Anda di halaman 1dari 1

4.

Kebaikan dan keburukan

Kebaikan
Organ tiruan dapat menggantikan organ yang rosak atau terjangkit.
Dengan ini, organ tiruan membolehkan penyakit berpeluang untuk
mendapatkan kehidupan yang sihat. Terdapat banyak penyakit yang
memerlukan organ yang sihat tetapi tidak dapat mencari penderma yang
sesuai. Dengan ini, organ tiruan menjadilah alternatif untuk menggantikan
organ selain daripada mendapatkan dari penderma organ.
Selain itu, penghalang badan terhadap organ dermaan boleh diselesaikan
dengan bantuan organ tiruan. Ini sebab organ tiruan dibuat dengan
mendapatkan sel stem dari orang yang sama dan dari organ yang sama
yang membolehkan keberangkalian penghalang badan dikurangkan. Bagi
mangsa daripada kebakaran atau ada penyakit kulit, dengan
menggunakan teknologi menjana semula dan terapi organ tiruan, mereka
dapat peluang untuk mendapatkan kulit yang baru.
Yang perlu menekankan ialah, masa yang diperlukan untuk menubuhkan
suatu organ tiruan adalah kurang daripada menunggu penderma yang
sesuai untuk menderma organ yang sesuai kepada penyakit.

Keburukan
Semasa menjalankan penjanaan organ tiruan, ada keberangkalian di mana
base tissue yang digunakan untuk buat organ tiruan mengandungi
penyakit. Ini boleh juga berlaku jika tissue itu didapatkan daripada badan
yang lain. Dalam kejadian ini, keberangkalian tissue itu sudah dijangkit
dengan penyakit lain pun ada juga. Selain itu, kos untuk menjana dan
tumbuhkan organ tiruan adalah sangat tinggi, dengan ini, skop
apllikasinya kepada orang awam adalah sangat terhad.
Selain daripada yang dibincangkan, keberangkalian yang tingginya organ
tiruan itu gagal dan badan penyakit memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri dengan organ tiruan yang baru. Reaksi setiap penyakit
terhadap organ tiruan adalah berbeza. Jika masalah kegagalan itu
berkaitan dengan fungsi organ tiruan itu, penyakit perlu menjalankan
pemindahan bagi kali kedua.
Keburukan yang seterusnya berkaitan dengan isu etika berkaitan dengan
organ tiruan. Ada keberangkalian orang menggunakan organ tiruan dalam
jalan yang salah. Contohnya, merokok, orang tidak akan mementingkan
lagi kesihatan mereka sebab meraka tahu ada organ tiruan terapi yang
boleh membantu mereka akhirnya mereka tidak lagi mengelakkan
nicotine. Kemungkinan juga ada orang yang mampuan untuk
mendapatkan terapi ini pilih cara ini untuk menguatkan organ mereka
selain daripada menyelamatkan nyawa mereka.

Anda mungkin juga menyukai