Anda di halaman 1dari 19

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pendahuluan

Bab ini mengandungi lima bahagian yang terdiri dari ringkasan kajian, perbincangan
dapatan kajian, implikasi dapatan kajian, cadangan kajian lanjutan dan rumusan.
Perbincangan dalam ringkasan meliputi tujuan kajian diadakan, bentuk kajian
dilaksanakan, sampel, alatan ( instruman ) serta kaedah penganalisaan data kajian.
Bahagian perbincangan dapatan kajian pula adalah mengenai adakah dapatan kajian
selari dengan kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan oleh para sarjana pendidikan.
Seterusnya dapatan kajian akan disenaraikan dalam bahagian kesimpulan dapatan kajian
serta cadangan implikasi dapatan kajian dibuat. Batasan-batasan kajian diperjelaskan
dalam cadangan kajian lanjutan dan cadangan mengatasi batasan diajukan. Perbincangan
ini akan memfokuskan kepada keberkesaan kaedah pembelajaran Kontekstual dalam
meningkatkan pencapaian pelajar. Kesimpulan kajian akan dirumuskan di akhir bab ini.

5.2

Ringkasan Kajian

Kajian ini dilakukan bagi melihat keberkesanan penggunaan pendekatan Kontekstual


dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ( KHSR ) bagi

tajuk Elektrik dan Elektronik kepada pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pusat
Jerteh seramai 45 orang iaitu 15 orang pelajar lelaki dan 35 orang pelajar perempuan
telah digunakan sebagai sampel kajian. Hasil kajian mendapati signifikan skor markah
ada berlaku pertambahan selepas pendekatan Kontekstual dalam pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Data yang diperolehi telah dianalisa dengan menggunakan
pakej statistik SPSS 17.0 untuk mengenalpasti sejauhmana berlaku peningkatan prestasi
akademik dan mengesan minat pelajar terhadap pendekatan Kontekstual semasa kerja
amali di bengkel Kemahiran Hidup. Dapatan kajian dikutip dari soalan soal selidik yang
terdapat sebanyak 36 soalan dengan skala ordinal iaitu 1 untuk Sangat tidak setuju, 2
Tidak setuju, 3 Tidak pasti, 4 Setuju dan 5 Sangat setuju. Manakala dapatan daripada
soal selidik digunakan untuk melihat hubungan antara minat dan pencapaian pelajar
terhadap Kemahiran Hidup, pandangan terhadap pembelajaran Kontekstual dan
pencapaian ujian pos. Dapatan kemudian dianalisa dengan menggunakan program SPSS
Versi 17.0 dan Excel. Dapatan dari analisa seterusnya telah menjawab persoalan kajian
dan menguji hipotesis-hipotesis nul yang dikemukan dalam kajian ini.

5.3

Perbincanngan Dapatan Kajian.

Kajian ini telah menunjukkan betapa kuatnya perkaitan penggunaan pendekatan


Kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran membantu pelajar mendapat markah
yang lebih baik dalam akademik. Pengajaran secara Kontekstual ialah proses pengajaran
yang mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan,
masyarakat dan dunia pekerjaan. Pengajaran ini melibatkan perkongsian pemikiran dan

pengalaman pelajar kerana proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri melibatkan
pelajar, pengajar dan bahan pengajaran. Selain daripada itu, pengajaran ini juga
menghubungkan isi pelajaran dengan dunia sebenar, proses interaksi antara pelajar
dengan pelajar yang lain serta menjadikan situasi pengajaran di kelas sebagai simulasi
kepada tempat kerja. Pelajar juga disediakan dengan aplikasi amali untuk dipelajari
(Hull D, 1995).

Kaedah pengajaran secara Kontekstual menurut Hull D.(1997) mempunyai ciri-ciri yang
perlu dilaksanakan agar pengajaran lebih berkesan. Ciri yang pertama ialah guru
menghubung kaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup. Guru perlu
membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan menghubung
kaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar.

Menurut Wan Absah bte Wan Kadir (1997) perkara ini akan membolehkan pelajar
mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan
penggunaan harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam bidang pekerjaan
serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan. Ciri yang kedua
ialah pengalaman. Dalam pengajaran, guru memberi pendedahan, penemuan dan
penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki melibatkan pelajar secara aktif dalam
membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta. Ini akan menjadikan pelajar dapat
melibatkan diri dengan ujikaji secara menyeluruh dengan lebih yakin. Dengan itu,
pelajar telah memperolehi pengalaman yang berguna dalam pembelajaran di kelas (Wan
Absah Wan Kadir,1997).

Ciri yang ketiga dalam pengajaran secara Kontekstual ialah aplikasi. Dalam hal ini, guru
menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan pelajar boleh menggunakan
maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi dalam alam
pekerjaan pada masa akan datang. Semasa pengajaran dijalankan, para pelajar
didedahkan dengan aktiviti - aktiviti yang membolehkan mereka mengaplikasikan
aktiviti dalam kelas dengan aktiviti di luar.

Menurut Hungate (1982), ciri-ciri aplikasi dalam pengajaran telah dapat meningkatkan
kemahiran pelajar dalam satu-satu mata pelajaran yang diajar. Ciri yang keempat pula
ialah bekerjasama iaitu pengajaran dalam konteks berkongsi dan berkomunikasi antara
satu sama lain. Guru memainkan tugas penting dalam mewujudkan sikap bekerjasama
yang baik dalam pengajaran dan menjadikan proses pengajaran lebih aktif dengan
mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar (Pedrotti L.S.,1997). Kesannya,
membolehkan individu mengenalpasti minat dan keperluan pembelajaran yang unik,
perbezaan individu dan pelajar lebih memahami aspirasi kumpulan.

Ciri yang kelima ialah pemindahan pembelajaran iaitu pengajaran dalam konteks
penyaluran pengetahuan oleh guru. Guru akan menyalurkan pengetahuan mereka
melalui kaedah-kaedah yang disarankan dalam kaedah pengajaran secara Kontekstual
dengan cara timbal balik. Guru akan membimbing pelajar menemui pengetahuan baru
melalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan.

Kesemua ciri ini dapat dilaksanakan dengan bantuan penggunaan media pengajaran
yang berkesan ( Hull D, 1997 ). Pemindahan ini juga akan menyebabkan pelajar lebih
mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran.

Menurut Hull D. (1995), persoalan-persoalan yang timbul dalam sistem pendidikan telah
menyebabkan perubahan perlu dibuat. Persoalan-persoalan tersebut ialah adakah
sekolah, politeknik dan industri bekerjasama menyediakan peluang pekerjaan yang luas
kepada kebanyakkan pelajar? Adakah kebanyakkan pelajar menengah dan pusat
pengajian tinggi menghargai pendidikan mereka semasa di sekolah? Adakah mereka
berpuas hati dengan pendidikan yang mereka perolehi selepas tamat persekolahan?

Adakah pelajar mempunyai peluang seluas-luasnya untuk memasuki politeknik dan


pusat pengajian tinggi lain serta pusat-pusat latihan? Adakah pelajar lepasan sekolah
mempunyai persediaan yang mencukupi untuk memasuki pasaran buruh dalam kurun ke
21?. Adakah sekolah mempunyai matlamat untuk memenuhi keperluan majoriti pelajar
dengan mempamerkan pendekatan dan pembelajaran yang berkesan?. Adakah pelajar
mempunyai pengetahuan tentang pelbagai jenis karier yang membolehkan mereka
memilih karier yang diminati?.

5.4

Kesimpulan Dapatan Kajian.

Daripada dapatan kajian ini dapatlah disimpulkan seperti berikut :

1.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian keseluruhan


akademik pelajar sebelum mereka menjalankan pendekatan Kontekstual dengan
selepas pendekatan tersebut dijalankan.

2.

Pelajar menampakkan minat dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup dan


mereka lebih celik setelah Pendekatan Kontekstual dijalankan.

3.

Pelajar dapat mengesan di mana kelemahan mereka kerana tidak pernah melihat
beberapa jenis peralatan yang tidak pernah digunakan sebelum ini. Melalui
pendekatan Kontekstual ini pelajar dapat menjalankan aktiviti dengan seronok.

4.

Berlaku peningkatan dalam permarkahan pencapaian akademik pelajar-pelajar


dari semasa kesemasa. Peningkatan ini mungkin akan bertambah baik pada masa
pelajar berada pada tahun 5 nanti walaupun pada tahun 4 kini tidak dapat
diperlihatkan dengan jelas.

5.5

Implikasi Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini menunjukkan kaedah pembelajaran Kontekstual dapat meningkatkan


pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Dapatan ini menunjukkan
kaedah Kontekstual dapat dilaksanakan di dalam pengajaran Kemahiran Hidup. Guru
mata pelajaran Kemahiran Hidup perlu menyedari kepentingan pendekatan pengajaran
ini yang mementingkan penguasaan terhadap apa yang dipelajari seterusnya mengubah
amalan pengajaran yang terlalu menekankan penghabisan sukatan pelajaran dalam
jangka masa yang diberi.

Dapatan ini juga menyumbangkan kepada satu lagi kaedah yang sesuai dalam
pengajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini juga dapat membantu individu yang terlibat
secara langsung dalam pembentukan dan perancangan kurikulum dan sukatan mata
pelajaran di sekolah. Pendedahan dan latihan hendaklah disediakan kepada guru dan
bakal guru untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran tentang kaedah Kontekstual
supaya ianya akan lebih berkesan bila dilaksanakan di dalam bilik darjah nanti. Untuk
kejayaan yang menyeluruh, pelbagai pihak hendaklah mempunyai peranan yang
tersendiri. Berikut dicadangkan saranan-saranan kepada pihak pelajar, ibubapa, guru dan
pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Adalah diharapkan dengan saranan ini, segala kelemahan yang
terdapat dalam kajian ini akan dapat dibaiki untuk kejayaan yang lebih besar lagi. Antara
cadangan untuk menambahkan lagi kualiti pencapaian pelajar adalah seperti berikut.
5.5.1

Implikasi Kepada Pelajar.

Daripada hasil kajian ini didapati Pendekatan Kontekstual ini dapat membantu pelajar
untuk mengenal pasti konsep pembelajaran dan dapat membangkitkan pemahaman
mereka seterusnya membantu mereka dalam pembelajaran selanjutnya. Pelajar juga
dapat menyusun konsep dengan lebih baik sehingga mudah untuk keperluan ujian,
mendapat idea baru, mampu berfikir secara kreatif, spesifik, logik dan menjadikan
mereka lebih memahami konsep pembelajaran semasa.

Pelajar juga dapat mengklasifikasikan idea yang telah diperolehi dalam bentuk amali
dan projek. Faedah yang paling baik ialah pelajar

dapat belajar bagaimana

mengorganisasikan sesuatu mulai dari mendapatkan maklumat, fakta dan konsep ke


dalam suatu konteks pemahaman, sehingga membentuk pemahaman yang yang lebih
baik kepada mereka. ( Gawith, 1988; Bruce, et al; 1993; Sia.A.P.1995 ).

Pelbagai perkara perlu diberi perhatian oleh pelajar ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Penggunaan kaedah Kontekstual ini akan dapat mewujudkan
pengajaran Kemahiran Hidup yang lebih berkesan. Antara perkara-perkara yang perlu
awal diberi perhatian ialah :

i.

Pelajar harus memberi tumpuan dan perhatian dari peringkat asas bagi arasaras tertentu seperti pengetahuan dan pemahaman dalam mempelajari topiktopik yang dianggap sukar.

ii.

Pelajar harus tahu kaedah mencatat nota ringkas untuk mencatat isi-isi
penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

iii.

Pelajar juga mesti memahami dengan jelas dari peringkat awal setiap topik
sebelum beralih ke topik yang seterusnya yang mungkin lebih sukar.

iv.

Sentiasa mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan serta guru selepas


selesai sesi pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan keberkesanan
hasil pelajaran.

v.

Mengikuti dan memahami setiap kaedah dan cara pengajaran yang


disampaikan oleh guru dan cuba menghubung kaitkannya dengan pelajaran
yang lalu.

vi.

Pelajar seharusnya lebih kerap berjumpa dengan guru dan berbincang


mengenai masalah yang dihadapi di dalam pelajaran mereka. Melalui
perbincangan ini pelajar akan dapat mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi.

vii.

Pelajar perlu menjadikan amalan membaca sebagai amalan rutin untuk


menambahkan ilmu pengetahuan yang boleh membantu di dalam bidang
pekerjaan yang bakal diceburi.

viii.

Pelajar perlu bijak membahagikan masa dan merancang setiap kerja yang
akan dilakukan serta memperuntukkan masa yang sesuai untuk membuat
ulangkaji pelajaran.

5.5.2

Implikasi Kepada Ibu Bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk memastikan dan membantu anak-anak
mereka memilih bidang-bidang yang ingin diceburi dan seterusnya dapat menjadikan
pemikiran anak-anak menjadi lebih kreatif dan kritis. Robiah Sidin ( 1998 ),
mengemukakan beberapa soalan untuk menilai suasana pembelajaran serta sokongan ibu
bapa dan masyarakat dalam bidang reka cipta, sains dan teknologi di kalangan belia.
Hasil dapatan beliau, ibu bapa menyokong anak-anak belajar dan mendalami bidang ini,
tetapi sokongan mereka lebih kearah memberikan sokongan moral, motivasi dan
menyediakan kewangan untuk kelas-kelas tuisyen dan membeli bahan pelajaran.

Ibu bapa mempunyai peranan tertentu bagi membantu dan memberikan dorongan
kepada anak-anak mereka agar peningkatan pemahaman dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup ini dapat ditingkatkan. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan
oleh ibu bapa adalah seperti berikut:

i.

Ibu

bapa

seharusnya

menumpukan

sepenuh

perhatian

kepada

perkembangan pelajaran anak-anak agar dapat mengesan punca-punca


kelemahan yang dihadapi oleh anak-anak.

ii.

Ibu bapa perlulah menjadikan sekolah sebagai tempat yang selalu


dikunjungi bagi berjumpa guru-guru untuk berbincang mengenai
pelajaran anak-anak.

iii.

Ibu bapa juga seharusnya mendapatkan sumber-sumber rujukan untuk


anak-anak contohnya melanggan majalah atau buku-buku yang berkaitan
dengan palajaran agar dapat menanam minat dan sikap yang positif
terhadap mata pelajaran yang berkaitan.

iv.

Ibu bapa juga perlu mempunyai kesedaran bahawa mata pelajaran


Kemahiran Hidup juga adalah salah satu mata pelajaran yang penting dan
tidak dipandang remeh dan diperlekehkan.

5.5.3

Implikasi Kepada Guru

Dapatan kajian ini dapat membantu guru untuk mencernakan dan memulai sesuatu topik
pengajaran serta mengolahkannya dengan lebih berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup. Ia juga membantu guru untuk mengingat kembali
konsep pengajaran, membuat pola catatan kerja untuk keperluan pengajaran. Guru juga
dapat membuat dianogsis apa-apa yang telah diketahui pelajar dalam bentuk struktur
yang mereka bangunkan sama ada dalam bentuk kerja amali atau projek.

Dapatan kajian juga membantu guru andainya miskonsepsi pelajar sebagai contoh dalam
ujian akan tergambar kemampuan pelajar mengolah ideanya dalam bentuk projek atau

persembahan. Di samping itu guru juga dapat menyedarkan pelajar akan konsep yang
dipelajari, dimana projek yang dibuatnya adalah benar atau masih salah dapat dibaiki
kesalahannya dan ianya dapat diterima oleh pelajar dengan terbuka.

Akhirnya guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih
bermakna jika Pendekatan Kontekstual dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat
digabung jalinkan bagi menghasilkan suatu keputusan yang bermutu. Antara langkahlangkah yang perlu di ambil oleh guru untuk meningkatkan pencapaian pelajar ialah:

i.

Guru hendaklah sentiasa bersedia membantu dan memandu pelajar ke


arah mempelajari kaedah yang sesuai bagi sebarang penyelesaian
masalah pelajaran.

ii.

Guru seharusnya berusaha untuk mendapatkan sumber rujukan untuk


kegunaan pelajar kerana tidak semua pelajar mampu untuk membeli
buku-buku rujukan.

iii.

Guru hendaklah menggunakan kepelbagaian strategi pengajaran semasa


proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

iv.

Bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru perlulah


divariasikan mengikut kesesuaian.

v.

Guru

bimbingan

dan

kaunseling

juga

dapat

membantu

untuk

meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan mata pelajaran Kemahiran


Hidup.

5.5.4

Implikasi kepada Pengurusan Sekolah

Pihak pengurusan sekolah juga tidak ketinggalan dalam memperolehi kesan hasil kajian
ini melalui penekanan kepada penyediaan prasarana seperti bangunan baru, bekalan
elektrik, peralatan di bengkel Kemahiran Hidup dan segala peralatan dan keperluan
semasa

projek

hendak

dijalankan.

Ini

adalah

sesuai

dengan

peningkatan

keprofesionalisma kemahiran teknologi kepada pelajar sebagai persediaan pada masa


akan datang. Pihak ini juga perlu mengadakan penyelidikan lanjutan untuk
mempertingkatkan kualiti pendidikan dibidang kemahiran kepada pelajar-pelajar sejak
di sekolah rendah lagi. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, perkara-perkara berikut perlulah
diberikan perhatian:

i.

Pihak pentadbir hendaklah menyediakan bahan, peralatan dan mesin yang


mencukupi dan terkini bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan selamat.

ii.

Pihak pentadbir juga perlu berhubung dengan sekolah-sekolah lain yang


mencapai keputusan yang lebih baik supaya boleh dijadikan sebagai
contoh dan panduan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud.

iii.

Pihak pentadbir sekolah hendaklah mengadakan kursus kemahiran


belajar, khas untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup.

iv.

Pihak pentadbir sekolah perlulah meningkatkan kemudahan-kemudahan


yang terdapat di dalam perpustakaan seperti memperbanyakkan bahanbahan rujukan dan lain-lain keperluan yang lain.

v.

Menganjurkan kursus-kursus kerjaya berkaitan Kemahiran Hidup supaya


dapat menarik minat pelajar untuk mendalami mata pelajaran berkaitan
kemahiran ini.

5.5.5

Implikasi kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

Bidang Vokasional merupakan sistem pendidikan yang mempunyai beberapa cabang


atau bahagian yang memerlukan perhatian khusus daripada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dengan pendidikan di negara kita ini. Hal ini
demikian kerana bagi memastikan tenaga pengajar dan pelajar tidak ketinggalan dalam
aspek kemahiran dan pengetahuan terkini. Menyedari hakikat ini, pihak Jabatan
Pendidikan Negeri hendaklah mengambil langkah yang drastik dengan membuat
beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan terhadap keperluan prasarana atau
kemudahan asas yang mencukupi dan bertepatan bagi memastikan hasrat suci dan murni
ini tercapai, sekali gus pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Pemantauan dan
pemerhatian secara berterusan terhadap segala kemudahan asas seperti bilik darjah,

perabot, bekalan air, kelengkapan bengkel, kerusi dan meja diperlukan agar semuanya
berada dalam keadaan sempurna dan tidak ada cacat celanya.

Menurut Omar Abdul Rahman ( 1991 ), strategi yang perlu dilaksanakan oleh sistem
pendidikan ke arah memenuhi objektif untuk meningkatkan bidang teknologi ialah
dengan menyediakan alat dan sumber yang mencukupi serta wajar bagi pengajaran dan
pembelajaran. Dalam pada itu, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diberikan
keutamaan bagi menambah baik kemahiran dan pengetahuan sedia ada guru dan pelajar.
Antaranya ialah:

i.

Menganjurkan kursus peningkatan teknik pengajaran kepada guru-guru


Kemahiran Hidup. Dengan ini semua guru akan mendapat pendedahan
dan pengetahuan yang amat berharga dalam usaha meningkatkan mutu
pengajaran mereka.

ii.

Memperkenalkan modul-modul terkini yang dihasilkan oleh guru-guru


cemerlang Kemahiran Hidup yang boleh membantu guru di kelas atau
bengkel Kemahiran Hidup.

iii.

Menganjurkan lawatan ke kawasan-kawasan perindustrian yang ada


kaitan atau hubungan langsung dengan kursus atau mata pelajaran
Kemahiran Hidup.

iv.

Peruntukan atau bajet yang diperlukan oleh sekolah-sekolah untuk


membeli segala peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
mesti disalurkan agar proses mendidik pelajar tidak terbantut. Walau
bagaimanapun, pemantauan mestilah dilakukan oleh pihak berkuasa
pelajaran dalam memastikan peruntukan ini tidak disalah gunakan oleh
pentadbir sekolah seperti membeli kelengkapan mata pelajaran lain.

5.5.6

Implikasi kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Impian untuk menjadi sebuah negara maju yang duduk sama tinggi, berdiri sama rendah
dengan negara-negara maju lain di dunia menjelang 2020 nanti, Malaysia berdepan
dengan pelbagai cabaran dan onak duri. Antara bidang yang perlu diberikan perhatian
ialah pendidikan kerana ia akan menjadi penanda aras maju atau mundurnya sesebuah
negara itu. Menyedari betapa pentingnya bidang pendidikan ini dalam memacu
pembangunan negara, pihak berwajib iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia mesti
mengambil langkah-langkah seperti berikut:

i.

Memohon peruntukan atau bajet yang mencukupi daripada kerajaan dan


menyalurkan kepada pihak-pihak yang terlibat terutama dalam bidang
Kemahiran Hidup.

ii.

Melengkapkan bengkel-bengkel Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah


seluruh negeri dengan media-media pengajaran seperti LCD, komputer
dan sebagainya.

iii.

Menaik tarafkan bengkel-bengkel Kemahiran Hidup dengan kemudahan


infrastruktur terkini.

iv.

Mengadakan usaha sama dengan universiti-universiti atau kolej-kolej


kemahiran luar negara agar teknik-teknik pengajaran terkini dapat
diaplikasikan dalam sistem pendidikan kemahiran di negara kita.

5.6

Cadangan Kajian Lanjutan

Secara amnya, kajian yang dijalankan ini boleh dianggap berjaya dan memuaskan.
Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan hasil yang lebih tepat dan jitu, beberapa aspek
perlu diperhalusi dan dikenal pasti kelemahan dan kekurangannya. Oleh itu, bagi
keberkesanan yang menyeluruh, aspek-aspek dan perkara-perkara berikut perlu dipatuhi
apabila melakukan kajian seterusnya. Antaranya:

i.

Menggunakan sampel yang lebih besar. Contohnya, kajian yang


dilakukan seharusnya lebih daripada sebuah sekolah iaitu dengan
mengambil sampel dari sekolah-sekolah lain di sekitar atau berdekatan.

ii.

Jangka masa kajian hendaklah dipanjangkan lagi dan tidak terhad kepada
lima minggu sahaja. Apabila tempoh atau jangka masa kajian
dipanjangkan, aspek-aspek kajian seperti skop kajian dan sampel kajian
dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan sempurna. Sebenarnya,
kekangan masa ini menyulitkan pengkaji untuk membuat kajian dengan
lebih tepat dan menghasilkan dapatan yang diingini dan disahkan.

iii.

Kajian-kajian lanjutan seharusnya melibatkan tajuk-tajuk lain dan


disediakan modul pembelajaran secara Kontekstual agar perlaksanaan
kaedah tersebut lebih sempurna. Selain itu, aspek pencapaian pelajar,
aspek perubahan sikap pelajar dari segi motivasi perlu juga dikaji.

iv.

Adalah lebih baik kajian akan datang menjadikan guru sebagai sampel
kajian, untuk menilai amalan pembelajaran iaitu guru sebagai pelaksana
pembelajaran kaedah Kontekstual.

v.

Kajian akan datang juga seharusnya menjadikan pelajar yang bermasalah


sebagai sampel kajian. Hal ini bertujuan untuk melihat keberkesanan
kaedah ini untuk merawat palajar yang bermasalah.

5.7

Rumusan

Usaha yang gigih perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah khususnya kemahiran membuat amali dan projek.

Untuk

mencapai peningkatan sama ada dari segi kualiti atau kuantiti, suasana belajar yang
produktif, harmoni dan menarik minat perlu di timbulkan. Kerjasama dan hubungan
yang baik di antara guru dan pelajar adalah penting. Adalah menjadi tanggungjawab
guru untuk memainkan peranan penting dalam usaha untuk

mempertingkatkan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah sama ada di
sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah kelak.

Hasil kajian ini mendapati pendekatan Kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah kaedah yang boleh digunakan secara meluas untuk memberi implikasi yang baik
kepada prestasi dan minat belajar kepada pelajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Bagi
menambah tarikan kepada pendekatan Kontekstual ini, kaedah-kaedah lain bolehlah
digabung dan disesuaikan dengan topik-topik tertentu yang hendak diajar.

Anda mungkin juga menyukai

  • LampuKecemasan
    LampuKecemasan
    Dokumen2 halaman
    LampuKecemasan
    Miera Zameri
    Belum ada peringkat
  • Borang Pendaftaran Bola Sepak
    Borang Pendaftaran Bola Sepak
    Dokumen1 halaman
    Borang Pendaftaran Bola Sepak
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • RPT PSV Tahun-4
    RPT PSV Tahun-4
    Dokumen19 halaman
    RPT PSV Tahun-4
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • Bab I
    Bab I
    Dokumen18 halaman
    Bab I
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • Bab 2
    Bab 2
    Dokumen12 halaman
    Bab 2
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • Soalan BMK2 TH2
    Soalan BMK2 TH2
    Dokumen8 halaman
    Soalan BMK2 TH2
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • BAB 5 Lan
    BAB 5 Lan
    Dokumen19 halaman
    BAB 5 Lan
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • Bab 2
    Bab 2
    Dokumen12 halaman
    Bab 2
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • Modul Kemahiran Proses Sains Tahun3
    Modul Kemahiran Proses Sains Tahun3
    Dokumen146 halaman
    Modul Kemahiran Proses Sains Tahun3
    syazalina83
    100% (2)
  • Modul PDP Sains KSSR Tahun 4
    Modul PDP Sains KSSR Tahun 4
    Dokumen90 halaman
    Modul PDP Sains KSSR Tahun 4
    Nadya Apandi
    Belum ada peringkat
  • Soalan
    Soalan
    Dokumen5 halaman
    Soalan
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • TOKSID
    TOKSID
    Dokumen22 halaman
    TOKSID
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • Bab I
    Bab I
    Dokumen18 halaman
    Bab I
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • Proposal
    Proposal
    Dokumen39 halaman
    Proposal
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • Eviden PJ THN 3
    Eviden PJ THN 3
    Dokumen15 halaman
    Eviden PJ THN 3
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • Etika & Kehidupan Hari Ini
    Etika & Kehidupan Hari Ini
    Dokumen8 halaman
    Etika & Kehidupan Hari Ini
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • Hbss 3103
    Hbss 3103
    Dokumen25 halaman
    Hbss 3103
    lanita7471
    Belum ada peringkat
  • GURU
    GURU
    Dokumen15 halaman
    GURU
    lanita7471
    100% (5)