Anda di halaman 1dari 5

Aku Sebuah Pendingin Hawa

Aku ialah sebuah pendingin hawa berjenama Ponosonic. Aku


berfungsi untuk menyejukkan udara. Aku dibuat di kilang
elektronik yang terletak di Kuching, Sarawak.
Setelah siap, aku dihantar ke Kedai Elektronik Hup Seng.
Aku dipamerkan kepada pelanggan . Aku dijual dengan harga
RM 1200. Aku berasa gembira dapat bertemu dengan rakanrakan yang pelbagai jenama .
Setelah sebulan berada di sini, aku telah dibeli oleh
seorang lelaki pertengahan umur . Keluarga tuan baharu aku
menyambut kedatanganku dengan gembira. Aku terharu
kerana diterima dengan baik di rumah tuan aku.
Aku berkhidmat kepada keluarga tuan aku dengan setia.
Aku memberi keselesaan kepada mereka. Aku digunakan setiap
hari terutama pada tengah hari. Aku dijaga dengan baik dan
cermat oleh tuan aku.
Setelah beberapa tahun berkhidmat, aku mulai uzur .
Aku semakin lemah dan tidak berdaya. Tuan aku telah
menghantar aku ke kedai untuk dibaiki. Selepas seminggu, aku
siap dibaiki dan dapat kembali berkhidmat kepada tuan aku.

Aku Sebuah Komputer


Aku sebuah komputer. Aku bernama Acer. Aku diperbuat
daripada kaca, plastik, komponen-komponen elektronik , besi dan
sebagainya. Aku berwarna putih dan bentuk aku ialah segi empat. Aku
juga mempunyai beberapa anak seperti tetikus, papan kekunci, dan
lain-lain. Aku dilahirkan di Tokyo, Jepun.
Setelah siap diperbuat, aku dihantar ke sebuah kedai
komputer yang terletak di Kuching, Sarawak. Aku dipamerkan di atas
meja. Aku juga berkenalan dengan beberapa kawan seperti Samsung,
HP, Apple, Dell, dan sebagainya. Harga aku adalah RM 2500.00.
Pada suatu hari, seorang gadis yang cantik telah datang ke
kedai tersebut. Setelah dia melihat-lihat komputer-komputer di sini,
dia memilih aku. Selepas dia membayar hargaku, dia pun membawa aku
pulang ke rumahnya. Namanya Soo Ai Ling. Dia bekerja sebagai
seorang akauntan .
Aku selalu membantu tuan aku menyelesaikan tugas
pejabatnya. Pada hujung minggu, tuan aku melayari internet,
menghantar e-mel, mendengar lagu dan menonton video dengan
menggunakan aku. Aku selalu dipuji oleh kawan-kawan tuan aku kerana
aku cantik dan berkualiti. Aku diletak di dalam bilik. Aku juga selalu
dilap oleh tuan aku pada hujung minggu. Oleh itu aku kelihatan bersih
selalu.
Pada suatu hari, ketika tuan aku sedang melayari internet,
badanku dimasuki virus. Kemudian, aku rosak. Aku dihantar ke kedai
untuk dibaiki. Akhirnya, aku pulih semula .
Aku telah banyak berbakti kepada tuan aku. Oleh itu, tuan
aku begitu sayang akan aku. Aku berasa sangat gembira kerana dapat
berkhidmat untuk tuan aku selama-lamanya.

FORMAT KARANGAN JENIS LAPORAN

Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang


didengar atau dilihat.

Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.


Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan
butir-butir yang munasabah atau lojik.

Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan,
perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.

Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah


penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti
berjawatan setiausaha.
Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta
kesan lawatan terhadap pembelajaran.
Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
Gunakan bahasa yang ringkas dan padat
Tajuk Laporan

Isi Laporan
Pengakuan pelapor
Tarikh
Tandatangan
pelapor
Nama Pelapor
Jawatan Pelapor

: Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan


digaris atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk
hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam
dua baris jika tajuk terlalu panjang.
: Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan
penutup.
: Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.
: Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan
pengakuan pelapor.
: Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan
pelapor.
: Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas
tandatangan.
: Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh
tanda koma di hujungnya . Seterusnya ditulis nama
persatuan yang diwakili

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun


Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh
telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30
orang ahli persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses
membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk
semangat keusahawanan para pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan
menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi.
Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat
ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang tersebut.
Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun.
Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi
tinggi. Pekerja-pekerja di kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau
dan sarung tangan ketika bekerja. Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal
beberapa orang pekerja kilang yang sedang bertugas dan mereka dilayan dengan mesra.
Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di
situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan
mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi
sedikit jamuan ringan di kantin kilang tersebut.
Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun
setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu
Aisyah telah menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda
penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana
mendapat banyak pengetahuan serta dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh,


2015.
JIA CHENG
..................................................
(LAI JIA CHENG)

25 Januari

Setiausaha,
Persatuan kemahiran Hidup.

Nama : ____________________
Soalan: Kamu telah berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar ke sebuah tempat yang
menarik. Sebagai setiausaha, tulis sebuah laporan lawatan tersebut selengkapnya.

Laporan Lawatan ke Cameron Highlands, Pahang

Persatuan Bahasa Melaysia Sekolah Kebangsaan Song Kheng Hai mengadakan (1)
_________________________________________________

ke Cameron Highlands,

Pahang pada 4 Julai 2015. Lawatan ini telah (2) ____________________ 37 orang murid
dan lima orang (3) ____________________iaitu Puan Azlina, Puan Lee, Puan Lim, Cik
Farhana dan Encik Loke .

(4) ____________________ kami disambut oleh Encik Chan, iaitu pengusaha ladang
strawberi. Beliau (5) ________________________________________tentang ladang
tersebut sebelum (6) ____________________ kami ke sekitar ladang.

Menurut

Encik

Chan,

kini

buah

strawberi

(7)

________________________________________yang tinggi di pasaran tempatan. Buah


strawberi ini (8) ____________________ penggemarnya yang tersendiri. Selain rasanya
enak, buah strawberi juga banyak (9) ____________________nya.

Untuk (10) ____________________ buah strawberi yang bermutu tinggi, tanaman ini
ditanam secara (11) ____________________ tanpa menggunakan baja kimia ataupun (12)
_________________________________.

En.

Chan

(13)

____________________

ladang ini (14) ____________________isterinya, Puan Wong.

Semasa lawatan tersebut, kami dapat melihat sendiri (15) ____________________


buah

strawberi.

Kulit

buahnya

yang

________________________________________kami.

berwarna
Kami

juga

____________________ keenakan buah strawberi yang baru dipetik.

merah
berpeluang

(16)
(17)

Sebelum pulang, kami (18____________________dengan jus buah strawberi oleh


Puan Wong. Walaupun lawatan ini agak (19) ____________________ tetapi banyak (20)
____________________dan ilmu pengetahuan kepada kami.

(21) _________________________________

(22) ____________________

____________________
(

(23) ____________________
(24) ____________________
(25) ____________________

organik

disertai

menghasilkan

memberikan manfaat

keunikan

racun serangga perosak

guru pengiring

mengusahakan

singkat

menarik perhatian

khasiat

mempunyai

ketibaan

membawa

lawatan sambil belajar

dibekalkan

bersama-sama

memberikan taklimat

menikmati

mendapat permintaan