Anda di halaman 1dari 10

Hang Tuah @ Daeng Merupawah - Imbasan Kembali

Pada tahun 1613, setelah Aceh dibawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda memusnahkan
Batu Sawar (Kerajaan Johor Lama - lokasi di Kota Tinggi, Johor) Ramai penduduknya termasuk
Sultan Alauddin Riayat shah 3, Raja Abdullah (adik Sultan Alauddin), Raja Raden dan
pembesar negeri Johor-Pahang seperti Raja Husein (Iskandar Thani), Putri Kamaliah, dan
Bendaharanya Tun Muhammad @ Tun Sri Lanang telah ditawan dan dipindahkan ke Aceh.
Pada tahun 1615, Tun Muhammad telah diangkat menjadi Raja Samalanga oleh Sultan
Iskandar Muda dan beliau telah memerintah dari tahun 1615 hingga 1659.
Tun Muhammad @ Tun Sri Lanang telah mengarang Hikayat Sulatus al-Salatin pada tahun
1612 dan pada masa kini terdapat perbagai versi hikayat ini, ada versi Winstedt, ada versi
Shellabear. Ini adalah disebabkan, versi asal Sulatus al-Salatin, Naskah Raffles Malay 18
masih tersimpan di Royal Asiatic Society, London atau Sulatus al-Salatin Cod. Or. 1704 yang
tersimpan di Universiti Leiden, Belanda dan kita masih belum dapat mengambilnya kembali.
Adakah Hikayat Sulatus al-Salatin ini adalah kisah dongeng atau khayalan penulis? Atau
hikayat ini adalah kisah sejarah sebenar yang telah berlaku dan ditulis kembali oleh Tun
Muhammad?
Baiklah, persoalan diatas boleh ditangguhkan dahulu sehingga akhir tulisan aku kali ini. Apa
yang aku nak disampaikan dalam tulisan pada kali ini adalah berkaitan Laksamana Hang
Tuah yang banyak dikesahkan didalam Hikayat atau buku tersebut. Terdapat juga kitab atau
Hikayat Hang Tuah yang lebih menjurus kepada kesah beliau didalamnya, namun terdapat
beberapa percanggahan yang ketara antara kedua dua hikayat ini. Walaubagaimanapun,
tulisan ini adalah hanya berdasarkan kepada hikayat karangan Tun Muhammad sahaja.
Dari Hikayat Sulatus al -salatin, berikut adalah ringkasan berkaitan Hang Tuah;
1. Nama Sebenar Hang Tuah adalah Daeng Merupawah, anak kepada Raja Bajung (Bajong
atau Bajo?). Hang Tuah berasal dari Bajung, sebuah daerah di Makassar.
2. Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, dari Melaka telah datang ke Makassar dan berjumpa
dengan Raja Goa atau Gowa. Semasa di Gowa, Raja Gowa telah bertanya pada Seri Bija
Pikrama, apakah kegemaran Sultan Mansur Syah. Seri Bija Pikrama menyatakan bahawa
Sultan Mansur gemar mengumpul anak anak muda yang memenuhi syarat syarat tertentu
untuk dijadikan pahlawan. Mendengarkan hal itu, Raja Gowa telah menyuruh orang
suruhanya mencari anak muda seperti yang dikehendaki dan menepati syarat syarat yang
telah ditetapkan untuk dibawa dan dijadikan pahlawan Melaka. Semasa Hang Tuah dijumpai
oleh pesuruh Raja Goa, Hang Tuah baru berumur 12 tahun. Walaupun baru berumur 12
tahun, beliau telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk semasa di Bajung.
3. Sultan Mansur Syah, sebelum pemilihan Hang Tuah, telah ada 8 orang anak anak muda
yang menepati dan memenuhi syarat syarat yang telah ditetapkan untuk dijadikan pahlawan
pahlawan Melaka. Mereka adalah;
a. Hang Jebat
b. Hang Kasturi
c. Hang Lekir
d. Hang Lekiu
e. Hang Ali
f. Hang Iskandar
g. Hang Hassan
h. Hang Hussin

Ketua kepada mereka bersembilan ini adalah Tun Bija Sura (nama sebenar tidak disebut).
Dicatatkan didalam Hikayat ini, Hang Tuah melebihi 8 orang yang lain didalam semua ilmu
dan kepandaian. Hang Tuah telah diberikan oleh Sultan Melaka sebilah keris Terupa Melaka
semasa sampai di Melaka dan semasa diMelaka beliau telah banyak berguru kepada
hulubalang hulubalang Melaka.
5. Hang Tuah berkahwin dan mempunyai 2 orang isteri seperti berikut;
1. Isteri pertama (Nama tidak disebut) - saudara kepada Seri Bija Diraja Dato Bongkok.
Anak dari isteri pertama
1. Tun Sirah (perempuan) kahwin dengan Temenggung Khoja Hassan
Cucu dari isteri pertama
1. Tun Abdullah (Lelaki)
2. Tun Biajid (Lelaki)
3. Tun Daerah (Perempuan) - Berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah
Cicit dari isteri pertama
Raja Dewi Sultan Mahmud Syah
2. Isteri Kedua (Nama tidak disebut) - Dari keluarga Bendahara Paduka Raja
Anak anak dari isteri Kedua
1. Sang Guna (Lelaki)
2. Tun Emas Jiwa (Perempuan) - Berkahwin dengan Hang Nadim
Cucu dari isteri kedua
1. Tun Mat Ali Hang Nadim
Cicit dari isteri kedua
1. Tun Hamzah Tun Mat Ali
Piut dari isteri kedua
1. Tun Ali Tun Hamzah - Tun Ali bergelar Seri Petam
6. Hang Tuah mendapat gelaran Laksamana Hang Tuah setelah pembunuhan Hang Jebat
7. Hang Tuah meninggal dunia setelah sekembalinya Hang Nadim dari perjalanan ke Benua
Keling. Hang Tuah telah dimakamkan di Tanjung Keling, diMelaka. Pengganti jawatan
Laksamana adalah menantunya sendiri, Temenggung Khoja Hassan.
Selain daripada perkara perkara diatas seperti hal meminang Puteri Gunung Ledang,
pembunuhan Jebat dan sebagainya aku tidak tuliskan disini. Itu tuan dan puan boleh baca
sendiri dalam buku dan internet. Apa yang nampak jelas adalah memang ada perbezaan
yang nyata mengenai Hang Tuah didalam Hikayat Sulatus as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah
seperti asal usul Hang Tuah, kematiannya dan cerita cerita lain dan watak watak didalamnya.
Persoalanya adalah, adakah Hikayat Sulatus as-salatin yang dikarang oleh Tun Muhammad
atau Tun Seri Lanang ini mengenai Laksamana Hang Tuah adalah cerita dongeng dan
khayalan? Didalam buku: "Amando cortesao - the suma oriental of Tome' Pires", Pires adalah
seorang Portugis yang berada di Melaka semasa Portugal menyerang Melaka pada 1511,
beliau menyatakan "Kalaulah Hang Tuah masih ada di Melaka, Portugis tidak akan berani
menyerang". Manakala didalam buku "A. Kobata and M. Matsuda - Ryukyu relations with
Korea and south sea countries" dimana A Kobata telah merujuk kepada kepada catatan
bernama "Rekidai Hoan" yang telah ditulis dan disusun pada 1697 oleh Raja kepulauan
Ryukyus yang mana didalam catatan tersebut ada menyebut mengenai keberanian HangTuah

yang telah masuk kepelabuhan di Kemboja semasa perang saudara sedang berlangsung
diketika itu untuk mengambil air minuman dengan menggunakan perahu layar kecilnya.
Aku rasa 2 catatan diatas oleh orang luar, dari negara yang berbeza sudah cukup untuk
mengesahkan kewujudan Hang Tuah dan lagendanya itu. Ini juga secara tidak langsung
mengesahkan juga bahawa Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang bukanlah seorang penulis
cerita cerita dongeng atau khayalan.

Bugis bersamaan Balqis?


Kitab Tuhfat Al-Nafis yang dikarang Raja Ali Haji kira-kira 150 tahun lalu ada menyebut (saya salin bulat-bulat
daripada versi yang dicetak Malaysia Publications Ltd di Singapura tahun 1965):
"Bermula adalah asal raja Bugis yang mengembara ka-sabelah barat daripada pehak tanah sa-belah Bugis
ada-lah asal-nya sa-orang raja perempuan: nama negeri-nya Luwok, nama raja-nya itu Sat Malangkaii; adalah Sat Malangkaii itu pada sa-tengah kaul orang Bugis keturunan Puteri Balkis, konon, di-dalam pada itu
Allah s.w.t. yang terlebeh tahu akan hakikat al-lamur kalhatha, kerana Balkis itu di-negeri Siba, pehak
Yaman, anak raja Jin jadi isteri Nabi Allah Sulaiman..."
Hmm. Rasanya cukuplah disalin bahagian itu sahaja ya. Nak salin semua yang berkaitan panjang pula.
Cukuplah diberitahu, walaupun dalam ayat atas, Raja Ali Haji menggunakan perkataan "konon" apabila
menyebut tentang cerita sesetengah orang Bugis bahawa Sat Malangkaii, juga dikenali sebagai Siti Malangkai
atau Siti Malangkek itu berketurunan Ratu Balqis, beliau tetap menambah ini sebenarnya tidak mustahil
kerana anak cucu Rasulullah SAW juga banyak bertebaran di bumi sebelah sini walhal baginda hidup dan
wafat di Tanah Arab. Seterusnya kitab Tuhfat Al-Nafis menyebut Siti Malangkek berkahwin dengan raja Bugis
yang paling besar di Luwuk. Dari keturunan merekalah muncul raja-raja yang memerintah kerajaan-kerajaan
Bugis serta para pahlawan mereka... termasuk apa yang kita kenal sebagai Daeng 5 bersaudara iaitu Daeng
Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi yang banyak mencorak
pemerintahan dan sosio-politik Tanah Melayu abad ke 18 Masihi.
OK. Saya tak pasti bilakah Siti Malangkek ini muncul di Tanah Bugis iaitu Pulau Sulawesi yang nama lamanya
adalah Silangi. Tetapi setelah melihat satu salasilah versi kerajaan Bugis Wajo rasanya beliau muncul sekitar
atau sebelum abad ke 8 Masihi. Setahu saya lagi tidak ada sumber bertulis lain dari Tanah Bugis yang
menyebut asal-usul keturunan Siti Malangkek yang dikatakan dari Ratu Balqis. Yang saya tahu penulisan dari
Tanah Bugis sendiri menyebut, kebanyakan pemuka atau pendiri kerajaan Bugis adalah para To Manurung,
orang-orang sakti yang tidak diketahui asal-usul mereka, mungkin dari kayangan dan sebagainya. Apapun biar
kita tumpukan sahaja pada teori bahawa Siti Malengkek memang berketurunan Ratu Balqis. Ada sesuatu yang
ingin diluahkan dan saya pun tak pasti apa sebenarnya dan bagaimana kecuali saya harus menulis apa sahaja
yang terbetik di hati tanpa perlu lagi membuat rujukan ke sana ke mari.
Suatu masa dahulu saya pernah terbaca bahawa raja-raja lama Habsyah atau Ethiopia adalah berketurunan
Ratu Balqis. Ini memang boleh diterima memandangkan Habsyah itu letaknya sangat dekat dengan Yaman di
mana kerajaan Saba' yang diperintah Ratu Balqis pernah berpusat. Ratu ini diketahui cuma pernah berkahwin
dengan Nabi Sulaiman AS yang memerintah dari Baitul Muqaddis. Maka keturunan Ratu Balqis juga bermakna
keturunan Nabi Sulaiman dan ini turut disinggung dalam kitab Tuhfat Al-Nafis.
OK. Rasanya pembaca mesti tahu bahawa Nabi Sulaiman adalah anakanda Nabi Daud dan mereka memang
pemerintah kerajaan Bani Israel. Nabi Daud menjadi raja menggantikan Raja Thalut untuk memimpin Bani
Israel menangani musuh mereka sehingga terdirilah kerajaan Bani Israel yang berdaulat. Nabi Sulaiman
mewarisi pemerintahan kerajaan Israel Raya yang menurut sejarawan Barat meliputi sebahagian besar Asia
Barat. Namun menurut pemahaman melalui pembacaan Al-Quran yang menyebut Nabi Sulaiman diberikan
mukjizat sehingga mampu menundukkan jin dan syaitan, boleh bercakap dengan haiwan dan boleh
menggunakan angin untuk membawanya ke mana sahaja, tidak mustahil bahawa baginda sebenarnya
memerintah seluruh dunia!
Peliknya orang Yahudi sendiri tidak menghormati Nabi Sulaiman. Walhal mereka sangat menyanjung tinggi

ayahandanya Nabi Daud. Lalu muncul ungkapan "Star of David" (bintang Nabi Daud) merujuk kepada bintang
segi enam yang tertera pada bendera Israel. Malah sedikit pembacaan yang saya buat mengenai kitab-kitab
agama Yahudi iaitu Torah (berasal dari kitab Taurat Nabi Musa yang diselewengkan) dan Talmud (mengandungi
ulasan para pendeta mereka dalam menafsirkan Taurat mengikut zaman) menunjukkan mereka menganggap
Nabi Sulaiman sebagai ahli sihir! Kemungkin besar ini berlaku kerana perebutan takhta yang membawa
kepada perpecahan serta kejatuhan kerajaan Israel Raya dahulukala. Lalu kitab-kitab suci terutama Talmud
yang memang merupakan komentar semasa dirobah menjadi anti Nabi Sulaiman...
Kita tahu bahawa Nabi Sulaiman ditunjuk Nabi Daud untuk mewarisi pemerintahan baginda atas kecerdasan
yang pernah ditunjukkannya semasa zaman budak ataupun remaja. Tapi sedarkah pembaca bahawa Nabi
Daud memiliki ramai anak, antaranya lebih tua lalu menganggap mereka lebih berwibawa daripada Nabi
Sulaiman? Ada disebut Nabi Daud memiliki 99 orang isteri. Kemungkinan besar ada anak yang lain teringinkan
takhta tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana satu, Nabi Daud sendiri telah menunjukkan Nabi Sulaiman
sebagai pengganti dan kedua mukjizat Nabi Sulaiman menjadikan baginda sangat perkasa sehingga tidak
boleh ditentang selagi hidup.
Namun cerita berubah selepas Nabi Sulaiman wafat. Kerajaan Israel Raya berpecah dua, satu yang
menyokong keturunan Nabi Sulaiman, kemungkinan besar dari titisan Ratu Balqis dan satu lagi menyokong
keturunan anak Nabi Daud yang lain dan inilah kerajaan yang lebih besar kerana entah kenapa, lebih banyak
penyokongnya. Perpecahan ini berlaku sekitar 800-900 tahun sebelum Masihi. Kerajaan Israel yang berpecah
semakin lemah lalu mula ditundukkan musuh satu demi satu. Kalau tak salah ingatan kerajaan terakhir
warisan Israel Raya diruntuhkan langsung oleh kerajaan Babylon dan kaum Bani Israel dijadikan hamba.
OK. Ada pihak yang percaya bahawa Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Al-Quran itu adalah keturunan
Nabi Sulaiman. Apakah dari titisan Ratu Balqis? Saya rasa ini tidak mustahil. Sekitar tahun 550 sebelum Masihi
muncul Raja Khurush atau Cyrus the Great dari Parsi menakluki sebahagian besar dunia bertamadun. Ramai
yang telah menyatakan inilah Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Al-Quran dan saya ingin menambah,
ada kemungkinan Alexander the Great yang muncul di Macedonia sekitar 330 sebelum Masihi itu keturunan
Cyrus yang terdampar di penghujung empayar kemudian naik untuk menguasai kembali jajahan takluk nenekmoyangnya.
Berbalik pada hal Bugis. Ada yang menyebut perkataan Bugis itu sendiri berasal dari Balqis. Oh, harus
diingatkan bahawa Ratu Balqis memiliki darah raja jin bercampur darah raja manusia. Campurkan dengan
darah Nabi Sulaiman maka boleh dikatakan keturunan mereka memiliki darah atau atau satu set genetik yang
berkaliber lagi ada satu macam kuasa.
Saya pernah bertanya kepada orang tertentu apakah betul perkataan Bugis itu berasal dari Balqis. Katanya
itu separuh betul. Bugis itu merujuk kepada satu bangsa dalam istana dari keturunan Balqis. Memandangkan
kemungkinan besar jurai keturunan Balqis ada banyak pecahan, mungkin Bugis itu sendiri merujuk kepada
satu jurai tertentu sahaja. Yang pasti bangsa Bugis di Nusantara terkenal sebagai satu bangsa perkasa yang
amat berani dan pandai berperang. Ada yang menambah, disebabkan mereka berasal dari keturunan Ratu
Balqis yang ada darah jin, maka orang Bugis ada gerak rasa semulajadi untuk menembus dan berinteraksi
dengan alam ghaib, wallahualam.
Dahulu saya juga agak skeptikal apabila disebut tentang kelebihan bangsa Bugis. Walaupun saya juga
memiliki darah Bugis, saya tidak dapat menerima dakwaan saudara-mara dari belah sana bahawa bangsa
Bugis pernah berkuasa dan memerintah seluruh Nusantara. Saya terasa dakwaan ini sama sahaja seperti
apabila satu pihak berdarah Siam memutar-belit sejarah sehingga mencipta empayar khayalan yang
kononnya memerintah seluruh Nusantara malah hingga ke Australia. Mana mungkin satu kerajaan yang
diketahui sejarah cuma berpusat di Pulau Sulawesi pernah memiliki jajahan takluk seluas itu?
Mungkin saya pernah berfikir begitu kerana terlalu mengutamakan darah keturunan belah bapa yang
membawa ke Aceh. Namun hakikatnya nenek moyang saya di Aceh dari pertengahan abad ke 18 dikenali
sebagai keluarga apa yang dipanggil sebagai Raja-raja Aceh Dinasti Bugis. Ini disebabkan mereka semua
berpunca daripada seorang moyang bernama Daeng Mansur yang datang dari Tanah Bugis ke Aceh abad ke 16
Masihi. Namun apabila diteliti balik cerita berkaitan, Daeng Mansur sebenarnya adalah cucu kepada seorang
raja besar Aceh yang berkahwin dengan seorang puteri Bugis.

Memikirkan ini, saya terlihat sesuatu dalam menentukan identiti Bugis. Pada mereka kita tetap dikira Bugis
asal sahaja ada nenek-moyang berdarah Bugis tak kiralah belah lelaki atau perempuan. Misalnya Sultan Johor
sering disebut sebagai Bugis walhal darah Bugis itu muncul daripada perkahwinan Temenggung Tun Jamal
yang dipercayai berdarah Sayyid dari Aceh dengan Raja Maimunah ibni Daeng Parani. Pertalian darah dengan
Ratu Balqis pula sering diwar-warkan padahal ia adalah dari pihak perempuan iaitu Siti Malengkek. Sebab itu
saya diingatkan agar menyertakan sekali nama anak-anak kepada saudara perempuan bapa untuk disertakan
dalam satu salasilah besar Bugis. Walhal dalam sesetengah daftar salasilah, misalnya para Sayyid dan
Sharifah keturunan Nabi Muhammad SAW, zuriat dari belah perempuan sudah dikira keluar kalau suaminya
bukan Sayyid kerana harus menurut nasab belah laki-laki sahaja.
Namun perlu diingatkan seperti sesetengah bangsa lain, tidak semua yang dipanggil Bugis itu boleh dikaitkan
dengan bangsawan dan bangsa dirajanya apalagi Ratu Balqis. Saya bagi satu misalan... misal sahaja ya. Ada
satu tempat, rakyatnya semua orang asli yang berambut kerinting berkulit sawo matang. Namun raja dan
keluarga raja semuanya berkulit putih merah muka berciri Arab. Apa yang berlaku adalah satu masa dahulu,
seorang pendakwah bangsa Arab telah masuk ke kawasan pendalaman lalu mengajar penduduk setempat.
Disebabkan kewibawaannya, beliau diangkat menjadi raja dan begitu juga keturunannya. Lalu mereka
dikenali sebagai raja orang Asli, walhal rakyatnya sahaja yang berketurunan orang Asli, rajanya keturunan
Arab.
Berbalik pada rasa skeptikal saya atas dakwaan bahawa Bugis pernah memerintah seluruh Nusantara, saya
tidak menerimanya kalau yang dimaksudkan Bugis itu cuma mereka-mereka yang berpusat di Sulawesi. Tapi
kalau yang dimaksudkan Bugis itu merujuk kepada keturunan Ratu Balqis sebelum takrif Bugis itu
disempitkan kepada penduduk Sulawesi (seperti mana makna Jawi itu luas tetapi disempitkan sesetengah
pihak menjadi Jawa di Pulau Jawa), maka tidak was-was lagi bahawa Bugis pernah memerintah Nusantara
malah jauh lebih luas dari itu. Apa hendak dihairankan? Sebagai anak cucu kepada Nabi Sulaiman AS yang
pernah memerintah seluruh dunia dengan gabungan darah Ratu Balqis yang memerintah kerajaan Saba' yang
juga berkelas dunia, apalah sangat Nusantara ini kecuali satu pecahan jajahan takluk mereka jua!
Hmm. Saya rasa itu sahajalah ya luahan berkaitan perkara ini. Kalau pembaca mendapati penulisan ini tidak
keruan, anggaplah sahaja ia satu proses melepaskan beban agar nanti saya dapat menerima ilham akan
datang. Sekian... :]

Dari Ratu Balqis sampai Kepada Fatin Shidqia Lubis


Raja Ali Haji, seorang pujangga besar Melayu keturunan Bugis di dalam kitabnya "Tuhfat
an Nafis", menyatakan Leluhur Suku Bugis bermula dari seorang Ratu di daerah Luwuk
yang bernama Ratu Siti Malangkai. Di dalam bukunya itu juga, Raja Ali Haji berpendapat
Ratu Siti Malangkai, merupakan keturunan dari Nabi Sulaiman, melalui isterinya Ratu
Balqis. Keberadaan keturunan Ratu Balqis di Nusantara bukanlah hal mustahil. Karena
Nusantara telah ribuan tahun menjadi tempat yang terbuka bagi dunia internasional.
Bukankah kita mengenal bahwasanya gunung Ophir yang disebut-sebut dalam kitab
Perjanjian Lama, kemungkinan berada di daerah Pasaman - Talamau di Sumatera
Barat. Atau daerah Barus yang telah menjadi sebuah pelabuhan internasional di masa
Para Firaun masih berkuasa di Mesir. Orang Bugis di Mandailing Di dalam Legenda
Masyarakat Mandailing Sumatera Utara, diceritakan kedatangan seorang bangsawan
Bugis, yang bernama Daeng Malela. Daeng Malela sangat dikenal sebagai seorang yang
ahli membuat senjata, yang berbahan dari besi. Kepandaiannya itu, telah membuatnya
sangat tersohor, dan mendapat panggilan gelar Namora Pande Bosi. Kisah legenda ini
berlanjut denagn cerita pernikahan Namora Pande Bosi, dengan gadis setempat yang
bernama Dayang Surto Alus Bonang Nabontar. Dari pernikahan ini, Namora Pande
Bosi, memperoleh putera kembar, yang bernama Langkintang dan Baitang. Dan
masyarakat Mandailing percaya, Langkintang dan Baitang inilah, yang menjadi cikal
bakal Marga Lubis di daerah Mandailing Tapanuli Selatan. Kelak dari Marga Lubis ini,
lahir seorang seniwati berbakat Indonesia yang bernama Fatin Shidqia Lubis. Dari

Ratu Balqis sampai Fatin Lubis Ratu Balqis menurunkan Suku Bugis Suku Bugis
memunculkan Marga Lubis Marga Lubis melahirkan Fatin Shidqia Lubis

Asal keturunan Bugis Dari Nabi Sulaiman a.s.

Silsilah Bugis
Fasal pada menyatakan silsilah raja-raja sebelah Bugis yang masuk ke tanah barat negeri Johor
yang jadi bermasuk-masukan pada kerabat pihak raja-raja Melayu, dengan sebab berlaki isteri
berambil-ambilan antara kedua pihak. Maka dengarkan olehmu.
Bermula adalah asal raja-raja Bugis yang mengembara ke sebelah barat daripada pihak tanah
sebelah Bugis adalah asalnya seorang raja perempuan, nama negerinya Luwuk, nama raja itu
Sitti Mallangkik. Adalah Sitti Mallangkik itu pada setengah kaul orang Bugis, keturunan
daripada Puteri Balkis konon. Di dalam pada itu Allah subhnahu wataala yang terlebih tahu
akan haqiqatl-umur kulliha, kerana Balkis itu di negeri Saba pihak tanah Yumani, anak raja jin,
jadi isteri nabi Allah Sulaiman alaihi al-sallam. Maka berjauh-jauhan benarlah dengan Bugis,
entahkan sahkah kaul perkataan setengah orang Bugis itu, entahkan tidak. Allah taala yang
terlebih tahu. Akan tetapi Puteri Balkis itu beranak laki-laki dengan Nabi Allah Sulaiman,
beberapa banyak turun-menurun kerana tiada makna yang meneguhkan kepada akal yang tiada
boleh sampai anak cucu Nabi Allah Sulaiman itu ke Bugis, kerana pekerjaan itu harus lulus
kepada akal seperti kebanyakkan tuan-tuan Saiyid Arab yang turun ke bawah angin ini,
bertaburan segenap negeri di bawah angin ini, meninggalkan anak cucunya. Maka apabila lulus
dan sah anak cucu Rasulullah salla Allahu alaihi wasallam itu, sampai ke bawah angin seperti
meninggali anak cucunya beberapa banyak di bawah angin ini. Demikian jualah anak cucu Nabi
Allah Sulaiman ;alaihi al-sallam,jatuh ke tanah Bugis itu. Fa;l-hasil tiap-tiap pekerjaan yang
tiada kita dapat akan hakikatnya janganlah kita dustakan, hendaklah kita taslimkan, kerana dalil
berdiri.
Petikan Kitab Tuhfat Al - Nahfis

Salasilah Asal Bugis

Pahlawan Bugis Di Nusantara Dan Negeri Perak


Daeng Selili [ Dato Maharajalela I ] (Bergelar Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya) Mufti
Pertama Perak(mangkat 1766)
Siapakah dia Arung Singkang dan juga Daeng Selili Dato Maharajalela Tan Lela Putera
Pancung Tak Bertanya?
Fakta-fakta yang menyokong:
Arung Singkang dan Daeng Selili lahir pada 1700 atau sedikit awal dan mangkat pada tarikh
yang yang berbeza hanya setahun. Arung Singkang Mangkat 1765 dan Daeng Selili pulak
mangkat 1766. Daeng Matokko adalah abang kepada Arung Singkang, dia membawa 150
pengikut keJohor pada 1681.
Mereka juga berasal dari keluarga DiRaja Bugis Wajo, Daeng selili berbondakan Ratu
Sedinding atau mungkin Sedenreng, Bondanya adalah Datu Luwu menggantikan
Ayahandanya Payung Kerajaan Luwu/Luwuk/Luak, Opu Pajung-ri Daeng Muhammad Wali uddin telah berkahwin dengan Sultan Ala ud-din Ahmad Shah Johan Badr Berdaulat Sultan Aceh
1727-1735 . Arung Sinkang tidak diketahui siapa bondanya, dan dicerita pada 1700 telah
dibawa ke Kutai semasa kanak-kanak lagi olih bapa saudaranya, Lamohang Daeng Mangkona

atau Pua Ado I . Ketika itu Pihak Belanda yang bekerjasama dengan Arung Palakka, Raja Bone
telah mengalahkan Gowa/Makassar dan memaksa I-Mallombassi Daeng Mattawang Karaeng
Bonto Mangngape Sultan Muhammad Bakar Hasan ud-din Makassarnya [Tumenanga-ri
Balla'Pangkana], Sultan Gowa menandatangani Perjanjian Bungaya pada 18th November
1668 dibawah pengaruh Belanda. Ramai pembesar-pembesar Bugis telah berpindah
kekerajaan lain kerana tidak mahu menjadi hamba Belanda.
Terdapat daerah-daerah yang dinamakan Daerah Selili Seberang dan juga Gunung Selili,
kerana kebiasaannya orang Bugis akan menamakan satu-satu kawasan dengan nama Raja
mereka atau pemimpin mereka contoh Mempawah ia adalah diambil dari nama Daeng
Mempawah.
Daeng Selili atau Arung Singkang telah dibawa keMesir olih Sheik. untuk mendalami
Agama Islam dan belajar di Madrasah Al-Azhar. Dan Beliau telah kembali keKutai sebagai
seorang pemuda yang berilmu baik didalam hal Agam Islam mahu pun dan Ilmu peperangan.

Daeng Selili atau Arung Singkang telah mengembangkan Islam dikalangan Istana Kutai dan
Istana Pasir, kerana tentangan pada 1726 telah menawan Kutai dan Pasir. Daeng Selili atau
La Maddukelleng Arung Singkang dari Wajo ini telah berkahwin dengan Puteri Sultan Kutai,
Puteri Anden Ajeng Putri Sultan Sepuh Alamsyah. Termasuk kehadiran laksamana La Bannak
To Assak, Daeng Parani, Daeng Mencelak, Daeng Marewa, dan Haji Sore di Wilayah Kerajaan
Kutai. Telah merapatkan lagi hubungan Kerajaan Bugis dengan Kerajaan Kutai.
1737 Daeng Selili atau Arung Singkang telah menggunakan kapal perang yang dibinanya
sendiri telah berlayar dengan tenteranya telah menyerang dan menaluki semula Wajo dan
Bone. Arung Palakka telah melarikan diri keMakassar meminta pertolongan Belanda.
May 16 1739 Daeng Selili telah menyerang Makassar dan menawan ibu kota Makassar,
Gowa. Belanda telah mendapat pertolongan Arung Palakka.
March 29 1741 Belanda telah menyerang Bone tetapi tidak berjaya.
1737-1754 La Maddukelleng (Sultan Pasir atau Sultan Peneki) Arung Singkang atau Daeng
Selili telah menjadi Yang Dipertuan (Opunna) kepada Raja-Raja Wajo, Soppeng, Bone, Tallo,
Tenate, Sumbawa dan Bima. Berjayalah beliau untuk menyatukan wilayah-wilayah Bugis dan
mengembangkan Islam.
Arung Singkang atau Daeng Selili terus menerapkan unsur-unsur keIslaman dijajahan
pemerintahannya. Ini telah menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati dikalangan Raja-Raja
Bugis dibawah naungannya. Berlakulah perselisihan faham dan pemberontakkan.
1754 beliau telah mengundurkan diri dan bersemayam diPeneki.
Beliau dikatakan bahawa mangkat pada 1765 diPeneki. Adakah ia benar?
1754 Olih kerana Arung Singkang atau Daeng Selili mempunyai seorang saudara iaitu Daeng
Hanasah di Perak beliau mengambil keputusan berlayar keNegeri Perak bersama pengikutpengikut setianya. Saudara beliau ialah Daeng Hanasah bergelar Raja Laksamana Mahkota
Nakhoda Hitam.
Beliau telah memberikan idea Adat Temenggong kerana telah berlaku Perebutan Kuasa
antara anak-anak Raja Perak. Beliau juga telah mengalahkan Lanun diDaerah Dinding dan
telah menawan ketua lanun tersebut dan terus memeluk Islam.
Beliau telah dilantik sebagai Mufti Pertama Negeri Perak, dengan gelaran Daeng Selili Haji
Besar Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya dan menjadi Pembesar di Daerah Pasir Salak.
Laksamana atau Maharajalela Melayu diAceh yang menjadi Sultan Aceh pada abad 18 masihi
adalah Ayahanda kepada Daeng Selili dan Daeng Hanasah dan bonda mereka adalah Ratu
Sedinding/Sedenreng ibni almarhum Datu Payung Luak/Luwuk/Luwu.
Atau orang Kaya Maharajalela Melayu Daeng Ahmad ibni almarhum Daeng Abdul Rahman
ibni almarhum Daeng Zainal Abidin ibni almarhum Daeng Mansur, Tengku Ribee ibni
almarhum Syeikh Abdullah Malik ul Amin.
Daeng Hanasah telah mengahwini Tok Epo iaitu anak saudara Dato Sagor.
1766 Daeng Selili telah wafat, kejadian aneh telah berlaku semasa jenazah beliau mahu
dimasukan keliang lahat, sekelip mata jenazah beliau telah ghaib. Kemudian disepakati
digantikan dengan tongkat beliau untuk kebumikan.