Anda di halaman 1dari 2

tugasan di rumah, terdapat mereka yang mengetepikan tugasan mereka dan tidak

memperdulikannya. Oleh itu, objektif pembelajaran memang sukar untuk dicapai dengan
adanya masalah ini.
Secara keseluruhan, kaedah penemuan belum dapat dijalankan secara keseluruhan di
Malaysia. Langkah-langkah yang efektif perlulah dijalankan oleh pihak KPM bagi
menggalakkan pelaksanaan kaedah penemuan ini. Pihak KPM perlulah mengambil langkah
seperti memastikan semua sekolah mempunyai kemudahan-kemudahan yang cukup,
membina lebih banyak bilik darjah dan menambah bilangan tenaga pendidikan serta
menambahkan masa untuk proses penemuan dengan mengurangkan penekanan murid
terhadap peperiksaan.

Refleksi
Pada semester 4 ini, salah satu subjek major saya ialah Perancangan dan Pengajaran
Matematik.
saya mahir menggunakan perisian tersebut dan kami telah membahagikan tugasan
kami dengan baik. Dalam kumpulan, saya bertanggungjawab untuk membuat RPH dan
menyanyikan lagu tersebut. Ahli kumpulan saya yang lain pula bertanggungjawab untuk
membuat rakaman suara saya dan membuat video. Dengan kerjasama yang ada pada
kumpulan kami, kami telah berjaya menghabiskan kerja kursus kumpulan dan menghantar pada
hari yang ditetapkan.
Bagi tugasan sejauh manakah kaedah penemuan diaplikasikan di bilik darjah di
Malaysia. Selepas saya membuat tugasan individu ini, saya telah mempunyai gambaran yang
jelas tentang kaedah penemuan dan saya mendapati bahawa kaedah penemuan ini sangat
penting dan boleh dikatakan sangat berkesan jika digunakan dalam subjek matematik ini.
Kaedah ini adalah sesuai dengan pelaksanaan KSSR kerana kaedah ini adalah berpusatkan
murid dan guru sebagai fasilitator. Jika murid-murid melakukan sesuatu tugasan dengan tangan
sendiri dan mendapat hasil atau jawapan secara berdikari, sudah tentulah mereka akan
mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang apa yang dipelajari mereka. Saya telah melayari
Internet bagi mencari maklumat tentang kaedah penemuan ini dan saya mendapati bahawa
bukan semua sekolah di Malaysia menggunakan kaedah ini dengan sepenuhnya disebabkan
oleh masalah seperti bilangan murid yang banyak, kekurangan kemudahan dan lain-lain.

Kesimpulannya, kedua-dua tugasan ini telah banyak mendatangkan feadah kepada


saya semasa saya mengajar di sekolah nanti. Saya telah mendapat peluang untuk mempelajari
banyak perkara yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini seperti membuat video. Saya
berharap tugasan seperti ini akan membantu saya menjadi seorang guru yang berguna dan
membina masa depan yang cerah kepada murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai