysia. Fokus utamanya adalah dalam
pembangunan piawaian Halal, audit dan pensijilan termasuk pembangunan
kapasiti untuk produk dan perkhidmatan Halal. HDC turut berperanan
menggalak peningkatan penglibatan penggiat industri dalam pasaran Halal
global.
Halal Industry Development Corporation (HDC), 5.02, Aras 5, KPMG Tower, First
Avenue, Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-7965 5555
Faks: 03-7965 5500 Laman web: www.hdcglobal.com
Malaysia 2014

243

KEMENTERIAN TENAGA,
TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

Lawatan kerja ke Loji Jana Kuasa Geoterma


Wayang Windu Bandung, Indonesia

Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E,


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62668 Putrajaya
Telefon
: 03-8883 6200
Faks
: 03-8889 3712
Laman Web : www.kettha.gov.my

244

Malaysia 2014

MENTERI

YB Datuk Seri
Panglima Dr. Maximus
Johnity Ongkili

TIMBALAN MENTERI

YB Dato Sri Mahdzir


Bin Khalid

Aktiviti promosi terbesar Kementerian adalah


penganjuran International GreenTech & Eco-products
Exhibition & Conference Malaysia atau singkatannya
IGEM...Inisiatif ini berupaya memperkenalkan kepada
masyarakat mengenai aplikasi teknologi hijau selain
berupaya menjana sumber pendapatan baru dan
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara
yang mampan selaras dengan Program Transformasi
Ekonomi (ETP) yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Malaysia 2014

245

PENGENALAN
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ditubuhkan pada 9
April 2009 berikutan daripada rombakan Kabinet dan penstrukturan semula
kementerian. Sebelum ini, KeTTHA dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air
dan Komunikasi yang ditubuhkan pada 27 Mac 2004 melalui penstrukturan
semula Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Berikutan rombakan
Kabinet 2009 tersebut, fungsian Teknologi Hijau telah dimasukkan ke dalam
kementerian. Kemasukan ini menunjukkan kesungguhan kerajaan menangani
isu-isu global semasa seperti pencemaran alam sekitar, penipisan lapisan ozon,
pemanasan global dan isu-isu yang berkaitan dengannya.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Projek naik taraf Sistem Agihan Air Terawat dari Logi Rawatan Air
Bernam River Headworks ke Daerah Sabak Bernam
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato Seri Mahdzir Khalid
telah merasmikan projek menaiktaraf sistem agihan air terawat dari Loji
Rawatan (LRA) Bernam River Headworks (BRH) dari kapasiti sedia ada iaitu 40
juta liter sehari (JLH) kepada 65 JLH pada 29 Ogos 2013 bertempat di Rumah
Pam Bernam River Headworks, Sabak Bernam. Kapasiti yang dipertingkatkan
ini akan diagih-agihkan iaitu 50 JLH daripadanya akan dibekalkan kepada
seluruh Wilayah Sabak Bernam, 13 JLH ke Wilayah Kuala Selangor, manakala
2 JLH lagi kepada Wilayah Hulu Selangor. Kerja menaiktaraf sistem agihan
air dijalankan dengan tujuan untuk menggunakan kapasiti loji air terawat yang
boleh dimanfaatkan dari LRA BRH yang telah dinaiktaraf sebelum ini.
Pelancaran Green Building Index Residential New Construction Version
3 Tool
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus
Johnity Ongkili pada 11 Julai 2013 telah merasmikan dan melancarkan Green
Building Index Residential New Construction Version 3 Tool serta pencapaian
60 juta kaki persegi penarafan bangunan hijau melalui sistem penarafan ini.
Green Building Index (GBI) atau Indeks Bangunan Hijau ditubuhkan oleh
Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) dan Association of Consulting Engineers
Malaysia (ACEM) pada tahun 2009 untuk menyokong wawasan kerajaan
dalam mewujudkan persekitaran yang mesra alam dan pembangunan hijau.
Kerangkaan ini telah dikembangkan kepada versi 3 bagi memastikan ia seiring
dengan kemajuan teknologi, memenuhi permintaan industri yang sentiasa
berkembang dan menampung kepelbagaian jenis perumahan yang terdapat
di Malaysia.

246

Malaysia 2014

Dialog Industri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA)


KETTHA buat julung kalinya menganjurkan Dialog Industri bertempat di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 20 Ogos 2013. Ia dihadiri
oleh Pengurusan Tertinggi KeTTHA, Suruhanjaya Tenaga (ST), Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga
Lestari Malaysia (SEDA Malaysia), Malaysian Green Technology Corporation
(MGTC), Wakil-wakil industri seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water
Konsortium (IWK), FMM, Syabas, Associated Chinese Chamber of Commerce
and Industry (ACCCIM), Malaysian Energy Professionals Association (MEPA),
Malaysian Energy Services Companies Association (MAESCO) dan lainlain. Dialog yang berbentuk konsultasi ini menjadi platform penghubung dan
interaksi antara pembuat dasar dan industri berbincang serta menyampaikan
idea ke arah melestarikan industri berkaitan tenaga, teknologi hijau dan air
demi kesejahteraan hidup.
Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga ASEAN ke-31 (AMEM-31)
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengetuai delegasi Malaysia ke
AMEM-31 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitannya di Bali, Indonesia pada 24
hingga 26 September 2013. Mesyuarat yang bertemakan Kelestarian Tenaga
ke arah Kesejahteraan ASEAN turut memeterai dua perjanjian penting iaitu
Memorandum Persefahaman untuk melanjutkan Projek Saluran Paip Gas
Rentas ASEAN dan protokol untuk meminda Agreement of the Establishment
of the ASEAN Centre of Energy (ACE). Semasa AMEM-31 juga majlis
penyampaian Anugerah Tenaga ASEAN diadakan dan Malaysia memenangi
7 daripada 17 kategori yang dipertandingkan. Malaysia turut mengambil
kesempatan mengadakan pertemuan dua hala dalam bidang tenaga bersamasama Menteri Tenaga Singapura, Brunei, Laos, Myanmar, Jepun dan Amerika
Syarikat.
Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia
(IGEM 2013) ke-4
IGEM 2013 merupakan penganjuran keempat Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air dan ia diadakan pada 10 hingga 13 Oktober 2013 di Pusat
Persidangan Kuala Lumpur. Bertemakan Advancing Green Growth and
Global Entrepreneurship, IGEM 2013 dilaksanakan secara lebih komprehensif
sebagai pemangkin memajukan keusahawanan dan industri berkaitan
teknologi hijau. Sebanyak 469 pempamer terlibat dalam pameran IGEM
2013 antaranya daripada Kesatuan Eropah, German, Taiwan, Korea Selatan,
Jepun, Singapura dan tuan rumah Malaysia. Dalam pada itu juga, beberapa
Memorandum Persefahaman ditandatangani antara GreenTech Malaysia
dengan SIRIM Berhad (SIRIM), Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission),
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (National Water Services Commission),

Malaysia 2014

247

Malaysia Debt Venture Berhad (MDV) and Bridgit Sdn. Bhd (Bridgit). IGEM
2013 dijangka dikunjungi seramai 60,000 pengunjung dan melibatkan potensi
jualan sebanyak RM1.2 bilion.
Pelancaran Direktori MyHijau
Malaysian Geen Technology Corporation (GreenTech Malaysia) telah menerbitkan
Direktori MyHijau iaitu sebuah terbitan yang mengandungi maklumat lengkap
mengenai perkhidmatan dan produk hijau yang terdapat di Malaysia. Usaha ini
adalah selaras dengan agenda hijau kerajaan bagi meningkatkan kesedaran
mengenai penjagaan alam sekitar dan penggunaan produk mesra alam. Majlis
pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi HIjau dan Air
sempena Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia
(IGEM 2013) ke-4 pada 10 Oktober 2013. Maklumat yang disusun secara
sistematik bagi memudahkan rujukan, memuatkan maklumat pelbagai jenis
industri daripada pembuatan, pembungkusan dan pengedaran, pertanian,
perkebunan, hinggalah kepada bidang kitar semula dan pengurusan sisa.
Direktori ini boleh digunakan oleh pengguna mahupun pihak industri.
Anugerah Industri KETTHA 2013 (KIA 2013)
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dengan kerjasama
agensi-agensi dibawahnya buat julung kali menganjurkan Anugerah Industri
KeTTHA 2013 (KIA 2013). Majlis penganugerahan diadakan pada 21 November
2013 bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis yang disempurnakan oleh
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili mempunyai 25 kategori
anugerah keseluruhan meliputi 13 anugerah-kategori tenaga, 8 anugerahkategori air dan 4 anugerah-kategori teknologi hijau. Senarai pemenang seperti
berikut:
Kategori Tenaga
Anugerah

Pemenang

Energy
Efficiency
Management Intel Technology Sdn. Bhd.
Excellence Award (Category: Industry)
Energy
Efficiency
Management Politeknik Merlimau Melaka (PMM)
Excellence Award (Category: Building)
Training Institution Excellence Award
(Category: Electrical)
Contractor
Excellence
(Category: Electrical)

248

Malaysia 2014

Institut Kemahiran MARA Lumut,


Perak
Award Infrakomas Sdn. Bhd.

Contractor
Excellence
(Category: Gas)

Award Misi Setia Oil & Gas Sdn. Bhd.

Power Producer Excellence Award


(Category: Combined Cycle Power Teknologi Tenaga Perlis Consortium
Plant)
Sdn. Bhd.
Power Producer Excellence Award Port Dickson Power Berhad
(Category: Open Cycle Power Plant)
Power Producer Excellence Award Sarawak Energy Berhad (SEB)
(Category: Coal Power Plant)
National Renewable Energy Award Petronas Berhad
(Category: Best On-grid Project)
National Renewable Energy Award UTAI Engineering & Electrical (EM)
(Category: Best Off-grid Project)
Sdn. Bhd.
National Renewable Energy Award Solar Energy
(Category: RE Innovation Special (SERI)
Submission)
Energy Leadership Award

Research

Institute

YBhg. Tan Sri Peter Chin Fah Kui

Kategori Air
Anugerah

Pemenang

Efficiency Award

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang


(PBAPP)

Technical Award

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

Social Award

Lembaga Air Perak (LAP)

Consumer Award

Lembaga Air Sibu (LAS)

Water Services Operator of the Year

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang


(PBAPP)

Most Promising Water


Operator of the Year

Services Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

Technological Innovation Award

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)

Water Leadership Award

Mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik

Malaysia 2014

249

Kategori Teknologi Hijau


Anugerah

Pemenang

GreenTech Industry Award

Avialite Sdn Bhd


Itramas Manufacturing Sdn Bhd
Builder Biomass Sdn Bhd
Nets Printworks Sdn Bhd

Lawatan Kerja ke Loji Jana Kuasa Geoterma Wayang Windu Bandung,


Indonesia
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengetuai delegasi lawatan kerja
ke Loji Jana Kuasa Geoterma Wayang Windu Bandung, Indonesia pada 23
Ogos 2013. Loji Jana Kuasa Geoterma Wayang Windu adalah loji jana kuasa
geoterma terbesar di Indonesia dan antara yang terbesar di dunia. Lawatan
tersebut telah memberi peluang kepada delegasi Malaysia untuk melihat sendiri
operasi jana kuasa tersebut serta mempelajari daripada pengalaman Indonesia
dalam menangani isu-isu dan cabaran pembangunan loji tersebut. Malaysia kini
sedang membangunkan loji jana kuasa geoterma pertama di Tawau, Sabah.
Turut serta dalam delegasi tersebut ialah wakil daripada Suruhanjaya Tenaga,
Sustainable Energy Development Authority (SEDA), Perkhidmatan Tenaga
TNB, Jabatan Hutan Sabah, dan Jabatan Taman Sabah.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato Seri Mahdzir Khalid melawat kawasan
sekitar Loji Rawatan Bernam River Headworks selepas majlis pelancaran projek menaik taraf
sistem agihan air terawat pada 29 Ogos 2013

250

Malaysia 2014

Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN) ke-8


Mesyuarat MSAN kelapan telah berlangsung pada 8 Oktober 2013 dan
dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin.
Menerusi mesyuarat tersebut semua negeri bersetuju untuk menubuhkan Majlis
Sumber Air Negeri (MSANg) bagi menyelaras dan memantau keputusan MSAN
di negeri masing-masing. MSANg akan bertindak sebagai pusat sehenti untuk
berbincang dan melaksanakan semua keputusan MSAN. Mesyuarat tersebut
juga mengambil keputusan mengguna pakai Garis Panduan Kawalan Pantai
Negara dalam pembangunan kawasan pantai negara bagi memelihara pantai
daripada hakisan. Di samping itu, mesyuarat MSAN turut membincangkan lapan
perkara lain, termasuk panduan pengkalisan banjir bagi bangunan di kawasan
dataran banjir; pelaksanaan sistem pemintas di rizab sungai untuk mengatasi
masalah pencemaran sungai; pemakaian garis panduan pengambilan pasir
sungai; penyediaan maklumat geospatial punca pencemaran di lembangan
sungai; kajian impak kenaikan aras laut di Sandakan dan penggunaan air bawah
tanah untuk pencegahan kebakaran tanah gambut. Mesyuarat itu turut dihadiri
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel; Menteri Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, tujuh
menteri Kabinet, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.
JABATAN/AGENSI
Jabatan Bekalan Air (JBA)
Jabatan ini berperanan sebagai jentera pelaksana utama projek-projek
pembangunan bekalan air di seluruh negara. Fungsi JBA adalah untuk
mewujudkan sistem perbekalan air yang mencukupi dan sempurna di seluruh
negara yang diurus dengan cekap, selamat dan teratur dalam memenuhi
keperluan negara serta kepuasan rakyat.
Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Aras 1&4, Blok E4/5,
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62668 Putrajaya. Tel: 03-8883
6000. Faks: 03-8889 3071. Laman web: www.jba.gov.my

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)


JPP berfungsi untuk menggalakkan kelancaran perlaksanaan sistem
pembetungan yang bersesuaian dan moden di seluruh negara mengikut
piawaian yang ditetapkan. JPP juga berfungsi untuk melindungi kepentingan
pengguna dengan memastikan perkhidmatan yang terbaik pada kos
yang berpatutan serta membantu pembangunan ekonomi negara melalui
pembangunan sektor pembetungan yang moden dengan melindungi sumber
air dan alam sekitar.

Malaysia 2014

251

Ibu Pejabat, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Tingkat 5-7, Blok B (Atas), Pusat
Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-2080 9400. Faks: 03-2096 2609.
Laman web: http://www.jpp.gov.my

Suruhanjaya Tenaga
Suruhanjaya Tenaga merupakan badan kawal selia industri pembekalan tenaga,
bertanggungjawab memastikan pembekalan elektrik dan pembekalan gas
melalui talian paip adalah mencukupi, selamat dan berdaya harap pada harga
yang berpatutan di samping menggalakkan kecekapan tenaga. Suruhanjaya
Tenaga berperanan melaksanakan akta berkaitan industri tenaga berdasarkan
kepada kuasa yang diberikan dalam Akta Suruhanjaya Tenaga (2001) serta
akta-akta dan peraturan industri seperti berikut:
Akta Bekalan Elektrik 1990
Akta Bekalan Gas 1993
Peraturan Bekalan Elektrik (Kompaun Kesalahan) 2001
Perintah Bekalan Gas (Kesalahan Yang Boleh Dikompaun) 2006
Peraturan Bekalan Elektrik 1997
Peraturan Elektrik 1994
Peraturan Pemegang Lesen 1990
Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008
Suruhanjaya Tenaga, No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2, 62100 Putrajaya. Tel: 03-8870
8500. Faks: 03-8888 8637. Laman web: www.st.gov.my

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)


SPAN yang ditubuhkan dibawah (Akta 654) berfungsi sebagai sebuah badan
kawal selia industri perkhidmatan air berasaskan kepada prinsip bebas,
berkecuali, telus dan profesional. Secara ringkasnya, fungsi utama SPAN
mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) antara lain adalah
untuk melaksana dan menguatkuasakan undang-undang bagi perkhidmatan
bekalan air dan pembetungan. Selain itu, SPAN juga berperanan memastikan
industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan lebih mapan
dan berdaya saing serta memantau pengendali untuk mematuhi standard
perkhidmatan obligasi kontrak dan undang-undang yang ditetapkan, dan garis
panduan yang berkaitan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Tingkat Bawah dan Tingkat 1, Prime
Avenue 7, Blok 3510, Jalan Teknorat 6, 63000 Cyberjaya. Tel: 03-8317 9333/334/335.
Faks: 03-8317 9336 / 9339. Laman web: www.span.gov.my

252

Malaysia 2014

Malaysia Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia)


Malaysia Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) dahulu dikenali
sebagai Pusat Tenaga Malaysia adalah sebuah organisasi bebas dan tidak
berasaskan keuntungan. GreenTech Malaysia telah ditubuhkan pada Mei 1998
sebagai memenuhi keperluan sebuah pusat penyelidikan dan kajian tenaga di
Malaysia.
Aktiviti-aktiviti utamanya termasuklah membuat perancangan dan penyelidikan
tenaga, kecekapan tenaga serta membuat kajian berkaitan teknologi,
pembangunan mahupun demonstrasi. Ia juga bertanggungjawab mengumpul
segala data berkaitan. GreenTech Malaysia juga berfungsi sebagai sebuah
agensi tenaga sehenti bagi menghubungkan universiti-universiti, institusiinstitusi penyelidikan, pelbagai industri juga organisasi-organisasi tenaga
tempatan mahupun antarabangsa.
Malaysia Green Technology Corporation, No 2 Jalan 9/10, Persiaran Usahawan,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel : 03-8921 0800. Faks: 03-8921
0800. Laman Web: www.greentechmalaysia.my

Perdana Menteri semasa melawat tapak pameran di Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko
Malaysia (IGEM) 2013 yang berlangsung pada 10 -13 Oktober 2013 di Pusat Persidangan Kuala Lumpur

Malaysia 2014

253

KEMENTERIAN PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI

Pameran dan Persidangan Antarabangsa


Komoditi Malaysia (MICCOS) 2013

No.15, Aras 6-13,


Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62654 Putrajaya
Telefon
: 03-8000 8000
Faks
: 03-8880 3441
Laman Web : www.mpic.gov.my

254

Malaysia 2014

MENTERI

YB Datuk Amar
Douglas Uggah
Embas

TIMBALAN MENTERI

YB Dato Noriah Binti


Kasnon

Dasar Komoditi Negara 2011-2020 merupakan iltizam


Kerajaan untuk memajukan industri komoditi ke tahap
yang lebih berdaya saing, mampan dan seimbang
seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hub komoditi
dunia menjelang tahun 2020... bagi mencapai hasrat
ini, penggiat industri, termasuk pekebun kecil, pemilik
estet, penyelidik dan usahawan hendaklah lebih
kreatif, inovatif dan produktif dalam menghasil dan
memasarkan produk-produk bernilai tambah tinggi
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Malaysia 2014

255

PENGENALAN
Pada tahun 1972, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah diwujudkan
untuk memajukan industri komoditi negara yang berupaya memberi sumbangan
kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pada peringkat awal penubuhannya,
KPU hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dua komoditi utama
ketika itu iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU kemudiannya telah
dikembangkan meliputi pembangunan komoditi lain seperti kelapa sawit, koko,
perhutanan dan kayu-kayan, mineral, nenas serta tembakau yang didapati
turut memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Pada tahun 2004, KPU
telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi (KPPK). Berikutan itu, Jemaah Pemasaran Lada
Hitam dipindahkan daripada Kementerian Pertanian kepada KPPK manakala
tanggungjawab berkaitan perhutanan, mineral dan geosains dipindahkan ke
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pada tahun 2012, KPPK telah
menggunapakai akronim MPIC bagi semua urusan rasminya. MPIC kini
mengorak langkah menerokai pembangunan sumber pertumbuhan baru
seperti sago, jatropha dan biobahan api yang berpotensi memberi sumbangan
kepada ekonomi negara.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Eksport komoditi
Pada tahun 2013, nilai eksport komoditi utama negara yang terdiri daripada
sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, kenaf dan tembakau adalah sebanyak
RM114,518.49 juta.
Konsultasi Industri Komoditi (KIK)
Pada 2 hingga 3 September 2013, MPIC telah mengadakan sesi KIK kali ke-2
bertempat di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Konsultasi ini merupakan
inisiatif MPIC bagi memperkukuhkan lagi kemajuan industri komoditi dan antara
lain adalah untuk menyediakan platform bagi pihak Kementerian mendapatkan
maklum balas dan membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh pihak industri
komoditi. KIK 2013 telah berjaya mencapai hasrat dan objektif pelaksanaannya
dalam meningkatkan kerjasama yang lebih erat antara Kerajaan dengan pihak
industri. Seramai 127 orang wakil terdiri daripada persatuan industri berkaitan
komoditi dan juga turut melibatkan seramai 152 orang wakil Kementerian,
agensi dan jabatan daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri telah hadir pada
program ini.
Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (MICCOS)
MICCOS merupakan acara dwi-tahunan pameran komoditi yang mempamerkan
pembangunan teknologi dan inovasi dalam bidang komoditi negara merangkumi
sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, kenaf dan tembakau. MICCOS 2013
yang merupakan penganjuran kali ke-5 telah diadakan dari 24 - 27 Oktober

256

Malaysia 2014

2013 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Ia telah


dirasmikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan
Perladangan dan Komoditi dengan dihadiri kira-kira 4,900 orang tetamu.
Program Jawatankuasa Kerjasama Dua Hala Bersama MalaysiaIndonesia (MALINDO)
MALINDO ditubuhkan bertujuan untuk membincangkan kemajuan kerjasama
dua hala dalam bidang komoditi yang melibatkan minyak sawit, koko, lada
dan jatropha. Mesyuarat tahunan tersebut dianjurkan secara bergilir-gilir oleh
kedua-dua negara. Pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 2013, mesyuarat kali ke-8
MALINDO telah dihoskan oleh Malaysia di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.
Mesyuarat ini merangkumi enam Mesyuarat Kumpulan Kerja, satu Mesyuarat
Peringkat Pegawai Kanan dan diakhiri dengan Mesyuarat Peringkat Menteri.
Forest Law Enforcement, Governance and Trade (FLEGT)
FLEGT adalah merupakan pelan tindakan yang dilancarkan oleh Kesatuan
Eropah (EU) bertujuan untuk memastikan eksport kayu-kayan yang dipasarkan
ke pasaran EU adalah dari sumber yang sah dari segi perundangan. Ianya
melibatkan perjanjian dengan negara pengeksport untuk memastikan
kewujudan sistem pelesenan bagi menyekat kemasukan kayu tidak sah ke
pasaran EU. Malaysia telah mengadakan rundingan dengan EU semenjak 2007
dan sedang memasuki fasa rundingan akhir dalam memuktamadkan perjanjian
tersebut. Sementara perjanjian FLEGT VPA dapat dimuktamadkan dan
dimetrai secara rasmi, Malaysia Timber Legality Assurance System (MYTLAS)
telah digunakan oleh Malaysia bagi membolehkan produk perkayuan Malaysia
memasuki pasaran EU dengan lancar selaras dengan penguatkuasaan EU
Timber Regulation di EU mulai Mac 2013.
Pembangunan Modal Insan Sektor Komoditi
Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) telah ditubuhkan pada 4
November 2010 bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada
dan baru dengan menawarkan kursus dan latihan yang bersesuaian. IMPAC
bertindak sebagai institusi induk untuk merancang dan melaksanakan latihan
berkaitan industri komoditi oleh sektor sawit, getah, perkayuan, koko, lada dan
kenaf. Pada tahun 2013, IMPAC telah melatih 7,827 orang peserta menerusi
149 kursus.
Kongres Antarabangsa Minyak Sawit (PIPOC 2013)
PIPOC 2013 yang bertemakan Green Opportunities from the Golden Crop
dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada
19-21 November 2013. Turut diadakan lima persidangan berkaitan dengan
pengeluaran mampan, kebolehupayaan penggunaan sektor makanan dan
bukan makanan serta nilai tambah industri makanan hiliran, oleokimia dan
sektor tenaga. Kongres ini dihadiri lebih 2,000 orang peserta dari lebih 50
negara.

Malaysia 2014

257

Lembaga Getah Malaysia perkenal teknologi selesai masalah pekebun


kecil getah
1. Teknologi I-klon mampu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh
pekebun kecil getah semasa proses penanaman baru dan penanaman
semula getah. I-klon merupakan satu aplikasi berasaskan android yang
berintegrasi dengan teknologi kamera smartphone untuk pengecaman atau
mengenalpasti klon getah. Pengecaman akan dibuat untuk mengenalpasti
klon-klon getah melalui perbezaan bentuk dan ciri daun bahan tanaman
getah itu sendiri.
2. RITeS (Rubber Information Traceability System) merupakan satu sistem
yang menjana satu tag QR Code yang unik yang mengandungi maklumat
lengkap seperti klon, nama pengusaha tapak semaian, tarikh klon
dikeluarkan dan lain-lain maklumat dalam pembekalan bahan tanaman
kepada pekebun kecil atau pihak industri.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dilantik sebagai Agensi
Pembangunan Standard
Jabatan Standard Malaysia melantik Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
sebagai Agensi Pembangunan Standard (standard development agency)
bagi industri kayu dan industri berkaitan. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1
September 2013 hingga 30 Ogos 2015.
Pencapaian memberangsangkan Lembaga Lada Malaysia
Membantu 6,759 orang pekebun lada meliputi kawasan seluas 1,038
hektar menerusi Skim Pembangunan Industri Lada (PIL) dan Skim Bantuan
Tanaman Baru Lada.
Peningkatan keluasan tanaman lada seluas 15,130 hektar dalam tahun
2013 berbanding 14,791 hektar pada tahun 2012.
Peningkatan eksport lada sebanyak 12,105 metrik tan dengan nilai eksport
sebanyak RM245 juta pada tahun 2013 berbanding 10,588 metrik tan
pada tahun 2012 dengan nilai eksport sejumlah RM273 juta .
Membangunkan seramai 45 orang usahawan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) bumiputera peringkat huluan.
Majlis Minyak Sawit Malaysia anjur Palm Oil Nutrition Week (PINC 2013)
Program ini merupakan seminar teknikal yang diadakan pada 20 - 21 Mei 2013
sebagai satu platform interaksi kepada mereka yang berkepentingan di dalam
industri nutraseutikal dan kosmetik. Lebih 20 kertas kerja telah dibentangkan
dalam 5 modul meliputi topik-topik berkaitan tokotrienol, karotenoid dan
fenolik. PINC 2013 telah dihadiri lebih 270 orang peserta termasuk 50 orang
perwakilan antarabangsa dari bidang perubatan dan bioperubatan.

258

Malaysia 2014

AGENSI/MAJLIS
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
MPOB adalah sebuah agensi di bawah MPIC yang bertanggungjawab menerajui
dan membangunkan industri sawit negara. Aktiviti teras MPOB merangkumi
penyelidikan dan pembangunan mengenai pengeluaran huluan hingga
pemprosesan produk hiliran sawit. MPOB juga menyediakan khidmat nasihat
teknikal untuk menyokong kemajuan industri sawit melalui kemudahan loji
rintis, makmal, kajian saintifik, khidmat nasihat teknikal, perundingan teknikal,
penerbitan saintifik, latihan teknikal, persidangan dan seminar, pemindahan
teknologi dan khidmat pengembangan.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), No 6. Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,
43000 Kajang Selangor, P.O. Box 10620, 50720 Kuala Lumpur Tel: 03-8769 4400 Faks:
03-8925 9446 Laman web: www.mpob.gov.my

Lembaga Getah Malaysia (LGM)


LGM bertanggungjawab terhadap kemajuan industri getah di negara ini.
LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan
Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia
(MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan
usaha memajukan serta membangunkan industri getah. Kemajuan penyelidikan
dan pembangunan dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM telah
memberi impak terhadap industri NR Malaysia dan negara pemprosesan NR
yang lain. Objektif utama LGM ialah untuk membantu pembangunan dan
pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek bermula daripada
penanaman pokok getah, pengeluaran, pemprosesan getah mentah,
pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk getah.
Lembaga Getah Malaysia (LGM), Bangunan Getah Asli (Menara), Tingkat 17 & 18,
Bangunan Getah Asli, 148 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur Tel: 03-9206 2000
Faks: 03-2163 4492 Laman web: www.lgm.gov.my

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)


MTIB ditubuhkan pada Jun 1973 di bawah Akta Parlimen dan diletakkan di
bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi(MPIC). MTIB
adalah sebuah agensi utama yang bertanggungjawab mempertingkatkan
kemajuan perusahaan berasaskan kayu negara. Aktiviti MTIB adalah
meliputi penggalakan dan pemasaran hasil keluaran kayu- kayan di samping
menyumbang input teknologi kepada industri bagi memperkukuhkan tahap
daya majunya.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Aras 13-17, Menara PGRM, No. 8, Jalan
Pudu Ulu, 56100 Cheras, Kuala Lumpur Tel: 03-9200 3769 Faks: 03-9285 1477/1744
Laman web: www.mtib.gov.my

Malaysia 2014

259

Lembaga Koko Malaysia (LKM)


LKM ditubuhkan melalui Akta 343, Akta Lembaga Koko Malaysia
(Pemerbadanan), 1988. LKM yang beroperasi pada 18 Julai 1989
dipertanggungjawabkan untuk menjalankan dan menggalakkan penyelidikan
di dalam pengeluaran, pemprosesan, penstoran dan penggunaan koko
negara. Ia juga bertanggungjawab mengawal selia dan menyelaras aktiviti yang
berkaitan dengan koko seperti pemprosesan, penstoran, pengawalseliaan dan
pemasaran.
Lembaga Koko Malaysia (LKM), Tingkat 5 & 6, Wisma SEDCO, Beg Berkunci 211,
88999 Kota Kinabalu, Sabah Tel: 6088-234477 Faks: 6088-239575 Laman web:
www.koko.gov.my

Lembaga Lada Malaysia (MPB)


MPB adalah sebuah badan berkanun di bawah Akta Lembaga Lada
Malaysia 2006 dan ditubuhkan pada 1 Januari 2007 bagi menggantikan
Jemaah Pemasaran Lada Hitam. Di antara matlamat penubuhannya ialah
untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan
pertumbuhan dan daya maju industri lada Malaysia. Di samping itu, ia juga
menjalankan penyelidikan dan pembangunan industri lada.
Lembaga Lada Malaysia (MPB), Lot 1115, Jalan Utama, Tanah Putih, P.O.Box 1653,
93916 Kuching, Sarawak. Tel: 6082-331811 Faks: 6082-336877/6082-342690 Laman
web: www.mpb.gov.my

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)


Pada 1 April 2010 LKTN telah ditubuhkan bagi mengambil alih fungsi Lembaga
Tembakau Negara (LTN) yang telah dibubarkan ekoran dari pengenalan Akta
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (Akta 692). LKTN bertanggungjawab
untuk membangunkan tanaman kenaf sebagai tanaman komoditi baharu dan
juga sebagai tanaman alternatif kepada penanam tembakau selaras dengan
hasrat kerajaan untuk membangunkan tanaman kenaf sebagai tanaman
sumber pertumbuhan baru di Malaysia.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Ibu Pejabat, Kubang Kerian, Peti Surat 198,
15720 Kota Baharu, Kelantan. Tel: 09-766 8000/8008 Faks: 09-766 8071 Laman web:
www.lktn.gov.my

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC)


MPOC telah ditubuhkan pada 25 Januari 1990 untuk mengambil alih
tanggungjawab dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang sebelumnya dilaksanakan
oleh Jawatankuasa Dana Promosi Minyak Sawit. Ia telah diamanahkan untuk
menerajui aktiviti-aktiviti mempromosi dan memasarkan minyak sawit Malaysia
dalam usaha untuk menjadikan ia berdaya saing di pasaran minyak dan lelemak
dunia.

260

Malaysia 2014

Malaysian Palm Oil Council (MPOC), Aras 2, Wisma Sawit, Lot 6, SS6, Jalan
Perbandaran, 47301 Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-7806 4097 Faks:
03-7806 2272 Laman web: www.mpoc.org.my

Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC)


MTC telah ditubuhkan pada Januari 1992 untuk mempromosikan pembangunan
industri berasaskan kayu kayan dan memasarkan produk kayu. Ia telah
ditubuhkan sebagai sebuah syarikat terhad dengan diselia di bawah Akta
Syarikat 1965. Majlis ini dikawal selia oleh Lembaga Amanah di mana setiap
ahlinya dilantik oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Malaysian Timber Council (MTC), Aras 18, Menara PGRM, 8 Jalan Pudu Ulu Cheras,
56100 Kuala Lumpur Tel: 03-92811999 Faks: 03-92828999 Laman web: www.mtc.com.my

Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC)


MTCC adalah badan bebas yang ditubuhkan untuk membangun dan
mengendalikan Skim Persijilan Kayu Malaysia secara sukarela di Malaysia
dalam rangka memberikan penilaian bebas kepada amalan-amalan pengurusan
hutan serta untuk memenuhi permintaan terhadap produk kayu bersijil.
Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC), C-08-05, Blok C, Megan Avenue II, No.12,
Jalan Yap Kwan Seng, 50450, Kuala Lumpur Tel: 03-21612298 Faks: 03-21612293
Laman web: www.mtcc.com.my

Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC)


MREPC ditubuhkan pada bulan April 2000 untuk mempromosikan pasaran
getah dan produk getah. Ia adalah selari dengan kedudukan Malaysia sebagai
pembekal terbesar dunia sarung tangan getah asli, nitrile, kateter dan kondom.
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC), Blok 2A, Aras 13A-1 Plaza Sentral,
Jalan Stesen Sentral 5, 50470 Kuala Lumpur Tel: 03-27805888 Faks: 03-27805088
Laman web: www.mrepc.com

Majlis Promosi Perabot Malaysia (MFPC)


MFPC ditubuhkan pada tahun 2003 sebagai sebuah badan korporat yang
diselia di bawah akta Syarikat 1965. Ia bertanggungjawab untuk mempromosi
dan mengembangkan industri perabot Malaysia ke peringkat global.
Majlis Promosi Perabot Malaysia (MFPC), Aras 5, Bangunan Getah Asli (Menara), 148
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur Tel: 03-21711133 Faks: 03-21711166 Laman
web: www.mfpc.com.my

Malaysia 2014

261

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Majlis perasmian penjara


Seberang Perai, Pulau Pinan

Majlis perasmian penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

Blok D1 & D2, Kompleks D


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Telefon
: 03-8886 8000/3000
Faks
: 03-8889 1610/1613
Laman Web : www.moha.gov.my

262

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Seri Dr.


Ahmad Zahid Bin
Hamidi

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Dr. Wan


Junaidi Bin Tuanku
Jaafar

Inisiatif Perkongsian Pintar antara KDN (Bahagian


NKRA), PDRM dan Kementerian Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan berkaitan
Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) telah
menerima Geospatial Excellence Award (Kategori
Sector Public Safety) di Geospartial World Forum 2014
di Geneva Switzerland pada 8 Mei 2014... sistem ini
merupakan inovasi kaedah cerapan 14 jenis jenayah
yang sistematik dan real time yang pertama di dunia
digunakan oleh 1300 polis dari 413 Balai Polis dan 218
kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan
Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Dalam Negeri
Malaysia 2014

263

PENGENALAN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditubuhkan pada 18 Mac 2008 berikutan
rombakan Kabinet selepas Pilihan Raya Umum Ke-12. Ia merupakan gabungan
dua buah kementerian sebelumnya iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
(KKDN) dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN). Perkhidmatan
KDN merangkumi pelaksanaan fungsi operasi dan perkhidmatan sokongan.
Fungsi KDN dirumuskan kepada 10 bidang utama, iaitu Keselamatan dan
Ketenteraman Awam, Hal Ehwal Pendaftaran, Hal Ehwal Imigresen dan Pekerja
Asing, Pengurusan Pertubuhan, Pertahanan Awam, Anti Dadah, Kawalan
Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kawalan Filem, Pengurusan Sukarelawan serta
Pemulihan dan Pelaksanaan Hukuman. Dalam menjalankan tadbir urus tentang
keselamatan negara dan ketenteraman awam, KDN pada asasnya memberi
penekanan kepada tiga aspek penting, iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan
pemulihan. Pelanggan dan kumpulan sasar KDN bukan sahaja warga negara
tetapi juga bukan warga negara, sama ada yang mendapat taraf pemastautin
tetap, pas atau permit untuk bekerja atau pelancong. Malah, Pendatang Asing
Tanpa Izin (PATI) juga merupakan kumpulan sasaran KDN. Matlamat utama
KDN ialah untuk memelihara dan menjamin keselamatan, keamanan dan
kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Program United Against Crime through Eyes in the Sky
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid bin Abu Bakar melancarkan program United
Against Crime through Eyes in the Sky pada 13 Disember 2013 bertempat di
Perkarangan IPD Shah Alam, Selangor. Program keselamatan ini melibatkan
pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan-kawasan strategik
yang berisiko berlakunya kejadian jenayah. Inisiatif ini adalah atas kerjasama
Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan
Kesejahteraan Bandar dan Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB).
Melalui program ini sebanyak 500 hingga 1,000 unit CCTV akan dipasang
di seluruh negara. Sebelum ini sebanyak 666 unit CCTV telah dipasang di
kawasan-kawasan berisiko jenayah di Selangor dan ia telah berjaya mencegah
dan mengawal jenayah di negeri itu.
Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah - Sekolah Agama Pertama
dalam Penjara
Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah merupakan sekolah agama pertama
dibuka di penjara. Projek perintis di Penjara Kluang, Johor ini adalah inisiatif
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Penjara untuk membimbing
banduan mendapatkan pendidikan Agama dengan sempurna sebelum
dibebaskan. Menjadi hasrat KDN, dengan pembinaan sekolah ini banduan

264

Malaysia 2014

yang dahulunya masuk ke penjara dalam keadaan kurang didikan agama kelak
mampu menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi. Sultan
Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan sekolah tersebut
pada 28 November 2013 dengan diiringi tiga puteranya, Tunku Mahkota Johor,
Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar
Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.
OPS Cantas Khas
Operasi Cantas atau Ops Cantas dilancarkan Polis Diraja Malaysia pada 17
Ogos 2013 rentetan daripada penghapusan undang-undang Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (OE) pada 2012 yang menyaksikan
peningkatan jenayah kekerasan menggunakan senjata api. Hingga November
2013 sebanyak 66 kes direkodkan di seluruh negara dengan 35 kes daripadanya
menyebabkan sasaran atau mangsa tembakan mati di tempat kejadian. Dalam
tempoh 96 hari Ops Cantas dijalankan ia telah berjaya menurunkan hampir
23 peratus jenayah kekerasan daripada 187 kes kepada 144 kes. Sehingga
November 2013 juga, Polis telah berjaya menahan 36,316 orang dan merampas
951 senjata api. Sebanyak lebih sejuta orang dan 800,000 buah kenderaan
telah diperiksa. Ops Cantas Khas Narkotik selama sebulan yang berakhir 20
Disember 2013 menyaksikan kejayaan polis menangkap lebih 14,000 orang
daripada 14,138 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM30.82 juta dan
membongkar empat makmal haram memproses dadah dengan menangkap
16 orang. Ops Cantas turut berjaya mengurangkan indek jenayah bagi tempoh
Januari hingga Disember 2013 sebanyak 4.3 peratus kepada 147,073 kes
berbanding 153,669 kes pada tahun 2012.
Sambutan Hari Polis ke-206
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan Hari Polis ke-206 disambut
dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik. Suasana hening menyelubungi
apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan
pengganas di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota
berkenaan daripada Perdana Menteri. Kelapan-lapan pegawai dan anggota
yang gugur itu mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous. Acara
sambutan yang diadakan di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur
pada 25 Mac 2013 dimulai dengan perbarisan lintas hormat. Bertemakan
Komuniti Sejahtera Komitmen Kami telah mengetengahkan revolusi kepolisan
negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan
keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia. Buat pertama
kalinya, pasukan polis mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena
sambutan Hari Polis.

Malaysia 2014

265

Latihan menyelamat dan tindakan kecemasan sentiasa


dilakukan bagi meningkatkan kecekapan para anggota JPAM

JPAM terus diperkasa


Usaha menaik taraf perjawatan dan menambah perjawatan baharu adalah
antara langkah yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
(JPAM) dalam usaha memperkasakan jabatan berkenaan. JPAM turut
menambah aset operasi dan logistik, memasang sistem amaran awam, menaik
taraf pejabat operasi daerah, membina menara penyelamat pantai dan membuka
pejabat operasi baharu ke arah menambah kecekapan perkhidmatannya.
Antara projek yang sedang dijalankan ialah pembinaan ibu pejabat Pertahanan
Awam di Sungai Merab, Selangor yang bernilai RM50 juta dan Pusat Latihan
Pertahanan Awam fasa 2 di Kluang, Johor dengan kos RM50 juta.
Program 6P dihentikan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa
Izin yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato Muhyiddin
Yassin bersetuju untuk tidak melanjutkan proses Pemutihan di bawah
Program 6P pada mesyuarat yang diadakan pada 9 Oktober 2013. Program
6P yang bermula pada Oktober 2011 dan tamat pada 10 September 2013
adalah program penyelesaian menyeluruh pekerja asing dan pendatang asing
tanpa izin di Malaysia. Bermula Januari hingga Ogos 2013 sebanyak 27,956
pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap dalam operasi penguatkuasaan.
Sebanyak 12 Depot Tahanan Imigresen ditubuhkan di seluruh negara bagi
menempatkan PATI yang ditahan. Depot-depot tersebut adalah terletak di
Bukit Jalil, Selangor; Juru, Pulau Pinang; Langkap, Perak; Semenyih, Selangor;
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor;

266

Malaysia 2014

Lenggeng, Negeri Sembilan; Machap Umboo, Melaka; Pekan Nanas, Johor;


Ajil, Terengganu; Tanah Merah, Kelantan serta Semuja dan Bekenu di Sarawak.
JABATAN/AGENSI
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
JPN bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu
seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan
perceraian. JPN juga bertanggungjawab menentukan taraf kewarganegaraan
dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu iaitu kad pengenalan
berteknologi tinggi atau Smart Card untuk memenuhi keperluan keselamatan
dan pembangunan negara.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara,
Putrajaya, No 20, Persiaran Perdana, Presint 2, 62551 Putrajaya. Tel: 03-8880
7000. Faks: 03-8880 7059. Laman web: www.jpn.gov.my
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
JPPM bertanggungjawab dalam segala urusan pendaftaran dan pengawasan
bagi semua pertubuhan berdaftar di seluruh negara. Fungsi utama Jabatan
ini adalah untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966,
Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dan dasar-dasar mengenai pertubuhan;
mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan
keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak
negara Malaysia serta mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran
berkaitan dengan pertubuhan dan cawangan pertubuhan berdaftar.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), No. 2, Aras 2&3, Blok B, Bangunan
Chancery Place, Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik, 62542 Putrajaya. Tel: 03-8890
5776/8/9 Faks: 03-8889 3706/3667. Laman web: www.ros.gov.my

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)


JIM bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara
Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia.
JIM berfungsi mengeluarkan Pasport atau dokumen perjalanan kepada
Warganegara dan Penduduk Tetap, mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada
Warganegara Asing yang memasuki Malaysia, mengawal selia keluar masuk
Warganegara dan Warganegara Asing serta menguatkuasakan Akta Imigresen
1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1996.
Jabatan Imigresen Malaysia, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, (Kementerian
Dalam Negeri), Tingkat 1-7, (Podium) No 15, Persiaran Perdana, Presint 2, 62550
Putrajaya. Tel: 03-8880 1000. Faks: 03-8880 1200. Laman web: www.imi.gov.my

Malaysia 2014

267

Polis Diraja Malaysia (PDRM)


PDRM ialah sebuah pasukan keselamatan utama negara yang beribu pejabat di
Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. PDRM bertanggungjawab dari tugas
am kepolisan kepada perisikan, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang
menjalankan tugas-tugas non-regulatory seperti pencegahan kemasukan
Pendatang Asing Tanpa Izin. Dasar utama PDRM adalah:
Memelihara Undang-Undang dan Ketenteraman
Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia
Mencegah dan Mengesan Penjenayah
Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah; dan
Mengumpul Risikan Keselamatan.
PDRM turut dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri daripada Polis
Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan
awam dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.
Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala
Lumpur. Tel: 03-2262 6222. Faks: 03-2273 9602. Laman web: www.rmp.gov.my

Jabatan Penjara Malaysia


Jabatan Penjara Malaysia bertanggungjawab sebagai institusi penahanan
dan pemulihan bagi kumpulan manusia yang bergelar banduan/tahanan/
juvana. Penjara adalah tempat pesalah disabitkan hukuman oleh pihak
mahkamah. Tugas Jabatan Penjara ialah mengawal selia dengan penuh
perasaan perikemanusiaan dan membantu tahanan menjalani kehidupan
yang berfaedah serta mematuhi undang-undang semasa dalam tahanan dan
selepas dibebaskan.
Jabatan Penjara Malaysia, Kompleks Penjara Malaysia, 43000 Kajang, Selangor. Tel:
03-8732 8000. Faks: 03-8739 9205. Laman web: www.prison.gov.my

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)


AADK merupakan agensi utama yang bertanggungjawab merancang dan
menggerakkan jentera penyelarasan pelaksanaan membanteras gejala dadah
di seluruh negara. Melalui Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004, AADK
bertanggungjawab menentukan usaha-usaha memerangi ancaman dadah
secara terancang, bersepadu dan terarah. AADK juga berusaha keras untuk
mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah, merawat dan memulih penagih
dadah, mencegah penagihan semula, membanteras bekalan, pengedaran dan
penyalahgunaan dadah.
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000 Kajang,
Selangor Tel: 03-89112200 Faks: 03-89262055 Laman web: www.adk.gov.my

268

Malaysia 2014

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)


JPAM ialah agensi pertahanan awam yang dahulunya dikenali sebagai JPA3
atau Rescue 991. JPAM berperanan menggubal dasar-dasar yang sesuai
mengenai Pertahanan Awam. JPAM juga mengelola dan menyelenggarakan
Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan dan logistik yang
memadai. Di samping itu, JPAM melatih dan mendidik orang ramai mengenai
Pertahanan Awam. JPAM turut mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang
bersesuaian mengikut keadaan semasa. Khidmat Bantuan Kecemasan dan
Talian 999 di seluruh negara disediakan bagi melakukan tugasan menyelamat
dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di seluruh negara.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kementerian Dalam Negeri, Jalan Padang
Tembak, 50556 Kuala Lumpur. Tel: 03-26871300. Faks: 03-26923626. Laman web:
www.civildefence.gov.my

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)


Pasukan Sukarelawan Malaysia telah dinaik taraf menjadi sebuah Jabatan
dengan menggunakan nama Jabatan Sukarelawan Malaysia bermula Ogos
2013. Sebagai sebuah pasukan sukarela yang membantu memelihara dan
mengekalkan keamanan Negara, RELA dinaikkan taraf bagi memberi peluang
kenaikan pangkat dan menggalakkan penglibatan anggota RELA yang separa
aktif dan tidak aktif terutama lepasan universiti. Rela yang kini dianggotai 2.87
juta ahli di seluruh negara telah melalui era transformasi yang membanggakan
semenjak 2009.
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Aras 7, 8 & 9, Blok D9, 26, Kompleks D, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya. Tel: 03-8870 3760/3770 Faks:
03-8890 5540 Laman web: www.rela.gov.my

Komando VAT69 yang terlibat dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah diberi penghormatan
semasa Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur pada 25 Mac 2013

Malaysia 2014

269

KEMENTERIAN KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Majlis Anugerah Persatuan Profesional Pekerja


Filem Malaysia (PROFIMA) 2013

Lot 4G9, Persiaran Perdana


Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Telefon
: 03-8000 8000
Laman web : www.kkmm.gov.my

270

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Sri Ahmad


Shabery Bin Cheek

TIMBALAN MENTERI

YB Dato Jailani Bin


Johari

Bagi saya, kita boleh berbangga berbanding negara lain


kerana Malaysia mempunyai cerita kejayaan tersendiri,
terutama dalam menghubungkan rakyatnya melalui
jalur lebar, Internet dan sebagainya yang mana kadar
penembusan kita dari segi mudah alih misalnya, melebihi
jumlah rakyat itu sendiri
Dato Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Malaysia 2014

271

PENGENALAN
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kini dikenali sebagai
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) selaras dengan
penstrukturan semula Kabinet pada 15 Mei 2013 selepas Pilihan Raya Umum
ke-13. Perubahan nama dan portfolio ini menunjukkan keseriusan Kerajaan
dalam memajukan industri kreatif dan multimedia serta mempertingkatkan
infrastruktur komunikasi selaras dengan keperluan kini. Sebanyak sembilan
agensi di bawah sektor kebudayaan dipisahkan dan digabungkan dengan
Kementerian Pelancongan dan dua agensi di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi diletakkan di bawah KKMM.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Pameran Ekspo Gaya Hidup Digital (DLE)
DLE 2013 adalah pameran mengenai gaya hidup digital pertama seumpamanya
dianjurkan di Malaysia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Persatuan
Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) dan Commtechasia Sdn.
Bhd. Pameran yang berlangsung pada 23 - 25 Ogos 2013 di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak. Penganjuran DLE bertujuan mempromosi gaya hidup digital
bagi mengadaptasikan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian. Turut
diadakan Anugerah Usahawan Jalur Lebar Cemerlang kepada sekumpulan
usahawan kecil yang berjaya membangun dan melakukan transformasi
terhadap perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan dalam talian
dengan memanfaatkan inisiatif jalur lebar kebangsaan. Penerima anugerah
ialah Kabilah Hassan, Zaidi Awang, Mohd Saiful, Maryanne Low, Zamri Wahid,
Hirai Doshi, Rapeah Hassan dan Noraishah Ariffin.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek melawat Pusat Perkhidmatan
Panggilan Kecemasan (MERS 999) di Menara Telekom Malaysia pada 30 November 2013

272

Malaysia 2014

Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (P.K.N.)


Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyampaikan P.K.N.
kepada 227 orang pengamal media massa tempatan yang terlibat membuat
liputan mengenai pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah. Majlis
penganugerahan telah diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa Media pada
2 Ogos 2013 di Seri Perdana, Putrajaya. Pengamal media yang menerima
anugerah ini telah berdaftar dengan Pusat Media Jabatan Penerangan Malaysia
semasa membuat liputan berita sepanjang tempoh krisis dan Operasi Daulat.
Penganugerahan pingat berkenaan adalah sebagai penghargaan terhadap
sumbangan dan bakti pengamal media dalam membantu menyampaikan
maklumat yang telus, tepat dan terkini kepada orang ramai semasa kejadian
pencerobohan tersebut.
ASEAN Senior Officials Meeting Responsible for Information (Mesyuarat
Khas SOMRI-Special SOMRI)
Mesyuarat Khas ASEAN Senior Officials Meeting Responsible for Information
(Mesyuarat Khas SOMRI-Special SOMRI) telah diadakan di Hotel Inter
Continental, Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Ogos 2013. Mesyuarat yang
dipengerusikan oleh Dato Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini telah dihadiri oleh 46 orang delegasi
yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dalam bidang media dan
penerangan dari semua negara ASEAN. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Ministers Responsible for Information (AMRI) telah diberi tanggungjawab untuk
menganjurkan Mesyuarat Khas SOMRI buat julung kalinya bagi membincangkan
mengenai penstrukturan semula dan penambahbaikan kepada rangka
kerjasama yang sedia ada bagi AMRI dan SOMRI. Persidangan telah berjaya
mengenalpasti isu, permasalahan dan cabaran dalam bidang penerangan dan
media dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Lawatan ke Silicon Valley
Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia
mengiringi Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melakukan
lawatan ke wilayah teknologi maklumat, Silicon Valley San Francisco, Amerika
Syarikat pada 23 24 September 2013. Lawatan kerja ini bertujuan untuk
merapatkan jurang digital di antara kedua negara dan MDeC selaku peneraju
dalam inisiatif pembangunan ekosistem teknologi dan digital di Malaysia
memainkan peranan penting dalam merancang program-program sepanjang
kunjungan tersebut. Perdana Menteri telah mengumumkan 3 syarikat yang
berstatus MSC Malaysia yang telah berjaya mewujudkan kerjasama dengan
syarikat antarabangsa di bawah program MSC Malaysia Global Footprints.
Kunjungan diteruskan dengan lawatan ke ibu pejabat korporat Twitter. Lawatan
itu juga menyaksikan pertemuan Perdana Menteri bersama ikon teknologi

Malaysia 2014

273

terkenal dunia, Mark Zuckerberg di ibu pejabat Facebook. Pertemuan itu


sebahagian dari siri perbincangan peringkat tinggi yang berkisar terhadap
usaha mendekatkan kemudahan internet serta peluang-peluang digital yang
ada untuk rakyat.
Setem peringatan sambutan Hari Malaysia ke-50
Pos Malaysia telah melancarkan Setem Peringatan Sambutan Hari Malaysia ke50 yang menggambarkan peta Malaysia berlatar belakangkan bendera Malaysia
serta imej potret Perdana Menteri pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj pada 16 September 2013. Majlis pelancaran setem berkenaan
disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Sri Ahmad
Shabery Cheek pada 18 September 2013 di Kuala Lumpur. Selain setem,
Sampul Surat Hari Pertama sempena menyambut ulang tahun pembentukan
Malaysia ke-50 turut dikeluarkan. Setem ini boleh didapati dalam satu reka
bentuk, berukuran 50mm x 30mm berharga denominasi 60 sen dan dijual pada
harga RM12 setiap helaian mengandungi 20 setem, sementara, sampul Surat
Hari Pertama menampilkan gambar bersejarah majlis pengisytiharan Malaysia
dijual dengan harga 50 sen setiap satu.
SaveME999
Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Telekom Malaysia
Berhad (TM) telah mereka khas aplikasi telefon pintar SaveME999 untuk
kegunaan hampir setengah juta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar
di negara ini terutamanya mereka yang mengalami masalah pendengaran dan
pertuturan bagi membantu mendapatkan perkhidmatan keselamatan. Pada 9
September 2013, aplikasi SaveME999 telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi
dan Multimedia, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek. Turut hadir Dato Azizah
Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
dan Dato Seri Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM. Penggunaan aplikasi tersebut
membolehkan golongan OKU berhubung dengan Pusat Panggilan Kecemasan
(PPK) 999 secara terus setelah mereka menyentuh ikon aplikasi SaveMe999
di telefon pintar masing-masing. Sistem PPK akan merakam nama, nombor
telefon, lokasi pemanggil secara automatik dan maklumat akan dihantar ke
agensi bantuan kecemasan melalui sistem bagi menghantar bantuan dengan
segera. Aplikasi ini berupaya mengesan kedudukan lokasi dengan lebih tepat
menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS). Aplikasi percuma ini boleh
dimuat turun secara percuma daripada laman web www.999.gov.my dan boleh
digunakan di seluruh negara serta tidak terhad kepada satu negeri sahaja.
Pelancaran Gabungan Pusat Data Malaysia (MDCA)
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek
melancarkan Gabungan Pusat Data Malaysia (MDCA) yang pertama pada

274

Malaysia 2014

28 Oktober 2013 di Kuala Lumpur. Perbadanan Pembangunan Multimedia


(MDeC) berperanan menyelia dan memantau MDCA agar matlamat gabungan
ini tercapai. Pelancaran MDCA adalah selaras dengan matlamat negara untuk
menjadikan Malaysia sebagai hab data serantau yang akan menjadi pilihan
utama kepada para pelabur dan usahawan di dalam dan luar negara. Ianya
juga akan meningkatkan penjanaan pendapatan negara di samping memberi
kesan yang positif kepada pembangunan ekonomi dan inovasi di negara ini.
Pemberian insentif di bawah Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN)
Seramai 11 pengkarya industri kreatif yang aktif menghasilkan program
untuk siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima insentif berjumlah
RM200,235 sebagai insentif di bawah Dasar Industri Kreatif Negara. Majlis
penyampaian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan
Multimedia, Dato Jailani Johari pada 19 Disember 2013 di Angkasapuri.
Pemilihan individu atau penggiat seni untuk menerima insentif bagi projek yang
dilaksanakan Jabatan Penyiaran dibuat berdasarkan kriteria tertentu yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu
Projek DIKN.
Perhimpunan blogrrr: Blogger Most Wanted
Pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan .my, MYNIC Berhad
telah mengadakan perhimpunan besar-besaran dikenali blogrrr: Blogger Most
Wanted di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC),
Kuala Lumpur pada 14 Disember 2013. Dianggarkan lebih 1,000 penulis
blog mengambil bahagian dalam program yang julung kali dianjurkan ini.
Penganjuran acara menekankan cara blog yang betul, meningkatkan kredibiliti
penulis blog, keselamatan dalam mengendalikan media sosial dan membentuk
generasi perniagaan melalui blog. Sebanyak 130 blogshop turut mengambil
bahagian dalam program ini dengan menampilkan produk masing-masing
kepada pengunjung. Penganjuran program ini selaras dengan hasrat MYNIC
untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam talian dengan menyediakan
platform untuk mereka membina jaringan perniagaan.
Forumuzik 2013
Forum tahunan berkaitan industri muzik, Forumuzik anjuran Persatuan Industri
Rakaman Malaysia (RIM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan
Multimedia diadakan selam dua hari bermula 9 Disember 2013. Forum ini
bertujuan untuk mengetengahkan perkara-perkara penting berhubung industri
muzik tempatan dalam pasaran yang kompetitif, trend semasa dalam teknologi,
penjenamaan dan kandungan media. Forum tersebut diharapkan menjadi satu
platform bagi pemain dalam industri muzik untuk bertukar pendapat supaya
pembangunan industri muzik di negara ini lebih terarah dengan adanya

Malaysia 2014

275

Dasar Industri Muzik yang sedang dirangka oleh kementerian. Forum dua
hari tersebut dihadiri kira-kira 300 peserta terdiri daripada penuntut institusi
pengajian tinggi awam dan swasta serta wakil daripada agensi pengiklanan,
syarikat telekomunikasi dan beberapa artis tempatan.
JABATAN/AGENSI
Jabatan Penyiaran Malaysia
Jabatan Penyiaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai Radio Televisyen
Malaysia (RTM) secara rasminya ditubuhkan pada 1946 adalah badan
penyiar rasmi Kerajaan. RTM membangun dan berkembang selaras dengan
perkembangan pesat dalam bidang penyiaran dan peningkatan permintaan
maklumat terutamanya menerusi media baru. Hingga kini RTM yang mempunyai
34 stesen radio dan 4 stesen TV boleh didengar dan ditonton menerusi web
streaming dan mobile streaming.
Jabatan Penyiaran Malaysia, Angkasapuri, 50614, Kuala Lumpur Tel: 03-2282 5333
Faks: 03-2282 5103. Laman web: www.rtm.gov.my

Jabatan Penerangan Malaysia


Jabatan Penerangan Malaysia bertanggungjawab menterjemah dan
memasarkan dasar dan agenda negara supaya difahami, disokong, dihayati dan
dibudayakan oleh seluruh rakyat melalui program penerangan. Tanggungjawab
Jabatan Penerangan mengendalikan kempen-kempen penerangan bermula
sejak penubuhannya pada 24 September 1945. Tanggungjawab terkini
jabatan ini ialah menjayakan Gagasan 1Malaysia dan membina negara bangsa
berteraskan Rukun Negara.
Jabatan Penerangan Malaysia, Tingkat 5, 9-16 & 18, Kompleks KKMM, Lot 4G9,
Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya Tel: 03-8911 3440 Faks: 03-8911 4957
Laman web: www.penerangan.gov.my

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)


JASA berperanan dalam mengatur rancangan dan melaksanakan strategi,
program, aktiviti bagi mendidik serta meyakinkan rakyat kepada pemimpin
negara. Selain itu, jabatan ini turut dipertanggungjawabkan menangkis dakyah,
fitnah, tohmahan dan pemikiran jumud serta ekstremis agama dalam kalangan
rakyat selain menggerakkan pembaharuan pemikiran ummah bagi menghadapi
gelombang globalisasi dan teknologi maklumat. Jabatan ini juga turut membuat
analisa pola dan sikap pengundi sebelum, semasa dan selepas pilihan raya
di samping menjalankan penyelidikan dan menyediakan isu-isu sosio politik
dan agama. Tidak ketinggalan, jabatan ini akan mengenal pasti dan memantau
setiap isu yang boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan.

276

Malaysia 2014

Jabatan Hal Ehwal Khas, Tingkat 3-6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit
Perdana, Jalan Dato Onn, 50610, Kuala Lumpur. Tel: 03-2698 7152/7160/7164/7166
Laman web: www.jasa.gov.my

Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)


IPPTAR berperanan untuk merancang dan menyediakan program latihan
untuk warga kementerian, jabatan dan agensi di bawah KKMM selaras dengan
keperluan semasa. Selain itu, IPPTAR turut menjalankan penilaian program
latihan bagi mengukur dan meningkatkan kualiti latihan dengan bekerjasama
dengan agensi-agensi di dalam dan luar negara dalam bidang latihan penyiaran,
perfileman dan komunikasi korporat. Ia juga menyediakan infrastruktur dan
khidmat sokongan selaras dengan keperluan latihan.
Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Peti Surat 1199, Jalan
Pantai Baharu, 59700, Kuala Lumpur. Tel: 03-2295 7555 Faks: 03-2295 7575/03-2282
4796 Laman web: www.ipptar.gov.my

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia


Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia ditubuhkan pada 16 Mei 2011.
Tanggungjawab utama Jabatan ini ialah untuk mengawal selia pemprosesan
data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh pengguna
data supaya tidak disalah guna dan disalah pakai oleh pihak-pihak yang
berkepentingan. Keselamatan data peribadi pengguna perlu dilindungi bagi
mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan terhadap penyimpanan atau
pemprosesan data peribadi individu, awam dan swasta di Malaysia secara
transaksi komersial adalah termaktub di bawah Akta Perlindungan Data
Peribadi (APDP) ini.
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia, Aras 6, Kompleks KKMM, Lot 4G9,
Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan, 62100 Putrajaya Tel:
03-8911 5000 Faks: 03-8911 7959 Laman web: www.pdp.gov.my

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)


Bagi menjana perkembangan dan memperkasakan industri filem dan industri
kreatif tempatan, FINAS dan Filem Negara Malaysia digabungkan selaraskan
dengan pengubalan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Pindaan) 2012. Akta yang diwartakan pada 2013 adalah bagi mewujudkan
satu perbadanan perfileman yang tunggal agar pengendalian urusan perfileman
dan pengisian industri kreatif Negara dapat dilaksanakan secara strategik,
bermanfaat dan produktif selaras dengan Dasar Industri Kreatif Negara.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Kompleks Studio Merdeka,
Jalan Hulu Kelang, 68000, Ampang, Selangor. Tel: 03-4104 1300 Faks: 03-4107 5216
Laman web: www.finas.gov.my

Malaysia 2014

277

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)


BERNAMA ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967, berfungsi mencari dan
melaporkan berita-berita terkini yang benar dan saksama. Ia berperanan
sebagai sumber yang membekalkan berita-berita terkini dan boleh dipercayai
untuk akhbar, stesen-stesen penyiaran, perkhidmatan wayar global dan internet.
Selain itu, BERNAMA turut menyediakan pelbagai produk perkhidmatan berita
dan maklumat kewangan tepat-masa menerusi pelbagai platform sejajar
dengan perkembangan teknologi serta menyalurkan perkhidmatan berita dan
maklumatnya secara terus kepada orang ramai seperti di laman web, radio,
televisyen dan telefon bimbit.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Wisma BERNAMA, No. 28, Jalan
1/65A Off Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur. Tel: 03-26939933 Faks: 03-2698
1102/03-26913972 Laman web: www.bernama.com

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan
mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi
dan multimedia. Antara fungsi SKMM termasuk pengeluaran lesen, mengawal
selia perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen, memantau taraf
perkhidmatan dan standard kemudahan rangkaian, mempromosi persaingan,
mendorong perluasan khidmat pos dan mengawal selia kadar pos, dan
memantau dan penyelia aktiviti pihak berkuasa pemerakuan dalam bidang
tandatangan digital.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Off Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya, Selangor Tel: 03-8688 8000 Faks: 03-8688 1000 Laman web:
www.skmm.gov.my

Telekom Malaysia
Telekom Malaysia Berhad merupakan syarikat telekomunikasi terbesar dan
terunggul di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Operasinya dikawalselia oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Syarikat Berkaitan Kerajaan
(GLC) ini memainkan peranan penting membangunkan infrastruktur komunikasi
negara di samping menawarkan perkhidmatan terasnya iaitu talian tetap dan
talian mudah alih bagi telefon dan juga internet yang terbaik.
Telekom Malaysia Berhad, Aras 51, Bahagian Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baharu,
50672 Kuala Lumpur Tel: 03-2240 1221 Faks: 03-2283 2415. Laman web: www.
tm.com.my

Pos Malaysia Berhad


Pos Malaysia Berhad pernah dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos
adalah organisasi yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan

278

Malaysia 2014

Multimedia Malaysia. Pos Malaysia kini mengorak langkah daripada penyedia


perkhidmatan pos ke arah menjadi pembekal komunikasi yang dinamik,
perkhidmatan kewangan dan penyelesaian rantaian bekalan. Ia melangkah
ke hadapan, untuk terus mengubah dan memperbaharui kemampuannya
untuk mengekalkan kerelevanannya dan daya saing serta meneruskan
kemampuannya untuk menghubungkan rakyat Malaysia ke serata dunia.
Pos Malaysia Berhad, Menara Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala
Lumpur. Tel: 03-2274 1122. Faks: 03-2274 5951. Laman web: www.pos.com.my

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC)


Penstrukturan Kabinet 2013 telah meletakkan MDeC di bawah Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam usaha memantapkan pembangunan
industri multimedia dan ICT negara. MDeC berperanan menasihatkan Kerajaan
Malaysia berhubung perundangan dan polisi ICT, membangunkan MSC
Malaysia sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan menetapkan piawaian
penemuan baru bagi ICT dan operasi multimedia. MDeC turut mempromosi
MSC Malaysia di peringkat tempatan dan global, selain menyokong syarikat
yang berada dalam lingkungan lokasi MSC Malaysia. MDeC bekerja rapat
dengan pelbagai pihak dan agensi kerajaan bagi memastikan MSC Malaysia
menawarkan persekitaran bersesuaian bagi syarikat untuk meneroka potensi
ICT dan teknologi multimedia secara optimum.
Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), MSC Malaysia Headquarters, 2360
Persiapan APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8315 3000
Fax: 03-8318 8518 Laman web: www.mdec.com.my

MYNIC Berhad (MYNIC)


MYNIC yang sebelum ini dikenali sebagai .my DOMAIN REGISTRY adalah
agensi dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kemudian
diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
selepas pembentukan Kabinet baharu pada 15 Mei 2013. MYNIC memberi
perkhidmatan pendaftaran nama unik domain kepada individu dan organisasi
mengikut kategori .my, .com.my, .net.my, .org.my, .gov.my, .edu.my, .mil.
my, dan .name.my. MYNIC bertanggungjawab dalam membangunkan dasar
domain peringkat tertinggi dan sentiasa di barisan hadapan dalam teknologi
nama domain serta menjalankan projek-projek penyelidikan berkaitan dengan
bidangnya.
MYNIC, Aras 3, Blok C, Mines Waterfront Business Park, No.3, Jalan Tasik, Mines
Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8991 7272. Faks:
03-8991 7277. Laman web: www.mynic.my

Malaysia 2014

279

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2013

Blok E1, E3, E6, E7 dan E10 Kompleks E


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Telefon
: 03-8000 8000
Faks
: 03-8888 6187
Laman Web : www.moh.gov.my

280

Malaysia 2014

MENTERI

YB Datuk Seri Dr.


S.Subramaniam

TIMBALAN MENTERI

YB Dato Seri Dr. Hilmi


Bin Haji Yahaya

Bagi mempermudahkan komuniti dalam melaksanakan


aktiviti pengurangan tempat pembiakan Aedes dan
pencegahan denggi, KKM akan mengusahakan supaya
bahan Temephos dan repellent mudah diperolehi oleh
komuniti melalui jualan di stesen minyak, pasaraya dan
kedai runcit 24 jam. Temephos merupakan produk
untuk membunuh jentik-jentik nyamuk Aedes di
takungan air yang kekal dan tidak boleh dimusnahkan
manakala repellent pula merupakan produk pelindung
diri untuk mencegah dari gigitan nyamuk
Dato Seri Dr. S. Subramaniam
Menteri Kesihatan Malaysia

Malaysia 2014

281

PENGENALAN
Misi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah mewujudkan penglibatan dan
penyertaan masyarakat bagi merangsang serta memudahkan rakyat untuk
mencapai sepenuhnya kemampuan mereka dalam kesihatan, menghargai
kesihatan sebagai aset yang bernilai dan mengambil sikap positif bagi
meningkatkan lagi serta mengekalkan status kesihatan untuk menikmati kualiti
hidup yang lebih bermutu.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Perasmian Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Majlis Perasmian Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah diadakan
pada 29 Ogos 2013. Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin
Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan
kompleks tersebut. Majlis turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.
S. Subramaniam.
Anugerah Media Kesihatan 2013
Majlis Anugerah Media Kesihatan telah diadakan pada 30 Ogos 2013 di
Damansara Utama, Selangor. Sebanyak lima kategori dipertandingan dan
disertai oleh pelbagai agensi media. Anugerah Wartawan Kesihatan Terbaik
bagi kategori akhbar Inggeris, Tamil dan Cina dimenangi wartawan Selvayoga
M. Selvaratnam (The Star), M. S. Malaiyandi (Malaysia Nanban) dan Thong Siew
Li serta Chong Lee Choo (Guang Ming Daily). Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah,
wartawan Utusan Karya Sdn. Bhd. memenangi kategori akhbar bahasa Melayu.
Sementara itu, wartawan BERNAMA Radio 24, Norindah Khairi memenangi
Anugerah Program Kesihatan Terbaik kategori radio manakala wartawan TV3,
Nurulhuda Abd. Aziz pula memenangi Anugerah Kewartawanan Kesihatan
Terbaik bagi kategori televisyen. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri
Kesihatan, Dato Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya. Turut hadir, Ketua Setiausaha
Kementerian, Datuk Farida Mohd. Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk
Chamil Wariya merangkap Ketua Juri. Dalam majlis tersebut, Dato Seri Hilmi
Haji Yahaya juga turut melancarkan Buku Garis Panduan Tempat Kerja Bebas
Asap Rokok.
Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2013
Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2013 diadakan pada 5 Oktober 2013
di Laman 1Malaysia, Presint 2 Putrajaya. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti
senamrobik, walkathon bermesej, fun hunt, pameran pendermaan organ,
pendermaan darah dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan untuk menarik
minat orang ramai mendapat kesedaran tentang pentingnya pendermaan organ.
Majlis dirasmikan oleh Datuk Farida Mohd Ali, Ketua Setiausaha Kementerian

282

Malaysia 2014

Antara peserta yang menyertai Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2013 di Putrajaya
pada 5 Oktober 2013

Kesihatan Malaysia. Turut hadir pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran


Awam Pendermaan Organ Kebangsaan Tan Sri Dato Lee Lam Thye dan ikonikon Pendermaan Organ.
Forum Serantau Menteri Mengenai Alam Sekitar dan Kesihatan Ketiga
Forum ini telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Menteri dan Timbalan
Menteri yang memegang portfolio kesihatan dan alam sekitar dari Brunei,
Cambodia, China, Indonesia, Jepun, Laos, Mongolia, Myanmar, Filipina, Korea
Selatan, Singapura, Thailand dan Vietnam merupakan ahli kepada forum yang
diadakan selama 3 hari bermula 9 - 11 September 2013. Dato Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan perasmiannya menyatakan langkahlangkah yang boleh diambil bagi memelihara kesihatan alam sekitar dalam
perancangan pembangunan iaitu menganalisis hubungan antara kesihatan
alam sekitar dan pembangunan; mengutamakan isu kesihatan alam sekitar
dalam objektif pembangunan yang lebih besar dan menilai mandat institusi,
kapasiti, peraturan, belanjawan dan penguatkuasaan berhubung kesihatan
dan alam sekitar.
Sambutan Hari AIDS Sedunia 2013
Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan telah disambut pada
2 Disember 2013 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak,
Terengganu. Sambutan disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri
Rosmah Mansor selaku Penaung Yayasan AIDS Malaysia.

Malaysia 2014

283

Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa bangga dengan pencapaian


Kementerian Kesihatan setelah dianugerahkan United Nation Malaysia Award
2013 atas usahanya menurunkan kadar jangkitan HIV di negara ini. Anugerah
yang merupakan satu pengiktirafan antarabangsa diterima pada 24 Oktober
2013, berdasarkan kejayaan kementerian mencapai Matlamat Pembangunan
Milennium Kelima dan juga Keenam. Matlamat Pembangunan Milennium Kelima
adalah berkaitan kematian ibu manakala Matlamat Keenam mempunyai kaitan
dengan penyakit berjangkit terutama HIV/AIDS dan Malaria. Turut hadir, isteri
Menteri Besar Terengganu, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Speaker Dewan
Undangan Negeri, Mohd. Zubir Embong; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk
Seri Dr. Hilmi Yahaya; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Farida Mohd. Ali
dan Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Anwa Sulaiman.

Datin Seri Rosmah Mansor selaku Penaung Yayasan AIDS Malaysia


menyempurnakan Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan
yang disambut pada 2 Disember 2013 di Stadium Tertutup Kompleks
Sukan Negeri di Gong Badak, Terengganu

284

Malaysia 2014

Hari Penglihatan Sedunia 2013


Hari Penglihatan Sedunia 2013 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Alor
Setar, Kedah. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul
Halim Muadzam Shah berkenan berangkat menyempurnakan sambutan
tersebut. Hadir sama adalah Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri
Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul
Urus Mat Zain. Hari Penglihatan Sedunia disambut pada hari Khamis kedua
dalam bulan Oktober setiap tahun sejak 1999. Ia bagi meningkatkan kesedaran
dan menumpukan perhatian tentang masalah kebutaan dan kecacatan
penglihatan di seluruh dunia. Sambutan tahun ini bertemakan Kesihatan Mata
Menyeluruh.
Klinik Kesihatan
Pada akhir 2012, Kementerian Kesihatan mempunyai 1,025 klinik kesihatan
dan 1,831 klinik desa yang menyediakan perkhidmatan kesihatan primer
yang komprehensif meliputi perkhidmatan promotif, preventif, kuratif dan
rehabilitatif dengan sebanyak 40 juta kedatangan setahun.
Setakat 30 September 2013, secara kumulatif 238 Klinik 1Malaysia telah
beroperasi dengan kedatangan kumulatif sebanyak 9 juta (semenjak 2010).
Untuk tahun 2013 sahaja, kedatangan pesakit ialah sebanyak 3 juta orang.
Meningkatkan penempatan pegawai perubatan di Klinik 1Malaysia yang
sibuk dan mempunyai kedatangan melebihi 100 pesakit sehari. Setakat
30 September 2013, terdapat 22 Klinik 1Malaysia yang telah ditempatkan
doktor.
JABATAN/AGENSI
Jabatan Kesihatan Negeri
Setiap negeri di Malaysia kecuali di Putrajaya mempunyai Jabatan Kesihatan
Negeri masing-masing termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.
Pusat Darah Negara
Pusat Darah Negara bertindak sebagai badan penasihat kepada Kementerian
Kesihatan Malaysia dalam menggariskan polisi dan garis panduan berkaitan
dengan Perkhidmatan Transfusi Darah Kebangsaan.
Institut Kesihatan Umum
Institut Kesihatan Umum merupakan sebuah institut latihan dan penyelidikan
kesihatan yang cemerlang dan penting. Institut ini ditubuhkan pada tahun 1966
bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan negara.

Malaysia 2014

285

Bahagian-Bahagian
Pengurusan
Kewangan
Kesihatan Awam
Kesihatan Pergigian
Perubatan
Penyelidikan & Sokongan Teknikal
Perkhidmatan Farmasi
Keselamatan dan kualiti makanan
Hospital
Hospital Kerajaan
Hospital dan Klinik Swasta
Institusi
Pusat Kawalan Kusta Negara
Institut Kesihatan Umum
Institut Penyelidikan Perubatan
Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan
Institut Pengurusan Kesihatan
Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC)
Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan
Institut Kebangsaan Produk Asli dan Vaksinologi (IKPAV)
Pusat Darah Negara
Institut Perubatan Respiratori
Pejabat Kesihatan Daerah
Kolej
Kolej Kejururawatan
Kolej Jururawat Masyarakat
Kolej Latihan Pergigian Pulau Pinang
Kolej Jurupulih Anggota (Fisioterapi)
Kolej Pembantu Farmasi
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
Kolej Radiografi dan Radioterapi
Kolej Kesihatan Awam
Kolej Pembantu Perubatan
Klinik
Klinik Kesihatan Kerajaan
Klinik Pergigian Kerajaan

286

Malaysia 2014

Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak


Klinik 1Malaysia
Klinik Bergerak 1Malaysia
Klinik Pergigian Bergerak 1Malaysia
Bot Klinik Bergerak
Makmal
Makmal Kesihatan Awam (MKA)

Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed


Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
berkenan berangkat merasmikan Kompleks Jabatan
Kesihatan Negeri Perlis pada 29 Ogos 2013

Malaysia 2014

287

KEMENTERIAN PERTANIAN
DAN INDUSTRI ASAS TANI

Pelancaran Pasar Bergerak 1 Malaysia,


27 Februari 2013

Wisma Tani
No. 28, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 Putrajaya
Telefon
: 03-8870 1200/1400
Faks
: 03-8888 6906
Laman Web : www.moa.gov.my

288

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Sri Ismail


Sabri Bin Yaakob

TIMBALAN MENTERI

YB Dato Sri Haji


Tajuddin Bin Abdul
Rahman

Kaji selidik yang dilakukan kementerian menerusi


Facebook mendapati golongan belia mempunyai
minat dalam bidang pertanian antaranya pelancongan
agro, bakeri, akuakultur, perdagangan, pemprosesan
makanan, penternakan, tanaman, ternakan burung
walit dan banyak lagi
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia 2014

289

PENGENALAN
Pada awal penubuhan Kementerian Pertanian pada tahun 1955 telah
mewujudkan tiga portfolio di bawah Kementerian iaitu Pertanian, Perhutanan
dan Perkhidmatan Haiwan. Seterusnya, Kementerian ini banyak bertukar nama
dan portfolio sebelum tahun 2004. Namun, selepas pembentukan Kabinet pada
27 Mac 2004, Kementerian telah ditukar nama kepada Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani (MOA). Tiga misi kementerian iaitu mentransformasikan
sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetitif;
menjadikan Malaysia kompetitif sebagai pengeluar utama makanan dunia
dan pertanian sebagai salah satu jentera pertumbuhan ekonomi negara,
dilihat mampu merealisasikan visi kementerian sebagai peneraju transformasi
pertanian. Bagi mencapai matlamat tersebut, lima fungsi utama Kementerian
dirangka merangkumi menggubal, merancang dasar dan melaksanakan
dasar, strategi dan program pembangunan pertanian; menilai, menyelaras
dan memastikan pelaksanaan projek atau program pembangunan pertanian
agro-makanan; menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan
inovasi untuk meningkatkan produktiviti, daya saing sektor agro-makanan;
menggalakkan pelaburan domestik dan asing dalam sektor agro-makanan;
serta merangka dan melaksanakan rantaian pemasaran agro-makanan yang
cekap dan berkesan.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Pinjaman makrokredit kepada peserta AZAM Tani yang berjaya
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membantu seramai 16,380
keluarga miskin dan miskin tegar eKasih bermula tahun 2010 hingga 2013 melalui
program AZAM Tani. Daripada jumlah itu, seramai 5,321 keluarga telah berjaya
keluar daripada kemiskinan serta berupaya menjana pendapatan tambahan
dengan purata pendapatan di antara RM200 hingga RM2,000 sebulan.
Berikutan itu, mereka yang berjaya diberi tawaran pinjaman mikrokredit TEKUN
dan skim pinjaman PPRT Agrobank untuk memajukan projek atau perniagaan
kecil-kecilan yang diusahakan. Skim pinjaman khas PPRT Agrobank merupakan
dana khas bagi membantu rakyat termiskin membuat pinjaman tanpa faedah
bagi membiayai perniagaan kecil-kecilan mengikut keperluan projek dengan
nilai maksima pinjaman sebanyak RM10,000. Program Penerangan kepada
peserta yang berjaya telah diadakan seluruh negara bermula di Kelantan pada
24 Februari 2014.
Malaysia Terima Kelulusan untuk Eksport Sarang Burung Walit Mentah
Bersih Ke China
Kerajaan China mengeluarkan surat kelulusan untuk Malaysia mengeksport
sarang burung walit mentah bersih ke China pada Januari 2014.

290

Malaysia 2014

Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menerima surat kelulusan yang


membolehkan pengusaha sarang burung walit mentah kembali mengeksport
produk tersebut setelah dua tahun disekat. Sebanyak lapan syarikat
memproses sarang burung walit akan memulakan pengeksportan itu selepas
lulus prosedur Pentadbiran Pensijilan dan Akreditasi (CNCA) dan Pentadbiran
Pemantauan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin (AQSIQ). Isu sekatan eksport
sarang burung walit dari Malaysia ke China timbul apabila terdapat laporan
negatif media negara itu mengenai kualiti sarang burung walit yang diimport
dari Malaysia.
MoU untuk tingkatkan pendapatan petani melalui penggunaan
bioteknologi
Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) dan Pertubuhan Peladang
Kebangsaan (Nafas) menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU)
untuk bekerjasama meningkatkan pendapatan petani melalui penggunaan
bioteknologi secara meluas dalam rantaian nilai pertanian Nafas. Bidang
utama kerjasama yang digariskan dalam MoU ini termasuk memaksimumkan
pengeluaran hasil pertanian melalui bioteknologi pertanian, penggunaan tanah
terbiar dan mewujudkan peluang pertanian secara kontrak. MoU ini juga
bertujuan mewujudkan hubungan antara petani dan syarikat berstatus BioNexus
berkaitan teknologi, produk dan perkhidmatan. Majlis menandatangani MoU
telah diadakan pada 16 Disember 2013.
Persidangan Padi 2013
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menganjurkan
Persidangan Padi Kebangsaan 2013 (PADI 2013) di Sunway Carnival Convention
Centre, Seberang Perai, Pulau Pinang bermula 10 hingga 12 Disember 2013.
Persidangan ini bertujuan untuk memberikan maklumat terkini perkembangan
teknologi dan inovasi serta status industri padi negara kepada kumpulan sasar.
Sebanyak 25 kertas kerja membabitkan pelbagai aspek diadakan sepanjang
rantaian nilai industri padi dibentangkan. Turut diadakan pameran poster
dan gerai pameran daripada agensi kerajaan dan swasta selain gerai buku
menjual beraneka bahan ilmiah berkaitan teknologi dan inovasi terbitan MARDI.
Persidangan dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan
Pertanian Kemubu (KADA), Jabatan Pertanian Malaysia, Felcra Bhd dan
Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak (MOMA).
Malaysia dan Nigeria perluas kerjasama dalam pertanian
Malaysia dan Nigeria bersetuju membentuk sebuah jawatankuasa dalam usaha
memperluas jalinan kerjasama dalam bidang pertanian pada 27 November 2013.
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob

Malaysia 2014

291

persetujuan itu dicapai bersama Gabenor Ogun State di Nigeria, Senator


Ibikunle Amosun yang mengunjungi beliau di Lembaga Pertubuhan Peladang,
Kuala Lumpur. Ogun State adalah sebuah negeri di bahagian barat Nigeria
dengan keluasan 16,762 kilometer persegi dan kaya dengan hasil pertanian
seperti padi, nenas dan pisang. Menerusi kerjasama itu, kedua-dua negara
boleh memajukan sektor pertanian masing-masing. Pihak Kementerian turut
melakukan lawatan ke Ogun State bagi meninjau peluang kerjasama tersebut
pada Disember 2013.
Laman sosial Facebook, Twitter Agropreneur Muda Dilancar
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melancarkan media
sosial Facebook dan Twitter rasmi unit Agropreneur Muda pada 10 Oktober
2013 bagi memudahkan golongan belia mendapatkan maklumat lengkap
mengenai peluang menceburi bidang pertanian. Menurut Dato Sri Ismail Sabri
Yaakob, kementerian mempelawa belia di seluruh negara menceburi bidang
pertanian supaya dapat melahirkan lebih ramai usahawan tani berjaya pada
masa depan. Majlis pelancaran tersebut diadakan selepas Mesyuarat Pertama
Majlis Perundingan Agropreneur Muda (MPAM) di Putrajaya. Alamat Facebook
Agropreneur Muda ialah Unit Agropreneur Muda UAM manakala Twitter
ialah @agropreneurmuda. Skim Agropreneur Muda terbuka kepada semua
golongan belia berumur 40 tahun ke bawah dengan bantuan pembiayaan
kewangan menerusi Tekun Nasional dan Agro Bank.
JABATAN/AGENSI DI
INDUSTRI ASAS TANI

BAWAH

KEMENTERIAN

PERTANIAN

DAN

Jabatan Pertanian Malaysia


Jabatan Pertanian Malaysia ditubuhkan pada tahun 1905 yang berperanan
untuk untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh
kerajaan pada masa tersebut. Kini, Jabatan Pertanian berperanan untuk
mempercepatkan tranformasi pertanian yang moden, dinamik dan komersial;
membangunkan industri tanaman makanan dan bunga-bungaan; memberi
khidmat perundingan dan sokongan teknikal ; melindungi industri pertanian
negara; menjamin keselamatan makanan dan alam sekitar; bergiat dalam
forum-forum, hubungan dua hala, dan kerjasama teknikal antarabangsa serta
mempertingkatkan pembangunan sumber manusia
Aras 7-17, Blok Menara 4G2, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya. Tel: 03-8870 3000. Faks: 03-8888 5069
E-mel: pro@doa.gov.my Laman web: www.doa.gov.my

292

Malaysia 2014

Jabatan Perikanan Malaysia


Jabatan Perikanan Malaysia ditubuhkan apabila kerajaan British menubuhkan
Unit Perikanan Kolonial pada tahun 1894 dan diletakkan di bawah Pejabat
Setiausaha Rendah Bagi Negeri-negeri Selat. Jabatan ini bukan sahaja
bertanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan sektor perikanan
negara secara mapan, dinamik dan berdaya saing malah memastikan sumber
perikanan negara berada pada tahap yang memenuhi kehendak pasaran
semasa dan pasaran akan datang. Dengan visi sebagai Peneraju Transformasi
Perikanan Mampan dan Berdaya Saing, Jabatan Perikanan akan terus
membangunkan industri perikanan yang dinamik berpandukan pasaran melalui
pendekatan kreatif dan inovatif; menguruskan sumber perikanan negara secara
efisyen, inovatif dan mesra alam berasaskan maklumat saintifik dan tadbir urus
yang rapi serta melonjakkan sistem penyampaian berteraskan modal insan
yang berkemahiran, berpengetahuan dan professional.
Aras 1-6, Blok Menara 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628
Putrajaya. Tel: 03-8870 4000 Faks: 03-8889 2460 E-mel: pro@dof.gov.my Laman
web: www.dof.gov.my

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia


Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia mula diwujudkan seawal tahun 1888
dengan nama Jabatan Veterinar dan sehingga kini, Jabatan telah memainkan
peranan yang amat besar dalam bidang penternakan. Sejak 2008, Jabatan ini
dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan visi sebagai pihak
berkuasa veterinar yang kompeten untuk industri haiwan demi kesejahteraan
manusia. Selaras dengan Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 Perintah MenteriMenteri Kerajaan Persekutuan (No 2) 2004 serti Warta Kerajaan Jilid 48, no.13
bertarikh 24 Jun 2004 menyenaraikan tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan
Haiwan untuk mengawal, mencegah dan menghapuskan penyakit haiwan
dan zoonotik; pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan;
pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji
pemprosesan hasilan haiwan; pengawalan import dan eksport ternakan dan
hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin; latihan bagi industri ternakan dan
haiwan peliharaan; pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan
haiwan serta kesihatan awam veterinary; penyelidikan penyakit haiwan, dan
sumber genetik haiwan serta mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan
bahan genetik haiwan.
Aras 1-4, Blok Podium Lot 4G1, Wisma Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62630 Putrajaya. Tel: 03-8870 2000. Faks: 03-8888 6021. E-mel : pro@
dvs.gov.my Laman web: www.dvs.gov.my

Malaysia 2014

293

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)


Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
ditubuhkan sebagai sebuah badan tunggal perkhidmatan kuarantin dan
pemeriksaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin
melalui Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 Akta
728] yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012. MAQIS berfungsi untuk
menguatkuasakan semua undang-undang bertulis yang berkaitan untuk
memastikan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian,
tanih, mikroorganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke
luar Malaysia mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan
dan keselamatan makanan di samping membantu pengeksport dalam segala
isu berkaitan dengan laluan pasaran dan pematuhan syarat-syarat negara
pengimport melalui perkhidmatan yang bersepadu.
Aras 4, Menara 4G1, Wisma Tani, No 28, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya. Tel: 03-8870 1618/ 1619. Faks: 03-8888 4855.
E-mel : feedback.maqis@moa.gov.my Laman web: www.maqis.gov.my

Institut Pertanian dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)


Institut Pertanian dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) ditubuhkan
pada 28 Oktober 1969 dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi
teknologi baru, wajar dan efisien untuk kemajuan industri makanan, pertanian
dan industri asas tani. Kini MARDI semakin menyerlah dalam bidang penyelidikan
makanan dan pertanian sehingga ke peringkat antarabangsa selaras dengan
misi untuk menjana dan memindahkan pengetahuan, teknologi, kompetensi
dan perkhidmatan teknikal bagi menyokong pencapaian matlamat kerajaan
mentransformasikan pertanian dan industri asas tani kepada sektor yang
inovatif, komersil dan berdaya saing. Sehingga kini, MARDI terus berperanan
menjalankan penyelidikan untuk menjana teknologi inovatif bagi pembangunan
industri makanan dan pertanian, menawarkan khidmat perundingan dan
teknikal bagi menyokong pembangunan industri makanan dan pertanian
serta menawarkan khidmat perniagaan usahasama dan pelesenan dalam
pengkormersialan hasil penyelidikan.
Stesen Ibu Pejabat MARDI Serdang, Persiaran MARDI-UPM, Ibu pejabat MARDI, 43400
Serdang, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-8943 7111 Faks: 03-8948 3664 Laman web:
www.mardi.gov.my

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai
FAMA ditubuhkan pada 30 September 1965 bertujuan menyelia, menyelaras,
mengawal selia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia,
termasuk pengimportan dan pengeksportan. Sebagai agensi pemasaran,

294

Malaysia 2014

FAMA mengatur strategi iaitu meluaskan saiz pasaran dengan aktiviti-aktiviti


seperti galakan pasaran di dalam dan luar negeri, aktiviti urusniaga Barangan
Segar dan Barangan Proses, penglibatan petani dalam pemasaran seperti
pasar tani dan memasar serta memproses produk-produk IKS petani dengan
jenama Agromas. Dalam memperbaiki sistem dan amalan pemasaran,
aktiviti-aktiviti diatur seperti penggredan dan penentuan kualiti, penubuhan
infrastruktur pasaran, pengawalan pemasaran dan mengadakan aktiviti
pengembangan pasaran. Dengan teknologi penyebaran terkini, strategi FAMA
untuk mempertingkatkan maklumat pasaran akan lebih berkesan supaya
maklumat bekalan, maklumat permintaan dan harga barangan pertanian dapat
digunakan oleh mereka yang ingin membuat keputusan dalam pengeluaran
dan pemasaran hasil pertanian.
Bangunan FAMA Point, Lot 17304, Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100
Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-6126 2020 Faks: 03-6138 3650 Laman
web: www.fama.gov.my

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)


Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah sebuah badan berkanun di
bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperbadankan
menurut Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971. Akta ini
berkuatkuasa bagi negeri-negeri di Semenanjung pada 1 November 1971; di
Sarawak pada 1 Julai 1973; dan di Sabah pada 1 Ogos 1995 yang bertujuan
untuk memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan. Tumpuan diberi kepada
usaha meningkatkan pendapatan, memperkembangkan dan memajukan
perusahaan perikanan negara berdasarkan kepada program-program utama
iaitu Pembangunan Masyarakat Nelayan, Pembangunan Industri Nelayan,
Pemasaran dan Infrastruktur.
Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor. Tel.: 03-8064
9000 Faks: 03-8060 3726 (Pejabat Ketua Pengarah) E-mel: info@lkim.gov.my Laman
web: www.lkim.gov.my

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)


Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari 1973
melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan
Peladang yang bertujuan untuk memikul tanggungjawab membantu
mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang
berperanan khusus. Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973 pula digubal
khusus untuk menyusun semula persatuan-persatuan peladang dan koperasi
yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, persatuan-persatuan peladang
dimansuhkan dan didaftar semula sebagai pertubuhan peladang manakala
koperasi yang berasaskan pertanian menjadi unit ahli kepada PP. Pada masa
ini terdapat 1531 buah koperasi berasaskan pertanian dan 119 persatuan
peladang yang berkhidmat untuk masyarakat tani di luar Bandar.

Malaysia 2014

295

Menara LPP, No. 20, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur Tel.: 03-2610 9600
Faks: 03-2697 0987 E-mel: info@lpp.gov.my Laman web: www.lpp.gov.my

Agrobank
Agrobank ditubuhkan pada 1 September 1969 dan memulakan operasinya
pada awal tahun 1970. Penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk
menyediakan perkhidmatan perbankan bagi menggalakkan pembangunan
sektor pertanian di Malaysia. Agrobank adalah sebuah bank milik kerajaan
(GLC) di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Dasar Pembiayaan
bagi sektor pertanian adalah berpandukan polisi yang ditetapkan oleh
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara objektif penubuhannya
ialah menggalakkan kemajuan sempurna dalam sektor pertanian di Malaysia
atau mana-mana bahagian, menyelaras dan menyediakan bantuan kredit
daripada kumpulan wang awam untuk maksud-maksud pertanian dan
menyelenggarakan wang simpanan khususnya dalam bidang pertanian.
Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur. Tel: 03-2731 1600. Faks:
03-2691 4908 Laman web: www.agrobank.com.my

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)


Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ditubuhkan pada 30 Jun 1970
di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pihak Berkuasa
Kemajuan Pertanian Muda. MADA telah diamanahkan untuk mendukung
tugas-tugas seperti memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan
pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Muda dan merancang
serta mengusahakan kemajuan pertanian Kawasan Muda sebagai mana yang
diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan
negeri Perlis.
Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, 05990 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tel: 04-772 8255
Faks: 04-772 2667. Laman web: www.mada.gov.my

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)


KADA ditubuhkan pada 30 Mac 1972 dengan fungsinya untuk mengeluarkan
padi dan beras bagi menampung keperluan beras negara; mengeluarkan
bahan makanan lain untuk menampung keperluan tempatan dan eksport;
meningkatkan pendapatan perkapita keluarga tani selaras dengan pendapatan
perkapita negara; menggalak dan memajukan industri hiliran berasaskan
pertanian; serta membangun dan memperteguh institusi peladang untuk
menaungi keluarga tani.
Peti Surat 127, 15710 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7447 088 Faks: 09-7441 053
E-mel: prokada@kada.gov.my Laman web: www.kada.gov.my

296

Malaysia 2014

Lembaga Industri Nanas Malaysia (LPNM)


Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang dahulunya dikenali
sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu telah ditubuhkan pada
tahun 1957. Ia berperanan untuk membiayai program-program penyelidik
agronomi dan program penyelidikan pemprosesan yang berkaitan dengan
industri nanas. Selain itu, LPNM juga memberi bantuan kewangan sama ada
dalam bentuk subsidi atau geran kepada pekebun kecil secara keseluruhan
atau sebahagian.
Wisma Nanas, No. 5, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru,
Johor. Tel: 07-236 1211/1012/07-235 1337/1587. Faks: 07-236 5694. Laman web:
www.mpib.gov.my

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional)


TEKUN Nasional yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional
adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
ditubuhkan pada 9 November 1998. Pada April 2009, TEKUN Nasional telah
diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan
pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula
dan memajukan lagi perniagaan mereka. Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional
telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan
semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan
usahawan yang strategik. TEKUN Nasional turut menyediakan peluang-peluang
perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal
perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.
No.2, Jalan 4/146 Metro Centre, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9058 8550/8999. Faks: 03-9059 5777. Laman web: www.tekun.gov.my

Padi adalah salah satu daripada tanaman bijirin penting dan meliputi hampir 10 peratus
daripada jumlah kawasan penanaman di Malaysia. Kebanyakan kawasan penanaman
komoditi ini boleh dilihat sekitar kawasan Utara Semenanjung, khususnya Kedah

Malaysia 2014

297

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Majlis penyerahan bantuan

No. 1, Jalan Wisma Putra


Presint 2, 62602 Putrajaya
Telefon
: 03-800 8000
Faks
: 03-8889 1717 / 8889 2816
Laman Web : www.kln.gov.my

298

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Sri Anifah


Bin Haji Aman

TIMBALAN MENTERI

YB Dato Hamzah Bin


Zainuddin

Wisma Putra perlu melihat cara terbaik mempengaruhi


ASEAN, PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
dan hubungan Komanwel dan bekerjasama dengan
negara-negara sehaluan bagi mendapatkan sokongan
terhadap inisiatif Malaysia seperti Pergerakan
Kesederhanaan Global (GMM)
Dato Sri Anifah Haji Aman
Menteri Luar Negeri

Malaysia 2014

299

PENGENALAN
Kementerian Luar Negeri atau dikenali sebagai Wisma Putra merupakan nadi
kepada perhubungan antarabangsa dan dasar luar negara. Kementerian ini
bertanggungjawab menjaga kepentingan Malaysia di samping menyumbang
kepada masyarakat antarabangsa dengan adil dan saksama melalui diplomasi
yang proaktif. Kementerian ini turut bertanggungjawab menjamin keselamatan
dan kepentingan Malaysia di luar negara, menyediakan perkhidmatan yang baik
dan berkesan kepada stakeholders kementerian di dalam dan di luar negara,
bekerjasama secara kolektif dengan negara-negara lain bagi mewujudkan
persekitaran yang baik demi pembangunan nasional, bergiat aktif sebagai ahli
badan-badan dan pertubuhan antarabangsa dan memberi sumbangan dalam
menggalakkan perbincangan dan persidangan berkenaan isu-isu antarabangsa.
Malaysia hari ini mempunyai rangkaian sebanyak 105 perwakilan diplomatik di
83 negara serata dunia. Ini mencerminkan kecemerlangan Wisma Putra dalam
hubungan antarabangsa yang telah melangkah maju melangkau seluruh dunia.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Lawatan kerja pererat hubungan diplomatik
Sepanjang tahun 2013, Menteri Luar Negeri telah melakukan lawatan kerja
ke beberapa negara asing bagi memperkukuh hubungan diplomatik. Antara
lawatan kerja yang dilakukan adalah:
Lawatan kerja Dato Sri Anifah Aman ke negara-negara Eropah iaitu
Perancis pada 1012 Disember, Monaco pada 13-15 Disember dan
Geneva, Switzerland pada 14-16 Disember 2013.
Dato Sri Anifah Aman telah melakukan lawatan rasmi ke Persekutuan
Rusia pada 9 - 11 Julai 2013.
Mewakili Malaysia dalam Forum dan Persidangan Antarabangsa
Menteri dan Timbalan Menteri Luar Negeri mewakili Malaysia dalam Mesyuarat,
Forum dan Persidangan Antarabangsa.
Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Untuk Kerjasama Dua Hala (JCBC)
Malaysia-Indonesia ke-13 pada 2 Disember 2013 di Jakarta, Indonesia.
Dalam mesyuarat tersebut kedua-dua negara sepakat untuk menyegerakan
perundingan masalah sempadan darat dan maritim Malaysia-Indonesia.
Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC-CFM)
Kali ke-40 di Conakry, Republik Guinea pada 9-11 Disember 2013 yang
membincangkan mengenai pembangunan ummah.
12th Asia Cooperation Dialogue Ministerial Meeting dan 3rd ASEAN-Gulf
Cooperation Council Joint Ministerial Meeting di Manama, Bahrain pada
25-26 November 2013.
Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN-Rusia (SOM) Ke-10 di

300

Malaysia 2014

Langkawi, Kedah pada 21-22 November 2013. Malaysia adalah penyelaras


hubungan dialog ini bagi tempoh 2012-2015.
Mesyuarat Menteri-menteri Luar Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM FMM) Ke11 di New Delhi, India pada 11-12 November 2013. ASEM FMM Ke-11
bertemakan ASEM: Bridge to Partnership for Growth and Development.
Mesyuarat ke-19 Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN-China pada 1-2 April
2013 di Beijing, China membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan
kerjasama ASEAN-China.
Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN (AMM) Ke-46, Mesyuarat
Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN Campur Tiga dan Mesyuarat Menterimenteri Luar Negeri ASEAN-China semasa Sidang Kemuncak ASEAN di
Brunei Darussalam pada Jun 2013. AMM Ke-46, membincangkan isu-isu
berkaitan pembinaan Komuniti ASEAN termasuk tindakan susulan bagi
keputusan-keputusan yang dicapai semasa Sidang Kemuncak ASEAN
Ke-22, arkitektur serantau dan hala tuju ASEAN. Mesyuarat turut bertukartukar pendapat mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa seperti
isu Laut China Selatan, situasi di Myanmar dan masalah jerebu rentas
sempadan.
Mesyuarat Menteri-menteri Luar Forum Kerjasama Asia-Latin Amerika
(FEALAC) Ke-6 di Bali, Indonesia pada 13-14 Jun 2013.
Persidangan Antarabangsa Tokyo Dalam Pembangunan Africa (TICAD)
Ke-5 di Yokohama, Jepun pada 1-3 Jun 2013.
Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama United Nations Regional
Centre for Peace and Disarmament in Asia and the Pacific (UNRCPD)
yang beribu pejabat di Kathmandu, Nepal menganjurkan Asia Regional
Meeting to Facilitate Dialogue on the Arms Trade Treaty, bertempat di
Hotel InterContinental, Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Februari 2013.
Malaysia dan New Zealand mengadakan Konsultasi Dua Hala Kelima,
Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Luar di Wellington, New Zealand
pada 14 Februari 2013. Pertemuan ini adalah sampingan kepada Dialog
ASEAN-New Zealand Ke-20 yang diadakan pada 14-15 Februari 2013
dengan New Zealand sebagai tuan rumah.

Membantu mangsa taufan Haiyan di Filipina


Kerajaan Malaysia pada 12 November 2013 telah memutuskan untuk
menyalurkan bantuan tunai kira-kira RM3.2 juta (AS$1 juta) kepada Filipina bagi
membantu mangsa Taufan Haiyan di negara itu. Malaysia turut menyumbang
bantuan keperluan seperti ubat-ubatan dan makanan bernilai RM1 juta. Pada
13 November 2013 bantuan pertama menerusi dua pesawat Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) diterbangkan ke Tacloban, Filipina bagi membawa
pelbagai bantuan perubatan dan makanan. Misi bantuan selama lima hari
turut disertai oleh pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri, Kementerian

Malaysia 2014

301

Kesihatan, sukarelawan Majlis Keselamatan Negara, Kelab Putra 1Malaysia,


Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, anggota tentera dan media. Pasukan
Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dianggotai 20 orang akan
ke ground zero bagi mengenal pasti bentuk bantuan lanjut yang diperlukan
mangsa Taufan Haiyan. Malaysia menawarkan bantuan kemanusiaan kepada
kerajaan Filipina berikutan kemusnahan dialami negara itu akibat taufan Haiyan
yang melanda Filipina pada 8 November 2013 dan menyebabkan lebih 10,000
orang dilapor terbunuh.
Pelantikan Ketua Perwakilan Malaysia
Sepanjang tahun 2013, seramai 11 orang Ketua Perwakilan Malaysia yang
baharu telah menerima Watikah Tauliah Pelantikan daripada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana
Negara. Ketua-ketua Perwakilan tersebut adalah:
Dato Husni Zai bin Yaacob sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke
Singapura.
Dato Selwyn Vijayarajan Das sebagai Duta Besar Malaysia ke Austria.
Dato Ku Jaafar bin Ku Shaari sebagai Duta Besar Malaysia ke Mesir.
Datin Seri Blanche Olbery sebagai Duta Besar Malaysia ke Finland.
Dato Zainal Abidin bin Ahmad sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke
Australia.
Dato Salman bin Ahmad sebagai Dutar Besar Malaysia ke Jerman.
Datuk Naimun Ashakli bin Mohammad sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
ke India.
Dato Zainal Abidin Ahmad sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke
Australia.
Dato Rohana Ramli sebagai Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan.
Encik Raszlan Abdul Rashid sebagai Duta Besar Malaysia ke Kemboja.
Encik Jilid Kuminding sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Papua New
Guinea.
Sumbangan untuk Menyokong Usaha Pembangunan Negara Palestin
Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak AS$ 1 juta masing-masing
kepada Pelan Pembangunan Strategik Al Quds dan Jaringan Keselamatan
Kewangan Islam untuk menyokong usaha pembangunan Negara Palestin.
Pengumuman telah dibuat oleh Dato Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri
pada Persidangan Penderma bagi Membiayai Pelan Strategik Pembangunan
Sektor Penting di Kota Al Quds dan Persidangan Mewujudkan Jaringan
Keselamatan Kewangan Islam untuk menyokong Negeri Palestin, yang telah
diadakan di Baku, Azerbaijan pada 11 Jun 2013.

302

Malaysia 2014

Keakraban pemimpin tertinggi antara Malaysia dan Brunei Darussalam


adalah manifestasi hubungan erat kedua-dua negara

JABATAN/AGENSI
Jabatan Hubungan Dua Hala
Jabatan ini terdiri daripada lapan bahagian yang diklasifikasikan mengikut
kelompok geografi dan keutamaan berdasarkan kepentingan negara berkenaan
dalam hubungan kerjasama dua-hala. Bahagian-bahagian berkenaan
bertindak sebagai satu entiti yang menyelaras dan seterusnya merangka
serta melaksanakan pelbagai usaha bagi menjaga serta mempertahankan
kepentingan negara dalam pelbagai bidang khusus secara komprehensif
meliputi kerjasama ekonomi dan perdagangan, pendidikan dan pembangunan
modal insan, pelancongan, sains dan teknologi, pertahanan, sosial dan
kebudayaan. Di samping itu, jabatan ini juga giat dalam mempertingkatkan
kerjasama dan hubungan dalam sektor baharu seperti inovasi, teknologi
tinggi dan teknologi hijau selaras dengan dasar kerajaan di bawah Program
Transformasi Ekonomi.
Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala
Objektif utama jabatan ini adalah untuk mempertahankan dan memperjuangkan
kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Jabatan ini ditugaskan untuk
meningkatkan kerjasama ekonomi dan politik pelbagai hala dengan negara lain
dan juga dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa. Ia bertanggungjawab

Malaysia 2014

303

mempertahankan imej dan reputasi negara daripada gambaran yang kurang


tepat oleh pihak lain dalam pelbagai mesyuarat dan forum antarabangsa.
Jabatan ini turut memainkan peranan utama untuk melobi dan mempromosikan
keahlian dan pencalonan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa.
Ia juga bekerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan lain bagi
memastikan penyelarasan yang cekap dan berkesan dalam menguruskan
isu-isu antarabangsa dalam usaha mempromosi dan mempertahankan
kepentingan Malaysia.
Jabatan Khidmat Pengurusan
Objektif jabatan ini adalah untuk meningkatkan dan mengukuhkan pengurusan
yang berkaitan dengan pembangunan kakitangan dan organisasi. Jabatan
ini mempunyai enam bahagian yang mempunyai fungsi yang pelbagai iaitu
Bahagian Pentadbiran dan Keselamatan, Bahagian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT), Bahagian Kewangan, Bahagian Pembangunan, Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Inspektorat.
Jabatan Perancangan Dasar dan Strategik
Jabatan ini berperanan membantu Jabatan lain di Kementerian di dalam
merancang dan merangka strategi yang berkaitan dengan isu-isu hal ehwal
antarabangsa dan kesannya ke atas kepentingan negara. Jabatan ini juga
memantau perkembangan politik dan ekonomi antarabangsa serta isu
antarabangsa yang lain berkaitan dengan hubungan luar Malaysia. Jabatan ini
juga merangka dan menyusun Pelan Strategi Kementerian selaras dengan visi
dan misi Kementerian dan hala tuju dasar luar negara. Di samping itu, Jabatan
ini juga bertanggungjawab merancang dan mengurus program-program
bantuan teknikal Malaysia untuk 139 negara membangun di bawah Program
Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). MTCP merupakan instrumen dasar
luar negara yang bertujuan meningkatkan kerjasama teknikal dan program
bina-upaya dengan negara-negara membangun yang lain di bawah rangka
Kerjasama Selatan-Selatan.
Jabatan Penyelarasan dan Pelaksanaan
Jabatan ini berperanan untuk membangun, menyelaras, melaksana, memantau,
menilai serta memberi khidmat panduan serta nasihat mengenai peningkatan
prestasi kerja di Kementarian Luar Negeri untuk mencapai objektif Kementerian
selaras dengan KPI (Key Performance Indicator) yang telah ditetapkan. Ia
juga menyelaras pengumpulan dan penyebaran maklumat serta memantau
pelaksanaan sasaran-sasaran Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEAs) bagi
membolehkan usaha promosi dilaksanakan oleh Kementerian sebagai agensi
pemboleh dan fasilitator di luar negara.

304

Malaysia 2014

Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia


Fungsi utama sekretariat ini secara khusus adalah untuk menyelaras pendirian
Malaysia tentang isu berkaitan dengan kerjasama serantau di peringkat ASEAN,
bertindak sebagai tuan rumah persidangan, mesyuarat dan seminar berkaitan
secara bergilir, mewakili Malaysia dalam mesyuarat pada peringkat ketua-ketua
kerajaan, Menteri dan pegawai dalam forum ASEAN dan rakan dialog ASEAN.
Jabatan Hal Ehwal Maritim (JHEM)
JHEM bertanggungjawab merancang, menggubal dan menyelaras dasar dan
pendirian Malaysia di peringkat antarabangsa berhubung isu-isu berikut:
Pembatasan sempadan maritim antara Malaysia dengan negara-negara
jiran
Hal ehwal berhubung Laut China Selatan
Hal ehwal berhubung Selat Melaka
Pelaksanaan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan Tribunal
Antarabangsa berhubung Undang-undang Laut Antarabangsa
Keselamatan maritim
Pelantar benua Malaysia di bawah Konvensyen Undang-undang Laut
Antarabangsa (UNCLOS) 1982

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah berkenan mengurniakan
watikah pelantikan kepada tiga Duta Besar dan dua Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke luar negara di Istana
Negara pada 24 Julai 2013

Malaysia 2014

305

JHEM juga menyelaras pendirian Malaysia berhubung isu-isu maritim dan


penglibatan Malaysia dalam mesyuarat-mesyuarat ASEAN, forum ASEAN
berhubung isu-isu maritim termasuk ASEAN Maritime Forum dan Expanded
ASEAN Maritime Forum, East Asia Summit serta States Parties Meeting to the
United Nations Convention on the Law of the Sea (SPLOS).
Jabatan Protokol
Fungsi utama jabatan ini adalah memastikan hubungan Malaysia dan negara
lain dijalankan menurut protokol antarabangsa dengan mengambil kira
budaya negara ini. Selain itu, jabatan ini turut berfungsi memastikan kedutaan
asing, Pejabat Konsular dan Pertubuhan Antarabangsa di Malaysia diberikan
keistimewaan dan imuniti yang tertakluk di bawah Konvensyen Vienna.
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR)
IDFR menyediakan latihan asas untuk bakal diplomat Malaysia dan diplomat
dari negara membangun yang menyertai Program Kerjasama Teknikal Malaysia
(MTCP). Ia juga menjalankan latihan kemahiran professional susulan bagi
pegawai yang telah pun berada dalam perkhidmatan diplomatik. Dengan
kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut ini juga menawarkan
program Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Strategi dan Diplomasi.
Selain itu, syarahan umum dan perbincangan meja bulat tentang pelbagai
dasar luar dan isu global dianjurkan oleh IDFR, dengan menjemput tokoh
kenamaan tempatan dan asing termasuk mantan ketua negara/kerajaan dan
diplomat serta pakar antarabangsa sebagai penceramah.
Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT)
Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT)
ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada November 2002 di bawah bidang
kuasa Kementerian Luar Negeri berfungsi sebagai pusat mencegah keganasan
serantau yang memberikan tumpuan utama kepada program latihan,
pembinaan keupayaan dan kesedaran awam. Di antara aktiviti yang dijalankan
SEARCCT termasuklah menganjurkan program pembinaan keupayaan dan
kesedaran awam, menghasilkan ringkasan dan laporan situasi di samping
menjalankan penyelidikan dan menggalakkan perkongsian maklumat dan
penjalinan rangkaian.
Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBKKSK)
PBKKSK ialah Pihak Berkuasa Kebangsaan yang ditubuhkan dengan kelulusan
Kabinet Malaysia dan melantik Kementerian Luar Negeri sebagai wakil Malaysia
bagi mengganggotai pertubuhan yang mengawal selia Konvensyen Senjata
Kimia iaitu Organisation of Phohibition of Chemical Weopons (OPCW). Malaysia
telah menandatangani Konvensyen Senjata Kimia pada 13 Januari 1993 dan

306

Malaysia 2014

meratifikasikannya pada 20 April 2000. Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005


mula berkuat kuasa pada 1 September 2006 dan Peraturan Konvensyen
Senjata Kimia 2007 telah diwartakan pada 1 November 2007. Fungsi dan
kuasa Pihak Berkuasa Kebangsaan adalah untuk memastikan Akta Senjata
Kimia dilaksanakan dengan berkesan, memudahkan dan menerima lawatan
Pemeriksa Antarabangsa, mengumpul data yang perlu dilaporkan dalam
pengisytiharan tahunan Pertubuhan bagi Pengharaman Senjata Kimia (OPCW)
di The Hague, Belanda dan mengeluarkan surat kebenaran berkaitan dengan
aktiviti melibatkan bahan kimia toksik yang disenaraikan di bawah Jadual 1
CWC.
Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam
Objektif utama Jabatan ini adalah meningkatkan kefahaman yang lebih
mendalam tentang Malaysia, serta institusi dan dasarnya. Menyedari bahawa
perubahan pesat dan situasi tidak menentu di pentas global boleh menjejaskan
imej negara, maka jabatan ini diberi tanggungjawab untuk mengemas kini dan
menyediakan maklumat yang betul tentang pendirian kerajaan berhubung
dengan isu antarabangsa dan memberikan gambaran tepat tentang negara
ini. Fungsi utama jabatan ini termasuklah dalam perhubungan media, promosi,
maklum balas media, diplomasi awam, penyelidikan dan dokumentasi serta
laman web dan pangkalan data.
Bahagian Undang-undang
Bahagian ini diberi tanggungjawab untuk membantu kementerian dan perwakilan
Malaysia di luar negara dengan memberikan nasihat undang-undang tentang
sebarang perkara berkaitan dengan kementerian dalam interaksinya bukan
sahaja dengan pelbagai negara asing, kerajaan, pertubuhan antarabangsa dan
pertubuhan bukan kerajaan, bahkan juga antara agensi di negara ini.

Bantuan pertama menerusi dua buah pesawat Tentera Udara


Diraja Malaysia (TUDM) diterbangkan ke Tacloban, Filipina
pada 13 November 2013 bagi membawa pelbagai bantuan
perubatan dan makanan

Malaysia 2014

307

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA


KELUARGA DAN MASYARAKAT

Sambutan Hari Wanita 2013, Respek Wanita

No. 55, Persiaran Perdana,


Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Telefon
: 03-8000 8000
Faks
: 03-8323 2000
Laman Web : www.kpwkm.gov.my

308

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Sri Hajah


Rohani Binti Haji
Abdul Karim

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Hajah
Azizah Binti Datuk Seri
Panglima Mohd. Dun

YB Datin Paduka
Chew Mei Fun
(Senator)

Golongan wanita berdepan dengan pelbagai


cabaran sepanjang mengharungi landasan kerjaya
mereka, antaranya sindrom siling kaca atau glass
ceiling, invisible women dan keperluan untuk
menyeimbangkan antara kehendak kerjaya dengan
kehidupan keluarga...wanita di Malaysia sentiasa
mempunyai pemikiran positif dan kecekalan diri yang
tinggi untuk menghadapi segala cabaran mengikut
acuan sendiri
Dato Sri Rohani Abdul Karim
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

Malaysia 2014

309

PENGENALAN
Pada 15 Februari 2001, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga
(KPWK) telah ditukar nama daripada Kementerian Hal Ehwal Wanita.
Rombakan Kabinet pada 27 Mac 2004, sekali lagi kementerian ini bertukar
nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) setelah fungsi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat diserapkan ke dalam KPWK. Objektif KPWKM ialah untuk
meningkatkan penyertaan dan peranan aktif wanita, keluarga dan masyarakat
sebagai penyumbang dan penerima faedah pembangunan negara; memelihara
hak-hak dan kepentingan wanita, keluarga dan masyarakat dengan adil
dan saksama tanpa ada unsur diskriminasi; memperluaskan peluang yang
saksama kepada wanita dan masyarakat dalam bidang sosial, ekonomi dan
politik; memantapkan institusi keluarga; memastikan sistem penyampaian dan
sokongan yang cekap dan berkesan.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Sidang Kemuncak Wanita Global 2013
Malaysia buat pertama kalinya menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak
Global Wanita 2013 bermula 6 hingga 8 Jun 2013 di Kuala Lumpur. Sidang
Kemuncak yang memilih tema Wanita: Mencipta Ekonomi Baharu sebagai
platform bagi meneroka strategi praktikal dan amalan terbaik dalam memajukan
peluang ekonomi wanita di seluruh dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri,
Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 6 Jun 2013. Hadir sama ialah isteri
beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden Kosovo, Atifete Jahjaga; Naib
Presiden Vietnam, Nguyen Thi Doan dan Presiden Sidang Kemuncak Global,
Irene Natividad. Sidang Kemuncak Global Wanita kali ini disertai 1,100 peserta
daripada 72 negara membincangkan peranan dan hala tuju memperkasakan
wanita dalam arena antarabangsa. Sidang Kemuncak ini turut menarik lebih 80
penceramah dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman mereka dalam
pelbagai tajuk berkaitan wanita dalam perniagaan.
Sidang Kemuncak Wanita Kebangsaan 2013
Sidang Kemuncak Wanita 2013 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di
Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2013. Acara
yang merupakan program pembuka tirai kepada Hari Wanita Kebangsaan
yang disambut pada 25 Ogos setiap tahun ini memasuki tahun ke-11 sejak
mula diadakan pada 2003. Majlis yang bertemakan Forging Your Own Path
disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato Muhyiddin
Yassin. Buat julung kalinya Kementerian memperkenalkan anugerah khas
iaitu Life at Work Award bagi mengiktiraf wanita. Penerima anugerah adalah
dalam kalangan majikan yang komited dalam memastikan tempat kerja yang

310

Malaysia 2014

mesra wanita dan keluarga, inklusif, diversiti dan menyokong dasar kerajaan
berhubung penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam
organisasi mereka. Kira-kira 1,200 peserta terdiri daripada ketua-ketua pegawai
eksekutif, wakil syarikat korporat dan wakil badan bukan kerajaan menghadiri
Sidang Kemuncak Wanita kali ini.
Sambutan Hari Wanita 2013
Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera adalah tema Sambutan Hari Wanita
2013 Peringkat Kebangsaan diadakan pada 25 Ogos 2013 di Pusat Dagangan
Dunia Putra, Kuala Lumpur. Pemilihan tema ini bagi meningkatkan kesedaran
terhadap segenap lapisan masyarakat termasuk lelaki mengenai perkongsian
hak dan tanggungjawab dalam mewujudkan sebuah masyarakat progresif.
Majlis telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak yang turut melancarkan logo Respek Wanita sebagai simbolik
tema Sambutan Hari Wanita pada tahun berkenaan. Perdana Menteri dalam
ucapannya menyatakan bahawa bagi memenuhi sasaran kerajaan yang mahu
55 peratus wanita melibatkan diri dalam dunia pekerjaan pada tahun 2015,
semua majikan perlu memainkan peranan agar apa yang dicita-citakan itu
tercapai. Sambutan yang dihadiri lebih 5,000 wanita dari pelbagai sektor dan
latar belakang itu adalah acara tahunan bagi mengiktiraf sumbangan wanita,
bukan sahaja melahirkan generasi yang akan mewarisi negara malah turut sama
membantu dalam perkembangan ekonomi. Antara yang hadir pada majlis itu
ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Rohani Abdul Karim dan Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Perhimpunan 1 juta wanita
Perhimpunan 1 juta wanita atau 1 Million Women Purple Walk dianjurkan buat
pertama kali sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa tahun 2013 secara
serentak seluruh negara. Program merupakan satu inisiatif bagi melambangkan
solidariti wanita Malaysia dan meraikan kejayaan wanita dalam pelbagai bidang.
Selain menyemarakkan gaya hidup sihat, ia juga bertujuan memberi sokongan
dan penghargaan terhadap segala usaha kerajaan dalam memartabat dan
memperkasa kaum Hawa. Sambutan utama diadakan di Putrajaya pada
17 Mac 2013. Acara dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri dan
Timbalan Perdana Menteri berserta isteri masing-masing, Menteri-menteri
Kabinet, wakil-wakil kedutaan asing, agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan
bukan kerajaan, badan beruniform dan pelajar institusi pengajian tinggi.
Penglibatan peserta dalam program ini di negeri-negeri adalah: Terengganu
30,000 peserta, Perlis lebih 2,000 wanita, Sarawak kira-kira 57,000 peserta,
Selangor lebih 2,000 peserta, Kelantan 60,000 peserta, Melaka 10,000
peserta, Sabah lebih 15,000 wanita, Pulau Pinang 30,000 wanita dan ribuan
lagi di Perak.
Malaysia 2014

311

Kejayaan Program 1AZAM


Seramai 132,511 golongan miskin dan miskin tegar mendapat manfaat
daripada program 1Azam sejak 2010 hingga Ogos 2013 seluruh negara dan
54 peratus daripada peserta program berkenaan datang dari luar bandar.
Manakala, bagi Januari hingga Disember 2012 seramai 11,694 peserta 1Azam
telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarga hingga melepasi paras garis
kemiskinan dengan 7,936 peserta berjaya menjana pendapatan tambahan
lebih RM200 sebulan. Sementara itu, bagi tahun 2013 sehingga Ogos seramai
8,991 berjaya menjana pendapatan tambahan keluarga lebih RM300 sebulan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Azizah Mohd Dun menyatakan demikian semasa menjawab soalan di Dewan
Rakyat pada 3 Disember 2013.
Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2013
UPM menjadi tuan rumah sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan tahun
2013 pada 3 Disember 2013. Sambutan bertemakan Hapuskan Halangan,
Berikan Peluang: Ke Arah Kesaksamaan Dalam Masyarakat. Di majlis ini juga,
satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan Universiti Teknologi Malaysia bagi pelaksanaan Projek Sistem
Al-Quran Braille Elektronik kepada OKU masalah penglihatan mempelajari AlQuran. Acara turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada lapan orang
pelajar cemerlang OKU kategori akademik, tiga Pihak Berkuasa Tempatan
dalam kategori Penghargaan Kemudahan Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina
serta tiga syarikat bagi kategori Penghargaan Majikan Prihatin.
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2013
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan diadakan
di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 11 November 2013.
Penganjuran sambutan kali ke-55 ini buat pertama kali diadakan di luar
Semenanjung Malaysia. Sempena majlis tersebut Kementerian memperkenalkan
kembali Anugerah Tunas Jaya kepada kanak-kanak yang cemerlang dalam
bidang akademik dan juga kokurikulum. Kali terakhir anugerah ini pernah
diberikan kepada kanak-kanak adalah pada tahun 2007. Penganugerahan
yang diperkenalkan kembali pada tahun 2013 adalah selaras dengan tema
sambutan kali ini iaitu Kar1sma Kanak-Kanak: Masa Depan Mereka Di Tangan
Kita. Sebanyak tiga kategori diperkenalkan iaitu kategori akademik, orang
kurang upaya (OKU) dan juga seni budaya. Seramai enam orang kanakkanak penerima Anugerah Tunas Jaya menerima sijil penghargaan, wang tunai
berjumlah RM3,000 dan plak.

312

Malaysia 2014

Talian Nur 15999


Sebanyak 90 peratus daripada keseluruhan 520,723 panggilan ke talian
Nur 15999 berjaya diselesaikan sejak diperkenalkan pada tahun 2007.
Kebanyakan aduan tersebut berkaitan kanak-kanak iaitu 81,843 kes dengan
12,890 daripadanya merupakan aduan kes kecemasan seperti penderaan dan
penganiayaan. Kes aduan terbanyak juga berkaitan dengan sosioekonomi dan
bantuan iaitu 61,010 kes diikuti 26,740 bagi warga tua dan keluarga manakala
19,954 bagi kaunseling dan psikologi. Talian Nur turut merekodkan 100,400
panggilan palsu yang dibuat oleh orang ramai.
JABATAN/AGENSI
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
JKM yang ditubuhkan pada tahun 1946 adalah tonggak pembangunan
sosial Negara dalam membentuk masyarakat penyayang dan sejahtera. JKM
telah mengorak pelbagai perubahan fungsi selaras dengan keperluan sosial
masyarakat dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan pencegahan dan
pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat berbanding
hanya menangani masalah sosial yang timbul. Objektif JKM adalah untuk
memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar, membangunkan
masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk
berdikari, mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang, meningkatkan
kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan
sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya Tel: 03-8000 8000 Faks: 03-83232045 Laman web: www.jkm.gov.my

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)


Pada tahun 1975, kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan
Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) sebagai jentera
bagi memastikan penglibatan wanita dalam pembangunan. Pada tahun 1983,
Urusetia Hal Ehwal Wanita, Jabatan Perdana Menteri atau HAWA diwujudkan
bagi mengambil alih tugas sebagai Urusetia NACIWID. Pada 26 Ogos 1985,
Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya HAWA diperkukuhkan
dengan menaikkan tarafnya kepada bahagian. Pada 27 Oktober 1990,
Bahagian Hal Ehwal Wanita telah dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri
ke Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Pada 29
Januari 1997, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Bahagian Hal Ehwal
Wanita dinaikkan taraf kepada sebuah jabatan. Pada 1 Julai 1997, HAWA
beroperasi sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Masyarakat. Pada 18 Disember 1999, selepas Pilihanraya

Malaysia 2014

313

Umum 1999 dan rombakan Kabinet, Jabatan Hal Ehwal Wanita telah diletakkan
semula di Jabatan Perdana Menteri. Pada 1 Julai 2001, Jabatan Hal Ehwal Wanita
distrukturkan semula dan dinamakan sebagai Jabatan Pembangunan Wanita
(JPW). JPW berfungsi sebagai jentera pelaksana Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan menjalankan program dan
aktiviti pembangunan wanita selaras dengan visi dan misi KPWKM.
Jabatan Pembangunan Wanita, Aras 23-25, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya Tel: 03-8000 8000 Faks: 03-8323 2034 Laman web: www.jpw.gov.my

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)


LPPKN berperanan dalam mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan
keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah
melahirkan penduduk yang berkualiti. LPPKN membantu para penggubal
dasar mengambil kira faktor-faktor kependudukan dan kekeluargaan dalam
penggubalan dasar dan strategi pembangunan negara. LPPKN juga membantu
para perancang dan pengurus-pengurus program mengintegrasikan faktorfaktor kependudukan dan kekeluargaan dalam perancangan program-program
sektoral. Agensi-agensi pelaksana program kependudukan, pembangunan
keluarga dan kesihatan reproduktif menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan
keibubapaan berasaskan modul-modul yang seragam dan sistematik
berdasarkan bantuan daripada pihak LPPKN. Selain itu LPPKN turut berperanan
untuk mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni
kekeluargaan dalam kalangan pemimpin masyarakat, ibu bapa, bakal ibu bapa
dan remaja selain mempertingkatkan taraf kesihatan reproduktif wanita dan
lelaki.
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga, Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan
Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 03-2693 7555. Faks: 03 2693 7250 Laman web:
www.lppkn.gov.my

Institut Sosial Malaysia (ISM)


ISM ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan latihan ikhtisas dan separa
ikhtisas dalam bidang latihan dan penyelidikan serta pendidikan sosial kepada
semua pekerja sosial daripada pelbagai peringkat dan kumpulan dari dalam dan
luar negara termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). ISM akan
menggunakan konsep pendidikan sepanjang hayat yang membuka peluang
kepada pengamal sosial yang berminat meningkatkan pengetahuan, kemahiran
dan profesionalisme dalam bidang perkhidmatan dan pembangunan sosial. ISM
yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat sebelum ini adalah Institut Latihan Kebajikan Kuala Kubu Bharu,
Selangor yang beroperasi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

314

Malaysia 2014

Institut Sosial Malaysia, Lot PT 13856, KM 6, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban,


Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7985 3333 Faks: 03-7985 3300 Laman
web: www.ism.gov.my

Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara


Berkecuali (NIEW)
NIEW ditubuhkan pada 17 Mei 2006 susulan cadangan Kerajaan Malaysia
dalam Mesyuarat Pertama Peringkat Menteri-menteri NAM mengenai kemajuan
wanita yang diadakan di Putrajaya pada 7 hingga 10 Mei 2005. NIEW adalah
sebuah institusi antarabangsa yang didedikasikan dalam usaha memperkasa
dan membangunkan wanita. Visinya ialah menjadi sebuah pusat latihan dan
penyelidikan untuk negara-negara anggota NAM bagi mencapai kesaksamaan
gender dan hak kaum wanita. Menerusi kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti
yang dijalankan institut ini berhasrat untuk meningkatkan pengetahuan
mengenai gender, menyokong usaha-usaha kerajaan dalam mengukuhkan
lagi kesaksamaan hak wanita dan membina kesedaran global bagi merubah
persepsi masyarakat terhadap peranan dan hubungan gender.
Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW),
Aras 28, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya Tel: 03-8323 1109 Faks: 03-8323
2120 Laman web: www.niew.gov.my

Antara delegasi yang menyertai Sidang Kemuncak Wanita


Dunia 2013 yang berlangsung pada 6 8 Jun 2013

Malaysia 2014

315

KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

Majlis Perasmian Jambatan Persahabatan


Malaysia-Brunei Darussalam

Kompleks Kerja Raya


Jalan Sultan Salahuddin
50580 Kuala Lumpur
Telefon
: 03-8000 8000
Faks
: 03-2711 1101
Laman Web : www.kkr.gov.my

316

Malaysia 2014

MENTERI

YB Datuk Haji Fadillah


bin Haji Yusof

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Rosnah
binti Abdul Rashid
Shirlin

Sektor pembinaan dilihat sebagai salah satu sektor


yang mampu memberikan sumbangan signifikan dalam
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyokong
pertumbuhan ekonomi negara seperti yang tertera
di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan Program
Transformasi Nasional
Datuk Fadillah Yusof
Menteri Kerja Raya

Malaysia 2014

317

PENGENALAN
Kementerian Kerja Raya (KKR) ditubuhkan sebagai kementerian utama
di Malaysia yang bertanggungjawab sepenuhnya di dalam perancangan,
pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur jalan dan bangunan.
Secara tidak langsung, KKR juga bertanggungjawab dalam memastikan
pembangunan industri pembinaan dan kejuruteraan serta sumber manusia
dapat menyumbang kepada perkembangan sosio-ekonomi negara. Setelah
hampir 60 tahun ditubuhkan, KKR telah berjaya membina dan menyenggara
infrastruktur dan bangunan-bangunan utama negara serta membangunkan
kepakaran teknikal di dalam industri binaan dan kejuruteraan.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Anugerah
Portal KKR telah diiktiraf sebagai Portal 5 bintang pada tahun 2013 oleh
MDeC sempena Malaysia Government Portals and Websites Assessment
(MGPWA).
Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti
(AI) Tahun 2012 memperolehi 4 bintang pada 6 Januari 2014.
Pensijilan 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi tahun
2013.
Perasmian Jambatan Sungai Pandaruan
Perasmian jambatan yang menghubungkan bahagian Limbang, Sarawak
dengan Daerah Temburong, Brunei Darussalam telah dirasmikan oleh Perdana
Menteri Malaysia dan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Projek
jambatan pre-cast concrete ini adalah sepanjang 189 meter dan mempunyai
lebar 14 meter iaitu dua lorong-dua hala ini telah dibahagikan kepada tiga pakej
iaitu pembinaan jambatan di mana kos pembinaannya dikongsi bersama oleh
Malaysia dan Brunei. Manakala kos pembinaan jalan tuju di sebelah Malaysia
dan di sebelah Brunei ditanggung oleh Negara masing-masing. Projek ini telah
mengambil masa selama 17 bulan untuk disiapkan.
Pembukaan Institut Kanser Negara
Institut Kanser Negara (IKN) yang berperanan sebagai pusat rujukan berprestij
untuk rawatan, latihan, penyelidikan dan pencegahan penyakit barah mula
beroperasi dalam tahun 2013. Pusat rawatan dengan kapasiti 252 katil itu telah
disiapkan pada 16 Ogos 2013 dan mempunyai sembilan wad, unit rawatan rapi,
empat dewan bedah, unit rawatan harian onkologi dan klinik pesakit luar yang
merangkumi klinik onkologi, klinik perubatan nuklear dan klinik multi disiplin.
Pembinaan IKN melibatkan bangunan utama pusat rawatan selain penyediaan

318

Malaysia 2014

komponen klinikal utama yang terdiri daripada perkhidmatan radioterapi dan


onkologi, perubatan nuklear, penjagaan paliatif serta pembedahan onkologi.
Pembukaan Seksyen 3 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
Mulai 1 Oktober 2013 secara rasminya seksyen 3 Lebuhraya Klang Selatan
(SKVE) dari Teluk Panglima Garang, menyusuri Pulau Carey dan merentasi Selat
Lumut hingga ke Pulau Indah dibuka kepada lalu lintas. Dengan pembukaan
lebuhraya ini, pengguna mampu menjimatkan masa perjalanan antara
Putrajaya ke Pelabuhan Barat dari 1 jam 30 minit kepada 45 minit. Projek
pembinaan Seksyen 3 SKVE membabitkan laluan sepanjang 18.9 kilometer
ini melengkapkan keseluruhan jajaran SKVE yang menghubungkan Pusat
Pentadbiran Kerajaan Putrajaya ke Pulau Indah dan kawasan perindustrian
Pelabuhan Barat. Pembinaan lebuhraya ini turut melibatkan pembinaan sebuah
jambatan sepanjang 1.67 km bagi menghubungkan kedua-dua pulau tersebut.
Jambatan ini dibina dengan ketinggian 25 meter yang mampu menampung
laluan pelayaran serta pembangunan industri perkapalan dan maritim di
sekitarnya.
MoU Pembanterasan Rasuah KKR SPRM
Menyedari akan kepentingan pencegahan rasuah dan kepentingan integriti
dalam organisasi, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengambil inisiatif
dengan menjalin kerjasama melalui Majlis Menandatangani Memorandum
Persefahaman ke Arah Pembanterasan Rasuah dengan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majlis menandatangani MOU dimeterai
antara Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Himmat Singh
dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Majlis menandatangani MoU tersebut telah berlangsung pada 1 Julai 2013.
Persidangan Antarabangsa dan Pameran Ecobuild Southeast Asia 2013
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi agensinya Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (CIDB) telah menganjurkan satu persidangan antarabangsa
iaitu International Sustainable Infrastructure and Built Environment 2013
sempena dengan penganjuran pameran antarabangsa Ecobuild Southeast
Asia 2013. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji
Fadillah Haji Yusof di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 September
2013. Persidangan ini bertemakan Driving Sustainability And Resiliency In
Infrastructure and Urban Cities Development memberi penekanan kepada
pembangunan infrastruktur mampan, selain daripada membincangkan isuisu yang berkaitan dengan kesan pembangunan ke atas alam sekitar di
peringkat global. Pameran Ecobuild Southeast Asia 2013 yang berlangsung
selama tiga hari ini adalah gabungan tiga pameran utama, iaitu Greenbuild
Asia 2013, Solarasia Expo 2013 dan Ecolight Asia 2013 yang bertujuan

Malaysia 2014

319

untuk menggalakkan penggiat industri mengguna pakai teknologi baru serta


mempromosikan Malaysia sebagai sebuah pusat pembinaan mampan di
rantau ini.
Persidangan dan Pameran Industri Rel Asia 2013
Persidangan dan Pameran Industri Rel Asia 2013 (Rail Business Asia 2013)
merupakan acara industri rel bersepadu bertaraf antarabangsa yang dianjurkan
dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan MiGHT. Persidangan
yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini telah
dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 10 September 2013. Sebanyak 30
pempamer dari dalam dan luar negara seperti Perancis, Jerman, Sepanyol
dan Republik Korea terlibat berkongsi ilmu industri rel dan 16 kertas kerja
dibentangkan oleh pakar-pakar dalam bidang rel dari dalam dan luar Negara.
PIECE 2013
Persidangan Lebuhraya dan Pameran Antarabangsa PSKLM (PIECE 2013) telah
menghimpunkan pakar-pakar industri lebuh raya dari seluruh dunia di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru bermula 9 September
hingga 11 September 2013. Persidangan antarabangsa ini merupakan anjuran
Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dan turut mendapat
sokongan Kementerian Kerja Raya Malaysia serta Lembaga Lebuhraya
Malaysia (LLM). Persidangan yang bertemakan 21st Century Expressways:
Driving the Future ini menjadi pentas membincangkan pelbagai isu dan idea.
Ianya disertai kira-kira 500 delegasi dari serata dunia dan empat fokus utama
pada PIECE 2013 adalah Polisi dan Pembiayaan, Pengurusan Aset, Teknologi
Hijau dan Alam Sekitar dan Keselamatan Jalan Raya.
Perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2013
Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2013 telah dirasmikan oleh Timbalan
Menteri Kerja Raya, Dato Yong Khoon Seng (ketika itu) bertempat di Dewan
Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 Mac 2013. Program
anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi agensinya, Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berlangsung selama tiga hari
dengan bertemakan Transformasi. ICW 2013 merupakan pentas bagi para
pemain industri binaan tempatan dan luar negara bertemu serta berkongsi
maklumat, dan menjadi medan percambahan ilmu bagi amalan terbaik di
dalam pembinaan. Antara acara yang akan diadakan adalah seperti Pameran
dan Persidangan Road Engineering Association of Asia & Australasia ke-14,
Second Malaysia Eco-Building and Design, Malaysian Construction Summit
kelima, Construction Research Achievement International Conference dan
Construction Project Managers National Symposium 2013.

320

Malaysia 2014

JABATAN/AGENSI
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
JKR adalah agensi teknikal yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan
pembinaan projek-projek pembangunan infrastruktur kerajaan. Ia juga
berperanan dalam merancang, mereka bentuk dan membina projek-projek
pembangunan prasarana negara. JKR juga telah menyusun sektor-sektor
awam dan disokong oleh sektor pakar untuk melaksanakan fungsi dan
tanggungjawabnya kepada negara. Kepakaran JKR dibahagikan kepada tiga
sektor iaitu Sektor Pakar, Sektor Bisnes dan Sektor Pengurusan.
Jabatan Kerja Raya Malaysia, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan
Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur Tel: 03-26108888 Faks: 03-2698 8187
Laman web: www.jkr.gov.my

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)


LLM adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober
1980 mengikut Akta 231 (Perbadanan 1980). Tujuan penubuhan LLM adalah
untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan,
pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya- lebuh raya, mengenakan
dan mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-peruntukan
berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Lembaga Lebuhraya Malaysia, Wisma Lebuhraya, KM 6 Jalan Serdang - Kajang 43000
Kajang, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-8737 3000/87383000 Faks: 03-8737 3555.
Laman web: www.llm.gov.my

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)


CIDB adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya
Malaysia yang diasaskan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (Akta 520) untuk membangun, menyelaras, dan mengawal
selia sektor pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan
memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan dalam
usaha untuk meningkatkan kualiti hidup seterusnya menyumbang ke arah
mempertingkatkan daya saing industri. CIDB juga memainkan pelbagai peranan
strategik untuk mempromosi dan merangsang pembangunan, pembaikan dan
pengembangan industri pembinaan. Matlamat CIDB adalah membangunkan
industri pembinaan Malaysia sebagai industri bertaraf dunia yang inovatif dan
peka kepada keperluan negara.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Tingkat 10, Menara Dato
Onn, Putra World Trade Centre (PWTC), No. 45, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala
Lumpur Tel: 03-4047 7000 Faks: 03-4047 7070 Laman web: www.cidb.gov.my

Malaysia 2014

321

Lembaga Jurutera Malaysia (LJM)


LJM adalah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya yang ditubuhkan
pada 23 Ogos 1972 bagi menguat kuasa Akta Pendaftaran Jurutera 1967
dan melaksanakan fungsi-fungsi yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4(1).
Antara fungsi LJM adalah mendaftar dan menyelenggara daftar Jurutera
Profesional, Jurutera Siswazah, Jurutera Sementara, Amalan Kejuruteraan
Perunding dan Pemeriksa Bertauliah; menentukan dan mengawal selia tata
kelakuan serta etika profesion kejuruteraan; menilai dan mengakreditasi
program-program kejuruteraan yang dijalankan oleh institusi-institusi pengajian
tinggi; menjalankan Peperiksaan Penilaian Profesional; menjalankan Program
Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) untuk Jurutera Profesional
dan Program Pembangunan Profesional (PDP) untuk Jurutera Siswazah;
menetapkan skala yuran perkhidmatan kejuruteraan professional dan bertindak
sebagai stakeholder dalam kontrak perkhidmatan kejuruteraan profesional.
Lembaga Jurutera Malaysia, Tingkat 17 Blok F, Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur. Tel: 03-26912090/269107095/26980590 Faks: 03-26925017
Laman web: www.bem.org.my

Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)


LJBM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen iaitu Akta Juruukur Bahan
1967. LJBM bertanggungjawab menguatkuasakan Akta tersebut dan
melaksanakan fungsinya seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4 Akta
itu, antaranya memproses permohonan pendaftaran dan mengemaskini senarai
Daftar Juruukur Bahan dan Firma Juruukur Bahan Perunding; mengakreditasi
program-program ukur bahan yang dikendalikan oleh institusi pengajian tinggi
tempatan dan luar negara; penubuhan Majlis peperiksaan LJBM untuk
mengendalikan peperiksaan bagi tujuan memasuki Profession Ukur Bahan
di negara ini; mengawal tatalaku dan etika profesion Juruukur Bahan serta
memutuskan perselisihan berkaitan dengan salahlaku profesional Juruukur
Bahan; menetapkan dari masa ke masa jadual skala yuran untuk bayaran
perkhidmatan Juruukur Bahan Perunding; bertindak sebagai stakeholder di
dalam kontrak bagi perkhidmatan Juruukur Bahan Perunding; mengadakan
program pembangunan profesional bagi Juruukur Bahan berdaftar dan memberi
kemudahan lain bagi membangunkan dan mempromosikan pembelajaran dan
pendidikan berhubung dengan ukur bahan.
Lembaga Juruukur Bahan Malaysia, Tingkat 17, Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan
Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur Tel: 03-26967999 Faks: 03-26925680 Laman web:
www.bqsm.gov.my

322

Malaysia 2014

Majlis Penyerahan Institut Kanser Negara kepada


Kementerian Kesihatan pada 18 September 2013

Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)


LAM ialah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR)
yang menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Arkitek 1967. LAM
bertanggungjawab menjalankan pendaftaran Arkitek Profesional, Arkitek
Graduan, Pereka bentuk Dalaman dan Pelukis Pelan Bangunan. Di samping
itu LAM juga mendaftar praktis perunding arkitek dan praktis perunding
rekabentuk dalaman yang terdiri daripada firma perseorangan, perkongsian,
perbadanan dan praktis pelbagai disiplin. LAM juga berperanan dalam
menetapkan dan mengawalselia kod tatakelakuan dan etika profesion Arkitek,
Pelukis Pelan Bangunan dan Perekabentuk Dalaman. LAM turut menetapkan
skala fi profesional yang boleh dikenakan oleh para praktis perunding arkitek
dan rekabentuk dalaman. LAM juga telah mewujudkan Majlis Akreditasi dan
Pengajian Senibina Malaysia (MAPSM) yang bertanggungjawab ke atas
perkara-perkara berkaitan dengan pengajian kesenibinaan dan rekabentuk
dalaman, dan Majlis Peperiksaan Senibina Malaysia (MPSM) yang berperanan
mengendalikan semua peperiksaan profesional bagi memasuki bidang senibina
dan rekabentuk dalaman.
Lembaga Arkitek Malaysia, Tingkat 17, Blok F, Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur Tel: 03-26982878 Faks: 03-26936881 Laman web: www.lam.gov.my

Malaysia 2014

323

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM


NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

Menteri KPDNKK Turun Padang


pada 9 September 2013

No. 13, Persiaran Perdana,


Presint 2
62623 Putrajaya
Telefon
: 03-8882 5500

: 03-8000 8000
Faks
: 03-8882 5762
Laman Web : www.kpdnkk.gov.my

324

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Sri Hasan


Bin Malek

TIMBALAN MENTERI

YB Dato Paduka Ahmad


Bashah Bin Md. Hanipah
(Senator)

Pengguna yang bijak sentiasa membuat perbandingan


harga dan berbelanja mengikut keperluan
Dato Sri Hasan Malek
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Malaysia 2014

325

PENGENALAN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kementerian ini ditubuhkan pada 27
Oktober 1990. Matlamat penubuhan kementerian adalah untuk menggalak
pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi
kepentingan pengguna. Antara peranan yang dimainkan oleh KPDNKK ialah
menggubal dan mengkaji dasar dan strategi berkaitan dengan pembangunan
perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan, menentukan dan memantau
harga barang-barang perlu, dan melesenkan penjualan dan pengedaran
barang-barang perlu. KPDNKK mempunyai misi untuk mewujudkan suasana
pasaran yang kondusif bagi memenuhi permintaan komuniti perdagangan
dalam negeri yang pelbagai dan berbeza serta memacu negara ke arah
mewujudkan masyarakat pengguna yang sedar akan hak mereka sebagai
pengguna serta masyarakat pengguna yang perkasa.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Kumpulan Kerja ASEAN ke-42 bagi Kerjasama Harta Intelek (AWGIPC)
AWGIPC telah berlangsung selama lima hari bermula 18 November 2013
di Langkawi, Kedah. Mesyuarat anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia
(MyIPO) itu disertai oleh kira-kira 50 perwakilan dari negara anggota ASEAN
dan rakan dialog ASEAN. Mesyuarat menilai pencapaian pelaksanaan inisiatif
di bawah Pelan Tindakan Hak Harta Intelek ASEAN (IPR) 2011-2015 yang
dibincang dalam AWGIPC ke-41 di Chiangmai, Thailand pada 2012. AWGIPC
adalah kumpulan pakar membantu memacu pembangunan suatu eko-sistem
harta intelek mesra perniagaan di bawah wawasan Komuniti Ekonomi ASEAN
(AEC) 2015. Kumpulan kerja ini sedang meningkatkan hubungan dengan
peniaga, pencipta alat baru, pereka dan pengamal dalam ASEAN untuk
membantu meningkatkan inovasi di rantau ini.
Peningkatan kesedaran mengenai Harta Intelek
Bagi tempoh 2008 hingga Oktober 2013, sebanyak 211,612 permohonan harta
intelek diterima oleh MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia). Daripada
jumlah tersebut sejumlah 154,571 telah didaftarkan dengan membabitkan
permohonan pendaftaran cap dagangan, paten dan pembaharuan utiliti, reka
bentuk perindustrian dan petunjuk geografi. Kenyataan tersebut dikeluarkan
oleh MyIPO semasa berlangsungnya Kumpulan Kerja ASEAN ke-42 bagi
Kerjasama Harta Intelek (AWGIPC) di Langkawi pada 18 November 2013.

326

Malaysia 2014

Ops Harga 2013


Pelaksanaan penguatkuasaan dikenali sebagai Ops Harga 2013 bagi tempoh
6 Julai hingga 29 Oktober 2013 mencatatkan sebanyak 3,059 kes bagi
penguatkuasaan di seluruh negara. Penguatkuasa KPDNKK telah menjalankan
pemeriksaan di 419,032 premis dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan
sebanyak RM921,426 serta jumlah keseluruhan nilai kompaun berjumlah
RM265,280. Sementara itu sebanyak 223 notis Seksyen 21 Akta Kawalan
Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah dikeluarkan.
Kumpulan Perintis Penilai Harta Intelek dilahirkan
Seramai tujuh peserta daripada 23 peserta dalam Kumpulan perintis
Penilai Harta Intelek (IP) Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berjaya
menamatkan program dan menjadi penilai IP tempatan. Peserta itu berjaya
selepas mengikuti kursus selama empat bulan mulai Februari 2013. Majlis
penyampaian sijil kompetensi disampaikan oleh Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato Sri Hassan Malek pada
10 September 2013. Seramai 30 orang peserta dari pelbagai latar belakang
mengikuti latihan penilaian IP kumpulan kedua bermula September 2013.
Sambutan Hari Koperasi Negara Ke-12
Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) berlangsung pada 23 hingga 25
Ogos 2013 di Jitra, Kedah. Sambutan kali ke-12 ini memilih tema Koperasi
Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat bagi meningkatkan kesedaran umum
mengenai koperasi dan sumbangannya kepada sosio-ekonomi negara. HKN
merupakan antara saluran untuk menyampaikan maklumat kepada orang
ramai tentang usaha kerajaan mentransformasikan koperasi kepada satu entiti
perniagaan yang lebih cekap dan mampu bersaing. Dianggarkan seramai
30,000 anggota koperasi membanjiri HKN 2013 yang menjadi platform kepada
koperasi untuk memasarkan produk dalam jumlah yang banyak. Acara tahunan
ini turut melibatkan para koperasi dari negara ASEAN iaitu Thailand, Indonesia,
Brunei Darussalam dan Singapura.
BAHAGIAN
Unit Komunikasi Korporat
Unit komunikasi korporat telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Mac 2009
bagi menggantikan Bahagian Hal Ehwal Korporat yang telah wujud sebelum
ini. Peranan utama unit ini adalah sebagai pusat tumpuan utama kementerian
di dalam penyampaian dan penyaluran maklumat, peningkatan imej korporat
kementerian, perhubungan awam dan media serta pengurusan aduan dan
khidmat pelanggan.
Aras G (Menara), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8882 5562
Faks : 03-8882 5569

Malaysia 2014

327

Bahagian Audit Dalaman (UAD)


Unit Audit Dalaman bertanggungjawab bagi menjalankan pengauditan
pengurusan kewangan dan pengauditan prestasi. Audit Pengurusan Kewangan
adalah untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan dilaksanakan
mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.
Pengauditan Prestasi pula adalah untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti
dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Aras 5 (podium 1) No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8882 5828

Bahagian Perdagangan Dalam Negeri (BPDN)


Bahagian Perdagangan Dalam Negeri (BPDN) terlibat dalam mengkaji dasar
dan strategi berkaitan dengan pembangunan perdagangan pengedaran
dalam negara. Bahagian ini juga berperanan untuk meningkatkan amalan etika
perniagaan yang kompetitif dan sihat demi menjaga kepentingan pengguna.
Di antara peranan utama bahagian ini ialah mengawal selia penyertaan asing
dalam sektor perdagangan pengedaran selaras dengan ketetapan dalam
Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Perdagangan Pengedaran. Selain
itu, antara fungsi lain yang dimainkan oleh bahagian ini ialah mengurus
permohonan lesen jualan langsung selaras dengan peruntukan di bawah Akta
Jualan Langsung 1993, mengawal selia harga barang-barang perlu selaras
dengan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 dan mengawal selia
bekalan barang-barang kawalan selaras dengan peruntukan di bawah Akta
Kawalan Bekalan 1961 di samping mengawalselia aktiviti pemasaran dan
pengedaran produk petroleum di sektor hiliran melalui pengeluaran lesen PDA
selaras dengan keperluan Seksyen 6(3) Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Aras 4, No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 Faks:
03-8882 5981/5858

Bahagian Pengurusan Maklumat


Bahagian ini berperanan untuk merancang, membangun dan menyenggara
sistem aplikasi, multimedia dan portal KPDNKK berlandaskan Pelan Strategik
Pengurusan Maklumat, menyediakan kemudahan infrastruktur yang boleh
dipercayai dan selamat, melaksanakan program latihan dan pembudayaan ICT,
dan menyediakan khidmat nasihat dalam bidang ICT.
Aras 7 (Menara), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8882 5669

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bertanggungjawab dari segi
perancangan dan pembangunan sumber manusia, pembangunan organisasi

328

Malaysia 2014

serta pengurusan perkhidmatan anggota Kementerian. Pembangunan modal


insan menjadi keutamaan Bahagian ini dalam melahirkan warga kerja yang
berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas serta memiliki etika kerja yang
positif. Ianya akan dapat dicapai melalui latihan dan pembelajaran berterusan.
Aras 6 (Podium 1&2) No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03- 8000
8000 Faks : 03-8882 5764

Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik


Bahagian ini memastikan pembangunan perdagangan dalam negeri dan
program perlindungan pengguna adalah selaras dengan keperluan semasa
dan dilaksanakan selari dengan dasar yang telah dirancang dan digubal. Selain
itu bahagian ini turut memantau pelaksanaan perkara-perkara yang berkaitan
dengan dasar dan undang-undang pembangunan koperasi, menyelaras
dan mengawal selia pelaksanaan pentadbiran dan pembangunan koperasi,
dan memantau dan menyelaras program dan aktiviti koperasi serta agensi
lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek
Malaysia (MyIPO), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi
Malaysia (MKM) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia(MYCC).
Aras 5 (Podium 2) No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8882 5615

Bahagian Penguatkuasa
Bahagian Penguatkuasa ditubuhkan untuk menjalankan fungsinya sebagai
penguatkuasaan undang-undang perdagangan dalam negeri dan melindungi
pengguna. Bahagian ini juga memberi perlindungan ke atas Hak Harta Intelek.
Selain itu fungsi lain bahagian ini ialah menguatkuasakan dan membanteras
penyelewengan barang-barang bersubsidi dan menguatkuasakan dan
mengawal selia bekalan dan harga barang.
Aras 2&3, No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 Faks :
03-8882 6171

Bahagian Perkhidmatan Pengurusan Dan Kewangan


Bahagian ini menentukan pengurusan pentadbiran pejabat berjalan dengan
cekap, teratur dan berintegriti dalam aspek pentadbiran, kewangan, perolehan,
penyelenggaraan, kerurusetiaan dan keselamatan selaras dengan objektif
kementerian.
Aras 6 (Menara) No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8882 5762/5763

Malaysia 2014

329

Bahagian Pembangunan Perniagaan


Bahagian Pembangunan Perniagaan berfungsi untuk merangka, merancang
dan melaksanakan program-program bagi meningkat dan memantapkan
penyertaan bumiputera dalam sektor perdagangan pengedaran, menyedia
data-data dan profil industri berkaitan dalam perdagangan pengedaran,
mewujudkan kerjasama dan jalinan perniagaan dengan sektor swasta dan
agensi-agensi kerajaan, memastikan penglibatan dan penyertaan secara aktif
usahawan dalam sektor perdagangan dan membuat analisa dan penilaian ke
atas keberkesanan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan.
Aras 5 (Menara), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel: 03-8882 6203
Faks: 03-8882 5826

Bahagian Gerakan Kepenggunaan


Bahagian Kepenggunaan adalah merupakan bahagian teras di Kementerian
yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat dan melaksanakan aktiviti
kesedaran kepenggunaan kepada setiap lapisan masyarakat. Tugas dan
tanggungjawab -tersebut dilaksanakan oleh enam unit iaitu, Unit Pembangunan
Gerakan Kepenggunaan (Unit G), Unit Sumber dan Maklumat Kepenggunaan
(Unit M), Unit Pendidikan dan Latihan (Unit L), Unit Pembangunan Standard
(Unit S), Unit Penyelidikan (Unit P), dan Unit Khidmat Pengurusan dan Aduan
(Unit A).
Aras 4, No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8882 5983

Bahagian Penyelidikan Dan Dasar Kepenggunaan


Bahagian Penyelidikan Dan Dasar Kepenggunaan merupakan salah satu
bahagian teras di bawah sayap utama Kementerian iaitu Kepenggunaan dan
Pengurusan. Ianya mempunyai 2 unit iaitu Unit Penyelidikan (P) dan Unit Sumber
dan Maklumat (M). Bahagian ini bertanggungjawab menggubal, melaksana
dan menyelaras dasar dan perundangan berkaitan kepenggunaan serta
menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada setiap lapisan masyarakat.
Ianya adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi perlindungan
yang terbaik kepada hak dan kepentingan pengguna.
Aras 4, No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8882 5983

Bahagian Standard Kepenggunaan


Unit Pembangunan Standard telah ditubuhkan pada tahun 2003 di bawah
Bahagian Hal Ehwal Pengguna. Unit ini telah dinaiktaraf pada 10 Januari
2010 sebagai Bahagian Standard Kepenggunaan (SK) yang merupakan salah
satu bahagian teras di bawah sayap utama Kementerian iaitu Francais &
Kepenggunaan (F&K). Bahagian ini bertanggungjawab mengkaji, merangka,

330

Malaysia 2014

dan melaksana perundangan berkaitan standard keselamatan barang


pengguna. Selain itu, Bahagian ini berperanan dalam menjalankan advokasi
berkaitan standard dan keselamatan barang pengguna kepada setiap lapisan
masyarakat selaras dengan Dasar Pengguna Negara (DPN).
Aras 4, No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8882 5983

Bahagian Undang-Undang
Bahagian Undang-undang berperanan dalam memberi nasihat perundangan
kepada KPDNKK selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan
dan undang-undang lain di bawah bidang kuasa KPDNKK. Bahagian ini juga
menggubal dan menyemak Rang Undang-Undang atau peraturan subsidiari
di bawah bidang kuasa KPDNKK. Selain itu Bahagian ini turut memainkan
peranan menjalankan tugas-tugas pendakwaan.
Aras 5 (Menara) No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8882 5824

Bahagian Industri Perkhidmatan


Bahagian ini berperanan untuk merangka dasar dan garis panduan, merancang,
melaksana, menyelaras dan memantau sektor perkhidmatan yang tidak
dikawalselia.
Aras 9(Blok Menara), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.
Tel: 03-8000 8000 Faks: 8882 6490

Bahagian Pembangunan Francais


Bahagian ini berperanan untuk merangka dasar, merancang, melaksana,
menyelaras dan memantau Program Pembangunan Francais, Mendaftarkan
perniagaan francais mengikut Akta Francais 1998, dan Menguatkuasakan Akta
Francais 1998.
Aras 1 (Blok menara), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya.
Tel: 03-8000 8000 Faks: 03-8882 5583

Tribunal Tuntutan Pengguna


Tribunal Tuntutan Pengguna adalah merupakan sebuah badan bebas untuk
mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah
Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau
kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut ganti rugi dan
pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah,
murah dan cepat.
Aras 5 (podium 2), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8882 5831
Malaysia 2014

331

Majlis Rundingan Tahunan: Isu mengenai


Harta Intelek pada 3 September 2013

Tribunal Rayuan Persaingan


Tribunal ini adalah sebuah badan kehakiman bebas yang dibentuk pada
1 Januari 2012 bagi memberi keadilan kepada semua pihak yang terlibat
dalam kes kendalian Suruhanjaya Persaingan Malaysia. Sebarang keputusan
yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia boleh dibawa ke
pendengaran Tribunal ini untuk rayuan.
Aras 9 (Menara), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel : 03-8000 8000

Delivery Management Office (DMO)


Delivery Management Office(DMO) telah ditubuhkan pada tahun 2011
bertujuan merancang, melaksanakan dan memantau 13 Entry Point Project
(EPPs) di bawah National Key Economic Areas (NKEA) Sektor Pemborongan
dan Peruncitan dan 6 program di bawah National Key Result Area (NKRA)
Mengurangkan Kos Sara Hidup yang telah dipertanggungjawab untuk
dilaksanakan oleh KPDNKK. Bahagian ini berperana memastikan pelaksanaan
program NKEA dan NKRA di bawah KPDNKK adalah selaras dengan keperluan
semasa, selari dengan dasar yang telah dirancang dan digubal dan mencapai
sasaran yang telah ditetapkan.
Aras 5 (Podium 1), No. 13 Persiaran Perdana, Presint 2, Putrajaya. Tel: 03-8000 8000

332

Malaysia 2014

Sekretariat Majlis Harga Barang Negara


Sekretariat ini ditubuhkan pada 9 Januari 2008 berikutan isu kenaikan harga
dan masalah bekalan barangan perlu yang menjejaskan kehidupan rakyat,
khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Sekretariat ini berperanan
melindungi kepentingan rakyat daripada kenaikan harga barangan yang tidak
munasabah, memastikan bekalan barangan yang mencukupi dan membendung
kenaikan kadar inflasi bagi pembangunan ekonomi yang optimum.
Sekretariat Majlis Harga Barang Negara, Aras 4 (Menara), No. 13, Persiaran
Perdana, Presint 2, 62623 Putrajaya. Tel: 03-8882 5852 Faks: 03-88826274
Email: pph_MHBN@kpdnkk.gov.my

AGENSI DIBAWAH KEMENTERIAN


Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Perbadanan Harta Intelek Malaysia ditubuhkan pada 3 Mac 2003 di bawah
Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002. Perbadanan ini berperanan
untuk memantau pelaksanaan segala perkara serta undang-undang berkaitan
harta intelek ditadbir dan diuruskan dengan berkesan, menggalak dan
mempertingkatkan latihan serta penyebaran maklumat berkaitan harta intelek,
menjalin hubungan kerjasama dalam dan luar negara, menjaga kepentingan
negara dalam apa-apa perjanjian atau konvensyen antarabangsa yang
Malaysia menjadi ahli, memberi khidmat nasihat kepada kerajaan tentang isu
semasa harta intelek serta perkara berkaitan di peringkat antarabangsa dan
menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan harta intelek.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Unit 1-7, Aras Bawah, Menara UOA
Bangsar, No. 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur Tel: 03-2299 8400 Faks:
03-2299 8989 Laman web: www.myipo.gov.my

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)


PNS dulunya dikenali sebagai PERNAS telah diperbadankan pada 29
November 1969. Pada bulan September 1996, PERNAS telah diswastakan
melalui Management Buyout. Aset-aset terpilihnya telah diambil oleh Pernas
International Holdings Berhad. Peranan utama yang dimainkan oleh PNS
melibatkan pembangunan sektor francais Malaysia. Pelaksanaan yang
dijalankan oleh PNS melibatkan pelaburan francais, aktiviti promosi, kewangan,
latihan, pembangunan francais, rangkaian dan penyelidikan.
Perbadanan Nasional Berhad, Level 2, Menara Dato Onn, PWTC, 45 Jalan Tun
Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-2698 7800. Fax: 03- 2698 7080 Laman
web: www.pns.com.my

Malaysia 2014

333

Maktab Koperasi Malaysia (MKM)


Maktab Kerjasama Malaysia telah dijenamakan semula sebagai Maktab
Koperasi Malaysia selaras dengan pindaan Akta Maktab Kerjasama Malaysia
(Perbadanan) (Pindaan 2011) telah diwartakan sebagai Akta A1398 pada
Ogos 2011 dan berkuatkuasa mulai 1 September 2011. Ia merupakan satusatunya institusi pendidikan koperasi di negara ini. MKM bertanggungjawab
menyediakan latihan dan pendidikan koperasi untuk gerakan koperasi di
negara ini.
Maktab Koperasi Malaysia, Cawangan Petaling Jaya, 103 Jalan Templer, 46700, Petaling
Jaya, Selangor Tel: 603-79649000 / 603-79570434 Laman web: www.mkm.edu.my

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)


Bank Rakyat merupakan sebuah bank koperasi yang unggul di Malaysia
dengan memberi komitmen dan sokongan kepada para usahawan PKS
untuk berkembang. Bank Rakyat menjadi daya pemacu untuk memperbaiki
dan meningkatkan prospek perniagaan dan merubah gaya hidup anggotaanggotanya di bandar dan luar bandar. Bank Rakyat berperanan untuk
meninggikan taraf ekonomi anggotanya dengan cara memberi pinjaman atau
pembiayaan bagi kegunaan pertanian, pengeluaran, pemasaran, perusahaan,
perniagaan dan usaha-usaha lain yang bersesuaian bagi anggotanya dan
menggalakkan simpanan.
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan
Travers, 50470 Kuala Lumpur Tel: 03-26129600 Laman Web: www.bankrakyat.com.
my

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


SSM merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan
perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002, merupakan badan
berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar
Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia.
SSM memainkan peranan utama sebagai agensi pemerbadanan syarikat
dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat
dan perniagaan kepada awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan
tahap tadbirurus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawal selia
pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti
penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan
perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk Negara.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Menara SSM@Sentral, No 7, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur.Tel: 03-2299 4400. Faks: 03-2299 4411.
Hotline: 03-22995500 Laman web: http://www.ssm.com.my

334

Malaysia 2014

Pihak Kementerian menerusi platform Majlis


Rundingan Tahunan sentiasa melakukan rundingan
dengan pemain-pemain industri mengenai isu-isu
berkaitan perdagangan dan kepenggunaan

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)


Pada 1 Januari 2008, Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPMK)
telah ditransformasikan menjadi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). SKM
berperanan memperkukuhkan sektor koperasi sebagai jentera pembangunan
sosioekonomi negara. Koperasi diperkenalkan di negara ini bermula pada tahun
1922 bertujuan untuk membasmi kemiskinan, mengatasi masalah penindasan
orang tengah dan juga menangani masalah keberhutangan dalam kalangan
petani dan juga penjawat awam.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat
Semantan, off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-2083
4000 Faks: 03-2083 4100 Laman web: www.skm.gov.my

Suruhanjaya Persaingan Malaysia( MYCC)


Suruhanjaya Persaingan Malaysia adalah badan bebas ditubuhkan di bawah
Akta Suruhanjaya Persaingan 2010. Ia berperanan menguatkuasakan
Akta Persaingan 2010 iaitu untuk mengawal syarikat monopoli daripada
menyalahguna kuasa serta mengawal syarikat besar daripada mengadakan
pakatan untuk mengawal harga sesuatu barangan (kartel). Antara lain ia
berfungsi untuk melindungi proses persaingan untuk kepentingan perniagaan,
pengguna dan ekonomi.
Suruhanjaya Persaingan Malaysia, Aras 15, Menara SSM@Sentral, No.7 Jalan
Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur Tel: 03-2273 2277
Faks: 03 - 2272 2293 / 03-2272 1692 Laman web: www.mycc.gov.my

Malaysia 2014

335

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Majlis Menyambut Kontinjen Negara dalam


Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2013

Aras 6-9, Blok D3, Kompleks D


Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya
Telefon
: 03-8886 5000/5200
Faks
: 03-8889 2381
Laman Web : www.mohr.gov.my

336

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Sri Richard


Riot Anak Jaem

TIMBALAN MENTERI

YB Dato Sri Haji Ismail


bin Haji Abd. Muttalib

Pada tahun 2013 Negara mempunyai 28% pekerja


mahir atau 3.7 juta daripada jumlah 13 juta guna
tenaga Negara.. kita memikul tugas berat untuk
mencapai sasaran 33% pekerja mahir atau 4.5 juta
orang daripada 13.7 juta guna tenaga menjelang tahun
2015. Jika kita komited untuk mencapai sasaran ini,
tidak mustahil untuk kita mencapai hasrat seterusnya
iaitu untuk mempunyai 50% pekerja mahir atau 7.4 juta
pekerja mahir daripada 14.8 juta guna tenaga Negara
menjelang tahun 2020 kelak
Dato Sri Richard Riot Jaem
Menteri Sumber Manusia

Malaysia 2014

337

PENGENALAN
Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan untuk membangunkan sumber
tenaga kerja yang kompetitif dan keadilan sosial dalam kalangan pekerja di
Malaysia. Kementerian ini memastikan dasar-dasar sumber tenaga manusia
yang digubal berkualiti dan praktikal untuk dilaksanakan selain memastikan
hubungan dan kerjasama antara jabatan-jabatan/agensi di bawah kementerian,
majikan dan pihak pekerja sentiasa kukuh dan harmoni. Di samping itu,
kementerian ini juga bertanggungjawab memastikan perkhidmatan sokongan
seperti keperluan perjawatan, kewangan dan kelengkapan peralatan
pengurusan dan pentadbiran mencukupi, dalam keadaan boleh guna dan
tersedia pada setiap masa untuk digunakan.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Pelancaran Portal Rasmi Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh
(ILMIA)
Majlis Pelancaran Portal Rasmi Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh
(ILMIA) telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia pada 12 Disember
2013 bertempat di Auditorium, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur.
Turut hadir ialah Dato Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU. Pada masa ini, Malaysia
mempunyai kira-kira 12.7 juta orang pekerja dan kira-kira 645,136 Perusahaan
Kecil dan Sederhana (SME) menyediakan pekerjaan bagi pekerja-pekerja ini.
Bagaimana seseorang pekerja mendapat pekerjaan dan jumlah gaji yang
diperolehi adalah ditentukan oleh pasaran buruh. Salah satu inisiatif utama di
bawah reformasi pasaran buruh yang dinyatakan di bawah Rancangan Malaysia
Ke-10 ialah penubuhan ILMIA yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpul
dan menyediakan data pasaran buruh serta menjalankan penyelidikan,
menganalisis dan menyebarkan dapatan kajian. Melalui portal rasmi ILMIA ini,
data-data tersebut kini boleh diakses oleh pengguna secara atas talian.
Pelancaran Portal Gaji Minimum
Majlis Pelancaran Portal Gaji Minimum disempurnakan oleh Menteri Sumber
Manusia pada 3 Disember 2013 bertempat di Hotel Premiera, Medan
MARA, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Portal Gaji Minimum
diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kefahaman dan
melicinkan pelaksanaan Dasar Gaji Minimum. Objektif membangunkan portal
ini adalah untuk memudahkan para pekerja, majikan dan semua pihak yang
berkepentingan dalam dasar ini memahami aspirasi Dasar Gaji Minimum Negara
terutamanya dari aspek pelaksanaannya dengan lebih tepat, berkesan dan
menyeluruh. Melalui portal tersebut orang awam boleh memuat-turun undangundang perburuhan yang berkaitan termasuk perintah-perintah penundaan di

338

Malaysia 2014

bawah Akta Majlis Perundingan Negara 2011, kenyataan-kenyataan media,


artikel-artikel dan video berhubung gaji minimum untuk rujukan. Berikutan
pelancaran Portal Gaji Minimum ini juga, beberapa Siri Klinik Gaji Minimum
diadakan di seluruh negara bermula dengan siri pertama yang melibatkan para
pemain industri. Klinik ini diadakan bagi membolehkan pelbagai agensi yang
berkaitan berkongsi maklumat dan pandangan tentang kaedah serta manfaat
positif dalam melaksanakan gaji minimum.

KEKK 2013 pertama kali dianjurkan bagi memberikan


pendedahan kepada orang ramai mengenai kepentingan
bidang kemahiran dan peluang latihan yang ditawarkan

Karnival Dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK)


KEKK 2013 merupakan program berskala besar dan julung kali dianjurkan
oleh Kementerian Sumber Manusia telah diadakan di Taman Ekspo Pertanian
Malaysia (MAEPS) Serdang dari 26 - 29 September 2013. Majlis Perasmian
disempurnakan oleh Dato Sri Richard Riot Jaem, Menteri Sumber Manusia
pada 27 September 2013 manakala majlis penutup pula disempurnakan
oleh Dato Ismail Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 29
September 2013. KEKK bakal diadakan setiap 2 tahun bagi memberikan
pendedahan kepada orang ramai mengenai bidang dan latihan kemahiran
yang menjadi tunjang kepada pembangunan modal insan berpengetahuan
berorientasikan teknologi. Seramai 90,000 orang mengunjungi KEKK 2013
melepasi sasaran yang ditetapkan.

Malaysia 2014

339

Akta Umur Persaraan Minimum


Akta Umur Persaraan Minimum 2012 telah mula dilaksanakan pada 1 Julai
2013 ke atas semua majikan sektor swasta di seluruh Malaysia. Melalui Akta
ini, umur persaraan minimum seseorang pekerja ditetapkan pada umur 60
tahun. Penetapan tersebut dijangka memanfaatkan seramai 7.98 juta pekerja
dalam sektor swasta. Bagi menjamin proses penguatkuasaan dan siasatan
Akta yang lebih efisyen, satu Peraturan di bawah Akta Umur Persaraan
Minimum 2012 telah digubal untuk kegunaan para pegawai penguatkuasaan
Jabatan Tenaga Kerja. Peraturan yang dinamakan Peraturan-peraturan Umur
Persaraan Minimum (Siasatan) 2013, telah diwartakan pada 23 Disember 2013
dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014. Penggubalan Akta ini merupakan
satu usaha untuk melanjutkan tempoh pekerjaan dan mengurangkan tempoh
persaraan pekerja. Namun dalam masa yang sama, tidak menjejaskan peluang
pekerjaan bagi golongan muda. Perlanjutan tempoh pekerjaan ini akan dapat
mengekalkan pekerja-pekerja yang berpengalaman luas dalam bidang masingmasing serta menyumbang kepada matlamat negara untuk menjadi negara
maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Seramai 12,000 pekerja daripada sektor awam dan swasta membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi
memeriahkan Sambutan Hari Pekerja 2013 pada 22 Jun 2013 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri
Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Sambutan Hari Pekerja 2013


Sambutan Hari Pekerja tahun 2013 telah diadakan pada 22 Jun 2013 bertempat
di Stadium Putra Bukit Jalil. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Perdana
Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah menyampaikan

340

Malaysia 2014

amanat dan penghargaan kepada warga pekerja yang hadir seramai 12,000
orang dari sektor awam dan swasta. Sambutan yang bertemakan Pekerja
Pemangkin Transformasi Negara turut memberi Anugerah Hari Pekerja kepada
pekerja dan majikan cemerlang.
Program Saringan Kesihatan
Majlis Pelancaran Program Saringan Kesihatan telah disempurnakan oleh
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin pada 18
Februari 2013. Sehingga 31 Disember 2013 seramai 326,690 orang berinsurans
telah menjalani saringan kesihatan dengan perbelanjaan melebihi RM27 juta.
Program ini merupakan inisiatif kerajaan melalui PERKESO yang diumumkan
dalam Pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012.
JABATAN/AGENSI
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
JTM yang dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR)
ditubuhkan secara rasmi pada 8 Mei 1969. Pada tahun 2002, bidang
tugas JTM telah dirombak dan dikhususkan kepada satu aktiviti utama iaitu
membantu negara ke arah penggunaan tenaga manusia yang optimum.
Pelaksanaan aktiviti tersebut adalah melalui program latihan perindustrian
untuk mengeluarkan dan meningkatkan bilangan tenaga mahir serta berdaya
saing agar memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia.
Jabatan Tenaga Manusia, Aras 6, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62530 Putrajaya. Tel: 03-88865555/6 Faks: 03-88892412/2417 Laman
web: www.jtm.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)


JTKSM telah ditubuhkan pada tahun 1912 dengan nama Jabatan Buruh.
JTKSM bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan ekonomi dan
sosial warga pekerja melalui pelaksanaan standard perburuhan dan langkahlangkah perlindungan yang ditetapkan di bawah dasar dan undang-undang
buruh negara; membantu meningkatkan daya pengeluaran negara melalui
pelaksanaan sistem pentadbiran perburuhan negara secara berkesan
untuk mewujudkan satu angkatan tenaga kerja yang terjaga, berdisiplin dan
produktif; pemberian khidmat nasihat undang-undang buruh bagi membantu
meningkatkan kecekapan proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
Ia juga membantu menggalakkan keseimbangan kaum dalam struktur guna
tenaga di sektor swasta; membantu dalam pelaksanaan dasar guna tenaga
dengan memberi keutamaan peluang pekerjaan kepada warganegara melalui
pencegahan dan pengawalan penggajian pekerja-pekerja bukan warganegara;
membantu meningkatkan kualiti kehidupan para pekerja di sektor perladangan;

Malaysia 2014

341

membantu menghidupkan konsep masyarakat penyayang melalui pelaksanaan


kepentingan golongan masyarakat yang kurang bernasib baik dan yang
memerlukan perlindungan khas.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Aras 5, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya. Tel: 03-88865192
Faks: 03- 88892368 Laman web: http://jtksm.mohr.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja Sabah


Jabatan Tenaga Kerja Sabah mula wujud semasa pentadbiran British North
Borneo Company dalam tahun 1880-an. Antara tanggungjawab yang
dimainkan oleh jabatan ini ialah melatih pegawai dan kakitangan, menjalankan
penyelidikan dan perancangan, melakukan pemeriksaan statutori ke tempattempat pekerjaan untuk menentukan peruntukan Undang-undang Buruh
dipatuhi oleh para majikan dan pekerja, menyiasat dan menyelesaikan aduanaduan buruh dan tuntutan pampasan pekerja, mengawal pengambilan dan
penggajian pekerja-pekerja bukan pemastautin melalui pengeluaran Lesen
Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin.
Jabatan Tenaga Kerja Sabah (Ibu pejabat), Tingkat 1, Blok C & D, Bangunan KWSP, P.O
Box 14557, 88852 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088 238 755/233 820/237 258. Faks:
088 242 445 Laman web: http://jtksbh.mohr.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak


Jabatan Tenaga Kerja Sarawak telah ditubuhkan pada 27 Julai 1960 dan dikenali
sebagai Jabatan Buruh Sarawak (JBSWK). Antara fungsi Jabatan ini ialah
menasihati Menteri Sumber Manusia menerusi Ketua Setiausaha Kementerian
Sumber Manusia, pihak kerajaan Negeri Sarawak, orang awam dan warga
industri mengenai perundangan perburuhan dan hal ehwal perburuhan di
Sarawak; menyiasat dan memutuskan penyelesaian terhadap pertikaian warga
industri berkaitan pembayaran, terma dan syarat penggajian, perkara di bawah
bidang kuasa Akta Pampasan Pekerja 1952 dan menjalankan pendakwaan
berhubung perlanggaran peruntukan undang-undang perburuhan di dalam
Mahkamah; bekerjasama dengan pihak Polis berkenaan hal keselamatan,
terutama Peraturan-peraturan Keselamatan Dalam Negeri (Pendaftaran Buruh),
1960.
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang
Tiga, 93532 Kuching, Sarawak. Tel: 082-242261 Faks: 082-244909 Laman web:
jtkswk.mohr.gov.my

342

Malaysia 2014

Mahkamah Perusahaan Malaysia


Mahkamah Perusahaan telah ditubuhkan pada tahun 1940 di bawah Industrial
Court and Court of Inquiry Rules tetapi tidak dapat berfungsi akibat penaklukan
Jepun. Mahkamah Perusahaan berfungsi untuk membicarakan dan menurun
keputusan atau award pertikaian perusahaan sama ada yang dirujuk Menteri
atau rujukan terus oleh pihak yang bertikai; mendaftar dan memberi pengiktirafan
perjanjian kolektif yang diamanahkan oleh majikan/kesatuan.
Mahkamah Perusahaan Malaysia, Jalan Mahkamah Persekutuan, 50544 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9236 5000 Faks: 03-2691 6418 Laman web: www.mp.gov.my

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)


JPPM ditubuhkan pada 21 Disember 1972 bertujuan untuk memupuk
serta memelihara perhubungan yang positif dan harmoni di antara majikan
dan pekerja serta kesatuan-kesatuan sekerja bagi mewujudkan suasana
perhubungan perusahaan yang aman dan tenteram dalam negara. Matlamat
utama JPPM adalah untuk membantu iklim pelaburan yang bersesuaian untuk
menarik pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara bagi merangsang ekonomi
negara di samping membantu meningkatkan daya pengeluaran negara.
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Aras 9, Blok D4, Kompleks D, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya. Tel: 03-8871 1205 Faks: 03-8889
2355 Laman web: jpp.mohr.gov.my

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja


Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dahulunya dikenali sebagai Pejabat
Pendaftar Kesatuan Sekerja telah ditubuhkan pada Julai 1946 untuk
menguatkuasakan Enakmen Kesatuan Sekerja 1940. Antara fungsi Jabatan
ini ialah untuk menguatkuasakan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan PeraturanPeraturan Kesatuan Sekerja 1959 seperti menyelia, mengarah dan mengawal
secara am mengenai semua perkara yang berkaitan dengan kesatuan sekerja
di negara ini dan menimbangkan permohonan-permohonan untuk pendaftaran
kesatuan sekerja yang ditubuhkan oleh para pekerja dan majikan.
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Aras 8, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran
Persekutuan, 62500 Putrajaya. Tel: 03-8886 5000 Faks: 03-8889 2429 Laman web:
jheks.mohr.gov.my

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bertanggungjawab
untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang
sedang bekerja serta melindungi orang-orang lain daripada bahaya-bahaya
keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan.

Malaysia 2014

343

Ia merangkumi pelbagai sektor iaitu pengilangan, perlombongan dan kuari,


pembinaan, hotel dan restoran, pertanian, perhutanan dan perikanan,
pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, perkhidmatan awam dan pihak
berkuasa berkanun, kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan,
kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Aras 2,3 & 4, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya. Tel: 03-88865342/3 Faks:
03-88892443 Laman web: www.dosh.gov.my

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)


Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dahulunya dikenali sebagai Majlis
Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) ditubuhkan pada 2 Mei 1989 melalui
penyusunan Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan
Kebangsaan (LLPPKK). Tujuan utama penubuhan JPK adalah bagi merumus,
menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan kemahiran sejajar
dengan keperluan serta perkembangan teknologi dan ekonomi negara. Nama
MLVK telah ditukarkan kepada JPK setelah Akta Pembangunan Kemahiran
Kebangsaan 2006 [Akta 652] telah dikuatkuasakan mulai 1 September 2006.
Fungsinya adalah meluluskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dan
menasihati Menteri Sumber Manusia tentang pembangunan kemahiran.
Jabatan Pembangunan Kemahiran, Aras 7 & 8, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya. Tel: 03-8886 5589 Faks: 03-8889 2423 Laman
web: www.dsd.gov.my

Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)


Kerajaan menyedari akan hakikat bahawa dalam persaingan global masa kini,
usaha menarik pelaburan dan sumber hanya akan dapat ditangani melalui
pengurusan sumber manusia yang berkesan. Justeru, Institut Sumber Manusia
Kebangsaan (ISMK) ditubuhkan berdasarkan teras strategik Pelan Induk Ketiga
Perindustrian Negara (Third Industrial Master Plan) 2005 2010. Tenaga buruh
merupakan salah satu elemen penting dalam meyokong usaha Negara untuk
menjadi sebuah Negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah memperkenalkan Inisiatif
Pembaharuan Strategik Pembangunan Modal Insan (SRI HCD) di bawah Dasar
Transformasi Negara (DTN). Melalui SRI HCD, ISMK telah dijenamakan semula
menjadi Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), berkuatkuasa
mulai 1 Mei 2012. Selari dengan penjenamaan semula ini, ILMIA telah diberi
tanggungjawab dan peranan yang baru iaitu untuk menyediakan pengkalan
data berpusat sebagai asas bagi analisis pasaran buruh untuk menyokong
penggubalan dasar-dasar Kerajaan.

344

Malaysia 2014

Institut Maklumat & Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Kementerian Sumber Manusia,
G07-G12,Right Wing, Block 2320, Century Square, Jalan Usahawan, Cyber 6, 63000
Cyberjaya, Selangor, Malaysia Tel: 03-8318 2433 Faks:03-8318 0709 Laman web:
www.ilmia.gov.my

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan untuk memberi
perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja-pekerja dan tanggungan
mereka apabila berlaku kontingensi bencana kerja termasuk penyakit dan
keilatan atau kematian akibat sebarang sebab kepada pekerja itu melalui dua
skim insurans iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
Objektif utamanya adalah memastikan dan menjamin pembayaran faedah
yang secukupnya dalam masa yang tepat dengan keadilan sosial serta
mempertingkatkan taraf keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Pertubuhan Keselamatan Sosial, Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala
Lumpur Tel: 03-4264 5000 Pusat Panggilan: 03-4257 5755 Faks: 03-4256 7798 Laman
web: www.perkeso.gov.my

Pembangunan Sumber Manusia Berhad


Pewujudan Skim Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM)
adalah sangat penting dari segi pembangunan negara dan selaras dengan
usaha-usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Fungsi PSMB seperti diperuntukkan di bawah Akta
Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 adalah untuk menilai dan
menentukan jenis-jenis, takat latihan dan latihan semula pekerja selaras
dengan keperluan-keperluan sumber manusia bagi industri-industri; untuk
menggalakkan dan meningkatkan latihan tenaga manusia; menentukan termaterma dan syarat-syarat yang di bawahnya apa-apa bantuan kewangan atau
pemberian yang hendak diberikan.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Wisma PSMB, Jalan Beringin, Damansara
Heights, 50490 Kuala Lumpur. Tel: 1800-88-4800 / 03-2096 4800 Laman web:
www.hrdf.com.my

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)


Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) ditubuhkan
sebagai syarikat dengan jaminan pada 24 Jun 1992. Fungsi NIOSH
adalah untuk memberi latihan, khidmat runding dan nasihat, menyebar
maklumat serta menjalankan penyelidikan, dalam bidang keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Seperti yang termaktub di dalam Memorandum dan
Tataurusan Syarikat, matlamat NIOSH adalah untuk menyumbang ke arah
usaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui

Malaysia 2014

345

pembangunan kurikulum dan program latihan untuk pekerja, majikan dan


mereka yang bertanggungjawab, secara langsung atau sebaliknya, terhadap
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: 03-8769 2100 Faks: 03 8926 2900 Laman web:
www.niosh.com.my

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran


Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ditubuhkan melalui Akta
Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640) dan berkuat kuasa pada 1
Jun 2006. PTPK menguruskan satu dana pusingan, iaitu Tabung Pembangunan
Kemahiran (TPK) yang bertujuan memberi pinjaman kepada pelatih jurusan
teknikal dan vokasional di penyedia-penyedia latihan kemahiran awam atau
swasta. Matlamat PTPK adalah untuk memberi peluang yang lebih luas
kepada orang ramai untuk mendapatkan latihan kemahiran dengan pemberian
pinjaman. Pinjaman ini dibuka kepada pelatih yang menjalani program latihan
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran dan diluluskan oleh PTPK.
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Aras 15,16,17,18,19 dan 27 Menara
Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra, No 45, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-40476200 Faks: 03-40476108 Laman web: www.ptpk.gov.my

Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan


Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan adalah forum tripartite yang berperanan
membincangkan hal-hal berkaitan buruh dan isu-isu tenaga kerja termasuk
polisi perburuhan dan perundangan. Ia berperanan untuk memberikan
pandangan kepada Menteri Sumber Manusia berhubung suasana keharmonian
perusahaan bagi meningkatkan produktiviti pekerja. Majlis ini dipengerusikan
oleh Menteri Sumber Manusia dan dianggotai oleh 14 orang wakil dari pihak
kerajaan, 14 orang wakil dari pihak majikan dan 14 wakil dari pihak pekerja.
Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP)
MNKKP adalah sebuah badan tertinggi yang bertanggungjawab menentukan
hala tuju dan dasar negara berhubung dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Menteri Sumber Manusia pada
tahun 1995 mengikut kehendak Seksyen 8, Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (Akta 514). Penubuhan MNKKP bertujuan sebagai usaha
berterusan kerajaan untuk menjadikan semua tempat kerja di Malaysia selamat
di samping meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Seterusnya menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebagai sebahagian
daripada budaya kerja rakyat Malaysia.

346

Malaysia 2014

Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN)


MPGN ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta 732. Majlis ini berperanan
menasihati Kerajaan tentang semua perkara yang berhubungan dengan gaji
minimum termasuk perkembangannya di peringkat antarabangsa, membuat
syor kepada Kerajaan tentang kadar dan liputan gaji minimum mengikut sektor,
jenis pekerjaan dan kawasan wilayah. MPGN diberi kuasa untuk mengkaji
semula Perintah Gaji Minimum sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap 2
tahun. Keanggotaan MPGN terdiri daripada 6 orang wakil majikan, 6 orang
wakil pekerja, 6 orang wakil pegawai awam dan 5 orang anggota lain.

Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyampaikan anugerah kepada para
pemenang pada Majlis Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2013 yang diadakan pada 23
Januari 2014. MATEPM merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada pemenang terbaik
keseluruhan di Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) dan Myskills 2013 bagi 22 bidang yang
dipertandingkan

Malaysia 2014

347

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013

Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah


Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Telefon
: 03-8889 7888
Faks
: 03-8889 7922
Laman Web : www.kwp.gov.my

348

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Seri Tengku


Adnan Bin Tengku
Mansor

TIMBALAN MENTERI

YB Dato Dr. Loga


Bala Mohan A/L
Jaganathan (Senator)

Kerajaan sedang melaksanakan projek pengindahan


besar-besaran sungai-sungai di Kuala Lumpur yang
juga dikenali sebagai projek River of Life. Kerajaan
tidak mahu wang berbilion ringgit yang dibelanjakan
untuk membersihkan dan mengindahkan sungai ini
menjadi sia-sia oleh kerana kekotoran yang dibuang
atau mengalir terus ke sungai
Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Menteri Wilayah Persekutuan

Malaysia 2014

349

PENGENALAN
Kementerian Wilayah Persekutuan diwujudkan pada tahun 1979 untuk
menjalankan tugas dan fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta
Fungsi-Fungsi Menteri 1969. Pada masa itu, Kementerian Wilayah Persekutuan
juga berfungsi sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala
Lumpur dan kawasan Lembah Klang. Namun, bermula 1981, statusnya
diturunkan sebagai satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Perdana
Menteri yang beroperasi sebagai Unit Perancangan Lembah Klang. Menerusi
penyusunan semula Kabinet pada 2004, Kementerian Wilayah Persekutuan
ditubuhkan semula untuk memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di samping
bertanggungjawab untuk menyelaras Perancangan Lembah Klang. Sementara
itu, pada 23 Oktober 2009, menerusi Pembentangan Bajet 2010 Perdana
Menteri telah mengumumkan perluasan peranan Kementerian meliputi
program kesejahteraan bandar yang membawa kepada pertukaran nama
kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Kini,
melalui penstrukturan Kabinet selepas Pilihan Raya Umum ke-13 tahun 2013,
Kementerian kembali kepada fungsi asalnya dan fungsi kesejahteraan bandar
diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013
Pada tahun 2013, Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada setiap
1 Februari telah diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Bandar
Tun Razak. Sambutan kali kesembilan ini memilih tema Perpaduan Teras
Kesejahteraan Wilayah Persekutuan. Upacara perbarisan dan perarakan
disertai oleh 144 kontinjen dengan jumlah penyertaan seramai 8,200 peserta
yang melibatkan penyertaan dari pelajar-pelajar, agensi kerajaan, NGO,

Acara Perarakan dan Perbarisan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 yang diadakan di
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak

350

Malaysia 2014

persatuan penduduk, GLC, badan-badan korporat, agensi pelancongan, ahli


sukan dan unit beruniform. Program Konvoi Berbasikal SHWP 2013 turut
diadakan dan disertai lebih 1,300 peserta sejauh 25km.
Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013
Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 anjuran Perbadanan
Putrajaya bersama-sama rakan pengajur Duago Corporation Sdn. Bhd. telah
diadakan di Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya pada 30-31 Ogos, 13,14 dan
15 September dan 2 Oktober 2013. Pelancaran pertandingan disempurkan
oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abduk Razak pada malam 30
Ogos 2013 sempena Sambutan Ambang Merdeka. Sebanyak enam negara
menyertai pertandingan kali ini iaitu China, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika
Syarikat, Korea Selatan, Perancis dan Malaysia. Pertunjukan bunga api yang
diiringi muzik dan persembahan pancaran laser memberi kelainan pada
pertandingan yang telah berjaya menarik 500,000 pengunjung.
Festival Taman dan Bunga Putrajaya (FLORIA) 2013
FLORIA Putrajaya merupakan pameran bunga dan taman berbentuk festival
yang dianjurkan bermula 2007. Semenjak 2009 acara ini dijadikan acara tahunan
berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung. FLORIA
2013 merupakan sambutan kali keenam dan telah menarik 23 penyertaan
daripada 18 negara iaitu Australia, China, Jerman, Hong Kong, Indonesia, Itali,
Jepun, Kenya, Korea, Myanmar, New Zealand, Filipina, Romania, Singapura,
Afrika Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Dianggarkan sejuta orang telah
mengunjungi Taman Orchid Floria 2013 yang bertemakan Appreciating The
Equisite Blooms.
Ekspo Minyak dan Gas 2013 WP Labuan
Buat kali ketiga Wilayah Persekutuan (W.P.) Labuan menganjurkan Ekspo
Minyak dan Gas 2013 pada 12 14 November 2013 bertempat di Ujana
Kewangan, W.P. Labuan. Pameran disertai daripada syarikat luar negara
antaranya daripada negara China, Indonesia, Singapura dan Amerika Syarikat
termasuk beberapa agensi kerajaan. Seramai 3,870 orang telah mengunjungi
ekspo yang telah berjaya mewujudkan transaksi sebanyak RM200 juta.
Sementara itu, Perbadanan Labuan turut menganjurkan Job Fair sempena
ekspo tersebut bagi memberi peluang kerjaya kepada penduduk tempatan
dalam bidang minyak dan gas.
Pencapaian Projek Greater KL/KV
Peruntukan EPP Greater KL/KV bagi tahun 2013 sebanyak RM47 juta untuk
peruntukan mengurus dan RM742 juta untuk peruntukan pembangunan telah
disalurkan kepada agensi pelaksana. Pencapaian Greater KL/KV pada tahun
2013 adalah seperti berikut:
Malaysia 2014

351

EPP 1 - InvestKL berjaya memuktamadkan 15 syarikat multinasional


daripada Eropah, Asia dan Amerika Utara.
EPP 2 - Talent Corp berjaya menarik 2,316 pekerja berkelayakan dan
berpengalaman di bawah Returning Expert Programme, sejumlah 2,096
pekerja lagi di bawah Residence Pass Talent Programme.
EPP 3 - Projek KL-Singapore High Speed Rail, diketuai oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), telah menyiapkan Fasa 1B Kajian
Kesesuaian/Kebolehlaksanaan Terperinci. Kini, projek berada pada Fasa
2A merangkumi persediaan Pelan Pembangunan Sosio Ekonomi, Analisa
Impak Persekitaran dan perbincangan dengan Kerajaan Singapura.
EPP 4 - Projek Mass Rapid Transit (MRT), kerja-kerja pembinaan
terowong dan elevated guide-ways telah bermula pada 2013. Kebanyakan
infrastruktur fizikal akan disiapkan menjelang penghujung 2014.
EPP 5 - Projek River of Life (RoL) telah melepasi sasaran tahunan kepada
105%. Beberapa projek di bawah inisiatif pembersihan sungai diketuai
oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perkhidmatan
Pembentungan (JPP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis
Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya
(MPAJ) telah disiapkan. Pencapaian utama RoL adalah kejayaan Program
Public Outreach dengan komuniti setempat yang mendiami kawasan
sepanjang koridor sungai untuk memberikan kesedaran untuk memastikan
kebersihan sungai.
EPP 6 - Greener KL, EPP #7 Iconic Places dan EPP #8 Pedestrian Network
diwujudkan untuk menambahbaik faktor daya huni Kuala Lumpur. Dengan
lebih daripada 45,000 pokok ditanam di kawasan bandar, Greener KL telah
berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan pada 154%.
EPP 7 - Pengurusan Sisa Pepejal menyasarkan untuk memanjangkan dan
mengurangkan penggunaan sanitary landfill. Mesin-mesin untuk kerjakerja pembangunan kemudahan pemusnahan sisa telah dihantar ke Sg.
Kertas, sementara isu tanah untuk Loji Anaerobic Digestion, Sungai Besi
telah berjaya diselesaikan.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan


Wilayah Persekutuan (DKBPWP)
DKBPWP 2013 telah berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala
Lumpur pada 1 Februari 2013 sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Kementerian Wilayah Persekutuan telah melaksanakan Penganugerahan
Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sebagai acara
tahunan semenjak tahun 2008 bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan
warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan wilayah ini
serta mereka yang bukan bermastautin tetapi turut memberi sumbangan dan
khidmat yang cemerlang dan terbilang untuk Wilayah Persekutuan. Sebanyak

352

Malaysia 2014

1,326 pencalonan telah diterima iaitu peningkatan sebanyak 13.4% berbanding


tahun lepas iaitu sebanyak 1,148 pencalonan. Istiadat Penganugerahan Darjah
Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan disempurnakan oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam
Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
JABATAN/AGENSI
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara
dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini
menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk
perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan
sukan. Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan
tunggal (sole corporation) sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang
kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur
dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala
Lumpur Tel: 03-2617 9000 Laman web: www.dbkl.gov.my

Floria 2013

Malaysia 2014

353

Pertunjukan Bunga Api di Putrajaya

Perbadanan Putrajaya (PPJ)


PPJ telah ditubuhkan di bawah Akta 536 Perbadanan Putrajaya 1995 bagi
tujuan mengurus dan mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perbadanan
Putrajaya juga dipertanggungjawabkan dengan fungsi sebagai pihak berkuasa
tempatan dan pihak berkuasa perancangan tempatan melalui beberapa
perintah dan pemberitahuan di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Peranan
PPJ antaranya untuk menyediakan infrastruktur, perumahan, mempromosi
pembangunan perdagangan, serta merangsang pembangunan sosioekonomi.
Perbadanan Putrajaya, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3,
62675 Putrajaya. Tel: 03-88877000 Faks: 03-88875000 Laman web: www.ppj.gov.my

Perbadanan Labuan (PL)


PL ditubuhkan pada 1 Julai 2001 hasil penggabungan dua agensi utama yang
terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Lembaga Pembangunan Labuan
dan Majlis Perbandaran Labuan. Berdasarkan Akta 609 - Akta Perbadanan
Labuan 2001, PL berperanan untuk memaju dan merangsang pembangunan
di Wilayah Persekutuan Labuan dalam sektor pelancongan, sebagai kawasan
bebas cukai, perdagangan, kewangan, perumahan, infrastruktur serta
meningkatkan sosioekonomi dan kualiti hidup penduduk setempat.

354

Malaysia 2014

Perbadanan Labuan, Wisma Perbadanan Labuan, Jalan Merdeka, Peti Surat 81245,
87022 Wilayah Persekutuan Labuan Tel: 087-408600/408601 Faks: 087-428997 Laman
Web: www.pl.gov.my

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP)


MSWP ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971.
Majlis Sukan Kuala Lumpur yang pada masa itu berada di bawah pentadbiran
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk melaksanakan
program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mulai
28 Oktober 1996, Majlis Sukan Kuala Lumpur dipisahkan daripada Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Bahagian Kemajuan Wilayah
Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang, Jabatan Perdana Menteri
mengikut keputusan Jawatankuasa Kerja Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan
Tertinggi. Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan ditubuhkan kembali pada
2004, ia mengambil tindakan menubuhkan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
dan penubuhan tersebut telah diwartakan pada 9 Mac 2006. MSWP bertindak
sebagai badan induk kepada Majlis Sukan Kuala Lumpur, Majlis Sukan Labuan
dan Majlis Sukan Putrajaya.
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Aras 2, Blok 1, Menara PjH, Presint 2, 62100 Putrajaya.
Tel: 03-88897888 Faks: 03-8881 0196

Malaysia 2014

355

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Festival Belia 2013

Menara KBS
No. 27, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya
Telefon
: 03-8871 3333/3000
Faks
: 03-8888 8770
Laman Web : www.kbs.gov.my

356

Malaysia 2014

MENTERI

YB Tuan Khairy
Jamaluddin Bin Abu
Bakar

TIMBALAN MENTERI

YB Dato Saravanan
A/L Murugan

Melalui persidangan ini (ACOS 2013), kita dapat


berkongsi amalan terbaik dalam kalangan negara
ASEAN mengenai pelaksanaan Sukan Untuk Semua
iaitu penerapan budaya sukan dalam kalangan
masyarakat peringkat akar umbi
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Menteri Belia dan Sukan

Malaysia 2014

357

PENGENALAN
Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada
tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang bertanggungjawab mengenai belia. Pada tahun
1964, Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian
Penerangan. Ekoran daripada perkembangan pesat dalam kegiatan belia secara
berpersatuan, Bahagian Belia dan Bahagian Sukan telah ditubuhkan di bawah
kementerian ini bertujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut.
Kementerian Belia dan Sukan diwujudkan pada 15 Mei 1964, bersempena
Hari Belia Negara. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan
dan nama Kementerian Belia dan Sukan telah diubah kepada Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan. Portfolio ini kekal sehingga tahun 1987 apabila
Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan itu,
nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama
asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hingga sekarang. KBS telah
diamanatkan untuk melaksanakan dasar kerajaan Malaysia khususnya dalam
pembangunan belia dan sukan.

PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013


Persidangan ASEAN Mengenai Sukan Untuk Semua 2013 (ACOS 2013)
ACOS 2013 berlangsung pada 30 hingga 31 Oktober 2013 di Putrajaya. Melalui
persidangan ini, Negara anggota dapat berkongsi amalan terbaik mengenai
pelaksanaan Sukan Untuk Semua, iaitu penerapan budaya sukan dalam
kalangan masyarakat peringkat akar umbi. Persidangan dua hari itu dihadiri
145 peserta termasuk 30 wakil dari negara ASEAN.
Program Lend A Hand
Program Lend A Hand yang berteraskan kesukarelawan telah dianjurkan oleh
Cawangan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan bermula 22 Jun hingga
24 Jun 2013 bertempat di Lorong Seni, Menara Kementerian Belia dan Sukan.
Pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang 2 hari program antaranya RockCorp,
Do Something Good, 1M4U, Celebrity Corner (Suara Generasiku), Charity Ria,
Charity Bazaar, Mad Hop Clinic, Yike Bike dan Car Boot Sale. Semua acara
berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Keadaan berjerebu
tidak menghalang anak muda untuk datang memeriahkan aktiviti yang ada
sepanjang dua hari ini. Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh juga tidak
melepaskan peluang bersama anak muda untuk menyaksikan kemeriahan
program ini. Persembahan jalanan yang menarik perhatian pengunjung
turut menggamit suasana di Lorong Seni. Sudut Master Chef juga menjadi

358

Malaysia 2014

penyeri apabila alumni dari program MasterChef Malaysia sendiri membuat


persembahan masakan untuk tontotan peserta. Menteri Belia dan Sukan, Tuan
Khairy Jamaluddin turut hadir memeriahkan acara pada 23 Jun 2013.
Kompleks Rakan Muda Puchong jadi Pusat iM4U
Pusat iM4U diwujudkan untuk belia dan sukarelawan berkumpul serta berkongsi
pengalaman masing-masing dan melibatkan diri dalam kegiatan dan aktiviti
yang diminati mereka. Hasrat ini menjadi realiti apabila Kompleks Rakan Muda
Puchong di bawah Kementerian Belia dan Sukan ditransformasikan menjadi
Pusat iM4U. Kerja pengubahsuaiannya dijalankan oleh sukarelawan yang
terlibat dalam iM4U. Kepakaran pelajar universiti digunakan untuk menyumbang
terhadap reka bentuk dan pembinaan semula pusat berkenaan. Pengujudan
pusat ini berikutan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman
(MoU) di antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), 1Malaysia For Youth
(iM4U) dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Bangunan Perdana Putra
di Putrajaya disaksikan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak dan Menteri Belia dan Sukan pada 28 Mei 2013.
Festival Belia Putrajaya 2013
Festival Belia Putrajaya 2013 adalah penjenamaan semula Himpunan Jutaan
Belia 2012 yang diadakan pada 23 hingga 26 Mei 2013. Penganjuran acara
sebagai kemuncak kepada sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada
setiap 15 Mei telah melakar kejayaan tersendiri walaupun dianjurkan sebulan
selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Festival yang berkonsepkan pembangunan
potensi diri, melestari kreativiti dan inovatif, memartabat perpaduan serta jati
diri diisi dengan 30 segmen dan 500 acara. Kesemua pengisian memberi fokus
kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi
dan sukarelawan. Lokasi kesemua acara ini akan diadakan di sepanjang lima
kilometer di Persiaran Perdana, Putrajaya dari Presint 6, 18, dan 20. Festival
Belia Putrajaya 2013 menonjolkan sekurang-kurangnya empat acara yang
menjadi ikonik antaranya ialah pelancaran festival oleh Perdana Menteri pada
25 Mei 2013, Perarakan Mega Belia, acara-acara antarabangsa (melibatkan
ASEAN+3) dan Feista Muzik Dunia.
Sukan SEA ke-27, Myanmar
Penyertaan Malaysia ke temasya Sukan SEA ke-27 di Myanmar menyaksikan
kontinjen negara mengutip 43 pingat emas sekali gus mengatasi sasaran awal
40 pingat emas. Selepas 18 hari temasya dwitahunan itu berlangsung, Malaysia
mengutip keseluruhan 43 pingat emas, 38 perak dan 76 gangsa untuk berada
di tempat kelima dalam kedudukan pingat keseluruhan, berbanding edisi 2011
di Jakarta dan Palembang, Indonesia, apabila Malaysia meraih 59 emas, 50
perak dan 82 gangsa.

Malaysia 2014

359

Sukan Malaysia 2013


Tirai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 dilabuhkan secara sederhana
selepas sebelas hari pertandingan di Stadium Mini Majlis Sukan Negara
(MSN) Bukit Jalil pada 8 Julai 2013. Majlis penutup yang dihadiri kira-kira
5,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen yang mengambil bahagian itu
disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Selangor muncul
sebagai juara keseluruhan pada temasya kali ini dengan meraih 23 pingat emas,
17 perak dan 30 gangsa. Kejayaan itu adalah yang kelapan buat Selangor. Dua
atlet gimnastik artistik, Daniel Iskandar Richard (Selangor) dan Esmelda Arecia
Menti Alfred Giling (Sarawak), masing-masing dinobatkan sebagai Atlet Lelaki
Terbaik dan Atlet Wanita Terbaik. Mereka membawa pulang trofi dan hadiah
wang tunai RM1,000 masing-masing. Sebaik sahaja bendera temasya SUKMA
diturunkan dan obor temasya dipadamkan, Khairy kemudian menyerahkan
bendera itu kepada Menteri Besar Perlis, Azlan Man sebagai simbolik Perlis
akan menjadi Tuan Rumah kepada temasya SUKMA ke-17 tahun 2014.
Antara kejayaan arena sukan 2013
Skuad hoki remaja lelaki Malaysia memahat sejarah tersendiri dengan
mengulangi pencapaian tempat keempat dalam kejohanan Hoki Piala
Dunia Remaja Lelaki seperti yang pernah dicipta pada edisi 1979, 1982
dan 1985.
Atlet elit olahraga paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul
emas dalam acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran) lelaki
di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
(IPC) di Lyon, Perancis pada Julai 2013.
Loh Sea Keong, pelumba kelahiran Kelantan mencipta sejarah sebagai
pelumba terbaik keseluruhan perlumbaan Jelajah Malaysia 2013 (jersi
kuning). Rentetan kejayaan yang dikecapi sepanjang 2013, pelumba
profesional negara itu menerima lamaran pasukan Pro Tour, ArgosShimano untuk menyertai pasukan itu musim 2014 dan sekali gus menjadi
pelumba tempatan pertama beraksi bersama pasukan berstatus Pro Tour
dalam kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Datuk Nicol Ann David dalam sukan skuasy masih mengekalkan ranking
pertama dunia. Juara dunia tujuh kali itu telah menjuarai lima kejohanan
jelajah Persatuan Skuasy Wanita (WSA) iaitu Terbuka Malaysia (15
September), Terbuka Carol Weymuller (6 Oktober), Terbuka Amerika
Syarikat (18 Oktober), Terbuka China (27 Oktober) dan Terbuka Hong Kong
(8 Disember).
Datuk Lee Chong Wei dalam badminton masih mengekalkan ranking
pertama dunia dan muncul pemain pertama yang memenangi Superseries
Dunia BWF Akhir untuk kali keempat berturut-turut. Kejayaan itu juga
adalah yang ketujuh beliau dalam siri Kejohanan Superseries tahun ini iaitu
di Korea Selatan, Malaysia, India, Indonesia, Jepun dan Hong Kong.

360

Malaysia 2014

JABATAN/AGENSI
Majlis Sukan Negara
Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia
1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara
rasmi telah dilakukan oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
ke-2 pada 21 Februari 1972. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara
Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab
sepenuhnya ke arah penggalakan, pembangunan dan pencapaian cemerlang
sukan pada pertandingan di peringkat tertinggi.
Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Sri Petaling, 57000
Kuala Lumpur. Tel: 03-8992 9600 Faks: 03-8996 7708 Laman web: www.nsc.gov.my

Institut Sukan Negara


Penubuhan Institut Sukan Negara (ISN) adalah sejajar dengan Dasar Sukan
Negara yang diluluskan oleh Kabinet pada 20 Januari 1988. Pembinaan ISN
yang mengambil masa kira-kira tiga tahun, telah dirasmikan oleh Dato Annuar
Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan ketika itu pada 20 Oktober 1992. Institut
ini ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan sains sukan, perubatan
sukan, penyelidikan dan pembangunan serta pendidikan berterusan ke arah
mencapai kecemerlangan sukan negara. Ia juga merupakan pusat sumber
maklumat dalam memberi ilmu bermanfaat kepada jurulatih-jurulatih negara
seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat kecemerlangan sukan negara.
Institut Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Sri Petaling 57000 Kuala
Lumpur. Tel: 03-8992 9600 Faks: 03-8996 8748 Laman web: www.isn.gov.my

Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil


Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil (KSNB) adalah kompleks sukan terbesar
di Malaysia. Ia terletak di Bukit Jalil, 20 km sebelah selatan Kuala Lumpur.
Kompleks sukan dalam taman ini mula dibina pada tahun 1992 ketika
Malaysia dilantik menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Kompleks ini
dibuka secara rasmi pada 11 Julai 1998 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika
itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. KSNB yang mempunyai lima buah arena
iaitu Stadium Nasional, Stadium Putra, Stadium Hoki Nasional, Pusat Akuatik
Nasional dan Pusat Skuasy Nasional berserta 3 kawasan rekreasi (Taman Sukan
X-Treme Nasional, Bukit Komanwel dan Pesisiran Sungai Kuyoh) diuruskan
oleh Perbadanan Stadium Malaysia mulai 1998.
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Aras 1, Stadium Nasional, 57700 Sri Petaling, Kuala
Lumpur. Tel: 03-8994 4660 Faks: 03-8994 4663 Laman web: www.stadium.gov.my

Malaysia 2014

361

Kompleks Sukan Bukit Kiara


Kompleks Sukan Bukit Kiara adalah kompleks sukan utama di Bukit Kiara,
Kuala Lumpur. Kompleks ini adalah di bawah pengurusan Perbadanan Stadium
Malaysia sejak 1 Julai 1998. Kompleks Sukan ini mempunyai dua buah arena
iaitu Stadium Juara dan Pusat Boling Padang Nasional.
Kompleks Sukan Bukit Kiara, Lot 3959, Jalan 1/70D, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur
Tel: 03-2095 4209 Faks: 03-2092 3718 Laman web: www.stadium.gov.my

Perbadanan Stadium Malaysia


Perbadanan Stadium Malaysia sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan
Stadium Merdeka. Ia ditubuhkan melalui Akta Parlimen No. 11 tahun 1963.
Sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang berkuat kuasa mulai 26
Disember 1963, PSM diamanahkan untuk mentadbir dan mengurus empat
Kompleks Sukan iaitu Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kompleks Sukan
Bukit Kiara, Kompleks Sukan Negara Panasonic dan Kompleks Sukan Negara
Jalan Duta.
Perbadanan Stadium Malaysia, Aras 1, Stadium Nasional, Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur. Tel: 03-8992 0888 Faks: 03-8994 4663
Laman web: www.stadium.gov.my

Pusat Belia Antarabangsa


Pusat Belia Antarabangsa (IYC) ditubuhkan melalui keputusan Jemaah Menteri
pada 6 Februari 1985 dan dirasmikan pada 16 April 1988 oleh Perdana Menteri
Malaysia pada masa itu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Peranan utama institut ini
ialah membangunkan kemahiran dalam kalangan belia Malaysia supaya selaras
dengan keperluan National Occupational Skills Standard (NOSS) khususnya
dan industri amnya. Latihan kemahiran telah ditawarkan kepada seramai
mungkin belia dalam pelbagai bidang kemahiran melalui pelbagai pendekatan
berinstitusi dan tidak berinstitusi bertujuan untuk menyediakan tenaga kerja
mahir dan separa mahir serta melahirkan teknoprenur muda yang berdaya
saing.
Pusat Belia Antarabangsa, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala
Lumpur. Tel: 03-9171 9204/05/07 Faks: 03-9172 3599 Laman web: www.iyckul.org.my

362

Malaysia 2014

Simbolik penyerahan Kompleks Rakan Muda Puchong menjadi Pusat iM4U selepas majlis menandatangani
dua memorandum persefahaman di antara Jabatan Latihan Khidmat Negara, 1Malaysia For Youth (iM4U)
dengan Kementerian Belia dan Sukan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya disaksikan oleh Perdana
Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Belia dan Sukan pada 28 Mei 2013

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)


IPPBM ialah sebuah pusat penyelidikan nasional di bawah naungan
Kementerian Belia dan Sukan. Institut ini menjalankan kajian terhadap pelbagai
aspek pembangunan belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku di
peringkat nasional, rantau dan antarabangsa. Untuk mencapai matlamatnya,
IPPBM melaksanakan pelbagai program penyelidikan, menganjurkan
persidangan, bengkel, syarahan dan seminar; menerbitkan jurnal dan monograf
hasil penyelidikan serta mewujudkan program pendidikan dan latihan. Institut
ini juga menyediakan kemudahan penyelidikan yang pelbagai, termasuklah
sebagai sebuah pusat sumber dan data mengenai pembangunan belia. IPPBM
telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi
pada 15 Mei 2005 bersempena dengan Hari Belia Malaysia.
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Aras 10, Menara KBS, No 27
Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570
Putrajaya. Tel: 03-8871 3705 Faks: 03-8871 3342 Laman Web: www.ippbm.gov.my

Malaysia 2014

363

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR,


PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Hari Kitar Semula 2013

No. 51, Persiaran Perdana


Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Telefon
: 03-8000 8000
Faks
: 03-8891 5557
Laman Web : www.kpkt.gov.my

364

Malaysia 2014

MENTERI

YB Dato Haji Abdul


Rahman Bin Dahlan

TIMBALAN MENTERI

YB Dato Halimah
Binti Mohd Saddique

Sebagai sebuah negara pesat membangun, kawasankawasan bandar di negara ini semakin berkembang dan
menjadi trend di dunia, majoriti masyarakat menetap di
bandar. RFN (Rancangan Fizikal Negara) menunjukkan
sebanyak 72 peratus penduduk Malaysia tinggal di
bandar pada tahun 2013
Dato Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Malaysia 2014

365

PENGENALAN
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ditubuhkan pada 24
Mei 1964 dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Pada 18 Julai 1978, berikutan dengan penyusunan semula Kabinet, organisasi
kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penubuhan ini adalah hasil cantuman
di antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan
Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian
Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan. Antara fungsi utama kementerian
ini ialah menyelaras penyediaan perumahan yang mencukupi kepada
semua rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah; mewujudkan
pihak berkuasa tempatan yang kukuh dan mampu menyumbang ke arah
mewujudkan masyarakat yang maju dan persekitaran yang selesa dan indah;
memberi perkhidmatan pencegahan dan pengawalan kebakaran yang cekap
dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda dan memperkukuhkan
dan melaksanakan sistem perancangan fizikal, sosial, ekonomi dan alam
sekitar bandar dan desa berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa,
1976. Pengumuman penyusunan semula beberapa Kementerian pada 15
Mei 2013 selepas Pilihanraya Umum Ke-13, KPKT telah disusun semula dan
dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan. Peranan dan fungsi KPKT kini turut melibatkan pelaksanaan
program dan aktiviti bagi meningkatkan kualiti hidup warga bandar.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records
KPKT telah menerima dua pensijilan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan
Perindustrian Malaysia (SIRIM) iaitu Pensijilan MS 1900:2005 Quality
Management Systems Requirements from Islamic Perspectives dan MS ISO
9001:2008 Quality Management Systems Requirements berkuatkuasa dari
13 September 2013 sehingga 12 September 2016. Kedua-kedua pensijilan ini
telah melayakkan KPKT diiktiraf sebagai kementerian pertama yang menerima
MS 1900:2005 dan MS ISO 9001:2008 secara serentak daripada SIRIM oleh
The Malaysia Book of Records.
Anugerah Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti
KPKT telah menerima Anugerah Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks
Akauntabiliti Tahun 2012 sebanyak empat bintang daripada Ketua Audit
Negara kerana berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dalam pengurusan
kewangan. Kementerian ini juga telah berjaya berada di tangga lima teratas
daripada kesemua 25 kementerian yang dinilai di bawah Indeks Akauntabiliti
2012.

366

Malaysia 2014

Penarafan 5 Bintang dalam Penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan


Malaysia 2013
KPKT berjaya mengekalkan penarafan lima bintang dalam Penilaian Portal
dan Laman Web Kerajaan Malaysia 2013 yang dijalankan oleh Perbadanan
Pembangunan Multimedia (MDeC). Di samping itu, semua jabatan di bawah
KPKT juga berjaya memperoleh penarafan lima bintang iaitu Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perumahan Negara, Jabatan Kerajaan
Tempatan, Jabatan Landskap Negara, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal
Negara dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.
KPKT Host Pelancaran My Beautiful Malaysia Peringkat Negeri Kedah
KPKT dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU) telah
dipertanggungjawabkan untuk menyelaras Program My Beautiful Malaysia
peringkat negeri Kedah. Dato Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (ketika itu), menyempurnakan pelancaran program ini
pada 3 Februari 2013 di Taman Rekreasi Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah.
Program ini juga turut dilaksanakan di 33 lokasi seluruh negeri Kedah yang
melibatkan 11 pihak berkuasa tempatan (PBT). Jumlah keseluruhan penyertaan
sukarelawan bagi negeri Kedah ialah seramai 244,423 orang melebihi sasaran
awal iaitu sebanyak 85,000 orang.
Dato Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (ketika itu) menanam pokok sempena Program My
Beautiful Malaysia peringkat negeri Kedah diadakan pada 3 Februari
2013 di Taman Rekreasi Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah

Malaysia 2014

367

Perluasan Program MyBN Tahun 2013


Program Kejiranan Indah (My Beautiful Neighbourhood: MyBN) adalah Strategi
Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) di antara KPKT dan Kementerian Dalam
Negeri yang dimulakan pada 2012 telah menampakkan kejayaan. Program ini
bertujuan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh penduduk perumahan
awam seperti kerosakan kemudahan awam, persekitaran tidak terurus dan
kotor seterusnya menjejaskan kualiti hidup rakyat. Pada 2013 sebanyak 21
projek membaik pulih kawasan perumahan awam dan sembilan projek house
build telah dilaksanakan di bawah inisiatif ini.
Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2013
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Seri Chor Chee Heung
(ketika itu) telah merasmikan Hari Landskap Negara 2013 yang bertemakan
1Malaysia:Komuniti Penggerak Negara Taman pada 3 Mac 2013 bertempat
di Taman Mergong Jaya (Fasa 2), Alor Setar, Kedah. HLN 2013 dianjurkan
dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar berlangsung dari 1 hingga 3
Mac 2013.
Pelancaran Kempen Kawalan Tikus
Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri KPKT telah melancarkan Kempen
Kawalan Tikus di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Gotongroyong Perdana Peringkat Kebangsaan pada 24 Ogos 2013 di Dewan Pekan
Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Kempen ini turut dilancarkan serentak
diseluruh negara (kecuali negeri Johor) dengan penglibatan 154 PBT. Kempen
ini dilancarkan berikutan masalah kesihatan awam, kebersihan dan peningkatan
jumlah kes jangkitan penyakit terutamanya disebabkan oleh tikus.

Dato Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan


Kerajaan Tempatan melancarkan Kempen Kawalan Tikus di Kawasan Pihak
Berkuasa Tempatan dan Gotong royong Perdana Peringkat Kebangsaan
pada 24 Ogos 2013 di Dewan Pekan Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah

368

Malaysia 2014

Larian Kitar Semula 2013


Larian Kitar Semula 2013 yang bersifat fun run sejauh 3.5km telah berlangsung
secara serentak pada 15 Jun 2013 di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia
kecuali Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Abd Rahman Dahlan melepaskan
larian di lokasi utama di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Seramai 38,000 peserta
mendaftar pada tahun ini di seluruh Semenanjung Malaysia. Penyertaan secara
percuma yang terbuka kepada semua lapisan umur memerlukan peserta
menyerahkan barangan kitar semula untuk melayakkan penyertaan.
Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk
Pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM63 juta untuk
menubuhkan 24 zon Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di setiap PBT.
JPP merupakan satu entiti yang dianggotai wakil masyarakat setempat bagi
menyokong program pembangunan masyarakat, di samping menangani isuisu perbandaran di kawasan PBT. KPKT telah merangka untuk menubuhkan
148 JPP di setiap kawasan bandar di bawah pentadbiran pihak berkuasa
tempatan (PBT) seluruh negara kecuali Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Program Rumah Transit di Bandar
Program Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil telah dipilih sebagai
program perintis Rumah Transit iaitu kemudahan perumahan untuk pasangan
yang baru berkahwin. Dilaksanakan pada awal 2014, program ini bertujuan
mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah, untuk
memulakan kehidupan dan memiliki rumah sendiri di bandar. PPR Bukit Jalil
dipilih berdasarkan kedudukannya yang strategik iaitu lebih kurang 15 minit
dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Sebanyak 632 unit rumah diperuntukkan
kepada 632 pasangan kelamin muda. Setiap unit rumah berkeluasan 650 kaki
persegi dan dilengkapi dengan kipas, lampu, lantai jubin dan kad akses lif
untuk ke unit individu. Selain itu, PPR ini juga dibangunkan dengan pelbagai
kemudahan antaranya sistem kamera litar tertutup (CCTV), pondok pengawal
keselamatan, kawasan berpagar, Unit Komuniti Bomba, unit untuk penjagaan
kanak-kanak, surau dan ruang serbaguna.
Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2013
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato
Abdul Rahman Dahlan telah merasmikan Sambutan Hari Tandas Sedunia
Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 pada 19 November 2013 di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Tema sambutan pada tahun
ini ialah Tandas Kita: Bersih, Ceria dan Selesa bersesuaian dengan Tahun
Melawat Malaysia 2014. Sempena sambutan ini, pelbagai aktiviti diadakan

Malaysia 2014

369

antaranya Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia yang mempertandingkan 11


kategori dan penyertaan terbuka kepada sekolah, kawasan pelancongan,
pejabat-pejabat kerajaan, hentian awam, restoran, PBT, pusat beli-belah dan
rumah ibadat.
Ops Raya dan Kempen Anti Litter
Sempena Musim Perayaan 2013 YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan, Dato Abdul Rahman Dahlan telah melancarkan
program Ops Raya dan Kempen Anti Litter sempena musim perayaan 2013
pada 18 Julai 2013 di Plaza Tol Sungai Besi. Ops Raya 2013 buat julung kalinya
diadakan secara bersepadu antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSPN) Negara. JBPM
menjalankan Ops Raya pada 1 hingga 18 Ogos di 16 lokasi yang berisiko dan
melibatkan seramai 9,100 pegawai (71 peratus pegawai bertugas) daripada
13,000 anggota (29 peratus anggota menjalankan tugasan pentadbiran)
yang akan bertugas selama 24 jam secara giliran. Sebanyak 267 buah balai
bomba terlibat dalam Ops Raya, membuat rondaan di jalan Persekutuan, Jalan
Bandaran dan lain-lain jalan sepanjang tempoh tersebut. Tujuan Ops Raya ini
dijalankan adalah untuk memberi kesedaran orang ramai terhadap bahaya
kebakaran dan kemalangan jalanraya, seterusnya membendung kehilangan
nyawa dan harta benda.
Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2013
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah
merasmikan Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2013 pada 18
November 2013. Memasuki 13 tahun pelaksanaannya kempen ini berjaya
meningkatkan kesedaran masyarakat untuk kitar semula apabila kadar kitar
semula meningkat dari lima peratus pada tahun 2006 kepada 10.5 peratus
pada tahun 2012.
Pelancaran Skim MyHome
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) telah diumumkan oleh
Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika membentangkan
Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober
2013. KPKT dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan dan memastikan
kejayaan skim ini yang akan menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit
kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta. Skim MyHome
mula dilaksanakan pada 1 April 2014 di seluruh negara. Skim ini melibatkan
peruntukan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu
milik di seluruh negara adalah langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi
menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik.

370

Malaysia 2014

JABATAN/AGENSI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Pejabat Perancangan Bandar yang pertama telah dibuka di Bangunan
Sekretariat Kuala Lumpur (Bangunan Sultan Abdul Samad) pada 18 Januari
1921. Antara aktiviti awal termasuklah perancangan dan penyusunan semula
lot tanah perancangan bangunan dan perumahan awam, pelebaran jalan dan
pelurusan Sungai Klang. Fungsi jabatan ini ialah untuk mengukuhkan sistem
pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi di kawasan bandar dan desa bagi
meningkatkan taraf kehidupan selaras dengan matlamat negara; mengatur,
mengawal dan menyelaras pemajuan, penggunaan dan pemuliharaan tanah
melalui pelaksanaan berkesan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172)
dan akta-akta berkaitan; menggubal dan melaksana kaedah, dasar, pelan dan
garis panduan perancangan serta memastikan pemakaian yang berkesan
oleh semua agensi di peringkat perancangan; dan memastikan perkhidmatan
perancangan.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Tingkat 1, Blok
Tanjung, Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur. Tel: 03-2698 9211 Faks: 03-2692
9994 Laman web: www.townplan.gov.my

Jabatan Kerajaan Tempatan


Jabatan Kerajaan Tempatan dipertanggungjawabkan untuk membantu
membimbing dan menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merancang,
mengawal dan melaksanakan program pembangunan sosioekonomi dan
perkhidmatan perbandaran ke arah pembentukan masyarakat makmur,
sejahtera dan berdaya maju selaras dengan matlamat pembangunan negara.
Selain itu jabatan ini juga berperanan menentukan PBT wujud sebagai unitunit kerajaan tempatan yang cekap dan berupaya dari segi pentadbiran
dan kewangan agar mereka dapat menyedia dan memberi perkhidmatanperkhidmatan yang moden dan bermutu untuk faedah dan kesejahteraan
masyarakat tempatan yang ditadbirkan.
Jabatan Kerajaan Tempatan, Aras 25-29, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100
Putrajaya Tel: 03-8891 5000 Faks: 03-8891 3090 Laman web: http://jkt.kpkt.gov.my/bm

Jabatan Perumahan Negara (JPN)


JPN telah ditubuhkan pada tahun 1976 berasaskan kepada keputusan
Jemaah Menteri bagi menggantikan Amanah Perumahan Malaysia. Ianya telah
diwujudkan sejak tahun 1950 dan dibubarkan melalui Akta 339 (Pembubaran)
Amanah Perumahan 1976. Antara fungsi utama jabatan ini ialah merangka dasar,
perundangan dan peraturan berkaitan sektor perumahan di peringkat nasional;
merancang dan melaksana Program Perumahan Rakyat (PPR); melaksanakan

Malaysia 2014

371

penyelidikan dan pembangunan perumahan serta menyediakan maklumat


maklumat berkaitan sektor perumahan; dan memproses serta mengeluarkan
lesen dan permit iklan dan jualan kepada pemajupemaju perumahan swasta.
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100
Putrajaya Tel: 03-8000 8000 Faks: 8891 4088 Laman web: http://ehome.kpkt.gov.my

Jabatan Landskap Negara (JLN)


JLN secara rasminya ditubuhkan pada 1 Januari 1996 hasil keputusan kerajaan
untuk mewujudkan sebuah jabatan yang bertanggungjawab khusus ke atas
usaha melandskap seluruh negara. Penubuhan jabatan diasaskan kepada
peningkatan taraf Bahagian Penyelarasan dan Pengawasan Taman-taman
Awam dan Landskap, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia. Antara fungsi utama jabatan ini ialah merancang, menyelaras,
melaksana dan mengawal selia pembangunan landskap, keperluan kawasan
lapang, kawasan hijau dan kemudahan rekreasi negara; penguatkuasaan
perundangan, pelaksanaan dasar dan garis panduan di pelbagai peringkat
dalam perancangan; dan perlaksanaan dan pengurusan pembangunan
landskap.
Jabatan Landskap Negara, Tingkat 7, Plaza Permata-IGB, Jalan Kampar Off Jalan Tun
Razak, 50400 Kuala Lumpur. Tel: 03-4047 0000 Faks: 03-4045 2416 Laman web:
www.kpkt.gov.my/jln

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)


Perkhidmatan Bomba di Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan
penubuhan Bomba Sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy
bersama 15 anggota. Pasukan ini diletakkan di bawah Lembaga Kebersihan
yang kemudiannya menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun
1895. Perkhidmatan Bomba terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan di
bawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Jabatan ini berperanan
untuk memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran;
melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran; menentukan
adanya jalan keluar kebakaran, penyelenggaraan dan pengawalseliaan yang
sempurna; menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran;
dan melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan
harta semasa berlakunya apa-apa bencana.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250 Putrajaya.
Tel: 03-88880036/37/38/40 Faks: 03-88880025 Laman web: www.bomba.gov.my

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)


TTPR iaitu satu badan bebas telah ditubuhkan berkuat kuasa pada 1 Disember
2002 ekoran daripada pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan

372

Malaysia 2014

Pelesenan) 1966 (Akta 118) sebagaimana yang diperuntukkan di bawah


Seksyen 16B, Bahagian VI Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
(Pindaan) 2002 (Akta 1142). Bidang kuasa TTPR hanya meliputi Semenanjung
Malaysia sahaja (tidak termasuk Sabah dan Sarawak). Tribunal ini menyediakan
satu saluran atau kemudahan alternatif kepada pembeli rumah untuk menuntut
ganti rugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara mudah,
murah dan cepat.
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Aras 3, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100
Putrajaya Tel: 03-8891 4758/4746/4774 Faks: 03-8891 4755 E-mel: tribunal@kpkt.gov.my

Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata


Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata
(TPS) telah ditadbir di bawah satu organisasi yang dikenali sebagai Tribunal
Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) bermula Januari 2014. Kedua-dua
jenis tribunal ini mempunyai fungsi dan bidang kuasa yang berbeza serta khusus
dalam melaksana dan mengendalikan undang-undang. TTPR ditubuhkan
pada 1 Disember 2002 melalui seksyen 16B Akta Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] manakala, TPS ditubuhkan melalui
seksyen 102 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] yang telah diluluskan
dan diwartakan pada 8 Februari 2013. TTPR merupakan satu forum alternatif
kepada pembeli rumah untuk menuntut ganti rugi dan pampasan daripada
pemaju perumahan dengan cara mudah, murah dan cepat. TPS pula
merupakan forum alternatif untuk mendengar dan menentukan apa-apa
tuntutan dan pertikaian mengenai pengurusan dan penyenggaraan bangunan
berstrata sepertimana yang diperuntukkan dalam Bahagian I, Jadual Keempat,
Akta 757. Walau bagaimanapun, Akta 757 masih belum dikuatkuasakan dan
demikian TPS masih belum dapat beroperasi lagi.
Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, Aras 3 & 4, No. 51, Persiaran
Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya Tel: 03-8891 5000 Faks: 03-8891 4755
E-mel: tribunal@kpkt.gov.my

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)


JPSPN ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam 2007 (Akta 672) yang diluluskan Parlimen pada 17 Julai 2007 dan
diwartakan pada 30 Ogos 2007, bagi mengintegrasikan sistem pengurusan
sisa pepejal di peringkat nasional. Akta ini memberi kuasa eksekutif kepada
kerajaan persekutuan untuk melaksanakan tanggungjawab mengenai
pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. JPSPN memainkan
peranan dalam penyediaan dasar, strategi dan perancangan pengurusan
sisa pepejal (PSP) bersepadu di peringkat makro, selain bertanggungjawab
menggubal peraturan-peraturan sebagaimana terkandung dalam (Akta 672)

Malaysia 2014

373

Dato Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan


Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berinteraksi
dengan gelandangan semasa aktiviti turun padang beliau
pada 2 Ogos 2013

serta menetapkan standard, spesifikasi dan tata amalan. Jabatan ini juga
bertanggungjawab melaksanakan penswastaan penuh PSP, meluluskan dan
memberi lesen perkhidmatan dan kemudahan PSP serta pembersihan awam.
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Aras 23-24, No. 51, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya Tel: 03-8891 5000 Faks: 03-8891 3190 Laman web:
www.kpkt.gov.my/jpspn

Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan


Tempatan
Institut ini ditubuhkan dengan peranan untuk melaksanakan latihan mengenai
penempatan manusia, persekitaran dan kualiti hidup, perancangan dan
pengurusan bandar serta perkhidmatan perbandaran melalui kajian ke
atas demografi, migrasi, sosiobudaya, ekonomi, pembangunan teknologi,
pengurusan, perubahan teknologi dan perkembangan semasa pentadbiran
negara. Selain itu, institut ini juga menyediakan kertas-kertas makluman untuk
dibentangkan di peringkat kebangsaan dan persidangan antarabangsa dalam
menangani isu-isu berkaitan perumahan dan kerajaan tempatan.
Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan KM 48,
Persimpangan Lebuhraya Bertingkat Karak, Berjaya Hills, 28750 Bukit Tinggi, Pahang

374

Malaysia 2014

Tel: 09-2229000/9001 Faks: 09-2229014/9015 E-mel: il.admin@kpkt.gov.my Laman


web: http://ilpkt.kpkt.gov.my

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam


Perbadanan ini ditubuhkan untuk mengesyorkan dasar, perancangan dan
strategi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam
kepada JPSPN. Antara fungsi utama perbadanan ini ialah melaksanakan,
menggalakkan penyertaan dan mempertingkatkan kesedaran orang awam
mengenai program kesedaran dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan
pembersihan awam; menerapkan amalan kitar semula dan pengasingan sisa
di sumber secara sistematik di samping menekankan ciri-ciri pembangunan
yang mapan meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial; dan memproses
permohonan baru, pembaharuan dan pembatalan / penggantungan lesen
pembekal perkhidmatan pengurusan sisa pepejal sehingga pengesyoran
kepada JPSPN.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Bangunan Wisma UOA,
Tingkat Mezzanine 2, 3 dan 4, No. 11, Jalan Pantai Jaya (Jalan 4/83 A), 59200 Kuala
Lumpur. Tel: 03-2245 9292 Faks: 03-2245 9394/9293 Laman web: www.ppsppa.gov.my

Malaysia 2014

375

KEMENTERIAN SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI

Majlis Perasmian 1001 Inventions Malaysia 2013

Aras 1-7
Blok C4 & C5, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 Putrajaya
Telefon
: 03-8000 8000
Faks
: 03-8888 9070
Laman Web : www.mosti.gov.my

376

Malaysia 2014

MENTERI

YB Datuk Dr. Ewon Ebin

TIMBALAN MENTERI

YB Datuk Dr. Abu Bakar


Bin Mohamad Diah

Sehingga 31 Ogos 2013 daripada sejumlah RM2.9


bilion peruntukan yang disalurkan untuk membiayai
projek R,D&C oleh MOSTI dan agensi, sejumlah
RM2.3 bilion nilai jualan telah dijana. Di samping itu,
sebanyak 313 projek telah dikomersilkan daripada
1,288 projek yang berpotensi. Daripada projek yang
dikomersilkan ini, sebanyak 14,320 peluang pekerjaan
telah diwujudkan
Datuk Dr. Ewon Ebin
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Malaysia 2014

377

PENGENALAN
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi asalnya dikenali sebagai Kementerian
Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan yang ditubuhkan pada tahun
1973. Kemudian, pada tahun 1976 kementerian ini ditukar nama kepada
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar selaras dengan penekanan
kerajaan ke atas hal-hal berkaitan alam sekitar. Pada 27 Mac 2004, Kabinet
memutuskan pertukaran nama kementerian ini kepada Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi seiring dengan kepentingan aplikasi sains, teknologi dan
inovasi dalam pembangunan negara bagi mempertingkatkan daya saing dan
seterusnya mencapai Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju.
PENCAPAIAN DAN AKTIVITI PENTING 2013
Kajian R&D Kebangsaan Tahun 2012
Pada tahun 2013, Pusat Maklumat Sains dan Teknologi (MASTIC) telah
melaksanakan empat kajian utama iaitu Kajian R&D Kebangsaan Tahun 2012,
Kajian Inovasi Kebangsaan 2009-2011, Kajian Bibliometrik 2012 dan Kajian
Inventori Kemudahan dan Peralatan S&T 2012. Kajian R&D Kebangsaan 2012
bertujuan menganalisis statistik semasa aktiviti R&D negara yang dilaksanakan
oleh sektor awam (institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan institut
penyelidikan kerajaan) dan sektor perniagaan bagi tempoh tahun kewangan
2008 hingga 2011. Antara petunjuk yang diperoleh pada tahun 2011 ialah
perbelanjaan kasar dalam R&D, GERD (RM9.422 bilion), GERD/GDP (1.07%),
bilangan penyelidik (73,752 orang) dan nisbah penyelidik/10,000 tenaga kerja
(58.2).
Star Trek: The Exhibition Pertama di Asia
Penganjuran pameran bertema Star Trek: The Exhibition yang berlangsung dari
13 Disember 2012 sehingga 31 Mac 2013. Pameran yang dihasilkan daripada
filem Star Trek ini adalah buat julung-julung kalinya di bawa ke Asia dan Pusat
Sains Negara merupakan destinasi yang pertama. Pameran ini memberi
peluang kepada pengunjung untuk melihat koleksi terbesar artifak, kostum
serta kelengkapan yang digunakan dalam kesemua 5 siri televisyen dan 11
filem Star Trek yang pernah ditayangkan. Seramai 31,202 orang telah hadir
sepanjang tempoh pameran ini diadakan.
World Economic Forum (WEF)
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan
Inovasi telah menghadiri World Economic Forum (WEF) di Davos, Switzerland
dari 23 26 Januari 2013 sebagai sebahagian daripada delegasi Malaysia
yang diketuai oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Hj. Abd Razak. Selaras
dengan tema forum bagi tahun 2013 iaitu Resilient Dynamism, Menteri telah

378

Malaysia 2014

menghadiri beberapa sesi WEF termasuk The Social Technology Context,


The Healthcare Context, The Economic Malaise and its Perils, Bolstering
Ocean Resilience, Sustainable Competitiveness, An Insight, An Idea with
Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Meeting the Innovation Imperative, dan
The Global Science Outlook.
Delivering The Borneo Bioeconomy Innovation Persidangan BioBorneo 2013
Program ini telah diadakan pada 19-20 Februari 2013 di Magellan Sutera,
Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah dengan tema Delivering the
Borneo Bioeconomy Innovation yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk
Seri Panglima Musa Haji Aman yang diwakili oleh timbalannya Datuk Seri
Panglima Yahya Hussin. Seramai 224 peserta persidangan dan 40 pempamer
pameran bioteknologi telah menyertai program ini. Turut diadakan program
promosi bioteknologi ke sekolah-sekolah yang dikenali sebagai MyBiotech@
School bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada para
pelajar serta guru mengenai bioteknologi.
Pengiktirafan OECD on Mutual Acceptance Data (MAD)
Pada 29 Mac 2013, Malaysia telah diberi pengiktirafan sebagai fully adherent
to Organisation for Economic Co-operation Development (OECD) Mutual
Acceptance of Data for Good Laboratory Practices. Salah satu outcome MAD
ini adalah untuk menggalakkan kerjasama dalam kalangan 40 negara-negara
OECD seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan Jerman terutamanya dalam
bidang kimia dan produk kimia, racun perosak, feed additive dan bioteknologi.
Persidangan Pencapaian Program Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang
(CTI)
Persidangan Pencapaian CTI dianjurkan bersama oleh NOD, MOSTI dan
WWF Malaysia pada 10-11 Jun 2013 di Putrajaya, bertujuan untuk melapor
dan menilai kejayaan dan pencapaian pelaksanaan program CTI di Malaysia.
Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Paul W. Jones turut
menghadiri perasmian Persidangan sebagai tanda sokongan Amerika Syarikat
selaku rakan pembangunan CTI.
1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Muslim
Penganjuran pameran bertema 1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun
Muslim yang berlangsung dari 31 Ogos 2013 sehingga 28 Februari 2014.
Pameran yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri ini diadakan
bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pencapaian
saintifik dan kebudayaan tamadun Islam pada kurun ke-7 sehingga kurun
ke-14.

Malaysia 2014

379

The 3rd Global Science and Innovation Advisory Council (GSIAC)


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengiringi Perdana Menteri yang
mempengerusikan The 3rd Global Science and Innovation Advisory Council
(GSIAC) and The 7th BIO International Advisory panel (BIO IAP) Meeting dari
21 hingga 24 September 2013 di San Francisco, Amerika Syarikat.
BioMalaysia dan Bioekonomi Asia Pasifik 2013
Program ini telah diadakan pada 21-23 Oktober 2013 di Pusat Konvensyen
Antarabangsa, Persada Johor Bahru dengan tema Convergence of Ideas,
Confluence of Opportunities dan dirasmikan oleh Datuk Seri Muhamed Khaled
Nordin, Menteri Besar Johor. Seramai 400 orang tetamu kehormat dan lebih 90
pempamer dari dalam dan luar negara seperti China, Singapura, Jepun, Korea,
Dubai, India, USA, The Netherlands dan Switzerland serta pelbagai jabatan
dan agensi kerajaan serta swasta telah menyertai program ini.
The 15th ASEAN Ministerial Meeting on S&T (AMMST-15) dan The 66th
The ASEAN Committee on Science and Technology (ASEAN COST-66)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan AMMST-15 yang
diadakan pada 12 November 2014 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.
Mesyuarat dua tahun sekali ini dipengerusikan oleh Malaysia, dihadiri oleh
Menteri-menteri Sains dan Teknologi negara anggota ASEAN. Sebagai tuan
rumah Malaysia dijangka memainkan peranan penting dalam membangunkan
pelan tindakan sains, teknologi dan inovasi (STI) baru yang akhirnya akan
menentukan pembangunan dan peranan (STI) dalam merealisasikan Komuniti
ASEAN yang terbuka, dinamik dan berdaya tahan pada tahun 2020. Sebelum
berlangsungnya AMMST-15, ASEAN COST-66 yang mengumpulkan pegawaipegawai kanan Sains dan Teknologi ASEAN sejak 7-11 November 2014, di
lokasi yang sama telah bersetuju memperluaskan skop Kumpulan Wang
Amanah ASEAN untuk sains dan teknologi bagi menyokong pelbagai rangkaian
aktiviti.
World Innovation Forum Kuala Lumpur 2013 (WIF-KL 2013)
WIF-KL 2013 merupakan kesinambungan program Kuala Lumpur Innovation
Forum (KLIF) yang telah diadakan pada tahun 2010 dan 2011 serta WIFKL 2012. Forum ini juga merupakan salah satu program tahunan utama di
bawah Dekad Inovasi (2010-2020) Penganjuran WIF-KL 2013 bertujuan untuk
menyediakan platform strategik bagi kumpulan sasar di kalangan penggubal
dasar sektor awam, swasta dan masyarakat sivil untuk berkongsi pandangan
dan idea bagi mempertingkatkan kreativiti dan inovasi. WIF-KL 2013 juga
mengandungi aktiviti forum yang telah disusun atur berserta 1 komponen
utama iaitu Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (National Innovation
Conference and Exhibition-NICE).

380

Malaysia 2014

Datuk Dr. Ewon, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (duduk) melawat tapak
pameran semasa Majlis Perasmian WIF-KL 2013 pada 13 November 2013

Sebanyak 4 acara satelit bertaraf antarabangsa seperti persidangan, forum,


bengkel dan pameran turut diadakan bermula dari 11 hingga 14 November
2013. Secara keseluruhannya, seramai 19,938 peserta dari dalam dan luar
negara dan sejumlah 58 negara telah terlibat dalam acara forum atau pameran
sepanjang penganjurannya.
Bengkel Saintifik Kedua dan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kedua
Kerjasama Antara China-Malaysia Dalam Bidang Sains dan Teknologi
Marin
Bengkel Saintifik Kedua dan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kedua
Kerjasama antara China-Malaysia dalam bidang Sains dan Teknologi Marin
telah diadakan pada 18 dan 19 November 2013 di Kuala Lumpur dan Putrajaya
untuk mengenalpasti dan memadankan projek-projek kerjasama penyelidikan
di antara penyelidik dan agensi dari kedua-dua negara. Delegasi China diketuai
oleh Timbalan Pentadbir State Oceanic Administration (SOA), TYT Chen
Lianzeng manakala delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha MOSTI,
Dato Dr. Rosli Mohamed mewakili Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Dr. Abu
Bakar Mohamad Diah. Dalam mesyuarat tersebut, SOA dan MOSTI komited
untuk meneruskan 5 program keutaamaan (flagship) dan menggariskan
beberapa tindakan susulan bagi mengukuhkan kerjasama ini.

Malaysia 2014

381

Most Number of Butterfly Specimens Created in a Single Event Malaysia Book of Record
Pada 4 Disember 2013, Pusat Sains Negara telah menempa nama dalam
Malaysia Book of Record apabila berjaya mencipta satu rekod baharu sebagai
Most Number of Butterfly Specimens Created in a Single Event semasa
berlangsungnya Festival Sains 2013. Jumlah penyertaan yang dicatatkan di
dalam rekod ini ialah sebanyak 400 orang yang terdiri daripada pelajar tadika,
pelajar sekolah, pelajar IPT serta daripada kalangan ibu bapa.
Menandatangani Memorandum Persefahaman
Sebanyak dua Perjanjian/Memorandum Persefahaman di peringkat
antarabangsa dalam kerjasama Sains dan Teknologi telah ditandatangani pada
tahun 2013 seperti berikut:
(i) Malaysia dan Republik Kesatuan Myanmar, 5 Februari 2013, Putrajaya;
dan
(ii) Malaysia dan Republik Rakyat China, 4 Oktober 2013, Kuala Lumpur.
Tahun Pengkomersilan MOSTI 2014 (MCY2014)
MCY2014 dengan tema STI for Wealth Creation adalah inisiatif bagi
menyediakan peluang seluasnya kepada teknopreneur mengkomersilkan
hasil R&D mereka. Isu-isu utama serta pain-points dan valley of death dalam
pengkomersilan akan ditangani. Inisiatif dalam MCY2014 perlu diteruskan agar
pengkomersilan teknologi merupakan sebahagian dari budaya rakyat Malaysia.
Melalui inisiatif ini, teknologi anak watan akan diperkasakan ke persada dunia.
Objektif MCY2014 adalah mensasarkan sekurang-kurangnya 60 produk R&D
untuk dikomersilkan; menyediakan satu platform pengkomersilan komprehensif
meliputi aktiviti-aktiviti seperti penambahbaikan dan pembangunan produk
yang mematuhi piawaian dan ujian klinikal dengan kebolehpasaran yang tinggi;
dan meningkatkan kemampuan dan keupayaan usahawan tekno melalui
akademik, teknologi, teknikal, generik dan keusahawanan.
JABATAN/AGENSI
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)
JMM yang pada mulanya dikenali sebagai Perkhidmatan Kajicuaca Malaya
telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 November 1946 di Singapura. JMM
dipertanggungjawabkan untuk membekalkan pelbagai khidmat meteorologi,
seismologi dan tsunami yang berkesan bagi memperbaiki perlindungan hayat,
harta benda dan persekitaran, meningkatkan keselamatan di darat, laut dan
udara dalam mempertingkatkan kualiti hidup dan pertumbuhan ekonomi
mapan. JMM juga memantau rapi keadaan cuaca, iklim dan aktiviti gempa
bumi serta mengeluarkan amaran awal mengenai cuaca buruk, laut bergelora

382

Malaysia 2014

dan tsunami. Di samping itu, JMM juga memantau keadaan jerebu merentas
sempadan yang melanda negara dan menjalankan operasi pembenihan awan
ketika musim kemarau.
Jabatan Meteorologi Malaysia, Jalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor.
Tel.: 03-7967 8000 Faks:03-7955 0964 Laman Web: www.met.gov.my

Jabatan Kimia Malaysia (JKM)


Jabatan Kimia Malaysia pada mulanya dikenali sebagai Makmal Analisis
Kerajaan bagi Negeri-Negeri Selat di Singapura pada tahun 1885 di bawah
kerajaan Kolonial British dan penubuhan cawangannya di Pulau Pinang pada
tahun 1909. Pada tahun 1946, Makmal Kimia di Institut Penyelidikan Perubatan
(IMR) dan Makmal Kimia, Jabatan Perdagangan dan Kastam bergabung. Fungsi
jabatan ini bergantung kepada fungsi bahagian yang terkandung di bawahnya
iaitu forensik, kesihatan alam sekitar, penyelidikan dan jaminan kualiti, industri
dan klasifikasi tarif dagangan dan pembangunan dan maklumat teknologi.
Jabatan Kimia Malaysia, Jalan Sultan, 46661 Petaling Jaya, Selangor Tel: 03-7985
3000 Faks: 03-7985 3092. Laman web: www.kimia.gov.my

Jabatan Standard Malaysia


Jabatan Standard Malaysia adalah badan standard kebangsaan dan badan
akreditasi kebangsaan di Malaysia yang telah ditubuhkan secara rasminya
pada 28 Ogos 1996. Jabatan Standard Malaysia juga bertanggungjawab
dalam aktiviti aktiviti akreditasi yang juga pada asalnya dijalankan oleh Majlis
Akreditasi Kebangsaan (MAC). Tugas dan fungsi Jabatan Standard Malaysia
adalah tertakluk kepada Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549).
Standards Malaysia, Century Square, Aras 1 & 2, Blok 2300, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya. Tel.: 03-8318 0002. Faks: 03-8319 3131. Laman web:
www.standardsmalaysia.gov.my

Agensi Nuklear Malaysia (ANM)


Agensi Nuklear Malaysia diberikan kepercayaan untuk memenuhi wawasan
kerajaan bagi memperkenalkan dan mempromosikan penggunaan teknologi
nuklear dalam pembangunan Negara. Telah ditubuhkan pada 19 September 1972,
ketika itu ia dikenali sebagai Pusat Penyelidikan dan Aplikasi Tenaga Nuklear
(CRANE), dan kemudian dinamakan semula sebagai Pusat Penyelidikan
Atom Tun Ismail (PUSPATI). Pada Jun 1983, PUSPATI diletakkan di bawah
Jabatan Perdana Menteri dan dikenali sebagai Unit Tenaga Nuklear (UTN). Ia
dipindahkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada Oktober
1990 dan pada 10 Ogos 1994 dikenali sebagai Institut Penyelidikan Teknologi

Malaysia 2014

383

Nuklear Malaysia (MINT). Pada 28 September 2006, MINT sekali lagi diberi
identiti baru sebagai Agensi Nuklear Malaysia (NUKLEAR MALAYSIA).
Nuklear Malaysia, Bangi 43000 Kajang, Selangor Tel: 03-8911 2000 Faks : 03-8925
3827 Laman web: www.nuclearmalaysia.gov.my

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)


ANGKASA bertanggung jawab mempelopori pembangunan sektor angkasa
negara. Mula beroperasi pada tahun 2004, ANGKASA melaksanakan program
pendidikan dan kajian sains angkasa, pembangunan sistem dan infrastruktur
angkasa, serta pembangunan teknologi, aplikasi dan industri angkasa
tempatan. ANGKASA juga membantu kerajaan menyediakan Dasar Angkasa
Negara sebagai rangka kerja utama pembangunan sektor angkasa negara.
Program pembangunan satelit negara seperti TiungSAT-1, RazakSAT dan
RazakSAT-2 dan Program Angkasawan Negara adalah antara program utama
ANGKASA. Antara fasiliti di bawah kendalian ANGKASA adalah Planetarium
Negara, Observatori Negara Langkawi dan Pusat Angkasa Negara.
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Lot
2233, Jalan Turi, Kg. Sungai Lang, 42700 Banting, Selangor, Banting, Selangor. Tel:
03-3180 4377 Faks: 03-3180 8503 Laman web: www.angkasa.gov.my

Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM)


Agensi Remote Sensing Malaysia dahulunya dikenali sebagai Pusat Remote
Sensing Negara (MACRES) ditubuhkan pada tahun 1988. Agensi ini berfungsi
sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang teknologi
remote sensing dan teknologi berkaitan (Sistem Maklumat Geografi - GIS dan
Sistem Penentududukan Global GPS). Peranan utama Remote Sensing
Malaysia adalah untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (P&P)
aplikasi remote sensing dan teknologi berkaitan dan melaksanakan pembekalan
imej satelit remote sensing kepada pengguna. Agensi ini adalah pembekal
tunggal data satelit remote sensing kepada agensi-agensi kerajaan.
Agensi Remote Sensing Malaysia, No.13, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Tel:
03-2697 3400 Faks: 03-2697 3350/ 3360. Laman web: www.remotesensing.gov.my

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)


AELB berperanan mengatur, mengawalselia dan mengawal aktiviti tenaga
atom di Malaysia selaras dengan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta
304). AELB yang ditubuhkan mulai 1 Februari 1985 adalah sebuah jabatan
di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), membantu bagi
memastikan kesejahteraan negara dalam mengawal penggunaan teknologi

384

Malaysia 2014

nuklear dan sinaran demi menjaga kesejahteraan rakyat, keselamatan dan


sekuriti Negara serta alam sekitar.
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor
Tel: 03-8922 5888 Faks: 03-89223685 Laman web: www.aelb.gov.my

SIRIM Berhad
SIRIM Berhad sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah
Menteri Kewangan Diperbadankan adalah sebuah organisasi penyelidikan dan
teknologi khusus untuk pembangunan industri di Malaysia. Tiga bidang utama
yang diterajui SIRIM dalam meningkatkan daya saing perindustrian tempatan
adalah Tenaga & Alam Sekitar, Teknologi Perubatan serta Loji dan Mesin.
SIRIM menawarkan penyelesaian menyeluruh dalam pembangunan teknologi,
perkhidmatan teknikal dan juga penilaian pematuhan. SIRIM turut memberikan
perkhidmatan reka bentuk, kejuruteraan dan pembangunan prototaip bagi
produk automotif dan elektronik, mesin dan peralatan, sistem automasi, acuan
dan dai bagi pengeluaran, serta komponen dan peralatan. Dalam bidang
standard dan kualiti, SIRIM menyediakan perkhidmatan komprehensif dalam
pensijilan, pemeriksaan dan pengujian kepada industri sebagaimana yang
diakreditasi standard antarabangsa seperti Jabatan Standard Malaysia dan
United Kingdom Accreditation Services.
SIRIM Berhad, No.1, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2, Peti Surat 7035, 40911 Shah
Alam, Selangor Tel: 03-5544 6694 Faks: 03-5510 8095 Laman web: www.sirim.my

Taman Teknologi Malaysia (TPM)


TPM ditubuhkan pada tahun 1996 dan berfungsi untuk menyediakan Malaysia
ke arah era informasi. TPM bertindak sebagai R&D, inovasi dan pengkomersilan
teknologi kebangsaan, dan menyediakan platform bagi penubuhan rangkaian
perniagaan dan teknologi yang strategik antara institusi penyelidikan dan industri.
TPM juga menjadi pemangkin dan memainkan peranan dalam pembangunan
Multimedia Super Corridor (MSC) dan agenda bioteknologi negara. Pada masa
ini, TPM mempunyai infrastruktur penyelidikan dan pembangunan K-industri
antara yang paling maju dan lengkap di dunia.
Taman Teknologi Malaysia (TPM), Aras 5, Enterprise 4, Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur Tel: 03-8998 2020 Faks: 03-8998 2110 Laman web:
www.tpm.com.my

Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC)


MTDC sebuah syarikat milik penuh Khazanah Nasional Malaysia, telah
ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1992. Fokus utama MTDC

Malaysia 2014

385

ialah menyediakan perkhidmatan bersepadu yang merangkumi pengurusan


dana, pengurusan pusat teknologi serta khidmat nasihat dan bimbingan
kepada syarikat tempatan yang berteraskan teknologi, khususnya generasi
baru usahawan tekno tempatan, daripada peringkat makmal hingga ke tahap
pengkomersilan sepenuhnya. MTDC menguruskan dua dana, iaitu Dana
Pengkomersilan, Penyelidikan dan Pembangunan (CRDF) yang membiayai
pengkomersialan R&D dari kedua-dua sektor iaitu sektor awam dan swasta
pada skala komersial, dan Dana Perolehan Teknologi (TAF) yang membiayai
aktiviti berkaitan pemerolehan teknologi dari luar Negara.
Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC), Aras 8 9, Menara
Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Tel:03-2172 6000 Faks:
03-2163 7542 Laman web: www.mtdc.com.my.

Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp)


BiotechCorp bertanggungjawab menggalakkan pembabitan sektor swasta
dalam bidang bioteknologi. Ia juga berperanan mempromosikan negara
sebagai pusat bioteknologi serantau, menyelaras aktiviti penyelidikan dan
pembangunan (R&D) berasaskan komersial serta menyelaras permohonan
insentif-insentif yang ditawarkan kerajaan berkaitan bioteknologi. BiotechCorp
dikawal selia oleh Majlis Pelaksanaan Bioteknologi dan mendapat nasihat
daripada Panel Penasihat Bioteknologi Antarabangsa. Kedua-dua badan ini
dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Perbadanan Bioteknologi Malaysia, Aras 23, Menara Atlan, 161B Jalan Ampang, 50450
Kuala Lumpur. Tel: 03-21165588 Faks: 03-21165411 Laman web: www.biotechcorp.
com.my

Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)


MRM ditubuhkan pada tahun 1993 untuk meneroka inovasi dan mempromosi
serta meneraju program reka bentuk bagi meningkatkan kemahiran rekabentuk
industri, kemampuan dan standards di Malaysia. Selain itu, MRM juga
berperanan sebagai sebuah badan pemikir dan penasihat dalam merevolusikan
rekabentuk yang berinovatif dan memastikan ianya standing dengan standard
antarabangsa.
Majlis Rekabentuk Malaysia, Aras 11-12 (Sayap Barat) Menara MATRADE, Jalan
Khidmat Usaha Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur Tel: 03-6203 0030 Faks: 03-6203
0093 Laman web: www.mrm.gov.my

Akademi Sains Malaysia (ASM)


ASM ditubuhkan di bawah Akta Akademi Sains Malaysia pada 1 Februari 1995
sebagai sebuah badan pemikir kepada kerajaan di bidang sains, kejuruteraan

386

Malaysia 2014

dan teknologi. Misi ASM adalah bagi meneruskan, menggalakkan dan


meningkatkan inovasi sains kejuruteraan dan teknologi untuk pembangunan
negara dan faedah manusia sejagat.
Akademi Sains Malaysia, Tingkat 20, Sayap Barat, Menara MATRADE, Jalan Khidmat
Usaha Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur Tel: 03-6203 0633 Faks: 03-6203 0634
Laman Web: www.akademisains.gov.my.

Pusat Sains Negara


Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasmi oleh mantan Perdana Menteri
Malaysia, YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 29 November 1996.
Misi utama Pusat Sains Negara adalah untuk menggalakkan pembelajaran
sepanjang hayat Sains dan Teknologi (S&T) danmemupuk semangat inovasi di
kalangan rakyat Malaysia. PSN mempunyai pelbagai jenis pameran yang direka
untuk merangsang, menarik dan menggalakkan pengunjung untuk memupuk
minat yang aktif dalam S&T. Ia bertujuan supaya PSN menjadi pilihan pertama
bagi pengunjung yang mencari peluang untuk meneroka sains, teknologi dan
inovasi. Untuk mencapai matlamat ini, Pusat Sains Negara menggunakan dua
pendekatan iaitu Program In-reach dan Program Outreach.
Pusat Sains Negara, Pesiaran Bukit Kiara 50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Tel: 03-20921150 Faks: 03-20921259 Laman Web: www.psn.gov.my

Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd (ATSB)


ATSB telah ditubuhkan pada tahun 1997 menerusi mandat yang diberikan
untuk meningkatkan kemajuan Negara di dalam bidang satelit dan teknologi
angkasa lepas khususnya di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan
(R&D) reka bentuk teknologi yang inovatif mengikut sistem piawaian yang
telah ditetapkan. ATSB telah memainkan peranannya sebagai perintis dalam
menguasai bidang tersebut bukan sahaja di Malaysia malah di Asia Tenggara
menerusi beberapa program yang telah dilaksanakan dengan jayanya termasuk
pelancaran satelit TiungSAT-1 dan RazakSAT iaitu satelit remote sensing
pertama di dunia mengelilingi orbit berhampiran Khatulistiwa telah berjaya
dilancarkan pada 14 Julai 2009. ATSB turut mengaplikasi teknologi satelit
yang diperolehi secara inovatif untuk memenuhi program angkasa negara yang
lain seperti projek Angkasawan, Sistem Amaran Awal Tsunami Kebangsaan,
Teleskop Robotik Stellar Balai Cerap Solar Negara, Sistem Solar Virtual Realiti
Al-Falak, Projek Masjid Pintar, Sistem Pemantauan Radiasi Persekitaran serta
Sistem Pemantauan Angin dan Penglihatan Kawalan Trafik Udara.
AstronauticTechnology (M) Sdn. Bhd (ATSB), 2, Jln Jururancang U1/21, HICOM
Glenmarie Industrial Park, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5569 0100
Faks: 03-5569 6109 Laman web: www.atsb.my

Malaysia 2014

387

MIMOS Berhad
MIMOS menjalankan penyelidikan gunaan dalam bidang ICT, semikonduktor
dan mikroelektronik melalui perkongsian pintar pelbagai pihak berkepentingan
iaitu Universiti-universiti, institut penyelidikan, sektor kerajaan dan industri
dengan fokus kepada teknologi terkehadapan. MIMOS memberi penekanan
kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang didorong pasaran
untuk memastikan teknologi boleh dikomersilkan untuk pertumbuhan yang
mampan. Usaha R&D adalah tertumpu kepada enam kluster teknologi iaitu
Informatik Termaju, Pengkomputeran Grid, Keselamatan Maklumat, Teknologi
Pengetahuan, Mikrosistem dan MEMS dan Komunikasi Tanpa Wayar.
MIMOS Berhad, Technology Park Malaysia, 57000 Kuala Lumpur. Tel: 03-89955000
Faks: 03-89962755 Laman we: www.mimos.my

Cybersecurity Malaysia
Peranan CyberSecurity Malaysia sebagai pusat pakar keselamatan siber
nasional telah mendapat pengiktirafan sama ada di peringkat tempatan
mahupun antarabangsa. Dengan penubuhan CyberSecurity Malaysia, rakyat
Malaysia terutamanya pengguna internet kini mempunyai satu pusat rujukan
bagi isu-isu berkaitan keselamatan internet dan ancaman siber. Antara
perkhidmatan yang ditawarkan oleh CyberSecurity Malaysia adalah Pusat
Bantuan Cyber999 yang dikendalikan oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan
Komputer Malaysia (Malaysia Computer Emergency Responce Team
MyCERT), Perkhidmatan Forensik Digital, Pengurusan Keselamatan Maklumat
dan Amalan Terbaik, Jaminan Keselamatan, Pembangunan Profesional
Keselamatan Maklumat, Program Kesedaran Keselamatan Maklumat melalui
Program Cyber Security Awareness for Everyone (CyberSAFE), Perkhidmatan
Penilaian Kelemahan serta Badan Pensijilan Common Criteria Malaysia dan
Kajian Dasar Keselamatan Maklumat.
Cybersecurity Malaysia, Tingkat 8, Blok A, Mines Waterfront Business Park, No. 3
Jalan Tasik, The Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-89460999 Faks: 03-89460888 Laman web: www.cybersecurity.my

Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPHARM)


Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPHARM) diasaskan pada
tahun 2006 berperanan untuk menerajui sektor bioteknologi kesihatan negara.
Bioteknologi kesihatan memainkan peranan penting untuk merealisasikan Dasar
Bioteknologi Kebangsaan yang dirangka pada tahun 2005. Kekayaan sumber
semula jadi negara mampu mengerakkan usaha penemuan, pembangunan
dan pemasaran farmaseutikal dan nutraseutikal, seterusnya menyumbang
kepada pembangunan sosioekonomi negara.

388

Malaysia 2014

Institut Farmaseutikal Dan Nutraseutikal Malaysia, Bangunan Pentadbiran, Blok 5-A,


Halaman Bukit Gambir, 11700 Pulau Pinang Tel: 04-652 1200 Faks: 04-656 3020
Laman web: www.ipharm.gov.my

Inno Biologics
Inno Biologics adalah agensi yang terlibat dengan pengkhususan dalam
teknologi kultur sel mamalia dan pengoperasian kemudahan state-of-the-art
cGMP untuk pengeluaran biopharmaceuticals. Kemudahan ini dibina untuk
mematuhi peraturan Badan Perubatan Eropah (EMEA) dan Amerika Syarikat
Food and Drug Administration (FDA). Agensi ini menawarkan perkhidmatan
lengkap dari mula hingga akhir operasi untuk pengembangan protein terapeutik.
Pengendalian, kepantasan dan kos perkhidmatan yang berkesan akan
mengurangkan risiko, kos dan masa pelaburan. Perkara ini akan memastikan
pelanggan menempatkan produk ke pasaran, sesuai dengan visi dan strategi
mereka. Dengan skala streamline-up kerja dan muat transien transfer ke skala
produksi, Inno Biologics adalah landasan terbaik untuk menyambung segala
penemuan dan membawanya ke pasaran.
Inno Biologics Sdn Bhd. Lot 1 Persiaran Negeri BBN, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri
Sembilan Tel: 06-7996661 Faks: 06-7996660 Laman web: www.innobiologics.com

Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI)


ABI diwujudkan di atas Dasar Bioteknologi Kebangsaan yang dirasmikan oleh
Perdana Menteri Malaysia pada 21 April 2005. Ia menerajui penyelidikan,
pembangunan dan pengkomersialan ke atas sektor agro-bioteknologi. ABI
juga berperanan untuk mempromosi produk R,D&C teknologi IP (intellectual
property) dan lain-lain hasil R&D agro-bioteknologi di sektor pertanian.
Penubuhan ABI adalah hasil dari resolusi Majlis Perlaksanaan Bioteknologi
pada 7 September 2006 yang mana telah mendapat kelulusan kerajaan pada
26 November 2006.
Institut Agro-Bioteknologi, Malaysia (ABI) Peti Surat 341, Pejabat Pos UPM Serdang,
43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8943 7257 Faks: 03-8943 5921

Institut Genome Malaysia (MGI)


MGI merupakan sebuah organisasi yang menjalankan penyelidikan dan
penemuan dalam bio-sumber tropikal melalui projek-projek berkaitan penjujukan
genom, perbandingan dan fungsi genomik serta struktur biologi. Objektif
MGI adalah untuk menghasilkan pengetahuan baru dan hartanah intelektual
dalam genomika dan biologi molekul untuk pembangunan berasaskan Inovasi
Teknologi dan Market-Driven Inovasi. Ia mengurus fasiliti teknologi platform dan
makmal lanjutan untuk bidang genom dan bioteknologi molekul.

Malaysia 2014

389

Malaysia Genome Institute (MGI), Heliks Emas Block, UKM-MTDC Technology Centre,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Tel: 03-89267446 Faks:
03-89267972 Laman web: www.genomemalaysia.gov.my

Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP)


MAVCAP telah ditubuhkan pada tahun 2001. Ia adalah syarikat modal teroka
terbesar di negara ini dengan pelaburan dalam sektor ICT dan industri
pertumbuhan tinggi. MAVCAP ditubuhkan untuk menyokong syarikat-syarikat
ICT yang berpangkalan di Malaysia dan juga industri modal teroka. MAVCAP
komited untuk menyediakan satu platform yang kukuh kepada usahawan
untuk mengambil perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
MAVCAP Aras 10, Menara Bank Pembangunan, 1016 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala
Lumpur Tel: 03-20503000 Faks: 03-26983800 Laman web: www.mavcap.com

Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)


MDV yang diperbadankan pada tahun 2002 beroperasi sebagai pembiaya
dan fasilitator pembangunan bagi teknologi maklumat dan komunikasi serta
sektor-sektor berpertumbuhan tinggi. Ia menyediakan pinjaman projek
pusingan dan perkhidmatan sokongan industri. Perkhidmatannya termasuk
program pembangunan pelanggan, perkongsian pengetahuan dan rangkaian,
penilaian dan pemantauan pasca kelulusan, dan perancangan strategik dan
pembangunan model perniagaan.
Malaysia Debt Ventures Berhad (578113-A), Aras 5, Menara Bank Pembangunan,
1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-26172888 Faks:
03-26978998 Laman web: www.mdv.com.my

Kumpulan Modal Perdana (KMP)


KMP telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat Modal Teroka pada 2001
dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. Ia dipertanggungjawapkan
untuk mentadbir dan menguruskan RM190 juta (kini RM237.5 juta) untuk
dana VC Perolehan Teknologi. Visi KMP adalah menjadi pusat akses teknologi
global, kepakaran dan modal untuk Malaysia. Misi KMP adalah untuk memacu
perkembangan teknologi dengan memanfaatkan rangkaian antarabangsa bagi
pertumbuhan ekonomi Malaysia secara menyeluruh berasaskan perniagaan
teknologi.
Kumpulan Modal Perdana Sdn.Bhd., Suite 7.01, Aras 7, The Gardens South Tower,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur Tel: 03-22645288 Faks:
03-2264 5388 Laman web: www.modalperdana.com

390

Malaysia 2014

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)


YIM telah ditubuhkan pada 20 Oktober 2008 menerusi kelulusan Kabinet
Malaysia pada 7 November 2008. Visi YIM adalah untuk menggalak dan
memupuk amalan kreativiti dan inovasi dalam kehidupan setiap lapisan
masyarakat. Inovasi adalah penting sebagai pemangkin untuk negara bergerak
ke hadapan untuk masa depan yang makmur.
Yayasan Inovasi Malaysia, Unit E001, Aras bawah, Blok 3440, Enterprise Building 1,
Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya, Selangor. Tel: 03-8319 1714 Faks: 03-8319 1715
Laman web: www.yim.my

Mejar Dr. Faiz Khaleed, Angkasawan Negara (kiri) memberi penjelasan kepada Datuk Dr. Ewon, Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi (kanan), Timbalannya Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah (tengah) semasa majlis
Penjenamaan Semula Yayasan Angkasawan Malaysia pada 12 Disember 2013

Malaysia 2014

391

SEKALUNG PENGHARGAAN
Jabatan Penerangan Malaysia menghargai sumbangan yang diberikan oleh
semua pihak bagi menjayakan penerbitan buku Malaysia 2014
Istana-istana Negeri
Setiausaha Kerajaan Negeri
Ketua Setiausaha Kementerian-Kementerian
Jabatan/Agensi Kerajaan
Badan-badan Berkanun
Bank Negara Malaysia
BERNAMA
Perpustakaan Negara Malaysia
Utusan Malaysia
Berita Harian
Jabatan Perangkaan Malaysia
Institusi-institusi Pengajian Tinggi
Pertubuhan dan individu

392

Malaysia 2014

Foto Mohd Nazri bin Sulaiman


Pemenang Pertandingan Foto Merdeka 2013
anjuran Jabatan Penerangan Malaysia

Malaysia 2014

393

394

Malaysia 2014